Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Rumah Cik Epal Jofliam dalam newspaper

$
0
0
Aku rasa macam tak pernah cerita pasal deko rumah dekat blog. Selalu dekat instagram je. Sibuk main instagram sehingga blog diabaikan. Ecehh. Tu sebab cerita honeymoon yang berzaman tu tak habis-habis lagi. Kehkeh.
Amboi bang. Kita penat-penat kemas rumah, dia lepas makan duduk depan pegang phone kepit bantal, kaki atas meja like a boss. Dok diam takpe. Buat sepah, siap!

Si Jofliam ni kalau tengah main play station,memang dia buat dekkk je lah aku panggil macam mana pon. Panggil lah dia doplohnamkali pon,kalau dia tengah main game. Bolayan saja. Khusyuk beno main game sampai duduk atas meja. (>.<)"

Aktiviti berdua bila dekat rumah selain layan movie ada lah main carom! Aku lawan dengan dia ni,aku asyik menang je. Tak mencabar betul lah.

Ni dia bangun tidur terus ajak repeat game lagi. Tak puas hati letteww. Tu lah siapa suruh kahwin dengan perempuan berbakat dan serba boleh. Kan stress je asyik kalah. Wakakaka.

Selalu dekat instagram aku (@cikepal06), orang tanya mana beli rak letak bunga ni.


Kebanyakan perabot atau rak dalam rumah kitorang adalah CUSTOM MADE.Memang tak ada jual dekat mana-mana sebab kitorang tempah khas ikut cita rasa kitorang.Sebab kitorang tak nak sama dengan orang lain dan memang tak suka sama dengan orang lain. Sendiri ada 'taste',sendiri lah design.So kalau tetiba ada keluar rak macam ni dekat rumah orang lain,tahu lah orang tu tiru design kitorang. Hihihi.

Pokok-pokok dalam rumah kitorang pon semua pokok hidup.Sebelum nak keluar rumah,mesti siram semua pokok yang ada.

Cuma kalau pergi travel lebih seminggu,ada jugak lah pokok yang mati. Pokok yang cepat mati memang selalu tukar yang baru lah.

Memegang prinsip "rumahku syurgaku", Islam itu bersih dan indah.Falsafah hidup aku,biar tak kaya tapi rumah biar cantik dan kemas. Disebabkan kitorang nak kekal kan suasana gembira setiap kali ada dekat rumah, kitorang memang deko rumah secantik yang boleh ikut cita rasa kitorang.






Ajet-ajet candid. Cehhh.




Perabot dan perhiasan ni pon kitorang custom made.


Deko rumah kitorang sebenarnya simple je.Konsep minimalis je. Kitorang banyak gabungkan kayu dan hias rumah dengan pokok-pokok hidup rona hijau.Weeee.




Sebab kitorang percaya kediaman merupakan cerminan diri seseorang. So kebersihan dan keceriaan secara tidak langsung melambangkan personaliti kitorang suami isteri. Ecehhh. 


Deko rumah hanya untuk keselesaan dan kepuasan diri masing-masing je. Bak kata omputeh "Happiness Starts at Home". Sebab kitorang husband and wife dua-dua bekerja sendiri,memang most of the time, masa kitorang dihabiskan dekat rumah je. Tu suka bela pokok dalam rumah tu, bosan-bosan boleh berborak dengan pokok pulak. Haha. Tak sangka pulak ada wartawan yang nak interview walaupun deko tak seberapa.


By the way,thanks KOSMO for featuring our home :)


The Fast Forward 1 Minute Hijab Tutorial Cik Epal

$
0
0
Dekat instagram aku (@cikepal06) ramai betul yang request suruh buat hijab tutorial. Aku rasa cara aku pakai shawl simple sangat-sangat. Nothing fancy. Nak buat tutorial pon macam segan kot.Tapi dah ada yang request,aku buat  je lah tutorial macam mana aku pakai shawl. Serious senang. 1 minit siap dah.

Aku selalu pakai wide shawl cotton yang besar tu. Jarang aku pakai shawl jenis lain. Wide shawl ni murah je. Dekat pasar malam pon banyak je orang jual. RM10-RM15 boleh dapat dah. Lagi-lagi kalau beli banyak. Aku memang suka shawl ni so memang aku borong ah semua warna :D

Cara nak pakai,mula-mula gosok ah shawl dulu kan. Hehe. Then lipat dua shawl tu.Sebab wide shawl ni sangat besar memang kena lipat dua.Dah lipat dua memang tak kan nampak jarang ah shawl tu. Aku pakai shawl ni tak pernah pakai inner neck sebab memang tak kan nampak leher.Sebab dah lipat dua kan? So jangan risau memang tak jarang.


Dah lipat dua wide shawl tu.Sediakan satu pendek satu panjang macam ni. Dah satu pendek,opkos lah satu lagi panjang kan? >.<"

Yang pendek tu, bawak ke dalam dalam macam gambar aku atas ni lepas tu pin kan guna jarum peniti dekat serkop :D

Oh ye cara aku pakai shawl ni memerlukan 4 jarum peniti dan 1 brooch.

Bila belah pendek tu dah pin. Lepastu dekat belah panjang bahagian tepi muka ni pin lagi macam ni.Ikut lah kesesuaian bentuk muka dan keselesaan masing-masing.Nak ketat ke nak longgar terpulang.

Yang belah panjang tadi lilit terus ke atas kepala cenggini.Adjust-adjust sikit bagi tutup bahagian dada.

Dekat atas kepala pin lagi supaya tak terjatuh.

Kiri kanan atas kepala tu pin ok macam ni untuk nampak kemas.

Then ambil sikit yang hujung belah panjang tadi tu.

Pin hujung shawl tadi, sekali dengan shawl atas bahu dan baju sikit supaya shawl tu statik tak jatuh-jatuh.Yang dekat atas bahu ni guna brooch tau. Sebab nak pin sekali dengan baju.


Dah siap! Ni bahagian depan.

Ni bahagian belakang.Aku memang suka wide shawl jenis macam ni sebab memang wide coverage.Wide shawl cotton ni memang shawl kegemaran aku. Dah ah murah. Memang best ah :D




 Tadaaaaa! Siap dah! The Fast Forward 1 Minute Hijab Tutorial Cik Epal !

Senang je kan cara nak pakai wide shawl ni. Memang senang gila. Gila pon tak senang macam ni. Haha. Cuma gunakan masa 1 minit je. Sekarang aku dah expert.Tak ada cermin pon sap sup sappp siap dah pakai shawl.Ehehe.


Semenjak jadi ibu ni. Kena lah lebih banyak spend time dengan baby dan family.Aku memang memerlukan dressing yang simple, cepat dan mudah. Sama jugak macam Panadol ActiFast yang boleh diserap dua kali lebih cepat (berbanding dengan tablet standard Panadol) dan lembut pada perut. [Nota: Panadol ActiFast hanya sesuai untuk peringkat umur 12 tahun dan ke atas]



Nak tahu lagi banyak speed hacks untuk fast forward detik-detik kehidupan yang terbaik (untuk fashion, fitness, cooking, motoring). Boleh tengok dekat www.panadolfastforward.my .

Majid Murtabak Cheese Larkin Special No 1 Kampung Kurnia Johor dan JPO

$
0
0
Seketul Han acah-acah candid. Ececehh.

Dah lama dah pergi Johor/JB ni. Dalam tahun lepas.Han baru 3 bulan kot time ni.Biasalah semenjak melayari alam rumah tangga ni aku busy sikit melayan suami dan baby, tak berapa nak layan laptop.Mak busy noks! Nak update blog pon kena pandai curi masa. Dah ada baby ni paham-paham je lah kan. Time nak update blog je, time tu lah anak aku dahagakan kasih sayang aku. Haha.So terpaksa layan dia. Bila dah layan,terus mood nak update blog ke laut.Last-last semua entry tertunggak. Sebab tu banyak lagi entry honeymoon/travel tak update lagi.Zaman bila nak habis pon tak tahu ler. Kehkeh.


Ni tetiba mengidam murtabak cheese,tu rasa macam nak update dekat blog pulak. Hee.

Siapa pernah makan murtabak cheese dekat Johor ni? Angkat tiakkk. Haha.

Murtabak cheese ni boleh makan dengan kari atau makan dengan timun sos tu.Ala-ala murtabak singapore ah ni makan dengan timun dan sos.Tapi kalau makan murtabak je tanpa sos dengan kari pon sedap dah woh! Dah memang thorbaik dimakan begitu sahaja.


Serious makan murtabak cheese ni feeling dia macam makan pizza pulak. Cheese meleleh.Bila tarik pon tak nak putus-putus. Haha.

Wuuuu. Nampak tak cheese dia tu? 

Cheese dia sebeban engkooo.Sampai melimpah keluar haa cheese nya.

*menjejes airlio jatuh ke keypad laptop* 

Haha.


Yang ni aku ambil murtabak daging kalau tak silap.Inti murtabak pon banyak. Rasa inti pon sedap. Tak terlalu pedas dan rasa rempah dia pon sedang-sedang je.Murtabak cheese ni kulit atas dia rangup sikit,dalam lembut.Satu keping murtabak tu memang depa masak banyak kali untuk dapatkan rasa rangup dan enak itu.Tapi secara overall,murtabak ni lembut dan terasa rempah dia sikit.



Sorry dah dapat makan murtabak cheese ni memang tak boleh toleh kiri kanan dah. Fokus 100% ada lah pada makanan.Kuikui.


Time aku pergi ni harga murtabak cheese range dalam RM10-RM28. Depends on size.Sekarang harga naik sikit kot sebab dah ada GST ni.Nak compare harga murtabak yang kita selalu makan dekat pasar malam tu memang mahal sikit ah tapi berbaloi weh,cheese dia melimpah-limpah hingga ke ladang gandum. Haha.

Kalau tak nak murtabak cheese ada je murtabak biasa. Harga dalam RM5-RM7. Tapi dah alang-alang sampai ke JB ni,adalah satu kerugian lah untuk engko kalau tak pekena murtabak cheese ni.

Gerai ni bukak pukul 12 tengahari-6 petang. Tapi kalau datang pukul 4pm ke atas selalunya dah habis dah murtabak. Selalunya memang ramai beratur nak makan dan tapau murtabak cheese ni.Time ni aku datang memang pukul 12 tengahari. Kemain awal nau mak enon sampai! Saja datang awal sebab malas nak beratur. Sampai-sampai je terus order. Sebab tak ada orang, kejap je dapat murtabak cheese nya. Heaven! :D

So nasihat aku,datang lah awal. Kang datang dari jauh pastu lambat pulak. Murtabak pon habis.Memang menangis di tepi bucu tong gas gerai ni je lah engko. Haha.

Tempat ni macam food court. Banyak lah gerai-gerai yang jual pelbagai makanan enak.Bila dah pekena murtabak cheese tu,boleh pekena ABC special ni pulak. ABC ni pon sedap! Highly recommended!

Tak JB lah kalau tak makan pisang goreng cicah sambal kicap kan? Pisang goreng ni pon nice. Aku suka pisang goreng jenis kecik-kecik dan rangup camni.Ada jugak jual keladi goreng,keledek goreng,cekodok pisang dan segala jenis gorengan dekat gerai dalam tu jugak.

Nah alamat kalau ada sesiapa yang teringin nak cuba-try-test. Heee.

Majid Murtabak Special No 1,
Jalan Kurniawan,
Kampung Kurnia,
80250 Johor Bahru,Johor

Operation hours:
Isnin hingga Ahad
12 tengahari – 6 petang

(Tapi around 4pm kalau nak makan/tapau murtabak cheese,selalu habis dah. So datang awal ya ibuk-ibuk bapak-bapak)

Dah habis makan, singgah JPO jap. Panas berdenting dekat sini.Pergi pulak time tengahari memang merasher lah bahang nya. Murah-murah juga lah barang dekat sini kalau ada discount.Tapi ada juga barang yang mahal.Misi datang JPO ni nak cari handbag sebenarnya tapi tak ada pulak yang aku berkenan. So aku beli kan barang-barang untuk family je. Untuk ayah aku,aku belikan apa eh. Aku pon dah lupa. Haha. Yang aku ingat aku beli kan handbag untuk ibu aku. Untuk adik-adik aku,aku beli kan perfume Victoria Secret. Tu je shopping nya dekat JPO ni.



Ok dah habis dah cerita. Bye!

The Fast Forward - 3 Minutes Day to Night Makeup

$
0
0
Hye harini nak share "The Fast Forward - 3 Minutes Day to Night Makeup". Sesuai lah untuk orang busy bekerja siang hari tetiba malam ada function/event mengejut ke atau time kita nak cepat-cepat bersiap untuk keluar malam .
Day makeup selalunya makeup yang natural dan soft je. Berbeza dengan night makeup sebab kita perlukan makeup yang 'bold' sikit.



Kalau kita nak cepat bersiap tanpa remove makeup dan start makeup balik,meh aku nak share macam mana nak buat.Nak transform day makeup ke night makeup ni senang je.Ada 6 step mudah dan cepat.

1-Kalau dah keluar atau penat bekerja siang hari,kadang-kadang muka berminyak jugak kan? Mula-mula dab tissue dekat bahagian-bahagian muka yang berminyak. Lepastu sapu nipis translucent powder dekat seluruh muka.

2-Untuk night makeup,guna blusher yang terang sikit daripada day makeup. Yang ni aku guna cream blusher.

Sapu cream blusher tadi bagi rata dekat buah epal di pipi anda. Haha. Ok sapu dekat 'apples of your cheeks'. Dekat cheekbones uolss tu.Blend well ya! Ecehhh.

3-Untuk nak bagi mata nampak segar, tambahkan light and shimmery eye shadow dekat inner corners mata. Benda ni kecil dan simple je tapi korang boleh brightens up the whole look untuk solekan mata yang sedia ada.



4. Tambah sedikit eye shadow yang gelap dekat kelopak mata.




5. Ambil eyeliner boleh tambah 'cat eye'.


6-. Last sekali,apply a bold lip stick. 


Tadaaa! Dah siap! Senang je kan? 3 minit sap sup sapp dah siap. Terus muka rasa segar dan boleh terus keluar malam.

Tak payah remove makeup dan start makeup balik,dari day makeup boleh terus transform je ke night makeup. Simple!

Tapi ni kalau tengah datang bulan lah best sikit nak buat sebab tak payah remove makeup nak ambil wudhu'. Hehe. Kalau non-muslim ok je hari-hari boleh buat :)


Semenjak jadi ibu ni,kena lah lebih banyak spend time dengan baby dan family. Aku memang memerlukan beauty routine yang simple, cepat dan mudah. Sama jugak macam Panadol ActiFast yang boleh diserap dua kali lebih cepat (berbanding dengan tablet standard Panadol) dan lembut pada perut. [Nota: Panadol ActiFast hanya sesuai untuk peringkat umur 12 tahun dan ke atas]



Nak tahu lagi banyak speed hacks untuk fast forward detik-detik kehidupan yang terbaik (untuk fashion, fitness, cooking, motoring). Boleh tengok dekat www.panadolfastforward.my .



Honeymoon Korea (part 7) : Dari Seoul ke Busan dan ARIA Motel

$
0
0

Tengok ah tarikh kitorang pergi Korea ni 18/9/2014. Sekarang dah 2016. Kau mampu peram cerita sampai 2 tahun baru nak update dekat blog? Basi pon basi lah janji hado. Sekarang je baru ada masa free sikit nak update blog.Kuikui.

Macam aku cakap dekat entry honeymoon Korea part 1 haritu,memang saja kitorang naik flight turun ke Busan. Sebab sebelum balik Malaysia, memang nak tidur dan enjoy dekat Busan dulu. Dari Seoul nak ke Busan, terus naik KTX.

Ada beberapa cara  sebenarnya kalau dari Seoul nak ke Busan ni:

1-Boleh naik bas
2-Domestic Flight
3-Mugunghwa (keretapi slow,ada banyak stop)
4-KTX (keretapi laju)

Kitorang plih naik KTX.Beli tiket KTX ni online je dekat website KORAIL. Nak beli online memang kena ada credit card pastu claim dekat station untuk actual tickets. Tapi sebab kitorang tak ada credit card,terpaksa suruh member kitorang dekat Korea tolong belikan tiket. Kalau nak walk in beli tiket pon boleh je tapi takut tiket habis je lagi-lagi kalau public holiday and weekends. Tapi beli walk in lagi murah dari online sebenarnya. Cuma risiko takut tiket habis tu je lah.


Harga tiket KTX dari Seoul ke Busan dalam KRW54,000. Lebih kurang RM200 untuk seorang.Tapi kalau nak jimat boleh naik bas atau Mugunghwa (keretapi slow).Lambat sikit ah sampai tapi murah. Boleh feeling-feeling menikmati pemandangan lama sikit.Hehe.Kalau naik Mugunghwa ni time malam best lah. Jimat masa dan boleh tidur. Murah pon murah.









Kalau naik KTX ni boleh layan view jugak. Perjalanan ke Busan ambil masa dalam 2 jam setengah lebih kurang. Ada jual makanan dan minuman gak dalam KTX ni. Aku beli banana uyu/susu pisang tu je lah.KTX ni seat dia best,memang selesa ah. Yang lagi best sebab ada FREE WIFI dalam ni. Heee.

Ok dah sampai dah Busan Station. Tak tahu nak duduk mana tak booking hotel lagi. Kitorang pon main jalan je lah sampai jumpa satu hotel ni.



Tengok dekat receptionist, gambar bilik hotel dia boleh tahan.Siap ada jacuzzi blink-blink.Harga pon ok dalam RM200++/night.Nasib baik ada bilik kosong lagi.

Ini je lah beg yang kitorang bawak sepanjang ke Korea ni. Kongsi suami isteri.Kalau time winter,memang tak dapekkk lah kan nak bawak beg besar ni je kongsi 2 orang.

Jacuzzi dia nice gila. Memang sesuai ah untuk honeymoon couple atau couple yang nak sambut anniversary ke.





Bila masuk je bilik ni, agak impress gak ah tengok jacuzzi blink-blink ni. Besar betul. Sesuai lah untuk semua couple tak kira size. Haha.






Ni toilet. 


Hellooo? Opkos lah ni toilet kan? >,<"


Engko ingat jacuzzi dia je bersize gajah? Syampu dengan body shower dia pon bersize gajah juga hokeyyy! Tak main lah syampu dengan sabun besar cinonet. Yang tu dua kali picit dah habis. Hehehe.




Sekeliling jacuzzi ni ada cermin lak tu. Dekat atas jacuzzi ni pon ada cermin.Kira kalau kau pandang ceiling je,terus nampak lah muka kau.Tapi dekat bahagian jacuzzi ni je dikelilingi cermin sampai atas. Dekat bahagian katil dengan toilet tak ada pulak. Haha.





Yang best pasal ARIA hotel ni sebab lokasi dia strategik. Dari Busan Station tu 10 minit je.Free WIFI dan connection agak laju gak ah.Staff dia pon friendly and helpful.ARIA hotel ni 2 bintang je. Tapi harga dan bilik dia agak best ah daripada hotel 5 bintang yang aku pernah duduk.

Kalau honeymoon couple atau couple yang nak sambut anniversary tu memang aku recommend ah duduk sini. Murah pon murah and better ah dari hotel 5 bintang yang kadang-kadang bilik sendu je tapi sebab ada nama harga mahal.


Ok nanti sambung lagi cerita.Kitorang memang suka gila dengan scenery yang tenang dan mendamaikan dekat Busan ni.Busan ni best lah kalau jiwa nature.Kalau kau suka city view dan berjiwa urban walaupun berwajah desa (kehkeh), maybe lebih suka Seoul. Sebab selalu juga orang kata Busan ni bosan. Tapi bagi kitorang ok lah not bad.Nanti aku cerita next entry tempat yang kitorang pergi dekat Busan ni.Siapa kata Busan bosan? Busan best kottt!


Ok bye! :)

Sesuai untuk yang suka travel - eforex

$
0
0
Before nak pergi travel, mesti banyak benda yang kita kena prepare kan? Nak prepare flight schedule,immigration documet,passport dan yang paling penting  nak tukar currency duit ke negara yang kita nak pergi tu.

Pasal currency exchange ni selalu tertanya-tanya BILA dan DEKAT MANA nak tukar duit kan? Dekat mana pulak offer BEST RATE untuk exchange? Nak tukar sekarang ke nak tukar nanti bila dah sampai tempat kita nak travel?

Emm kalau aku nak travel,selalu nak tukar duit ni lah benda last yang aku akan buat. Tapi bila aku dah jumpa satu app ni, aku rasa lega gila! Dah tak payah susah-susah nak fikir pasal currency exchange.



Tadaaaa! Ini lah app yang memudahkan kerja aku bila nak travel tu. eForex nama apps ni. eForex ni ONLINE MONEY EXCHANGE service. Sekarang ni dah boleh save time dengan save energy untuk buat benda lain bila nak travel.App ni sangat mudah untuk sesiapa sahaja untuk exchange money.




Meh aku explain sikit pasal e Forex ni. e Forex  ni adalah satu perkhidmatan pertukaran mata wang asing online yang menawarkan kadar pertukaran yang terbaik di Malaysia. Ini aplikasi yang mudah untuk digunakan untuk pembelian mata wang dan ada live currency updates. Pengguna boleh mengesan dan memantau kadar mata wang asing dan membeli dengan segera melalui online bank account.



Dengan app ni,boleh terus check rate currency sekarang.

Ada lebih 20 currency yang kita boleh exchange.




Bila dan beli currency,pengguna boleh pilih Pick-up Points mengikut keselesaan masing-masing, atau sehingga 6 bulan dari pembelian. Selepas setiap transaksi, pengguna akan dapat notification bila foreign currency dah sedia untuk diambil.



Features:
- Over 20 preferred currencies to choose from
- Live currency exchange rates
- Set favourite currencies
- Rate alerts notifications
- Pick up point selector
- Currency calculator
- Secure online payments (FPX and MEPS)
- Browse transaction history
- Travel reminder
- Ad-free
- Available on Android and iOS

Certain features akan available bila users dah signed up. Isi maklumat dengan betul untuk mengelakkan percanggahan in future bila nak ambil duit dekat cawangan ok! Rate alert feature membolehkan pengguna monitor mata wang pilihan mereka. Just register je dan boleh terus beli foreign currencies.



Benda yang best pasal eForex ni:

• Boleh beli foreign currency bila-bila masa, di mana sahaja tanpa perlu bersusah-payah memandu ke money changer. Menjimatkan masa dan mudah.
• Check live rates bila-bila masa dan set rate alert untuk mendapatkan best rates. Tidak perlu ulang-alik ke money changer untuk check rates.
• Tidak perlu withdrawing dan membawa sejumlah wang yang besar ke money changers.
• Collect foreign currency bila-bila masa je lepas purchase, up to 6 months.
• Ia adalah satu aplikasi yang hebat untuk mereka yang ingin tahu mengenai latest currency rates,  walaupun mereka tidak perlu membeli mata wang asing untuk kegunaan serta-merta.

Nota:
• Pertama di Malaysia yang membolehkan pengguna untuk membeli terus dari app.



Sekarang ni money exchange di hujung jari je uolsss. Jangan risau app ni senang dan selamat. Boleh check live rates dan beli foreign currency anytime anywhere dengan app ni.

Untuk travellers (leisure atau business),jangan lupa download eForex app ni sebab app ni berguna sangat untuk sesiapa yang nak beli foreign currency. Boleh download eForex dekat SINI. Boleh download dekat Google Play dan App Store :)


Cik Epal Jofliam Honeymoon Busan Korea (part 8) : Gamcheon Cultural Village

$
0
0
Kalau korang ke Busan, memang kampung ni tempat yang korang kena pergi.



Gamcheon Culture Village
177-11, Gamnae 2-ro, Saha-gu, Busan
9AM to 5PM
Masuk adalah PERCUMA.


Untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village ni senang je. Naik Busan MRT ke stesen Toseong (Line 1 aliran Sinpyeong). Keluar exit 6 jalan terus sampai simpang dan belok kanan.Nanti akan nampak bus stop memang betul-betul ada depan Pusan National University Hospital building (Block C, Cancer Centre).Ambil bas no 1-1,2 atau 2-2 (bas warna hijau) dan pemandu bas akan announce bila dah sampai Gamcheon Cultural Village. Kalau dia tak announce,selalunya dekat Gamcheon tu ramai-ramai akan turun.Kalau tak ada orang turun, petunjuknya papan tanda warna-warni dekat atas bukit.Dari bus stop tu dah boleh nampak signboard "Gamcheon Cultural Village" yang ada dekat sebelah kiri.Bas tu kecik je dan tambang untuk ke sana KRW900. 



Tourist Information Center .



Masa bas berhenti dekat laluan masuk ke Gamcheon Cultural Village, better korang jalan kebelakang skit dan masuk laluan lagi satu sebelah kedai runcit. Sebab dekat situ ada Tourist Information Centre untuk korang dapatkan map Gamcheon Cultural Village. Map berharga KRW 2,000. Tempat ni agak besar jugak lah so memang berguna kalau korang ada map kampung ni.Kalau nak pergi semua tempat memang boleh ambil masa lama gak.Lagi-lagi kalau jenis semua celah bedah nak bergambo,haaa memang berjam-jam lah duduk sini.


Gamcheon Cultural Village, atau Taegeukdo Village ni merupakan sebuah perkampungan lama yang berwarna terang di atas bukit yang curam yang menghadap ke Busan. Memang jauh berbeza dengan bangunan tinggi moden dekat bandar ini. Kampung ini telah ditubuhkan pada tahun 1918 semasa Korean War, apabila penganut agama Taeguk yang terpaksa mencari perlindungan dekat kawasan itu.


Asalnya Gamcheon Cultural Village ni lebih kurang macam rumah setinggan la, tapi ada pihak terbabit majukan tempat ni jadi tempat tarikan pelancong. Diorang upah artist (bukan artis kpop ye) untuk decorate perkampungan ni dengan mural untuk bagi nampak cantik. Tempat ni macam sebuah perkampungan seni. Banyak lukisan seni mural dekat sini. Hasil seni dari budak-budak sekolah rendah pon ada dekat sini. Ada juga galeri untuk bahan pameran antik dan juga penceritaan sejarah Gamcheon Culture Village ni.





Gamcheon Cultural Village ni sebuah perkampungan yang ada 10,000 penduduk. Jangan bising sangat dan jangan pulak pergi masuk rumah sesiapa atau tangkap gambar penduduk situ. Jangan nak skodeng mana-mana tingkap rumah pulak. Awas ye. Mahu kena balun satgi. Hehe.


Sebab kampung ni still ada lagi orang tinggal dan duduk sini.








Orang siap cakap  tempat ni macam Santorini, Greece. Bila tengok rasa macam ada lah sikit. Entah lah eh. Aku pon belum sampai lagi Santorini tu. Haha.Ada pulak cakap tempat ni macam legoland. Mungkin sebab rumah-rumah dekat sini bentuk berkotak-kotak macam lego bricks. Dah ah colourful.Comel-comel pulak tu. Gamcheon Cultural Village ni ada banyak gelaran sebenarnya. Antaranya, Santorini of the South Sea, Korea's Santorini, Korea's Machu Picchu dan ada juga yang bagi gelaran sebagai Kampung Lego. 


So? Suka hati korang lah nak gelarkan dia apa. Ada aku kisah? Haha.






Inilah kampung yang mendapat jolokan ‘Santorini of Asia’, dengan bangunannya yang berwarna warni di pinggiran bukit ni.




Pemandangan dari roof top. Subhanallah sangat cantik. Kat sini korang boleh tengok pemandangan seluruh Gamcheon Cultural Village.







Dekat rooftop menikmati angin bayu sepoi-sepoi bahasa. Orang sebelah tu jangan nak melepaskan angin bersepah-sepah pulak. Bukan boleh bagi peluang dia tu.




Pemandangan dari roof top. Subhanallah sangat cantik. Kat sini korang boleh tengok pemandangan seluruh Gamcheon Cultural Village.






Salah satu hasil seni, kayu ni sebenarnya melambangkan ikan. Dan benda ni juga jadi arrow untuk panduan pelancong.




Dekat kampung ni ada banyak gila lorong. Yang besar,kecik,luas,sempit semua ada.Boleh je cilok mana-mana tapi kalau sesat macam mana? Kalau tak nak sesat,sila lah beli peta kampung ni berharga KRW2000 yang aku cerita dekat atas tadi. Banyak info dalam peta tu.



Tapi kalau tak ada peta pon aku rasa boleh survive tak akan sesat sebab ada petunjuk jalan. Tapi kena cari ah petunjuk jalan tu.Kitorang memang beli map sebab malas nak cari arrow tu. Tapi bila jalan,kadang-kadang ternampak jugak.








Ni contoh petunjuk jalan.

Sila ikut sini habang hakak.

Petunjuk jalan pon comel :)


 Kalau sesiapa fan Running Man,mesti korang tahu kan diorang pernah datang kampung ni time episod Choi Ji Woo jadi guest.




Seluar pon boleh jadi deco style. 

Cuma kalau tetiba seluar ni berjalan malam-malam,memang boleh terkencing dalam seluar gak ni.Kusss semangat. Haha.






Burung berkepala orang. Unik tapi macam seram gak tengok lama-lama. Haha.



Tempat ni memang best lah untuk tangkap gambar sebab semua celah bedah pon helok dan cantik! Haha.





Ni kreatif gila!


Kedudukan Gamcheon Village ni terletak di sepanjang laluan mentari, so kampung ni dikatakan sentiasa terang bederang.




Jalan-jalan ternampak kepala Jae Suk dekat situ. Aaa excited gila ingatkan ni kedai Yoo Jae Suk. Kot-kot lah boleh jumpa dan selfie dengan dia.Haha tapi tak. Rupa-rupanya ni kedai jual hotteok. Aaa lagi ah excited. Sebab dekat Seoul aku lupa nak cari. Sekali jumpa dekat Busan ni memang harus lah beli. 

Hotteok ni Korean pancake. Memang street food yang popular dekat Korea.Tapi time winter lagi senang jumpa orang jual.

Tengok cara dia buat. Mula-mula ambil chewy dough pastu letak brown sugar .

Lepastu goreng dalam minyak panas pastu diorang penyek-penyek kan.

Pastu dorang gunting tengah-tengah dia buat lubang untuk letak kacang.Kacang dia nampak macam kuaci pon ada aku tengok. Ke memang kuaci? Ke campur kacang dan kuaci? 


Pastu dah siap boleh makan!

Sedap weh hotteok ni. Tapi kena terus makan panas-panas baru layan. Mula-mula beli sorang satu. Sebab sedap terus beli lagi empat! Dasar kuat menternak lemak.Haha.

Makan hotteok sambil tengok map. Supaya sentiasa lalu di jalan yang benar :D

Walaupun dalam poster nampak macam gigi monster, Haha Tapi memang sedap weh hotteok ni. Sampai sini,cari lah poster Yoo Jae Suk ni untuk rasa hotteok yang dijual di kedai ini.

Hotteok yang ke empat. Kihkih.



Gara-gara makan hotteok, terus terbang melayang di udara.

Aku dah tangkap gambo elok baik punyaaa.Tapi tak puas hati lagi dia ni.

Suruh aku tangkap kan gambo dia terbang lagi.

Sebab ni aksi kaki kuak terlebih, tetiba dengar bunyik aneh.

 "prappppp" 

kuat gila.

Mak aihhh. Rupanya bunyi aneh tu datang dari bunyi seluar laki haku yang koyak-rabak. Wakakakakaka.

Padan muka.

Tak pasal-pasal aku kena censored gambo.Caittt. Aku dah tangkap cantik-cantik,nak tangkap lagi buat aksi lain. Merasher lah seluar koyak. 


Walaupun seluar husband aku dah koyak,tapi tetap juga meneruskan perjalanan macam biasa.Tempat ni memang sesuai lah untuk orang yang suka arts dengan nak tengok life orang dekat sana. 


Rumah pon comel-comel. Memang ada orang tau duduk dalam rumah comel-comel ni.Jangan skodeng tingkap hokay! Nanti mata kena cocok dengan garfu! Padan muka. Haha.


Ni pon kiut! hiks.



Ya Allah! Seluar dah koyak pon ada hati nak terbang lagi tu.

Tak insaf lagi dia ni. Bawak-bawak lah bertaubat banggg.

Dah ler aku malas nak layan amek gambo dia ni.Cari kedai jual seluar dalam Gamcheon Cultural Village ni tak jumpa.Sepanjang jalan lah tutup guna bag. 

Aku jugak yang steady. Kuikui. Sebab aku tengah pregnant time ni tidak lah aku terbang-terbang. So selamat lah aku. Kalau tak, memang kena sorok muka dalam tin biskut. Hikhik.





Beriya benau terbang sampai seluar koyak. Ghosak laki haku ni.Punya lah jauh nak jumpa kedai jual seluar dekat sini. Kena keluar ah dari Gamcheon Cultural Village tu.Nasib baik ada kedai jual seluar dekat luar-luar tu.Seluar style ahjumma lah tapi.Ngeng.


ok nanti sambung lagi. K Bye!

Siapa nak iPhone 6s dengan Rakuten?

$
0
0
Siapa nak IPHONE 6s 16GB? Korang kena baca entri ni sampai habis.


 Sebab aku nak giveaway  IPHONE 6s 16GB! Wuhuuu.



Nak IPHONE 6s 16GB ni?





Kalau sesiapa baca entri Rakuten aku yang lepas,mesti tahu pasal RSP ni.Setiap RSP ni nilai dia RM1. Makin banyak RSP korang,makin banyak lah korang jimat dan boleh guna untuk next purchase.


OF COURSE benda yang paling best yang ada dekat Rakuten yang website lain tak ada adalah dia punya RSP! RSP ni Rakuten Super Point.RSP ini kira reward daripada Rakuten untuk semua pembeli.

Nak dapat RSP ni pon senang je. Setiap kali shopping dekat Rakuten,tak kira lah berapa jumlah korang shopping. Banyak ke sikit akan ada nilai RSP yang dorang bagi.Tapi makin banyak kita shopping,makin banyak lah kita colllect points.Untuk pembelian seterusnya boleh redeem points,senang-senang je dapat diskaun walaupun tak ada SALE. Best-best! Hehe. Memang gila berbaloi ah shopping dekat Rakuten ni! Untuk pemegang Mastercard lagi untung,sebab dapat tambahan diskaun 5% lagi kalau shopping hari rabu.


So macam mana nak menang IPHONE 6s 16GB ni?

Cara-cara dia senang je. Just shopping dekat RAKUTEN dan beli apa-apa je worth RM100! Sempena Valentines Day ni boleh lah beli apa-apa untuk pasangan. Kalau tak ada pasangan,boleh beli hadiah untuk diri sendiri jugak. Hee.

OK ni aku bagi suggestion sikit lah nak bagi hadiah apa untuk pasangan yang worth RM100.



 Boleh bagi hadiah wallet. Boleh tengok SINI. Beli wallet ni boleh dapat 5.25 points.


Simple and smart je wallet ni.


Jangan ingat perempuan je nak kulit cantik. Lelaki pon nak kulit helok dan nak nampak handsome jugak! Hehe. SK-II ni ada skincare untuk lelaki jugak tau. 

Dekat RAKUTEN ni jangan risau,semua barang confirm original. Dekat atas tu pon dah tulis 'Guarantee Otiginal'. Kalau nak bagi pasangan kita try cuba SK-11 for men ni boleh try beli SK-ii Men Trial Set 3 ni. Dapat 7.00 points! Kalau nak beli boleh tengok SINI.

Perfume For Men. Bau perfume ni sedap. Jangan risau, perfume ni 100% Original.Boleh dapat RSP 8.00 points lagi. Boleh tengok dekat SINI kalau nak beli.

Ok ni antara barang yang aku boleh suggest.Tak kisah pon korang nak beli barang apa. Janji worth RM100. Walaupun korang shopping barang bernilai RM100, korang still dapat RSP tau so memang good deal ah! Berbaloi-baloi.




Atau korang boleh terus pergi page GIFT IDEAS for him and for her dekat SINI. Kalau tengah blur tak tahu hadiah apa dekat pasangan,boleh lah dapat idea sikit .



Dah shopping dekat RAKUTEN worth RM100, berpeluang untuk menang IPHONE pulak weh!  Perghhh. Gila best!

Just komen je dekat form bawah ni kenapa kau layak dan berhak untuk menang IPHONE 6s 16GB ni. Jangan lupa, korang kena SPEND RM100 dulu, baru la boleh try menang. Memang tak susah pun nak cari barang RM100 ni, semua berbaloi kot. 


Contoh:
"Saya nak sangat iPhone ni sebab nak bagi hadiah dekat boyfriend/husband/wife saya"

Jangan lupa tinggalkan details dekat form:
-Nama
-Phone number
-Email Register to Rakuten
dan of course kau punya SLOGAN.

Korang perlu tinggalkan komen dengan emel register Rakuten korang. Kalau tak register lagi, korang boleh mendaftarkan diri secara percuma di laman Rakuten Malaysia hari ini! Boleh tengok membership page dekat SINI.

Jangan lupa tinggalkan komen dekat form tu dengan email register Rakuten serta slogan power sikit. Ye lah nak menang iPhone 6s 16GB ni. Put effort sikit lah! Hehe.


Giveaway ni start dari 3-16 February. Bukan senang ni nak bagi giveaway iPhone ni. Jangan lupa komen dengan slogan power ok. Untung-untung dapat iPhone 6s. Good Luck! :)

Cik Epal Jofliam Honeymoon Busan Korea (part 9) : Jagalchi Market

$
0
0



Kalau datang Busan,Korea ni memang tak sah ah kalau tak pergi Jagalchi Market.Jagalchi Market ni  pasar yang menjual makanan laut paling besar dekat Korea dan antara tarikan penting dekat Busan. Memang famous ah Jagalchi Market ni dekat Busan.Nak datang sini paling senang naik subway.



Direction to Jagalchi Market:


Ambil subway ke Jagalchi Station (Busan subway line 1), Exit 10. Belok kanan ke Jagalchi 3(sam)-gil Street. Jalan dalam 5 minit, lepastu belok kiri untuk sampai ke Jagalchi Market.









Panjang betul janggut sotong ni.Hehe.







Banyak juga haiwan-haiwan laut yang rare dalam pasar ni.Kalau datang sini,memang banyak ah sea creatures yang masih hidup yang aku tak pernah nampak dekat Malaysia. Tapi aku tak banyak pulak ambil gambar haiwan-haiwan yang pelik tapi benar dalam pasar ni. Sebab lapar nak cari tempat makan.So haiwan-haiwan tu semua di pandang sebelah mata aje. Hihi.



Walaupun Jagalchi Market ni pasar basah tapi semua kolam/akuarium ni air dia mengalir air laut. So haiwan-haiwan dalam pasar ni semuanya fresh!

Kalau dah nama pasar mesti kita kita akan fikir pasar ni berbau dan hanyir kan? Tapi dekat pasar ni,tak berbau sangat lah. Pasar ni sangat besar, sangat bersih dan sangat banyak sea creatures yang masih hidup. Dah nama pon Busan ni tepi laut. Memang syurga makanan laut ah cerita dia kan!







Haa ni lah Jagalchi Market tu. Nampak macam shopping mall sikit. Nak makan dekat luar pon boleh.Tapi kitorang memang nak makan dalam ni. Bila masuk je dalam Jagalchi Market ni jadi blur kejap tak tahu nak makan mana. Sebab banyak gila tempat makan dalam ni.



Tiba-tiba ada sorang ahjumma (makcik)  ni tegur. Kitorang pon tengok menu dia. Macam alright gak.So makan dekat kedai mak cik tu je lah.




Makan bersila. Sambil-sambil tu boleh ah layan view tepi laut.







Weee. Makanan dah sampai.




Ni yang kitorang order.Ada lagi tapi tak ambil gambar. Sebab perut pon tengah berkeroncong lagu Dilwale Janam Janam Jahanam,memang apa ada depan mata terus ngapppp ah!. Heee. Dekat dalam pasar ni memang macam ayam dengan itik je lah kalau kau nak bersembang dengan orang dekat sini.Pilih nak makan kedai ni pon sebab dalam menu ada gambar. Main tunjuk-tunjuk je ah apa nak makan.Kalau menu tak ada gambar,memang kirim salam.Hehe.




Udang besar.




Ni antara menu yang kitorang order. Abalone.



Aku rasa abalone ni paling mahal antara menu yang lain yang kitorang pilih. Kot.




Ikan bakar. Sedap. Isi manis je.




Udang ni pon sedap. Isi manis gila ya ampunn. Ye lah sebab fresh kan. Memang lazat ah.




Pajeon (pancake)



Sedap gak.




Seafood stew. Lazat! Nyum nyum.




Minum air kosong je.Side dish ada macam-macam. Ada bagi sos untuk dip jugak.Side dish ok semua sedap. Free flow pulak tu. Cuma kimchi je memang aku tak boleh nak masuk tekak.




Total kitorang makan ni 120,000KRW. Ada lagi menu yang kitorang makan tak ada dalam gambar. Jagalchi Market ni last destination kitorang dekat Korea.Masa bayar haritu pon main bayar je sebab memang nak habiskan duit Korean Won lagi pon.

Bila balik hotel,baru terfikir nak convert duit RM. Bila convert duit RM rasa macam "perghh mahal gila nak meninggal". Haha. Mungkin time order tu main tunjuk je,tak tengok harga.Tapi aku rasa abalone tu yang buat mahal tak silap. Orang cakap kalau makan dekat luar Jagalchi Market ni murah sikit dari dalam ni. Tapi depends gak ah dengan apa yang kita order kan.Dekat Busan ni memang highly recommended lah makan seafood dekat Jagalchi Market ni. Serious lagi sedap dan murah dari Seoul.Tapi kalau betul-betul dalam bajet,tengok harga dulu sebelum order.





Dah habis makan. Balik ke hotel balik.Ni time nak beli tiket subway. Hari-hari memang naik subway je.Nasib baik ada english jugak dekat machine ni. Kalau semua bahasa Korea memang pitam.




Cuma naik subway dekat Korea ni aku kurang gemar dengan bau dia.Lagi-lagi time pagi-pagi buta.Busuk gila. Sebab diorang ni suka minum soju (arak). Aku syak bau soju tu yang busuk.Kalau dekat Seoul lagi ah.Pagi-pagi naik subway memang hapak gila.Tapi tak tahu ah kan sebab aku tengah pregnant time ni so aku rasa macam busuk je diorang semua ni. Haha.



Tapi kalau nak compare train Jepun dengan Korea,personally aku suka lagi Jepun punya ah. Bersih dan orang-orang nya tak berbau macam dekat Korea. Huhu.








Akhirnya sampai ke Busan Station.Orang kata gerbang ni berbentuk sotong kurita.Tapi aku tak nampak pulak bayang sotong mahupun kurita dekat benda alah ni.Aku rabun barangkali.




Aku tak boleh tengok betul ah seluar ahjumma dia ni. Mesti aku terbayang insiden dekat ENTRI KOREA PART 8 ni. Hampeh tol.




Wow! Sado betul abang ni.Angkat aku guna lengan dia je.

Kau hado lengan begini? Nan hado!




Akhirnya sampai juga dekat hotel aku yang gorgeous ni. Boleh baca ENTRI KOREA PART 7 NI kalau nak tengok kegojesan hotel ni.Kegojesan? Oh my english! So hazab. Kuikui



K bye!

Vote blog Cik Epal untuk Best Blog of the Year 2016 !

$
0
0
Terkejut tercalon untuk Malaysia Social Media Week 2016 untuk kategori 'Best Blog of the Year'. Terima kasih lah sesiapa yang tolong calon kan tu. Dah alang-alang tercalon,nak mintak tolong korang untuk VOTE lah. Haha.

Cara-cara nak vote pon senang je. Hanya login facebook je. Kalau lah ada yang nak vote. Meh nak tunjuk cara dia.







Cari blog cikepal06.blogspot.my . Nampak tak button hijau 'Vote' tunjuk 'thumbs up' tu? Haa tekan situ

Nanti akan keluar ni suruh login facebook. Tekan 'Click Here' tu dan login facebook.

Dah login facebook. Tekan awards category yang bawah sekali iaitu 'Best Blog of the Year'.



Pastu tekan button vote tu. Kalau dah vote nanti button tu akan keluar jadi merah.


Kalau ada yang nak vote, boleh terus tekan link ni ye 




Berbillionz-billionz (Diva Azwan Ali sangatt) terima kasih diucapkan untuk sesiapa yang sudi nak vote! Heee :)


Rumah Cik Epal Jofliam dalam Majalah Wanita

$
0
0















Ajet-ajet candid. Cehhh.












Kali ke dua ada yang sudi nak interview untuk deko rumah.Deko rumah kitorang sebenarnya simple je.Konsep minimalis. Kitorang banyak gabungkan kayu dan hias rumah dengan pokok-pokok hijau.


Deko rumah hanya untuk keselesaan dan kepuasan diri masing-masing je. Aku rasa deko rumah aku biasa je. Huhu. Deko pon ikut idea masing-masing. Main hentam. Janji nampak macam rumah. Haha.

 Cuma nak rumah sentiasa bersih dan kemas. Baru rasa selesa je duduk rumah.Bak kata omputeh "Happiness Starts at Home".Sebab kitorang nak kekal kan suasana gembira setiap kali ada dekat rumah, kitorang memang deko rumah ikut cita rasa kitorang. Sebab kitorang husband and wife dua-dua bekerja sendiri,memang most of the time, masa kitorang dihabiskan dekat rumah je lah. Tu suka bela pokok dalam rumah tu, bosan-bosan boleh berborak dengan pokok pulak. Haha. Tak sangka pulak ada wartawan yang nak interview walaupun deko tak seberapa.


By the way,thanks MAJALAH WANITA for featuring our home :)

Travel: Tokyo Disneyland yang banyak benda comel!

$
0
0
Disneyland Park Tokyo sebenarnya ada 2 bahagian iaitu Disneyland dan DisneySea. Dua-dua park ni ada kelebihan masing-masing. Disneyland lebih sesuai untuk family dan kanak-kanak. DisneySea sesuai untuk orang dewasa.Aku sangat excited nak pergi Disneyland Park Tokyo ni sebab orang kata dekat Tokyo ni antara  Disneyland yang paling cantik dan terbesar di dunia. 



Nak pergi ke Disneyland ni naik je train Disney Resort Line. Nak senang beli tiket train one day pass. Harga JPY650 je untuk dewasa.

Dari dalam train lagi dah boleh tengok macam-macam ragam manusia yang nak pergi Disneyland ni. Ramai yang sporting pakai baju ala-ala Disney characters. Budak-budak kecik perempuan la yang paling best sekali sebab parents diorang pakaikan ala-ala princess. Budak-budak yang jadi Duffy Bear pon ramai.Comel sangat! Kawaiiii! Yang jadi mickey/minnie mouse tu memang tak yah cakap ah. Ramai gila. Hehe.



Masa sampai Disneyland ni memang dah excited sangat.Heeee. Remaja macam aku pon excited. (Remaja ke kau Jemah?) Haha. Apatah lagi budak-budak. Mesti lagi excited!

Tiket masuk Disneyland.

Budak bawah 4 tahun masuk FREE je. Kalau beli tiket per day, JPY6900 untuk adult. Tapi 2-day passport untung sikit, JPY12400 (murah JPY1400). Tapi harga ni akan berubah-ubah ikut musim.Boleh tengok harga tiket dekat SINI.


Sebelum nak masuk Disneyland, ada beberapa orang staff akan check bag kita dulu. Muka sorang-sorang memang sangat friendly dan manis-manis je air muka masing-masing. Sambil check bag sambil senyum je. 



Sampai dah Tokyo Disneyland.




Jangan lupa mintak GUIDE MAP english version ni. Senang nak pergi mana-mana nanti. Disneyland ni sangat besar!

Ada 7 tarikan dalam Disneyland ni antaranya: Westernland, Critter Country, Fantasyland, Toontown, Adventureland, Tomorrowland & World Bazaar

Disebabkan Disneyland Tokyo ni punyalah besar gila. Memang kena lah refer map dan plan area mana kita nak pergi supaya tak ada tempat yang tertinggal. Tapi aku pon tak sempat nak cover semua tempat dalam masa sehari. Memang besar Disneyland ni.



Masuk Disneyland terus acah-acah chipmunk. Kehkeh.





Masuk-masuk je Disneyland terus cop tempat nak tengok 'Frozen Fantasy Parade'. Tengok Frozen versi Jepun.Lagu 'Let it Go' tu semua nyanyi versi Jepun.



Cantik gila 'Frozen Fantasy Parade' ni. Datang sini kena tengok ni.Ada time-time dia.Tapi selalunya memang penuh ah orang nak tengok.Kalau nak tengok dengan selesanya, memang kena cop tempat awal-awal.



Ni dekat area ToonTown. Dekat tempat ni semua benda comel gila!! Kalau korang ada anak,mesti diorang suka pergi sini.Banyak juga attractions untuk budak-budak dekat sini.Ni ".Goofy's Paint 'n' Play House". Boleh guna special paint applicators dan tolong Goofy redecorate bilik dia. Comel rumah dia ni!






Kalau tekan "TNT" ni terus keluar asap dekat rumah ni. Acah-acah terbakar. Hihi cute!


Welcome to ToonTown!






Toontown ni memang favourite area budak-budak. Memang confirm diorang tak nak bergerak pergi ke tempat lain once dah sampai sini. Ralit ah duduk sini agaknya.

Semua attractions dekat Toontown ni comel gila! Serious!


Ni "Chip 'n' Dale's Treehouse.



Memang sesuai lah dengan character chipmunk aku tengah pakai ni bergambar dekat sini. Ehehe. Dah memang rumah dak-dak chipmunk tu kat sini.Hehe.


Boleh juga berjumpa dengan watak-watak utama Disney characters dekat Toon Town sebab dekat sini lah ada rumah-rumah watak-watak ni. Kena masuk rumah mickey dan beratur nak bergambar dengan Mickey Mouse ni. Tapi beratur panjang-panjang tak terasa sangat sebab sepanjang dalam rumah tu kita bole tengok macam-macam benda comel.Nak jumpa Mickey Mouse kena masuk dalam bilik khas.Dia tak bagi masuk ramai-ramai.



Tadaaaa! Finally dapat juga bertentang mata dan bersua muka dengan Mickey Mouse.Ehehe. 
Lepas bergambar je dengan dia, dia terus peluk-peluk aku siap bagi flying kiss. Haha kemain ye kau Mickey.


Disney characters yang lain memang senang je nak jumpa. Mickey mouse je payah sikit nak jumpa dan kena beratur. Ye lah dah dia pon memang maskot Disneyland kan? Of course dia lah Disney character paling glamour dekat situ. Memang tak sah lah sampai Disneyland tak bergambar dengan Mickey Mouse.Si Mickey Mouse ni je lah satu-satu nya Disney character yang dapat aku bergambar. Jadik lah kan buat kenangan.





Jalan-jalan pastu beli popcorn. Bekas comel ni harga JPY1850. Aku ambil caramel flavor.





Sambil jalan sambil ngunyah popcorn.



Nyum nyum.


Dengan seketul Han dan bekas popcorn comel! Hee.



Nampak tak pokok tu? Cer teka pokok tu bentuk apa?

Tak payah teka lah. Biar aku bagi tahu.

Bentuk burger. Comel!



R2-D2 Star Wars character popcorn bucket! Ni perisa soy sauce & butter. Kau mampu makan popcorn perisa kicap? Hehe. Jangan tanya aku rasa dia macam mana. Aku tak try perisa ni. 





R2-D2 popcorn bucket ni mahal sikit dari riben minnie mouse bucket aku tu. Yang ni harga dia JPY2100. Aku ada beli gak R2-D2 tapi yang perisa caramel punya.





Antara game yang kitorang main. "Space Mountain" .Roller coaster yang laju dan gelap. 





Paling best dekat Tokyo Disneyland ni, kita boleh ambil FastPass!! Korang memang kena ambil FastPass ni.Kalau tak, melanguk lah beratur panjang gila. Sebelum naik apa-apa ride, korang kena cari FastPass ticketing ni. Macam yang ni memang sebelah Space Mountain tu je.





Cara-cara nak ambil FastPass ni senang je.Pastikan korang scan bar code tiket masuk tadi dekat mesin FastPass ni.Nanti tiket FastPass akan keluar. Tapi ada syarat.
Korang tak boleh ambil FastPass berturut-turut sekaligus untuk setiap games.
Kena tunggu masa dan giliran jugak.

Kata kan, game pertama korang punya ride pukul 10 pagi, korang kena lepas kan dulu ride ni. Then baru korang boleh ambil FastPass untuk game yang lain pulak.
Actually korang kena pandai budget masa dan pilih game. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat 2 FastPass. Cuma maybe game yang kedua yang korang ambil untuk FastPass tu, kemungkinan besar lambat sikit dalam pukul 3 petang cenggitu. So jauh kan jarak masa antara game pertama dan kedua tu? Dalam masa nak tunggu tu, boleh je main game lain cuma kena beratur dekat lane biasa je la. 


Ni attractions dalam Tokyo Disneyland yang ada offer FASTPASS. So memang korang kena plan betul-betul dan pandai budget masa. Details pasal fastpass korang boleh rujuk dekat SINI.


Bertabah lah menunggu ye kalau  korang terpaksa beratur dekat lane biasa.Memang stress ok bila beratur dekat lane biasa dan tengok orang lain laju je jalan guna FastPass.Diorang memang sangat utamakan siapa-siapa yang ada FastPass.Tapi kalau korang dapat FastPass, boleh lah buat muka eksyen sambil buat lambaian ratu Miss World kepada orang-orang yang kena beratur dekat lane biasa tu. Haha keji.


Senang ada FastPass ni kalau masuk Disneyland Tokyo. Tak payah beratur berjam-jam. FastPass ni dia ada laluan khas dia. Tunjuk je tiket.


Yang ni aku ambil FastPass untuk "Star Tours: The Adventures Continue" . Ride ni berkonsepkan 3D.Ala-ala naik spaceship.Haaa pernah tengok cerita Star Wars tak? Kita ni ibarat 'askar-askar' diorang lah. Kena setelkan misi. Star Tours ni attraction utama jugak dekat sini. Dia bawak kita masuk kapal angkasa seolah-olah kita melancong dekat angkasa lepas. Pastu konon-konon kapal kita kena serang dengan orang jahat iaitu Darth Vader. Time tu bergegar-gegar lah ride kita tu. Mula-mula rilek-rilek je ride tu,dah kena kacau terus sesat tah kemana-kemana.  Kongasam punya Darth Vader kacau pelancongan kitorang ke angkasa lepas. Haha. Memang nampak real gila ah macam kita kena serang.Best juga ride ni!



Yang ni pulak "Space Mountain".







Space Mountain ni attraction paling best ah dekat sini untuk orang dewasa bagi aku. Korang boleh ah try naik ni kalau datang sini. Roller coaster laju dan gelap. Cuma nampak bintang-bintang di angkasa je. Sebab dalam tu gelap,kita tak tahu nak expect apa akan jadi lah. Tu yang best tu. Memang menjerit-jerit lah dalam tu.Ehehe. Cuma lepas keluar dari ride ni macam terhuyung-hayang sikit pening. Mula-mula rilek-rilek je ride ni,lama-lama terus laju gila ride. Berpusing-pusing dalam tu. Tapi nampak real gila ah macam kita dekat angkasa lepas.


Kalau tak ada FastPass, beratur berjam-jam lah baru dapat naik ride ni.  Ride ni je yang paling mencabar untuk orang dewasa dalam Disneyland ni. Ye lah katanya pon Disneyland ni untuk budak-budak, ride yang lain ala-ala budak-budak punya thrill je ler. Hehe.Tapi untuk dalam Disneyland ni,Space Mountain ni highly recommended lah kalau nak naik.




Ni dekat machine 'lottery' pulak. Ni pon ada 2 show yang kita boleh cuba nasib untuk masuk. 



Kena pergi machine 'lottery', scan bar code tiket masuk dan siapa yang bertuah dapat lah tiket nak masuk dua show ni.




So aku dapat tiket! Bertuah lah kira aku ni. Haha.

Tapi show ni pukul 7 malam. So jalan-jalan lah dulu.



Ni lah trademark Disneyland iaitu Cinderella castle. Di mana mimpi adalah kenyataan gitu. Cantik castle ni sebab binaan istana ni sangat terperinci dan details.Dekat depan istana Disneyland  ni ada kawasan yang luas untuk tengok parade show atau pon nak berehat. 

Masuk kejap Cinderella Castle ni.Konsep dekat sini lain sikit. Kita bukan naik ride atau tengok performance. Tapi kita masuk ke dalam Cinderella Castle untuk tengok display yang menceritakan perjalanan love story Cinderella dengan Prince Charming.



Sampai lah terjumpa satu wall ni. Sebenarnya dekat wall ni ada diamond and pearl betul tau. Memang REAL punya diamond. Cari punya cari,akhirnya aku jumpa jugak.



Dekat telinga perempuan ni rupanya REAL pearl diamond tu. Saja korek-korek nak jual boleh kayo ni. Haha. Tapi tak boleh ye. Gam kuat tu. Kau curi benda tu mahu kena penjara seumur hidup. Padan muka. Ehehe :D





Next kitorang tengok "Happiness Is Here Parade". 





Sangat comel dan colourful parade ni! :)



Pastu pekena wafel Mickey Mouse strawberry custard. Lazat ni! Aku baru rasa secoet, husband aku habiskan dah.Kongasam!


Di mana ada makanan mama Han, di situlah ada tangan seketul Han mahu mencopek. Heppp!



Dekat sini ada banyak popcorn dan macam-macam popcorn bucket yang cute. Ni popcorn bucket bentuk Olaf pulak. Comel gila! Yang ni perisa Milk Chocolate. Aku suka perisa ni. Sedap!

Dekat Disneyland ni ada 6 popcorn flavors:
-Caramel
-Soy Sauce & Butter
-Curry
-Salt
-Milk Chocolate
-Honey

Pilih lah nak makan yang mana. Dekat map ada bagi tahu siap-siap dekat mana korang boleh dapatkan perisa-perisa popcorn ni. Setiap tempat popcorn bucket dia berbeza-beza. Tapi popcorn bucket semua nya cute gila!



My bushuk masham. Muehehe.




Ni vending machines paling cute yang aku pernah tengok! Masuk dalam Disneyland ni semua celah bedah rasa nak bergambo tau. Haha. Sebab semua tempat memang kiut-miut!


Banyak lagi attraction yang menarik dekat  Disneyland Tokyo ni macam Haunted Mansion, It’s Small World, Space Mountain, Pirates of The Caribbean dan banyakkkkkk lagi. Tak sempat nak pergi semua attraction. Jalan punya jalan dah malam.


Kitorang pergi ni musim winter. Sejuk gilaa. Bila winter ni kan siang pendek. Cepat je lah malam.


Cinderella Castle di waktu malam.





Waktu malam ni ada "Electrical Parade Dreamlight". Kalau parade waktu siang tu memang dah cantik,yang waktu malam punya laaaagiiiiii cantik! Serious korang kena tengok!




Snow white.


Setiap watak yang lalu ada cerita dia sendiri. Macam Cinderella ni mula-mula pakai baju biasa je. Lepastu ada fairy godmather dekat atas tu putar-putar dia punya magic wand. Terus blink-blink baju dia. Kerlass kau Maria.Eh! Kerlasss kau Cinderella! Hehe


Dengan lampu nya dengan blink-blink nya dengan music nya dengan character nya. Serious lawa dan best tengok parade ni.


Pastu kitorang layan "Musical: Once Upon a Time Winter edition". Yang ticket 'lotterry' yang aku bertuah yang aku cerita dekat atas tadi tu. Haa untuk masuk sini lah. Kalau dapat tiket tu kita boleh duduk dekat kerusi yang disediakan. Kalau tak ada ticket tu,boleh jugak tengok show ni cuma kena berdiri je lah dekat tepi-tepi tu.




Yang ni castle bercahaya. Boleh tengok macam-macam cerita kartun Disney.


Serious cantik! Kena tengok!



Cantik sangat! Cuma last sekali tetiba keluar api. Terus rasa bahang panas dekat muka. Hopocot terkejut mak jemah tau.

Bila dah tengok show castle bercahaya ni,tunggu jap. Lepak-lepak dalam tu. Sebab nak tunggu fireworks. Fireworks ni tiap-tiap hari ada dekat Disneyland. Tapi waktu malam di hujung-hujung waktu lah. Fireworks ni setiap hari ada cuma kalau hujan dengan angin terlampau kuat memang show fireworks terpaksa dibatalkan. Gambar time tengok fireworks aku tak snap pulak. Tapi ada record video, boleh tengok dekat instagram aku (https://www.instagram.com/cikepal06/). Cantik fireworks dia siap ada bentuk love. Ehehe



Beli jugak R2-D2 popcorn tu. Heee.



Tapi ambil perisa caramel. Nyum nyum.


Ada 2 popcorn bucket comel! Nanti masuk DisneySea tambah lagi. Ehehe.




Tak dapat tarik spek mama, dapat tarik shawl mama pon dah terhibur seketul Han ni. Muehehe.



Overall, Disneyland Tokyo ni memang besar,cantik dan banyak benda comel-comel.  Memang sekurang-kurangnya seharian kena ada dalam Disneyland Tokyo ni dan bagi sesetengah orang maybe perlukan dua hari untuk betul-betul puas nak main dengan semua atrraction dekat sini.

Banyak lagi sebenarnya tempat yang kitorang tak sempat masuk. InsyaAllah lain kali datang lagi dengan Han versi besar sikit dan adik-adik Han yang lain. Wahaha. But we had so much fun there!!

Next entry cerita pasal DisneySea pulak! Stay tuned. Hee :)



Travel: Tokyo Disneysea yang awesome!

$
0
0
Disneyland dan DisneySea ni adalah 2 tempat yang berbeza.Jangan keliru. Dua-dua tempat ni besar gila. Konsep, deco building dan rides dekat DisneySea ni lebih sesuai untuk adult dan kurang keanak-anakan kalau dibandingkan dengan Disneyland. Disneyland ada banyak. Dalam 5-6 negara jugak yang ada.Tapi DisneySea ni pulak ada SATU je dalam dunia.


 Harga tiket masuk macam aku cakap dalam entry Disneyland yang lepas. Budak bawah 4 tahun masuk FREE je. Kalau beli tiket per day, JPY6900 untuk adult. Tapi 2-day passport untung sikit sebab boleh masuk Disneyland dan DisneySea, JPY12400 (murah JPY1400). Tapi harga ni berubah from April 1st 2016. Kalau nak tengok harga tiket paling latest boleh tengok dekat SINI.






Masuk DisneySea pon acah-acah chipmunk.Kihkih.


Babap montot kang! Haha.




Mediterranean Harbor


Sampai je pagi-pagi, terus ke Mediterranean Harbor.Serious macam dekat Venice! Lawa gila! Bangunan yang nampak sebijik macam dekat Venice tu sebenarnya Mira Costa Hotel. Satu-satunya hotel yang ada dekat kawasan DisneySea tu. Cantik! Harga nak duduk hotel tu pon chantekkk nok! Haha.






Vanatian Gondola. Salah satu attraction yang famous dekat Mediterranean Harbor ni. Sebab sampai-sampai terus naik gondola. So cepat je lah tunggu. Kalau tak,ramai gila ni beratur nak naik gondola.






Ni lah orang yang kayuh gondola aku. Aku hala kan camera ke dia je.Kemain dia pose. Hehe.

Kelakar dan peramah dia ni. Setiap kali ada gondola selisih je dengan kitorang, dia suruh lambai cakap "ciao". "Ciao" ni selalu nya orang guna untuk bertegur sapa bila greet and meet sesiapa. Bahasa Italy tak silap.


View dari dalam gondola.



Haa... nampak tak volcano dekat atas tu?? Itulah Mount Prometheus, salah satu trademark DisneySea. Ni view dari gondola yang aku naik ah. Volcano tu macam real gila.Siap keluar asap berkepul-kepul  lagi tapi kadang-kadang dia akan meletup-letup keluar api tinggi! Memang sebijik macam letusan gunung berapi yang betul. Serious nampak real. Tapi nasib baik bukan real.Haha.Volcano ni dekat area Mysterious Island tapi dari jauh dah boleh nampak. 



Teringat aku naik gondola dekat Venice haritu. Beriya nak dengar dia nyanyi,tapi hampeh tak nyanyi pape pon time dekat Venice dulu.

Tapi dia ni ada nyanyi. Masa lalu jambatan ni dia suruh pejam mata dan wish apa-apa yang kita nak. Pastu dia nyanyi lagu venetian italy yang selalu tukang kayuh gondola akan nyanyi tu. Suara dia sedap gila.








The view. Serious macam real dekat Italy. 





Design bangunan dekat Mediterranean Harbor ni cantik-cantik.Sebijik macam dekat Venice. Dekat area ni ada banyak restoran Itali yang jual pasta dan pizza. Tapi aku tak try makan ah. Sambil-sambil berjalan tu dapat dengar lagu-lagu Italian yang sungguh menenangkan dari cafe-cafe yang ada. Boleh feeling-feeling romantik dengan cik abang. Ehehe.



Tokyo Disneysea ni ada 7 sections: Mediterranean Harbor, Mysterious Island, Arabian Coast, Mermaid Lagoon, Lost River Delta, Port Discovery dan American Waterfront. 


Apa-apa pon mesti study peta. Rancang betul-betul nak pergi mana-mana. Sekali imbas memang tak akan dapat nak cover semua tempat sehari. Tokyo DisneySea ni serious besar gila! Bagi pendapat aku,kalau nak cover secara santai tak rushing, kena at least beli yang 2 days pass punya ticket. Aku pon tak sempat nak cover semua tempat. InsyaAllah akan pergi lagi next time kalau ada rezeki :)




Lalu sini dah rasa macam ada dekat Europe.




Gunung berapi Prometheus. Serious nampak real!



Si gila popcorn. Haha.

Macam aku cakap dekat entry Disneyland haritu, dekat Disneyland ada 6 popcorn flavors. Flavors ada yang beza sikit both tempat ni.Tapi dekat Disney Sea ni ada 7 popcorn flavors:

Caramel
White chocolate
Black pepper
Curry
Salt
Milk chocolate
Cappucino

The flavors and the number of flavors will change depending on the season.




Dekat DisneySea ni aku tak beli popcorn bucket baru dah.Aku angkut popcorn bucket beli dari Disneyland tu je. Aku refill je.Tapi kena bayar lah dan kena ada popcorn bucket yang dibeli dekat Disneyland/Disneysea.




Kalau nak beli popcorn bucket baru. Harga JPY2100. Nak refill JPY520 je. Kalau beli regular box tu lagi murah JPY310. Tapi tu memang macam kotak biasa kita makan popcorn dekat wayang tu lah. Tak fancy macam popcorn bucket yang lain.




Refill semua kak. Haha.



Popcorn perisa milk chocolate ni sedap gak. Sambil jalan sambil mengunyah je kerja aku.



Pastu beli green tea latte. Sedap gila green tea dia. Rasa macam aiskrim. Aku pergi ni pon time winter. Best je ah pekena air panas time sejuk-sejuk ni. Kacau punya kacau green tea latte ni, sekali nampak kepala mickey. Comel!





American Waterfront 
Attraction: Tower of Terror

Tower of terror. A thrill ride.

Tower of Terror ni bagi aku tarikan paling menarik ah dekat DisneySea ini . Tinggi. Bila sampai atas sekali tu mesti berdebar-debar je takut kena hempas.Tower of Terror ni adalah hotel lama yang ditinggalkan. Ada cerita di sebalik Tower of Terror ni tapi time dia cerita tu cakap Jepun so aku tak berapa paham. Cuma nampak lah ada satu patung ni tetiba hilang. Pastu masa kita masuk lif tu,patung ni lah yang menghempas kita dari atas ke bawah.

Tapi dah sampai atas sekali tu akan nampak permandangan DisneySea yang awesome dari tingkap besar. Pastu terus lift tu turun ke bawah macam menghempas laju-laju. Rasa macam jantung luruh dan isi perut ikut terhempas sekali. Perghh. Awesome gila rasa dia! Haha.Sampai atas sekali tu,jangan lupa 'pose' sebab gambar cuak kau akan diambil.Hehe.








Hotel Hightower yang ditinggalkan. Masa masuk dalam rasa macam scary gak ah hiasan dalam ni. Tapi kalau paham cerita dia aku rasa mesti rasa lagi seram.




Time ni kalau nak beratur tunggu 100 minit. Tapi aku ada FastPass.  *jeling dekat orang ramai yang beratur di lane biasa tu* Kehkeh.

Korang pon kalau nak naik ni jangan lupa ambil FastPass untuk Tower of Terror ni dekat American Waterfront. Memang kena ambik fast pass tu. Kalau tidak, menangis ler kau berator. 

Ada 8 attractions yang boleh menggunakan fastpass:

American Waterfront :
- Tower of Terror
- Toy Story Mania

Port Discovery :
- StormRider

Lost River Delta :
- Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull
- Raging Spirits

Arabian Coast :
- The Magic Lamp Theater

Mysterious Island :
- Journey To The Centre of the Earth
- 20,000 Leagues Under the Sea

So korang kena plan betul-betul kalau nak masuk DisneySea ni nak pergi attraction mana dulu. Kalau tak,buang masa beratur je lah. Ehehe.


Cara nak dapat FastPass sama je macam dekat entry Disneyland aku tunjuk haritu.Kena cari FastPass Ticketing. Kalau untuk naik Tower of Terror ni,FastPass ticketing dia memang betul-betul sebelah dia. Cara-cara nak ambil FastPass ni senang je.Pastikan korang scan bar code tiket masuk tadi dekat mesin FastPass ni.Nanti tiket FastPass akan keluar.







Beli gambar masa naik Tower of Terror ni. Saja buat kenangan. Ehehe



Nampak tak gambar patung kecik yang warna hitam atas gambar ni. Haa dia ni lah yang menghempas kita dari atas ke bawah dalam lift tu.Kongasam punya patung! Haha







Ni gambar masa dekat atas sekali. Masa dia bukak tingkap tu besar-besar.  Tu aku cakap sampai atas sekali tu jangan lupa pose. Gambar cuak kau akan diambil. Aku rilek-rilek je siap buat 'peace' lagi.Hehe.


Tower of Terror

Mula-mula masuk ada rasa seram sikit macam masuk rumah hantu. Tapi bila dah naik-turun-naik-turun dalam tu memang seronok ah jerit.Haha. Rasa macam nak naik lagi. Hee.Tapi kali ni punya ride lagi seram dari tahun-tahun lepas katanya. Harap di tahun-tahun depan makin seram dan thrill. Baru mencabar sikit.Heee.

Tower of Terror ni highly recommended untuk sesiapa yang memang cari peluang nak menjerit kuat-kuat untuk release tension! Haha.





Seketul Han pantang nampak makanan. 






Sedap mochi ice cream ni. 


Ni FastPass untuk "Journey to The Center of The Earth"


Cara-cara nak ambil FastPass ni senang je.Sebab aku rajin,aku explain lagi ah pasal FastPass ni. Ehehe. Pastikan korang scan bar code tiket masuk tadi dekat mesin FastPass ni.Nanti tiket FastPass akan keluar. Tapi ada syarat.
Korang tak boleh ambil FastPass berturut-turut sekaligus untuk setiap games.
Kena tunggu masa dan giliran jugak.

Kata kan, game pertama korang punya ride pukul 10 pagi, korang kena lepas kan dulu ride ni. Then baru korang boleh ambil FastPass untuk game yang lain pulak.
Actually korang kena pandai budget masa dan pilih game. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat 2 FastPass. Cuma maybe game yang kedua yang korang ambil untuk FastPass tu, kemungkinan besar lambat sikit dalam pukul 3 petang cenggitu. So jauh kan jarak masa antara game pertama dan kedua tu? Dalam masa nak tunggu tu, boleh je main game lain cuma kena beratur dekat lane biasa je la. 



Bertabah lah menunggu ye kalau  korang terpaksa beratur dekat lane biasa.Memang stress ok bila beratur dekat lane biasa dan tengok orang lain laju je jalan guna FastPass.Diorang memang sangat utamakan siapa-siapa yang ada FastPass.Tapi kalau korang dapat FastPass, boleh lah buat muka eksyen sambil buat lambaian ratu Miss World kepada orang-orang yang kena beratur dekat lane biasa tu. Haha keji.







Mysterious  Islands 

Penerokaan ke dalam air dan bumi oleh Kapten Nemo. Ada ride untuk Journey to the center of the Earth.








Actually ride ni sebenarnya sejenis roller coaster tapi kita tak terasa macam naik roller coaster sangat pon. Mula-mula kita akan masuk dalam Mount Prometheus.Dalam tu banyak haiwan-haiwan aneh bawah tanah yang glow in the dark. Last sekali baru rasa macam naik roller coaster sikit dan ada keluar api.Bila keluar api dan asap tu baru lah feeling-feeling macam ada dalam volcano.Hiks.







Dekat volcano atas ni lah ride 'Journey to the Center of the Earth'. Bagi aku ok-ok je. Tak mencabar sangat. Aku mengharapkan ride ni lebih mencabar lagi untuk masa akan datang. Heee.









Seketul Han tidur. So beli lagi lah mochi ice cream ni.


Best dia tidur. Tak ada orang kacau time tengah makan. Haha. Sebekas ni ada 3 ketul mochi ice cream. Ada 3 perisa dalam satu bekas. Strawberry,chocolate dan vanilla. Sedap! Aku suka coklat dengan vanilla. Strawberry aku kurengg sikit sebab manis sikit. Tapi habis jugak lah sebekas kalau makan.Beli lagi pulak tu. Haha.



American Waterfront

Attraction: Toy Story Mania

Nampak macam best attraction dekat sini. Ramai gila beratur. Tapi kitorang tak ambil FastPass untuk attraction ni. Disebabkan malas nak beratur so tak masuk lah. So tak dapat komen lah best ke tak. Ehehe.



Tapi dekat luar area Toy Story Mania tu ada game ni. Husband aku yang tertarik nak main. Aku tengok macam mainan budak-budak je.Lama jugak tunggu budak-budak main benda ni. Kena hentak kaki laju-laju pastu tunggu apa tah.


Last-last dia pon tak paham apa yang dia main. Haha sengal!



Eh eh seketul Han dah bangun. Hye Han! :D




Han... Jangan pandang papa. Kita acah-acah candid. Ehehe.


Seketul Han yang mudah terhibur. Ehehe.




Lawa nya bunga tulip! Boleh feeling-feeling macam dekat Keukenhof,Amsterdam.


Pastu beli popsicles mickey mouse dan minnie mouse. Tengok lah seketul Han tu. Kalau dia dah bangun tidur,memang pantang je nampak makanan.



Suruh bergambar dengan chipmunk takut pulak dah. Beriya tau chipmunk ni pujuk dia. Lentik bulu mata kau nok! Kerlasss. Haha.


Sama jugak macam Disneyland. Aku tak dapat nak cover semua tempat sehari. Sebab Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea dua-dua besar gila! Banyak lagi tempat dan attractions aku tak sempat pergi sebenarnya dalam DisneySea ni.Huhu. Tak apa. Next time kalau ada rezeki datang lagi.

Ok tu je cerita nya. Kalau korang ke Tokyo, jangan lupa datang DisneySea yang ada SATU je dalam dunia ni tau! *hasut* Heee.









Protect True Love #ProtectTrueLove

$
0
0
Eh eh macam mana ada padlock nama 'Cik Epal' ni?

Padlock tadi tu sebenarnya untuk letak dekat Love Lock Structure ni untuk #ProtectTrueLove kita.
 Love Lock Structure ni dekat Farenheit 88. Betul-betul depan Uniqlo.

Sebelum nak lock padlock ni dekat sini,pose dulu seketul. Hehe.

Pad lock ni boleh customize nak letak nama apa. Boleh juga gabungkan nama dengan orang yang kita sayang. Nanti datang Love Lock Structure dekat Farenheit 88 ni cuba cari padlock aku. Mesti jumpa punya :D

Kalau orang yang aku sayang dan aku nak protect,dah semestinya orang itu ada lah Han. Sayang sangat dekat Han ni. Dari dia dalam perut,belum wujud dekat dunia ni pon dah sayang dia.Walaupun semenjak ada dia,waktu tidur dah terumbang-ambing,tapi setiap hari mesti nak tengok muka dia tanpa jemu. Kadang-kadang dia tengah tidur pon rasa rindu je dekat dia,sebab nak dia bangun nak main dengan dia sentiasa. Tapi kadang-kadang bila dah bangun tidur dia nangis dan berperangai pelik-pelik,nak suruh dia tidur balik lah pulak. Haha.

Setiap hari mesti rasa gembira je tengok progress tumbesaran dia. Seboleh-boleh nya nak bagi dia pendidikan dan perlindungan yang terbaik dan nak jaga dia elok-elok.




Dia pulak dok menung tengok padlock dah kena lock dekat situ. Hehe.



Oh by the way, Zurich menyediakan penyelesaian insurans yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia.Apabila kita benar-benar sayang dan prihatin terhadap seseorang atau sesuatu, kita boleh lindung mereka dengan cara yang terbaik iaitu dengan perlindungan Zurich.


Korang semua boleh join Contest #ProtectTrueLove ni. Cara nak join pon senang je:


• Lawati http://protecttruelove.com atau http://zurich.com.my 
• Customize virtual locks dengan memasukkan dua nama dan tarikh.
• Upload 3 gambar orang yang tersayang & sedikit description (tidak melebihi 1,000 perkataan) tentang bagaimana anda #ProtectTrueLove yang tersayang.
• Isikan maklumat peribadi dan hantar penyertaan.





Hadiah dia semua best-best!



Hadiah Utama: Travel Voucher Bernilai RM5,000.00 ! Wuhuuu best nya boleh melancong :)





Hadiah Kedua:  iPhone 6s X 2 (RM3,200.00 setiap satu)
Hadiah Ketiga: RM500 Tunai X 10
Hadiah Saguhati:Barangan  Zurich X 100

Menarik kan? Korang semua pon mesti ada orang yang korang sayang dan korang nak protect kan? Join lah contest #ProtectTrueLove ni. Untung-untung dapat hadiah best-best ni!



Boleh join dekat sini: http://protecttruelove.com 


Lebih mantap !

$
0
0
Rajin seketul Han ni bangun awal nak ikut pergi event. Ehehe.

Excited pergi event ni sebab Panasonic dah launch air cond baru!  Masuk-masuk je terus rasa sejuk aircond yang nyaman sekali. Hee.

Nak kongsi sikit dengan korang apa yang best nya pasal Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni:




Time ni diorang tunjuk demo macam mana fungsi radiant cooling nak sejuk kan bilik tanpa direct flow ke kulit kita.


Baik untuk kesihatan dan kulit

Kalau aircond lain, angin dia direct ke kita kan? Sebab tu kulit kita cepat kering kalau duduk terlampau lama dalam aircond. Tapi yang design terbaru Elite Inverter Sky Series Air ni keluarkan
udara bersih dan segar yang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kita. Dengan radiant RADIANT COOLING, sudut SKYWING ni menghala ke atas untuk mengarahkan udara sejuk ke arah siling dan dinding, menyebarkan udara sejuk perlahan-lahan dan sama rata di seluruh bilik.

 RADIANT COOLING ni berfungsi macam ni:

1- udara sejuk diarahkan ke arah siling.
2- udara sejuk disebarkan sama rata di seluruh bilik
3- haba terperangkap di siling dan dinding dikeluarkan
4- bilik sejuk sama rata

RADIANT COOLING sejuk tanpa direct airflow. Feeling dia sama lah macam kita berjalan dekat shopping mall. Tambahan pula, dengan fungsi FAST COOLING, korang boleh rasa udara jadi sejuk cepat gila sebab angin dia tiup dengan speed yang amat cepat.



Design cantik

Design Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni sangat modern dan minimalis. Design air cond ni sangat anggun,menarik dan nampak mewah. Sesuai sangat untuk home interior nampak lebih eksklusif. Memang automatik akan cantik kan lagi lah deko rumah korang.





Remote control aicond ni pulak telah direka semula untuk kemudahan maksimum penggunaan dan untuk melengkapkan reka bentuk baru yang bergaya untuk SKY series. Nak guna pon senang,Sky Controller ni datang dengan pelbagai 'settings' yang memenuhi keperluan penyaman udara anda setiap hari.

Sky conroller ni 'settings' dia dalam cahaya yang lebih baik untuk backlit screen yang baru.Sekarang senang nak adjust settings, malam-malam time tidur tu tak payah dah bukak lampu.

Smooth sliding cover bukan je meningkatkan remote's clean lines tetapi untuk keeps the buttons bebas daripada kotoran dan kotor.



Tak bising dan cepat Sejuk


Ada sesetengah aircond memang lambat sejuk. Ada sesetengah aircond pulak cepat sejuk tapi masalahnya dia agak bising kan?  Ada aircond yang bila kita bukak je rasa memang satu taman perumahan korang boleh dengar. Gronggg grangggg gronnggg grennggg macam tengah berpesta dekat kilang besi pulak. Haha bising yang amat.

So faktor aircond yang tak bising memang penting ok! Motif pakai aircond adalah untuk menyamankan tidur malam kita kan? Ni tak memasal tak boleh tidur pulak sebab gangguan bising dari aircond kan? Tapi jangan risau. Aircond Elite Inverter Sky Series Air ni tak bising dan cepat sejuk! 



Kuasa Kuda (Horse Power)

  
Kuasa kuda? Nk race kuda kah?? Eh bukan, tidak tepat sama sekali. Kuasa kuda di sini merujuk kepada kuasa sesebuah aircond tu dalam menyejukkan sesuatu ruang. Nak pilih aircond ni kena tengok jugak size bilik tidur or ruang tamu yang korang nak sejukkan tu. Semakin besar ruang, semakin tinggi jugak kuasa kuda (bahasa omputih; HP – Horse power) yang korang perlukan untuk menyejukkan ruang tersebut. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang, kena just nice. 

Tapi keadaan akan menjadi lebih parah kalau kurang kuasa bila aircond akan bekerja dengan lebih teruk sebab nak catch up dengan suhu yg kita tetapkan, so apa jadi bila aircond bekerja lebih dari kemampuan dia? Confirm bil letrik akan tinggi dan aircond akan cepat rosak kan?

Kuasa kuda aircond ni ada macam-macam, tapi yang paling common untuk rumah selalunya 1.0HP, 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Ada jugak yang lebih dari tu tapi aku rasa unless rumah korang sebesar dewan parlimen boleh la kot pakai yang lebih dari 2.5HP tu ataupun korang memang gedik sebab duit berkepuk saja nak pakai aircond HP besar-besar.  Macam Aircond Elite Inverter Sky Series Air ni lebih dari cukup sebab 1.5 HP! 












Harga 

Personally kan, aku rasa faktor harga ni lah yang PALING UTAMA kan sebenarnya. Kalau korang nak pakai aircond mahal-mahal, yang ada macam-macam fungsi mesti harga dia pun akan menjadi semantop fungsi-fungsi yang ada kan?

 Asal ada je fungsi inverter, memang mahal sikit. Aircond Inverter agak ‘special’ sikit sebab katanya piping tembaga lebih tebal dan gas penyejuk yg digunakan jugak lain dari yg lain.Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni berharga RM2000++. Depends on HP.


Servis Selepas Jualan (After Sales Services)


Kalau korang nak pilih aircond,nasihat aku,pilih jenama yang senang nak cari spare part in case tetiba aircond buat hal ke kan. Kita tak tau ‘peel’ barang-barang eletrik ni. Macam Panasonic, jenama ni agak mudah nak cari spare part dan banyak tukang servis yang boleh dikatakan pakar untuk servis  brand Panasonic ni.  So kalau nak beli aircond, memang highly recommended lah beli aircond Panasonic. Lagi-lagi beli aircond Sky Series ni. Memang serious terbaik dari ladang. Ehehe.

Design Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni sangat modern dan minimalis.Kalau letak satu dekat rumah memang nampak cool weh. Ehehe.

Selalu org cakap, kalau aircond tak sejuk sebab gas habis. Err.. ada kesilapan sikit dekat teori tu sebab apa yang aku tahu, katanya gas aircond should be tak boleh habis. Dia akan always circulate je. Kemungkinan besar piping korang dah bocor atau compressor problem. Kalau tak nak ada apa-apa problem dengan aircond anda untuk masa akan datang. Boleh try Elite Inverter Sky Series Air Conditioner ni.





Simple dan cantik Creacion Siti Nurhaliza X Ariani ni!

$
0
0



10hb Mac 2016 haritu aku pergi majlis perasmian dan fashion show Creacion Siti Nurhaliza X Ariani dekat Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur .Sebab aku tak ada maid, memang kemana-mana pon aku bawak lah Han. Nasib baik Han jenis behave. So aku tak ada lah rasa susah hati kalau nak bawak dia ke any event. Plus kalau aku buat kerja, husband aku ada jaga Han so lega sikit.



Cantiknya backdrop! Kacau je mama nak pose si seketul Han ni. Sibuk nau nak tarik bunga T_T"


Bunga-bunga dekat luar tu pon dia sibuk nak tarik. Nasib baik tak ada yang tertanggal.



Ok event dh start. Mula-mula Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhamad Philip bagi ucapan. Cantik Datin Farah ni. Muka awet muda je sentiasa. Suka tengok :)



Lepastu tengok koleksi hijab Ariani x Siti Nurhaliza. Bakcground music semua lagu daripada Dato' Siti Nurhaliza tapi ada lagu yang tukar music arrangement sikit. Semua lagu best!

Semua koleksi selendang dan tudung instant yang aku dapat tengok petang tu memang jenis yang mudah nak pakai dan ada ciri-ciri ekslusif.Kebanyakan koleksi ni dari fabric 'chiffon dan bubble georgette' yang bermutu tinggi.  Ada macam-macam warna. Ada warna pastel dan vibrant.

Koleksi 'ARIANI X SITI NURHALIZA' ini direka untuk semua peringkat umur wanita dan latar belakang. Wanita bekerjaya ke,suri rumah ke,tua,muda semua boleh pakai. Sesuai je nak pakai pergi mana-mana atau pergi event. 



Jaclyn Victor nyanyi lagu 'Bukan Cinta Biasa'. Sedap gila weh!



Persembahan ke dua,tengok koleksi 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA' pulak. Ada 6 koleksi telah diperkenalkan iaitu Instant Layla Deluxe, Instant Layla Glorious, Instant Layla Demure, Instant Avelyn Allure, Instant Avelyn Magnifique dan Instant Majestic Basic.  Siapa yang suka pakai tudung instant mesti suka semua koleksi ni.

Kesemua koleksi adalah diadaptasi dari karektor dan personaliti Dato' Siti Nurhaliza sendiri iaitu keanggunan dan kesopanan' .Dua nilai eksklusif Dato' Siti Nurhaliza diadaptasi kan ke dalam tiap helaian tudung instant ini yang mudah dan praktikal untuk digayakan dalam pelbagai gaya.

Last sekali baru keluar Dato' Siti Nurhaliza. Yang depan sekali,boleh nampak dekat screen.Cantik Dato' Siti ni bila tengok depan-depan. Suara dia memang no doubt lah sampai sekarang mantoppp! Dah beliau pon memang penyanyi no 1 negara kan. Suara dia memang lunak dan merdu ah nyanyi live. Macam pasang kaset. Makan apa lah Dato' Siti ni suara sedap bebenau. Makan kaset kah? Hahaha. 

Koleksi ni yang paling ramai orang tunggu-tunggu dan nak tengok.Koleksi Creacion by Siti Nurhaliza.


Semua koleksi 'ready-to-wear Creacion' by Siti Nurhaliza sangat minimal dan imej kasual. Background lagu 'Aku Cinta Padamu' time ni sangat catchy,rancak dan fresh. Best gila lagu ni diubah muzik rancak. Sambil tengok model lalu dekat runaway tu sambil mulut kumat-kamit ikut nyanyi lagu Dato' Siti jugak.Sambil goyang-goyang kepala sebab music rancak. Hehe.

Nampak tak Dato' Siti yang comel dekat screen tu? Hee.


'Ready-to-wear' Creacion by Siti Nurhaliza ni bersifat lebih minimal, elegan dan eksklusif. Yang bestnya sebab semua koleksi ini semua ilham dan design Dato' Siti Nurhaliza sendiri tau! 

Dari proses rekaaan, pemilihan fabrik sampai lah ke proses pengeluaran dan pembuatannya semua dapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nurhaliza. Waaa best.

'Ready-to-wear' Creacion by Siti Nurhaliza ada sampai size XXXL tau! So jangan risau. Semua orang boleh bergaya dengan koleksi Dato' Siti ni.



Kalau korang cari something yang casual, minimal but still elegant, Creacion by Siti Nurhaliza ni memang terbaik lah untuk korang. Harga bermula dari RM89 dan ke atas.

Creacion by Siti Nurhaliza ini adalah fesyen 'ready-to-wear' terbaru direka khas untuk golongan wanita yang mementingkan gaya dan penampilan tanpa mengira usia, latar belakang dan bangsa. 





Fashion show Ariani X Creacion by Siti Nurhaliza ni sangat lah grand dan gilang-gemilang. Banyak sangat artis,selebriti,Dato', Datin, VVIP dan media yang datang.

Aku pulak first time bawak Han pergi fashion show. Risau jugak takut dia buat perangai ke hape. Takut jugak dia tak selesa kalau dengar lagu dan sound kuat.Tapi nasib baik sepanjang fashion show ni dia behave. Sebab dia kemain sedap tidur. Haha. Fuhhhh lega mak enon. Maybe sebab selalu bawak pi tengok wayang. Dia pon dah biasa agaknya dengan segala jenis bunyi.



Balik dari event tengok pamphlet book yang ada dalam goodie bag.Dekat fashion show tengok model yang pakai,dalam buku ni boleh tengok sendiri Dato' Siti yang pakai semua koleksi dia.Aku paling suka shawl ni. Design minimal dan warna pastel. Nampak sweet.



Elive Dress ni paling aku suka. Simple. Nampak ada effect slim pulak tu. Lagi lah aku suka. Haha. Kalau pakai dress ni confirm nampak kurus! Heee.



Ni warna-warna yang ada untuk Instant Majestic Basic. Yang suka tudung instant tu,korang kena ada koleksi ni pulak! Heee


Instant Erina. Minimal yet elegant.



Ni yang aku dapat dalam goodie bag. Ada Revival Kit NEW AGE+ daripada SimplySiti dan Ariani instant shawl.

Dapat 2 instant shawl. Nasib baik dapat warna lain-lain dan boleh masuk semua baju. Ehehe. Dapat warna nude dengan coklat. Tak pernah lagi pakai instant shawl tapi tak sabar nak cuba shawl ni. Simple tapi nampak mewah. Thanks Ariani!


Korang semua jangan lupa dapatkan koleksi Creacion by Siti Nurhaliza ni dekat Butik Ariani, Jakel Mall, Kuala Lumpur tau! :)



ok bye!




Marie Pierre Perfume yang wangi !

$
0
0

Perfume ke parfum? Selalu sebut perfume. Tak pon minyak wangi. Ehehe. Orang perempuan ni memang sangat sinonim lah dengan minyak wangi kan. I mean kebanyakan perempuan lah, tapi ada jugak yang jenis allergic pakai perfume. Tapi sekarang, orang lelaki pun sama naik. Kadang-kadang depa lagi wangi dari kita. Rasanya semua orang suka wangi-wangi kan? Aku dengan husband pon suka.

Oh ya,seperti yang kebanyakan orang tahu,perfume ni ada 2 jenis iaitu EDP dan EDT. Edp ni baunya lagi lasting dan boleh tahan 7-8 jam manakala edt pulak dalam 3-4 jam. Tapi ni bergantung pada badan korang jugak lah. Pastu kalau untuk lelaki,memang takde edp. Semua edt. Jangan tanya aku kenapa. Aku pon tak tahu dan hairan kenapa perfume lelaki semua EDT. Haha.


Actually bau perfume ni pun very subjective. Ada sesetengah tu orang kata wangi tapi bila kita bau tak wangi pulak and vice versa. Hidung orang lain-lain kan?


Kali ni aku dapat satu parcel yang penuh dengan perfume! Waaa suka nya mak jemah.


Bukan mak jemah je suka. Pak jemah pon suka! Haha.

Ni bukan takat boleh spray dekat badan je ni. Dah boleh buat stok mandi ni! Hahaha. Tak wangi jugak tak tahu lah.  Banyak gila weh.Dan perfume ni semua adalah Marie Pierre perfume!!


Marie Pierre ni sangat glamour dekat Thailand. Brand ni Thailand No.1 selling brand tau! Dont play-play! Ahaks! Marie Pierre perfume ni dicipta pada tahun 1998 melalui kolaborasi pakar wangian dari Perancis dan Perfume Pengeluar Bangkok. Wohaaa Hebat ni.



Crystal Series - For Her

Chess Series- For Him


Sport Series- For Him


Louis Sean Paris - For Her
My Ribbon- For Her

Paling aku suka perfume Louis Sean Paris ni. Dah lah botol perfume comel bentuk handbag. Bau dia pon manis, fresh dan sweet. Sesuai lah untuk orang yang manis-manis. Haha.

Dua ni paling favourite! Packaging dengan botol perfume dia nampak classy. Bau pon sedap. Yang bentuk high heels tu pon comel sangat tau. Both bau fresh dan sweet.




Louis Sean (perfumes) high heels series dan handbag series ni akan launched dekat Malaysia bulan June ni!


Chess Series For Him. Sesuai nak bagi hadiah dekat ayah/husband/abang/adik/buayapren. Kehkeh.Untuk Chess Series ni,husband aku suka yang warna putih.

My Ribbon series. Ada 7 bau bunga-bungaan.
Semua bau bunga.


Untuk My Ribbon Series ni paling aku suka bau Blue Floral ni. Aku memang suka bau-bau manis dan wangi.



Crystal Series. Cantik botol dia. Bau pon ok.

Husband aku suka Sport Series ni. Dia pon bersukan punya orang dan selalu pergi gym. Sesuai lah dengan dia tu.Untuk sport series ni pon husband aku suka bau yang warna putih.Bau dia macam bau seorang lelaki macho ah.Hehe.





Geram dengan botol dia. Unik dan comel!


Ada macam-macam jenis haruman dan wangian yang korang boleh pilih. Marie Pierre perfume for Him & Her ni botol dia semua unik dan ikonik. Perfume ni dari France, sangat berkualiti tinggi dan inspired by international brands.



Harga untuk perfume-perfume ni semua standard – 
EDT berharga RM24.90, manakala RM29.90 untuk EDP. 
Aku rasa memang murah sangat-sangat ah perfume ni. Bukan 50ml, tapi 100ml tau! Jadi aku rasa memang berbaloi ah kalau korang beli perfume ni.

Korang boleh beli Marie Pierre perfume ni dekat Lazada .  
Sekarang ni ada promotion 15% off with no minimum purchase. 
Promosi ini sah dari 23/3 - 30/3.
Cepat beli sementara ada promosi ni! Heee


Cik Epal tercalon untuk Anugerah APO? APO ni?

$
0
0
Anugerah APO? APO ni? APO ni sebenarnya singkatan untuk Anugerah Pilihan Online yang dianjurkan bersama oleh mStar Online dan SuriaFM. 


Tak sangka pulak tercalon untuk pencalonan awal ni.  Ada 18 blogger yang tercalon. Semua otai dan hebat gak ah. Ramai-ramai yang tercalon, aku je blogger yang agak sendu disitu. Haha. 

Tapi kalau ada yang sudi nak undi. Meh aku nak tunjuk cara dia. Senang je. Yang penting FREE. Haha. Sebab undi online guna account facebook/twitter je.

Mula-mula pergi web ( http://apo.mstar.com.my/calon-apo.aspx ) ni. Pergi kategori NO 15-Blog Pilihan Online dan tekan LOG MASUK UNTUK CALON. Pastu login guna account facebook/twitter korang.


Then kena isi form simple camni. Alahh tanya umur,negara,negeri and tick-tick je lah apa yang kau suka. Pastu tekan 'HANTAR'



Lepastu pergi kategori NO 15 iaitu Blog Pilihan Online. Kalau malas nak taip panjang-panjang,tulis je 'Cik' nanti keluar lah terus nama Cik Epal dan link blog tu.Pastu tekan.

Ok lepastu HANTAR PENCALONAN. Siap dah! Boleh sambung makan pisang goreng cheese! Haha. Aku tengah makan pisang goreng cheese sebenarnya ni. Sedap lah pulak. Tengah menaip pon mampu menternak lemak. Kau mampu? Haha



Dah nak habis hari untuk undi dah ni sebenarnya. Esok ke lusa entah dah tutup vote.Tapi ni untuk bagi masuk TOP 5 je. Kalau dapat masuk TOP 5 aku suruh korang vote lagi ok! Haha. Kalau krik krik senyap sunyi sepi je tu. Tak layak masuk TOP 5 lettewww. Haha.



Ok bye!

Kenapa aku suka Jepun & Tokyo

$
0
0
Kenangan honeymoon dekat Jepun sebelum wujudnya seketul Han. Ehehehe.



Jepun memang sangat best dan highly recommended untuk korang yang la ni tak tahu nak bercuti dekat mana. Jepun banyak sangat tempat menarik. Tambah-tambah lagi sistem pengangkutannya yang canggih, sebuah negara yang bersih dan orang-orang Jepun sangat hormat sesama mereka dan berbudi bahasa.

Tokyo tempat pelancongan yang sangat cantik untuk dilawati.Kalau korang tak faham boleh jer pergi dekat counter pertanyaan nak tanya apa-apa. Dekat kaunter pertanyaan tu memang diorang boleh cakap english.One good thing about rakyat Jepun diorang ni very helpful dan sangat-sangat sopan santun.

Kota Tokyo pon sangat cantik. Bersih rasa macam boleh guling-guling jer dekat atas jalan raya. Memang tak jumpa langsung peminta sedekah dekat sini. Semua rakyat diorang bekerja.


Banyak-banyak benda aku paling teruja adalah toilet di Tokyo.BERSIH sangat.

Aku cukup sensitif bab kebersihan tandas. Tapi bila dekat Jepun aku gembira. Sedangkan jalan raya pon bersih gila siap boleh guling-guling. Tandas dia pon bersih gila.Nak tidur dalam tandas pon selesa agaknya. Haha.

Toilet dah lah bersih, canggih pulak tu. Toilet dia toilet elektronik. Kadang-kadang boleh jumpa sampai 20 button dalam satu tandas tu. Wow banyak sangat button tu. Haha. Macam-macam function ah ada. Ada bidet,tempat kawal suhu air, pewangi udara, heated seats,seat sensor,auto clean, massage cleaning and etc. Fungsi noisemaker pon ada tau. Tujuan dia untuk meningkatkan tahap privasi korang semasa menggunakan toilet supaya tidak kedengaran bunyi-bunyi aneh plup plup yang tidak sepatutnya. Hahaha.

Tokyo Camii, Tōkyō-jāmii (東京ジャーミイ?) also known as Tokyo Mosque.


Dekat Tokyo ni ada surau tau. Even dekat airport Jepun pon ada bilik besar yang lengkap dengan tempat berwuduk untuk pelancong Islam. Some supermarket besar dekat Tokyo macam AEON, Shinjuku Takashiyama shopping mall memang ada tempat solat dan tempat ambil wudhu’ siap.Aku rasa negara bukan Islam yang begitu baik hati dan mesra untuk menerima agama Islam adalah negara Jepun. Dekat Tokyo aku sempat pergi ke Masjid Tokyo atau nama lainnya ialah Tokyo Camii. See! Dekat Tokyo pon ada masjid tau. 

Dekat Tokyo ni orang-orang dia sangat beradab dan mematuhi peraturan. Tak ada lah macam dekat sini kebanyakan nya jenis main redah je tak tengok orang belakang. Haha. Orang Jepun memang terkenal dengan adab dan kesopanan yang tinggi. Ini memang kita wajib ikut. Semuanya on time tepat pada masa. Keretapi dekat Tokyo ni pon kebanyakan nya memang on time lah. Masa aku dekat Tokyo,tak ada satu pon train yang delay tau. Semua tepat-tepat masa sampai. Power!

Contoh macam beratur. Setiap tempat mesti beratur. Tak ada adegan potong memotng atau tolak antara satu sama lain.

Kalau dekat trafic light pon memang ikut rules. Lampu merah berhenti,hijau baru jalan.Tak ada lah nampak yang curi-curi nak melintas jalan walaupun tak ada kereta. Respect!



Kalau naik escalator pon diorang sangat menjaga etika.Memang diorang akan beratur satu side. Tak kan ada yang dok tengah-tengah halang laluan orang belakang nak jalan cepat. Diorang sangat disiplin.


Yang best pasal Tokyo ni kalau korang berjalan, memang jarang gila jumpa tong sampah. Negara diorang bersih tapi jarang jumpa tong sampah. Pelik jugak dekat mana lah diorang ni buang sampah. Maybe diorang akan simpan sampah diorang. Dekat rumah baru buang kot. Tapi serious korang tak kan jumpa sisa makanan berterabur atau sampah sarap berlonggok atas jalan.Sikap menjaga kebersihan tahap melampau ni memang aku tabik spring dekat Jepun. Harap dekat Malaysia pon boleh jaga kebersihan sebab ianya dituntut oleh Islam. Semua agama suruh jaga kebersihan kan. Ni benda asas yang diajar dari kita kecik lagi. Sivik, moral. 

Dekat Tokyo ni orang nya sangat disiplin. Kalau lepas makan tu memang semua akan bersihkan meja dan angkat tray letak dekat tempat yang disediakan. Korang kalau makan dekat sana,jangan lupa bersihkan meja tau lepas makan.

Kalau nak pergi mana-mana memang rasa selamat. Nak jalan malam-malam pon tak ada rasa takut. Rasa selamat je. Tak ada lah rasa nak check beg all the time macam dekat sini. Jalan malam-malam pon syok je sebab rasa selamat dimana-mana.

Transportation pon sangat senang. Korang boleh pergi mana-mana tempat hanya guna train dengan bas je. Tak payah naik teksi pon tak apa. Save bajet!







Dekat Tokyo ni banyak vending machines. Korang boleh jumpa macam-macam bentuk dan air yang ada dekat vending machines tu. Mungkin rakyat Jepun ni rakyat yang sentiasa haus. Haha. Tapi paham lah jugak sebab diorang kan selalu jalan kaki kan. Vending machines yang jual aiskrim pon ada tau! Vending machines yang jual benda-benda aneh pon banyak! Haha. Tapi memang bersepah ah vending machines di mana-mana. Sediakan coin je.


Overall, Tokyo memang thorrrbaikkkk dari ladang! Haha. Diorg sangat disiplin,negara bersih, nak cari tong sampah sangat susah tapi bersih,and really good environment. Safety satu hal. Tak ada susah-susah nak simpan duit bagai nak rak. People dont care pon kita pakai macam mana. Hehe. Malaysia should follow lah mana yang baik :)

Baru-baru ni aku share travel experience dekat Matta Fair pasal tips & Tokyo. Apa yang aku dapat simpulkan, Tokyo memang one of my favourite city!

Us & Tokyo.

Kalau korang tengah pening-pening nak pilih nak ke mana untuk travel. Aku sangat-sangat recommend korang pergi ke Tokyo. Serious Tokyo best!



Laksa Telur Goreng Bersarang & Roti Bakar Telur Goyang

$
0
0
Ni husband aku ler ni. Beriya nau nak makan Laksa Telur Goreng Bersarang ni. Masa dia cerita dekat aku pasal laksa ni aku buat dekk je ler. Sebab aku memang tak minat sangat makan laksa. Boleh ler makan tapi bukan favourite lah. Sebab aku baru lepas deliver,ibu aku suruh aku pantang laksa setahun. Sebab anak aku belum setahun lagi so memang aku tak makan lah laksa. Cuma teman dan tengok husband aku je ler mencekik laksa ni. Ehehe.



Ni lah dia laksa telur goreng bersarang tu. Ingatkan amende lah yang bersarang sangat tu. Ingat ada sarang burung ke apa. Ye lah orang sekarang ni kan makin pelik-pelik idea nya. Aiskrim pasu lah, aiskrim lesung batu lah,teh ais baldi lah, roti canai warna-warni lah, kucing celup tepung lah.

Rupanya laksa tu dia letak telur goreng ala telur dadar dekat kedai thai tu. Telur dadar yang jenis rangup dan serap minyak tu. Selalu pergi kedai thai order telur dadar pesen gini lah.Tapi yang ni telurnya lebih rangup dan nampak lebih bersarang. Hehe.Telur dadar jenis gini for sure kena goreng dengan minyak yang banyak.



Konsep dekat sini layan diri. Sampai sini cop tempat siap-siap. Sorang lagi pergi beratur. Kalau beratur terus tak cop tempat kang tak ada tempat pulak. Masa aku datang ni boleh tahan ramai juga orang. Seat pon penuh.


Depa dah letak dah siap-siap laksa dengan telur goreng bersarang ni.

Orang order je dia terus  jirus kuah.



Harga memang murah. Laksa telur goreng bersarang tu RM3.50 je. Nak tambah fish cake boleh, tak nak telur goreng bersarang tu pon boleh, nak beli kuah je pon boleh. Suka hati korang lah nak makan macam mana kan. Tapi harga memang murah.

Air dah siap macam ni. Yang ada teh ais, milo ais, jagung, sirap bandung and etc. Aku mintak limau suam tapi limau dah habis pulak katanya. Order apa yang ada siap dekat sini je lah.

Dekat dalam restoran ni jual laksa telur goreng bersarang tu je. Tapi dekat luar kedai ni ada lah stall  lain yang jual nasi kukus ayam berempah dengan keropok lekor.

Sebab aku tak boleh lagi makan laksa, aku layan nasi kukus ayam berempah ni je lah. Pastu mintak sambal nasi lemak sikit dekat acik tu. Hehe. Keropok lekor kongsi berdua.

Apa rasa laksa telur goreng bersarang ni?

Husband aku cakap rasa dia biasa je. Dalam biasa-biasa dia tu, licin jugak lah semangkuk tu dia makan aku tengok. Aku pon confused dengan dia ni. Sedap ke tidak entah. Haha.

"aiii kata biasa tapi licin betul"

"lapar"

Ok. 

Aku tak tahu lah rasa dia macam mana sebab aku tak rasa. So tak boleh komen sedap ke tidekk. Haha.

Aku pergi ni dekat Botani Ipoh, sebab alang-alang dah nak balik rumah MIL aku. Sekali lalu je lah.Nah alamat kalau korang nak try. Aku waze je.

No.1,
Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani.


Ini dekat Taiping pulak. Masa awal-awal kahwin dulu sampai sekarang kalau rasa nak breakfast luar selalu jugak lah breakfast sini.Dekat Pokok Asam.

Anak aku ni bukan boleh. Pantang nampak makanan semua dia nak. Pantang lah nampak kitorang tengah nak mengunyah,mesti dia nak jugak kita suap dia.

Roti bakar telur goyang. Makan lah sambil kepala bergoyang-goyang.

See! Tak boleh biar lama-lama. Semua dia nak capai nya. Laju je tangan dia. Semua benda dia dapat pegang semua nak masuk mulut T_T'

"Makan lah dulu bangggg"

Solution nya memang macam tu lah. Dah ada anak ni kena gilir-gilir makan. Sorang makan sorang pegang Han. Nak makan kena take turn. Nak acah-acah romantik makan sambil I suap U,U suap I memang tak dapek dah denn nak nolong ehh.

Dah ada anak ni suap diri sendiri je lah.

Lepastu pergi Taiping Mall dengan akak ipar dan anak buah jap. Seketul Han pantang je nampak makanan semua dia nak.

Ni cuit lah sikit bagi dia rasa. Uihh kemain laju ambil bawak masuk mulut.Gelojoh betul.Rasa nak picit. Hahaha.


Ni ikut perangai siapa lah ni kuat makan ni? Hmmmmmmmmm. Bapak dia lah ni. Haha. K bye!

Viewing all 408 articles
Browse latest View live