Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Perfume wangi nak bawak raya

$
0
0

Perfume comel bentuk high heels!


Ni dah nak dekat raya ni memang aku lah yang selalu packing barang. Nak harap kan Han, memang dia sepah kan baju je lah pandai. Ehehe. Kalau nak suruh suami, dia hulur baju-baju dia je lah suruh aku lipat dan packing. Tapi aku memang suka packing barang nak balik kampung ni,sebab confirm barang-barang aku je banyak dalam luggage berbanding barang suami dan anak aku. Barang aku je dah 3/4 luggage.Oh yeahh. Tu lah orang perempuan. Kalau boleh satu almari tu pon nak bawak balik kampung kalau boleh muat luggage. Kehkeh.



Toiletries, baju raya, make up memang tak boleh lupa bawak. Tapi ada satu benda yang memang tak boleh lupa bawak. Kalau tertinggal memang rasa tak kena raya aku nanti. Barang itu adalah .....

Marie Pierre Perfume!


Raya nanti dah pakai baju cantik, tudung cantik, kasut cantik.Tak kan badan bau kepam pulak kan. Harus lah letop dan wangi di hari raya. Time raya ni lah nak jumpa sanak-saudara yang ramai tu. Raya setahun sekali ni kalau lama tak jumpa saudara-mara sah-sah banyak cerita nak jadi modal berborak dan bergosip. Tapi badan harus lah wangi ok uolss.


Karang tak pasal-pasal saudara-mara bergosip pasal kau lak nanti sebab badan bau kepam. Ehehe. No no. Takmo takmo.

Nak melaram dan mewangi time raya? Tapi bajet raya dah sendu di aidilfitri sebab dah berhabis beli baju liplap liplap? Jangan risau, Marie Pierre perfume ni murah je.Harga asal RM20. Tapi sekarang ni dah jadi RM15. Perghh perghh dah ah murah tapi bau perfume wangi pulak. Memang berbaloi-baloi!


Yang bentuk handbag ni semua aku suka bau dia. Bau sweet. Yang tengah warna hitam tu bau dia sweet dan ada bau musky sikit. Nice!

Perfume Louis Sean Paris Bag ni 100ml. Botol dah ah comel. Boleh TENGOK SINI kalau berkanan nak beli.

Sweet Heart Series. Comel sangat ni perfume bentuk love.

Ni aku review bau dia dari segi bau hidung aku lah eh.

Yellow Love- bau dia macam bau Vanilla. Sangat sweet and seductive. Aku memang suka bau Vanilla. So yang warna kuning ni confirm boleh bawak raya ni.

White Love- Bau fresh

Violet Love- Bau sweet.

Semua bau ni sedap. Tapi untuk Sweet Heart Series ni paling aku suka yang love warna kuning tu. TENGOK SINI kalau berkenan.

Louis Sean Paris Red Shoe 20ml. Comel perfume ni dah macam kasut Cinderella sebab ada sebelah je. Ehehe cute!

Antara biru dengan merah, aku lagi suka yang biru. Yang biru tu bau dia fresh, cool dan ada bau floral sikit. Boleh TENGOK SINI kalau nak beli.



Bagi aku,Marie Pierre Perfume ni punya bau boleh kata semua nya bau sweet dan fresh. Bila pakai perfume ni mesti rasa macam baru lepas mandi! I absolutely love it. Korang tak payah nak risau bila pakai perfume ni sebab semua keluaran Marie Pierre ni memang disahkan HALAL oleh The Central Islamic Committee of Thailand. So gunalah dengan senang hati. Hehe.


Ni antara reason aku suka Marie Pierre Perfume ni:

1- Bau sedap. Mostly bau dia sangat sweet
2- Tahan sampai 6 jam ke atas
3- Sesuai untuk semua lapisan umur. Tua muda semua boleh pakai
4-Reasonable Prices! Harga memang sangat murah
5- Senang nak bawak pergi mana-mana. Lagi-lagi nak raya ni. Bawak travel pon senang.
6- Sesuai sangat nak bagi hadiah dekat kawan, family, saudara-mara atau mak(/we). Packaging dah ah comel.




Ada macam-macam jenis haruman dan wangian yang korang boleh pilih. Marie Pierre perfume ni botol dia semua unik dan ikonik. Perfume ni dari France, sangat berkualiti tinggi dan inspired by international brands. Boleh beli dekat LAZADA untuk Marie Pierre dan Louis Sean Series.








Cantik nya dekorasi !

$
0
0
Siapa pernah pergi NU Sentral? NU Sentral ni sebelah KL Sentral. Kalau lah NU Sentral ni dah wujud masa zaman aku study lagi, confirm NU Sentral ni setiap minggu jadi tempat lepak dan tempat dating. Ehehe. NU Sentral ni besar. Macam-macam kedai ada. Tempat shopping banyak. Tempat makan dan minum pon berlambak. Ada panggung wayang jugak. Pendek kata semua ada lah. Pendek lah kata. Panjang tak kata apa-apa. Muehehe.


Aku ni memang suka bergambar dan memang tak nak lepaskan peluang lah nak bergambar dengan semua prop dan hiasan yang besar-besar ni. Hehe.










Time puasa ni, kebanyakan tempat membeli-belah mesti akan deko dan hias cantik-cantik untuk tema raya yang bakal menjelang tak lama lagi kan? Ada deko yang meletop tapi ada jugak yang sendu. Ehehe. Tapi hiasan dekorasi dekat NU Sentral ni aku suka lah. Kreatif! Dah rasa macam dekat Morocco dah.  Simple tapi sedap mata memandang.Deko tak serabut macam sesetengah tempat membeli-belah yang lain. 







Banyak tau vendor booths yang jual jubah,baju kurung,baju melayu, kuih raya dengan harga yang sangat berpatutan. Memang banyak variasi dan pilihan. Ada jugak beberapa baju kurung moden yang aku suka yang dijual dekat sini. Kain sangat berkualiti dan cutting pon cantik.


Yang tak cari lagi baju raya boleh tengok dekat vendor booths NU Sentral ni. Kot-kot ada baju raya yang korang berkenan.

Suka tengok pentas ni. Bila tengok dari atas nampak macam kelopak bunga. Cantik!

Haaaa dekat pentas ni lah akan ada beberapa aktiviti setiap minggu.Ada pertandingan anyam ketupat, pertandingan mengubah jambangan bunga, ada pertandingan memasang langsir, pertandingan memakai baju raya, dan ada juga demo atau tutorial kecantikan oleh beberapa produk tempatan.Senang cerita korang tak kan bosan la dekat NU Sentral ni.

Setiap minggu mesti ada artis tempatan datang buat persembahan.



Masa aku datang ni ada Amelina dangdut datang buat persembahan. Asyik sungguh lah Han tengok Amelina nyanyi lagu "Asyik asyik asyik" tu. Hehe


Kalau korang nak datang NU Sentral ni jangan lupa bawak kamera tau. Kalau tak ada kamera, pakai handphone korang pon boleh. Selfie lah banyak-banyak sampai puas. Banyak port cantik nak bergambo dan banyak gila backdrop yang sangat cantik dan kreatif untuk korang posing 'ootd' dan selfie korang. Hehe.

Berita baik untuk kaki selfie! Korang berpeluang menang hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM1200 kalau join peraduan NU Raya Selfie Contest tau! Cara nak menang pon senang sangat.

So macam mana nak jadi salah seorang pemenang? Senang je. Camnih:

1- Selfie di balai-balai fotografi gergasi ruang legar NU Sentral

2- Buat caption menarik. Jangan lupa letak hashtag #NUSentral #NURaya #NURayaSelfie

3- Upload di sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Account public kan ye. Jangan private pulak.

Senang je kan nak menang? Selfie je dah boleh menang hadiah. Best nya! Join lah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan apa yang menarik di NU Sentral korang boleh ke Facebook NU Sentral.


Hujung minggu saya adalah bawak anak tengok wayang tengok cerita SULTAN . Best woo cerita ni

$
0
0
Semalam aku tengok cerita Sultan dekat One Utama. Kitorang ni kalau keluar memang tak sah tak tengok wayang. Kadang-kadang pergi wayang pon sampai dah tak tahu nak tengok cerita apa. Kadang-kadang cerita cina/tamil pon kitorang bedal layan. Haha.

Dulu zaman bercinta tengok berdua je. Tapi ni dah ada Han, tengok wayang bertiga lah pulak. Dah ah cerita Sultan ni 3 jam. Ye lah cerita hindustan kan. Memang lama ah. Lepas beli tiket, ada lah lagi 40 minit cerita nak start. So lepak dulu dekat cafe chillax dekat tgv ni.

Han ni behave kalau dalam wayang. Dia tak behave kalau dia tak dapat makan je. Kau jangan lah nak main-main or bergurau kalau nak bagi dia makanan. Dia nampak makanan pastu kau acah-acah tak bagi, confirm mengamuk. Haha kuat makan ini budak.

Masalah nya makanan orang besar yang dia nak makan. Makanan dia, semua dia geleng kepala tak nak makan. Sabor je lah.

Ni sibuk nak ambil nugget. Bukan tak nak bagi tapi sebab baru masak. Panas gila lah nugget tu. Kang bagi dia melecur pulak mulut. Han ni sibuk nak mencapai nugget. Papa Han ni pulak dok tepis-tepis tangan dia. 


Apa lagi. Mengamuk lah dia. Hahaha.

Dah ah rambut macam aku bakar elah. Sebab tak dapat nugget pon nak nangis. Alahaii bergegar satu cafe ni dengan tempikan dia.

Aku pon tiup-tiup je lah nugget tu kasi sejuk sikit. Dah dia ni tak menyabo nak makan. Bagi dekat dia terus gembira.

Tahukah anda bila buat anak anda bertenang dari mengamuk sakan adalah perkara yang membahagiakan kepala otak dan menenangkan hati?

Layan betul muka makan nugget.

Tak tahu review cerita ni best ke tak. Main redah je tengok.  Sebab aku tengok cerita Salman Khan "Bajrangi Bhaijaan" sebelum ni best. Harap nya cerita Sultan ni pon best gak ah.

Pastu tengok ada royale popcorn baru perisa mangga. Harus lah beli noks. Sedap weh royale popcorn mangga ni tapi manis nak meninggal lah. Rasa memang padu. Mini hotdog jangan dilupa. Itu untuk aku mengunyah. Air harus lah air kosong, acah-acah jaga kesihatan. Padahal makan popcorn yang boleh menyumbang kencing manis. Jaga kesihatan lah sangattttt. Kehkeh.

Nahhh nak bagi sinopsis SULTAN. Versi cerita aku lah tapi. Kehkeh.

Cerita dia camnih. Aakash Oberoi (Amit Sadh) a young entrepreneur, tengah breakdown sebab idea dia nak bawak Mixed Martial Arts contests dekat India tak menjadi. Lepastu ayah dia ni advice dia untuk cari local fighter untuk tarik minat local balik. Ayah dia suggest lah nama Sultan Ali Khan. Sultan ni kira legend ah. Memang power lah dia di zaman kegemilangan dia.

Sultan (Salman Khan) , bekas ahli gusti yang dah berumur 40 tahun. Aakash ni pergi lah cari Sultan dan offer job dekat Sultan nak suruh dia fight balik. Tapi Sultan ni dah tua, badan pon tak fit, perut pon dah boroi sikit. Ye lah dah 40 tahun kan? Mana nak sama dengan zaman dia bergetah dulu. Haha.

Aakash ni cakap dekat Sultan bagi tahu je berapa bayaran yang dia nak, dia boleh bayar,janji Sultan ni masuk gelanggang balik. Tapi Sultan ni tak nak. Dia tolak lah offer Aakash ni.Aakash ni muda lagi so dia macam tak tahu sangat lah pasal cerita Sultan yang legend ni. So dia cari bestfriend Sultan ni sebab nak tahu kenapa Sultan ni tak nak jadi ahli gusti dah.

Bff Sultan ni cerita lah pasal asal-usul Sultan ni. Sultan ni jatuh cinta pandang pertama dekat Aarfa Hussain (Anushka Sharma). Aarfa ni ahli gusti peringkat negeri dan ayah dia pon wrestling coach. Aarfa ni power gak. Asal masuk pertandingan je mesti menang. Muka cun tapi ganas beb. Kau jangan cari pasal dengan dia nanti dia belasah kau.Hehe. Sultan ni macam pak lawak dalam kampung dia ni. Tapi dia berani approach Aarfa ni nak ajak kawen. Padahal baru kenal terus ajak kawen.Gelojoh betul. Haha.

Mula-mula Aarfa ni malas nak layan. Tapi pastu dia layan gak ah. Cuma dia dah warning siap-siap dia accept Sultan sebagai kawan je. Yang Sultan ni pulak feeling lebih,dia pi cakap dekat kawan-kawan dia yang Aarfa ni girlfriend dia. Bila Aarfa ni tahu, mengamuk lah dia. Dia cakap"bila masa aku jadi awek kau? Kita kawan je kan? Lagi pon kau ni nobody,tak ada masa depan,tak ada misi hidup. Aku ni dah berjaya, selalu menang tournament, tak sama taraf dengan kau. Kau apa ada? Setakat jadi pak lawak je.Masa depan ke laut. Aku akan kawen dengan ahli gusti yang berjaya macam aku jugak. Kau jangan memandai nak cakap dengan orang aku ni awek kau eh!!"

Haa lebih kurang camtu lah dialog dak Aarfa tu. Aku translatekan bahasa aku sendiri. Haha. Tapi terus sentapppp-hati-mak-nak bila Sultan dengar Aarfa cakap camtu. Dia pon sedih dan nangis tepi bucu katil. Sedih ah rasa dihina camtu.Balik rumah pon sedih je. Ayah dia cakap "kenapa sedih ni? Nangis sebab pompuan ke? Sabar lah nakkk.Belakang seorang lelaki berjaya mesti ada seorang perempuan. Kita boleh gagal/berjaya sebab perempuan. Ayah tengok kau ni pon macam tak ada masa depan. Cuba jadi orang sikit.Kejar impian kau. Baru orang respect kau."

Lebih kurang camtu lah dialog ayah dia. Tidak lah aku ingat semua butir ayah dia cakap.Haha.So untuk gain respect orang dan untuk pikat Aarfa ni, Sultan ni pon usaha berhempas pulas lah training untuk jadi ahli gusti. Sampai menang johan gusti peringkat negeri kauuu. Pastu dia kawen dengan Aarfa dan jadi ahli gusti diiktiraf mewakili India. Masuk Sukan Komanwal dan Sukan Asia tu memang dia confirm menang punya lah.

Pastu Aarfa dengan Sultan ni terpilih untuk jadi peserta final Sukan Olimpik, tetiba Aarfa ni mengandung lak. So Aarfa ni terpaksa lah melepaskan impian dia dari kecik nak menang Olympic Gold Medal untuk India. Tapi dia happy untuk Sultan dapat pergi olimpik dan Sultan menang lak tu. Tapi lepas Sultan menang pingat emas olimpik tu terus dia jadi bongkak, angkuh dan sombong gila.Ada sekali tu Sultan nak pergi tournament, Aarfa cakap dekat Sultan " I nak beranak dah ni, tak payah lah pergi wrestling championship tu,due date dah dekat sangat ni banggg. I nak U ada di sisi I masa I tengah meneran nanti bangg. Please jangan pergi. I dan anak dalam perut ni perlukan u"

Lebih kurang gitu lah dialog dak Aarfa ni. Haha. Tapi Sultan pergi jugak international wrestling championship. Pastu jadi something dekat family kecil dia yang buat dia berubah dan tak nak dah jadi ahli gusti.Tapi lepas tu Sultan bangkit balik jadi fighter. Korang nak tahu apa yang jadi? Korang pi lah tengok dekat wayang. Lemak lah semua nak kena suap. Hahaha.





Gelojoh makan popcorn mangga.


Dalam wayang.




Mula-mula Han layan gak cerita ni.

Tengok hindustan kan, sah-sah ada lagu.Kalau ada part lagu je, beriya dia pon ikut joget. Angguk-angguk kepala.

Pastu bila dia bosan,bagi dia susu dan dia pon tidur dengan nyenyak nya dalam panggung. Aman tenteram aku dengan husband nak feeling lebih tengok cerita ni. Ehehe.




 Tapi best weh cerita Sultan ni. Serious tak tipu. Korang kena pi tengok. Banyak pengajaran. Dulu aku tak minat pon cerita-cerita Salman Khan berlakon sebab aku rasa dia poyo dan suka show off body. So aku jadi geli. Haha. Tapi dalam cerita Sultan ni dia show off jugak body dia cuma sebab jalan cerita dia best, benda tu macam mengaburi lah dari jadi geli dekat dia. Haha.

Cerita yang Salman Khan berlakon sekarang agak berkualiti jugak ah dari cerita yang dia berlakon dulu-dulu. Semenjak aku tengok cerita "Bajrangi Bhaijaan", aku dah mula rasa nak tengok cerita kalau Salman Khan berlakon. Cerita Bajrangi Bhaijaan best. Budak yang berlakon dalam cerita tu pon comel gila.Kalau korang tak tengok lagi boleh tengok. Lagi best dari Dilwale janam janam tu.

Cerita Sultan ni pon best. Banyak motivasi. Kalau kau rasa kurang self-esteem boleh tengok cerita ni.Mana tahu termotivasi pulak kan. Pastu cerita Sultan ni sedih gak. Ni kalau aku tengok sorang-sorang memang mengalir air mata jantan ku.Haha. Tapi sebab aku tengok dengan husband aku ni bertahan je lah tak nak nangis sebab dia suka nganjing aku kalau aku nangis. Menyampah tau.Haha.

Tapi bertakung gak ah air mata aku bila tengok part-part sedih. Lagi-lagi pasal family,perasaan ibu terhadap anak and etc. Aku punya lah tahan tak nak nangis. Habis je cerita ni, elok je laki aku terus tepat tengok mata aku. Terus ejek.

"eee eeee nangissss"

Aku pon cakap "mana ada. mana ada orang nangis" . Mesti lah aku tak nak ngaku. Nanti dia nganjing sampai esok. Haha.

"tu bertakung air mata tu. Tinggal tak jatuh je. Hahaha" Pastu gelak macam onggila.

Start dia cakap camtu, terus jatuh lah air mata aku tu kannn. Sebab dah bertakung lama benau.Haha. Hilang macho seh. Pastu dok nganjing, "eee nangis. Tengok hindustan pon nangis. Eee nangis."

Aku pon malas nak pandang muka dia. Acah-acah malas nak layan dia.Pastu dia cakap "ok lah, I akui memang sedih gak cerita ni. Best jugak. Banyak pengajaran."

Terus nak pujuk-pujuk. Aku pon ok je lah. Tapi bila dia nampak akak yang nak kutip sampah dalam wayang tu terus dia tegur akak tu

"kak tengok dia ni kak, tengok cerita hindustan ni pon dia nak nangis kak" pastu tunjuk-tunjuk aku dan gelak macam haremm.

Konghajoo tau laki aku ni. Sebab tu kalau tengok cerita sedih, aku pendamkan dalam hati je niat nak nangis tu. Kalau tak, lapanbelas hari nambelas malam dia bahan aku tanpa henti.Haha.




Pastu teman laki aku ni sibuk nak shopping kasut. Aku pon kena lah melayan Han. Han ni ada perangai suka tengok diri sendiri dekat cermin. Tu sampai cium diri sendiri. Obses benar perasaan terhadap diri sendiri tu. Sebijik macam perangai laki aku kalau tengok cermin. Haha.




Syok je lah bergurau dengan dia ni sambil tunjuk macam-macam aksi.

Tetiba udara yang segar menjadi kepam. Rupanya Han yakkk. Haha. Elok je aku tengah main dengan dia tetiba muka meneran. Ada video aku letak dekat instagram aku (@cikepal06) . Adeh sabor je lah. Haha.

Memang muka aku lah kena tukar pampers Han pastu.

Selepas tukar pampers, riang ria gembira betul depa dua ni. Cuba kalau tengah yakk tu,mahu nya laki aku nak bergurau camni dengan Han. Mahu bau yakk tu ter transfer ke baju dia. Haha.

ok tu je benda nak cerita. K bye!

Berjaya bersama dengan suami

$
0
0
Aku dengan suami memang sangat menitik beratkan benda-benda yang melibatkan pasal kesihatan.  Misi kitorang menjalankan healthy lifestyle ni sebab nak sihat dan hidup dengan happy sampai ke Jannah. ecehhh. Nanti dah tua,kitorang tak nak dapat penyakit pelik-pelik, time muda-muda ni lah kena jaga kesihatan baik-baik. Bila badan sihat,insyaAllah kita lebih happy dengan diri sendiri dan pasangan pon happy dengan kita. Baru lah bahagia! Ahak! :D







Nak grow old together katanya,kena lah dua-dua jaga badan bersama-sama supaya boleh hidup bahagia dan sihat sampai ke tua.InsyaAllah. heee.





Aku tak aim nak kurus pon. Aku aim nak slim and fit je. hehe. Ada beza hokayy kurus dengan slim.Say no to 'kurus',say yes to 'slim'. Ahak!  Dah workout penat-penat,rugi kalau tak jaga makan. Selalu aku akan eat clean lah and masak benda-benda yang clean macam dada ayam,salmon,minum air kosong and etc. 

Kalau korang yang nak start workout and diet tu,meh nak bagi 6 kata-kata semangat:


#1 – Fokus sebelum mula

Kalau kita betul-betul nak lose weight, kena betul-betul FOKUS. Jangan sebab nak kahwin,nak raya,nak konvo, ada event je time tu baru fokus nak kurus.  Nak kurus sebab event tu bagus tu bagus sebab benda tu akan force kita untuk dapat ideal weight. Tapi masalahnya, semangat macam tu mesti tak kekal lama. Dah habis raya, badan naik balik sebab melantak macam bela jin. Lepas tu nak kawin pulak berjaya turunkan berat 5-6kg, lepas kawin naik bagai dipam-pam pulak. Haa, memang kalau jenis semangat yo yo ni, berat badan pon akan jadi yo yo jugak. So stay FOCUS!



#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Nak lose weight memang kena ambil masa. Bukan harini workout, minggu depan terus kurus. Bukan hari ni diet, esok terus slim. Jangan sesekali crash diet. Sebenarnya bila kita crash diet,cepat sangat turun berat ni, senang jugaklah untuk kita gemuk balik. Just enjoy workout dan makan makanan sihat. InsyaAllah akan nampak hasil nya. Biar lambat tapi selamat dan maintain.



#3 – Jangan Putus Asa

Apa-apa benda yang kita nak buat pon,memang kita tak boleh mudah putus asa. Bukan untuk lose weight je. Kalau kita berniaga pon sama ada kecil atau besar mesti ada masalah dan cabaran tersendiri. Penat macam mana sekali pon, jangan cepat give up!



#4 – Buat untuk Diri Sendiri

Kaji dan buat research jugak pasal diet and workout yang sesuai dengan diri sendiri. Yang penting kalau nak kurus dengan sihat ni buat sebab diri sendiri. Bukan sebab boyfriend/suami yang suruh. Kalau buat sebab orang,nanti kita cepat give up dan tak bertahan lama. So, buat untuk diri sendiri ok. 



#5 – Yakin dan sentiasa fikir kau BOLEH

Aku yakin semua orang gemuk mesti ada niat nak kurus tapi tak confident diri sendiri boleh buat ke tak. Kata-kata macam "gemok is awesome" semua tu untuk sedapkan hati sendiri je. Tak payah tipu. Sebab aku pernah gemuk jugak. Aku faham perasaan orang-orang gemuk ni. Ehehehe. Sebenarnya apa-apa benda yang kita nak buat pon,kita kena yakin dengan diri kita yang kita BOLEH buat.


Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila kita yakin, Allah akan permudahkan urusan kita.


#6 – Sayang Diri Sendiri

Yang penting,sayang diri sendiri . Jaga diri kita baik-baik,makan benda sihat.Bila badan sihat,minda pon sihat. Kena sentiasa positif,baru kita rasa happy dengan diri dan badan kita. Kita ada satu badan ni je untuk kita guna sampai tua. So jaga kesihatan diri elok-elok :)


Zaman dua-dua gemok gedempol persis badan air dan berjaya slim bersama. Heee. Kalau partner korang gemok,bagi dia semangat nak kurus. Bukan nya kutuk partner korang gemok and cari partner lain. Paham???!!!!! *ok tetiba garang ni dah kenapa. Kuikui*






Kitorang pilih untuk stay & being fit together. Baru lah ' BERJAYA BERSAMA'





BERJAYA BERSAMA ni ada banyak makna yang berbeza untuk semua orang sama ada dari segi kewangan,emosi, fizikal dan lain-lain.


Sekarang ni Great Eastern Takaful ada buat contest BERJAYA BERSAMA. Ada dua contest nie. Korang pon boleh join mana mana yang korang suka. 

Ni detail contests:-

1-My Berjaya Bersama Story contest di Facebook
Konsep: 3 Pemenang akan dapat RM5k setiap orang
Tempoh: Bermula dari 18 Julai

Just bagi tahu,apa maksud BERJAYA BERSAMA bagi korang? Share dan hantar cerita korang. 

2-Berjaya Bersama Challenge di Microsite 

Kriteria:-
- Ambil gambar korang cuba cabaran terpilih yang disenaraikan di Berjaya Bersama Challenge microsite dan hantar gambar dalam microsite.
- Great Eastern Takaful akan menderma RM1.00 kepada MERCY Malaysia untuk setiap 1 penyertaan.  
- Pihak penganjur akan memilih pemenang berdasarkan penyertaan yang paling kreatif.
- Pemenang setiap minggu akan dapat baucar bernilai RM100

Ni cerita BERJAYA BERSAMA aku. So apa maksud BERJAYA BERSAMA bagi korang pulak? Aku rasa dua-dua contest pun membawa makna yang positif jadi jangan lupa join ye. (✿◠‿◠)







First raya 2016 . First time jadi #teamrayaKL . Muehehe

$
0
0
First time ni aku satu family raya dekat KL. Dulu zaman bujang, asal first raya je mesti dekat Johor. Sebelum raya lagi dah balik Johor selalunya. Start tahun ni family aku nak buat kelainan pulak kata nya. First day raya, beraya dekat KL. Second day raya baru balik Johor. Tanpa banyak cekadak, aku pon ikut aje lah. Muehehe.


My small family. Rasa macam cepat je masa berlalu. Kejap je dah ada Han. Pastu kejap je Han dah besar. Pastu kejap je Han ada adik. Eh!

Budak banyak akal. Makin lama makin boleh tahan perangai nya. Sabor je lah mak jemah. Kadang-kadang penat jugak nak melayan. Ada jugak lah time dia tengah melalak tak tahu pasai apa, memang urut dada ok nak layan kasi dia senyap.Memang tak lah aku nak menambah anak lagi buat masa ni.Tunggu Han besar sikit baru boleh fikir nak tambah lagi sorang umat. Haha. Ni di awal pagi raya, first time Han pakai baju melayu. Tahun lepas baju melayu tak muat lagi. Tahun ni baru muat. Songkok time ni masih elok di kepala. Dua minit nambelas saat selepas itu songkok terbang dia pi baling T_T"

Belum salam raya lagi, dia dah sibuk dengan tabung dia. Tengok lah rambut Abu Bakar Elah dia tu, malam raya laki aku pergi potong rambut Han sendiri. Malas nak hantar kedai kata nya. Jadi lah rambut camtu. Senget-benget bapak kau potong. 

Dah ada baju raya, songkok raya, mesti lah ada rambut raya jugak kan? Ehehe. Bertabahlah di pagi raya nakkk.

Sesi salam raya. Dimulakan dengan menantu pertama. Panjang dan lama jugak laki aku ni mintak maaf. Semua salah-salah dia, dia pi sebut.Lupa nak betul kan mentol lah, lambat ambil buah mangga lah dan lain-lain kesalahan semua dia sebut. Memang lama ah kan. Haha.

Dah salam raya, hulur duit raya pulak.

Emm kemain senyum ye ayah aku dapat duit raya. Kehkeh. Pastu salam mak mertua pulak. Sama gak. Lama jugak laki aku ni pi mintak maaf. Haha.

Ok turn aku pulak. Banyak jugak dosa sebenarnya dengan parents aku ni. Tapi bila salam raya je mesti nak tergelak.  Adehh.

Pastu aku boleh lupa pulak mana duit raya nak bagi parents. Selalu aku tanda. Kang tertukar dengan yang bagi adik-adik pulak. Tak boleh tertukar ni,sedap adik-adik aku berjoli kang. Cek dulu.

Dah confirm, baru boleh hulur dekat parents aku. Tergelak ayah aku sebab aku pi cek isi sampul depan dia. Sorry tahun depan saya akan perbaiki kesilapan teknikal ini. Akan ditulis siap-siap dekat sampul nama masing-masing. Kehkeh.

Tahun-tahun lepas selalu dah prepare siap-siap duit raya. Tahun ni pagi raya baru nak siapkan. Duit nak bagi budak-budak kecik pon lupa nak tukar awal-awal. Nasib baik ayah aku ada tukar duit lebih. Haa memang kelam-kabut lah kan buat benda-benda last minit ni.

Laga pipi dengan omak den pulak. 

Aduhh dengan dia ni pon banyak dosa gak ni. Hakhak. Sampai je turn aku nak salam husband, parents dengan adik-adik aku dah "haaa haaaa yang ni habis, banyak dosa ni. Dari mana nak mula mintak maaf tu" pastu terkekeh gelak memasing.

Eh eh sorryyy. I isteri solehah hokayy. Haha. Penyudah nya aku cakap "selamat hari raya maaf zahir batin" je bila salam husband. Kecewa je diorang mendengarnya sebab tidak detail ye mintak maaf sebegitu. Haha. Tak boleh sebut salah depan diorang ni, nanti sampai tahun depan kena perli. Mintak maaf betul-betul mesti lah kena berdua-duaan dalam bilik baru feeling. Nangis-nangis pon tak ada orang lain nampak.Hikhik.



Han kutip duit raya.

"Eh makngah mana duit raya Han?"

Semua orang dia mintak duit.Tepuk dahi laki aku. Haha.

Nasib baik makngah dan makcu Han baik, dapat lah Han duit raya :D

Seketul Han muka gembira dapat duit raya.



Han dah tak nak pakai songkok.


Habis songkok terbang tah ke mana dia pi baling. Haha.



Dah habis sesi salam raya pon still dok hulur-hulur tangan dekat orang suruh bagi dia duit raya. Hahaha aduh siapa lah yang ajor ni.

Takpe Han, jom kita beraya rumah orang. Budak-budak baya Han ni memang senang nak dapat duit raya. Don't worry. Haha.



Rumah pertama pergi rumah Pak Anjang dekat Ampang. Adik beradik ayah aku ni ramai. Segala Pak ada tau. Pak Long, Pak Ngah, Pak Uda, Pak Uteh, Pak Wi dan lain-lain. Dah habis Pak, Pak Anjang dengan Pak Endek pon ada. Haha ghasak.

Kek kukus Johor kot tak silap Mak anjang aku cakap benda ni. Sedap gak.


Dari jauh dah nampak air bandung ni. Nampak sedap je. Dah lah tengah haus. Warna dia pon mengancam kalbu pulak.

Berkali-kali aku menambah air bandung ni. Aku cakap dekat Mak Anjang sedap ah air ni.


Pastu Mak Anjang cakap senang je nak buat air ni. Beli tin saji ni je pastu tambah air. Just tambah air dan ais je. Satu tin ni boleh dapat 2 jug tau. Kebetulan menantu dia kot kerja dengan Saji ni, so berlambak ler tin saji ni dekat rumah beliau. Aku pon dapat lah jugak 4 tin air ni. Haha best best. Both perisa bandung dengan coklat sedap.

Ok siap bungkus bawak balik. Terima kasih Mak Anjang :D

Bff atok.


Suka nau bergurau letak jari dia dalam mulut atok. Pastu gembira. Pelik-pelik je anak aku ni. Tapi tak pe lah nakk. Janji Han diam dan tak buat sepah rumah orang ye.







Hmmm baru je cakap jangan buat sepah rumah orang. Habis dah dia nak pi ambil balang kuih nak campak. Kuih raya apa tah dia buat baling T_T' 

Pastu nak makan semua makanan orang besar je. Adui tak padan dengan kecik tau. Dah ada anak kecik ni memang mengutip benda yang dia campak je lah. Hei Jofliam , muka tu jangan stress benar ye banggg. Terpancar disitu muka tak puas hati. Kahh. Bertabah lah saiyangg melayan kerenah anak mu yang tercinta di hari raya yang mulia ini. Haha.

Keluarga Pak Anjang dan Mak anjang. Riang ria di hari raya betul semua ye :D


Pastu konvoi sekali dengan Pak Anjang pergi rumah keluarga Pak Ngah pulak.



Sampai rumah keluarga Pak Ngah ni tetiba ibu aku ada dua cucu.

Haa ada lah benda jahat bermain di fikiran anak aku tu.

Habis kaki anak orang dia tarik. Ni mesti ikut perangai bapak dia ni.


Rumah Pak Ngah ni ada air bandung jugak. Tapi ni air bandung soda. Signature Pak Ngah aku lah. Sedap jugak bandung soda gembira ni. Hehe.

Rumah ni yang special nya ada satay goreng.

First time aku makan satay goreng. Sedap.


Dah habis raya rumah Pak Ngah, pergi rumah Mak Uteh pulak.


Mak Uteh ni dah ramai cucu so banyak lah toys dalam rumah ni. Mula-mula Han naik benda ni pastu rasa tak best macam tak boleh bergerak laju agak nya.

Last-last dia pi tolak je tah kemana-mana.

Bagus jugak ada benda ni. Tenang sikit aku nak makan.

Dapat lah 2 kali aku menambah soto Kak Wani ke Kak Suri tah yang buat ni. Sedap! Begedil pon sedap. Sebab banyak daging dari kentang. Hee

Rumah Mak Uteh ni rumah last lah kitorang beraya.



Beraya rumah sedara ke 3 je dah flat. Sambung raya esok pulekkk.


Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini yang mengenali diriku di dunia nyata dan kenal melalui blog ni je. Mintak maaf ye kalau ada entri yang terkasar bahasa dan terkecik kan hati sesiapa. Kadang-kadang menaip ni sesedap rasa je. Tu kadang-kadang terbabas jugak tu.So harap diampunkan lah kalau ada yang terover tu. Heeeee.


Selamat Hari raya! :)

Team Raya Perak pulak. Lebih 500 waris keluarga Alang Ahmad berkumpul. Wow ramai nya. Haha

$
0
0
Ni beraya dekat Perak pulak. Selalu terus je balik Taiping. Tetiba mak mertua aku whatsapp husband suruh pergi Kuala Kangsar dulu dan bagi waze location siap. Ada gathering sedara kata nya. Dalam kereta on the way ke Kuala Kangsar aku pon interview lah husband aku ni:

CE: Ni sedara yang mana satu eh?

JO: Entah.

CE: Sepupu u semua ada lah ni nanti?

JO: Ye kot.

CE: EEE u ni kenal sedara ke tak ni?

JO: Ramai lah sedara. Mana nak tahu nama sorang-sorang.

CE: Tak kan lah nama sedara pon tak tahu.

JO: Tengok muka kenal lah. Tapi ni mama kata ada ramai.

CE: Tapi tak tahu ke kita nak beraya rumah siapa ni?

JO: Entah. Kita pergi je lah dah mama suruh pi.

Kadang-kadang aku bercakap dengan dia ni sakit hati gak. Haha sabor je lah. Sebab dia malas nak ambil tahu hal-hal sedara ni. Aku ni pon tak ada lah nak ambil tahu sangat hal sedara aku tapi aku tahu lah nama masing-masing. Ye lah kadang-kadang sepupu dia pon aku tak kenal sebab dia tak kenal kan. Aku nak tegur orang tak kenal pon segan lah jugak kan. Aku kan pemaluwwwww. Haha.


Sampai Kuala Kangsar terus posing! Haha


Ok bila sampai sini memang terkejut lah aku. Memang ramai benor sedaranya. 

Husband aku pon cakap "haaa tengok ramai camni mana nak kenal sorang-sorang. Semua muka first time tengok"




Ok lah. Boleh dimaafkan. Kalau aku pon tak kenal kalau dah sedara-sedara jenis macam ni berkumpul. Hahaha.

Macam-macam waris ada. Sticker pon macam-macam warna ikut waris/keturunan kot. Sampai-sampai je aku dapat sticker pink. 

Haaa yang ni aku kenal lah. Biras aku dengan datin vogue the vass. Hikss. Sampai-sampai je Kuala Kangsar aku terus cari datin dulu.



Seketul Han dan paksu wady.

Anak buah-buahan

Yang laki dengan perempuan pakai spek semua adik-beradik husband aku. Yang datin berspek mata hitam tu terkecuali lah. Haha. Dulu husband aku pakai spek berbingkai macam ipar duai aku ni gak. Kalau husband aku pakai spek berbingkai camnih memang nampak muka sepesen je depa ni sebab spek sama. Hehe.

Ni waris yang dapat sticker pink bergambo. 
Datin! Aku nampak gigi kau. Haha.


Kalau jumpa seketul Han dalam masa satu saat memang terror.


Keluarga husband aku dan keluarga makyang. Haa keluarga makyang ni aku kenal lah.

Yang dua ni tidak perlu diperkenal kan lagi. Haha.



Wow semakin sihat abang Jofliam. Mesti wife dia selalu masak sedap-sedap ni. Hahahaha.



*larikkkkkkkkk*




Masuk Berita Harian dengan TV3 rupanya. Aku ingat saja-saja je nak berkumpul. Hehe.



Ok nanti sambung lagi cerita raya hari ke enambelas pulak. K Bye!

Blunt Umbrella XS si payung unik cantik tertarik menarik . Heee :D

$
0
0
Payung ni memang sangat sinonim dengan hujan kan? Kalau tak, tak kan lah ada peribahasa “sediakan payung sebelum hujan”, ye dak? Kalau setakat nak jalan-jalan shopping pakai payung apatah lagi waktu panas rasanya tu benda terakhir yang aku buat.Tapi tu kalau nak keluar jalan-jalan shopping lah.


Masa aku study dulu memang pergi mana-mana pon aku akan bawak payung. Uni besar, pergi mana-mana pulak jalan kaki. Panas-panas berjalan dari satu kelas ke kelas memang kena pakai payung lah. Terik kot. Rosak kulit I nanti.Muehehe.


 Dah kahwin ni memang selalu pesan dekat husband,payung wajib kena ada dalam kereta. Kang keluar jalan-jalan tetiba hujan memang basah lencun ah baju. Kepentingan payung jangan diabaikan ye banggg. Husband aku ni kalau benda-benda remeh memang dia tak kan ingat lah. Dia anggap benda remeh,tapi aku nampak tu benda penting.Selalu orang lelaki ni tak nak pakai payung sebab tak nampak ‘cool’ katanya. Biar lah tak nampak ‘cool’ pon, tak sampai ke mana pon ‘cool’ tu. Yang penting kita guna payung ni pada tempat dan keadaan yang sepatutnya.


 Bayangkan sampai je tempat kerja/tempat yang dituju, nak keluar dari kereta je tetiba hujan lebat mencurah-curah. Waktu tu la mengharapkan payung.

Ni aku nak recommend satu payung ni. Kalau yang ajet-ajet tak 'cool' pakai payung tu, boleh try pakai payung ni. Aku suka payung ni. Lelaki dan perempuan, both sesuai pakai.

Haaa jangan cakap hakak tak payung. Ehehe.


Ni lah payung BLUNT XS. Apa yang best sangat payung ni? Haa meh nak cerita.

Packaging dia sangat unik.

Budak Han ni memang tak boleh lah kan dia tengok benda-benda rare ada dalam rumah aku ni. Mesti ada dia di mana-mana (^_^)/ 

Feeling dia macam nak ambil shuttlecock lah pulak. Heee (✿◠‿◠)

Peek-a-boo. Cakkkk! Hello Blunt Umbrella! (/◕ヮ◕)/ 

Tudiaa! Ada jugak tangan kecik nak menyelit tau. Cemburu lettew mama dia ada payung canggih. Ehehe.


Sleeve pon cantik dan senang nak simpan payung.



Nak bukak payung ni just tekan button ni. Nak bukak dan tutup payung ni memang senang. 

Tadaaa! Dah kembang. Ehehe.

Payung BLUNT XS ni cantik, ringan dan kukuh. Perfect size. Warna pon sangat attractive dan cantik. Design sangat sleek dan elegant! Ada banyak  lagi warna lain yang korang boleh pilih.




Payung BLUNT XS ni solid.Memang sangat melindungi kita daripada panas dan hujan. Korang akan rasa perbezaan dia dengan payung-payung lain bila hujan lebat ribut berangin yang kuat tu. Kan kadang-kadang kita pakai payung bila datang angin kuat, kita pon ikut melayang sekali kan? Tapi payung BLUNT XS ni memang solid. Kita memang tak kan terhuyung-hayang lah walau angin kuat macam mana sekali pon. Memang tak payah risau lah kalau ada ribut angin ke apa. 





Aku suka design payung ni yang tumpul. Tak ada la risiko tercocok orang ramai dekat tempat crowded ke apa. Awesome gila!



Senang cerita semua benda pasal payung ni memang perfect lah! I doubt I will ever find anything better.Dari packaging,sleeve,plastik dan payung tu sendiri memang tak nampak cacat cela lansung lah. Aku berharap kalau pergi travel or pergi mana-mana tak kan tertinggal payung ni dalam teksi. Kalau tak, untung lahhhh driver teksi tu :D








Sangat sesuai nak bawak payung BLUNT XS ni pergi travel. Walaupun payung ni bukan payung lipat,tapi cukup kemas lah untuk kita packing masuk dalam luggage. Kalau space dan berat luggage, atau cuaca tak menentu jadi satu isu kalau korang pergi travel, aku sangat recommend bawak payung BLUNT XS ni.



 I love the color and blunt edges.Best umbrella ever. Worth every raindrop! I like it very much. Wow tetiba cakap omputeh. Kehkeh. 

Aku mengharapkan esok hujan sebab aku nak guna lagi payung ni. Haha



Kalau korang berkenan dengan payung ni, boleh tengok dekat :

 Mesti rambang mata :)


Menternak pinggan Corelle

$
0
0
Dari zaman study sampai sekarang, aku memang pantang nampak Guardian. Boleh habis kan masa berjam-jam melepak masuk dalam tu. Ada love-hate relationship tau dengan Guardian ni.

Love- Suka masuk sebab segala tok nenek barang ada dalam tu kan? Suka lah belek sini sana. Kadang-kadang sampai sejam masuk pon tak decide lagi nak beli apa. Haha. Punya lah rambang mata. (✿ ♥‿♥)

Hate- Sebab tak suka masuk Guardian ? Kalau tak melayang duit dekat situ tak sah. Huhu. (╥_╥)


Husband aku selalu pelik. Dia kata "Apa yang best sangat masuk Guardian tu? Tak faham lah. Tak bosan ke u duduk lama-lama dalam tu"

Eh eh. Kenapa pulak nak bosan? Guardian ni syurga membeli-belah kot. Guardian ni semua benda ada! Sebab dalam satu kedai ni boleh beli macam-macam. Boleh beli syampu sambil beli mascara. Nak beli panadol boleh terambil lipstick. Nak beli lotion boleh ambil jajan sekali. Nak beli minyak cap kapak boleh terambil coklat pulak. Haha. Memang one stop solution ah Guardian ni. Satu terapi ah untuk aku kalau masuk tempat-tempat begini. Pastu tengok semua barang tersusun cantik pon rasa best dan mendamaikan. Hehe (✿◠‿◠)

Kadang-kadang kalau pergi mall mana-mana husband aku nak jumpa kawan dia/ dia ada hal nak buat, memang aku suruh dia tinggal kan aku dalam Guardian je. Dia pon dah paham sangat dah dengan aku.Dia pon tahu aku memang jenis membelek-belek barang lama. Aku memang gitu. Kadang-kadang semua produk tu nak baca ingredient takut ada barang terlarang ke apa and cek tarikh luput bagai. Bab-bab produk ni aku memang teliti sikit. Kang pergi tempat mekap, try tester pulak. Tu boleh ralit je duduk dalam Guardian ni.


Tapi haritu masuk Guardian terkejut aku ada jual pinggan. Pinggan Corelle pulak tu. Pastu harga murah gila. Kena spend RM30 je untuk aku dapat beli pinggan ni dengan harga diskaun. So apa lagi. Terbeli lah! Haha.



Dulu aku tak kisah sangat pasal pinggan mangkuk ni. Lagi-lagi time bujang dulu. Cuma ibu aku ada ah pesan nanti aku dah kawen dia nak bagi pinggan Corelle dia dekat aku. Hobi ibu aku ni menternak pinggan jugak dekat rumah tu. Haha. Aku pon tak faham kenapa perlu beli pinggan Corelle ni banyak-banyak pastu tersadai dalam almari. Pastu ibu aku kata "Tu untuk tetamu datang.Tetamu ni bawak rezeki tau. Kena hidang pakai pinggan cantik-cantik. Ni nanti anak-anak ibu kawen tak payah beli pinggan dah. Ambil je pinggan ibu yang dah beli ni"

Aku pon ok je. Jimat duit aku tak payah beli pinggan. Haha. Bukan aku kisah pon pasal pinggan. Janji ada kan? Dapat pinggan free beli ubat gigi pon aku bedal je guna. Janji pinggan. Haha.

Tapi bila dah kahwin dan dah jadi mak-mak ni, tetiba suka lak kumpul pinggan. Tu lah dulu mengata ibu aku, sekarang aku pon dah jadi penternak pinggan dekat rumah. Adeh.

Dalam banyak-banyak pinggan, kenapa Corelle? Ibu aku cakap Corelle ni tahan lasak, nak cuci pon senang, cantik pastu sangat ringan.


Yang paling aku setuju cakap ibu aku sebab dia ringan. Bila tetamu datang tak ada lah berat sangat nak mengangkat pinggan tu. Kalau guna pinggan biasa serious berat pastu kadang-kadang senang pecah pulak tu. Kalau corelle ni, dah ah ringan pastu kalau terjatuh ke apa memang susah nak pecah. Sebab tu aku suka tu.Corak pinggan pon cantik dan sweet gitu.


Pyrex ni ada warranty 2 tahun.

Ikan patin tempoyak. Ada 2 ketul je ikan. Dah 2 orang dekat rumah je makan. Han tak boleh makan tempoyak lagi. Hehe.


Suka lah corak pinggan dia. Simple je tapi comel :D





Makan dulu. Hehe.



Jimat sampai 70% tu. Memang berbaloi-baloi sangat!




Singgah Guardian boleh lah beli pinggan mangkuk ni. Pinggan mangkuk Corelle ada waranti 1 tahun, yang Pyrex pulak ada waranti 2 tahun. Tak payah kumpul setem atau point. Belanja minimum rm30.00 dalam satu resit je dekat Guardian dah boleh kumpul pinggan mangkuk Corelle/Pyrex yang cantik dan bermutu tinggi ni.

Promosi ni sah dari 23 Jun sehingga 31 Ogos 2016. So cepat pergi Guardian beli ok. Boleh kita menternak pinggan sama-sama. Haha.







Open house Nuffnang dan rakan taulan

$
0
0
Ni semua cerita pergi open house masuk dalam satu entry. Masa sangat lah mencemburui aku sekarang. Nak update blog boleh time malam je sebab siang menjaga Han. Kalau siang Han tidur pon kena settle kan kerja rumah mengemop lantai,masak, lipat kain, sidai baju semua. Nak update malam pon tunggu Han dah tidur baru boleh pegang laptop. Tapi bila malam,Han dah tidur tetiba aku pon akan mengantuk dan tertidur jugak. Sudah nya sebab tu lah banyak entri tertunggak. (╥_╥)


Dah ada anak ni penat dia lain maciam sikit. Ye lah dulu zaman bujang jaga diri sendiri je. Ni dah kena jaga suami dengan anak tu beza lah rasa nya kan. Penat-penat pon tapi rasa happy gak lah tengok anak membesar depan mata. Nak tambah anak sorang lagi memang tak lah buat masa ni. Penat weh jaga anak lagi-lagi time dia nak melasak ni. Memanjat sini sana.Habis semua benda aku kemas dia punggah nya.Kena lah kemas balik. Sabor je lah mak enon.


Yang tak kahwin lagi dan ada niat nak anak sebanyak satu team bola tu, emm GOOD LUCK je lah aku ucapkan. Dah jaga anak nanti baru lah merasai susah senang jaga anak tu dan kalau still nak anak seramai satu team bola jugak,kau memang kental beb. Salute toing toing lah.Heee.


Ok cut the crap. Nak cerita pasal open house sebenarnya ni melalut pasal anak pulak.



Mula-mula pergi rumah Aisyah dengan Ridzuan ni. Banyak gila menu pastu semua Aishah ni masak sendiri pulak tu. Tabik toing toing betul aku dengan dia ni. Ada lodeh, mihun singapore, soto, rendang bagai. Rajin betul Aishah ni masak semua benda. Kalau aku, aku tak tahu lah rajin ke tak nak masak semua menu untuk open house. Setakat family aku dengan family mertua aku datang rumah, rajin lah aku masak.Tu pon kadang-kadang malas. Haha. Untuk tetamu datang ramai-ramai tak ada pengalaman masak lagi sebab husband aku tak nak buat open house tahun ni so selamat aku. 

Hari yang sama pergi rumah Mirul dengan Najwa pulak. Satu uni dengan depa ni dulu. Tapi aku tak pernah nampak pulak time study dulu. Sebab depa ni batch husband aku dan lain course pulak. Memang tak pernah nampak ah cerita dia. Uni tu bukan sekangkang kera je besar nya. Lagi pon aku kan muda remaja, tak kenal sangat akak dengan abang senior ni. Haha.


Abang senior yang aku kenal, husband aku je lah time dekat uni dulu.  Dah ah percintaan banyak drama. Tak sangka lak berjodoh. Haha.


Suka pulak Han ni diapit awek-awek. Najwa ni tauke macaron tapi aku tak pernah rasa lagi macaron dia jual. Aku ni dah ah suka macaron. Harap lepas ni aku dapat rasa macaron dia.Hehe.


Ni hari lain pulak. Pergi rumah Carl dengan Belle. Makanan semua sedap gila. Han ni bila orang hulur duit raya memang laju je dia ambil.

Tapi pastu dia baling dekat bawah dan suruh aku kutip. Adeh (T_T). 

Tengok lah Ammara tu sedap betul nyonyot mak dia punya baju. Haha.

Next open house. Pergi rumah Kak Di. Mula-mula nak duduk luar je dekat khemah pastu kak Di suruh masuk dalam pulak sebab ada anak kecik takut panas ke apa. Aku pon masuk lah ke dalam rumah.

Pastu Han nampak mainan. Rayyan anak Kak Di punya kot.

Habis dia punggah. Kejap bawak keluar kejap masuk kan dalam bekas balik. Kejap dia pi baling. Kejap dia pi sorok kan bawah sofa. Suka hati lah nak. Janji senyap dan duduk diam-diam dekat situ.

Kalau borak dengan kak Di suka dengar dia bercerita sebab mulut dia pot pet pot pet tapi best. Haha. Aku ni memang suka tanya. Satu soalan aku tanya, 5 karangan dia punya jawapan tapi semua meaningful lah.


Satay sedap gila kak. Cupcake red velvet pon sedap.Yang lain tak sempat nak makan sebab datang pon memang dah lambat. Tapi kak Di tiap-tiap tahun mesti ajak aku datang open house, aku je tak pernah ajak lagi dia pergi open house aku sebab aku pon tak pernah buat lagi open house. Heee. Tapi tahun depan punya open house jangan lupa ajak jugak kak! Haha.




Next. Ni bersiap nak pergi open house Nuffnang.

Aku tak tahu lah kenapa sekarang anak aku suka beno masuk dalam laci. Dia imagine dia Doraemon nak pergi masa depan ke macam mana ni?



Sekarang ni aku dah suka chiffon shawl pulak. Sebelum ni aku suka pakai cotton shawl tu. Tapi sebab aku baru berjinak pakai chiffon ni,macam-macam style aku cuba pakai dan bereksperimen. Asal keluar je mesti husband aku muka pelik, semalam style lain,hari ni style lain. Pening dia tengok tapi ada jugak style yang dia suka. Hehe. Tapi orang selalu ingat aku pakai instant shawl. Padahal gigih aku melilit shawl, kadang-kadang sampai tercekik. Kahhh.


Ada sekali tu aku nak balik kampung, pakai pulak shawl style berjuntai sebelah. Sebelah tu ala-ala loose lah.Pastu aku sedap tidur dalam kereta. Longgar agak nya sebab loose kan. Bila aku bangun tidur je habis semua shawl aku tu kebelakang dah togel nampak serkop je. Dah tak rupa orang, macam memerang dah. Memang buruk beno ghupenyer. Punya lah husband aku gelak terkekeh-kekeh. Aku ingatkan apa benda lah. Rupanya sepanjang aku tidur, ada lapan belas gambar dia pergi snap dan rakam video.Video semua annoying gila lak tu.Muka aku dah ah tak rupa orang time tu.Dia siap review lagi gaya aku tidur. Seram sejuk aku melihatnya.


 Pastu dia cakap jangan memain dengan dia, kalau tak, dia upload semua gambo dengan video tu. Oii ni dah kes mengaibkan ni. Niat dia dah ada tu. Tak boleh jadi ni. Bahaya ni. Senyap-senyap aku delete semua gambar aku dalam phone dia dengan gambar-gambar dia sekali aku TERdelete. Perghh terus cuak aku sebab semua gambar dalam folder hilang. Tapi aku buat biasa je lah macam tak ada apa-apa berlaku. Hari-hari muka selamba mak enon je menghadap dia.


Tapi haritu dia pelik asal phone dia dah tak ada gambar lansung. Aku cakap lah aku ter back up phone dia sebab tu semua gambar hilang. Tapi dia percaya lah pulak. Lurus macam pembaris jugak laki aku ni. Kahkah. So aku terus lah duduk diam-diam situ. Tipu sunat takpe. Haha. Tapi kalau dia baca entry aku ni habis lah kantoi. Tapi benda ni jadi ada lah dalam sebulan lepas so aku rasa dia pon dah lupa.Kehkeh.




Open house nuffnang kali ni buat dekat Glass House Seputeh. First time aku pergi tempat ni, selalu nampak dekat instagram je orang buat event dekat sini. Cantik jugak tempat ni.

Mula-mula elok je Han pakai songkok.

Pastu dia pi baling songkok tanpa rasa bersalah.

Muka aku ni lah jadi tukang kutip semua benda yang dia pi baling.Sekarang ni aku memang kena bawak handbag besar untuk letak barang-barang yang Han baling. Tapi sebenarnya dalam handbag aku memang penuh dengan barang dia je. 



Sekarang ni Han dah tak nak dekat orang. Susah hati betul aku dia tak nak dekat orang sebab susah aku nak makan dengan tenteram. Haha. Dulu kalau pergi event, Daphne ni selalu dukung dia, dia nak je. Sekarang ni dia dah kenal aku dengan husband kot so dia nak aku/husband je dukung. 


Pastu Daphne ni nak juga dukung Han sebab dia ni memang suka budak-budak. Pastu aku cakap umpan lah dia dengan makanan mesti dia nak sebab dia kuat makan. Daphne pon ambil papadom bagi dia, dia pon nak lah dengan Daphne tapi sekejap je. Dia dah start gigit papadom tu dia nangis tak nak dekat orang dah. Alahai Han kenapa lah begini. Susah lah mama dengan papa nak menternak lemak camni. Haha.

Penyudah nya husband aku makan tembikai saja. Tapi dia memang tengah diet pon so dia tak kesah lah makan buah je. Aku ni memang kena makan nasi. Kalau tak, aku akan sentiasa lapar. Banyak juga aku makan haritu. Cendol pon sampai 2 round aku bedal. Han duduk dengan papa dia, aman lah jugak aku nak makan. Hehe.


Rina ni maintain je dari dulu sampai sekarang anak dah 2 pon muka cun awet muda je. Cemburu aku melihat nya. Haha. Tian Chad u kawen jangan lupa ajak i ok. Kihkih.

Time open house ni banyak jumpa staff nuffnang yang buat sales dan ad ops semua. Sebelum ni selalu contact dekat dashboard je sekarang baru lah tahu siapa yang di belakang tabir semua tu. Teruja aku berjumpa semua orang sebab dah tahu dah siapa yang selalu contact aku. Heee.

Kesian YY penat dari pagi sampai malam banyak event nak handle. Nanti i belanja u sashimi ok. Hehe.

Time raya ni memang makan je lah kerja aku.

Tapi kalau tak raya pon kalau ada buat makan-makan ajak lah aku. Aku memang suka menternak lemak di mana-mana dan bila-bila masa pon.Heee.

Tu je nak cerita. K bye! ✿♥‿♥✿


REVIEW Suicide Squad. Best ke tak?

$
0
0
Jangan dekat sangat dengan Harley Quinn tu bangg. Melekat gila dia karang. Haha.



Ok ni sinopsis dan review Suicide Squad aku. Don't worry aku jarang review movie jadi spoiler. Hehe. Review manja-manja je. Ahak!

SINOPSIS

Amanda Waller agen pmerintah US ditugaskan untuk handle satu situasi supaya dunia tak hancur dengan kuasa jahat dan dia ambil keputusan nak lawan kejahatan dengan kejahatan. Dr. June Moone 
(Cara Delevinge) seorang arkelogist masuk satu gua ni tapi tak sengaja terambil 'something' yang penuh kuasa jahat yang boleh jadikan dia ahli sihir 'Enchantress'. Tapi kuasa Dr June ni Amanda Waller ni boleh handle sebab 'hati' ke 'jantung' ahli sihir ni tah ada dekat dia. Kalau ahli sihir ni buat perangai dia cocok-cocok je hati ahli sihir ni. Tapi ahli sihir ni bahaya sebab kuasa dia tu memang jahat. Kira nya kalau dia berkuasa, dunia ni hancur ah.

Amanda Waller ni nak wujudkan satu team untuk tumpaskan something yang 'bukan manusia' (ahli sihir ni punya kuasa jahat lah) . Tapi team yang dia nak buat ni semua penjenayah. Dia tak nak korban kan askar-askar dia so dia ambil lah penjenayah-penjenayah ni laksanakan misi tu sebab kalau diorang mati pon macam takde hal lah kot sebab diorang ni pon semua 'bad people'. So team tu nama dia 'Suicide Squad' yang terdiri daripada penjenayah yang jahat tapi ada kekuatan masing-masing.

REVIEW AKU

Karakter Suicide Squad ni ada banyak. Tapi time flashback tu ada jugak pening sikit. Sebab dia kejap flashback, kejap cerita asal,pastu flashback balik. Editing agak messy sikit. Mungkin sebab nak bagi kita kenal semua watak penjenayah tu. Sebab penjenayah dia ramai dan ada jugak yang tetiba je datang dari celah bedah mana tak tahu. Tu nampak macam berterabur sikit. 



Watak yang paling menarik bagi aku? 4 ni je. Sebab 4 watak ni yang menonjol dalam cerita ni.



-Deadshot lakonan Will Smith ni nampak macam berperikemanusiaan la dalam ni. Dalam banyak-banyak penjenayah dia ni je macam normal sikit. Dia power tembak-menembak. Kalau dia tembak memang tak pernah tersasar lah. Tapi sebab aksi tembak-menembak ni dah biasa nampak dekat movie lain. Aku rasa skill dia tu macam biasa je lah. Muehehe.


-Karakter Harley Quinn ni paling best! Attractive dan funny jugak. Pastu pompuan ni memang gila. Saiko gila tapi dia best! Kalau watak dia mati cepat memang confirm bosan cerita ni. Dia lah penyeri cerita ni. Memang jenis tak makan saman dia ni. Semua main bedal je. Ye lah dah kata pon pompuan gila kan. Memang sewel ah. Tapi watak dia paling menarik dalam cerita ni.


-Jared Leto as Joker. Joker dalam ni macam tak berapa banyak sangat scene. Joker... Paham-paham je lah, mamat tu dah sah-sah ah saiko. Tapi Joker memang mat romeo dalam cerita ni.


-Enchantress/Dr. June Moone ( Cara Delevinge ). Bila jadi orang memang cun, jadi ahli shir dah macam jenglot dah. Ke memang jenglot tah. Haha. Bila watak dia ni keluar dah rasa macam tengok cerita hantu.

Tapi aku enjoy je tengok cerita ni. Banyak orang kata tak best tapi bagi aku best jugak cerita ni sebab ada pompuan gila tu.Haha. Harley Quinn tu lah membuatkan cerita ni menarik. Serious! Kalau watak Harley Quinn tu mati cepat mesti cerita ni hambar.




Overall memang best cerita ni. Better dari Batman V Superman bagi aku. Make sure korang tengok cerita ni sampai lah keluar credit. Hujung-hujung tu Batman ada buat kemunculan.


Aku bagi rating 8/10. Cerita psycho yang menarik ah kira. Yang kata tak best tu expectation tinggi sangat kot. Terhibur je aku tengok cerita ni. Hehe. Tak sabar nak tunggu sambungan dia.


2 orang ni lah geng tengok wayang sekarang.

Seketul Han terhibur di mana-mana.

ლ(╹ε╹ლ)

Ajet-ajet badan ada six pack. 
ᕦ(ò_óˇ)ᕤ





Habis tengok wayang saja cuba-try-test spek ni. Tah kenapa suka beno aku depan spek bulat-bulat ni. Ehehe. ლ(╹◡╹ლ)




Korang dah tengok ke cerita Suicide Squad ni? Bagi korang best tak? Berapa bintang nak bagi? (=^_^=)




Servis menipu resit macam ni pon ada? Hati-hati peniaga online

$
0
0
Amende lah. Bisnes macam ni pon ada? Bahaya betul zaman sekarang ni. Bukan penjual je boleh menipu. Pembeli pon boleh menipu jugak. Adeh. Budak yang buat kerja ni kreatif tu dah kreatif dah. Tapi cuba lah dia guna kreativiti dia ni buat benda berfaedah yang tak menyusahkan orang. Jadi Graphic Designer ke apa. Masyukk gak jadi graphic designer sekarang ni. Ramai kot orang cari. Pulak-pulak banyak butik dan orang jual produk tumbuh bak cendawan sekarang. Baik lah kau jadi graphic designer yang bertauliah dari buat kerja tak ada faedah ni.


Tapi sebenarnya nak edit resit macam ni tak susah sangat pon. Resit memang boleh tipu. Tapi transaction dalam bank tu tak boleh tipu. Pape hal pon, untuk peniaga online semua, pastikan duit masuk dalam account dulu baru pos barang. Kalau guna bank lain, hold dulu barang, tunggu duit tu masuk betul-betul baru pos barang.


Zaman sekarang ni macam-macam jenis orang ada. Jangan cepat percaya orang sangat. Hati-hati.


Cik Epal Jofliam Honeymoon London : Big Ben , Hyde Park (part 4)

$
0
0

Ok sambung balik pasal honeymoon London. Haritu rasa macam nak habis kan je terus. Tetiba puasa busy, raya pon busy. Sambung lah sekarang time tengah free ni. Heee.


 Ni entry London yang sebelum-sebelum ni kalau nak baca:


Best tau London ni. Bila nak cerita dekat blog pon rasa macam nak pergi lagi. Tapi next time nak pergi London pon tunggu anak-anak besar sikit lah kot. Ehehe ★~(◠‿◕✿)

Lepas pergi Harrods dekat ENTRI INI. Kitorang pergi ke Hyde Park pulak. Dekat jugak lah dari Harrods tu. Orang kata kalau datang London ni tak sah kalau tak datang Hyde Park. So kitorang pon nak tengok jugak apa yang best dekat Hyde Park ni.


Hyde Park ni salah satu taman paling besar dekat London. Pelancong kalau masuk sini selalunya cepat je keluar. Tapi Hyde Park ni besar. Kalau suka nature memang boleh ambil banyak masa dekat sini.



Banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat Hyde Park ni. Boleh joging, piknik, berenang, main tenis and etc. Nak tunggang kuda pon boleh. Masa aku datang ni nampak orang joging dengan tunggang kuda je. Yang berpiknik tak nampak pulak. Sebab angin kuat time ni. Kalau berpiknik time ni, confirm tikar piknik tu terbang lempang muka kau. Tengah angin kuat nak berpiknik memang cari penyakit lah kan.

Swan ada, itik ada, burung ada, kuda ada, banyak nate sini. Tapi natebeghuk tak ada lah. 

Elok pulak haiwan dalam gambar aku ni semua ber couple berdua-duaan. Macam tahu-tahu je aku tengah honeymoon berduaan dengan husband aku. Hakhak.


Masa aku datang London ni time sejuk pastu berangin lak tu. Memang sejuk gila beb.

Acah-acah nak bagi makan dekat swan. Tapi tak ada makanan pon dalam tangan aku tu. Aku panggil sebab nak ajak depa masuk dalam gambar je. Boleh tahan lurus bendul jugak swan dekat sini.





Menenangkan fikiran lah duduk dekat Hyde Park ni. Kalau korang suka nature, memang korang kena datang sini. Hyde Park ni besar tau. Kitorang pon tak habis pusing sebab time ni angin kuat pastu pergi taman pulak kann. Memang menggigil lah jalan sebab windy. Aku dah ah tengah pregnant time ni. Tak tahan jugak sejuk kalau kuat sangat.


Dah habis pusing Hyde Park. Tanya husband nak pergi mana pulak pasni.

JO: Lepas ni kita pergi Ben 10. Bangunan situ cantik
CE: Ha? Ben 10? Amende Ben 10? Big Ben lahhhh
JO: Ek elehhh dia yang tak betul. Betul lah Ben 10.

Eeee konfiden tak agak-agak tau husband aku ni. Terus aku ambil phone tunjuk perbezaan Ben 10 dengan Big Ben dekat dia. Terus dia terkekeh gelak dan akui kesilapan dia. Dia memang macam tu. Kadang-kadang dia salah tapi suka konar baring sampai kita pulak rasa macam statement kita salah. Dah ah konfiden je cakap aku yang tak betul. Caittt (个_个)

Phewww nasib baik tak tertanya orang direction pergi Ben 10. Buat malu je tau laki aku ni. Dah ah semua tempat kitorang pergi sendiri je tak ada agent. Pengaruh kartun kuat beno banggg.

Sampai jugak ke Big Ben. 


Big Ben ye. Bukan Ben 10! Awas!





Haa mana Ben 10 bang?? Mana? Mana?

AAA angin kuat gila sini. Habis mata pon masuk habuk ★~(◡‿◡✿)

Ini lah London Eye. Sebelah Big Ben tu je. Kira dah alang-alang kau bergambar dengan Big Ben, kena lah ada gambar dengan London Eye ni jugak. Walaupun benda ni dekat Melaka pon ada. Tapi disebabkan dia London Eye, kena lah ada gambar dengan dia jugekkkk.



Dah balik dari Big Ben. Singgah LIBERTY. Ni kalau mak-mak masuk suka lah kot. Banyak barang-barang keperluan wanita dan barang perhiasan macam tu. Ada jugak jual baju dengan mekap.

Masa aku pregnant time ni aku gila main game FUN RUN. Siapa pernah main FUN RUN? Memang addicted gila main FUN RUN tu. Dari aku lembap gila selalu dapat nombor corot sampai aku dah terror gila ah main. Masa awal-awal aku main game tu, husband aku suka lah lawan dengan aku sebab aku asyik kalah je. Pastu invite pulak student-student dia main. Memang asyik kalah je aku sebab yang lain tu memang dah biasa main. Aku baru install kot time tu. Dah lama-lama main, aku makin terror, hebat dan tangkas. Terus husband aku stress main dengan aku sebab aku asyik menang je. Dia punya stress sampai dia delete terus lah game tu dari handphone dia. Kahkah.

Masa jumpa topi rabbit ni dalam LIBERTY tu. Terus dia pakai dan cakap "Yunk, comel macam rabbit fun run tak?"

"Opkossss lah rabbit FUN RUN comel lagi. "

Terus dia baling topi rabbit ni tanda protes. Kihkih.

Tapi best main FUN RUN tu. Pulak-pulak cukup kuota 4 orang main. Tapi game tu addicted lah.Lagi-lagi ada geng main. Memang tak jadi kerja aku. Asyik main game tu je. Last-last aku pon dah uninstall game tu. Macam sekarang ni famous game POKEMON GO tu pulak kan? Aku tak download lagi dan malas nak download. Kang terjebak mula lah addicted. Tapi game-game macam ni selalu bermusim. Ada game baru nanti, game yang selalu kita main tu orang pon dah malas nak main dah.Dulu aku gila main Candy Crush tapi sebab kena mintak-mintak ticket dekat orang dan satu level tu beribu kali main pon macam dia saja je tak nak bagi lepas,lama-lama fed up jadi malas nak main. Macam POKEMON GO ni tengok macam tengah glamour sekarang ni. Tapi percayalah lepas ni keluar game baru, mesti orang dah tak main dah pokemon ni.



Eh melalut cerita pasal game pulak. Haha. Sorry aku kembali semula ke pangkal jalan. Tapi kitorang tak beli apa-apa pon dalam LIBERTY. Husband aku try 'topi rabbit FUN RUN je' pastu blah.Pastu jalan-jalan je jumpa mentol terapung dari langit. Ehehe. Carnaby Street nama tempat ni. Tapi nampak macam style je kan deko mentol sebegitu?







Lepas tu naik tube undergorund nak balik hotel. Kalau dekat Korea panggil train tu 'subway' tapi dekat London ni panggil keretapi, 'Tube Underground'. Bukan tube akak-akak pakai pergi beronggeng baju kecik sangkut dekat dada tu ye. Ni tube keretapi. 

Tapi sebelum balik hotel mesti singgah kedai dekat Tube Undergorund ni. Sebab aku nak beli susu kegemaran. Heee.





Susu Mars ni memang wajib ah aku beli. Sedap nya! Aku suka. Tapi husband aku tak suka air jenis macam ni dia kata macam budak-budak je minum air macam ni. Cehhh ajet-ajet je dia tu. Tapi hari-hari mesti beli air coklat ni. Air Mars, Snickers, Skittles, semua aku suka. Heee (✿ ♥‿♥)



Ok nyah! Nanti bila free sambung lagi cerita honeymoon London yang tah bila tah nak habis ni. Kehkeh. K Bye!


Dulu tak berapa suka budak-budak. Tapi bila dah dapat anak, automatik naluri keibuan tu datang sendiri

$
0
0

Bila dah jadi mak-mak ni, nak pergi mana-mana walaupun sekejap mesti terfikir pasal anak. Dulu aku tak berapa suka sangat budak-budak,memang tak ada naluri keibuan lansung lah, tapi bila dah ada anak ni baru lah ada rasa suka nak layan budak-budak. Dulu brutal gak semua main langgar je, dah ada anak ni baru jadi penyayang lemah lembut sikit. Auwww. Haha. Bila dah mengandung dan bertarung nyawa nak bersalin tu, bila dapat anak je automatik naluri keibuan tu datang sendiri. Aku rasa bukan aku je kot macam ni, mesti ramai juga perempuan yang dah jadi ibu rasa apa yang aku rasa ni.

Aku paling risau kalau Han sakit atau jadi apa-apa dekat kulit dia dan aku takut kalau bagi dia makan benda yang tak sepatutnya dia makan lagi. So aku memang sangat jaga diet dan pemakanan dia.





Korang ingat tak benda ni? Aku rasa banyak jugak yang ada memori kanak-kanak dengan benda ni. Teringat dulu masa kecik-kecik, nak makan sesudu benda ni kemain susah ibu aku berusaha suruh aku dengan adik-adik makan. Haha. Berlari-lari ibu aku kejar aku sebab aku tak suka makan benda ni. Lagi-lagi yang warna putih tu. Warna oren tu ok sikit.Alaaa budak-budak kan, jajan suka ah makan. Benda-benda yang nampak macam ubat tu memang pecut lari dulu kalau mak suruh makan. Hehe.

Ibu aku selalu cakap benda ni bagus, nanti jadi pandai kalau makan. Alaaaa mak-mak mesti lah kena pandai saiko anak kan suruh makan. Sebab nak jadi pandai, aku pon telan je lah. Lama-lama aku suka yang warna putih tu. So dua-dua pon aku boleh telan. Benda ni glamour sangat masa zaman aku membesar dulu. Jiran-jiran aku yang ada anak sebaya dengan aku pon semua mak diorang bagi makan benda ni.

Scott's Emulsion ni dalam bentuk liquid. Sekarang dah ada dalam bentuk gummies pulak. Nak tengok tak?


Tadaaa! Nampak lagi menarik kan? Hehe. Ada 2 perisa. Satu perisa strawberi.

Satu lagi perisa oren.

Budak-budak kan memang suka makan benda-benda berperisa oren dan strawberi ni. So memang sesuai sangat lah tu. Ni bukan budak-budak je suka. Mak budak pon suka. Hehe.


Kenapa kena bagi Scott’s® DHA Gummies ni dekat anak kita?

Ok aku yang tanya tapi aku yang jawab. Hehe. Budak-budak ni kan selalunya cerewet nak ambil supplement kan? So bila ada Scott’s® DHA Gummies ni diorang dah tak takut lah nak makan sebab nampak macam gula-gula je kan. Kenyal-kenyal pastu sedap lak tu. Dah lah bentuk pon comel. Ada bentuk ketam, ikan,  dengan sotong,lagi senang lah nak tarik minat budak-budak ni nak makan gummies ni.

Jangan risau nak bagi anak kita gummies ni sebab Scott’s® DHA Gummies ni datang dari minyak ikan tulen berkualiti tinggi yang telah pon diuji dan mematuhi kualiti antarabangsa dan piawai ketulenan.Memang produk ni berkualiti tinggi dan bagus lah so don't worry. Yang penting dijamin HALAL oleh JAKIM.

Scott’s® DHA Gummies ni tak sesuai untuk budak bawah 4 tahun dan ada alergi dengan ikan. Kalau anak ada alergi ikan tak sesuai nak makan sebab Scott’s® DHA Gummies ni diperbuat daripada minyak ikan. Kalau tak ada alergi ikan, memang sesuai sangat lah ambil. 

Scott’s® DHA Gummies ni sesuai bagi untuk budak-budak yang dah 4 tahun ke atas. Han dah 4 tahun nanti confirm aku akan bagi dia makan Scott’s® DHA Gummies ni. Heee.


Comel kan gummies bentuk ketam, ikan dengan sotong. Rasa pon sedap sangat. Lepas aku ambil gambar ni,aku terus makan semua masuk mulut. Makin bijak lah aku lepas ni. Haha.



Kita selalu dengar pasal DHA kan? Tapi apa sebenarnya DHA ni? Kenapa DHA ni penting untuk kita, lagi-lagi untuk budak-budak?


-DHA ni adalah satu bulding block yang penting untuk otak dan mata kita. Badan kita perlukan development yang betul dan berfungsi dengan sistem saraf dan penglihatan.

-Badan kita perlukan DHA, sebab tu kita perlu dapatkan DHA yang lain tu dari makanan yang kita makan atau makanan tambahan.

-Sejumlah kecil DHA terdapat dalam ayam dan telur.

-The best food source of DHA is oily, cold water fish.

-DHA adalah omega-3 fatty acid.

-DHA bermaksud 'asid docosahexaenoic' (so no wonder lah semua orang panggil DHA. Hehe)


So memang penting lah kita bagi DHA untuk anak-anak kita bila dah semakin membesar. Ibu-ibu boleh try bagi Scott’s® DHA Gummies ni dekat anak-anak. Mesti diorang suka punya. Sebab rasa dia memang sedap dan tak berbau or rasa hanyir lansung walaupun diperbuat dari minyak ikan. Rasa dia macam makan gula-gula kenyal perisa strawberi dengan oren. Serious sedap. Pastu sangat bagus untuk perkembangan otak anak kita.


Scott’s® DHA Gummies ni dah available dekat pasaran dah. Haritu aku ada nampak dekat pharmacy macam Guardian dengan Watson tu.Korang dah boleh beli sekarang. Confirm tak ada adegan lari-lari kerja anak dah, entah-entah korang bagi 3 bijik, diorang mintak lagi gummies ni sebab sedap. Hehe :)

Nak tahu info lebih lagi, boleh pergi laman web diorang
dan Facebook dekat sini https://www.facebook.com/ScottsMalaysia 








Review Huawei P9 . Gambar serious cantik gila macam pakai DSLR !

$
0
0
Kita ada smartphone baru, Huawei P9. Best tau smartphone ni! ★~(◡‿◕✿)


Nampak tak handphone ni ada 2 camera? Huawei P9 ni dilengkapi dengan dual-lens Leica. Kalau cakap pasal handphone, yang paling penting kita nak tahu mesti camera kan? Betul tak? Huawei P9 ni smartphone yang diiktiraf oleh LEICA. Leica ni memang power lah kalau dengar nama pon.

Teknologi kamera Leica ni dekat dual-lens 12-megapixel. Kan ada 2 kamera tu kan? Satu kamera tu untuk mengesan warna RGB (gambar seperti biasa), satu lagi adalah sensor monochrome yang mengesan gambar warna hitam putih.

Kamera monochrome (hitam putih) dapat tangkap cahaya 3 kali lebih banyak berbanding kamera biasa. Bila cahaya banyak masuk, so kualiti gambar memang sharp,jelas dan cun melecun lah. Dapat lah hasil kan gambar yang cantik-tertarik-menarik-kau-memang-the-bomb-senah. Hehe. Itu lah kelebihan dual-lens Leica Huawei P9.










Huawei P9 ni sangat selesa dipegang pada tangan. Rasa kemas je.Rekaan dia pon sleek and elegant.


Dari segi memori, Huawei P9 ada dua variasi. 
Ada 32 GB, 3 GB RAM ,
dan 64 GB, 4 GB RAM 


Huawei P9 menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh. Kalau skrin terpasang pon bateri tahan lama lebih 8 jam. Serious bateri tahan gila walaupun sentiasa on data. Kalau nak cas bateri pon cepat full. Tak ada lah lembap macam handphone lain. Yang penting tak hang atau lag.


Huawei ni bagus dan agak expert dari segi teknologi. Semua feature pon lancar berfungsi tanpa sebarang masalah.


Part paling best sebab camera lawa. Memang puas hati sebab camera dia terbaik dari kebun. Hehe. ლ(╹◡╹ლ) 


Tak percaya? Meh tengok gambar yang di snap dari smartphone Huawei P9 ni. Serious kualiti gambar macam pakai DSLR! Teruja aku melihatnya. Haha.


Cantik dan sharp kan gambar dia? Siap boleh buat bokeh lagi. Handphone kau hado? Ehehe.





Cantik sangat kan kualiti gambar dia? Mak suka nyah! (✿ ♥‿♥)

Kalau compare dengan handphone yang aku tengah pakai sekarang, image quality Huawei P9 ni lagi awesome lah. Banyak benda Huawei P9 ni buat yang real camera je boleh buat. Huawei P9 ni boleh buat bokeh, motion blur, light trails dan banyak lagi. Gambar pon dah macam pakai DSLR! Amazing!

Walaupun aku dah ada camera tapi untuk dapat pakai Huawei P9 ni antara dalam list aku lah. Camera, Ram, Battery, Speaker memang puas hati.

Camera Huawei P9 ni memang power lah. Sangat sesuai untuk orang yang suka ambil gambar tapi nak kualiti gambar lebih bagus dan sharp.Harga smartphone Huawei P9 ni tak lah semahal yang korang semua sangkakan. Range harga bawah 2k je untuk 32 GB! Wuhuuu berbaloi-baloi sangat ni.Boleh dapatkan smartphone ni dekat mana-mana outlet Huawei. Cepat beli!  Korang takkan menyesal punya lah. ♥♡〜٩(^▿^)۶〜♡♥ 


Happy Birthday yang ke 10 Nuffnang ! Waa dah masuk darjah 4 lah. Hehe

$
0
0
Pejam celik pejam celik dah 10 tahun rupanya Nuffnang ni. Masa dapat invitation birthday party ni, talent manager suruh pakai baju putih. Aku ni dah lah tak banyak baju putih. Korek-korek almari nasib baik ada jugak baju putih. Mix and match je lah. Senang. Han pon pakai baju putih jugak. Hehe.

Buat dekat Make Space @ Quill City Mall. First time aku masuk Make Space ni. First time jugak sampai Quill City Mall. Datang-datang terus Jack bagi benda ni. Pastu tengok Jack tak pakai baju putih. Aik kata suruh pakai baju putih. Rupanya talent je pakai baju putih, client pakai baju hitam, staff nuffnang pulak pakai baju colour block warna-warni suka hati. Haha.

Dah nampak dah kek tu.

Happy 10th Birthday Nuffnang! Dah sepuluh tahun rupanya. Kejap je rasa masa berlalu. Aku dengan Nuffnang masa aku study lagi. Tak ingat pulak sign contract tahun bila. Ada dalam 6-7 tahun jugak kot dengan Nuffnang ni. Time study dulu kalau dapat cek blogging je mesti happy gila.Terus happy boleh bagi duit dekat parents even tak kerja dan masih study. Gembira ada income blogging sebab dah tak payah susahkan parents. Rasa satu kepuasan bila kita dapat beli apa-apa yang kita nak guna duit sendiri .

Tapi tak sangka sampai sekarang aku dah kawen ni pon still ada rezeki dengan blogging. Thanks Nuffnang! :)




Photobooth sekarang makin lama makin advance lah. Makin maju kehadapan. Bagus-bagus. *beri tepukan gemuruh*

 Dulu pakai kad dan prop je bergambo dengan photobooth. Pastu keluar machine photobooth tu pulak. Tangkap gambar terus dapat gambar time tu jugak. Yang sekarang punya photobooth lagi canggih. Terus dapat gambar jugak tapi yang ni boleh buat video macam boomerang tu. So gambar kita tu macam bergerak lah. Dalam 5 saat tu kena cepat-cepat tukar pose.

Kesian anak aku. Haha. Aku cuit secoet je. Bapak dia tu over betul.

Photobooth ni dapat gambar dan video.Video boomerang tu ada. Macam kelakar pulak muka memasing bila gerak-gerak.




Dulu buat blog ni just suka-suka je. Memang tak terfikir nak glamour ke nak buat duit ke. Tulis pon pasal diri sendiri. Benda merepek-meraban je banyak. Tulis pon main bedal je.Update cerita dekat blog ni pon untuk update moment. Kadang-kadang terlupa. Tu bila pernah cerita benda yang kita lalui, bila baca balik memang mengimbau kenangan lah.



Bila baca balik entry-entry lama, rasa macam "eh aku pernah pergi tempat ni rupanya", "eh aku pernah buat macam ni""perghh macam mana aku boleh tergamak pakai baju macam orang gila ni". Hahaha dan lain-lain. Macam-macam perasaan ada. Tak sangka lah aku sungguh keanak-anakan di zaman baru nak up.Kahkah. Tapi bak kata omputeh, 'Let Kids Be Kids'. Masa tu umur pon baru 18-19 tahun,sah-sah tak matang.Masih mentah dan kurang waras. Kihkih. Zaman nak up dah rasa buat benda pelik-pelik, so dah makin dewasa ni tak ada lah rasa nak buat benda pelik sangat.  Sebab dulu dah merasa buat macam-macam benda aneh. Haha. Karang dah tua buat benda aneh lagi lah dikecam masyarakat. Lagi hazab. Ehehe.


 Dulu takut nak jumpa orang. Sekarang bila banyak buat advertorial kena pergi event, jumpa client tu client ni. Ada rasa naik sikit lah confident diri. Tapi sikit je lah ye. Haha. Sebab kalau dapat advert yang suruh aku bercakap depan orang ramai tetap aku gemuruh ye. Tangan dan mulut sekali menggeletar. Kehkeh.



Thanks to my talent manager YY, best gila YY ni. Ceria dan positive je. Aku memang suka orang-orang periang ni. Heee. Thanks Nuffnang banyak beri peluang buat macam-macam campaign.  Happy 10th Birthday Nuffnang. Semoga terus success ye! :)


Kalau ada masalah sembelit guna Dulcolax ni

$
0
0

So far aku jarang kena sembelit. Tapi dulu masa study ada roomate aku yang selalu kena sembelit. Kesian tengok dia. Selalu sakit perut dan membuang pon payah. Bila aku tengok dia, aku tahu lah keperitan sembelit tu. Aku selalu suruh dia makan lebih buah-buahan dengan minum air kosong je banyak-banyak.Mana tahu kot-kot lancar terus kan. Tapi kadang-kadang O.K. Kadang-kadang K.O. Huhu. Ye lah time tu student kan, tak ada lah jaga pemakanan sangat. Benda-benda yang ada dekat cafe tu lah yang kita akan beli dan makan. Kadang-kadang tak sarapan, makan lambat, lupa nak makan, jarang minum air, last-last sakit perut. Tu kadang-kadang kena sembelit tu.


Orang pregnant pon senang jugak kan nak kena sembelit? Kalau pregnant, seksa jugak kalau kena sembelit ni. Berjam-jam duduk dalam tandas tak keluar apa. Mahu nangis. Wuuu. Alhamdulillah masa aku pregnant haritu tak ada masalah sembelit. Risau jugak aku. Aku cuma takut kalau kena sembelit time tangah travel. Bila kita travel ni kan, kadang-kadang makan tak menentu. Tu takut kena sembelit. Pastu paham-paham je lah toilet dekat negara orang ni macam mana. Dah ah tak ada paip dan hos. Tak sama dengan toilet kita dekat Malaysia yang semua nya user friendly ni. Dah kena sembelit, nak berjalan pon tak sedap kan?


Benda-benda pasal sembelit ni jarang kita nak bercerita dekat orang. Maybe sebab malu? Tapi sebenarnya ramai je yang ada masalah ni. Kalau korang selalu/pernah kena sembelit, aku recommend Dulcolax ni untuk korang stand by siap-siap dekat rumah.


Kalau nak bawak Dulcolax ni time travel pon sesuai sangat.


Pil dia kecil comel je warna kuning. Orang dewasa dan kanak-kanak melebihi 4 tahun je boleh makan Dulcolax yang pil macam ni.  Untuk orang dewasa boleh telan 1-2 biji. Untuk kanak-kanak telan 1 biji je cukup. Jangan simpan dekat tempat panas ok. Simpan di bawah suhu 30C.




So sesiapa yang ada masalah sembelit tu, boleh try Dulcolax ni :)

Boleh tengok website www.myconstipationrelief.com/my/ untuk maklumat lebih lanjut.

Ni aku bagi promo code: EPAL2X. Korang boleh guna code ni dekat Watsons e-store. Dapat RM2 off untuk produk Dulcolax Tablet 30’s nanti. ✿♥‿♥✿


Wedding adik

$
0
0




Selfie sebaik sahaja adik aku selamat menjadi isteri orang. Ni time nikah.


Kahwin dah adik aku ni. Aku kahwin haritu masa umur aku 23 tahun. Adik aku ni kahwin umur 24. Lebih kurang lah pulak timing nya. 


Sama dengan wedding aku haritu, nikah dan resepsi sekali jalan. Buat sehari je. Senang. Dua-dua majlis nikah dan resepsi settle sekali harung. Jimat pon jimat. (◕‿◕✿) 

Sementara menunggu pengantin siap untuk resepsi. Saja duduk kejap dekat pelamin. Han kemain suka duduk dekat pelamin ni. Apa tah yang terhibur sangat tu.



Dah lah pakai baju putih. Dia jumpa sepupu-sepapat dia, ke hulu ke hilir main. Habis berpeluh masam. Dengan comot nya. Nasib baik bawak baju spare.

A video posted by Cik Epal🍎 (@cikepal06) on

Boleh play tak video ni? Saja cuba-try-test. 




Duduk dalam bilik khas ni jap sementara tunggu pengantin. Terus tukar kan baju Han. Habis berlemuih peluh comot sini sana anak aku. Umur baru setahun sebaya dengan jagung camtu lah. Ligat boleh tahan. Takpe lah baru setahun hidup kannn, kita bagi lah dia peluang explore sini sana.



Ok sekarang ni memang dia tak nak dekat orang. Dulu-dulu kalau ada wedding sedara ke apa bahagia je aku. Ada orang dukung dia. Boleh aku makan dengan tenang. Sekarang ni memang payah lah dia nak dekat orang. Akak ipar aku dukung pon dia tak nak. Kemain meronta suruh aku ambil dia balik. Ayoyo ayo ma ayo pa. Ini macam susah lah mama nak menikmati kambing golek doplohnam round ni Han. Baru nak masuk kambing seketul dalam mulut dah tercekik.

Maklong aku dukung dia, terus nangis. Dengan maklong aku sekali muka macam nak nangis. Hahaha bertabah lah maklong.



Asyik nak berkepit je.

Pastu kuat makan. Bagi kerepek bawang seketul, pastu mintak lagi. Ish ish ish ikut perangai siapa lah kuat makan ni.

Ok pengantin dah sampai. Di iringi oleh abang-abang silat.

Ingatkan Abam Bocey tadi.


Han penat sangat lah tu, kemain lentok sedap tidur.

Welcome to family Wan. Selamat pengantin baru adik. Depan mertua nanti jangan kentut bersepah, jangan baring terkangkang, jangan korek hidung buang, jangan menari pelik-pelik, menguap tutup mulut. Jangan buat benda-benda aneh ok depan mertua awal-awal ni. Dah lama-lama sikit tak pe. Wahaha.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar. Untuk adik dan Wan. Enjoy honeymoon hidup berdua ni dulu. Dah ada anak nanti lain feeling dia. Tidur pon dah tak cukup hokay. Hehe. Time hidup berdua ni lah enjoy puas-puas. Tahniah! Selamat pengantin baru.Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin.




Pengantin lama. 

Dulu kini dan selamanya kentut bersepah. Dia bukan aku. Aku kalau nak kentut mintak izin dulu hokay. Punya lah solehah nak kentut pon mintak izin suami. Kalau dia, memang tak bagi salam ok. Terus bagi sedas dua dengan muka selamba tapir nya. Orang selalu kentut kuat mesti tak bau kan? Yang kentut jenis slow kepit tak ada bunyi tu selalu nya bau busuk kan? Tapi kentut slow ke kuat ke sama je kepam bau nya kalau datang dari dia. Tak faham aku. Spesis aneh apa entah ni . Haha. *pitam mak jemah*


K bye!

Scrub paling best St Ives ni!

$
0
0
Aku suka gila scrub from St Ives ni. Sebelum ni memang selalu dengar orang bagi positive feedback pasal produk ni.  Aku rasa produk ni ada masa zaman aku sekolah menengah lagi. Memang legend ah.Ada tengok akak-akak senior pakai time sekolah asrama dulu.Tapi bila aku dah pakai memang best! Lepas pakai mesti kulit smooth gila. I loikeeee~


Sekarang ni St.Ives dah ada packaging baru. Dulu lain sikit packaging nya. Tapi jangan risau, bahan-bahan dalam scrub ni semua masih sama. 100% natural. 

Yang ni my favourite! Kalau kulit tak bermasalah/sensitif pakai yang blemish control ni memang elok. Tekstur dia lebih kasar sikit tapi lepas pakai, muka rasa smooth je.


Aku suka pakai yang 'Blemish Control' ni sebab rasa lebih memuaskan sebab biji dia besar sikit. Hehe. Sedap je lah menyental kulit mati dekat muka ni ♡〜٩(^▿^)۶〜♡

Ok yang ni untuk blackhead. Boleh pakai dekat hidung or apa-apa part yang korang rasa bermasalah.

Aku suka gila bau dia! Bau macam matcha ice cream! Rasa macam nak makan! Ehehe. ✿♥‿♥✿

Ok kalau kulit muka korang jenis ada jerawat dan sensitif aku recommend pakai jenis "Fresh Skin" ni sebab tekstur dia lagi creamy dan lembut.


So kalau kulit sensitif pakai yang "Fresh Skin" ni tapi awas! Jangan pergi skrub area jerawat pulak. Menangis tak berlagu karang. Tapi kalau ada jerawat,jangan ganas sangat ye. Takut kulit korang luka pulak nanti. Tenyeh pelan-pelan je ok. Hee.


BOLEH KE SCRUB HARI-HARI?

Tak payah pakai hari-hari ye. Karang pakai hari-hari kulit jadi kering sangat lah pulak. Dah satu masalah lain pulak datang. Dalam 2-3 kali seminggu tu pon dah alright dah. 

MACAM MANA NAK GUNA?

Lepas je korang cuci muka guna cleanser, lepastu apply lah scrub ni. Sapu je dekat satu muka. Aku suka tenyeh dekat area hidung sebab hidung kan senang tumbuh blackhead/whitehead kan? Tapi korang boleh je fokus dekat tempat yang bermasalah lain. Senang-senang scrub je satu muka.Dah tenyeh-tenyeh scrub tu, tunggu lah beberapa minit. Tapi jangan lama sangat. Lepastu bilas dan basuh muka dengan air. Siap!

Lepas tu serious kulit muka rasa licin dan lembut je macam punggung bayi. Haha.





Ada banyak sebab kenapa aku suka St. Ives ni:

1. Harga mampu milik. Dalam RM20 macam tu
2. Bau wangi sangat! Bau aprikot tu memang sangat menenangkan. Yang green tea tu pon bau sedap gila macam bau green tea ice cream. Hee
3. Biji-biji halus dalam scrub tu tak menyakitkan kulit
4.Bagus untuk kulit berminyak. Krim biji-biji scrub tu tak meninggalkan rasa krim dekat muka.Siapa yang muka berminyak memang sesuai.
5.Muka bebas minyak dan kotoran. Kulit boleh bernafas tanpa ada halangan dan membuatkan kulit bersih dan segar.
6.Tahan lama walaupun 2-3 kali seminggu pakai sebab produk ni dalam tiub yang besar.
7. Dia datang dengan tube packaging so aku suka sebab lebih menjaga kebersihan. Picit je dah keluar. Tak payah korek-korek macam packaging produk lain. Huhu. 
8. Dapat kecutkan jerawat.
9. Dia remove habis kulit mati dekat muka kita ni.Lepastu kulit kita pon dapat tukar sel kulit yang baru.
10. Lepas scrub muka rasa licin dan bersih gila!


Aku suka St. Ives ni sebab murah dan bagus. Tak payah nak beli produk yang terlalu mahal untuk kulit cantik. Yang baling best sebab produk ni 100% natural and paraben free! Produk ni tak ada animal testing lagi! Aku sangat takut pakai benda-benda yang banyak bahan kimia untuk tepek dekat muka. Biar lah kesan lambat tapi bahan yang kita guna semua natural.  Penting tau untuk kulit kita pakai produk semula jadi ni. Kulit kusam pon boleh jadi sihat. 


By the way,sekarang Churpchurp ada buat contest. Boleh menang sepasang tiket ke Bali. Meh lah join contest ni!  Post paling kreatif akan bawak balik hadiah-hadiah menarik dari St Ives.

Hadiah-hadiah untuk GoNaturalWithStIves contest:

•1st Prize: A pair of tickets for 3D2N to Bali Holiday (Flight & Accommodation provided)
•2nd Prize: A pair of tickets for 2D1N Staycation in a Malaysia resort (Accommodation)
•3 x Consolation Prizes: Spa Vouchers.


Cara nak menang pon simple je:

1. Post gambar DIY natural beauty remedy korang dekat Instagram (make sure profile ‘Public’)
2. Share kenapa natural beauty remedy buat korang happy dekat caption. (Contoh: sebab murah, rahsia keluarga, etc.)
3. Setiap penyertaan kena ada produk scrub St. Ives .
4. MESTI letak hashtag ni.  #Stylemy #GoNaturalWithStIves and #ChurpMYWIN
5. Boleh hantar berapa banyak penyertaan yang korang suka.

Tips: Pastikan penyertaan anda kreatif dan jangan lupa untuk hashtag!


Contest ni dari 1 September (Khamis) sampai 30 September 2016 (Jumaat), dan contest tamat pada jam 12.00PM. Jom join. Hadiah best-best ni. Be creative! Good luck! (◕‿◕✿) 

(REVIEW MOVIE) Train to Busan . Best cerita ni!

$
0
0



Memang nak sangat tengok cerita Train to Busan ni. Tak sangka lak cerita ni (18+). Dah satu hal tak boleh bawak Han. Tapi saja-saja tanya dekat indulge ni, dia bagi pulak bawak baby. So yayyy! Dapat jugak tengok cerita Train to Busan ni bawak Han.











Sinopsis Train to Busan


Cerita ni mengisahkan tentang satu virus yang melanda rakyat Korea Selatan. Seok-woo (hero cerita ni) jenis workaholic. Dia ni dah bercerai dengan isteri dia. Dia kerja sebagai manager amanah saham. Dia ni busy sangat dengan kerja sampai lupa birthday anak dia. Masa birthday Soo-An (anak hero),dia bagi hadiah tapi Soo-An ni macam kecewa lah dengan hadiah ayah dia ni bagi pastu dia request nak jumpa dengan mak dia dekat Busan.

Mula-mula ayah dia ni berat jugak nak pergi. Tapi Soo-An ni kata, takpe kalau ayah busy dia boleh pergi sorang. Ayah dia ni risau lah jugak kan dia pergi sorang, dah lah kecik lagi budak ni. So ayah dia tunaikan lah permintaan anak dia ni untuk teman jumpa dengan mak budak ni dekat Busan.

Masa perjalanan depa ni naik train ada macam rusuhan sikit lah antara zombie dengan manusia. Tiba-tiba je ada sorang perempuan pelik muncul entah dari mana naik train yang sama. Perempuan ni punya peha lak macam kena gigit.

Tak lama lepas tu train pon gerak. Perempuan pelik tu pon tetiba tukar jadi zombie. Apa lagi terkejut lah semua orang dalam train tu. Start perempuan ni jadi zombie, berjangkit lah dekat semua penumpang dalam train tu. Habis semua di gigit nya. Hantu betul.

Keadaan jadi tak selamat bila stesen yang diorang patut berhenti tu pon tak boleh nak turun sebab penuh dengan zombie dekat luar. Dah lah dalam train zombie bersepah. Dekat luar train pon berkerumun zombie nya. Ko ghaser? Apa lah nak buat ni? Di luah mati bapak di telan mati mak ni. *tetiba keluar peribahasa*

Ada beberapa penumpang yang terselamat berkumpul dalam satu gerabak. Tapi gerabak lain tu penuh gila dengan zombie. Zombie-zombie nya jenis lari laju gila nokharom pulak tu.Pastu laju je mulut tu nak gigit orang.Choyy terkejut hokay. Haha.

Seok-Woo (hero cerita ni) terpisah pulak dengan anak dia dekat gerabak yang berbeza. Bayangkan dia dekat hujung gerabak sini, anak dia pulak dekat hujung gerabak nun di sana. Tapi dekat tengah-tengah gerabak banyak gila zombie.

Macam mana lah eh si Seok-Woo ni nak selamatkan anak dia? Haaa korang kena tengok cerita ni. Serious mendebarkan.




Review aku:

-Memang sangat puas hati tengok cerita ni. Cerita ni tak kan buat kau mengantuk. Kau mesti macam ternanti-nanti je apa akan jadi lepas ni, apa scene lepas ni. Senang cerita, korang tak kan bosan ah.

- Ada jugak selit elemen kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan, dan percintaan. Very straightforward dan tak meleret-leret.


- Terharu tengok pengorbanan suami yang ada isteri pregnant tu dalam cerita ni. Sanggup tu korbankan diri dia untuk selamatkan isteri dia dan orang lain yang dia baru kenal dalam train.

- Setiap scene mendebarkan. Kalau rasa kita dekat tempat tu mesti panik gila tak tahu nak buat apa. Dan cerita ni menyebabkan aku takut pulak nak naik train dekat Korea lepas ni. Haha. Punya lah real scene-scene dia tu.

-Ada sorang orang tua dalam cerita ni yang akan buat korang menyampah dengan dia. Selfish gila. Rasa nak cepuk-cepuk je dia.Orang dah tolong dia, dia boleh pulak tolak orang tu bagi kena gigit segerombolan zombie. Choyy. Sila meninggal.

Ni lah muka orang tua annoying tu. Kongasam dia ni. Tapi kira watak dia menjadi ah sampai orang menyampah dengan dia ni. Pandai gak ah dia berlakon dan menghayati watak. Kehkeh.



-Movie ni walaupun cemas dan mendebarkan di setiap saat, tapi hujung-hujung scene tu sedih gila. Memang sangat menusuk kalbu lah saat-saat 10 minit terakhir tu.

- Banyak sangat pengajaran dan emosi yang terselit dalam cerita ni. Lagi-lagi part anak dengan ayah. Part suami dengan isteri. Part kakak dengan adik, part couple, part member-member.

-Cerita ni tak cliche. Best jugak bagi aku. Dari awal sampai akhir confirm tak kan menguap.

Aku bagi 4.2/5 bintang untuk Train to Busan. Serious best dan mendebarkan cerita ni. Sedih pulak tu.

Sepanjang movie Han tidur so tenang betul nak layan movie. Haha. Habis cerita Train to Busan ni je terus Han bangun tersengih-sengih. Dia tak tahu mama dengan papa dia berdebar melayan cerita segerombolan zombie tadi. 
(◡﹏◡✿)


Yang dah tengok Train to Busan, bagi korang cerita ni best tak? Berapa bintang nak bagi? (◠△◠✿)




Isu Uqasha Senrose dan Safiey Ilias

$
0
0
Baru-baru ni hot kisah Uqasha Senrose dan Safiey Ilias ni kan? Macam-macam reaksi orang komen. Tapi sedih jugak lah kan baca cerita-cerita macam ni. Elok-elok dah dapat hidayah jadi baik pastu patah balik ke habit asal. Mungkin lah tak berjaya lawan nafsu sendiri atau ada sebab-sebab tertentu yang diri dia sendiri je tahu kenapa dia ambil keputusan macam tu.


Aku rasa ramai je yang kecewa diorang buat keputusan macam tu. Tapi tak berapa sedap bila baca komen-komen yang maki hamun diorang.Memang tak patut pun kita maki hamun terus bila seseorang tu buat salah.Tapi tak salah kita marah bila seseorang tu buat salah.

Maki hamun dan marah bukanlah sinonim.

Maki hamun,confirm orang tu tengah marah. Tapi kalau marah,tak semestinya orang tu akan maki hamun.So benda yang salah di sini adalah maki hamun,dan bukannya marah.Tak kan lah kita nak happy atau gembira je bila tengok, dengar atau dapat tahu ada orang tu buat salah atau lebih teruk lagi mempermainkan Agama kita sendiri? Tak kan kita seronok pulak kan ??

Aku tak sokong lansung perbuatan maki hamun. Aku cuma kata, TAK SALAH UNTUK KITA MARAH BILA TERDENGAR ATAU TAHU SESUATU PERKARA YANG MAKSIAT. SEBAB ITU JUGA DIKIRA 'MENGUBAH DENGAN HATI'.

Lagi pun semua isu tu adalah isu di mana si pelaku tu sendiri yang dedahkan aibnya kepada orang ramai.Nak back up diorang ni tak boleh jugak.

Sebab adanya pembela-pembela diorang ni, lagi banyak lah kes sosial berlaku.Konon nak back up sangat,manjakan sangat si pelaku salah ni,sampai diorang naik kepala.Dalam otak diorang tu langsung tak cuak bila buat salah,sebab diorang tahu akan ada pembela perbuatan terkutuk diorang tu. Nak back up pon ada had lah.Macam jaga anak. Ada masa kena manjakan,ada masa kena marah kalau anak buat salah. Tegur elok-elok dengan tegas.

Nak nasihat,nak tegur,bukan je perlu dengan cara lemah-lembut.Sebab Nabi SAW kata tegur dengan BERHEMAH. Berhemah tu bukan sahaja bermakna lembut,tetapi ianya bermaksud dengan cara yang betul dan sesuai.So tegur dengan marah pun adalah salah satu cara yang berhemah.Cuma ianya bergantung kepada orang yang nak ditegur tu.Maki hamun tu memang tak patut la.

So kalau ada kawan-kawan/ahli keluarga terdekat yang ada masalah 'u turn' balik ke asal (benda jahat/maksiat). Korang tergur lah elok-elok. Sokong hijrah dia sebelum ni. Jangan lah maki hamun dan guna bahasa-bahasa kesat. Serious pelaku tu pon tak kan rasa nak berubah kalau orang dok maki-maki dia.

Tapi kalau kita dah tegur sehabis baik, dia tetap jugak dengan pendirian dia. Kita berdoa je lah dia akan jadi manusia lebih baik di masa akan datang. Dah itu jalan yang dia pilih. Dia pon dah besar. Pandai-pandai lah fikir baik buruk. Berdoa je lah depa bertaubat sebelum terlambat.


Kalau kita nak berhijrah,buat je, jangan cari approval dan pujian manusia,nanti kita akan tersasar. Buat sebab Allah, insyaAllah istiqamah hijrah kita tu. Kita pon manusia biasa, tak baik judge orang. Ujian hidup kita semua lain-lain, persekitaran hidup pon berbeza.Kita semua pendosa cuma mungkin Allah tutup aib kita. Manusia boleh berubah. Kita pon tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana. Entah-entah orang yang kita kutuk tu pengakhiran hidup dia lebih baik daripada kita. Mana kita tahu kan?



Viewing all 408 articles
Browse latest View live