Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Ibu yang Breastfeeding Jangan Give Up! I Support You.

$
0
0

Baby Han masa umur dua bulan. Mula-mula aku tak ada lah rasa Han ni kuat susu sangat. Tapi makin lama dia makin besar, boleh tahan kuat menyusu gak ah dia ni. Patut lah orang kata baby boy ni lagi kuat menyusu daripada baby girl.  Tapi tak tahu ah baby girl menyusu macam mana pulak sebab tak ada baby girl lagi. Next time adik Han lah baby girl kot. Baru boleh compare. Heee.


Kalau breastfeed selalu orang kata boleh kurus. Yeke? Tapi sebenarnya bila breastfeed ni senang sangat lapar. Dah makan pastu lapar balik.Achaner nak kurus kalau asyik lapar  dan asyik makan ni??

Tips dia,makan benda berkhasiat! Kalau malam-malam lapar tu, aku selalu kunyah buah je. Selalu aku makan benda berat time lunch je.Nak makan benda yang kita suka pon, biar moderate.Kalau tiap kali lapar,melantak macam bela jin,memang boleh gemuk ler.Jangan salah kan breastfeed sebab naik badan pulak.Hehehe.

Actually breastfeed sangat membantu untuk lose weight bagi aku.



Sebenarnya memang sangat banyak kelebihan breasfeeding untuk ibu dan baby ni.

Peniaga-peniaga dekat Malaysia ni pon banyak yang concern dengan ibu-ibu mengandung ni. Tengok je lah kalau nak shopping online,berlambak je baju/jubah breastfeed freindly yang stylo.Lagi lah semangat mak-mak ni nak breastfeeding. Dah jadi mak-mak menyusukan anak pon still boleh bergaya tau. Heeee.


Sekarang ni dekat mana-mana shopping mall pon dah banyak nursing room. So memang sangat memudahkan ibu-ibu yang menyusukan anak ni. Kalau terpaksa menyusu dekat public pon still boleh pakai nursing cover.Memang dah macam-macam kemudahan yang ada untuk breasfeed.


Menyusukan anak secara eksklusif untuk 6 bulan pertama adalah yang paling penting. Aku tahu ramai je ibu yang struggle nak pam susu time kerja, ada yang kurang susu,yang tertekan untuk bagi susu formula, stress dan banyak lagi. Tetapi breastfeeding selama 6 bulan sekurang-kurangnya, InsyaAllah cukup.


Breastfeeding is not easy! Seriously for certain mommy, it is not as easy as what you think. Ada setengah ibu yang dikurniakan susu yang banyak sejak melahirkan bayi. Tapi tak semua. Aku tahu bukan semua bernasib baik dikurniakan susu yang banyak tapi bear in mind cukup je sebenarnya susu  tu. Cari support system dan berkawan dengan orang-orang yang positif. Kalau bukan orang sekeliling,dekat facebook atau media sosial yang lain banyak sangat orang yang akan beri sokongan.


Haritu aku ada buat entry pasal kebaikan breastfeeding untuk bayi dan ibu dekat ENTRI INI. Boleh baca kalau belum baca. Hehe.


 Kena ingat "semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran susu akan dihasilkan". Kena stay positive je. Selagi boleh breastfeed,kita cuba ye mommies! InsyaAllah dipermudahkan :)


KL CONVERGE 2015

$
0
0
Haritu aku pergi KL CONVERGE 2015.


Datang-datang terus dapat pass MEDIA. KL Converge! 2015 ni berlangsung dari 27 hingga 29 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) . Aku pergi masa first day (27 Ogos).




Dah dapat pass, terus masuk Hall 3.


Tema tahun ini ‘Convergence and Digital Inclusion’, mempamerkan bagaimana teknologi dan kandungan adalah satu bahagian sehari-hari dalam kehidupan kita. Ia berkisar tentang ‘see’, ‘touch’, ‘feel’, ‘hear’, ‘show’, ‘speak’ and ‘cheer’'.





Tahun ni speaker best-best jugak. Senarai speakers termasuk nama-nama tempatan dan antarabangsa terkemuka dari industri muzik, Internet, filem dan pembangunan aplikasi. Bukan calang-calang speakers yang pihak penganjur jemput tahun ini, antaranya yang menarik perhatian adalah penerbit filem The Matrix Trilogy; Andrew Mason, Bintang Youtube; Brian Brushwood, Profesor Adrian Cheok dari Mixed Reality Lab, artis hip hop tanah air; Joe Flizzow, dan JinnyBoy TV.



Datang semata-mata nak dengar speech from The Ming Thing (Famous Youtuber). Best and funny dia ni. Video dia pon semua cantik dan kreatif. Ada lah dia bagi tips macam mana nak buat video semua. Sebagai seorang blogger, pengetahuan tentang “digital connectivity” amat penting untuk memanfaatkan pengaruh melalui platform media sosial. Lepas ni boleh lah aku try buat video. Jadi vlogger lah pulekk. Hee.




Bergambar dengan The Ming Thing. Tengok video-video dia dekat youtube memang kelakar. Video dia shoot pon semua cantik-cantik. Dah macam tengok film/movie dah :D

 Macam-macam benda best ada dalam KL Converge ni. Dato' Siti Nurhaliza pon ada buat persembahan tau. Tapi bila Dato' Siti Nur Haliza sampai memang berkerumun macam semut masing-masing hurung dia. Aku pon layan je lah apa yang ada dalam exhibition ni. Line-up exhibitors yang dijemput tahun ni semua memang yang hebat-hebat seperti Google, Maxis, DiGi, Astro, Huawei, iFlix, Canon, Hitachi, Sharp dan lain-lain. 






Tengok ramai yang beratur nak main Virtual reality technology (Oculus) ni.Kitorang pon tidak melepaskan peluang lah nak cuba-try-test. Heee 


Konon-konon main ski. Kita kena control guna kepala je. Nanti kita akan rasa betul-betul macam ada dekat tempat ski tu. Canggih Oculus ni. Makin berkembang betul teknologi sekarang. Nak main ski tak payah pergi Switzerland, main pakai Oculus je. Hihi. Tu pon dah rasa real! :D



Pastu try main basketball guna Oculus ni pulak. Yang ni aku suka. Excited gila bila dapat masuk kan bola dalam net. hehe.


Kena bagi masuk kan bola dalam net macam ni. Game ni best. Kemain tonggang tonggeng husband aku ni nak masuk kan bola punya pasal. Seketul Han pulak sedap tidur :D

Eh Eh. Bila masa lah pulak Papa Han ada buat filem ni? 



Tengok robot dikawal oleh aplikasi telefon mudah alih.Siapa yang minat robot mesti suka datang pameran ni. Macam-macam ada.







Overall memang best KL Converge ni. Lagi-lagi untuk siapa yang suka tengok perkembangan teknologi internet, mesti seronok datang exhibition macam ni.

Kalau ada yang baru tahu pasal KL Converge dan nak tahu apa KL Converge ni. Meh nak cerita sikit. Hee.

KL Converge! merupakan persidangan tahunan dan pameran untuk menunjukkan kuasa komunikasi tertumpu dalam memajukan gaya hidup digital untuk semua rakyat Malaysia. Acara ikonik ini seterusnya memberi ruang kepada multimedia, aplikasi, Internet dan pemain-pemain  industri kandungan kreatif untuk berkongsi idea dan menyedari peluang-peluang baru. 


KL Converge, merapatkan jurang antara inovasi dan kreativiti Malaysia dan kandungan multimedia rantaian bekalan global, menjadikan industri ini enjin pertumbuhan dan penyumbang penting kepada KDNK negara. Tahun ini, KL Converge! direka sebagai multi-platform persidangan industri kreatif dan pameran yang mempamerkan pencapaian terbaru dan peluang dalam muzik, filem, permainan dan ruang Internet dengan lampu khas di negara-negara ASEAN.


Jom tengok rumusan KL Converge yang telah berlaku dalam infografik ni.




Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini tentang  aktiviti-aktiviti yang menarik, boleh usha https://www.facebook.com/KLConvergeMY






[REVIEW] Menternak lemak di Just Seafood. Makan tak ada pinggan. Selambak je atas meja alas dengan kertas mahjong.Tapi sedap! Hehe.

$
0
0
Marilah kita jalan-jalan ternak lemak lagi. Yayyy hehe. Lokasi pilihan kali ni adalah di Just Seafood.


Macam ni lah makan kalau ada baby ni. Bergilir-gilir dengan husband take turn dukung Han kalau dia tak nak duduk dalam stroller. 

Ice Lime Tea. Segar je bila minum ni. Kalau makan seafood memang bagus minum air masam-masam. Air masam boleh potong sikit rasa muak tu. Tips mak enon untuk hari ini. Hehe.

Oyster ni besar gila. Ni Extra Large Live USA Oysters. Memang betul-betul size XL ni.Perah lemon atas oyster tu pastu boleh ngappp. Perghhh memang fresh rasa dia. Bila kunyah je oyster ni tersangatlah lembut dan juicy nya.


First time ni aku makan oyster besar begini.

Husband aku ni memang gila oyster. Ni kira appetizer lah. Hehe.


Main dish dah sampai! Ewahh sempat posing depa ni sebelum serve. Hihi.



Pastu depa lambak kan je bermacam-macam jenis seafood dekat atas meja macam ni.

Makan tak ada pinggan. Selambak je atas meja begitu. Meja alas dengan kertas mahjong je uolsss. Senang kerja depa ni,tak payah basuh pinggan. Hehe.


Sedap weh! Nampak tak baby lobster tu? Nyum nyum.

Nak ratah boleh.Makan dengan nasi pon boleh. Nasi boleh refill.Yang ni aku makan untuk 4-5 pax punya. Ada flower crabs,extra large prawns,clams,mussels,sotong dengan baby lobsters. Ada juga kentang,carrots dengan jagung dalam tu digaulkan sekali.Lazat sangat mak enon!


Aku suka sos dia. Sos dia sedap!  Bau sos dia pon best. Boleh pilih nak pedas,tak pedas atau pedas berapi. Hehe. Sos dia banyak guna butter,garlic dan herba kering macam thyme,oregano tu. Clams dengan mussels pon tak payah kopek,memang dah terbukak siap-siap.Senang nak makan.


Seafood dia semua fresh! Juicy pulak tu. Terasa lah manis-manis seafood tu.Kulit udang pon lembut je senang nak kopek.


Highly recommended makan dengan tangan,baru lah boleh enjoy sepuas-puas nya. Hehe.

Isi ketam dia manis sangat. Suka! Memang fresh sangat. Semua pon lah memang manis dan fresh! Memang terbaik dari kebun. Hehe.



Kan dah kata nak makan kena gilir-gilir pegang Han ni.Hehe.  Tak boleh leka sangat pegang dia ni. Ditariknya kertas mahjong tu karang,matik bertebaran pulak semua jatuh karang.

Aku ni kalau makan memang kena ada dessert. Ni Fried Mars Bars with ice cream. Yang ni pon lazat! Coklat Mars Bar tu disalut tepung goreng rangup pastu makan dengan ais krim vanilla. Enak banget dong.

Oh kalau yang tertanya-tanya harga berapa. Ni harga dia.Aku ambil yang 4-5 pax tu sebab ada baby lobsters. Heee. Tapi time ni aku memang makan dalam 4-5 orang lah. Sesuai sangat nak bawak family makan sini. Kalau ada gathering dengan member-member makan dekat sini pon cantekk.


Dekat kedai ni ada banyak menu seafood. Nak makan apa-apa seafood cicah dengan sos pon bukan setakat ada sos cili dengan sos tomato je, tapi sos dia ada macam-macam jenis.


Pineapple Chili macam best je. Nanti datang sini nak try order menu lain ah pulak.Makan cicah dengan sos pulak :D



Ni environment dalam kedai. Kemas dan selesa.

Nak makan dekat atas pon boleh.

Aku makan dekat veranda luar je haritu. Ni lah rupa kedai Just Seafood tu.

Restoran Just Seafood ni memang betul-betul depan Sunway Giza Kota Damansara.Korang cari Sunway Giza Kota Damansara je. Tu landmark dia. Nanti jumpa lah restoran Just Seafood ni.

Ni alamat restoran Just Seafood ni:

A-9-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810,
Petaling Jaya, Malaysia.


Operating hours: 12pm-10.30pm daily.
Tel: 012-229 0855 or 03-6144 6366 (reservation)

Kalau korang memang jenis suka makan seafood, jangan lupa singgah kedai ni. Highly Recommended!!! Makanan dia memang semua segar dan sedap! :D


ok bye!




Siapa ada Kad Mesra Petronas boleh tebus koleksi juara sekarang!

$
0
0

Haritu pergi event Petronas. Ni bergambar dengan Mesra Rewards top member dan seketul Han. Hihi. Terima kasih Petronas bagi tiket free dan free popcorn untuk layan cerita PAN. Thanks!

Memang rasa bertuah ah sebab dipilih untuk tengok movie PAN ni. Setahu aku, Petronas ni memang ambik tindakan pro-aktif dalam menunjukkan penghargaan diaorang terhadap member Kad Mesra dia. Cuba kau fikir, ada ke setakat ni business sewa satu dewan wayang, lepastu ajak je member-member yang ada dalam program kesetiaan diaorang untuk tengok wayang, pastu belanja juga kau makan malam. Takde kan? Paling-paling pun kau dapat tiket sepasang je. Haaa… sebab tulah aku rasa Petronas ni memang pandai jaga hati pengguna dia,memang rasa bertuahlah aku.



Nak tahu tak? Sekarang ni Petronas ada limited edition championship merchandise! Ni lah dia barang-barang untuk champion. Hee.


Siapa yang ada Kad Mesra Petronas tu untung ahhhh.Petronas ada tambahkan ganjaran kepada pelanggan setia dengan Kad Mesra. Korang boleh dapat 3 gift terbaru iaitu backpack,sportbag dan cap. Tiga-tiga barang ni semua Limited Edition tau! Cantik sangat dan berkualiti. Khas untuk pelanggan setia pemegang Kad Mesra Petronas. Jangan lupa singgah stesen minyak Petronas dan isi minyak untuk dapatkan barang-barang limited edition ni.

Cara-cara nak redeem barang-barang ni pon senang je.

Step 1- Pergi je mana-mana stesen minyak Petronas yang ada stesen penebusan (Kedai Mesra) untuk menebus barang yang kita nak.


Step 2- Bagi Kad Mesra dekat cashier . Boleh pilih barang kegemaran. Kalau point cukup, cashier akan scan barcode dan swipe Kad Mesra.

Step 3- Barang yang dipilih akan diserahkan kepada pelanggan apabila urusan selesai. Pelanggan akan mengisi borang yang mudah untuk menunjukkan bahawa mereka menerima barang dalam keadaan yang baik .

Mudah  je bukan? Heee.



Nak tahu cara menyemak baki mata ganjaran Kad Mesra PETRONAS supaya dapat menebus barangan eksklusif PETRONAS? Senang saja, ada 4 cara. Korang boleh tengok dekat video ni









Team Cap: 3,500 points, 
Promo rate: 2,500 points

Sekarang tengah promo ,2500 points je pon dah boleh dapat cap Limited Edition ni!

Cantik kan?


Champion je tau yang pakai cap ni. Heee style.

Team Backpack: 5,000 points, 
Promo rate: 4,000 points



Kalau ada 4000 point, boleh redeem backpack pulak.

Ni dalam backpack dan compartment dia. Ada logo petronas lagi dekat dalam. Cantik!

Team Sports Bag: 4,500 points, 
Promo rate: 3,500 points

3500 points dah boleh dapat sports bag ni. Comel je bag ni. Sesuai sangat nak bawak pergi gym. Kalau nak pergi travel atau balik kampung sehari dua tu pon boleh bawak bag ni.

Ruang dalam sports bag ni luas. Ada compartment juga.

Haaaa cantik kan barangan semua ni? Tapi tak syoklah kalau kita dapat defect item kan? Tapi takyah takut! Sebab untuk menebus barangan ni, korang kena sign borang ikrar yang menyatakan barangan ini ada dalam keadaan yang baik. Krew Petronas juga akan mintak korang check dulu sebelum sign borang tu. Haahhhh kan bagus dapat gerenti cam gini!





* Redemption is based on a first come, first served basis while stocks last. Terms and conditions apply.

Redeem like a champion now!
Promo rates sampai 15 November. Regular rates sampai 31 December.


So cepat redeem sekarang kalau isi minyak dekat Petronas untuk dapat barang limited edition ni! :) Nak dapat tahu lebih tentang promosi ni? Layari bit.ly/MesraRedemption.

Kalau korang belum register lagi untuk Kad Mesra, cepat-cepat layari www.bit.ly/MesraRewards untuk maklumat lanjut.

Selamat menebus hadiah!



Bawak seketul Han berenang dekat Baby E Baby SPA & Wellness

$
0
0
Haritu bawak seketul Han pergi baby spa. Ni try pergi dekat Baby E Baby Spa & Wellness dekat Wangsa Walk. Mula-mula nak pergi baby spa depan rumah je. Sekali tengok notis depan pintu depa bukak weekends je. Huuu.

Tempat-tempat macam ni aku suka pergi weekdays. Kalau weekends confirm ramai baby nak mandi-manda. Rasa macam dah lama tak pergi Wangsa Walk, so pergi sini je lah.


Nursing room dia.

Dalam nursing room. 

30 minit before berenang,kena make sure baby dah menyusu. Takut dia mengamuk pulak masuk kolam nanti sebab lapar.



Ada 2 jenis kolam. Ni kolam besar untuk 6 bulan ke atas sampai 3 tahun. Baby spa ni sampai budak 3 tahun je boleh berenang. Lebih daripada 3 tahun tak boleh berenang dekat sini dah.

Ni tub untuk baby 6 bulan ke bawah.

Semangat siap beli baju swimming untuk Han.

Sebelum mandi,staff akan pakai kan swimming diaper. Awas, tak boleh pakai pampers biasa ye.Swimming diaper ni waterproof. So terjamin lah daripada kolam tercemar dan air menjadi keruh secara tiba-tiba. Kihkih.



Dah siap pakai swimming suit.Amboi sempat pandang camera.

Lepastu pakai pelampung. Tapi ni pelampung dekat leher.Staff dia dua-dua orang ni sangat friendly.

Pakai pelampung dekat leher ni sebenarnya nak bagi dia seimbangkan badan dia. Nampak macam pelik je kan pakai pelampung dekat leher? Tapi jangan risau,baby ok je. Sebenarnya neck float ni bagi baby rasa selesa dalam air dan nak bagi dia gerak kan badan dia dengan bebas.

Time ni Han je baby yang ada. Best lah dia sorang-sorang swim dekat kolam besar. Sebab staff dia cakap,kalau weekends ramai. Akan ada 2-3 orang juga berenang dalam ni.Han time ni baru 5 bulan. Sepatutnya masuk tub kecik tu.Tapi diorang kata ok je kalau nak bagi dia mandi kolam besar. Seronok betul tengok dia mandi.


Papa dia yang over terlebih. Hihi.


Kebetulan owner dia ada time ni. Tanya dia budak paling muda yang datang sini berenang umur berapa. Dia kata umur baby 20 hari dah ada parents bawak berenang. Ingatkan chinese,tapi dia kata malay couple.Perghhh gila kentang. Dah ler dalam pantang lagi tu.

Tapi kalau baby umur 20 hari macam tu selalu dia tidur je dalam air owner tu kata. 

Han teruja tengok gajah jadian yang mampu mengeluarkan air di muncungnya.



Lepastu tukar pelampung duduk pulak. Baju pon dah yilekkk. Hehe.

Ralit tengok bola-bola pelbagai warna.Ni kaki dah start paddle. Masa mula-mula masuk kolam,kejung je kaki :D



Eh eh ada lagi gajah ni.


Mandi dalam 30 minit macam tu. Air kolam ni suam-suam je dan ada fungsi untuk menyahbakteria. Memang sesuai lah untuk baby mandi dekat sini daripada mandi dekat swimming pool yang banyak klorin tu.

Dah habis mandi.

Dah habis mandi,dapat massage pulak. Ewahhh best betul hidup.Dah macam orang besar pulak ala-ala masuk spa bagai. Hehe.



Haritu bayar RM86 (swimming + massage + swimming diaper). Kalau banyak kali lagi pergi,lagi murah.Diorang suruh jadi member. Tapi aku tak apply sebab jauh dengan rumah. Ni saja cuba-try-test penerimaan Han untuk swimming.Memang nak kasi Han swimming lagi, tapi nak cari yang dekat dengan rumah je. Senang nak ulang alik.Oh ye datang sini tak payah bawak pelampung pon. Just bawak pampers spare je untuk baby pakai lepas swimming.



Banyak jugak benefit baby spa ni. Antara benefit dia:


-Melancarkan peredaran darah
-Meningkatkan daya tahan tubuh baby supaya tidak mudah diserang penyakit.
-Membantu bayi merasa lebih disayangi dan dihargai.
-Meningkatkan kualiti tidur,menggalakkan perkembangan otak bayi kerana otak bayi akan berkembang dalam masa tidurnya.
-Membantu memperbaiki sistem pencernaan baby
-Bayi lebih tenang dan tidur lebih lama.






Paling best part tidur tu ah.Lepas swimming ni nampak lah dia lapar dan penat.Bagi susu dekat Han. Lepastu nyenyak gila dia tidur. Ye lah penat dok berenang. Lepas ni nak bawak lagi lah berenang. Seronok tengok dia mengayuh kaki dia walaupun dok situ je tak gerak-gerak. Hee :D



Cousin's Wedding

$
0
0
Kesian seketul Han kena buli dengan papa. Hihi.

Last weekend pergi wedding sepupu dekat Dewan Merak Kayangan,KL.


Dengan pengantin tak ada gambar. Dekat photobooth pon jadik lah.Congrats Amirah and husband. Tak sempat bergambar sama. Seketul Han tu usha apa ler tewww?


By the way untuk Amirah and husband. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.Amin. Happy for u guys. Congrats! Enjoy your time together, and bring on the cute babies! :D

Dah macam-macam makan dekat wedding,husband aku pulak rasa nak belanja keluarga pak long dan keluarga aku untuk makan kudap-kudap. Ye lah,dah makan berat dekat wedding kan,nak kudap-kudap je ler.

Husband suruh suggest nak makan mana kudap-kudap ni. Dia ni bab-bab makan selalunya memang suruh aku decide. Setiap kali nak keluar memang macam tu. Kadang-kadang sampai aku pon dah tak tahu nak suggest makan mana.Dah wedding dekat KL,aku memberi idea makan dim sum je ah. Dolly Dim Sum dah dekat je tu.



Menu dekat sini tak ada gambar. Husband aku suruh aku order je yang mana sedap. Uihh memang sesedap tekak aku je lah aku order.Tempat ni memang salah satu restoran kegemaran aku,so aku memang dah power lah dengan list menu dia. Pejam-pejam mata je aku boleh tick yang mana dim sum yang sedap. Hee

First batch. Sampai tak muat meja.Ada lah dalam 20 lebih di sum aku order.Nak dekat 30 kot dim sum.Nasi goreng lagi.

Kalau datang sini,memang menu-menu ni wajib aku order.


Selalu kalau makan berdua, aku dengan husband memang jarang minum benda-benda manis. Memang makan dekat mana-mana pon order air mineral/air kosong je. Acah-acah jaga kesihatan. Kihkih.Selalu makan sini berdua,dalam RM100 ah bil. Tapi time makan ramai-ramai ni,aku syak maybe lebih empat ratus ringgit ah,dah macam-macam order dengan air pelbagai jenis. Sekali sampai bil,tepat-tepat RM500.Kudap-kudap lah sangatttt. Haha.



Dengan atok.


Seketul Han ni pantang ada apa-apa benda depan dia. Lagi-lagi yang berjurai.Memang laju je tangan nak mencapai.Sekarang ni Han dah masuk 6 bulan. Dia macam dah kenal orang ah. Sebelum 6 bulan haritu,siapa-siapa pegang/dukung dia,dia rilek-rilek takdehal je. Kemain suka orang dukung. Muka pon gembira dan ceria je bila orang dukung.Dah masuk 6 bulan ni,aiyooo kalau selain mama/papa dia dukung,meraung macam petir suara.Kuat gila meraung,macam kena pukul.

Time wedding sepupu aku,ada lah makcik and pakcik aku nak dukung dia. Baru makcik/pakcik tunjuk muka agah-agah dah meraung. Kuat pulak tu. Bergegar satu dewan dengan tempikan suara anak aku. Sabo je lah mak enon. Ni atok dia dukung pon, kena hala kan muka Han ke depan macam tu.Kalau dukung nampak muka atok terus,memang meraung. Tapi dia cerdik gak,walaupun dukung gini. Dia toleh gak sedaya upaya nak tengok siapa dukung dia. Bila dia tengok muka atok,terus meraung bagaikan tiada hari esok. Dapat lah atok dukung Han selama 2 saat. Jadik lah ye tok. Kehkeh.

Han dengan Sofia (anak sepupu aku). Kalau anak aku dengan anak sepupu aku,hubungan apa eh diorang ni? Dua pupu lah kot eh?

Sesi beramah mesra. Kau pegang aku. Aku pegang kau.


Tetiba bosan pulak dengan each other.

Terus mintak dukung. Muehehe.



Pastu nampak riben Sofia, tarikkkkkkkk.

Eh eh kolar baju Sofia? Tarikkkkk.

Muka Sofia pasrah je.



Sehelai baju? Tarikkkkkkk.

Belakang baju? Tarikkkkkk.


Sofia muka sedih je kena buli.



Lalu Sofia pon balas dendam. Dipicit-picit pulak muka anak aku.

Sebelum ada baju atau anggota badan yang hilang,baik lah leraikan depa dua ni.

Han 6 bulan, Sofia 8 bulan. Tak sampai setahun pon lagi depa hidup, macam ni ah perangai.Maafkan lah mereka berdua ye. Kihkih.


ok bye!

Review: Fuego Troika Sky Dining. Makan sambil layan sunset berlatarbelakang kan KLCC :D

$
0
0
Haritu saja try makan dekat Fuego Troika Sky Dining ni. Tempat ni dekat sebelah KLCC dalam bangunan The Troika. Dalam ni ada banyak restoran,ni aku try dekat Fuego. Nak datang sini kena booking dulu. Kalau main terjah je,memang tak dapat tempat lah jep. Tempat ni tak besar sangat untuk sumbat orang ramai. Hehe.

Fuego ni ada 2 time untuk reservations. Boleh pilih nak pukul 6:30pm or 8:30pm.

Ni ambil session 6.30pm. Haa Seketul Han tu bukan boleh dibiar lama sangat sorang-sorang tu. Pantang nampak benda terjuntai sikit,semua dia nak tarik. T_T"


Kalau ada tempat-tempat makan sambil layan view ni memang salah satu benda yang ada dalam top list untuk aku dengan husband pergi lah.Kitorang memang suka layan view ni. Dah hari-hari layan view muka masing-masing,sekali-sekala layan view city lah pulekkk. Haha.




Si Jofliam ni haa yang beriya sebenarnya nak makan sini.Ni makanan yang kitorang order haritu. Husband aku cakap kalau nak makan dekat sini,satu kepala kena order makanan minimum RM100. Means aku makan dekat sini 2 orang,so kena makan lebih RM200 ah camtu.

Eh eh macam pelik pulak.Suka hati kita lah nak order sikit ke banyak kannn. Kenapa ada syarat cenggitu pulak ni.Aku macam ragu-ragu gak betul ke husband aku cakap ni? Dia kata,"Betulll. Dah research dah sebelum datang,memang at least sorang kena order minimum RM100". Dia tengok dekat website ke facebook tah. Tapi aku cari tak jumpa pulak syarat tu. Kalau dia tipu aku ni,maknanya aku tipu korang lah ni. Haha.

Tapi muka dia macam serious je,so betul ah kot begitu syarat nya.Sebab nak duduk sini pon kena booking,tak boleh main terjah and boleh duduk pon 2 jam je. Nak lepak lama-lama sorry ye,ada lagi orang ramai nak makan sambil layan view di sini. Kau ingat kau sorang je nak merasa makan di sini? Wuuu.




Soft Shell Crab as Nachos - RM 35.

Soft Shell Crab ok, sedap jugak. Kitorang memang suka soft shell crab. So far kalau order soft shell crab dekat mana-mana pon memang suka je makan.

Cod croquettes - RM40

Ada 4 bijik bola. So sebijik bola harga RM10 ah kot. Kehkeh.Yang bebola ni di cover dengan seaweed (kot? agak nya ah seaweed) not bad jugak untuk selera tekak aku.

Rib-Eye - RM135


Nak order ribs sebenarnya,ter order rib-eye pulak. Pfttt. Rasa dia plain bagi aku. Aku lagi prefer steak Tony Roma's lah daripada yang ni. Huhu.

Grill Watermelon- RM30


Sebab nak cukupkan syarat takut harga tak lebih RM200,order lah grill watermelon.


Emm emm yang ni rasa macam tembikai je. Memang lah kan. Dah kau order pon tembikai,tak kan rasa durian pulekk.




Raspberry Ice Tea-Rm18

Personally,makanan dia bagi aku biasa-biasa je.Kalau betul-betul sedap gila,memang tak kisah pon nak bayar mahal. Tapi rasa dia plain je.Huhu. Atau maybe aku salah order ke hape tak tahu lah. Atau mungkin juga aku bertekak melayu totok? Tapi bagi aku harga dia overpriced lah.

Cuma dia menang dekat view lah.

Oh ye kalau korang makan sini,jangan lupa request makanan free alcohol ye. Dekat sini tak ada serve pork. Cuma ada sesetengah menu dimasak dengan wine. Tapi waiter dekat situ nampak aku pakai tudung,memang dia dah suggest siap-siap makanan halal. Yang free hair tu jangan lupa request halal food and free alcohol ye.


 Aku suka interior dia,simple but nice. View dia memang tak payah cakap ah. Memang superb! Sambil layan view,sambil layan music yang dorang pasang. Memang kena sangat lah music yang dorang pasang sambil feeling-feeling dengan couple :D



.


Haaa haaa seketul Han tu cepat je tangan dia nak tarik.Heppppp.

Haaa nak tarik pinggan pulak dahh.


Tempat ni memang sesuai sangat untuk husband and wife feeling-feeling candle light dinner. Sambut birthday/anniversary dekat sini pon best.

Han. Pandang camera sana tu.


"tanakkk nak main tarik-tarik"


Terus feeling terbang di awangan bila papa kiss sambil berlatarbelakang kan KLCC berlampu :D

Dari petang,tengok sunset sampai ke malam layan view. Cantik sangat!

Nak solat maghrib,boleh tanya dekat staff dekat mana surau dalam bangunan.Aku pon dah lupa level berapa.

Sampai bil,total semua RM300.80.
Harga makanan RM258 je.Campur service charge and GST,jadilah RM300.80.




Cantik sangat kan view dia?

Banyak juga mat saleh and foreigner makan dekat sini. Setiap minit diorang dok tangkap gambar view.Diorang macam kekaguman je layan sunset sambil tengok KLCC. Kehkeh. Macam bangga pulak jadi orang Malaysia bila orang luar kenal Kuala Lumpur KLCC.Ececececehhh.

Maybe view dia tak ada lah gempak macam dekat New York ke  Las Vegas ke USA ke apa,tapi still dapat layan view yang tertarik menarik kau memang the bomb lah. Heee


Yang suka makan sambil feeling-feeling layan city view tu boleh lah datang sini.

ok bye!

Protect True Love #ProtectTrueLove

$
0
0
Eh eh macam mana ada padlock nama 'Cik Epal' ni?

Padlock tadi tu sebenarnya untuk letak dekat Love Lock Structure ni untuk #ProtectTrueLove kita.
 Love Lock Structure ni dekat Farenheit 88. Betul-betul depan Uniqlo.

Sebelum nak lock padlock ni dekat sini,pose dulu seketul. Hehe.

Pad lock ni boleh customize nak letak nama apa. Boleh juga gabungkan nama dengan orang yang kita sayang. Nanti datang Love Lock Structure dekat Farenheit 88 ni cuba cari padlock aku. Mesti jumpa punya :D

Kalau orang yang aku sayang dan aku nak protect,dah semestinya orang itu ada lah Han. Sayang sangat dekat Han ni. Dari dia dalam perut,belum wujud dekat dunia ni pon dah sayang dia.Walaupun semenjak ada dia,waktu tidur dah terumbang-ambing,tapi setiap hari mesti nak tengok muka dia tanpa jemu. Kadang-kadang dia tengah tidur pon rasa rindu je dekat dia,sebab nak dia bangun nak main dengan dia sentiasa. Tapi kadang-kadang bila dah bangun tidur dia nangis dan berperangai pelik-pelik,nak suruh dia tidur balik lah pulak. Haha.

Setiap hari mesti rasa gembira je tengok progress tumbesaran dia. Seboleh-boleh nya nak bagi dia pendidikan dan perlindungan yang terbaik dan nak jaga dia elok-elok.




Dia pulak dok menung tengok padlock dah kena lock dekat situ. Hehe.



Oh by the way, Zurich menyediakan penyelesaian insurans yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia.Apabila kita benar-benar sayang dan prihatin terhadap seseorang atau sesuatu, kita boleh lindung mereka dengan cara yang terbaik iaitu dengan perlindungan Zurich.


Korang semua boleh join Contest #ProtectTrueLove ni. Cara nak join pon senang je:


• Lawati http://protecttruelove.com atau http://zurich.com.my 
• Customize virtual locks dengan memasukkan dua nama dan tarikh.
• Upload 3 gambar orang yang tersayang & sedikit description (tidak melebihi 1,000 perkataan) tentang bagaimana anda #ProtectTrueLove yang tersayang.
• Isikan maklumat peribadi dan hantar penyertaan.





Hadiah dia semua best-best!



Hadiah Utama: Travel Voucher Bernilai RM5,000.00 ! Wuhuuu best nya boleh melancong :)





Hadiah Kedua:  iPhone 6s X 2 (RM3,200.00 setiap satu)
Hadiah Ketiga: RM500 Tunai X 10
Hadiah Saguhati:Barangan  Zurich X 100

Menarik kan? Korang semua pon mesti ada orang yang korang sayang dan korang nak protect kan? Join lah contest #ProtectTrueLove ni. Untung-untung dapat hadiah best-best ni!



Boleh join dekat sini: http://protecttruelove.com 



Honeymoon Korea (part 3) : Banana Uyu, restoran halal di Itaewon dan kunci cinta di Namsan Tower. Kehkeh

$
0
0

Ok sambung balik cerita honeymoon Korea yang dah basi tapi baru nak update. Muehehe.Tah bila tah nak habis tak tahu ler.Ni part 3. Nak baca yang sebelum ni boleh baca:




Time ni lunch dekat Itaewon. Kalau dekat Korea, Itaewon ni memang tempat yang banyak restoran makanan halal. Kalau nak cari makanan halal,boleh ke Itaewon.

Time ni kitorang makan Mr.Kebab ni je.

Kemain abang arab ni posing. Nak glemer masuk blog letteww. Kuikui.


Air mineral bahasa korea dan kebab. Rasa kebab ok-ok lah. Boleh lah ditelan.

Sepanjang berjalan dekat Itaewon ni memang banyak jumpa perempuan pakai tudung/shawl. Banyak juga terserempak dengan orang Malaysia dekat sini.

Lepastu solat dekat masjid Itaewon ni.

Selalu nampak gambar masjid ni dekat internet tapi tak pernah ambil tahu pon dekat mana. Ni baru lah nampak depan mata.Masjid ni dekat Korea rupanya. Cantik!

Kitorang kalau travel tak pernah lagi ambil travel agent.Dekat Korea ni pon pergi mana-mana semua berpandukan map je.Ada subway ni senang,tak ada lah sesat.Lepas dah makan dan jalan-jalan dekat Itaewon,kitorang ke Namsan Tower pulak.Kitorang naik Subway line 4 dan stop kat Myeongdong Station pastu keluar ikut Exit 3.

Lepastu cari bangunan untuk naik Cable Car,dekat situ banyak kereta parking dan taxi.Pastu pergi ke bangunan tu dan beli tiket untuk naik Cable Car ke Namsan Tower. Beli tiket pergi balik harga 6,300 won seorang.

Dekat Korea ni banyak gila berjalan. Dekat subway pon banyak tangga.Aku ingatkan lepas dah naik cable car tu dah sampai la dekat Namsan Tower tu tapi rupanya kena jalan lagi sikit. Memang agak jauh jugak, dah lah naik tangga pastu berbukit sikit pulak tu.  Pulak-pulak time ni aku tengah pregnant.Penat jugak lah berjalan.




Ini lah Seoul Tower, Namsan Tower.




Nak ke tempat kunci padlock tu pun kena naik tangga lagi.Perghh.  Memang agak penat lah nak ke Namsan Tower ni. Ke sebab aku pregnant aku rasa penat nak jalan? Tapi memang letih ah,ye lah pergi tempat tinggi kan.

Yang bentuk macam pokok tu semua penuh dengan padlock. Ramai betul manusia kunci cinta mereka  dekat sini.

Bukan aku yang berat benau sampai kerusi ni melendut begitu ye.

Kerusi ni memang bentuk gitu ye.Harap maklum.

Tapi style jugak kerusi ni. 


Kitorang pon tak melepaskan peluang untuk mengunci cinta dekat Namsan Tower ni. Kahkah. Time ni pon masih dalam fasa honeymoon lagi,bagi can ahhh nak geli-geli. Wahaha.Dah alang-alang sampai Korea naik bukit tinggi-tinggi,join the fun je lah.Muehehe.Tapi confused jugak dekat celah bedah mana nak letak padlock ni? Sebab dekat bawah dah full,nak letak atas palang ni lah. Tapi tak muat pulekkk.


Emm letak dekat sini,tenggelam pulak dek padlock-padlock lain.

Teropong jap ah dekat mana lokasi terbaik nak letak padlock ni :D

"Haa jumpa dah. Port baekkk ni."

Akhirnya dekat tiang lampu juga jadi pilihan Jofliam nak letak padlock. Konon cinta paling tinggi antara semua padlock.

Pooodahhhh :p

Dah siap mengunci padlock di tiang lampu paling tinggi. Layan view dan sunset pulak dari atas tu.


Lepastu turun bawah naik cable car.

Dah turun dari Namsan Tower ni, cek handphone, tetiba rasa macam hiang. Cuak gak masa ni.Dah cari dalam poket dan beg semua tapi tak jumpa. Sah memang hilang ni. Aku syak tercicir dekat atas. Terpaksa lah naik atas balik.

Cari-cari dekat atas balik,nasib baik jumpa handphone aku.Fuhhh. Elok je landing bawah seat.Nasib baik tak ada orang curi.Aku syak tercicir time duduk dekat seat sambil tunggu turn naik cable car.Kalau dah balik hotel baru aku rasa nak tengok handphone,memang selamat dah ler handphone aku tu. 2 kali lah ulang alik.Beratur lagi nak turun cable car. Beratur punya lah ramai orang.Huhu.


Nak balik hotel naik subway.Bila sampai dekat laluan bawah subway tu,banyak juga stall yang jual snack. Aku terberhenti satu kedai ni.Tengok bola-bola ni macam menarik je. Lepastu orang kedai tu tengok aku perhati je benda ni. Dia tanya.

"Malaysia?"

Aku pon angguk je lah "Yess yess Malaysia"

Kau kalau datang Korea ni English tak payah proper sangat.Sembang macam ayam dengan itik je pon.Orang senang nak tahu kitorang orang Malaysia maybe sebab cara aku pakai shawl kot. Tapi ada jugak orang ingat dari Philiphine/Thailand. Dekat airport ada yang ingat kitorang dari Philiphine.Tapi bila lalu tepi-tepi jalan dekat Korea ni kang ada jugak yang tetiba "sawadikappp" kat aku. Ko dah kenapa? Kahkah.

Ok sambung balik kes dekat kedai ni. Pastu orang kedai tu tunjuk gambar-gambar orang yang pernah pergi kedai dia ni.Banyak lah gambar orang melayu yang pernah datang. Pastu dia tunjuk dekat gambar tu "Malaysia..Malaysia"

Macam dia nak bagi tahu orang Malaysia banyak lah beli benda ni daripada dia.Pastu aku tanya lah "halal?"

Tapi dia paham.Dia cakap "Halal Yes! Malaysia Yes!"

Hahaha Malaysia Yes pon bolehhh. Aku pon beli lah satu perisa pisang. Yang warna kuning.


Cara nak makan dia kena ketuk macam ni.Nanti dia dah hancur berkecai baru senang nak makan.

Waa macam rare gak benda ni. Nak makan kena ketuk dulu pakai hammer kayu. Hihi.

Benda ni macam biskut lah.Aku lupa sebenarnya rasa dia macam mana sebab aku pergi ni pon tahun lepas time baru-baru kahwin. Tapi yang aku ingat rasa dia macam tak sedap gak ah. Hahaha.


Tapi kalau korang nak try boleh je.Kot-kot lah korang suka dan kena dengan selera tekak korang.Taste orang kan lain-lain kann.




Sebelum balik Hotel,si Jofliam ni nak shopping pulak. Lupa dah aku dia beli apa time ni. Tapi yang pasti ahkak yang jaga kedai ni kerek gila. Layan macam nak tak nak je.Tak tahu lah sebab dia tak pandai cakap english ke hape tapi yang pasti dia kerek ah. 

Suami aku beli apa aku tak ingat. Tapi ke 'kerek' an ahkak ni aku ingat pulak. Nampak tak manusia ni kalau buruk orang memang cepat je ingat? Wakakaka.




Sebelum balik hotel, wajib beli susu pisang aka Banana Uyu ni dekat 7 Eleven.

Hari-hari dekat Korea ni memang ngadap susu pisang ni je lah. Sedap. Aku suka sangat! Dah ah aku ni memang hantu susu.

Tapi aku pernah jumpa ah yang susu pisang kotak macam ni jual dekat Malaysia. Dekat pasaraya yang jual barang-barang import selalunya ada jual yang kotak ni.Haritu excited nampak and terus beli.Tapi hampa. Yang susu pisang kotak ni tak sedap ah. Rasa macam pati pisang tu kuat semacam. Tak tahu nak explain macam mana tapi tak sedap ah.Lain maciam rasa  dia dengan yang dalam botol tu.

Yang susu pisang dalam botol ni jugak enak dan lazat.Rasa susu dia smooth je dan sedap ah.Time pergi Korea ni,memang sedap je ah aku gulp gulp telan susu pisang ni setiap hari.



Ok macam penat pulak nak taip dah. Nanti sambung lagi ah part 4. Heeee. ok bye!






Milk Booster Semulajadi Untuk Susu Banyak dan Tips Breastfeeding

$
0
0



Haritu ada yang komen dekat instagram aku ( https://www.instagram.com/cikepal06/ ) suruh aku share 'milk booster'. Aku guna milk booster yang serasi dengan aku je dan semuanya senang nak dapat dekat mana-mana. Semuanya makanan semulajadi yang tinggi kandungan fiber. Lain orang lain milk booster nya. Tapi aku share je lah eh milk booster semulajadi yang aku amalkan untuk banyak kan susu:

Sup lobak putih

Orang tua-tua cakap sup lobak putih ni boleh tambahkan susu badan.Dalam pantang,memang aku selalu makan sup lobak putih ni.Nak buat sup lobak putih ni pon senang sangat. Mula-mula tumis bawang dan halia dengan sedikit olive oil,lepas tu masuk lobak putih dan masuk air. Garam sikit. Nak tambah apa-apa stok yang ada dalam peti ais pon boleh. Kalau ada ayam,aku tambah ayam.Lepastu tabur daun sup.Senang je. Yang penting sedap dan kerkhasiat :)



Kurma

Kurma ni memang power khasiat dia. Dari pregnant sampai lah dah beranak ni memang selalu orang kata elok makan kurma.  Kurma ni kalsium dan zat besi dia tinggi. Kalau aku rajin, aku buat jus. Ambil 5 biji kurma,buang bijik,lepas tu aku blend dengan susu HL. Sedap sangat!

Kalau aku malas buat jus, aku makan macam tu je. Tapi bagus lah makan kurma ni.Kurma ni salah satu milk booster yang power jugak.



Jantung pisang

Jantung pisang antara milk booster yang terbaik jugak.Jantung pisang ni banyak manfaat dia sebab ada vitamin A, vitamin B1, vitamin C, mineral penting,kalsium dan zat besi.  Jantung pisang ni aku selalu rebus pastu makan dengan nasi.Cara-cara masak dia pon senang je. Buang kulit keras dekat jantung pisang tu dan tinggalkan yang lembut(bahagian sedikit putih). Cuci bersih-bersih.
Belah 2,rebus dalam air dengan sedikit garam & sedikit minyak. Bila dah empuk angkat dan toskan.Pastu makannn :D


Jus pegaga

Pegaga selalu aku buat jus. Blend pegaga jadi jus. Lepas tu letak gula batu. Jangan campur gula biasa tau. Guna gula batu.

Air Horlicks


Ni milk booster paling sedap lah bagi aku. Minum hari-hari pon takdehal. Hehe.Mula-mula pelik gak betul ke air horlicks ni boleh tambahkan susu badan? Tapi for me, macam berkesan jugak. Dalam air horlicks ni ada folic acid, gandum,susu,malted barley and etc. Horlicks ni dikatakan 'milk booster' sebab ada malted barley tu. Kalau nak tahu,lembu-lembu dekat New Zealand tu dibagi makan MALT untuk banyak kan susu.




Aku tak ada amalkan supplement produk apa-apa.Benda ni je yang pernah aku ambil untuk 'milk booster'.Semua benda senang nak cari.Sup lobak putih,kurma,ulam-ulaman,jantung pisang,pegaga dan air horlicks. Aku elak kan minuman bercoklat sebab risau kalau baby tak tahan panas atau sembelit.Hari-hari memang wajib minum air masak banyak-banyak,3 liter sehari.





Tapi kalau dah ambil milk booster ni jangan lah ingat susu kita terus melimpah ruah hingga ke ladang gandum dengan serta merta. Goyang kaki je sambil tengok tv rilek-rilek tetiba susu banyak. Amboi mak enon. Tidak lah mudah sebegitu ye. Hehe. Kena juga direct feeding dan pam untuk penghasilan susu badan yang lancar. Konsep nya mudah je. Ada permintaan (demand),ada bekalan (supply). Lagi banyak pengeluaran lagi banyak penghasilan susu badan yang baru. Jadi breast pun sentiasa penuh. 



Selagi ibu tidak kerap menyusukan anak (1-2 jam sekali), bila anak bersama terutamanya pada waktu malam dan tidak mengosongkan payudara (mengepam 2-3 jam sekali) bila anak tidak bersama memang susu tidak akan terhasil walaupun anda makan milk booster berharga seploh juta sekali pun.










Ni lah dia budak kuat menyusu tu :D







Tips Breasfeeding


1) Kerapkan direct feeding : 
Direct feeding adalah stimulation terbaik. Kalau tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari. Pastikan ibu benar-benar mengosongkan breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Pam dengan kerap 
Jangan skip sesi mengepam.Kosongkan payudara sepenuhnya setiap kali sesi mengepam.Pam 2-3 jam sekali.

3) Banyakkan minum air kosong. 
Minumlah air yang banyak,. Fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus. Pasti kan ibu banyak minum air masak. Kalau minum air kosong  suam lagi best :)


4)Amalkan pemakanan sihat dan seimbang 
Amalkan makanan yang sihat dan seimbang seperti sayur, buah-buahan dan protein (ikan, daging dan telur) sebab sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan sudah siap sedia ada dalam semua makanan semulajadi macam tu.Kadar penyerapan nutrien (zat) oleh tubuh badan kita lebih mudah diserap  kalau khasiat itu dari makanan semulajadi yang kita makan.

5) Banyakkan berdoa. 
Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.Allah yang beri rezeki susu badan buat anak kita. Yang penting kena istiqamah, konsisten dan rajin. 


Good luck mommies! :)


Nak bagi susu banyak dan pekat

$
0
0


Dah 6 bulan dah budak kuat menyusu ni.Kejap je rasa.Semoga membesar dengan sihat ye anak.

 
Nak bagi susu banyak dan pekat sebenarnya kena pandai handle cara kita create demand pada badan, macam mana kerap kita kosongkan breast sama ada melalui hisapan bayi atau jadual pam. Makanlah apa pun dengan enjoy sebab semua itu boleh jadi milk booster. Yang penting, pilihlah makanan yang berkhasiat. Diet yang sihat untuk ibu menyusu perlulah mengikut piramid makanan.

Kena faham dengan konsep. Makan bukan untuk banyakkan susu tetapi untuk pastikan simpanan zat dalam badan yang dah kita guna waktu produce susu dapat diganti supaya kita kekal cergas dan bertenaga. Sebab tugas seorang ibu ni bukan nak hasilkan susu je tapi banyak benda kerja buat. Nak jaga makan minum suami,gosok baju suami,basuh-sidai-lipat baju,kemas rumah,memasak lagi, and etc. Semua tu guna tenaga kan?

Kesimpulan nya,untuk ibu yang breastfeed baby,enjoy je makan tapi makanlah makanan berkhasiat . Sebab kita lah pembekal khasiat yang utama untuk anak melalui susu ibu. Boleh tengok tips breastfeeding yang aku update dekat ENTRI INI :)

Tempat beli barang baby rare dan murah! Babydash!

$
0
0

Dulu time belum kawen lagi,kalau online je mesti tengok online shop yang jual tudung,baju dan handbag. Sekarang dah jadi mak-mak ni,barang-barang sendiri dah jarang pulak usha. Selalu usha website yang jual barang-barang baby je. Kalau tak beli pon,suka je tengok barang-barang baby ni. Maybe sebab barang-barang baby ni comel kot tu sebab suka je usha. Hehe.



Ni aku nak share satu website untuk beli barang baby yang murah! Barang-barang yang susah nak cari kadang-kadang dekat kedai baby pon ada dekat website ni. Untuk ibu bapa yang bekerja atau yang ada anak kecik berderet ramai dan yang tak ada masa sangat nak beli barang baby dekat kedai,boleh beli barang-barang baby online dekat website ni je. Highly Recommended!







Memperkenal kan BabyDash! 


Baby dash ni kedai online yang menjual barang keperluan harian bayi 
macam diaper, susu, baby food, wet wipes, bath & skincare
products dan banyak lagi!




Kalau kita nak beli barang baby selalu nya kita kena pergi kedai baby yang khusus kan? Tapi dah ada website BabyDash ni memang semua benda boleh dapat dalam satu tempat je.Best gila!


Contohnya diapers & wipes ni.Tengok brand-brand yang ada dalam website ni. Semua brand yang famous dan berkualiti ada dekat sini. Ada sesetengah produk yang aku rasa lagi murah dari dekat kedai.

 Nak beli sabun mandi atau krim baby semua ada!

Cute sleeping bags! Comel nya!!


Untuk pastikan persekitaran baby kita sentiasa bersih.Boleh cari Produk Friendly Organic™ ni dekat website ni! :)


Comel nya bandana bibs ni! Kena beli ni untuk seketul Han! Ehehehe. 

MUSTELA dah ada travel sets! Yayyy!  Senang nak angkut pergi travel bila bawak baby.

Best selling maternity range from MUSTELA pon dah ada travel pack sizes untuk korang cuba.














Baby Carrier pon ada jual tau! Ada diskaun pulak tu!


Nak cari baby sling? Pon adaaaaa. Suppori baby sling ni dari Jepun. Ringan, padat dan mudah je untuk digunakan!



Yang baby dah masuk 6 bulan,dah boleh start makan solid food tu boleh lah usha food processor dekat website ni. Ice packs, steriliser, home & car warmer, milk storage bags and food processor semua ada woh!

Yang aku suka pasal website BabyDash ni sebab barang-barang rare dan susah nak dapat memang ada dalam website ni.So senang je lah. Shopping dekat sini je.



Jangan lupa cek SALE items. Memang semua produk under SALE ni murah-murah betul.



Kalau mak-mak masuk website ni mesti suka sebab memudahkan kerja sangat! Tak payah penat-penat nak pergi kedai baby. Tak payah penat-penat nak berkejaran dengan anak-anak bila keluar. Mana nak cari barang baby lagi,mana nak cari baby yang laju je berlari tah kemana. So Baby Dash ni solution yang memudahkan ibu bapa dekat luar sana.



Rambang mata aku masuk website ni.Rasa macam semua nak beli. Haha.Oh ye,kalau korang shopping dekat sini jangan lupa guna promo code "CikEpalRM20" ni untuk next purchase dekat Babydash tau! Boleh dapat diskaun RM20. Tapi register dan create account dulu tau! Baru boleh guna code tu :)

Pampers habis? Nak beli toys untuk baby? Nak beli baby carrier? Susu nak expired? Jangan risau, Babydash ada!

Happy shopping ibuk ibuk dan bapak bapak sekalian! Ehehe :D




Honeymoon Korea (part 4) : Gyeongbokgung Palace dan Odeng Fish Cake

$
0
0
Anneyo sayo aniyo kamsa hamida sayo sayo poyo porroro. Anneyo.

Wahhh pandai nya aku berbahasa Korea. Muehehe :D







Breakfast time ni kitorang pergi mart je,macam 7 eleven tu. Cari kimbap. Kimbap ke Gimbap hape tah nama benda ni. Tapi yang pasti bukan lembap ah nama dia. Kehkeh. Boleh layan perisa ni je. Tuna Mayo.Yang lain ada daging.Daging tak boleh ah makan kan,sini mana sembelih. Boleh lah makan kimbap ni untuk isi perut.

Member aku study dekat Korea ada whatsapp suruh minum susu ni. Dekat mart/7eleven ada jual.Susu ni boleh minum. Sebab time pergi Korea ni aku tengah pregnant. Dia kata almond milk ni bagus untuk perempuan mengandung minum. Aku pon beli je ah. Tapi aku tak berapa suka sangat rasa almond milk ni. Susu pisang aka banana uyu tu lagi sedap ah. Hehe. Tapi almond milk ni healthy lah yang pasti.

Destinasi kitorang yang pertama di hari tu ialah ke Gyeongbokgung Palace.  Dah breakfast kimbap dengan almond milk tu,kitorang naik subway. Kitorang tak ada travel agent,pergi sendiri je tengok map. Travel mana-mana tempat mesti ambil map/subway map. Ada subway map ni senang. Jarang lah nak sesat.


Untuk ke Gyeongbokgung Palace ni, kena naik Subway line 4 (warna Hijau) dan turun di stesyen 327 Gyeongbokgung. Sampai dekat situ,kitorang terus keluar dekat Exit 5. Nak keluar subway tu korang kena tahu exit number berapa. Kalau tak,nanti korang confused dan sesat-sesat ayam pulak. Ehehe.

Direction nak ke Gyeongbokgung Palace. Untuk senang nampak:

Myeongdong Station.  -  Chungmuro Station.  -  Gyeongbokgung Station. (exit 5)

Subway dekat Korea ni dekat bawah tanah. Ada yang tanya aku Subway tu apa? Sama mcm kedai Subway yg jual sandwich tu ke? Haha. Tak lah mak enon.Subway ni keretapi laju bawah tanah. Dekat London pun ada. Dekat London nama dia tube underground. Tapi dekat Korea ni, dipanggil Subway. Ok.Faham ke tidekk? Ehehe.

Tapi subway dekat Korea ni semua tangga tinggi-tinggi. Jenuh ok turun naik tangga. Dekat subway pon memang banyak tangga.Dekat Korea ni memang banyak gila jalan turun naik tangga. Nasihat aku, pakai lah kasut/sport shoe yang selesa.






Gyeongbokgung Palace. Ini lah palace yang ada Royal Guard Changing tu. Ni pintu dia.Pintu dia macam ada banyak jugak.

Gyeongbokgung Palace ni merupakan palace zaman dulu yang sangat terkenal di Korea. Gyeongbokgung Palace ni antara tempat popular yang wajib dilawati kalau korang ke Seoul. Baik pergi melalui pakej atau sendiri, korang memang akan sampai dekat sini sebab tempat ini terletak dekat tengah-tengah kota Seoul.Orang kata kalau pergi ke Korea, tak sah kalau tak ada gambar dekat Gyeongbokgung Palace ni. So meh lah kita bergambar di sini :D




Tengah dok syok ambik gambar, tetiba ada announcement yang maklumkan kejap lagi ada Royal Guard Changing Ceremonies dekat depan entrance gate. Dari jauh dah dengar bunyi gong tanda upacara pertukaran pengawal istana nak start. Baru aku tahu yang Royal Guard semua ada dekat depan pintu utama. Aku ingat kan Royal Guard Changing Ceremonies ni dekat dalam perkarangan istana. 







Jadi, inilah rupanya Royal Guard Changing Ceremonies. Untung jugak kitorang sebabnya baru je sampai ke Gyeongbokgung Palace, tak lama lepas tu dah dapat tengok acara ni. Sesiapa yang nak pergi Gyeongbokgung Palace ni, jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri  depan mata upacara Royal Guard Changing Ceremonies. 


Apa yang menarik perhatian aku adalah pada pakaian yang berwarna-warni, alatan dan kehalusan seni diorang.Suka tengok Royal Guard Changing Ceremony,baju memasing dah ah colurful. Pastu dengan bendera berkibaran. Nampak sangat cantik.



Royal Guard Changing Ceremony ni ada 6 kali sehari dari pukul 10am-3pm .




Kawasan luar istana ni di penuhi pasir putih je. Macam padang jarak padang terkukur gituww. Tapi pelancong yang melawat memang ramai. 
Tiket nak masuk Gyeongbokgung Palace ni berharga KRW3,000 (dalam RM10).Tapi kitorang tak masuk.


Dekat Korea ni bukan takat ada satu palace je tapi banyakkk. Cukuplah kitorang masuk satu palace je nanti. Ni bergambar dekat luar pon jadikk lah. Motip lah semua palace dekat Korea ni nak masuk.Muntah hijau nanti kang kalau pergi banyak sangat palace.hehehe. 

Next entry aku tunjuk palace yang kitorang masuk.

Dah keluar dari kawasan Gyeongbokgung Palace, apa lagi kerja aku? Cari susu pisang aka banana uyu lah. Sedap betul slurpp slurpp susu pisang ni.


Susu ni berharga KRW1300 (dalam RM4) sebotol. Time aku pergi ni dah naik harga susu ni. Dulu lagi murah. Sekarang tak tahu lah kalau naik lagi harga dia.Susu ni ada banyak perisa tapi yang paling aku suka of course lah susu pisang. Apa yang boleh aku kata, sedap weh! Sekali sedut dah habis. Hihi.

Terus kan perjalanan. Nampak bangunan ni. Style betul. Bangunan dipenuhi dengan daun-daun.


Tak tahu ni apa. Office kot. Tapi lawa ah.

Kena lah bergambar dengan signboard bahasa Korea, baru lah nampak ada dekat Korea. Haha motip sangat.


Dalam perjalanan nak pergi next palace (istana) , nampak ni. Perghh teruja betul nampak odeng/fish cake ni. Selalu nampak dak-dak Running Man makan. Odeng/fish cake ni boleh makan tapi pastikan korang cari tempat yang tak jual daging lah. Bersepah je odeng ni tepi-tepi jalan dekat Korea tu.

Ni lah fish cake, ala-ala dalam drama korea tu. Orang dekat sana panggil odeng. Dia hanya guna air rebusan bubuh cili kering atau lobak putih. Selalunye sup dia tu plan je tapi odeng tu yang rasa sedap. Nyum nyum!


Harganya KRW1,000.Dalam RM3 lah selidi. Makan pulak dengan sup panas-panas.Perghhh layan beb.Aku teringat cerita Boys Over Flowers yang Gu Jun Pyo makan fish cake. Sekali ngapp empat cucuk dia sumbat masuk mulut,nampak sedap gila je odeng tu.Bila tengok Yoo Jae Suk dalam Running Man makan odeng ni dengan gelojoh nya, lagi ah nampak macam sedap gila-gila. Lagi lah teruja nak try! Haha.






My Gu Jun Pyo. Auww chak auww chakk.Nasib baik rambut tak gulung-gulung. Kihkih.


Kalau makan time sejuk memang best odeng ni. Sup dia kaw-kaw punya panas. Kalau aku,aku makan odeng je.Sup aku tak makan.Sebab aku tak boleh nak hirup benda panas sangat. Tak reti.
Husband aku ni feeling-feeling Gu Jun Pyo (ahak!) ,bila makan je hirup sup panas dia sekali.Ehehe.

Inai dekat jari pon tak hilang lagi time ni.Punya lah berzaman honeymoon dekat Korea ni baru aku nak update. Hihi.

Ni tapau lagi odeng.Makan panas-panas sambil berjalan nak ke next palace. Sedap nyaaa.

Bersambung.......










Best lah Estee Lauder Beauty Playground. Suka Kendall Jenner lipstick ni.

$
0
0
Suka sangat exclusive limited edition Kendall Jenner Shade in Restless ni! Warna merah dia letop sangat.Tahan lama. Bila makan minum pon warna still ada. Suka!




Haritu pergi event pelancaran Estee Lauder #BeautyPlayground dekat Sunway Pyramid. 

Congratulations Estee Lauder Malaysia for launching the World’s first #beautyplaygound concept store in Sunway Pyramid! Style gila konsep #beautyplayground ni.  Kalau korang jenis yang up to date dengan majalah atau apa-apa beauty news,mesti korang tahu 'current IT GIRL' dan wajah terbaru Estee Lauder sekarang ni adalah Kendall Jenner. Kendall Jenner ni cantik sangat.Aku suka dia :D





Lepas opening, ada beauty Kendall Jenner inspired makeup demonstration by Estee Lauder Global Makeup Artist, Leo Wong. 


Semua orang berdiri dan fokus je bila Leo Wong mencantikkan model dan share beberapa tips kecantikan.


Dekat beauty playground store ni,ada 6 play areas untuk kita explore. Meh aku tunjuk 6 play areas tu.

#1 Glow On: Dekat play area ini, korang akan dapat bercakap dengan mana-mana Estee Lauder beauty specialist untuk membantu korang mendapatkan kulit sempurna dengan produk penjagaan kulit.


First step mesti lah nak kulit cantik dan glowing kan? :D


#2 Glam Up:  Play area ni memang banyak make up.Tempat ni seronok lah untuk mix and match warna dan cipta personal look yang unik dan sesuai dengan peribadi kita :)



Yang suka make up, mesti suka play area ni. Rambang mata nak pilih.



#3 Get Polished :Yang suka mencantikkan kuku,ni spot korang. Dekat play area ni,ada meja khas untuk membantu korang dengan nail art inspiration dan tips.



Ada sample juga untuk dicuba dekat play area ni.



#4 Mix & Mingle: Tempat wangian dan bau yang menarik jiwa raga. Ecehhh.Wangian yang terbaru akan ada dekat dinding ni.





Tak tahu nak bagi hadiah apa dekat isteri/kakak/adik/kawan baik? Haaaa grab je gift set ni. Memang dah siap bungkus cantik-cantik dah.Yang suka makeup mesti suka dapat hadiah ni.




#5 Strike A Pose: Dah make up cantik-cantik,jangan lupa pose dan selfie dekat play area ni.Apa yang special dekat photo wall digital ni adalah korang boleh memilih latar belakang pilihan korang berdasarkan mood atau gaya korang untuk hari tersebut.










#6 ‘Chill with Kendall Jenner’: My favourite play area! Aku dah ah suka gila Kendall Jenner ni. Memang setiap season aku layan Keeping Up with The Kardashians tu. Dari dia kecik comel-comel sampai dah besar, dia ni maintain je jelita. Dekat play area ni,ada semua Kendall Jenner favourites products and looks.



Boleh check out Kendall Jenner’s latest looks dekat Ipad ni untuk mengetahui apa produk kegemaran dia untuk memberi lebih inspirasi kepada new looks.

Lipstick kegemaran yang terbaru.Weeee.

Memang aku suka sangat exclusive limited edition Kendall Jenner ni.




Balik je rumah tengok goodie bag. Suka pouch dia. Funky sangat! Kebetulan aku memang nak cari travel makeup bag dengan barang-barang makeup untuk travel. Bila dapat ni rasa seronok gila. Dah lah memang dapat size comel-comel. Memang sesuai sangat lah nak bawak travel. 



Dalam pouch ni ada Estee Lauder products -
Pure Color Eyeshadow,Advanced Night Repair (Dah try advance night repair ni malam tadi. Bangun pagi kulit rasa lembut je. Suka!),  Double Wear Zero Smudge Mascara (mascara paling cute aku pernah guna ni) and ModernMuse Eau De Parfum spray (wangi perfume ni), .

Korang jangan lupa datang Beauty Playground ni.

Estee Lauder Beauty Playground Concept Store
G1.128B, Ground Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall. 
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Kalau kedai dah tutup pon jangan risau. Sekarang ni dah boleh shopping product Estee Lauder anytime anywhere! Yayyyy! The Estee Lauder e-commerce site is available 24/7 every day at www.esteelauder.com.my. Laman web ini juga mempunyai pelbagai promosi yang menarik dan cerita-cerita eksklusif Kendall Jenner pada platform editorial.


Nak bukak kedai sendiri? Nak jual/beli preloved? Semua boleh dekat Shopee

$
0
0
Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak online shopping ni famous,kerja aku asyik nak shopping online je. Bila dah pakai smartphone,lagi lah senang nak shopping online.Banyak juga apps yang aku download dalam phone untuk aku membeli belah. Salah satu apps yang aku suka untuk shopping adalah apps Shopee. Barang-barang kat sini murah and authentic.Tu aku suka tu.

Apps shopee ni special sikit daripada apps untuk shopping yang aku pernah download dekat phone. Sebab app ni bukan setakat kita boleh beli je,tapi kita boleh jual barang kita jugak.
Ni yang aku shopping haritu.

Innisfree Mask . Sebab tengok review mask ni macam best.Terus beli 4. Hehe.Harga RM3.80 je.

  -Blackberry mask 
-Promegranate mask 
-Lime mask
-Green tea mask

Cara-cara pakai mask ni senang je. Basuh muka bersih-bersih. Lepastu ambil mask ni letak dekat muka. Elak kan area mata dan mulut. Biar dia absorb dekat kulit muka selama 10-15 minit.Lepastu boleh tanggalkan mask.Perlahan-lahan massage muka dengan fingertips dan biarkan formula yang tinggal menyerap ke dalam kulit. Lepastu muka rasa fresh je. Suka!

Shawl ni comel je. Boleh beli dekat Exclusive  By Farah. Tertarik dekat rama-rama besi emas tu.Design limited edition. Warna yang ada pon banyak gila. Rambang mata pilih.Ada 30% diskaun. Harga RM35 je! 


CocoWaah eye brow drawer (natural brown). 2-in-1 eyebrow pencil and liquid. Ada 30% diskaun.Dapat harga RM38.50 je.Sesuai untuk makeup beginners. Aku ni pon tak ada lah expert sangat bab makeup. Memang sesuai ah untuk aku. Haha. Senang nak guna. Kalau korang nak jugak,boleh beli dekat CoCowaah.

Tu yang aku beli. Yang ni aku nak jual pulak.Chicco car seat.Memang tak pernah pakai lansung.

Aku banyak kawan yang ada website untuk online shopping. Diorang semua kata nak buat website mahal.Beribu harga.Kalau korang ada barang-barang preloved nak let go atau nak jual apa-apa barang,boleh donwload app shopee ni. Senang je tak payah pening-pening nak buat website bagai.Save ribuan ringgit. Hehe. Meh sini aku tunjuk cara-cara nak jual.

Donwload app Shopee MY dekat App Store/Google Play Store.Lepas tu 'sign up'.Aku sign up guna facebook je. Senang.



Kalau nak jual barang pon senang,boleh pilih nak upload gambar dari mana. Gambar dari phone boleh. Gambar dari instagram pon boleh.



Dah upload,nak edit gambar bagi nampak menarik dan terang pon boleh dekat sini.





Lepastu isi detail pasal product.



Letak hashtag yang berkaitan supaya senang orang nak cari produk yang diorang nak beli.Ni aku jual car seat. Aku pon letak lah apa-apa hashtag yang orang akan cari pasal car seat. Tapi jangan lah salah guna kan hashtag ye. Dekat instagram tu nyampah pulak ramai yang abuse hashtag.Pernah nak cari baju kurung,yang keluar gambar ubat putihkan ketiak lah,produk tanggal bulu kaki  lah dan banyak yang tak ada kena mengena. Wohh geram gila.



Bila dah submit form,app shopee ni akan promote barang kita juga dalam ni.Yang ni tekan je 'OK'



Terus jadi  top of the lastest list. Jangan risau,shopee akan tolong promote juga produk kita dalam ni.


Siapa nak beli car seat aku ni,meh ah beli. Memang 100% new and 100% authentic. Dan memang tak pernah guna lansung. Beli RM1800++. Nak jual RM1000.




Macam-macam product yang ada dalam app Shopee ni. 

Aku rasa app Shopee ni senang nak paham dan simple je. Aplikasi ni memang khas untuk menjual dan membeli.Semua jual beli pon guna smart phone korang je.So senang lah.

App Shopee ni best sebab:

1-FREE untuk semua.
-Nak download FREE.
-Tak ada yuran dikenakan.
-Tak ada caj tersembunyi.
-Tak ada komisyen.

Contoh aku jual barang harga RM100,ada yang beli barang aku. Aku betul-betul dapat RM100 masuk dalam account aku. Shopee tak ada ambil satu sen pon dari hasil jualan kita. Tak ada lah Shopee  ambil percentage atau komisyen. Wuhuuuu best best.

Tu kalau kita jual. Kalau kita membeli pon sama.Harga yang ada dekat situ,harga tu jugak lah yang kita bayar.No hidden charges.Tu yang best tu.




2-Shopee ni lebih jaga privacy seller dan customer.

Shopee ada function chat ni. Dekat app shopee ni kita boleh komen dan berkomunikasi dengan orang yang jual barang tu. Nak tanya detail pasal product atau nak nego harga senang lah kan? Tapi yang best dia tak dedahkan number telefon kita .Memang menjaga lah privacy sellers dan buyers.

3-Easy payments

Kalau kita nak beli apa-apa boleh terus bayar guna online banking kepada penjual.Penjual akan dapat notification dan boleh terus pos barang. Untuk online banking, banyak pilihan bank yang korang boleh guna. Boleh guna Maybank2u,Hong Leong Connect,RHB Now,CIMB clicks,semua ada.Nak guna credit card pon boleh.

4. Shopee Guarantee
Kadang-kadang nak beli online ni takut juga kan? Takut kena tipu.Dapat pulak customer kata dah bayar,tapi tipu je sebenarnya.Masalah pulak kan? Dengan Shopee ni korang jangan risau.Shopee ni akan make sure korang berpuas hati dengan jual beli yang korang buat.Semua transaction ada record.Kalau bayar guna ATM machine pon diorang boleh trace.

Start daripada payment and delivery, sampailah ke kualiti produk yang korang beli tu.Kalau dapat barang yang defect ke apa boleh call customer service Shopee.Shopee akan guarantee korang berpuas hati. So kalau tak puas hati boleh buat call je buat aduan.




Baju-baju aku pon banyak yang aku nak jual preloved ni. Tengah selongkar wardrobe lagi ni dan nak ambil gambar cantik-cantik untuk jual dekat Shopee. Kalau nak beli barang preloved aku, boleh tengok dekat shopee.com.my/cikepal atau search 'CikEpal' dekat app Shopee.


Lepas dah download App Shopee tu. Boleh la shopping apa-apa je yang ada dalam tu. Guna voucher code aku bagi ni boleh dapat diskaun RM20.Bukan kena beli produk aku  je baru dapat diskaun code RM20 ni,apa-apa barang dalam Shopee pon boleh.So bila nak checkout tu,jangan lupa masuk kan code ni!

Code : CIKEPAL06
Value : RM20



Terma & Syarat:
• Limited untuk 300 pengguna pertama sahaja.
• Sah hingga 9th Januari 2016, 11:59pm sahaja.
• Sah untuk pengguna kali pertama sahaja.
• Code boleh guna sekali sahaja.
• Nak dapat diskaun RM20 tu,kena belanja minimum RM50 .
• Tidak boleh guna code ni untuk tiket,voucher,mobile top-ups dan pembayaran bil.
• Kod Promo mesti dimasukkan di halaman Checkout.
• Boleh digunakan untuk pembayaran yang melibatkan Shopee Guarantee sahaja.


More info: 


Happy shopping! :)


Pass the Protection dekat kawan baik

$
0
0
Hari ini aku nak share sesuatu yang menarik dengan korang. Ia tentang kempen baru daripada Kotex yang menyokong impian setiap gadis dengan memberikan perlindungan terbaik dan untuk pastikan setiap gadis dilindungi. Kempen ini juga membolehkan gadis untuk menyokong antara satu sama lain dengan berkongsi tips untuk mereka yang memerlukan.



Aku telah menghadapi banyak peristiwa penting dalam hidup yang aku dapati mencabar, tetapi aku mempunyai ramai kawan perempuan yang baik yang telah membantu aku. Sekarang aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan aku ini dan berkongsi tips dengan mereka.Ingat tak baru-baru ni aku update blog pasal kawan baik aku? Dekat ENTRI INI. Satu tip dari pengalaman aku dengan BFF untuk menjadi lebih yakin dalam "Public speaking“ ada lah practice. Practice makes perfect right? So kalau aku ada apa-apa presentation,aku akan practice depan kawan-kawan aku dulu. 



Sekarang aku nak  tunjuk step untuk korang pass the protection dekat korang punya BFF  pulak. Jom kita pass the protection sama-sama. Cara-caranya:


Click "Pass The Protection" atau “Join the Movement”



Kemudian korang akan dibawak ke sini. Tekan “login with Facebook”

Kemudian korang login.

Pilih tip yang korang nak kongsi, masukkan personal message, lepas tu nak send tekan button “Protect” kat bawah tu.

Ni akan keluar kat FB feed korang. Tag kawan korang, so that diaorang dapat message ok!








Kalau ada kawan-kawan kita yang
first time drive,
first time travel,
first time bukak bisnes,
first time public speaking,
atau first time job interview,

boleh pass the protection macam ni. Boleh tengok tips-tips jugak untuk korang praktik. Bila dah pass the protection,jangan lupa “claim sample” tau!

Sekarang ni turn korang pulak pass the protection dekat kawan korang macam aku buat ni. Senang je kan? 

Tambahan pula, bagi setiap Pass The Protection mesej yang korang hantar, Kotex akan mendermakan 1 Kotex Overnight pad untuk wanita yang memerlukannya melalui HOPE Malaysia. So tunggu apa lagi, jom Pass The Protection sekarang!


Untuk maklumat lanjut, sila layari : Kotex Pass the Protection


Cik Epal Jofliam Honeymoon Korea (part 5) : Changdeokgung Palace

$
0
0

Muka ada senyum.Gembira dapat makan kuih sedap!

Sedap betul makan kuih red bean :D


Ok tak tahu apa nama kuih ni. On the way nak pergi Changdeokgung Palace,nampak ajumma  jual kuih ni. Kuih ni macam sama je yang dengan bentuk ikan yang glemer tu tapi ni dia buat bentuk cute macam ni.Beli kuih ni filling red bean. Sedap gila makan panas-panas sebab crunchy dan filling dia sedap. Tapi kena makan panas-panas ah baru sedap.Beli 2000 won pastu ahjumma ni tengok kitorang cakap "ippo""ippo". Tak tahu "ippo" ni amende. Pastu dia bagi free lagi dua ketul. Hiks. Kamsahamida ahjumma.

Update dekat instagram (https://www.instagram.com/cikepal06/) pasal "ippo" ni. Kot-kot lah ajumma tu carut aku ke apa. Haha. Tapi kalau dia carut,tak kan lah dia bagi free lagi 2 ketul kan? So mesti niat dia sesuci lebaran ni. Pastu yang mengomen dekat gambar aku tu ada yang cakap 'ippeo/yeppo/yeppeo' kot.Maksud dia cantik.

Lepas je tahu perkataan "ippo" ni,kitorang pi shopping mana-mana kalau penjual dia perempuan.Semua kitorang cakap dia "ippo" walaupun muka macam tak mandi pagi supaya dapat diskaun. Haha. Taktik ni berjaya kitorang guna bila dekat Busan,Korea. Nanti aku cerita dekat entry Busan. Ni nak habiskan cerita Seoul dulu.


Kuih ni sedap! Serious sedap. Sebab dia crunchy kot. Tapi kena makan panas-panas lah. Bila dah sejuk dia lembik. Tak sedap.















Macam aku cakap dekat entry lepas (HONEYMOON KOREA PART 4), dekat Korea ni banyak gila palace. Kitorang pilih nak masuk Changdeokgung Palace je sebab dalam ni ada secret garden. Secret garden ni kerabat di raja Korea still guna lagi. So tak boleh ah merayau gerak sendiri dalam ni sebab kita kena follow tourist guide yang di sediakan oleh pihak palace.Kalau korang nak pilih salah satu palace,aku memang suggest Changdeokgung Palace ni dari palace lain.

Direction to Changdeokgung Palace:
Ambil subway ke Anguk Station (Line 3), pastu jalan kaki dalam 5 minit.

atau

naik Subway (Line 1,3,5) dan stop di Jogno 3(Sam)-ga Staion dan keluar dekat Exit 6 tapi kena jalan jauh sikit ah dalam 10 minit.



Harga tiket:

Huwon Secret Garden : KRW 5000

Changdeokgung Palace : KRW 3000

Sebab kitorang nak masuk palace + secret garden bayar ah 8,000won. 



Nak masuk Secret Garden ada selected time, kitorang masuk pukul 11.30 am.Ambil guide yang cakap english ah kan. Kalau kau paham cakap korea,jepun atau cina. Boleh lah pilih masuk sesi tour yang lain itu.

Oh secret garden ni berbukit tau so better pakai comfort shoes lah. Kau masuk sini pakai high heels,memang masyak lah kau.












Ni lah dia Changdeokgung Palace. Kalau masuk istana ni boleh lah kita tengok keunikan arkitektur dari zaman Korea.Changdeokgung Palace ni merupakan salah satu istana yang tertua. Bentuk dia memang macam tu dari dulu. Ukiran apa semua masih terjaga lah merupakan gabungan kayu tebal dan batu-bata.







Changdeokgung Palace ni merupakan Palace kedua selepas Gyeongbokgung Palace melakukan renovation pada 1405 dulu. Dalam Changdeokgung Palace pula dibina Huwon atau Secret Garden.

Cantik juga lah istana Korea zaman-zaman dulu ni. Ukiran dia unik. Corak cat dekat kayu pon cantik.







Sementara still ada dekat Changdeokgung Palace  ni cari port nak terbang jap. 

Emm dekat sini pon macam alright gak.




Tadaaaa!

Berjaya terbang di Changdeokgung Palace.

Mission accomplished!

Hahaha :D



Ok dah ready nak masuk secret garden.

Nak tahu kenapa dinamakan secret garden?

Latar belakang kenapa dinamakan Secret Garden sebab taman ini terbentuk sendiri tanpa ada campur tangan manusia. Bentuk pokok-pokok dalam ni pon semua tumbuh dengan sendirinya. Bangunan istana dengan warna yang natural.Dan tempat ni tempat rehat Raja time zaman-zaman dulu dan orang lain lansung tak dibenarkan masuk. Sebab tu lah nama dia Secret Garden.



Setiap pavilion yang kitorang singgah semuanya ada makna tersendiri. Contoh nya, ada pavilion yang biasa raja  gunakan untuk membaca sampai banyak pokok rendang dekat sekeliling tempat tu. Ada pavilion untuk raja dating, ada jugak pavilion untuk raja berlatih bela diri. Yang paling unik sebab ada Anti-Aging Gate.


Diorang percaya kalau lalu je Anti-Aging Gate tu memang akan muda selama-lama nya. Wahh.Memang laju je semua nak keluar masuk gate ni.Selamanya awet muda katekooo. Hahaha.


Tourist guide kata raja-raja zaman dulu kebanyakannya mati muda.So gate ni dibina dengan harapan yang raja-raja ni boleh hidup lama sikit.


Iyo lah :p


Yang ni tempat dating Raja zaman dulu. Serious tak tipu. 

Best gak dating sini. Kantoi je pakwe curang,kau terus tolak je humban dia dalam kolam tu :D

Ni bergerak pergi kuaters raja,permaisuri,kandang kuda,rumah hamba etc.Tak besar mana pon tapi lengkap ah.









Ni lah tourist guide kitorang time dalam ni.Korean yang pandai cakap english.

Sepanjang Tour ni akan diceritakanlah sejarah-sejarah Changdeokgung Palace Secret Garden ni. Tour ni ada lah dalam 2 jam. Nak masuk sini memang wajib kena ada tour guide. Memang tak boleh kehulur-kehilir sendiri.





Dia ada cerita something pasal benda ni tapi aku lupa ah pulak. Maklum ah honeymoon nya 2 tahun lepas sampai dah masuk tahun baru. Baru sekarang gigih nak update dekat blog. Merasher lah jadi nyanyuk. Tapi tak silap aku,ni tempat diorang sembunyi kalau ada apa-apa emergency rasanya.



Memang cantik Changdeokgung Palace Secret Garden ni tapi penat nak menapak sikit sebab kena naik turun bukit. Dok turun naik bukit je kerja,memang letih gak ah masuk dalam ni.Lagi pon time ni aku tengah pregnant,bila berjalan terlampau banyak memang cepat letih.Dah ah letih,pastu macam malas nak dengar dia membebel pasal sejarah dekat sini dah.Tak sampai 2 jam pon kitorang dengar,pastu kitorang terus blah nak beli kuih red bean tadi. Hahaha.

Keluar Changdeokgung Palace cari lagi kuih red bean ni. Tapi kali ni warna dia pucat lesi pulak. Tak serangup masa beli mula-mula tadi.



Walaupun yang kali ke dua ni kuih nya versi pucat lesi,habis juga dia makan kuih ni. Licin tinggal kertas je. Sedap juga cuma kurang crunchy.

Suami aku excited je pergi beli kuih red bean ni dengan harapan dapat 2 ketul free lagi. Kali ke dua dia pergi beli sorang. Dia pergi beli pastu frust tak dapat free 2 ketul dah. Lemakk ah kan banyak kali ajumma tu nak bagi free. Lagi pon chantekkk ke kau bang? Hahaha.



Aku syak masuk tahun 2017 baru habis entry honeymoon Korea aku ni. Haha. Ok sambung lagi next entry. Bye nyah!


Honeymoon Korea (part 6) : Mencari makanan halal dekat Myeongdong street dan gula tarik Korea

$
0
0

Kalau datang Seoul,Korea memang tak sah ah kalau tak pergi Myeongdong. Myeongdong dipanggil sebagai heart of Seoul’s shopping district. Myeongdong ni sangat popular dengan pelancong sebab ada semua cawangan kedai kosmetik Korea, pakaian, aksesori, restoran,kedai kopi dan banyak lagi.Dekat sini penjual boleh jugak cakap English, Chinese, dan Japanese untuk kemudahan pelancong. Ada yang boleh cakap melayu lagi tau!

Kalau siapa yang gila produk kosmetik dan penjagaan kulit,memang korang akan suka datang Myeongdong ni sebab banyak gila dapat FREE samples.Asal lalu je mana-mana lorong dalam Myeongdong ni,mesti ada je yang hulur free sample.Staff dekat sana familiar juga dengan tax refunds. Kalau shopping,jangan lupa claim tax.


Direction to Myeongdong Street:
Ambil subway ke Myeongdong (Line 4), dan turun di Stesen Myeongdong. Cari Exit 6 atau 7 untuk terus keluar ke pintu masuk kawasan membeli-belah Myeongdong.



Tapi kalau malam-malam lagi syok Myeongdong ni sebab ada banyak makanan.Memang saja pergi Myeongdong malam-malam ni sebab nak mencekik. Time ni aku tengah pregnant pulak,memang semua makanan nampak sedap dan enak je lah! Haha. Street vendors untuk makanan dekat Myeongdong ni selalu bukak lepas pukul 5pm. So kalau nak try makanan halal dan yang boleh dimakan dekat sini jangan lupa datang time malam.




First stop kitorang try. Sotong bakar.

Tapi kekwat gila penjual dia ni. Nak ambil gambar sotong pon tak boleh. Dah dia tak bagi tangkap gambar sotong,aku ter snap lah gambar dia. Haha. Lepas dia bagi sotong je,dia halau suruh pergi. Hek elehhhh ajet-ajet je mamat ni.Dah ah jual sotong tak sedap! Tapi serious tak sedap sangat sotong bakar ni bagi aku. Liat sangat. Dah ah perangai penjual pon macam hape je.Memang double tak sedap ah jadik nya.

Next stop try gula tarik Korea pulak.Dia ni aku suka. Sempoi je layan customer.Peramah gila.Nak rakam ke nak tangkap gambar ke takdehal. Berbeza betul dengan penjual sotong yang kekwat nak matik tu.Aku punya lah fokus tengok dan dengar apa dia explain.



Dah ah muka macam Ji Suk Jin dalam Running Man tu. Ehehe.

Ni cara-cara nak buat gula tarik.Masa dia demo ni pon dia cakap melayu. Ni ada lah segumpal gula/madu. Keras benda ni. Dia siap ketuk-ketuk benda ni nak tunjuk kan betapa keras nya benda ni pada mula nya.


Lepastu dia tebuk lubang dekat tengah-tengah.

Then dia letak tepung sagu. Dia tarik-tarik benda tadi tu.


Tarik punya tarik.

Tarik lagiii. Lepas tarik,simpulkan pulak.

Tarik simpul tarik simpul.

Pastu jadi ah mihun. Hahaha. 

Ok tak lah jadi mihun tapi terus dia jadi nipis-nipis cenggini.





Masa mula-mula tengok teruja jugak ah kan dari segumpal gula tu,dok tarik-tarik jadi camni pulak.Rasa macam WAAA SO AMAZINGGG. Hahaha.


Dia tarik lagi macam ni.Lepastu dia letak inti. Inti dalam dia terpulang lah kita nak perasa apa.

Ni dah siap pek. Banyak juga aku beli ni sebab nak bagi souvenir dekat family.

Halal ye Mak Jemah dan Pak Meon sekalian. Ehehe.Kadang-kadang kalau pergi travel macam bengang gak ah dengan orang yang sibuk tanya "halal ke?" bila upload gambar makanan. Dah tu?Sebab halal lah kita makan. Tak kan bila pergi travel terus nak makan benda haremmm kot. Kan? Memang haremm betul siapa yang suka tanya macam tu tau. Hahaha.



Gula tarik ni memang agak unik ah tengok dia dok tarik-tarik depan mata. Rasa pon macam unik gak. Tak manis sangat. Siapa yang nak datang Korea nanti sila lah rasa gula tarik ni. Ada 3 flavour. Choc, almond dan peanut. Ada yang KRW5000 ada yang KRW7000. Depends on flavour apa kau pilih lah.Selalu yang jual gula tarik ni pandai cakap melayu. Time aku beli dengan "Ji Suk Jin" ni siap suruh beli satu lagi bagi dekat Najib. Hahaha. 



Next stop try makan buah grapefruit.Masa aku gigih diet jaga makan dulu,memang selalu juga beli dan makan buah. Tapi grapefruit ni buah yang aku tak kan beli ah selalunya. Aku tahu grapefruit ni banyak khasiat dia. Tapi sampai sekarang aku memang tak boleh pergi ah dengan rasa buah ni. Sebab dia ada rasa pahit-pahit sikit kan? Grapefruit ni aku tak berapa suka, tapi husband aku suka. So dia lah yang beli dan makan.

Tapi dekat sini ramai juga yang beratur nak beli grapefruit ni.

Nak jual buah pon style presentation penting ye.

Yang botol putih tu aku ingatkan mayonis. Rupanya susu pekat manis.Style juga susu pekat manis packaging macam tu. Senang nak guna. Picit-picit je kan? Lepas habis potong buah,dekat atas tu dia picit madu. Dekat tengah-tengah tu dia letak susu pekat manis.

Nampak tak susu pekat manis dengan madu tu? Walaupun dah letak madu dan susu pon aku tak suka gak. Haha

Tapi sebab husband aku suka. Aku tengok je lah dia makan. Hehe.



Sepanjang jalan dekat Myeongdong ni banyak shopping mall. Sambil cari makanan boleh lah shopping kalau nak. Tapi malam-malam ni aku nak cari makan je. Tak ada nafsu nak shopping :D

Ni sotong bakar tu.Tapi ni aku snap dekat kedai lain yang jual.Nampak macam sedap kan? Tapi tu lah yang aku try tu macam tak sedap dan liat pulak.

Haa yang ni aku suka. Breaded shrimp. Sampai 3 bekas aku hadap benda ni. Sedap gila! Punya lah aku tak suka makan mustard sebelum ni. Tapi bila makan mustard dengan sos macam ni sedap pulak. Kalau datang sini,cari breaded shrimp ni. Sebab sampai tiga kali ulang-alik aku pergi kedai dia ni,terus penjual ni tanya "Malaysia?". Aku angguk je ah dan senyum. Dia pon terus "I Love Malaysia!"

Dan dannnn lah kau kan terus love Malaysia. Hahaha.Sebab aku suka beli ni terus dia love Malaysia tetiba.Hahahampeh.


Churros. Berintikan vanilla sauce. Rasa biasa-biasa je bagi aku. Sebab dekat Malaysia aku pernah makan yang lagi sedap.

Menikmati keindahan malam di Myeongdong.

Dekat Seoul ni best sikit sebab wifi free bersepah-sepah. Tapi nasib lah laju ke tidekk. Ada tempat yang wifi laju,ada juga tempat yang wifi lembap macam siput baby. Ehehehe.


Time ni aku tengah pregnant 3 bulan ke 4 bulan tah. Tapi baby bump tak berapa nampak.Sampai dah 8 bulan pregnant pon perut aku dikategorikan kecik. Risau jugak mula-mula kenapa perut aku kecik.Asal jumpa orang je semua dok cakap "kecik nya perut","tak nampak perut pon", "betul ke pregnant ni?".

Bila check up dekat doctor,aku pon tanya lah doctor kenapa perut aku kecik, normal ke? Doctor cakap "normal je dan mungkin lemak awak tak banyak sebab tu perut awak nampak kecik". Waa terus gembira bila doktor cakap cenggitu.Hahaha. Padahal dia tak tahu punya lah aku kuat menternak lemak.









Layan street performance kejap.Suara boleh tahan lah.Banyak juga lagu omputeh dia nyanyi.

Kawan aku study dekat Korea suruh try restoran ni makan aiskrim.

Rambang mata nak pilih bila tengok menu.



Aku pilih menu ni.

Tapi portion aiskrim dekat sini besar betul. Tak habis makan 2 orang.Kalau datang dengan family sesuai lah makan dekat sini. Boleh share.

Itu je lah makanan-makanan halal yang kitorang try dekat Myeongdong street ni.


On the way nak balik hotel,husband aku ni sibuk nak beli baju.Mula-mula baik je auntie ni layan.Husband aku ni sibuk ah pergi try baju dia. Tu dia tengah try pakai baju auntie tu jual lah tu. Try punya try dia tak suka pulak,lalu tak jadi beli. Pastu auntie ni dok cakap "babo""babo". Husband aku ni gembira pulak auntie ni cakap gitu.Pelik betul aku.

Pastu kitorang keluar lah dari kedai tu nak balik hotel. Then aku tanya ah husband aku "auntie tu cakap U bodoh pon U suka eh?"


Pastu selamba je dia jawab "Laaa 'babo' tu bodoh ke? Ingat kan auntie tu cakap I ni 'CUTE'"

Lerrrr patut lah dia riang gembira je bila auntie tu carut "babo" ke dia. Rupanya dia ingat "babo" tu CUTE. Hahahahampeh betul.Confident gila dan perasan nak matik.Dah baik punya try baju,tak jadi nak beli. Terus kena carut "babo". Merasher lah.

Aku tahu "babo" tu bodoh sebab selalu tengok Running Man si Jae Suk,Kwang Soo dengan Haha kalau gaduh suka sebut "babo" dekat masing-masing. Subtitle pon elok je tulis 'stupid'. Pelik aku husband aku tak tahu babo tu apa sebab aku selalu layan Running Man dengan dia.


Kiut pon kiut lah banggg. Janji kita happy! Hahaha.


Next entry update entry ke Busan,Korea pulak.Aku suka Busan! Jumpa lagi di lain entry. ok bye!





Best nya Rakuten ni !!

$
0
0

Siapa pernah dengar pasal RAKUTEN? Rakuten ni Japan’s number 1 online shopping mall. Sekarang dah available dekat Malaysia! Yayyy! Rakuten ni macam shopping mall, sebab ada macam-mecam kedai di bawah satu bumbung.Tapi yang best nya sebab dia online. Hehe. Rakuten ni ada lebih 210,000 produk daripada 900 kedai  dengan tagline “Shopping Is Entertainment” yang terdiri daripada elektronik, home and living, baby and maternity, buku, fesyen, kecantikan dan banyak lagi. Food and beverage pon hado! Sekarang ni makanan dan minuman pon boleh beli online. Semua di hujung jari je uolss. Hee.




Aku suka laman web dia sebab well organized dan dia punya apps dekat mobile site pon terusun rapi.Lepastu nak scroll pon smooth je tak crash.Aku rasa semua shopping mall patut ada laman web dan apps dekat phone sebab zaman sekarang ni kan semua orang lagi banyak guna handphone dari laptop kan? Dunia di hujung jari katanya.Tapi memang pon. Sekarang ni orang lebih prefer benda senang tak menyusahkan diri. Nak shopping pon online je. Senang. Jimat masa dan jimat tenaga.


Benda yang paling best yang ada dekat Rakuten yang website lain tak ada adalah dia ada RSP! RSP ni Rakuten Super Point.RSP ini kira reward daripada Rakuten untuk semua pembeli. Yang best nya sebab 1 RSP bernilai RM1. Sambil shopping, sambil collect point. Senang-senang je next purchase dapat diskaun macam tu je dengan RSP ni.

Nak dapat RSP ni senang je. Setiap kali shopping dekat Rakuten,tak kira lah berapa jumlah korang shopping. Banyak ke sikit akan ada nilai RSP yang dorang bagi. Contohnya macam ni.

Semenjak jadi mak-mak ni,benda first nak tengok bila shopping online mesti barang baby. Heee.

Bila korang dah register dekat Rakuten Malaysia, bila shopping je dia akan tulis berapa RSP yang korang akan dapat. Contohnya aku beli baju ni harga RM38.Aku dapat 1.90 points!


Setiap RSP ni nilai dia RM1. Makin banyak RSP korang,makin banyak lah korang jimat dan boleh guna untuk next purchase.



Harini aku nak share beberapa tips yang aku gelarkan #RakutenShoppingHacks untuk membolehkan korang mendapat lebih nilai bershopping dekat sini dan boleh dapat lebih banyak Rakuten Super Points.

1. Mula-mula daftar jadi ahli Rakuten Malaysia dulu. Just daftar sebagai ahli je. PERCUMA je uolss. Dah daftar, barulah korang boleh dapat kumpulkan RSP banyak-banyak.  Lagi best, dapat voucher untuk ahli baru sebagai tanda terima kasih kerana korang memilih Rakuten Malaysia. Best kan?

2. 5X Rakuten Super Points give away – bersamaan dengan nilai 5% value back in Rakuten Super Points – ia boleh digunakan seperti wang tunai untuk pembelian seterusnya.



3. Setiap hari RABU,pemilik kad kredit Mastercard dapat lagi tambahan 5% diskaun.

Untuk pemilik kad kredit Mastercard,korang memang untung lahhh. Lagi-lagi kalau shopping hari Rabu. Memang korang patut shopping hari Rabu sebab korang boleh dapat 5% instant diskaun hanya dengan Mastercard. Syok woo. Dah ah dapat Rakuten Super Points (RSP) pastu dapat lagi 5% instant diskaun! Memang berbaloi-baloi :D


4. Sentiasa usha tawaran serta promosi dekat Facebook Rakuten Malaysia. Kadang-kadang diorang akan highlightkan beberapa produk yang diberi diskaun kaw-kaw punya. Kalau jumpa yang berkenan, terus beli je. Jangan tunggu lama-lama.


5.Setiap kali bukak laman web Rakuten ni, memang aku selalu akan bukak bahagian HOT DEAL ni.


 Selalu barang-barang dekat HOT DEAL ni best-best and banyak diskaun!


6. Every Weekend, Rakuten akan berikan kupon. Kalau hari sabtu/ahad tu jangan lupa bukak website Rakuten ok! Sebab every weekend ada nilai kupon yang berbeza.

7. Kalau boleh, setiap hari bukak website RAKUTEN untuk tengok tawaran-tawaran dan promosi-promosi yang diberikan. Kadang-kadang ada diskaun sampai 70% tau!















Cuba tengok barang-barang dekat atas ni? Points setiap barang berbeza-beza.Nak beli ps4 pon boleh dekat sini! Points tinggi.Lepas dah beli ps4, boleh shopping barang lain guna points tu je. Waa best.

Ni saja nak share barang yang aku rasa menarik dekat korang:


Ice cream maker ni macam best je.

Nak buat aiskrim guna ni memang senang gila.

Waa best! Terus jadi aiskrim. Tak payah nak beku kan. Kalau nak beli, boleh tengok dekat sini ICE CREAM MAKER :)

Waa menarik betul cabinet ni. 2 in 1. Dekat dalam boleh letak accessories.Tutup je cabinet tu boleh cermin diri sendiri. Ehehe. Kalau beli, boleh dapat 16.90 points!


Ada 4 warna. Style kan? Nak beli boleh tengok sini MIRROR CABINET .


Comel nya pinggan ni!

Kalau beli dapat 4.25 points! Boleh tengok sini, SET PLATE .

Dulu before aku kahwin masa duduk dengan family memang kitorang selalu main game-game jenis cenggini.

Kalau nak beli game ni, boleh beli sini. BOARD GAME .





Korang memang kena rajin browse sikit kalau nak dapat betul-betul barang yang murah dan points yang banyak.Tak semestinya barang murah point sikit,barang mahal point banyak. Contoh aku nak bagi macam 2 barang ni.  Clear Acrylic Makeup Case Box ni harga RM185 tapi 9.25 points je.Tak macam Makeup Mirror ni, harga RM74 dan lagi murah dari case box tadi tapi points dia lagi banyak 11.10 points!


So memang korang memang kena browse dulu tengok betul-betul barang yang korang nak beli. Baru decide ok. Kang menyesal pulak kang bila tahu ada barang yang lagi murah dan dapat lagi banyak points.






Banyak lagi benda-benda best yang ada dekat RAKUTEN ni. Sampai naik juling mata aku browse. Haha. Apa barang yang kau nak,memang akan ada je dekat situ.Ada fashion apparel and accessories, health and beauty products, consumer electronics, toys and games and home furniture. Dah lah ada RSP (Rakuten Super Points). Asal shopping je mesti dapat reward untuk next purchase! Best! Best! Memang sesuai lah dengan tagline dia "Shopping is Entertainment".



Nak claim reward dan nak dapat lebih RSP (1 Rakuten Super Points is worth RM1).Daftar je dekat RAKUTEN ni dan happy shopping! 




(REVIEW MOVIE) Dilwale . Best ke tidekkk?

$
0
0
Dari zaman bercinta sampai dah kahwin,aku dengan partner memang kaki movie. Masa zaman bercinta lagi ah kaki wayang. Dah ah sama tempat study and dia abang senior aku lah of course. Sorry i tak suka bercinta dengan orang sebaya. Hahaha tetiba. Asal dua-dua tak ada class atau free je mesti pergi tengok wayang punya.

Tapi dulu aku dengan Jofliam memang hardcore punya tengok wayang. Ye lah bujang tak ada komitmen pape,memang best ah nak tengok wayang ke apa. Sampai kadang-kadang nak beli tiket panggung,sampai tak tahu dah nak beli cerita apa. Sebab semua movie dah tengok. Kadang-kadang sampai cerita cina pon kitorang layan dulu. Hihi.


Dulu rajin gila aku buat review movie dekat blog aku ni. Asal habis tengok wayang,mesti aku review movie. Banyak juga entri aku yang review movie je dulu-dulu.Tapi dua entri ini antara entri yang paling banyak aku review movie dalam satu entri.


Dulu zaman bujang best ah,the whole week punya movie semua kitorang pi layan :p


Dah kahwin hidup berdua,tengah pregnant pon masih kaki wayang. Sampai dah ada seketul Han pon bawak baby sekali masuk wayang. Haha.

Ni masa tengok Dilwale. Seketul Han muka baru bangun tidur. Cerita Dilwale habis je dia bangun. Orang syok tengok Ramlal dengan Pogo. Dia syok tidur. Hehe.

Ni kali ke-4 bawak Han tengok wayang. Sebelum ni tengok Polis Evo, Spectre dengan Star Wars . Kali ni bawak dia tengok Dilwale . Semua cerita dia tidur. Haha. So senang kerja aku.Dah ada baby ni,layan cerita yang meletop je lah. Susah lah nak jadi macam bujang dulu,semua cerita boleh layan.

Ada yang tanya dekat instagram aku (@cikepal06) . Macam mana aku bawak Han masuk wayang?


Aku selalu wat gini je. Tak tahu lah ni consider tips ke tak.Selalu sebelum masuk panggung, aku tak bagi dia susu. Main-main je dengan dia bagi dia leka bergelak gembira. Bila masuk panggung kalau dia dah start bunyi merengek lapar, terus bagi susu. Nanti dia tidur sedap ah.

Tapi ikut baby gak lah. Macam Han ni bunyi mercun meletup-letup time hari raya pon dia boleh sedap tidur. Masa New Year haritu kitorang pi tengok fireworks pom pom pom sebelah dia pon dia boleh bantai tidur.Kalau baby yang senang terkejut dengan bunyi, disarankan jangan bawak masuk wayang lah.

Kang baby terkejut dengan sound system kuat, orang marah pulak kang dengar bunyi baby menangis. Kita kalau tengah syok tengok wayang tetiba dengar bunyi baby nangis pon mesti bengang dan rimas kan? Jangan expect orang gembira tepuk tangan pulak dengar baby kita melalak. Haha. So ikut lah baby memasing perangai macam mana.You know your baby better.Kalau baby senang menangis dengar bunyi kuat jangan lah bawak masuk panggung.Menyusahkan diri je nanti.



Sejujurnya aku rasa orang nak tengok Dilwale ni sebab Kajol dengan Shah Rukh Khan berlakon je. Orang semangat nak tengok comeback diorang dua ni je.Kalau harap hero dengan heroin lagi satu tu je yang berlakon,memang haremmm orang nak datang tengok cerita ni.Tapi hero dan heroin yang lagi satu dalam cerita ni memang untung lahhh. Sebab depa berlakon cerita ni bersama Kajol dan Shah Rukh Khan,tak pasal-pasal depa pon famous. Hehe.Tapi pelakon dalam cerita ni semua boleh berlakon lah.Tak ada lah kejung.


Filem ni ada action,kekeluargaan,percintaan, brotherhood,comedy. Semua rasa ada. Sinematografi dalam cerita ni pon memang cantik. View semua lawa gila.Walaupun ada je view yang macam tak logik tapi sebab ni cerita hindustan,layan je lahhh ketidaklogikan itu. Haha.

Lagu-lagu dalam cerita ni pon memang best ah. Tapi lagu Janam-Janam tu paling berhantu ah bagi aku. Sampai aku pon boleh naik hantu lah sebab husband aku hari-hari dok pasang lagu tu.HARI-HARI ok tanpa jemu.Asal bangun tidur je dia pasang lagu tu,asal nak makan je dia pasang lagu tu,time workout pon dia pasang lagu tu. Kegilaan apakah? pfffttt. Dah aku pon ikut TER suka lagu Janam-Janam tu pulak tetiba. Haha.TER ok. TER. TER suka tanpa sengaja sangattt.



Aura Shah Rukh Khan dengan Kajol tu memang masih kuat ah sampai sekarang. Chemistry antara dorang pon memang best! Part '5 minute date' tu sweet walaupun short date. Percintaan diorang dalam ni boleh nampak percintaan yang matang lah. Maybe sebab depa dua dah lama tak berlakon sama kot so nampak ah macam matang. Hihi pendapat aku je.Tapi part Shah Rukh Khan dengan Kajol dalam cerita ni macam tak berapa banyak sangat. Mengharapkan scene diorang lebih banyak sebenarnya.



Cerita ni ok. Jalan cerita menghiburkan. Tapi ada jugak lah scene yang macam tak logik. Biasa lah cerita hindustan,kalau fikirkan secara logik,mesti ada je yang tak berapa nak logik. Haha. Tapi ada scene yang kelakar jugak. Lagi-lagi bab Ramlal dan Pogo.  Time adik Kaali selamba tenuk panggil dia “Ramlal…Ramlal..”. Haha part yang tu kelakar.



Lagu-lagu? No doubt memang best,lagi-lagi lagu Janam-Janam.Tak rugi rasa nak tengok wayang cerita ni.Tengok sekadar hiburan je.Kalau repeat tengok wayang sekali lagi memang tak lah.Aku tak ada lah obses sampai tahap repeat banyak kali tengok cerita yang sama. Dah ah tahu ending macam mana,kejutan dalam cerita pon dah tahu, memang tak ah nak tengok lagi.Tapi kalau cerita ni keluar dekat TV akan datang,memang akan tengok lah.


Cuma masa layan cerita ni,memang tak sangka lah si Pogo macam tu pada mulanya.Ingatkan sesuci lebaran. Haha. Kajol tu entah makan apa lah sekarang? Cantik benau dia. Jalan cerita ok lah not bad.Dari 10 bintang. Aku bagi 8/10. Tapi tak ada lah aku nak tengok sampai patbelas kali. Sekali cukup ah. Over betul orang yang nak tengok sampai 4 5 kali tu. Kau dah kenapa? Kihkih.


ok bye!

Viewing all 408 articles
Browse latest View live