Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Review Batman V Superman : Dawn of Justice (2016) . Best ke bosan?

$
0
0
Bawak seketul Han tengok Batman V Superman.Sebenarnya mama dengan papa dia yang nak tengok. Tapi ada Keti-man photobomb. Haha.

First time tengok wayang dekat GSC Nu Sentral. Not bad jugak. Seat besar dan selesa. I loikeeee. 

Sinopsis Batman V Superman:

Cerita pasal 2 superhero yang patut disayangi oleh orang ramai dah mula membenci each other dan bergaduh sesama sendiri. Batman ni nak tumpaskan Superman sebab risau dengan tindak-tanduk Superman. Ada salah faham je sebenarnya. Orang ingat Superman ni bunuh orang awam tapi sebenarnya orang lain yang bunuh.Orang risau jugak dengan Superman ni sebab dia ada kuasa yang sangat kuat so boleh ke dia ikut undang-undang?

Batman ni pulak tak suka dengan kewujudan Superman ni sebab banyak buat masalah pada bumi konon nya. So Batman ni cari lah kelemahan yang ada dekat Superman iaitu kristal Kryptonite untuk tumpaskan dia lah.

Sementara depa dua tengah berhentam dan bergaduh tu, Lex Luthor pulak tengah semangat berkobar-kobar cipta makhluk baru iaitu “Doomsday”. Dalam cerita ni nama dia Zod. Tapi “Doomsday” sebenarnya nama makhluk aneh tu kalau ikut komik. “Doomsday” ni pulak lain maciamm dia punya besar dan kuat.

Punya lah beriya si Batman dengan Superman berhentam,last-last depa baik balik sebab nama mak sama iaitu “Martha”. Cissskek betul. Terus baik dari awal je kan senang. Menghabehkan boghehh je bergaduh. Puiii. Haha. Tapi kalau depa tak gaduh tak jadi lah pulak cerita Batman Vs Superman kan. Sah-sah tajuk filem tukar Batman&Superman Best Friend Forever. Kihkih.

Batman dengan Superman pon baik balik. Sebab “Doomsday” ni power nokharomm. Wonderwoman pon datang untuk tolong together-gether lawan “Doomsday” ni. 

Persoalan nya. Adakah depa bertiga ni dapat tumpaskan makhluk aneh “Doomsday” tu? Apa pulak yang jadi dekat Batman, Superman dengan Wonderwoman di akhir cerita? Korang kena tengok cerita ni. Tak nak lah jadi spoiler banyak sangat. Kihkih.

Ni lah mahluk aneh Zod aka "Doomsday" itu. Power jugak dia ni. Dah lah besar,terlebih sado, hebat. Tapi sayang nya dia huduh! Wakaka.

Depa ni jugak yang handsome dan jelita. Aku mengharapkan scene Wonderwoman ni lebih lagi. Tapi scene dia sikit sangat. Tak puas nak tengok dia. Heee. 

REVIEW:

-Permulaan cerita agak boring sikit. Lembap. Menguap jugak lah aku. Aku tengok husband aku dekat sebelah lagi hampeh. Dia siap tidur dah. Bila pertengahan cerita dah start laju tu aku kejutkan lah dia. Pastu dok tanya-tanya aku pulak apa jadi awal-awal tu. Eeee geram betul nak cerita balik. Tapi permulaan story memang agak lembap ah.Sebab aku tak nak tertinggal satu scene pon sebab nanti aku tak faham. So aku terpaksa jegilkan jugak lah bijik mata walaupun awal-awal cerita memang bosan.

- Kostum Batman buruk gila. Haha.

-Ada satu scene Lois Lane kena tolak dari bangunan. Pastu datang Superman selamatkan dia. Auwww cuwit angatt. Kahkah. Celah bedah mana lah si Superman ni datang padahal dia tengah travel time tu.Tapi yang peliknya suara hati awek dia kalau ada masalah,dia selalu dengar dan cepat je tolong. Tapi suara hati mak dia bila mak dia kena culik, dia tak boleh kesan pulak mak dia dekat mana. Hairan jugak aku. Dah lah mak dia hampir nak mati dah tu. Memang cinta mati betul lah Superman dengan awek dia ni.

-Cerita ni dark,serious dan tak ada humor lansung. Sebab tu cerita ni macam heavy sikit. Cerita keluaran DC Comic ni memang berbeza dengan Marvel (Captain America,Thor and etc). Marvel tu orang lagi suka maybe sebab banyak humor, fun,warna-warni,penuh variety dan mesra keluarga gitu.Aku pon suka Marvel gak. DC ni lebih kepada dark,serious dan suram.Tapi cerita dari DC comic ni aku boleh gak ah layan sebab memang aku dengan husband kaki wayang pon. Apa-apa cerita bedal je ah tengok asal best.

-Movie ni sebenarnya sambungan dari cerita Superman Steel. Kalau korang nak lebih paham pasal cerita ni boleh tengok Superman Steel dulu. Kalau tak mesti ada scene yang korang macam terpinga-pinga sikit. Aku tengok Superman Steel tu dulu tapi aku pon dah lupa jalan cerita dia. Tapi boleh je lah faham jalan cerita Batman V Superman ni.

-Untuk makluman korang,untuk sesiapa yang tak tahu, sebenarnya movie Batman V Superman : Dawn of Justice ni adalah permulaan untuk cerita Team Justice League (ala yang macam Avangers tu). Nanti akan ada team gabungan superhero dari DC Universe. Ala-ala macam The Avengers lah. Tak sabar jugak nak tengok. Harap best dan better lah dari movie ni. Batman V Superman ni just filem pengenalan je ah sebenarnya.

-Overall cerita ni memang serious,tengok muka Batman tu pon memang serious manjang dan tak ada senyum lansung. Kekwat ye engko Batman. Haha. Memang muka ketat je. Kalau korang mengharapkan cerita superhero yang kelakar dan menghiburkan memang korang akan kecewa lah dengan cerita ni.Takut menguap dan buat tahi mata je dalam panggung karang. Tapi kalau korang boleh layan cerita serious,korang boleh tengok ah cerita ni.SERIOUSLY cerita ni memang SERIOUS. Kihkih.


RATING:

Aku bagi 7/10


Siapa yang dah tengok cerita ni? Korang rasa cerita ni best ke bosan? Heee ok bye!



Perempuan mesti paham !

$
0
0

Pernah tak bila datang bulan,kita akan rasa dia kita berbau ‘hanyir’ ? Tu perkara normal je sebenarnya. Orang sekeliling maybe tak perasan pon. Cuma diri sendiri je lah perasan bau tu dan rasa tak selesa.


Percaya atau tidak, darah haid sebenarnya tidak mempunyai bau. Sama jugak macam peluh. Sebab darah haid diperbuat daripada kedua-dua darah dan tisu dari rahim. Bila darah haid bercampur dengan badan kita sendiri, bakteria dan bau boleh berkembang. Ramai orang menggambarkan bau ni ‘hanyir’. Sama jugak bila kita berpeluh. Peluh tidak mempunyai bau, campuran bakteria dalam badan kita sebenarnya terhasil bau peluh tu.Haa paham kan? Waaa berilmiah jugak aku ni. Haha.


Kalau time datang bulan ni ada yang tak akan join akitiviti lasak-lasak sangat. Sebab tak selesa dan rasa diri berbau je. Sebab tu ada sesetengah orang time datang bulan dia hibernate je dan tak campur orang sangat.


Tapi aliran haid itu sendiri sebenarnya tak berbau tetapi bakteria dalam aliran haid tu yang boleh menyebabkan berbau.Untuk mengurangkan bau, tukar pad kita dengan kerap. Pastikan kita menggunakan pad yang betul. 





Tapi kalau kita pakai pad yang betul,mesti kita rasa confident dengan diri sendiri dan orang sekeliling pon tak tahu time tu kita tengah datang bulan. Orang sekeliling pun selesa je. Mesti terus nak melekat je dengan kita macam seketul Han nak melekat dengan aku ni. Hahaha.




OK tapi SERIOUS. Kalau korang datang bulan, memang aku sangat-sangat recommend untuk guna Kotex Odor Care yang baru ni! Aku berpeluang untuk try produk ni dari Kotex. Korang, memang wangi gila. Aku dah try. Memang rasa selesa je dan rasa diri wangi je sentiasa. Heee.



My favourite! Kotex Odor Care Daun Sirih.Serious bau dia unik wangi. Tak caya , cuba-try-test. Ehehe.Pastu kalau hari yang awal-awal datang bulan tu,sah-sah lah heavy flow kan? Tapi memang mantopp lah dia serap. Tak bocor punya. Best!



Lavender. Yang ni wangi gak.Kalau hari tu aku feeling-feeling urban,aku pakai Lavender ni. Tapi kalau hari-hari yang aku nak feeling tradisional,aku pakai daun sirih pulak. Haha macam tu pon bolehhhh.





Produk-produk ni ada ekstrak daripada bahan semula jadi daripada minyak pati untuk memerangi bau. Ada dua iaitu Daun Sirih dan Lavender. Dua-dua bau ni membantu untuk memerangi bau dan membolehkan korang untuk menjadi yakin setiap masa dalam tempoh datang bulan ni.

Kebaikan Lavender - minyak pati yang popular dan biasa digunakan untuk melegakan tekanan.



Kebaikan Daun Sirih - Digunakan secara tradisional untuk kebersihan intim dan membantu untuk memerangi bau.







Kotex Odor Care ni ada ekstrak bahan semula jadi daripada minyak pati. Kotex Odor Care ni memang sangat melindungi kita daripada kebocoran yang tetiba tu. Huhu. Paling best sebab memang direka khas untuk perlindungan luar biasa dan melindungi daripada bau yang tak menyenangkan. Daya serapan dia memang thorbaikkkk dari ladang! Highly recommended!

Produk ni ada 2 jenis:
-Daun Sirih
-Lavender

Ada Overnight Extra Long (32cm) dengan Maxi (24cm). Kalau hari pertama sampai hari ketiga datang bulan tu memang aku suka pakai pad yang lagi panjang lagi bagus. Hehe. Memang Overnight Extra Long (32cm)  yang ada wing ni jadi pilihan aku. Serious kalau malam time tidur tu,esok bangun pagi confirm tak bocor. Bau pon best!

Sekarang dah tak ada dah masalah bocor dengan bau lagi dah. Serious korang kena try. Boleh ambil sample FREE dekat SINI. Yayyy!

By the way, you're welcome. Ehehe.






Tokyo Disney Resort & Hilton Tokyo Bay

$
0
0
Sambung lagi sikit cerita pergi Tokyo itu hari. Ni first day kitorang. First day kitorang just check in hotel dan jalan-jalan area Tokyo Disney Resort tu je. Nak tengok apa yang ada.

Setiap hari makan sashimi dekat Tokyo ni.  Seketul Han tu macam biasa lah,tak boleh tengok aku/husband makan. Semua dia nak mintak nya.Tu dalam cubaan nak tarik makanan. Geram letteww tak dapat tarik. Tapi no no no ye. Makan je lah makanan baby. Tu lah siapa suruh kecik!

Sashimi-Day 1

Yang kuning-kuning tu bukan mee tau. Tu telur panjang-panjang. Aku mula-mula ingatkan mee,rupanya telur.

Sashimi- Day 2

Sashimi yang ni siap ada bentuk kepala mickey. Comel!
Sedap nya sashimi dekat Jepun ni. Fresh betul.


Tempat beli tiket naik train.

Beli tiket train Disney Resort Line untuk bersiar-siar sekitar Tokyo Disney Resort.Nak senang beli Day passes je. Harga 650 Yen untuk dewasa.





Excited naik train ni. Masa aku pergi ni ada train special edition Duffy series. Handle dengan seat comel gila! Seat dia siap nampak macam bulu teddy bear lagi.




Handle comel.


Ni lah kartun Duffy tu. Tiga-tiga ekor comel! Heee. Kartun Duffy ni memang glamour dekat Jepun ni.


Yang ni warna pink pulak. Handle pon girlish. Pink and ada ribbon cute dekat tengah.Kawaiiiii!


Cute kan?





Yang ni seat dia berbulu pink pulak.Selalunya train dekat sini handle dia bentuk mickey mouse. Tapi yang ni special edition punya bentuk Duffy.



Ni yang warna hijau pulak. Nama character ni Gelatoni.

Duffy ni kira salah satu famous character ah dekat Jepun ni.Train ni seasonal. Tahun depan maybe ada special character lain pulak. Train Duffy ni comel gila! I loikeee.


View Tokyo Disneyland Hotel dari dalam train. Kalau datang Tokyo Disneyland ni,mesti impian semua orang nak duduk dekat hotel ni.

Hotel paling grand and paling mahal dekat sini. Bilik yang paling murah pon RM2200++/night. Fuhhh. Tu paling murah ok. Harga satu malam je tu.Paling mahal tak tahu lah berapa.Tapi dengar cerita susah sikit nak dapat masuk hotel ni. Kena buat reservation lama sebab waiting list panjang dan kalau kau someone, VIP or VVIP senang lah nak masuk.

Ok tadi aku naik Duffy train special edition. Ni naik train mickey. Train ni memang tiap masa dan tiap hari ada dekat Disneyland ni.

Train ni comel gak.Tapi aku lagi suka train Duffy tadi. Heee.

Handle bentuk mickey mouse.




Train mickey ni tak payah tunggu. Memang tiap-tiap masa cepat je datang. Train Duffy tu je yang kena tunggu sikit. Ye lah special kannn.Train mickey ni taraf biasa-biasa je kalau dekat Disneyland ni. Haha.Kalau 5 train yang lalu. 4 train mesti train mickey,satu je train Duffy. 

Ni aku masuk kawasan Ikspiari. Time aku pergi ni dekat-dekat dengan Valentine's Day ke baru habis tah.Aku pon lupa. Hehe. Nampak tak bunga dekat tangga tu? Kita selalu dengar perempuan yang selalu dapat bunga kan kalau time Valentine's Day? Tapi dekat Jepun ni terbalik. Lelaki yang akan dapat bunga dan hadiah.Untung lahhhhh lelaki-lelaki jepun. Kalau playboy tu mesti macam-macam jenis bunga dan hadiah dia dapat. Kehkeh.




Ni dalam Ikspiari. Style jugak. Macam dekat Hollywood. Phewwiitttt. Kehkeh.


Disney Store. Nak cari merchandise and souvenir boleh cari sini. Macam-macam ada.Antara kedai yang terbesar untuk beli barang Disney.

Nak tengok wayang pon bolehhh.


Yeng bentuk hexagon ni ada magic. Hee. Kalau kita lalu je dekat tempat warna gold tu terus suara kita ada echo dan bergema. Asal kitorang lalu sini je kitorang nyanyi. Nyanyi pulak lagu raya.Dengar lah suara bergema. Han pelik je tengok mak bapak dia berperangai ke anak-anakan. Hehe.


Ni dekat luar bangunan Ikspiari tu. Ni kalau musim autumn or bunga sakura ke mesti cantik gila tempat ni.

Time ni tengah hot cerita Star Wars dekat panggung. Jalan nak menuju ke panggung pon ala-ala Star Wars.

Dekat sini boleh sewa kimono gak. Kalau korang nak sewa dan posing dalam area ni boleh lah. Aku memang tak koser lah nak pakai kimono. Time aku pergi ni sejuk woh.



Kedai 108 Yen. Kebanyakan barang dalam kedai NATURAL KITCHEN ni berharga 108 Yen (dalam RM3). Barang dalam ni semua cute-cute.



Cantik kan bangunan dekat sini? Kalau korang sewa kimono tadi boleh ah posing di celah bedah bangunan ni. Hehe. Banyak lagi tempat cantik. Tapi akal dan minda asyik fikir nak makan je. Kuat menternak lemak memang cenggini. Kepala asyik fikir makan je.So carik lah makanan.

Jumpa jugak lah makanan halal yang boleh dimakan. Layan cekodok jepun. Hee. Octopus Takoyaki.Dengan kuih ikan.Selalu kuih ikan ni lembut tapi yang ni crispy. Croissant Taiyaki nama dia. Luar rangup dalam lembut. Yang ni ambil perisa custard dengan chocolate. Sedap gila! Makan panas-panas memang asyik! :D


Ni lah train Duffy yang aku suka naik tu. Comel kan?


Nak balik hotel naik lagi train Duffy. Dalam 4 kali train lalu,semua train mickey. Ikut nasib lah. Masa balik ni, train ke 5 yang datang baru train Duffy. Beriya tunggu sebab nak naik train Duffy punya pasal. Heee.

Seketul Han dah macam Baymax lah. Hehe.

Ni naik shuttle bus nak balik ke hotel. Tengok seat dia ada kepala mickey secoet. Hehe. Handle dengan aircond pon bentuk mickey tapi lupa pulak aku nak snap.









Kitorang tidur dekat Hilton Tokyo Bay. Hilton Tokyo Bay ni bersambung dengan Tokyo Bay dan Tokyo Disney Resort. Ada macam-macam jenis bilik. Ada bilik yang tema hutan ajaib dan bilik gaya moden.Happy Magic Room dekat hotel ni harga ¥25,000 (dalam RM800++) untuk satu malam.  Free WiFi dalam bilik. Tengok lah lif dia pon comel.

Kalau pergi Disneyland,boleh lah consider duduk Hilton Tokyo Bay ni sebab:

-Ada shuttle from airport to hotel. Tapi ni kena bayar lah.Tapi better lah daripada ambil cab atau naik train. Cab mahal.

-Ada shuttle bas nak pergi train station yang terdekat. Macam pergi ke Maihama Station. Yang ni FREE. Boleh berjalan around Tokyo.

-Nak ke Disney Resort Line yang paling dekat macam Bayside Station pon FREE. Bas dah lah cute gila! Macam bas yang aku naik tu.Semua dalam tu penuh kepala mickey.Bayside Station ni depan Hilton je sebenarnya. Ada lah dalam 100m. Tapi dah alang-alang naik shuttle ni FREE,memang tak koser lah kan nak jalan kaki. Gunakan lah servis FREE yang digunakan dengan sebaiknya.Hee.

-Dekat sini satu hotel memang ada shuttle khas sendiri.

-Time ni aku bawak stroller,tapi driver bas dekat sini memang semua helpful.Memang setiap masa aku naik bas,setiap masa tu lah diorang tolong angkat stroller. Dah sampai tempat yang dituju pon diorang tolong bawak turun stroller. Budak-budak kecik semua dia pimpinkan tangan naik or turun bas. Bagus betul.Servis depa memang thorbaikkk dari ladang ah. Hehe.

-Dekat Hilton Tokyo Bay ni korang boleh jugak beli tiket untuk ke Disneyland dan Disneysea. 

-Kalau terlupa nak beli souvenir dekat Disneyland pon jangan risau,dalam hotel ni memang ada kedai rasmi untuk beli merchandise Disney. 

-Yang paling best kalau yang jenis selalu lapar tu, ada convenience store yang bukak 24 jam dekat lobby hotel.Banyak jugak lah benda yang boleh kita makan macam roti butter,onigiri tuna,pisang, and etc. Kalau air mineral habis malam-malam ke apa, husband aku rajin ah turun lobby and beli dekat minimarket tu.




Jalan nak menuju ke bilik.

Pintu bilik hotel. Semua cute! 

Breakfast dekat hotel pon ada macam-macam makanan. Tak rajin lah pulak aku nak snap gambar setiap inci buffet haritu. Haha. Tapi yang ni dari jauh tengok macam air tembikai,tapi datang dekat rupanya  tomato juice. Aaaa pitam. Terbayang-bayang rasa dia macam minum sos tomato. Huhu. Aku tak try ni. Tapi sebab first time aku jumpa tomato juice ni time breakfast dekat hotel, so aku macam jakun. Haha.

Ok yang best dekat Hilton Tokyo Bay ni kita boleh request makanan halal.  Untuk muslim,selalu dia akan tanya lah nak beef/chicken.Time ni rasa ayam. Esok nya kitorang ambil beef pulak.Rasa ok ok lah. Janji boleh makan.

Penuh dengan Mickey Mouse. Dah mickey ni pon maskot Disney. Harus lah muka dia bersepah-sepah di mana-mana.Ehehe.


Balik daripada jalan-jalan malam tu, terus naik bilik. Keluar lift je nampak pokok-pokok yang ada lubang ni. Dalam pokok ni ada dragon dengan unicorn in 3D. Konon macam magik lah pokok tu. Hee.

Aku bagi 5 bintang untuk Hilton Tokyo Bay ni. Highly recommended untuk family yang bawak kids. Kalau nak ke Disneyland dengan Disneysea pon sangat senang dan boleh keluar masuk sesuka hati dalam sehari tu. Contoh kalau tetiba anak cranky atau nak tidur siang ke apa boleh balik jap tidur hotel.Pastu malam tu boleh sambung balik pergi Disneyland tengok fireworks. Sebab kawasan Tokyo Disney Resort ni semua connected dan dekat-dekat je.

Service dekat sini pon sangat tip top. Japanese ni memang jenis hormat orang sekeliling tak kira lah kau tourist ke apa. Dan depa ni sangat helpful.I loikeee. Sebab tu aku suka Jepun!

Kalau duduk dekat Hilton Tokyo Bay ni tak sah lah kalau korang tak ke Tokyo Disneyland dengan Tokyo Disneysea. Aku dah review dua tempat tu dekat entri lepas. Boleh baca dekat sini:


ok bye! :D





WOW Cik Epal dapat TOP5 untuk APO2016 - Blog Pilihan Online lah. Haha

$
0
0
WOW dapat TOP 5 lah.Terkejut mak enon. Haha.


Thanks yang vote masa pencalonan awal haritu sampai dapat top 5! Waaa.Aku pon tak sangka boleh dapat TOP 5 sebab tak tahu ada yang sudi undi ke tak. Tq! Tq!

Buat blog pon suka-suka je. Tak pernah terfikir pulak buat blog boleh dapat award bagai.Tulis blog pon memang sebab suka bercerita dan membebel versi menaip.Ehehe.Menulis blog adalah salah satu terapi kebosanan buat aku dari zaman study dulu. Kalau sekarang,aku akan tulis benda yang aku rasa happy nak tulis je.


Untuk apa-apa anugerah pasal blog ni aku selalu tercalon je tapi tak pernah satu pon menang. Sadissss.Haha. Menang kalah tak kisah.Tak ada expectation tinggi sebab calon pon semuanya strong.Lagipon memang dah biasa pon tak menang. Haha.Tapi kalau ada rezeki tak tahu lah kan.Kalau menang ye syukur. Kalau kalah pon mak redha je nok! Aku akan teruskan merepek jugak dalam blog aku ni.Yeehaaa.Heee.

 It's everyone's game. Apa-apa anugerah yang melibatkan undi ni memang sesape je pon boleh menang.Kan?

Tapi kalau ada yang sudi nak undi aku,meh nak tunjuk cara dia. Senang je.


Scroll down sampai category 15- Blog Pilihan Online
Tekan LOG MASUK UNTUK UNDI
Boleh login guna facebook/twitter/Gmail


Kalau first time login kena isi form simple camni. Alahh tanya umur,negara,negeri and tick-tick je lah apa yang korang suka. Pastu tekan 'HANTAR'.

Kalau dah pernah login,boleh terus UNDI je.

Tick 'Cik Epal' dan UNDI


Sorang boleh undi sekali sehari. Tapi kalau ada tiga account ni boleh lah undi 3x sehari guna account:
1-Facebook
2-Twitter
3-Gmail/Google

Undi hari-hari tau! Haha. Boleh VOTE dekat sini (http://apo.mstar.com.my/undi.aspx)

Thanks!

Cik Epal Jofliam Honeymoon London (part 1) : Makanan/restoran halal dekat London yang sedap!

$
0
0
Last honeymoon sebelum keluar Han.Sebenarnya tak plan pon nak pergi London ni. Asal nya nak pergi Langkawi. Haha. Cerita nya macam ni. Masa aku check up dengan doctor,dah mintak lah surat doctor untuk nak naik flight pergi Langkawi. Doctor aku pon sign je lah, dia kata tak apa lah dekat je Langkawi. Boleh je lagi nak fly.Oh time ni aku tengah 8 bulan pregnant.


Balik je dari check up doctor,saja tengok website MAS. Perghh ada promo lah pergi London. Return RM3500 sorang. Direct flight pulak tu. So 2 orang dalam RM7000. Quite cheap. Terus beli tiket time tu jugak. Haha.Nak dapat tiket murah memang kena rajin tengok website,ada yang pernah dapat tiket ke London return naik MAS dan direct flight RM2000++ je. Perghhh jeles mak nok! :p


Cakap dekat doctor nak pergi Langkawi je. Achaner ni? Langkawi ye lah sekejap je naik flight. Ni nak ke London berjam-jam dalam kapalterbang. Emm tak pe lah tiket pon dah beli so bye-bye Langkawi. Haha. Sebab sepanjang aku pregnant ni pon tak ada masalah pape so pergi je lah. Nak berjalan punya pasal. Hiks.


Dekat instagram aku  (@cikepal06) ada lah yang komen:
"eh boleh lagi ke fly dah 8 bulan?"
"lepas ke naik flight dah 8 bulan?"
"ok ke naik flight time sarat macam ni? Tak krem ke perut?"
"cik epal kalau terberanak dalam kapal terbang untung boleh dapat tiket free seumur hidup"


Ok yang komen last tu best betul nak pergi mana-mana pon FREE. Haha tapi agak ngeri jugak lah nak membayangkan dok push-push dalam flight  pastu pramugari lak jadi mak bidan terjun. Mak aihhh memang scary jugak lah nak imagine T_T"


Ok tapi aku bawak je surat doctor. Orang cakap dekat airport London nanti diorang nak tengok. Dan orang cakap dekat airport London ni diorang kerek sikit lagi-lagi dari airport London nak balik Malaysia.


Tu orang cakap lah, aku selalu dengar. Tapi time aku fly ni aku tak declare pon aku pregnant and tak bagi surat doctor pon. Sebab diorang senyap je tak tanya pape. Aku pon ilek-ilek je lah.Haha. Ok maybe sebab perut aku kecik. Kalau pakai blouse memang tak nampak lansung perut aku. Serious kecik. Diorang pon memang tak terfikir lah kot aku pregnant. Diorang maybe ingat aku seorang pompuan buncit kot. Haha.


Masa dekat airport Malaysia mahupun London, Alhamdulillah semua nya smooth je. Even dalam flight pon Alhamdulillah ok. Sebab direct flight,kadang-kadang ada rasa lenguh jugak dok lama-lama. Bila rasa lenguh tu,aku jalan-jalan lah bersiar-siar dalam flight tu. Nak tidur pon letak bantal dekat belakang badan dan sekeliling perut. Rasa nyaman lah jugak.


Finally, Hye London! Haha.


Ni dekat Piccadilly Circus. First day kitorang banyak jalan area sini je.

Dah 8 bulan pregnant pon tak reti-reti nak dok diam dekat rumah. Takpe,orang kata banyak jalan, senang bersalin. Ahak!

Aku pergi London ni time winter. Kalau pakai winter coat gini lagi lah nak tak nampak perut aku :D


Teringat jajan double decker tengok bas ni.

Dah sampai London ni apa lagi. First thing nak buat confim lah. apa? 

Shopping?

Oh tidak. Harus lah benda pertama nak buat iaitu 

MAKAN! hiks.

Kalau dekat UK ni jangan risau, memang berlambak jugak restoran halal. Yang ada smartphone tu boleh dowmload app 'Zabihah'. App ni akan senaraikan nama-nama restoran halal di area tempat yang korang duduk/lawat.Tapi dekat app ni banyak makanan ala-ala masakan arab dan timur tengah. Ala-ala nasi briyani,masala bagai tu. Aku tak berapa gemar sangat makanan ala-ala arab ni. Huhu.


Dekat Europe ni pon dah banyak masyarakat Islam, so untuk carik makanan halal tu tak ada masalah. Worst come to worst, cuba cari  masjid dekat bandar tu, mesti ada restoran/kedai yang jual makanan halal dekat area tu. Tapi kalau travel ke Eastern Europe, memang problem sikit nak cari makanan halal, sebab negara-negara ni negara bekas komunis, so perkembangan agama agak terbantut. And again, don't worry, banyak lagi makanan yang boleh dimakan. Vegetarian option pun not bad.

Aku ada download app 'Zabihah' ni tapi tak pernah guna pon sebab ada kawan yang study dan pernah travel sini banyak suggest tempat makan sedap dekat London ni. So apa lagi. Jom menternak lemak! 


First stop: Tinseltown 

Aku pergi ni dekat area Oxford Street. Dekat Bayswater pon ada satu. Tinseltown  ni sebenarnya restoran makanan western la. Glamour dengan American Diner & Premium Quality Milkshakes. Ada lebih kurang 50 flavours of ice-cream milkshakes and 60 types of burger.Oh not forgetting the mouth-watering grills. Mmmmm dapnyerrr. Hiks. Yang best pasal restoran ni sebab semua makanan dan minuman 100% HALAL! Yayy!


Kalau dah plan nak makan sini make sure perut betul-betul kosong. Baru berbaloi sebab portion nya agak besar. Dekat sini yang glamour nya adalah dia punya milkshake. Punya pekat likat dengan pelbagai topping yang kita boleh pilih. Rambang mata nak pilih. Gambar kemain mengiurkan. 




Baru nak brunch. Pekena Lamb Chops in Creamy Cajun Sauce dengan Memphis Zilla Melt. Wow dapnyer sis! Hahaha

Benda yang semua orang suka makan bila datang sini. Lambchops with creamy cajun sauce. Datang dengan 2 jenis dips, and dua side dishes berharga GBP9.99/each. Dips dengan side dishes boleh pilih. Banyak pilihan. Ada 6 ketul daging kambing yang diperap bersama rempah. Hee. Nak kata sedap gila-gila tu takdelah tapi boleh makan lah. Kena lah dengan tekak.

Memphis Zilla Melt tu pon sedap. Ayam yang dilimpahi dengan keju dan sos.Mmm dappp dappp. Ehehe.




Datang sini jangan lupa order milkshake. Baca menu pun dah rasa sedap dah. Rambang mata woh nak order apa sebab they have like 50 flavours of ice creams milkshakes to choose from. Nak tau apa aku pilih? Aku telah memilih Ferrero rocher milkshake dan ferrero rocher sundae.. Mmmmm Sedap gila! Heee.





Lepas dah makan, jalan-jalan tengok apa yang best dekat area ni.



 Tengok orang malaysia pergi London mesti borong habis bila shopping dekat PRIMARK.Nak tengok gak apa yang best PRIMARK ni.




Baju-baju dalam PRIMARK ni memang murah lah. Tapi tak ada pulak yang aku berkenan. Hmmm. Sepanjang aku pregnant ni memang aku tak ada nafsu nak shopping. Nafsu aku kuat tang MAKAN je.Ehehe.



Nak tengok show pon boleh. Tapi aku tak tengok pon. Layan street show dekat luar-luar ni je.

Apa nama makhluk aneh ni eh? Dia ni yang berlakon Star Wars tu kan? Ke bukan? Aku pon dah lupa siapa mahluk aneh ni. Tapi muka macam pernah nampak lah.





Mahluk anek mak kau hijau haha dengan jofliam ajet-ajet maikel jeksen.

Lepas tu pergi PAUL. Pekena dessert dengan Hot Choc.Hot choc dia terbaik woh! Ni pon kawan aku suggest suruh try hot choc PAUL. Ok sedap gak.

Tapi dekat PAUL ni kalau sandwich atau makanan yang ada ayam/daging tu jangan pi bedal pulak.Hehe.


Layan orang buat magic.

Tengok street show. Ok lah terhibur la jugak.

Jalan punya jalan dah malam. Time winter ni memang siang pendek. Cepat je lah malam nya. Sambil jalan, nampak dekat pintu restoran Noodle Stop ni  ada logo halal. Masuk lah nak tengok ada apa.


Dekat restoran ni pesen makan dalam kotak.1 kotak bekas makanan tu boleh pilih 2/3 jenis makanan. Tu menu-menu yang boleh dipilih. Harga 6 pound, so pandai-pandai lah darab dengan 5.

Nampak macam sedap je. Banyak menu boleh pilih.




Emm tapi tak silap aku rasa dia biasa-biasa je. Tapi dah order, licin jugak lah aku makan. Tak elok membazir. Nanti jadi kawan syaiton nirrajim.




London di waktu malam. Time ni hujan renyai-renyai tapi angin kuat gila. Sekali angin menerpa muka. Gigil. Perut pon sejuk je. Baru lah sejuk perut aku mengandungkan Han. EH?


Ni je lah aktiviti di hari pertama kitorang bila sampai ke London. Penuh dengan aktiviti menternak lemak je. Hiks.

Ok nanti sambung lagi untuk hari ke dua.

 p/s: Jangan lupa undi Cik Epal. Just login facebook,twitter dan gmail account je.Kalau ada tiga-tiga account ni boleh undi 3x sehari.Heee.Category no.15 Blog Pilihan Online. Undi hari-hari tau. Haha. Undi dekat sini http://apo.mstar.com.my/undi.aspx😄



Suka nya Biolane ni! Baby ada masalah eczema atau kulit sensitif boleh guna

$
0
0
Dulu masa bujang tak tahu pape pasal baby apatah lagi pasal barang-barang baby. Dah masuk fasa mak-mak ni memang kena ambil tahu lah pasal barang baby ni. Sekarang ni aku lagi suka shopping barang baby dari nak shopping barang aku.Tak tahu lah aku je ke yang macam ni atau semua mak-mak sedunia memang 'peel' begini bila dah ada baby. Ehehe.

Kalau sabun mandi untuk baby, aku paling suka yang 2 in 1. Sabun dan syampu sekali jalan. Satu produk boleh guna satu badan. Senang! Jimat pulak tu. 


Aku suka 2-in-1 Body&Hair Cleanser Biolane ni. Wangi sangat! Body&Hair Cleanser ni ada juga dalam milk format yang dinamakan Essential Emulsion. Emulsion ni macam moisturizer yang sangat nipis, memang sesuailah dengan kulit baby yang kita kena jaga.



Guna 2-in-1 Body&Hair Cleanser Biolane ni time mandi.Tekstur dia sangat lembut untuk baby.Tak pedihkan mata. Bau pon wangi sangat! Suka! Yang penting paraben-free, soap-free dan alcohol-free. Dermatologically tested.



Lepas dah habis mandi, boleh apply ni:

1) Almond Oil – untuk baby massage atau baby oil bath 

Guna Almond Oil ni untuk massage baby. Ni kalau ada yang minat mandi minyak dengan baby pun boleh pakai jugak.

Kalau baby ada masalah "cradle cap" atau orang selalu panggil masalah kerak kepala baby tu boleh guna Almond Oil ni juga. Spray je dekat kepala baby untuk lembutkan "cradle cap" tu. Lepastu biarkan dalam beberapa minit sebelum mandi.

Benefits Almond Oil:

- 100% natural almond oil
- Kaya dengan Vitamin E dan asid lemak yang penting
- Membantu dalam membanteras kekeringan kulit
- Membantu dalam menjaga kulit baby supaya sentiasa smooth and soft
- Amat senang digunakan sebab dibekalkan dalam bekas botol spray
- Senang nak apply, hygenic dan mengelakkan pembaziran
- Recommended untuk mencegah ruam, remove cradle cap dan mencegah kesan kekeringan kulit daripada air mandi
- 2 cara penggunaan: Body and Bath spray on semasa mandi ataupun jadikan minyak massage selepas mandi


2) Moisturizing Cream– for whole body or dry skin area  (sesuai untuk kulit sensitif/ baby yang ada eczema)

Cara nak guna:
Sapu sekali/dua kali sehari dekat muka dan badan lagi-lagi dekat kawasan kering.
Sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.


3) Diaper Rash Cream
Bila tukar lampin bayi,lepas bersihkan dan keringkan kulit baby, apply a thick layer of BIOLANE Dermo-Paediatric Diaper Rash Cream dekat bottom dan pangkal kawasan paha tu, especially dekat kawasan yang sakit dan merah-merah.

Setiap kali lepas guna jangan lupa lap applicator tip tu.

Kalau baby ada masalah eczema memang aku sangat recommend guna  Biolane Dermo-Paediatric Moisturizing Cream ni. Elok sangat untuk kulit baby yang sensitif. Baby yang kulit dia tak sensitive pun boleh guna.

Biolane Hypoallergenic Liquid Talc ni aku suka. Tengok dalam gambar nampak macam liquid kan?


Tapi bila dah sapu dekat kulit baby nanti dia tukar jadi macam bedak! AWESOME gila! Senang je nak apply. Lepas apply pon tak rasa melekit atau berminyak.Korang akan rasa kulit baby licin dan lembut je. Dah ah bau dia wangi gila! Aku suka letak Liquid Talc ni dekat Han,bila gomol dia pon bau sedap dan wangi je. Heee.

Ni satu lagi produk yang best. Air Micellar namanya. Aku suka produk ni sebab kan ada juga masa yang kita bawak baby jalan-jalan dekat luar pastu baby jadi melekit sebab berpeluh kan?

Haaaa ni produk yang boleh tolong selesaikan masalah itu. Hehe. Air Micellar ni rinse-free cleanser, maksudnya korang tak payah bilas air lepas guna. Sesuai sangat-sangat untuk bawak produk ni time travel, sebab biasanya kalau keluar memang penuh schedule satu hari sampai malam baru balik hotel. Tak payah la aku bawak botol-botol cleanser semua. Heeee.

Air Micellar ni ada moisturizing effect jugak sebab ia mengandungi Hydra-Bleine, bahan yang boleh tolong mempertahankan kulit baby ni daripada benda-benda yang boleh membahayakan kulit baby. Produk ni sesuai juga untuk baby yang mengalami kekeringan kulit, sensitive ataupun yang senang dapat eczema.





Baby detergent (ECOCERT certified). Sesuai untuk semua fabrik. Guna untuk washing machine boleh, basuh tangan pon boleh. Wangi. Bau macam baby. Ehehe.


Han suka letteww ada banyak produk Biolane. Heee.








Aku suka produk Biolane ni sebab:

1) Baby SkinCare Specialist ni dari France dan produk ni dah lebih 40 tahun.
2) Produk ni direka khas untuk kulit bayi
3) Alcohol-free, paraben-free and with physiological PH formula
4) Disyorkan oleh pakar kanak-kanak dan digunakan lebih daripada 80% hospital bersalin di France.
5) Bahan HYDRA-BLEINE yang dipatenkan – satu inovasi daripada Biolane.

Biolane ni ada join TCE Baby Expo SACC Shah Alam from April 22-24 Booth 121. Jangan lupa singgah booth Biolane ni. Sebab nanti ada macam-macam promosi!

Kalau korang berminat nak cuba produk-produk ini, boleh tinggalkan komen dekat bawah posting ini dengan email korang sebab nanti korang akan dapat sample voucher! Korang bolehlah claim sample nanti kat booth Biolane dekat TCE Baby Expo! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kalau korang berminat dengan produk Biolane ni, boleh tengok dekat www.biolane.com.my




Kereta baru untuk my small family

$
0
0
Excited lah nak drive kereta baru. Yayyy! Sama excited macam Han main kunci kereta ni.

Bila dah ada baby ni aku suka pulak kereta Volkswagen Polo HB ni. 

Bila drive pon smooth je. Save minyak pulak tu. Best!

Performance kereta ni memang mantap dan thorbaik dari ladang! Hehe. Sekali tekan minyak berdesup dia pergi. Don't worry ada dual front airbag. Naik bukit pon selamba laju je perginya. Suka!






 Multi-function display.


Nak bukak bonet tekan logo VW ni je. Cool!

Bonet agak besar dan luas. Senang nak sumbat macam-macam. Memang muat sangat lah kalau aku nak letak stroller and groceries.





Kereta ni sangat selesa lah untuk jadi my small family car. Konsep design luaran yang dinamik dan ditambah pulak dengan design dalaman yang berkualiti tinggi memang sangat sesuai terutama untuk orang-orang muda macam aku.Ehehehe.Unique style dan ada karakter tersendiri.

Bila drive Polo Hatchback ni rasa selamat je. Suka kereta ni sebab solid build dan dipasang dengan teknik "laser welding". Dapat bagi kereta ni kukuh untuk better safety and sturdier drive.

Kereta ni pulak banyak safety features. Nak drive pergi mana-mana pon sure rasa selamat je.


Multi-function leather steering wheel.Dekat steering pon ada airbag.Boleh adjust radio sendiri time drive. Nak adjust volume kasi slow ke kuat ke pon boleh.





Radio ‘RCD 320’ dengan USB and iPod interface, SD card slot, AUX-In, Bluetooth dan ada 4 speakers. Waaa.

‘Climatronic’ automatic air conditioning system.
Aircond pon sejuk gila. Pasang paling low pon dah sejuk.


Compartment nak isi barang


Don’t worry dia ada dual front airbags and even dekat seat penumpang pon ada airbag.


Seat dekat belakang pon luas.

Leather gearshift knob and handbrake lever.

Aku bukan lah tahu sangat pasal technical parts pasal kereta ni especially part enjin,berapa cc bagai semua tu. Yang aku tahu start enjin, masuk gear, tekan minyak & jalannn. Ehehe

Tapi at least in term of keselesaan memang sangat selesa. Pick up power dan agak laju. Driver seat  pon senang nak adjust.

Suka Volswagen Polo ni sebab senang gila nak parking dekat mana-mana pon. Lagi-lagi sebab ada rear parking sensors. Nak terkena dinding ke apa memang awal-awal dah bunyi 'tenenet nenet' (ok tak reti bunyi tapi lebih kurang gitu lah bunyik dia nak kasi kita alert haha). So insyaAllah tak kan ada accident terlanggar kereta orang belakang. Hee.

Kereta ni ada ICRS feature jugak (how it unlocks all doors, turns off all fuel pumps & activate hazard lights kalau ada kemalangan)


It's really a nice and good family car. Nak parking senang dan save minyak pulak tu. Bonet kereta luas dan dalaman kereta pon sangat selesa. Nice interior and good security too! Suka! Thanks Volkswagen!



Kalau korang nak test drive apa-apa jenis kereta Volkswagen, 
boleh isi form dekat SINI :)


Rumah Cik Epal Jofliam dalam Majalah Jelita

$
0
0































Ajet-ajet candid. Cehhh.






















Kali ni dah ada hobi baru. Kumpul piring hitam pulak dah.  Tapi tak tahu lah hobi kumpul piring hitam ni sampai bila boleh bertahan. Hobi aku dengan husband ni sentiasa bertukar dan boleh tahan hangat-hangat tek ayam jugak lah. Awal-awal je semangat selalunya. Haha.





Kali ke tiga ada wartawan contact dari instagram aku (@cikepal06 nak interview untuk deko rumah.Memang tak sangka pon ada wartawan yang nak interview sebab aku rasa deko rumah aku biasa je. Huhu. Deko pon ikut idea masing-masing. Main hentam. Janji nampak macam rumah. Haha.



 Cuma nak rumah sentiasa bersih dan kemas. Baru rasa selesa je duduk rumah.Bak kata omputeh "Happiness Starts at Home".Sebab kitorang nak kekal kan suasana gembira setiap kali ada dekat rumah, kitorang memang deko rumah ikut cita rasa kitorang. Bila rumah bersih,otak pon tak serabut dan tenang je.


Cuma bila dah ada anak ni paham-paham je lah. Kita dah kemas, dia buat sepah balik. Kita dah elok lipat baju cantik punya, dia selamba je kiraikan balik. Adoiyaii stress mak enon. Memang kena ada kesabaran dan kerajinan yang tinggi lah bila dah ada anak ni. Kalau tak,memang macam tongkang pecah ah rumah aku. Haha.


Kemain seketul Han posing gigit jari. Auwww. Haha.


By the way,thanks MAJALAH JELITA for featuring our home :)



 Oh ye,nak mintak tolong undi Cik Epal. FREE je. Tinggal 3 hari je lagi! Just login facebook,twitter dan gmail account je.Kalau ada tiga-tiga account ni boleh undi 3x sehari.Heee.Category no.15 Blog Pilihan Online. Undi hari-hari sampai 27 April tau. Pasni tak kacau korang dah. Haha. Undi dekat sini http://apo.mstar.com.my/undi.aspx 😄 Tq!


Rumah Cik Epal Jofliam dalam newspaper

$
0
0
Aku rasa macam tak pernah cerita pasal deko rumah dekat blog. Selalu dekat instagram je. Sibuk main instagram sehingga blog diabaikan. Ecehh. Tu sebab cerita honeymoon yang berzaman tu tak habis-habis lagi. Kehkeh.
Amboi bang. Kita penat-penat kemas rumah, dia lepas makan duduk depan pegang phone kepit bantal, kaki atas meja like a boss. Dok diam takpe. Buat sepah, siap!

Si Jofliam ni kalau tengah main play station,memang dia buat dekkk je lah aku panggil macam mana pon. Panggil lah dia doplohnamkali pon,kalau dia tengah main game. Bolayan saja. Khusyuk beno main game sampai duduk atas meja. (>.<)"

Aktiviti berdua bila dekat rumah selain layan movie ada lah main carom! Aku lawan dengan dia ni,aku asyik menang je. Tak mencabar betul lah.

Ni dia bangun tidur terus ajak repeat game lagi. Tak puas hati letteww. Tu lah siapa suruh kahwin dengan perempuan berbakat dan serba boleh. Kan stress je asyik kalah. Wakakaka.

Selalu dekat instagram aku (@cikepal06), orang tanya mana beli rak letak bunga ni.


Kebanyakan perabot atau rak dalam rumah kitorang adalah CUSTOM MADE.Memang tak ada jual dekat mana-mana sebab kitorang tempah khas ikut cita rasa kitorang.Sebab kitorang tak nak sama dengan orang lain dan memang tak suka sama dengan orang lain. Sendiri ada 'taste',sendiri lah design.So kalau tetiba ada keluar rak macam ni dekat rumah orang lain,tahu lah orang tu tiru design kitorang. Hihihi.

Pokok-pokok dalam rumah kitorang pon semua pokok hidup.Sebelum nak keluar rumah,mesti siram semua pokok yang ada.

Cuma kalau pergi travel lebih seminggu,ada jugak lah pokok yang mati. Pokok yang cepat mati memang selalu tukar yang baru lah.

Memegang prinsip "rumahku syurgaku", Islam itu bersih dan indah.Falsafah hidup aku,biar tak kaya tapi rumah biar cantik dan kemas. Disebabkan kitorang nak kekal kan suasana gembira setiap kali ada dekat rumah, kitorang memang deko rumah secantik yang boleh ikut cita rasa kitorang.






Ajet-ajet candid. Cehhh.




Perabot dan perhiasan ni pon kitorang custom made.


Deko rumah kitorang sebenarnya simple je.Konsep minimalis je. Kitorang banyak gabungkan kayu dan hias rumah dengan pokok-pokok hidup rona hijau.Weeee.




Sebab kitorang percaya kediaman merupakan cerminan diri seseorang. So kebersihan dan keceriaan secara tidak langsung melambangkan personaliti kitorang suami isteri. Ecehhh. 


Deko rumah hanya untuk keselesaan dan kepuasan diri masing-masing je. Bak kata omputeh "Happiness Starts at Home". Sebab kitorang husband and wife dua-dua bekerja sendiri,memang most of the time, masa kitorang dihabiskan dekat rumah je. Tu suka bela pokok dalam rumah tu, bosan-bosan boleh berborak dengan pokok pulak. Haha. Tak sangka pulak ada wartawan yang nak interview walaupun deko tak seberapa.


By the way,thanks KOSMO for featuring our home :)

REVIEW Ada Apa dengan Cinta 2 .Yang dah tengok, bagi korang best tak?

$
0
0

Aku layan cerita Ada Apa Dengan Cinta ni dulu masa zaman sekolah. Lama dah. Sebab cerita ni bila dekat sekolah masing-masing feeling nak ngomong bahasa Indonesia.Ngakk gampang juga bahasa indonesia. Aku bisa ngomong kok dikit-dikit ajaa.Ok dah kenapa kau tetiba cakap indonesia ni.

Tapi agak lejen gak ah cerita ni. Lagu OST Ada Apa dengan Cinta dulu macam lagu Denting, Ku Bahagia, Ada Apa dengan Cinta,Suara Hati Seorang Kekasih and etc semua aku hafal. Gila tak ada life betul semua lagu nak hafal. Kehkeh.


Sebab dah tengok #AADC1 dulu harus lah aku layan #AADC2 ni pulak.Mesti lah kepochi nak tahu apa masalah Rangga tinggalkan Cinta sehingga ratusan purnama tu. Muehehe.

Alya je tak ada dalam cerita ni. Dalam cerita ni dia dah mati sebab accident.


Tinggal lah depa 4 orang ni still BFF sampai sekarang. Bagus-bagus. Hehe.


Ada Apa Dengan Cinta 1 dulu semua budak-budak sekolah. Ada Apa dengan Cinta 2 sekarang ni semua dah dewasa dan matang. Jalan cerita pon ikut matang sekali. Rangga sama je macam dulu. Still pendiam,misteri dan cakap bila perlu gitu. Karektor dan watak lain semua still sama. Milly tu still blur-blur ayam dan buat cerita ni nampak kelakar.Carmen pon still gangster,sikit-sikit nak belasah. Hehe. Tapi aku suka je watak Carmen tu. Sebab dia sejenis selamba dan sempoi je :D


Kalau korang tak pernah tengok #AADC1 korang still akan faham je bila tengok cerita ni. Tapi kalau dah tengok #AADC1 yang dulu tu, lebih feeling lah bila tengok #AADC2 ni. Aku suka lagu Ratusan Purnama OST Ada Apa Dengan Cinta 2 ni.Best gak.


REVIEW Ada Apa dengan Cinta 2:

-Cerita ni DEEP.  Dialog-dialog diorang sangat bermakna. Ada sesetengah scene yang mungkin susah untuk ditafsir.So mungkin pada sesetengah orang akan cakap cerita ni bosan. Lagi-lagi yang jenis tak faham dan tak minat sastera,puisi dan seni.Confirm orang-orang macam ni akan cakap cerita ni tak best. Muehehe.

-Agak slow jalan cerita dia. Korang memang kena betul-betul hayati lah. Kalau tak,maybe korang akan bosan dan menguap.

-Tak banyak konflik macam #AADC1. Mengharapkan cerita ni lebih banyak konflik tapi agak mendatar dan cliche.

- Jalan cerita simple tak serabut dan sangat-sangat straight forward. Memang tak banyak 'drama'.

-Cerita ni sangat sesuai untuk orang yang menjiwai seni dan suka puisi.

- Cuma senang sangat nak dapatkan Cinta balik. Tak mencabar. Bagi hadiah puisi je dah cair. Yang kau meroyan sampai 14 tahun kok ratusan purnama ditinggalkan tu apa kes? Kasi ajar sikit lah ex kau ni. Dera sikit mental dia. Biar dia tahu erti penyesalan. Ok aku memang over kadang-kadang.Kehkeh.Tapi betul lah, kalau dia susah nak dapatkan balik,baru banyak sikit konflik dan lebih berdinamik cerita ni bagi aku.

-Agak geram lah kalau aku jadi tunang dia tapi dia boleh sedap-sedap je dating dan cemolot dengan ex. Woihh gila kentang lenyek. Nasib baik tak kawen lagi. Mampuih rosak rumahtangga. Korang yang tengok cerita ni,jangan buat gila nak cari ex korang balik pulak. Hahaha. Lagi-lagi yang dah kawen.Tak pasal-pasal je.

-Apa yang aku dapat simpulkan,cerita Ada Apa dengan Cinta 2 ni just nak bagi tahu kenapa Rangga clash dan tinggalkan Cinta je. Tu je lah cerita dia sebenarnya.Haha. Pelik asal tak whatsapp/email je bagi tahu sebab kenapa kau tinggalkan Cinta terkontang-kanting sorang-sorang. Teknologi makin canggih kottt. Tapi kalau terus whatsapp/email je tak jadi cerita lah pulak kan? Hehehe.

-Tapi cerita ni better lah dari cerita dekat tv yang balik-balik cerita kawen anak orang kaya,kawen muda, kawen paksa, suamiku encik kurita,suamiku ninja turle,aku ada suami kau hado ke, suamiku perfect 390% bagai semua tu. Masing-masing ayik berangan je lah tak habis-habis nak suami/isteri gitu gini. Choyyy. Padahal realitinya tak seindah khayalan novel.

-Overall, cerita ni menarik. Cinematography dia lawa.View cantik. Lakonan semua best. Lagu-lagu OST semua sedap.



Siapa yang jenis layan cerita slow-slow akan rasa best lah Ada Apa dengan Cinta 2 ni. Bagi aku ok-ok lah.Tak ada lah best gila. Tak ada lah tak best.Boleh lah tengok.

Rating: 6.5/10



Ada yang dah tengok Ada Apa dengan Cinta 2 ni? Bagi korang best ke tak?

Cik Epal Jofliam Honeymoon London: Burger & Lobster yang lazat (part 2)

$
0
0
Sambungan honeymoon London (Part 1).Hari-hari dekat London, bila bangun pagi je mesti aku ngadap susu coklat lemak berkrim disukai ramai ni. Sedap air susu coklat Galaxy dengan Mars ni. Aku suka sebab manis dia ditahap waras. Tidak lah sekali minum terus diabetes. Sebab ingatkan manis gila tapi sekali minum pasti nak lagi.Muehehe. Aku je suka, husband aku tak gemar. Dia kata aku macam budak-budak minum air ni. Caitt podah dia berjiwa orang tua kertu memang ah. Tapi sebelum balik hotel,mesti dia akan beli untuk aku minum hari esok nya sebab aku suka sangat air ceklat ni. Hehe.


Orang kata kalau selalu makan coklat/minum air coklat time pregnant ni,baby kita akan jadi periang dan ceria. Orang lah kata bukan aku yang kata. Emm lagi best lah aku guna kan alasan itu untuk aku minum air coklat pelbagai perisa ni hari-hari dekat London ni. Hehe.Time ni aku tengah pregnant 8 bulan. Mesti syok je baby aku dalam perut gulp gulp share sekali air coklat ni. Kehkeh. 


Hari ke dua ni pagi-pagi dah semangat bersiap awal sebab nak pergi Restoran Burger & Lobster!! Nak bertolak cepat sebab malas nak beratur. Selalu tengok orang melayu pergi London or student-student Malaysia study London mesti makan dekat restoran ni. Apa sedap bebenau ke? Mari kita terjah untuk mencari satu kepastian. Hoyeh!



Ok, restoran Burger & Lobster ni ada banyak cawangan. Glamour restoran ni. Don't play play. (hazab nya english aku tapi ada aku kesah? ok bye). Dekat London ni je ada 7 restoran Burger & Lobster. Kitorang pergi makan dekat Harvey Nichols di Knightsbridge. 






Kitorang naik tube underground (train) , stop dekat  Knightsbridge station. Bangunan Harvey Nichols ni sebelah tube undergorund tu je. Haa nampak tak bangunan Harvey Nichols tu? Masuk lah bangunan tu. Nganga apa lagi.



Harvey Nichols ni sejenis mall.Masa aku sampai ni,awal lagi. Restoran pon tak bukak lagi cuma tengah bersiap sedia nak bukak lah. So cari lah apa-apa benda yang boleh di makan dulu. Tengok ada stall jual salmon ni, apa lagi ngapp lah. Sedap pulak tu. Tak sia-sia order. Ni merangkap appetiser lah kira. Kuikui.




See! Tak ada orang pon beratur. Memang kitorang first customer diorang haritu.

Restoren Burger & Lobster dekat tingkat 5 dalam bangunan Harvey Nichols ni. Selalunya nak makan sini beratur kemain panjang tau. Sebab tu kitorang datang awal.Aku memang tak rajin ah nak beratur lama-lama. 





Ada 3 menu je dekat Restoran Burger & Lobster ni.

Restoran ni tidak lah ada halal jakim. Lobster tu dimasak grill/steam je. Lobster kan sejenis seafood so boleh lah di makan. Tapi datang sini,jangan pergi order burger pulak. Burger tu tak halal. Daging kan? Sah-sah tak sembelih. Dua menu yang Lobster Roll dengan The Whole Lobster tu insyaAllah halal boleh dimakan.

Tapi kalau was-was tak payah ler masuk ini restoran. Hehe.

Yakin Halal, insyaAllah.





Satu set lobster termasuk fries dan salad berharga GBP20/meal. Air yang kitorang order berharga 4.50 pound. Ye lah dah makan seafood memang kena order air masam. Tapi kalau nak jimat minum air kosong. Air kosong FREE je.




"Tolongg tolongg lobster sepit"

Hmm malas nak layan ko bang. Layan lobster lagi bagus. Hiks.



Emmm dapnyerr.





Kitorang order grill lobster. Tapi aku rasa steam lobster macam lagi sedap je. Tersilap order,patutnya pilih steam. Tapi kalau korang first time nak cuba-try-test makan sini, aku suggest ambil steam lobster lah. Lebih lembut isi nya.Tapi grill lobster ok je, not bad.


Kalau datang London,memang kena try makan dekat Burger & Lobster ni. Isi lobster dia fresh dan manis.Cicah pulak dengan sos special tu.Perghh sedap nyehh! Heee. Salad pon fresh dan sedap dimakan begitu sahaja. Kentang goreng dia perghh thorbaik. Serious aku suka kentang goreng dia.



Tudiaaa. Hasil mengorek isi lobster. Perghh isi memang padat, fresh, kental, juicy dan manis isi lobster ni. *menjejeh airlio*


Cuma yang leceh nya nak korek isi lobster dekat bahagian yang susah nak korek.Aku memang tak berapa rajin nak korek. Kopek kulit udang pon aku malas. Apa tah lagi nak korek isi lobster yang part-part lebih mencabar yang kulit keras susah nak cungkil tu. Yang bahagian senang nak makan dah sedia terbukak tu aku suka lah. Kemain laju je aku korek dan ngapp. Haha. Tapi nasib baik husband aku rajin nak cungkil part-part yang payah tu dan hulur dekat aku, so gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati lah aku. Yayy!


Mungkin sebab baru kahwin,rajin lah husband aku ni nak kopek kan. Tapi harap nya dah lapanplohnam tahun kawen pon rajin jugak lah ye bang! Hiks.


Bersambung... OK bye nyah!



Cik Epal Jofliam Honeymoon London: Harrods London (part 3)

$
0
0


Sambungan dari ENTRY LEPAS, lepas makan je lobster terus pergi Harrods dekat sebelah. Memang sekangkang kera je Harrods dengan Harvey Nichols tu. Orang cakap, kalau sampai London tak sampai Harrods, tak lengkap katanya. Orang lah cakap bukan aku yang cakap. So pergi je lah kan. Nak tengok gak apa yang best dalam Harrods ni.


Ok ni lah Harrods dari pandangan luar. Kalau malam cantik sikit sebab font HARRODS tu berlampu. Ni siang tak berapa nampak pulak. 




Harrods dari pandangan tepi


Siapa yang tak pernah dengar gedung membeli-belah yang terkenal seantero dunia ini? Kenapa Harrods ni femes bebenau? Best sangat ke? Apa yang ada dalam Harrods ni?

Jawapan aku. Tempat ni best kalau kau banyak duit. Muehehe. Ada duit semua benda boleh beli.

Dekat Harrods ni macam-macam ada jual. Baju, makanan, souvenir, Harrods gifts, handbag, alat-alat elektrik, benda-benda nak deko rumah,make up,perfume and etc. Semua benda pon lah ada. Harga barang dekat sini mahal jugak. Cuma murah sikit lah kalau nak compare dengan Harrods KLCC tu. Harrods KLCC tu lagi mencekik darah harganya. Pilihan dekat sini pon lebih banyak.


Harrods ni besar. Pintu pon banyak. Tak cukup sehari kalau nak tengok semua level. Tengok dari luar pun dah nampak eksklusif. Rasanya tak payah tengok price tag pon dah tahu confirm mahal. Hehe.







Deco dalam Harrods ni memang impressive, especially dekat area escalator die ala-ala Egytian style gitu. Dah rasa macam dalam movie Mummy Return pulak. Suasana dalam ni memang rasa ekslusif dan mewah. Boleh lah feeling-feeling ongkaya kejap.Walaupun kayap. Kehkeh.


Pergi level-level atas tu buat cuci mata je lah. Melainkan kau bini Sultan Brunei boleh la bershopping sakan dekat sini.Boleh lah borong handbag branded lapan kontena. Selaku rakyat marhaen,tengok je lah mampu. Hehe.


Tapi sepanjang aku pregnant ni memang tak ada nafsu lansung nak shopping. Nafsu aku lebih kepada nak makan. Heee. So aku masuk Harrods,harus lah tempat yang aku tuju ada lah tempat makanan. Level-level lain yang jual handbag ke baju ke apa memang aku malas nak singgah time ni. Perangai kuat menternak lemak memang camni. Pentingkan perut dulu. Alasan mak buyung biasa lah. Baby dalam perut yang nak makan. Padahal diri sendiri yang kuat mentekedarah.Hehe.




Masa aku tengah pregnant ni memang nafsu makan aku membuak-buak hingga ke ladang gandum. Asyik nak makan je kerja. So sampai je dekat Harrods, kitorang terus pergi dekat food section level bawah sekali. Bagi aku ni je lah floor yang paling HEAVEN. Sebab banyak makanan. Hihihi.





So bila tengok makanan yang bermacam jenis pon dah boleh buat aku bahagia :D

Cantik dan nampak sedap kan?



Kek dan desserts dalam ni semua nampak macam sedap.Cantik-cantik dan comel pulak tu. Tapi aku tak try satu pon dessert dekat sini so aku tak tahu lah sedap ke tidekkk.

Kalau korang lapar, boleh makan dalam Harrods ni. Ada banyak makanan HALAL. 



Samosa ni sedap makan panas-panas walaupun agak pedas sikit.

Yang ni semua HALAL. Dan nampak sedap lak tu.



Yang dekat section ni pon halal.







Food section ni pon besar jugak dan nampak ekslusif.

Pastu kitorang masuk chocolate section pulak.

Mak buyung shopping Harrods Tea. Kitorang beli Harrods Tea dengan coklat je bagi souvenir dekat family. Tea dia ada macam-macam jenis. Rambang mata jugak nak pilih.



Packaging Harrods Tea ni pon cantik. Memang sesuai lah untuk bagi souvenir.

Pastu nampak coklat sedap-sedap. Korang kena tanya dulu eh yang mana halal. Sebab ada sesetengah coklat contain alcohol and not suitable for vegetarians. Ada jugak yang dia dah label siap-siap. So korang kena careful dengan ingredients.Dengan dorang dalam ni senang nak communicate. Tanya je lah pape sebelum membeli-belah. Memang aku banyak tanya bila masuk sini.




Orang-orang dalam ni friendly jugak lah.

Emmm coklat apa lagi nak makan ni eh? Semua benda nampak sedap. Susah nya nak pilih. Nak pilih suami pon tak susah macam ni. Kehkeh.


Sekali nampak ni. Wow feeling-feeling Dato' Siti sangat kalau makan strawberry cicah ceklat ni.

Tapi nampak macam menyelerakan.

Lalu beli.

Uihhh tapi memang thorbaik! Sedap ni. Beli lagi dua. Hehe.


Bersambung ...


K Bye!



Gula-gula rasa masin? Wow sedap Lot 100 Salt Candy ni!

$
0
0



Yayy ada gula-gula favourite baru. Heee.



Sebelum ni aku suka makan candy lot 100 gummy kenyal-kenyal yang perisa macam-macam buah tu. Gummy ni ada perisa anggur, epal,strawberry,mangga and etc. Semua sedap.




Siapa pernah makan gula-gula ni? Gula-gula Sour+ yang ni memang legend ah. Gula-gula Sour+  ni bentuk bulat yang bila mula-mula makan mesti kenyit muka sebab masam,lama-lama hisap baru muka bahagia sebab dah manis. Hee.Yang ni paling kegemaran lah. Ehehe.


Gula-gula dari lot 100 ni memang selalu jadi favourite aku dari dulu lagi.

Sekarang aku dah tambah dalam list gula-gula kegemaran terbaru dari lot 100 ni. Weehuu. Yang ni special dia sebab ada rasa masin pulak. Wow teruja betul nak cuba ni. Sekarang ni benda-benda 'salted' memang tengah 'IN' kan? Dan apa-apa yang 'salted' selalunya mesti aku akan suka punya!  Termasuk lah gula-gula ni.




Salt Candy ni ada 4 flavour

Salt & Lemon Flavoured Candy

Yang ni ada rasa masam lemon, manis dan masin. Meletup sangat rasa dia tu.Good for digestion jugak sebab ada lemon and salt. 

Salt & Orange Flavoured Candy

Sama jugak macam atas tadi. Cuma ni rasa oren pulak.

Salt & Coffee Flavoured Candy

Bayangkan kopi letak garam? Macam pelik kan? Tapi flavour ni serious sedap. Ada rasa kopi,manis dan masin.Tak pelik tapi enak sekali. Ehehe.

Salt & Sour Plum Flavoured Candy

Banyak-banyak candy yang ada. Ni paling kegemaran sekali! Serious yang ni paling sedap bagi aku. Bila makan gula-gula ni feeling dia macam tengah nyonyot asam boi. Ehehe. Kalau korang terpinga-pinga nak beli flavour yang mana dulu. Aku memang sangat recommend try flavour ni. Aku suka! Sedap!

Paling kegemaran! Serious sedap!




Jangan risau ye hakak habang dan hadik sekalian. Candy ni HALAL tau. Boleh lah makan dengan senang hati.

 Aku suka kombinasi colour candy ni. Cantik! Pastu kartun dekat packaging pon alolo comel sangat.



Kalau dalam meeting tu macam bosan je boleh bawak gula-gula ni dalam poket,pastu makan. Yang tengah study tu pon kalau dalam kelas mengantuk ke apa,bawak lah bekal gula-gula ni buat stok. Serious terus segar bila makan.Aku memang bawak gula-gula ni pergi mana-mana pon. Kalau drive memang dah letak siap-siap dalam kereta. Rasa ngantuk je boleh makan.Lepas dah makan satu, mula lah tangan gatal je nak bukak lagi satu. Ish addicted betul lah.


Candy ni sesuai sangat nak makan bila-bila pon. Gula-gula ni good for digestion sebab ada lemon and salt. Boleh ambil gula-gula ni untuk pembuka selera jugak! Makan gula-gula ni mesti rasa segar sebab rasa masin tu. Tapi masin dia masin yang sedap lah. Serious unik rasa gula-gula ni. Korang kena try.

Kalau korang datang Tesco dan Watson boleh lah try rasa candy ni sebab dekat sana ada buat sampling promotion. Boleh beli Lot 100 Salt Candy ni dekat Tesco/Watson jugak.

Ada event Lot 100 dekat Tesco IOI City Mall 28hb & 29hb Mei ni. Time event nanti ada contest. Grand prize boleh menang Samsung S6 Edge Plus dan daily prizes ada hadiah electric motor lagi tau!


Wow hadiah best sangat ni.Mungkin hadiah ni akan jadi milik korang? Cara nak menang pon senang gila. Just kena beli 2 pek candy ni je untuk masuk contest. Korang jangan lupa join!


Nak tahu lebih info boleh tengok FACEBOOK dengan WEBSITE Lot 100 ni :)




First Birthday Han . Sekejap je dah setahun

$
0
0
Sebenarnya kalau ikut aku, aku memang malas lah nak buat birthday party ni. Malas nak organize satu hal. Sebab Han tak paham mende pon ye gak. Ye lah Han pon baru je setahun. Bukan dia tahu pape pon kan? Kalau buat pon mesti makpak je yang excited selalu nya. Budak yang dicelebrate birthday mesti tak berapa selesa sebab mengadap orang ramai. Tapi husband aku beriya sangat nak buat. Hari-hari cakap dekat aku nak buat birthday Han. Kang aku tak setuju kang derhaka pulak kang. Haha. So aku pon ikut je lah.


Aku cakap dekat dia "First birthday ni je eh buat. Dia dah 2,3 or 4 tahun tak payah buat lah. Dia bukan tahu apa pon. Kalau nak buat pon lepas ni tunggu dia dah besar dan paham. Yang ni boleh accept sebab first time sambut birthday Han so boleh lah buat kenangan"

Dia pon angguk-angguk je lah tanda setuju. Tapi bukan boleh percaya sangat dia ni. Kang Han masuk 2 tahun, 3 tahun mula lah dia cari jalan suruh aku setuju jugak nak buat birthday Han. Aku tak boleh yakin sangat dengan anggukan dia ni.


Dia kata aku tak payah urus apa sangat. Urus kan makanan je lah. Yang lain dia handle. Ok bab-bab pemilihan makanan ni aku suka urus kan dan husband aku kata dia percaya 'taste' aku. Ye lah taste aku memang selalunya power, kalau tak aku pon tak koser nak jadikan dia laki aku. Muahaha. Sebab aku suka makan dan aku akan pilih makanan yang ikut sedap tekak aku lah. So aku ok je lah diberi kuasa memilih makanan ni. Yeeehaaa.




Musim ni musim hujan. Jofliam ni beriya nak buat outdoor sebab more fun lah nak banding buat indoor. Aku cuak je nak buat outdoor ni sebab kang hujan, habis jahanam semua benda. Mula-mula plan nak buat pukul 4pm tapi naluri aku mengatakan yang petang akan hujan. So buat awal sikit lah pukul 11.30am. Dekat kawasan ni banyak pokok so tak ada lah rasa bahang sangat. Buat dekat rumah je so kalau tetiba hujan pon ada plan B, angkut lah semua benda tu bawak masuk rumah. Tapi harap-harap memang tak hujan lah.



Mula-mula beriya husband aku nak pam pelampung ni. Last-last dia nak tukar baju dia suruh Jack pulak yang pam. Hampeh tol laki aku ni. Kesian Jack. Bertabah lah ye Jack.

Dah lah sebelum mengepam, Jack dengan Nina ni dah angkut belon besar-besar. Thanks ye Nina and Jack.




Dah kata dah Jofliam ni haa yang over sebenarnya.

Kak ika masa sampai je terus cakap dekat aku "Ni birthday Han ke birthday bapak dia?"

Akak ghaserrrr??




Ambil orang buat face painting. Untuk budak-budak katanya. Tapi dia yang over rasmikan dulu. Han pon muka tak puas hati bila tengok bapak dia hijack birthday party dia.

Makanan ada nasi ayam, spagheti goreng, hotdog, nugget.  Tapi lupa lak nak snap gambo. Yang ni aiskrim goyang.

Ni paling favourite. Apam balik crunchy. Aku suka gila apam balik ni. Apam balik tebal tu aku tak suka, cepat muak. Yang crunchy ni memang kegemaran! Kalau pergi wedding yang ada sediakan apam balik crunchy ni, mesti muka aku je ulang-alik ambil apam balik. Harus lah masa birthday Han kena ada apam balik crunchy ni.

Amboi.Senyap-senyap je birthday boy makan apam balik sorang-sorang tu.


Haaa dah berapa keping makan apam balik tewww?



Thanks Foret Blanc sponsor kek ni. Suka!

Tema birthday Han ni Splash Splash Jungle Fun. Konsep nya lepas makan boleh terus terjun mandi swimming pool sebab tu ada 'Splash Splash'. 

Han punya baju pon tak payah beriya nak tempah. Pakai baju mandi je. Settle! Hehe. Acara kemuncak telah tiba iaitu potong kek. Han muka cuak apesal ramai sangat nyanyi lagu aneh depan dia ni. Nyanyi lagu happy birthday je pon. Ye lah baru setahun hidup kan. Mana pernah dengar lagu happy birthday tu. Ni first time dengar. Haha.

Aku suka candy booth ni. Semua nya lengkap.

Chocolate fountain 2 kg. Boleh makan dengan biskut/marshmallow cicah ceklat.

Air customize Han Turns One.


Mentos Han Turns One.


Mak aku ni pon nak bergambar dengan candy buffet ni


Candy buffet lagi glamour sebab semua nak bergambar dengan dia. Hehe. Suka lah candy buffet ni. Thanks kak MISZBEAUTYCANDYLICIOUS . Best deal dengan akak ni. Senang sangat nak kerja dengan dia. Aku just bagi tema je. Semua dia buat. Kalau korang nak buat candy buffet untuk pape event, korang boleh tempah dengan dia. Nak buat surprise candle light dinner deco untuk partner korang pon dia boleh buat! Hasil kerja memang superb. Aku sangat lah berpuas hati. Highly recommended!


My son and my mom.

Han dan apam balik berpisah tiada.

Bagi benda comel atas kek dia ni pon dia tak heran. Apam balik lagi lazat.




Masa yang ditunggu oleh Han sudah tiba. Mandi swimming pool. Dia ni memang suka main air.

"eh eh boleh balance tak ni"



My two happy boys.






Tempah sand art ni jugak untuk kids buat aktiviti.

Ni bukan budak-budak je suka main. Mak pak budak pon suka.

See! Diorang ni pon suka main sand art ni.Tapi diorang bukan mak pak budak lah. Ehehe.
 Thanks Jack, Nina and YY banyak tolong. Semua single lagi ni. Boleh lah mengorat. Haha.

Little batman.


Ada hire clown jugak untuk buat belon dan magic. Tapi Han takut dengan clown.




Kids suka lah dapat belon.

Han dengan atok.

Mak aku dan mak mertua aku bergabung meletup ahh. Kehkeh.


Ok magic time!

Jack asyik terkena je dengan clown ni.Tarik-tarik bunjut tu keluar spender. Pastu clown ni kata tu Jack punya. Bertabah lah Jack.



Terhibur lah masing-masing tengok magic.


Dah habis tengok magic, sambung balik mandi.

Cantik chanel kak ika. Nak pinjam. Ehehe. Thanks datang datin and tolong-tolong sampai habis majlis.Thanks a lot.Tak sangka dah bersedara kita ye. 



Dah suruh dah semua guest bawak baju mandi untuk kids. Kot-kot anak depa nak mandi berjemaah sekali. Kak Ika dengan abang Iz tak bawak baju mandi.Terpaksa lah melepaskan anak nya Ayra mandi tanpa baju dan pantau dari tepi swimming pool. Ehehe



Depa dua ni memang syok lah mandi-manda.

Beriya muka main gelongsor.

Splash Splash



Yuyu Zulaikha pon lupa nak bawak baju mandi anak dia. Budak-budak tengok swimming pool mesti nak terjun punya. Haa terpaksa lah yuyu layan jugak Habib nak mandi. Hehe

Habis dah basah baju apak Habib ni haa.

Anak buah-buahan aku syok lah mandi.

Yang dia ni tak payah cakap lah kan. Ni kan dia punya birthday.

Suka Han atok dengan nekma bagi kereta dengan motor untuk birthday ni. Untunglahh kecik-kecik dah pakai BMW. Kehkeh. Tapi motor tak boleh naik lagi. Tunggu besar sikit.


Alhamdulillah tak hujan. Habis pukul 3pm. Ngam-ngam pukul 3.30pm tu hujan lebat. Fuhh nasib baik tak buat pukul 4pm. Kalau tak memang mandi hujan lah.Terima kasih family,family mertua,and kawan-kawan yang meluangkan masa untuk datang. Terima kasih sebab susah-susah bawak hadiah.Niat memang nak jemput datang makan dan suka-suka je. 


HAPPY BIRTHDAY HAN. Kejap je dah setahun.

Semoga anak mama jadi anak yang soleh, sentiasa lah jadi penyejuk hati mama dan papa,mendengar kata orang tua, pandai berdikari & dipermudahkan Allah dalam segala perkara.

Mama mungkin tak tahu hadiah apa yang best nak bagi Han, tapi Han adalah hadiah paling bermakna dalam hidup mama dengan papa.

Selamat Ulangtahun ke 1 Tahun Han. Hehe. Muah muah. Sayang dia.


Happy Anniversary Jofliam . Muehehe

$
0
0
Kenal dari zaman menternak lemak sampai lah masing-masing decide nak membakar lemak sama-sama.

Dari zaman sendu tak ada duit sampai lah boleh beli pape guna duit sendiri.

Dari zaman baru nak up berperangai gonjeng tah pape sampai lah dah boleh berfikir dengan waras sikit.

We're both not from wealthy family. Nak beli pape or nak pergi mana-mana semua usaha sendiri. Dapat rezeki travel tengok hanya secebis ciptaan Allah yang indah pon dah sangat bersyukur and happy.

We just start from zero.Dari dulu selalu support minat masing-masing untuk gain income.Dah kahwin hidup bersama ni tak mintak banyak. Nak seorang yang setia dan susah senang bersama-sama. Tu je.

Cuma kena sentiasa ingat.Time kita hidup susah ujian. Time kita hidup senang pon ujian.Life is so unpredictable. Be grateful for every moment. Hope apa-apa ujian yang datang, kita boleh handle sama-sama.Hidup berumah tangga macam tu lah. Sentiasa ada ujian. Hidup ni bukan macam fantasi drama tv/novel sentiasa indah dan wangi je. Kadang-kadang ada waktu kepam jugak.Biasalah hidup ada ups and downs. Kesusahan tu lah membuatkan kita menghargai satu sama lain.


Sebab pos gambar kawen is too mainstream. Sempena anniversary (1 Jun) hari ni saja je throwback gambar kita gemok gedempol persis badak air dan berjaya kurus bersama before kahwin ni. Hehe. Seronok dapat diet dan workout dekat gym sama-sama.Time ni tengah bertunang. Sekarang dah ada Han.Sekejap je masa berlalu.

Happy anniversary bebeh. Looongggg way to go.Thank you for being my partner,spouse,lover and friend. I love you 😘


Wangi nya tisu ni. Bau vanilla lagi!

$
0
0
Aku suka benda wangi. Kalau keluar rumah nak wangi. Dalam rumah pon nak diri sentiasa wangi. Bagi suami selesa dan diri sendiri pon selesa. Dekat katil pon kadang-kadang aku boleh sembur perfume dekat bantal cadar semua nak kasi wangi. Sebelum tidur pon wajib sapu lotion satu badan nak kasi wangi. Toilet nak wangi. Baju pon mesti cuci dengan pewangi. Satu rumah kalau boleh memang nak wangi. Memang obses betul perangai nak sentiasa wangi aku ni. Haha.

Sebelum ni aku tak tahu pon ada tisu wangi. Wet tissue baby tu aku tahu lah memang wangi. Ni tisu untuk orang dewasa,ada ke yang wangi?

Harus lah ada! Aku yang tanya aku yang jawab. Cehh. Sekarang ni zaman makin canggih, confirm lah ada kan tisu wangi. Tapi aku tahu brand Kleenex je ada keluarkan tisu wangi ni. Sebelum ni aku pernah try Kleenex scented- Cherry Blossom and Rose Essential Oil. Both wangi.


Tapi untuk musim raya ni, Kleenex keluarkan tisu baru KLEENEX VANILLA SCENTED TISSUE. Sedap sangat bau vanilla. Limited edition tisu ni khas untuk raya. Serious wangi sangat!

Rasa macam nak makan pon ada. Paham tak bila bau tisu ni perasaan dia tu macam bau kek,cookies dengan ais krim vanilla? Sedap bau dia.

Haritu pergi event Kleenex ni. Suka tengok packaging kotak tisu ni. Cantik.

Ni yang Kleenex scented- Cherry Blossom and Rose Essential Oil. Cute sangat packaging dia. Buat hand bouquet guna tisu je. Kreatif dan wangi lak tu.

Ni goodies bag yang dapat haritu. Aaaaaa sukanya dapat Kleenex tisu ni sebab semua memang wangi! Yang pek kecik tu boleh letak dalam handbag. Tisu ni sangat penting bagi aku. Kena ada bawak pergi mana-mana. Pastu bila berjalan, tiba-tiba ada bau tak menyenangkan, boleh bau tisu yang wangi ni untuk menenangkan hidung. Yang kecik tu sesuai sangat bawak pergi travel.

Terus satu letak dekat dapur, ruang tamu dan bilik. Cantik packaging kotak dia kan?

Tisu ni aku suka sebab lembut je. Tapi kuat dan menyerap dengan lebih baik berbanding brand tisu lain. Bau tak payah cakap lah. Memang wangi sangat. Bila bau tisu ni rasa tenang je. Teringat memori buat kuih raya sama-sama dengan ibu aku before kahwin dulu. Dulu ibu aku berniaga kuih raya. Kalau aku cuti sem ke, ada gak tolong buat kuih jugak. Kebanyakan kuih raya mesti ada guna esen vanilla. Bau esen vanilla tu yang selalu buat kuih raya wangi. Dapur pon semerbak je bau wangi kalau tengah 'bake' kuih raya. Sebab tu bila bau tisu vanilla ni serious ingat kenangan buat kuih raya dengan ibu aku. Rindu pulak.

"macam sedap je bau ni"

"Meh nak tengok sikit apa yang sedap sangat ni"

"Waa tisu bau vanilla"

"Wangi! Suka nyaa"

Serious korang kena try tisu baru Kleenex bau Vanilla ni. Beli banyak-banyak time raya ni. Mesti tetamu pon happy bau tisu wangi bau vanilla  :)


Sila kira berapa perkataan "wangi" digunakan sekarang! Muehehehe.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/kleenex.Malaysia


Resepi Ayam Masak Bali

$
0
0
Hye semua. Puasa tak tewwww? Kita kembali lagi dalam rancangan...

Ketuk-ketukkkkkk....

ketampiiiii...

Eh! Ketuk-ketukk Ramadhan. Alhamdulillah. *ting ting ting ketuk kuali*

Hiks.


Dah lama nak buat ayam masak bali ni. Tapi resepi ni guna 1 ekor ayam. Karang aku berdua dengan husband je makan tak habis pulak kang. Ni balik rumah ibu aku jap buka puasa sama, boleh lah masak ayam masak bali ni. Masak ayam sekor ni ngam lah nak makan satu family.



Resepi Ayam Masak Bali

1ekor ayam
Serbuk kunyit sikit (nak gaul dengan ayam)
*Cili kering segenggam
*Bawang besar merah 6 biji
*Bawang putih satu labu
*1 inci halia
*2 inci belacan
Serai 8 batang (dititik)
Daun kari 6 tangkai (cuci dan tos kan)
Kicap
Gula 3 sudu besar
Garam 3 sudu kecil

Bahan tanda (*) tu semua kena blend
Kicap,garam dengan gula tu memang kena pandai-pandai adjust


Cara-cara masak Ayam Masak Bali:

Bersihkan seekor ayam dan selawat pastu tos kan. Tabur serbuk kunyit dan sedikit garam.





Gaul serbuk kunyit dan garam bagi sebati.



Resepi ni memang guna banyak bawang. Banyak bawang baru sedap. Bawang besar 6 biji. Bawang besar yang merah ni tau, bukan bawang holland. Bawang putih satu labu, serai 8 batang, halia sikit dengan daun kari 6 batang.

Bawang jangan lupa buang kulit. Buang tebiat lah kalau tak buang kulit kan. Hehe. Oh belacan jangan lupa ye. Ada belacan baru lah kick. Serai tu jangan lupa diketuk-ketuk ramadhan kan ye. Ehehe.

Bahan-bahan yang di blend.

*Cili kering segenggam
*Bawang besar yang merah 6 biji
*Bawang putih satu labu
*1 inci halia
*2 inci belacan



Panaskan minyak satu cawan. Minyak memang lebih sikit. Nanti nak guna untuk menumis. Goreng ayam tak payah garing sangat. Nak juicy-juicy je. Pastu angkat




Goreng ayam tak payah garing. Goreng manja-manja gini je.



Dah habis goreng ayam,minyak goreng ayam tadi tu jangan buang.Terus masuk kan serai. 
Goreng serai dulu.
Gorengkan serai sampai separa coklat.



Masukkan daun kari sampai garing (bukan hangus). Api sederhana ye.




Lepas dah goreng serai dan daun kari tu, baru masuk semua bahan yang dah blend tadi. Tumis sampai naik bau dan garing.Tujuan minyak lebih tu supaya cili tu boleh betul-betul masak dan garing.So tak ada lah sakit perut bila makan. Minyak banyak tu untuk kasi mesra dengan serai dan daun kari tu jugak.

Bila dah garing dan terbit minyak macam ni. Baru letak garam secukup rasa. Aku letak garam dalam 3-4 sudu kecil. Tapi kena pandai agak-agak jugak lah.



Pastu masuk gula. Gula kena lebih.Dalam 3-4 sudu besar. Untuk balance kan rasa masin dan manis.




Pastu masuk kan kicap.Aku guna kicap manis cap udang ni je. 

INGAT. Kalau guna kicap manis,kurangkan gula. Lebih sikit garam.
Tapi kalau guna kicap masin,lebihkan gula kurangkan garam..


Last sekali baru masuk kicap. Banyak mana? Sampai warna merah maroon.


Dah tuang kicap. Jangan lupa gaul.

Gaul punya gaul , sampai warna maroon macam ni.



Bila dh masak betul semua sambal tu, baru masuk kan ayam.



Masak lagi dalam 15minit,biar semua sebati.


Siap!




Boleh lah makan seisi keluarga.Kalau rasa macam ayam masak merah kenduri tu tak jadi. Rasa Ayam Masak Bali ni akan rasa serai,daun kari,pedas,masin dan manis tu sekata. Baru lah boleh feeling-feeling berada di Bali. Gitewww.

Kunci dia kena pandai balance kicap,garam dan gula.Masak lauk melayu ni memang camtu lah. Kena pandai adjust. Baru lah rasa dia umphh. Masak ayam masak bali ni aku suka sebab bau wangi sangat. Sedap bau wangi serai dan daun kari tu.

Ok tu je.


Selamat mencuba bagi siapa yang nak cuba :)

Baju Raya 2016 dan Blouse Cantik ! Online Shopping Murah ! Yayy!

$
0
0


Nak dekat raya ni tangan memang gatal je lah nak online shopping. Nak keluar malas dan rasa penat. Sekarang ni nak beli/bayar pape semua benda pon dekat hujung jari je kan? Nak shopping pon tak payah nak susah payah memenatkan diri tawaf satu mall,bayar tambang or bayar duit minyak dah. Aku ni kalau bab shopping baju, suka benda yang murah-murah je.Shopping baju murah adalah best sebab boleh dapat macam-macam jenis baju. Tak kosserrr aku nak beli baju sehelai harga ribu-riban tapi pakai nya sekali seumur hidup. Choyy!

Kalau kau tengok semua benda yang ada dekat online shop ni pasti tangan kau gatal jugak nak tekan semua benda masuk 'add to cart' !! Sebab semuanya murah uolssss! Serious murah gila nak meninggal! Yang best nya sebab semua barang ready stock! Tak payah nak tunggu lama-lama untuk pre order.Kalau order,terus dapat je.Tapi bayar lah dulu khennn. muehehe.

Masalah nya aku ni nak beli jubah nak pakai time bulan Ramadhan ni je tapi terjebak pulak beli blouse sekali. Blouse pon cantik-cantik dan murah gila! Harus lah tak keruan aku, semua benda rasa nak beli sebab murah nau!


Ni lah hasil aku dok shopping dekat NILE.COM.MY ni.





Jubah ada poket. Mak suka nyah!

Banyak juga aku shopping haritu. Plastik pos pon dah sama besar dengan anak aku dah. Hehe.

Boleh kata mostly baju yang aku beli dekat NILE ni semua daripada brand HANIYA. Aku suka brand HANIYA ni sebab design dia up to date dan kualiti kain pon best. Kalau nak cari baju muslimah memang suka beli HANIYA ni. Dan reason paling utama nya aku suka sangat HANIYA ni opkossss sebab harga baju dia murah gila compare dengan online shop muslimah yang lain. 

Jarang nak jumpa jubah yang cantik yang harga nya bawah RM100. Selalunya yang cantik-cantik mesti harga atas RM100. Satu yang aku suka shopping dekat NILE ni sebab boleh dapat baju yang aku suka dengan harga bawah RM100 je.


Sebab aku rajin, meh aku peragakan dekat korang apa yang aku beli. Mana tahu kot-kot korang pulak berkenan dan saja je nak bagi korang terjebak jugak ke kancah online shopping yang murah dan berbaloi-baloi ni. *hasut*


HANIYA LONG DRESS MIX COLOUR WITH POCKETS DESIGN (klik kalau nak beli) . Ni aku ambil warna DARK PEACH. Ada juga warna lain yang cantik. Harga RM74.90 . Murah kan? Kalau tak, harga dia RM158. Fuhh memang kena grab. Jimat banyak tu. Aku suka jubah ni sebab ada 2 tone warna, minimalis dan simple. 

Lagi satu reason aku suka jubah ni sebab ada poket. Boleh letak handphone. Hehe.


Ni pulak HANIYA LONG DRESS MIX COLOR WITH PIPING DESIGN- BLUE. Suka jalur-jalur tu nampak unik sebab dia timbul. Jubah ni princess cut. Ada zip dekat tangan so senang nak ambil wudhu'. Harga RM75.90

Boleh padan kan dengan Fashion Hollow Designed Shoulder Bag ni. Suka gabungan warna gold dengan putih camnih. Nampak macam mahal tapi harga murah. Harga RM 20.90 je. Ada banyak warna lain jugak. 


Corak baju kurung ni dah ala-ala baju koleksi raya Rizalman tahun lepas pulak. Hehe. Tapi HANIYA SPECIAL CHIFFON PRINTED DESIGN WITH BAJU KURUNG ni murah je. RM 79.90 je. Baju kurung ni tak melekap dekat badan so nak melantak banyak time raya karang tak lah nampak lemak-lemak yang goyang-goyang macam jelly dekat perut tu.Kihkih. Ada 2 pilihan warna. Warna biru ni dan coklat.


 Jubah ni ada plaid design dekat atas baju dengan bahagian tangan. Dekat tangan ada zip so nak ambil wudhu' senang. Material high quality chiffon. HANIYA SPECIAL PRINTED TEXTURE PLAID DESIGN DRESS- RED. RM 75.90.

Ok dah habis jubah dengan baju kurung. Nak tunjuk blouse pulak.

Suka blouse ni. Nampak comel je corak bunga ni and warna dia pon sweet. HANIYA CHIFFON FLORAL PRINTED DESIGN BLOUSE- CREAM . RM 35.90

Blouse ni corak dia unik. Ada mix 3 colour lagi. Bila pakai pon terletak je. Material kain best. Nak gosok pon senang. HANIYA THREE TONE MIX COLOURS WITH PATCHWORK. RM 36.90.



Blouse ni ada poket jugak. Hehe.


Aku sangat jarang pakai baju warna pastel. Takut nak pakai warna pastel sebab takut nampak gemuk. Padahal memang gemuk tapi ada aku kesah? Kesah lah jugak sikit. Haha. Tapi bila tengok baju berwarna pastel and sweet macam ni, rasa macam suka pulak. Lalu terus lah aku beli tanpa berfikir nambelas kali.Weeee. 

Sweet kan warna pastel camni? Nampak macam ayu,lemah-lembut,sopan santun sangat bila pakai warna pastel gini kan? Walaupun nan hadooo je lah. Ahak! HANIYA SPECIAL PRINTED TEXTURE PLAID DESIGN BLOUSE. RM 42.90


Yang atas-atas ni semua blouse pendek. Yang bawah ni semua blouse panjang pulak. Blouse panjang ni aku suka jugak. 









(Kalau korang still dapat tengok item baju aku bagi dekat semua link gambar-gambar atas ni maknanya barang tu available, kalau tak dapat and dia tulis 'product not found', maknanya dah SOLD OUT. Tu ah siapa suruh lambat. hehe)


Sebelum ni seram gila nak beli barang online sebab takut kena tipu. Dengan NILE ni dah 4-5 kali lah aku shopping sini. Sekali shopping bukan sehelai dua, banyak gilaaaa berhelai-helai aku borong.  Ye lah, mesti korang ada rasa takut jugak kan kalau yang tak pernah online shopping tu. Dah ler murah,mesti nak beli banyak-banyak kan takut kena tipu ke apa. Tapi dont worry be happy. NILE ni trusted seller. Jangan risau lah kalau korang nak memborong banyak-banyak macam aku ni, confirm barang sampai punya dekat rumah. 

Sekarang ni NILE ada promosi FREE POSTAGE untuk Semenanjung Malaysia dengan pembelian minimum RM48 je! Wahh berbaloi-baloi ni. Baik korang cepat-cepat shopping dekat NILE ni sebab promo ni dari 30 May 2016 sampai 18 July 2016 je.


Cuba-try-test usha barang dekat  http://www.nile.com.my/ . Tengok boleh tahan ke tidak tengok barang cantik-cantik dan murah. heeeeee. Selamat menjamu mata dan membeli-belah diucapkan! (saja wish siap-siap)


Haha ok bye!

Suka bila berbuka puasa dengan family

$
0
0
Dulu masa tengah study bila bulan Ramadhan je, kalau tak berbuka dekat uni, mesti aku akan balik rumah berbuka puasa dengan family aku. Ni dah kahwin. Memang akan gilir-gilir lah balik buka puasa rumah mak mertua dengan rumah family aku. Sekarang dah ada family baru pulak iaitu family mertua.So kena adil dan saksama. Dua-dua rumah wajib balik untuk buka puasa sama-sama. Bukak puasa ramai-ramai dengan family ah lagi syok.  Hee.




Ikan keli salai masak lemak cili api. Kegemaran ni.  Suka sebab sedap! Aku memang hantu ikan keli.


Butter prawn tu pon sedap nya! Mak aku masak. Sambal tempoyak goreng memang wajib ada lah time bulan-bulan puasa ni. Ni memang favourite aku dari dulu sambal tempoyak goreng ni. Mak aku paham sangat dah. Kalau aku balik rumah dia, mesti dia buat punya sambal tempoyak goreng ni.Pembuka selera sangat tu. Murtabak dengan kuih tu selalu beli je dekat param.

Err. Param? Tahu tak param tu apa? Aku ingat lagi tahun lepas aku update dekat instagram aku (@cikepal06) , ada satu hari tu aku tak sempat masak. Lalu aku update lah menu berbuka puasa aku tu semua di bawakan khas dari param. Pastu ada yang tanya param tu apa?

Param tu adalah sejenis Pasar Ramadhan. Mula-mula aku rasa macam annoying dan menyampah gak dengar orang sebut param param ni. Rasa macam 'ko dah kenapa nak shortform sangat sampai jadi param,tak boleh ke sebut pasar ramadhan?'

Tapi lama-lama aku pulak terjebak dok mengikut sebut param. T_T"

Param pon param lahhhhhhh.

Tu lah orang tua-tua kata jangan benci sangat nanti saiyanggg. *tak tahu ada kena mengena ke tak*



Air macam biasa. Aku suka gila F&N SEASONS Tea  ni. Makan lah apa-apa lauk pon, mesti aku pair kan dengan F&N SEASONS Tea ni. Sedap air ni. Aku suka. Memang hilang kan dahaga sangat sebab ada rasa lemon tu. Nak-nak time bulan puasa ni. Memang tekak kering je rasa. Bila buka puasa minum Ice Lemon Tea ni mesti rasa nyaman je anak tekak.

Botol susu Han tu pon sibuk nak enter frame jugekk. Dah lah tak puasa budak kecik tu. Nak jugak duduk sama-sama dengan orang berpuasa.

Hari ke dua bukak puasa dekat rumah family aku. Mak dengan ayah aku request suruh aku masak lagi satu lauk pulak. Lalu aku masak lah Ayam Masak Bali ni. Resepi Ayam Masak Bali ni ada aku update dekat ENTRI NI kalau nak cuba. Fuhh sold out lauk ni. Beregukan pulak dengan mak aku punyak sambal tempoyak goreng ni.Ada campur petai pulak kali ni. Memang licin ah.

Air? Wajib lah hidang F&N Seasons Ice Lemon Tea ni haaa! Aku je sebenarnya yang paling suka minum air ni bila makan apa-apa lauk pon. Tapi bila family aku tengok aku suka minum air ni, dah diorang pon terjebak sekali suka minum Ice Lemon Tea ni. Haha bagus-bagus. Aku memang suka hasut orang suka apa yang aku suka.Kehkeh.

Haritu mak mertua dengan ipar duai aku datang rumah. Kakak ipar aku rajin nak masak kan nasi ayam. Dap nyerrr nasi ayam.



Yang F&N SEASONS Tea  ni aku selalu beli yang Ice Lemon Tea ni. Sekali haritu aku pergi kedai nak beli air ni,dah ada macam-macam perasa lain jugak rupanya. Ada lah nampak Ice Peach Tea dengan Ice Apple Tea. Tapi perasa yang lain tak pernah try lagi. Selalu ambil yang Ice Lemon Tea ni lah. Korang suka tak minum air ni?



Kalau korang suka F&N SEASONS Tea ni macam aku, nanti datang lah Bazaar Ramadhan TTDI, 28th June ni dalam pukul 4.30PM-6.30PM. Sebab nanti aku akan bagi F&N Seasons Ice Lemon Tea, F&N Seasons Ice Peach Tea & F&N Seasons Ice Apple Tea ni FREE dekat korang. Jumpa di sana :)


Cantik nya Ariani Lebaran ni ! Korang dah ada baju raya belum?

$
0
0
Haritu aku pergi fashion show untuk koleksi Ariani Lebaran. Buat dekat The St. Regis Kuala Lumpur. Majlis nya grand sangat. Makanan pon lazat! Haha. Dasar menternak lemak. Ingat makan je. Oh fashion show ni masa sebelum puasa haritu. Sekarang ni baru aku ada masa nak update. Busy benau bila dah ada baby ni. Banyak benda tertunggak T_T"


Ootd untuk Ariani Lebaran 2016. Tak tahu nak pakai baju apa. Pakai je lah apa yang hado.

Masuk je fashion show ni terus rasa waa cantik nya pentas runaway ni. Nampak kerlasss sangat.


Suara Dato' Siti Nurhaliza ni memang power lah. Dengar dia nyanyi live, memang merdu je.

Ok fashion show dah start.

Simple tapi cantik.

Koleksi ni lebih glam.

Cantik-cantik tau koleksi Ariani untuk raya tahun ni!

Tanda kasih dan sayang Ariani untuk semua wanita. Dari sekecil-kecil saiz sehingga secomel-comelnya diorang produce untuk #arianilovers sempena Glam Lebaran by Ariani RTW 2016 ni tau. Suka tak?

So don't worry be happy. Semua ada size.

Ni masa press conference. Ikon Ariani tahun ni semua nya yang meletup. Ada Ayda Jebat,Bella Dally dengan Dato' Siti Nurhaliza.Datin Farah Haryani Muhamad Philip ni yang tengah bercakap tu. Aku suka Datin Farah ni, nampak elegan dan ayu je sentiasa. Bila aku tengok dia mesti ada rasa nak jadi macam dia. Inspirasi sangat!

Overall, koleksi Ariani Lebaran 2016 ni banyak gila cantik-cantik. Rambang mata tengok. Meh sini aku tunjuk koleksi  GLAM LEBARAN BY ARIANI RTW yang cantik di mata aku.

Baju kurung moden ni nak pakai raya memang sesuai sangat lah. Simple tapi cantik. Ada beads tapi tak over. Suka!



Yang ni pon simple but nice. Less is more konsep nya.






Ni pon cun! Dekat bahagian perut pon tak ketat melekap. So boleh makan banyak tanpa rasa bersalah time raya ni. Heee.

Corak baju kurung moden ni cantik sangat! Unik, simple tapi still nampak elegan. I loikeee.

Detailing dekat bahagian tangan baju ni cantik. Warna and corak bunga-bunga ni pon sweet.


Nak nampak macam perempuan melayu terakhir tak? Hehe Boleh try baju kurung pesak gantung macam ni. Cantik kan? Fresia Kurung Pesak Gantung ini Koleksi Premium tau. Ada dekat Butik Ariani RTW sahaja. Tak jual online. Sebab limited.


Banyak-banyak design baju kurung moden yang ada. Aku paling suka yang ni! Cantik kan??? Sweet sangatttttt warna dia! Cutting pon cantik.





Yang Ayda Jebat pakai ni. Cantik kan? Aku suka!


Sesiapa yang suka kaftan, banyak juga Ariani produce kaftan tahun ni.Koleksi kaftan tahun ni pon nampak sangat selesa dan cantik.

Dress pon ada! Kalau ada dapat jemputan pergi open house ala konsep elegan, haaa boleh lah pakai Freeca Dress yang sangat cantik ni. Mesti ramai terpaku! Ehehe

Yang suka pakai jubah pon don't worry. Koleksi jubah pon banyak sangat pilihan yang cantik-cantik.

Siapa tema raya tahun ni warna hijau? Haaa boleh beli ni.


Pastel hues. So nice!

Yang penting, tahun ni semua ada size. Dari yang badan kecil halus, sampai yang badan comel-comel tu. Semua boleh shopping baju raya dekat Ariani.


Ni yang aku dapat dalam goodie bag masa Fashion Show Ariani Lebaran itu hari.

Dapat 2 square scarves. Nasib baik dapat corak lain-lain. Ehehe. 



Jarang aku nak pakai tudung bawal. Last aku pakai tudung bawal pon masa zaman study dekat uni dulu. Bila dah sarung tudung bawal Ariani ni terasa suka lah pulak. Heee. Design simple je tapi nampak mewah. Material kain pon best.Thanks Ariani!


Square scarves macam aku pakai ni pon korang boleh dapat kan dekat Ariani jugak. Banyakkk sangat corak cantik-cantik.Jangan lupa dapatkan koleksi GLAM LEBARAN BY ARIANI RTW dekat Butik Ariani, Jakel Mall Kuala Lumpur dan di Wisma Jakel Shah Alam tau! :)



Dah beli baju raya ke? Raya tahun ni tema korang warna apa?


Viewing all 408 articles
Browse latest View live