Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Bercanda di Pulau Redang, Kuala Terengganu

$
0
0
Ni tahun lepas punya cerita. Masa baru-baru je kahwin.Tak tahu lah kalau ada harga-harga yang berubah. Kalau nak pergi Pulau Redang ni ada 2 cara. Satu dari Jeti Syahbandar dan satu lagi dari Merang. Kitorang pergi haritu dari Jeti Syahbandar.

Feri paling awal pukul 9 pagi.Kalau terlepas feri pukul 9 pagi tu maknanya kena la tunggu feri lain pulak lepas tu. So kalau nak pergi, sila tepati masa. Rugi ah kalau terlepas feri. Penat nak tunggu.

Tiket feri dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang:

Adult: RM55 (one way)
Child: RM30 (one way)

RM100 nett per adult return
RM50 nett per child return
(3 years-12 years)

Kitorang beli tiket pergi balik terus. Senang. Perjalanan dalam 1 jam 45 minit. Lebih kurang 2 jam lah. Memang buat tahi mata je lah dalam feri. Membuta je lah kerja nya.



Yayyyy! Sampai dah Pulau Redang. Kau mampu terapung di Pulau Redang? kehkeh.



Kitorang tidur dekat Berjaya Redang Beach Resort. Masa awal-awal kahwin dulu, rajin benau husband aku ni angkut penny board dia kehulu-kehilir. Sekarang ni tah mana-mana lah dia letak dia punya penny board ni. 





View dari Berjaya Redang Beach Resort. Cantik!



Sampai-sampai je letak barang dekat hotel, terus berjalan pergi Laguna Beach naik bot.

Sampai je Laguna Beach, terus beraksi dia ni :D



Hati tengah berbunga-bunga honeymoon. Seluar pon kena kasi ada bunga ah. hee. Inai dekat jari pon tak hilang lagi time ni.



Waaa cantik nya pantai! Tercekik air mata!



Pantai dekat Laguna Beach ni memang cantik lah. Next time kalau pergi Pulau Redang lagi, memang ingat nak duduk resort dekat Laguna ni pulak.



Dekat Laguna Beach pon nak buat hal. Tetiba husband aku ada 3 orang. Kau hado? :D



Awal-awal sampai ni. Jalan-jalan dekat Laguna Beach ni je. Esok pagi nya, kitorang pergi snorkeling pulak.


Ada yang tanya aku ambil pakej apa dekat instagram (@cikepal06) aku hari tu. Nahhh. Ni antara pakej untuk snorkeling dari Berjaya Redang Beach Resort, tempat kitorang menginap haritu. Kitorang ambil pakej 4 stops SNORKELING + LONG BEACH tu. RM110/adult.  Snorkeling dari pukul 8.30 pagi sampai 12.30 tengahari. Ok lah memang nak snorkeling pagi-pagi, tak ada lah panas sangat. Kalau start tengahari, memang panas ler jugak.




Antara pulau yang diorang cover. Tapi 4 pulau je.





Pagi-pagi dah snorkeling. Sejuk. Brrrrr.



Acah-acah berenang. Padahal tak pandai berenang pon tu. Cuba tak ada life jacket. Hilang terus laki den :D



Dia ni jugak yang steady.



Husband aku cakap, aku dah macam nyamuk pakai baju belang-belang. Ok lah tu, kang hilang senang cari. kihkih.



Janji rock!

Jom cari ikan Nemo. Blup blup blup.


Air dekat pulau-pulau ni semua jernih gila.  

Crystal clear!

SUBHANALLAH cantik sangat :')

Husband aku ni tetiba mabuk laut pulak dah. Dah sampai pulau ke tiga, nak pergi last stop, tetiba dia mabuk laut. Aku terkekeh-kekeh gelak kan dia dok pening kepala lah apa lah. Tak macho betul.

Sekali sampai je last stop, aku yang muntah. Dia pulak steady je sambung snorkeling. Tu lah dok gelak kan orang lagi. Padan muka aku. Last-last aku yang pening kepala. Habis berterabur muntah, terus aku tak ada mood nak snorkeling dah. 


Ikan-ikan cantik dan banyak dekat sini. Tapi tak ada camera yang waterproof. So tak ada lah gambar dalam air. Tapi Pulau Redang ni highly recommended lah kalau nak pergi snorkeling. Pulau semua memang cantik. Air pon jernih je.




Dah habis snorkeling, petang tu pergi sewa motor pulak nak jalan-jalan cari makan. RM25 satu jam.





Helmet mana helmet?


Rempit punya rempit. Sekali termasuk kawasan ni. Penceroboh akan didakwa katanya.



Tapi laki bini ni tak makan saman. Lagi kau tak bagi, lagi lah kitorang nak ceroboh. Nak tengok apa ada dekat dalam.







Rupanya ada pulau private. Cantik pulau ni pasir putih je. Tapi time ni tak bawak kamera sebab tak terfikir pulak nak menceroboh. Haha.  Bawak phone je. Ni je lah gambar yang ada.



Pastu pi tengok baby penyu. Kebetulan ada pakcik sorang ni pi tangkap. Kitorang pon pi lah tengok. Alahai comel cenonet je sekor-sekor dok berenang dalam baldi.




Tengok penyu pon terhibur. kihkih.




Haaa nak lari mana tu?


Rasa nak bela sekor sebab comel. Tapi tak boleh ah kan, penyu kan spesis hampir pupus.


K. Nanti sambung lagi lah next entry. Ok bye! :D


First time bawak seketul Han naik kapal terbang

$
0
0


Keluarga seketul Han. kihkih

First time bawak seketul Han ni naik kapal terbang. Cuak jugak takut dia melalak dalam kapal terbang tu. Dah satu hal. Tapi sebelum naik kapal terbang,dekat airport pon dah kena tahan sebab tak bawak surat beranak Han. Tak plan pon sebenarnya. Ni semua plan last minit. Lepas berjalan dekat Hard Rock dalam ENTRI NI. Husband aku ni ah nak berjalan lagi bawak family dia. Sebagai isteri yang baik, sopan-santun lagi solehah, aku ikut je lah tanpa banyak bunyik. Kehkeh. Aku pon memang kaki jalan tak boleh duduk diam. Memang suka lah bila ajak berjalan-jalan ni.



Sebab terlupa nak bawak surat beranak Han, terpaksa lah pergi report polis. Dekat bawah airport tu ada balai polis, mengadu lah nasib di sana. Dah lah lagi sejam nak bertolak. Nasib baik sempat settle semua.




Sebab first time bawak baby,baru aku tahu rupanya pramugari akan bagi satu lagi belt baby untuk kita attach dekat belt kita. Ni naik ekonomi lah. Kalau naik business class bawak baby,tak tahu lah macam mana. Belum pernah try :D




Nasib baik sepanjang perjalanan, seketul Han sangat behave. Sebab dia tidur dengan nyenyak nya.


Kemain sedap dia tidur. Bagus-bagus. Senang kerja aku. hihi.


Time ni dah mendarat, tengah tunggu turn nak keluar kapal terbang. Bangun-bangun tidur celik mata je terus nak main dengan papa dia. Kalau tak tidur,ajak main,mintak susu, tu je lah kerja dia.


Naik kapal terbang ni dari Penang, nak ke Langkawi. Memang kejap gila ah sampai. Pilot baru announce selamat datang,tiba-tiba dah announce nak mendarat. Baru je nak kentut dalam flight,angin pon belum sempat merayap, tiba-tiba eh eh sampai dah?



Cepat bebenau.





Sampai-sampai je Langkawi, pergi pekena Laksa Ikan Sekoq, dekat tepi airport.

Sebab aku baru deliver baby,aku kena berpantang makan laksa dan minum air kelapa selama setahun.  Lepas beranak ni, baru aku tahu laksa dengan air kelapa tak boleh sentuh selama setahun. Tu pon ibu aku dengan mak mertua aku tegur. Kalau tak, terbabas jugak aku bedal. Katanya sebab takut urat bersalin terkejut, ye lah perempuan lepas bersalin ni kan banyak urat putus. Muehehe.Aku makan kuey teow sup je lah. Boleh lah.Sedap gak.



Mari ramai-ramai pergi ke hotel.



Dalam kereta, husband aku tak habis-habis gebang dekat kaum keluarga nya bahawa hotel yang dia pilih kali ni sangat cantik dan english style. Nak tengok gak ah kan tahap mana english style nya. Kadang-kadang dia tu propa je lebih.




Tapi bila sampai je hotel ni. Rasa macam dekat oversea. Memang cantik gila!


Nama hotel ni La Pari-Pari Fat Cupid. Husband aku bayar RM1200++ sehari untuk 3 bilik. Satu bilik tu dalam RM400 la lebih kurang campur tax semua. Tapi aku pergi ni time hari raya aka public holiday. Kalau hari biasa,maybe lagi murah.

Pastu semua konsep putih. Memang rasa tenang sangat.



Cafe&Restaurant.


Halaman dia. Cantik kan? Simple but nice.

Nak mandi swimming pool, boleh terus gedebush dalam ni.


Luar bilik hotel.



Dalam bilik. Cantik kan? kan?




Bilik air. 

Pfttttt. Tak kan lah tak tahu ni bilik air ye dak?


Sampai-sampai je dalam bilik hotel, seketul Han kemain sedap landing atas katil.



Eh penat lah nak taip. Nanti sambung lagi entry trip ke Langkawi ni. Kang tulis panjang-panjang bukan korang nak baca pon.Hihi. Ok bye! :D





Try Aiskrim Gulung, Kerabu Bronok dekat Langkawi

$
0
0
Sambungan ENTRI LEPAS. Hihi. Sebelum nak jalan-jalan,bergambar dekat hotel ala-ala omputeh ni dulu.


Seketul Han main dengan sepupu dia. Terkekeh kekeh dia gelak. Pastu membebel hape tah. Tak faham aku apa dia bebel-bebel.



Destinasi pertama adalah cable car. Harga nak naik cable car dekat Langkawi ni tertera di dalam gambar. Jangan lupa bawak myKad. Dapat diskaun. Tapi siapa je lah yang keluar rumah tak bawak IC, ye dak?



Semua kaum keluarga naik dalam satu cable car.



Tiap kali pit stop, nanti mesti ada orang tukang ambil gambar satu family. Mak mertua aku ni rajin betul beli gambar-gambar dorang print tu. Buat kenangan kata beliau. Pastu balik rumah, dia letak gambar yang dia beli tu dekat tempat frame-frame keluarga. Auww co cuwitt angattt. Kihkih.

Seketul Han ok je duduk dalam cable car. Nasib baik tak mintak susu dalam ni.



Turun dari cable car, nampak kedai durian ni. Try lah beli durian crepe, durian parfait dengan durian goreng. Durian goreng je sedap bagi aku. Yang lain so-so je.



Pastu naik gajah. Ingatkan dekat Thailand je boleh naik gajah ni, tapi dekat Langkawi pon ada hokay. Bayar RM150 untuk 2 plus 1. Naik lah aku suami isteri dengan anak buah aku. Tak ada pon scene pukul-pukul atau ketuk gajah ke apa nak bagi dia jalan. Pandai je gajah ni round satu pusingan membawa diri tau. Elok je dia hafal direction nak pi mana. Mesti kecik-kecik dulu banyak makan kismis minda.


Good job gajah! Kipidap! Dongibap! Dudabest! Do the best among the best coz the best is the best among the rest. 

Ok over sangat sokongan terhadap gajah.



Gajah ni nama Lasah. Umur dia dah 35 tahun. Naik gajah ni dekat Langkawi Elephant Adventures. Sama tempat dengan cable car tadi.

Pastu lapar. Dekat instagram aku (https://instagram.com/cikepal06/) ramai jugak lah yang suggest aku suruh try kerabu bronok. Tak lengkap datang Langkawi kalau tak try kerabu bronok katanya.First time aku dengar nama kerabu bronok ni. First time gak nak try.


Bila google bronok. Ni yang keluar. Mak aihhhh seram gak tengok rupa bronok ni. Hahaha.

Tadi bronok. Ni kerabu bronok. Aku makan ni dekat Restoran Siti Fatimah. Restoran ni memang famous dengan kerabu bronok. Aku waze je Restoran Siti Fatimah. Nanti waze tu bawak lah ke jalan yang benar.



Husband aku ni ambek kerabu bronok tak agak-agak punya banyak penuh sepinggan. Ingatkan dia nak makan sorang. Rupanya suruh kongsi ramai-ramai. 


Rasa kerabu bronok ni macam kenyal-kenyal gitu. Tak reti nak explain macam mana tapi bagi aku tekstur dia macam tulang ayam warna putih yang lembut tu. Haa camtu lah. Ok lah sedap gak kerabu bronok ni.


Pinggan aku. Kalau aku makan nasi campur memang wajib ada begedil. 



Dah selesai makan kerabu bronok, pastu naik go kart pulak. Weehuu.

Akak ipar aku naik gak.

Ada lah dalam 5-6 round pecut naik go kart ni.

Ni dah habis dah. Sebelum nak naik go kart tu nanti diorang bagi helmet, yang perempuan pakai tudung dia akan bagi jacket.


Pastu kitorang pergi The Zone Langkawi try aiskrim gulung.



Seronok pulak aku tengok orang ni buat aiskrim gulung.

Try 4 perisa. Perisa durian,strawberry,raspberry dengan oreo. 

Rasa dia ok lah kurang manis. Aku paling suka perisa durian. Yang lain biasa-biasa je rasa dia bagi aku.

Tengok Han seronok main dengan opah dalam kereta. Cantik ah tu. Boleh tinggal jap dengan opah. Boleh mama dengan papa main parachute pulak. Hihi.



Sebelum nak naik parachute,begitu tekun masing-masing tengok orang lain yang main parachute. Nak tengok lah macam mana gaya nak landing dengan cemerlang nya.



Sebelum nak naik aku dah jatuh dah dengan suami aku. Sakit woo. Berdarah kaki aku. Bila dah terbang dekat atas awan sana seronok lah. Bila nak landing,abang tu dah bagi tahu suruh lari-lari anak. Aku pon lari-lari anak lah, alih-alih tersembam macam nangka busuk suami isteri di situ. Ok lah tu bang. Naik sama-sama,jatuh sama-sama sangat konsepya.



Yang mak mertua dengan akak ipar aku tengok gak kejadian ni. Ingatkan nak simpati, rupanya terkekeh-kekeh dorang gelak kan. Kongasam! Haha.


Malam tu kitorang pergi dinner dekat satu kedai seafood ni. Dalam pukul 3-4 pagi aku dah pelik apasal lah perut aku sakit gila ni. Sakit gila macam nak beranak tu tahu tak rasa dia. Pastu asyik ulang alik toilet cerry berry pastu muntah. Husband aku dah risau dah. Dia nak bawak aku pergi hospital. Aku cakap tak payah ah,lepas ni elok kot.

Alih-alih setengah jam kemudian, husband aku lak sakit perut memulas yang amat. Cerry berry dengan muntah gak. Dia lagi teruk ah muntah banding dengan aku. Bergelen-gelen muntah dia. Haha.  Dah lain macam sangat ni rasanya. Pastu terus pergi bilik akak ipar aku,suruh dia bawak kan kereta pergi hospital mana-mana yang dekat. Sampai-sampai je hospital,dorang bagi aku and husband wheelchair. Elok je baru duduk dekat wheelchair,husband aku pergi muntah habis penuh lantai hospital tu. Perghh muntah lagi dia ni.Banyak gila lak tu.Nasib baik nurse yang bawak wheelchair tu sempat elak,kalau tak lencun habis baju dia tak pasal-pasal dengan muntah.Euwww. Haha.


Masa dekat hospital tu,aku ok lagi. Cuma rasa sakit perut je lah. Nurse cek hearbeat and perut semua. Tanya aku baru lepas bersalin ke apa. Pastu aku kena tahan sebab heartbeat aku rendah. Takut aku pitam katanya. Husband aku ok lak boleh balik padahal aku nampak dia yang lagi teruk dari aku. Aku pon pasrah je lah duduk dalam hospital.


Dalam pukul 5-6 pagi tu akak ipar aku lak kena tahan masuk dalam hospital. Yayy ada gak geng aku dalam hospital ni. Hahaha. Last-last semua ahli keluarga kena cirit birit sakit perut memulas. Doktor cakap ni kena keracunan makanan ni. Mak mertua aku je tak kena sebab dia tak makan sangat. Esok nya adalah pegawai pemakanan kat hospital tu interview aku,husband,and akak ipar semua. Tanya detail dari awal sampai Langkawi sampai sebelum datang hospital ni makan apa. Kitorang cerita je lah makan itu ini semua. Sebab dorang kata kalau sorang dua yang kena maybe salah makan. Ni dah sampai 5-6 orang kena ni, memang keracunan makanan ah. Restoran tu boleh kena saman katanya.


Kitorang syak kedai seafood yang kitorang pergi makan malam tu. Sebab owner hotel kitorang pon cakap kedai seafood tu memang banyak bad review. Tapi aku lupa lak nama kedai tu. huhu.



Seharian aku duduk dalam hospital. Sebenarnya kena duduk lagi 2 hari tapi husband aku mintak aku keluar. Rindu katanya. Kahhh. Nasib baik boleh keluar,sehari tak jumpa anak aku rindu pulak rasa. Waaaa jiwa mak-mak sangat. Hikhik

Bila aku upload gambar ni dekat instagram aku, ramai yang mention
"waa branula grey"
"mak aih. Grey tu"
"branula grey tu. Nangisss"

Aku pon pelik, apahal dorang ni dok komen pasal branula grey aku ni. Cuba lah komen plaster aku tu nampak cute dan comel sebab ada teddy bear ke apa. Sebab curious, aku pon google lah pasal branula ni.

Perghh baru aku tahu,branula grey yang kena cucuk dekat tangan aku tu antara branula yang paling besar rupanya . Pitam mak jemah. Hahaha.




ok bye!




[REVIEW] Menternak lemak di Me'nate Steak Hub. Alah, steak yang viral harga beribu dengan kontroversi Azwan Ali amboi amboi amboi tu

$
0
0
Amboi amboi amboi *gerak-gerak jali kelingking* 
Tajuk kemain kepochi mengalahkan diva AA.

Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah dengar pon nama restoran Me'nate Steak Hub ni. Lepas kontroversi Azwan Ali tu baru lah aku tahu kewujudan restoran ni. Dan kata nya harga satu steak berbillionz-billionz mahal nya. Iye ke tidok? Aku pon menerjah restoran ini untuk mencari satu kepastian *tetiba jadi jelmaan Nas Ahmad pulak nak terjah-terjah dah kenapa ko*

Ni steak yang aku makan haritu setelah dipotong.



Menu dia. Ada macam-macam rupanya. Harga menu lain selain steak agak affordable bagi aku. Cuma yang side belah kiri harga daging wagyu tu ikut harga berat daging.



Selama aku hidup dekat muka bumi ni, memanjang aku order WELL DONE je kalau makan steak. Tak tahu pulak daging WELL DONE ni the WORST EVER steak and a non healthy cook. Sedih mak enon bila dapat tahu. Sobs. *keluar air mata jatuh ke hidung*

Nak order daging RARE macam tak tergamak lagi. So aku suami isteri order lah daging MEDIUM WELL. Ok lettew ada peningkatan sikit makan steak. One level up.  *tepuk bahu*



Korang boleh pilih terus dari menu atau pilih daging dekat peti sejuk beku. Dah habis pilih, kau bagi je dia daging mana yang menjadi pilihan hati kau. Nanti pandai-pandai lah dia masak ikut citarasa cara daging yang ko mintak tadi.


Aku ambil daging ni. Wagyu Cry Tiger. Tetiba teringat Rozi Tiger yang selalu Johan raja lawak dok gebang tu.Aumm Aumm sangat nama daging nya.

Ni aku punya.


Close up sikit.



Aku tengah nak membaham steak Rozi Tiger. Eh 

Aku suka steak jenis macam ni. Yang nipis. Sebab senang nak makan dan nak kunyah. Nak potong pon senang.

Suami aku pulak ambil daging jenis ni. Wagyu Striploin. Dia suka daging tebal sikit.


Dia punya.


Amboi seronok benooo dia tu.



Ni daging dia. Bila aku tanya dia sedap tak? Dia kata

"sedap. rasa macam daging"

Laaa memang lah rasa daging kan. Tak kan rasa ayam pulak.

Review aku,untuk penggemar steak mesti suka makan sini. Daging dia lembut sangat. Tender and juicy. Bila potong je daging tu, jus meleleh-leleh gitu. Makan pulak dengan sos black pepper dia. Memang sedap.




Macam-macam jenis daging ada. Tak sempat nak hafal.

Siapa pulak yang nak suruh ko hafal kan?


Dont worry, ada je harga daging yang affordable. Pilih je kak. Pilih je bang.Pilih.

Air pulak free flow. Boleh lah refill banyak mana pon sampai muntah. ekeke.


Masa aku pergi haritu. Ni daging yang paling mahal. RM900++. Tapi ada je yang beribu. Siapa yang nak try steak harga begini. Boleh ah try.


Aku makan Me'nate Steak Hub ni cawangan dekat Ampang. Tu ada alamat dekat resit. Makan 2 orang haritu harga RM276. Tapi depends daging apa yang kau amek lah kan. Nak harga beribu boleh. Beratus boleh. Bawah seratus pon boleh. Takdehal.




Lama gila dah aku rasa aku tak buat entri menternak lemak.Kekok pulak rasa. Kahkah. ok bye!

Honeymoon Korea : Makanan sedap dan halal di Yoogane Myeong-dong dan Gosami Sinchon

$
0
0

Ni tahun lepas punya cerita. Gila lama peram entry honeymoon ke Korea ni sampai dah beranak baru nak update. Hihi. Time ni aku tengah pregnant 2 bulan tak silap.


Kitorang naik flight turun ke Busan Korea. Sebab sebelum balik nanti memang nak tidur dekat Busan. Flight dari KL ke Busan lebih kurang 6 jam, aku layan movie je dalam flight. Banyak gak cerita yang ada dalam flight tu. Dapat lah layan satu cerita hindustan dengan 2 cerita omputeh.Sampai-sampai je Busan, terus naik KTX nak ke Seoul.

Sampai je Korea, terus cari Banana Uyu aka susu pisang ni. Sepanjang dekat Korea ni, memang ngadap susu pisang ni je lah. Sedap susu ni!


Tengok je lah tarikh aku pergi Korea ni bila. 15/9/2014 iaitu tahun lepas. Harini dah 26/8/2015 baru terhegeh-hegeh nak update dekat blog. Inai dekat jari aku pon tak hilang lagi time ni. Maklum ler baru kahwin. Baru je habis majlis bertandang belah lelaki.

Dalam KTX ni agak selesa jugak.


Ada jual makanan dan minuman dalam ni. Kitorang macam biasa lah. Beli susu pisang lagi. hihi.


Perjalanan ke Seoul lebih kurang 2-3 jam naik KTX ni. Yang best nya ada wifi free dalam ni! Tapi aku main internet kejap je, sebab penat. Memang buat tahi mata je lah dalam ni. Dah sampai Seoul, suami kejut suruh bangun.






Dah sampai Seoul, kitorang pergi Myeong-dong. Tak cari hotel lagi. Jalan-jalan dulu. Nasib baik bawak satu beg je. Tak ada lah menyusahkan husband aku nak bawak beg banyak-banyak ke hulu ke hilir. Satu beg coklat tu je lah kitorang bawak untuk isi baju apa semua. Nak tolong bawak kan beg, dia tak bagi. Pregnant tak boleh bawak benda berat-berat kata nya. Baik lah.

Kitorang ada kawan study dekat Korea ni. Kalau nak makan apa-apa whatsapp tanya dia dulu boleh makan ke tak. Sebab dia memang arif dah lah makanan halal dekat Korea ni. Student dekat Korea ni, islamic society dia agak kuat sikit. So kalau ada restoran mana-mana yang halal diorang akan sebarkan kepada junior-junior diorang. Nampak je aiskrim 32cm ni terus whatsapp gambar bagi dia.

"asikrim tinggi-tinggi ni boleh makan tak?

Dia balas

"boleh. Bedal."


OK 

Terus bedal aiskrim tinggi menggalah perisa green tea vanilla. Dappp Dappp Dapp! :D




Effect selepas makan asikrim setinggi 32 cm. Kau mampu dek non?? Kahh. Ahjumma dekat tengah dengan brader pakai baju hitam ni tengok pelik je kat kitorang bergambar pesen bukan-bukan. Haha.

Dekat Myeong-Dong Street ni banyak tempat boleh shopping. Skincare,kosmetik apa semua memang best lah dekat sini. Asal lalu je dapat sample. Macam-macam sample free aku dapat. Tapi aku tak berapa heran sangat dengan sample-sample tu sebab aku tengah lapar.



Kawan aku suggest makan dekat restoran ni. Area Myeong-Dong ada 2-3 restoran ni. Nama diberi Yoogane Dakgalbi Restaurant . Dekat menu ni macam-macam ada. Tapi yang boleh diorder hanya seafood je ye. Ayam dengan daging dah sah-sah lah depa main katuk je tak sembelih.Dont worry tak ada spesis tonyok dalam menu. Hehe. Aku order marinated seafood fried rice. Berharga 5500 Won, jangan risau tak ada GST. Haha. 


Time aku pergi haritu dalam RM15 lah satu dish. Ni mata wang kita dah jatuh ni maybe mahal sikit lah.

Dekat restoran ni dorang masak depan mata kita. Macam buat nasi goreng je. 

Ni bahan--bahan dia. Ada sambal dan cheese.

Ni bahan untuk buat nasi goreng pulak.

Mula-mula tumis segala tok nenek bawang dengan seafood.


Masuk sambal dengan nasi. Gaul-gaul. Siap!

Gaul bagi sebati ye. Tapi dekat sini kau duduk je diam-diam. Nanti ada orang dia yang masak kan dan tolong gaul kan semua.

Mak buyung tengah lapar. Memang sedap je ah makan. Tapi serious sedap. Sebab jarang aku makan makanan Korea yang sedap. Yang ni boleh diterima tekak lah. Sambal dia rasa pedas-pedas manis gitu. Untuk tekak melayu totok,aku rasa boleh je telan.



Tengok tu cheese dia. Sedap nyaaa.

Side dish ni sedap gila. Ni amek kat kaunter. Rasa macam epal hijau. Tak sure lah tu memang epal hijau atau pon sos mayonis tu perisa epal hijau. Tapi nampak macam kobis. Eh aku pon dah lupa. Maklum lah pergi nya tahun lepas. Nyanyuk jap.

Side dish dia ada macam-macam. Ada benda ni, ada kimchi dan apa tah lagi. Aku ambil benda ni je.Kimchi memang aku malas nak makan. Dekat Malaysia ke, dekat Korea ke, sama je tak sedap kimchi nya. Tekak aku memang tak boleh terima kimchi.

Tapi kalau korang datang sini, ambil side dish ni makan dengan nasi goreng dia. Sedap woo.

Ni restoran dia. Cari je lambang warna merah oren kuning ni. Aku ada nampak 2 restoran ni dekat area Myeongdong. Or mungkin lebih. 


 Nak pergi Yoogane ni senang je. Keluar je dari Myeongdong Street nanti akan nampak Uniqlo sebelah kanan and Nature Republic sebelah kiri. Myeongdong  Street ni ada banyak lorong. Ambil lorong pertama dekat belah kanan, and jalan terus sampai nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri. Tak jauh pun, tak sampai 5 minit kot berjalan.  

Pastu jalan-jalan dekat Myeongdong Street nampak roti telur ni.


Husband aku beli. Dia suka betul roti telur ni.

Rasa dia manis-manis sikit. Aku tak berapa gemar sangat. Husband aku je yang suka makan roti ni.

Amende ni? Kon aiskrim kah?



Jalan-jalan makan angin.

Dekat sini tempat orang baling duit syiling.

Dah check in hotel,solat apa semua. Pergi dinner pulak. Best dekat Korea ni sebab free wifi bersepah-sepah. Dekat lampu isyarat ada wifi,dekat tengah jalan ada wifi,celah bedah mana pon lah ada wifi. Laju je lah tangan upload gambar ke instagram. hihi.


Ok jom lah kita makan malam pulak.


Tempat dinner pilihan hati.Restoran Gosami ni agak famous gak dikalangan pelancong muslim. Nak pergi ke Gosami ni senang je. Dari Sinchon Station, Exit 1. Jalan je sampai jumpa IBK Bank lepastu belok kanan. Jalan terus nanti nampak GS25 Convenience Store,pastu belok kiri. Lepas belok kiri, jalan lah dalam 2 meter sampai jumpa signboard ikan ni.Restoran ni agak jauh dari subway. Tapi ok je jalan-jalan sambil menikmati keindahan malam di Korea. Jalan punya jalan. Dah sampai.


Sampai je Gosami ni, terus order dekat kaunter. Tengok tudung akak-akak ni, macam orang Malaysia je. Hehe. 

Tapi orang Malaysia memang banyak makan dekat sini . Tengok gambar-gambar yang tampal dekat dinding tu,macam-macam gambar pelawat dari Malaysia dok bagi ucapan. Ucapan hari raya pon ada. :D

Air serve dalam mangkuk.

Ni side dish dia. Aku cuit yang tengah tu je sikit. Kimchi memang malas aku nak makan. Tak sedap.



Ni yang kitorang order haritu. Aku tengok gambar ni. Aku pulak terliur. Sebab sedap.Meh close up sikit.

Kodenggo- Ikan Bakar.

Ikan bakar ni serious sedap.

Sundubu- Sup tofu merah

Ni agak kurenggg sikit bagi aku.

Ojibggo- Spicy squid

Yang ni sedap gila weh! Sotong ni paling WIN. Rasa manis-manis pedas. Masak guna arang kata nya. Antara 3 lauk,sotong ni ah paling sedap. Emm sedap nyaaaa  *air liur jatuh ke keyboard*


Kalau aku pergi Korea lagi, tempat ni memang akan aku datang lagi. Rindu dekat spicy squid dia. Rasa dia agak unik bagi aku sebab tak sama macam sambal sotong warung kak leha. Hihi.


Ok nanti sambung lagi part 2. bye! :)



Honeymoon Korea (part 2) : Nami Island. Tempat shooting Winter Sonata.

$
0
0



Ada yang tanya dekat ENTRI LEPAS . Aku pergi sendiri atau guna travel agent?

So far kalau aku pergi travel dengan husband, tak pernah lagi ambil travel agent. Pergi mana-mana tempat pon semua sendiri. Kalau sesat ke apa,baru mencabar gitu. Sebab berusaha cari sama-sama tempat yang kita nak pergi tu. Hee.



Ni nak pergi Nami Island. Kalau pergi travel,memang kitorang akan ambil map dekat information counter. Dekat Korea ni selalu naik subway je. Tengah mencari jalan ke Gapyeong Station. Dekat Korea ni memang banyak gila berjalan. Dekat subway pon tangga kemain tinggi di merata tempat.

Satu je aku tak suka naik subway dekat Korea ni. Lagi-lagi time pagi. Bau busuk kepam yang amat. Kalau malam tu kurang sikit bau.Dah lah aku tengah pregnant time ni. Bau-bau benda busuk boleh buat muntah tahu?

Untuk kesejahteraan hidung,aku prefer lagi naik train dekat Jepun. Jepun tak ada lah bau pelik-pelik sangat. Tapi dekat Korea,naik subway pagi-pagi mesti ada bau yang kurang enak.Tanya kawan aku yang study sini,bau train memang macam ni ke pagi-pagi? Kawan aku cakap, kadang-kadang memang berbau sikit sebab dorang ni kebanyakan nya tak mandi pagi and minum soju (arak). Sebab tu ada bau macam tu. Aaaaaaa pitam!


Dari Gapyeong Station,kitorang naik teksi untuk ke jeti Nami Island. Tambang teksi nak ke Nami Island dalam 3000 WON. Teksi memang banyak sini. Tapi orang yang beratur nak naik teksi pon berlambak gak. Yang tak best, bila kitorang balik dari Nami Island nak ke Gapyeong Station, kitorang kena tipu pulak. Tah memana tah pakcik tu bawak.Pura-pura sesat pulak. Geram je. Tak pasal-pasal bila pergi, bayar 3000 WON, bila balek bayar 18,000 WON. Sabo je lah mak enon. Kongasam punya drebar teksi.


Masa nak balik naik teksi tu,korang tengok sikit jalan. Kot dia bawak jalan pelik-pelik. Pergi ketuk je kepala dia ok.

:D





Dah sampai tempat nak beli tiket ni, kena jalan kaki jugak nak ke sini. Teksi tak turun kan depan-depan ni. Dia turun kan agak jauh sikit.

Ni tiket entrance nak masuk Nami Island.Template ticket berubah-ubah jugak ikut musim. Harga tiket 8000 WON/adult. Ada 2 cara nak ke Nami Island ni. 

Satu naik feri.
Satu lagi naik flying fox.

Pilih nak yang mana. Kalau ikutkan aku nak naik flying fox tu. Sebab macam best je terbang ke Nami Island tu.Flying fox mahal sikit, harga dalam 38,000 WON macam tu.Tapi disebab kan aku tengah pregnant,naik feri je lah. Lebih selamat.




Eh eh ada bendera Malaysia lah. Ehehe.


Menunggu feri. Duduk beratur depan sekali. Pagar tu bukak je terus serbu.



Dalam feri. Boleh pilih nak duduk atas ke bawah ke dalam ke luar ke. Time ni duduk luar. Ramai juga orang time ni. Macam sardin dah. Ye lah kawasan tourist kan.Memang confirm lah beribu-ribu lemon orang nak datang walau musim apa pon.



Naik feri ni ada lah dalam 15-20 minit nak sampai ke Nami Island. Orang cakap Nami Island ni overrated. Famous pon sebab cerita Winter Sonata ni shooting dekat sini. Kalau tak, sendu je lah kot Nami Island ni. Tapi sebab aku first time datang Korea,nak jugak lah tengok Nami Island ni bagaimana rupanya.

Bagi aku, cantik gak Nami Island ni. Kalau time autumn atau musim bunga sakura tu memang cantik ah. Tapi sebab aku pergi time musim biasa, pokok pon hijau biasa je lah. Kira nya tak ada lah special sangat sebab dekat tempat lain pon hado pokok hijau gini :D




Jofliam ni biasa lah. Dekat mana-mana pon dia buat posing signature dia. Dia bukan kira kalau ada orang pandang pelik ke hape, janji dia terbang.




Aku nak terbang gak. Tapi demi menjaga kandungan dengan baik,lupakan saja lah hasrat itu. Kalau tak pregnant,memang dah sama naik lah dengan laki aku tu dok terbang ke hulu ke hilir :D



First kiss. Banyak couple bergambar cemolot dekat sini. Walaupun dah kahwin, tak koser lah aku nak kiss kiss depan orang ramai.



Haaa tutup mata dia.Padan muka tak boleh nampak awek dah. Nampak sipi-sipi je.



Dekat Nami Island ni banyak port bergambar.Bergambar lah dekat celah bedah mana pon. Memang tak kan ada yang marah. Hihi.


Jalan-jalan ternampak ada penampakan tergantung di pokok. Oii beruang buat apa situ? Turun turun.




Banyak pulak geng duduk atas pokok tu. Nasib baik beruang. Nampak kiut lah jugak walaupun tak tahu apa motif duduk situ.Kalau langsuir tersentil celah pokok tu,memang seram.



Ni lagi lah aku tak tahu apa motif gergasi rupa ini dekat sini. Posing pon macam haremmmm. Hahaha.





Nami Island ni besar tau. Sebab husband aku tak bagi jalan kuat sangat,kitorang pon sewa lah basikal. Sewa basikal 10000 WON untuk setengah jam.



Ni gambar-gambar hero dengan heroin Winter Sonata. Dok cari-cari jugak gambar aku dekat sini. Tapi tak ada lah pulak. Tetiba cari gambar sendiri dekat sini dah kenapa ko?





Siapa peminat tegar Winter Sonata tu boleh ah bergambar dekat sini.

Tak tahu ni apa. Tapi nampak macam comel. 


Dah keluar dari Nami Island, nampak gerai jual aiskrim ni.Dekat Korea, memang bersepah orang jual aiskrim spesis ni.Sedap aiskrim ni. Filling dia sedap. Ni amek perisa vanilla. Cone aiskrim yang warna kuning ni pon sedap.Rasa macam keropok jagung.




Sebenarnya kurang sentimental value sikit datang tempat shooting drama Winter Sonata ni sebab tak layan cerita tu.  Layan Running Man je.So buat lah drama sendiri.  Hihi.


Overall,Nami Island ni cantik jugak. Kalau first time pergi Korea, boleh lah jenguk Nami Island ni.Jangan risau kalau nak solat. Dalam ni ada musolla.Sesiapa nak solat tu boleh solat sini. 


Ok nanti sambung lagi part 3. Bye!


My new baby, Acer Switch 10 E

$
0
0
My new baby, Acer Switch 10 E.







Wow canggih nya. Boleh bukak,tarik,tolak dan boleh berubah bentuk ikut kesesuaian kita.

Banyak benda best pasal Acer Switch 10 E ni tau. Antaranya:- 

-Dikuasakan oleh Intel® Atom processor 2-in-1Z3735F (quad-core 1.33 GHz, up to 1.83 GHz Intel® Burst Technology, 2 MB L2 cache) & dengan Windows 8.1 jugak

- Acer Switch 10 E ni ada BluelightShield™, boleh mengurangkan stress bila tengok skrin terlampau lama disebabkan blue light.

- Bateri tahan lama sampai 12 jam.

Boleh bukak keyboard sesuka hati dan buat 4 mode. Whoaaa! Boleh sesuaikan dengan pelbagai situasi. 

Ada 4 cara boleh guna:

Laptop
Tablet
Display
Tent





Mode: Display

Mode: Tablet

Mode: Laptop

Mode: Tent


Style gila bak hanggg.

Aspire Switch 10 E datang dengan warna yang menarik dengan bentuk yang dinamik untuk nampak elegan dan mencegah calar dan kotoran.

Ada 4 warna yang korang boleh pilih.Available in Moonstone White, Shark Grey, Peacock Blue, Coral Red and Magenta Pink.





Korang patut beli Acer Switch 10 E dikuasakan oleh Intel® Atom™ processor ni sebab tengah ada promosi & "Why Not Win A Mazda3?" daripada Acer dan Intel sekarang!

Kalau korang beli Acer products daripada 15th July hingga 30th September 2015, korang berpeluang untuk menang Mazda3 dan banyak lagi hadiah yang best-best! Tengok lah tu hadiah-hadiah nya. Kereta,tv,kamera,tab. Fuhhh gila best.




Cara-cara nak masuk contest ni pon senang je. Cepat! Jangan lepaskan peluang wooo. Boleh tengok dekat facebook Acer ni

Sekeping Kong Heng , Ipoh Perak. Style gila tempat ni!

$
0
0
Ni cerita tahun lepas jugak. Baru nak update. Hihihi. Time ni seketul Han pon tak wujud lagi di dunia  yang fana ini :D


Sampai-sampai je Sekeping Kong Heng Ipoh ni. Nampak ada kedai gunting rambut. Tetiba si jofliam tu nak potong rambut. So tunggu je lah dia sampai selesai rambutnya digunting.



Nasib baik kejap je pakcik ni gunting rambut. Ok je lah tunggu sebab boleh check in hotel pukul 2pm. Kitorang sampai awal pulak around 11am. Jalan-jalan cuci mata sikit dekat sini and makan-makan dekat plan b dulu.

Dah pukul 2pm. Terus check in.

Bila masuk je bilik ni, mulut terus berkata

"waa cantiknyaaa,style gilaa, unik nak matik tempat ni"

Haha tapi memang lawa ah. Tak tipikal macam hotel-hotel lain.



Si jofliam ni memang tak habis-habis lah dengan trade chart forex dia.

Aku mahu menghirup udara segar saja. Laptop-laptop tolong pergi mereput dan jauhi aku. Malas nak layan. Tapi update instagram boleh! Heee.




Old skool tempat ni. Tapi unik. I loikeee~



Dok layan-layan chart.



Lepas tu tidur. Sempat pulakkk dia tidur dekat balcony ni.


Esok pagi nya breakfast dekat Hollywood. Kemain dari Ipoh naik flight ke Hollywood semata-mata nak sarapan pagi. Ko hado? Hihihi.

Bukan pergi oversea sampai Hollywood untuk breakfast. Tapi nama restoran ni Hollywood. So boleh lah acah-acah sarapan pagi dekat Hollywood.

Ni roti telur goyang. Antara makanan yang famous dekat sini. Rasa dia ok ok je lah macam rasa telur makan dengan roti je lah :D




Caramel pon biasa je bagi aku. Tapi chee cheong fun udang dia aku suka. Confirm esok pagi nak makan dekat Hollywood ni balik.






Esok nya (hari ke dua)  kitorang tukar bilik pulak. Saja tak ada kerja nak merasa duduk semua bilik yang ada dekat sini. Ni room 2 O'clock. RM400/night.


Deko dia aku suka lah. Minimalis je konsep dia. Tapi syle.

Nampak tangga tu? Dekat atas tu ada katil. Kalau nak tidur atas tu boleh jugak. Bilik ni ada 2 katil. Satu lagi dekat bawah.


Ada dapur juga. Yang suka masak-masak time travel jangan risau. Boleh je lah nak masak apa pon.

Jalan hujung belah kanan tu ada katil lagi satu dengan toilet. Tapi gambar aku lupa pulak nak ambil.

Ni bahagian luar. Nak lepak-lepak baca surat khabar ke majalah ke. Boleh lah duduk sini.



Lusa nya pulak (hari ke 3), kitorang tukar bilik lagi. Ni bilik 4 O'clock. Harga RM400/night jugak. Hari ke tiga ni tukar bilik sebab husband aku buat kelas forex. Nak tempat luas sikit lah. Bagi student  dia selesa sikit nak belajar.



Budak-budak kelas dia tengah belajar. Apa dia bebel nya tah.


Bilik ni lebih kurang je dengan bilik hari ke dua yang kitorang duduk tu cuma dia besar sikit.



Katil style begini macam rumah studio dekat Empire Damansara tu.  Ada lah jugak rasa nak duduk situ dulu sebab macam style je tapi memandangkan berfikir panjang,tak jadi duduk situ. Sebab nanti dah ada baby,anak ramai ke apa (amboi) macam susah lah pulak nak turun naik tangga untuk tidur kalau duduk situ.


Tapi kalau hotel nak duduk sekejap-sekejap. I ok jerrr :D

Turun dari katil atas je terus berkedut cadar.




Tempat ni macam best tau kalau nak bawak family atau kawan ramai-ramai nak berjimba. Tapi toilet je problem.Toilet dia dekat semua bilik see through. Dapat pulak family members atau kawan yang suka skodeng nak pedajal, boleh bikin cuak dan tak tenang jugak lah ketika mandi. Berhati-hati sajalah dan jangan pandang belakang. Muehehe.





Macam biasa. Sebelum balik, breakfast dekat Hollywood lagi. Ni tengok orang buat Chee Cheong Fun.

Simple je sebenarnya chee cheong fun ni. Tapi aku suka.Dia macam kuey teow tapi bukan kuey teow. Dalam dia ada isi. Selalu ambil chee cheong fun udang je.

Dekat Hollywood ni ada banyak gerai kecik-kecik. Suka breakfast dekat sini sebab banyak menu boleh try. Cuma nak datang sini kena awal lah. Kalau datang lambat sikit je,memang susah ah nak dapat seat.

Ni mee hape tah husband aku try. Tapi yang penting tak sedap. Aku tengok dia makan lepastu terus buat muka cencurut and letak tepi mangkuk ni. Tu faham-faham saja lah memang tak sedap. 


Kalau aku pergi Ipoh ni, memang dua tempat ni je lah selalunya aku pergi. Sekeping Kong Heng dengan Hollywood.


ok nanti sambung lagi, bye!


Ais Kepal Plan B Ipoh

$
0
0
 Sambungan entri lepas. 



Masih jalan-jalan cari pasal di Ipoh bersama.......





kawan baik dan kawan bertekak saya. Heee.




Dekat hotel dalam entri lepas. Ni main baling-baling bantal syok gak. Silap baling, kesian kepala orang bawah jadi mangsa kes jenayah.


Ni dekat area plan B tu. Tempat ni tempat lama. Nampak macam old skool sikit lah tapi style :D




Jofliam dan aksi terbang nya.


Ais Kepal. Rasa dia macam minum sarsi,sirap dengan ais je. Berjanggut lah nak nyonyot kasi habis. Kebas tangan woh makan benda ni. Tapi nyonyot punya nyonyot,dekat tengah-tengah tetiba ada surprise! 


Waa terkezut sangat. Rupanya ada asam boi seketul nyorok dalam tu.






Aku pergi ni tahun lepas,pregnant pon belum time ni. Baru je kahwin. Time tu harga RM3. Tapi tak tahu lah kalau sekarang ni dah naik include GST ke hape. Hihi. Tapi rasa nya still sama je kot harga dia.


Dia ni tak suka sangat ais kepal ni. Aku pon tak ada lah gemar mana pon.Aku beli ais kepal ni pon saja nak buat bergambar. Hahaha. Agak-agak aku dah penat nak nyonyot, aku pass lah kasi dia suruh habis kan.



Ni bukan dragon ball tau. Ni ais kepal jerrrrr.


Effect selepas makan ais kepal.




Ni lah tempat jual ais kepal tu. Bits and Bobs nama dia. Suka deko kedai ni. Klasik sangat. Main campak je periuk belanga situ tapi nampak canik jugak.




Lepas tu jalan-jalan area situ. Area situ banyak cafe hipster. Ni aku try burger hape benda tah. Tapi burger ni rasa biasa je. Sedap lagi burger ramly tepi jalan tu.




Tapi mango cheesecake dia sedap. Sedap gilaaaaa! Ni serious sedap tak tipu. Tak manis sangat tapi terasa lah kesedapan nya.

Pastu try order green tea cheese cake pulak. Ni pon sedap gila jugak!

Kalau datang cafe ni,korang order cheese cake dia ni je lah. Confirm tak mengecewakan.



Ni lah cafe dia. Cantik kan? Nama cafe aku lupa. Maklum lah pergi nya tahun lepas,baru hari ni terhegeh nak update.


Tetiba si jofliam

"wow yunk, kusyen cafe sama lah dengan tudung"


Erm K.



Confused abang posmen nak hantar surat camni.



Lompat si katak lompat hey hey.




Kalau sesiapa yang acah-acah cinta sejati nak lock mangga dekat sini pon bolehhhh. Kau ingat dekat Korea dengan Paris je ada? Ipoh mali talak sombong pon ada :D






Sebelum nak balik, beli lagi ais kepal. Kali ni ambil perisa sarsi laici.

Banggg mana lagi best? Ais kepal ke cikepal? 


Salah jawab, tidur luar ini malam


ok bye!


Masalah jerebu dan nyamuk? Guna lah Sharp Air Purifier

$
0
0

Sekarang ni kan musim jerebu, elok sangat lah ada Air Purifier dekat rumah.




Excited sangat dapat produk ni sebab dapat menjadi antara pengguna pertama yang guna. Produk ni ada dekat pasaran minggu depan.






Dalam kotak ada kertas macam mana nak pasang Air Purifier ni. Tapi bila bukak benda ni, jangan lupa buang plastik dalam ni tau. Nanti kipas nya tak berfungsi pulak kalau tak bukak plastik. Lepastu kena pasang sticker. Ada 2 sticker dalam kotak ni. Tapi pasang satu je lah. Lagi satu simpan untuk guna next time.



Ni lah dia produk ajaib itu, Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier. Ia adalah 3-in-1 kerana ia mempunyai tiga fungsi – Plasmaculster, Air Purifying, dan Mosquito Catcher.


 Air Purifier ni lain sikit dari yang biasa sebab ia bukan untuk Plasmacluster dan penapis udara kotor je tapi nak perangkap nyamuk pon boleh. Sesuai digunakan sekarang sebab kita tengah teruk diserang jerebu ni,udara pon dah tercemar dan beberapa tahun ni terdedah dengan demam denggi.



Mode yang kita boleh pilih.

Time malam boleh pilih sleep mode. Memang tak kan ganggu tidur punya, tak dengar bunyi lansung tapi benda ni still berfungsi lah.

Nampak tak lubang-lubang ni? Haa dekat lubang ni lah nyamuk akan terperangkap nanti. Dalam ni ada sticker. Bila nyamuk masuk je dalam lubang ni, memang dia tak kan boleh keluar balik sebab confirm akan melekat dalam tu. Padan muka kau nyamuk! Kerja nak gigit orang je. Rasakan! Gam dalam tu kuat woh. Function untuk Mosquito Catcher ni baru tau! SHARP cipta function ni sebab kes denggi kan teruk beberapa tahun ni dekat Malaysia.


Kalau ikut research, nyamuk prefer ruang yang sempit. UV light ni pon antara faktor nak menarik nyamuk untuk masuk dalam lubang ni. Aliran udara yang kuat akan menyedut nyamuk untuk masuk dalam ni lalu melekat dekat glue sheet dekat dalam tu. 


Lagi-lagi benda ni warna hitam. Nyamuk kan memang suka benda-benda hitam ni. Sebab tu kalau balik kampung time raya ke apa,kita tak digalak kan pakai baju warna hitam time tidur. Kau pakai baju hitam time tidur,memang mengundang ah kena gigit nyamuk.



Kalau tekan Haze mode,akan keluar lampu macam ni. Bunyi yang keluar pon tenang je. Aku suka haze mode ni, sebab sekarang ni memang tengah jerebu teruk gila kan? Memang setiap masa aku pasang Haze mode je. Risau dekat baby. Nak dia hirup udara yang segar je. Tak nak dia bernafas dalam jerebu. Huhu.





Aku suka gila Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier ni! Ada warranty 3 tahun tau. Boleh protect family daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. Boleh tangkap nyamuk dan dalam masa yang sama satu family akan hirup udara segar je.  Tak payah susah-susah pasang ubat nyamuk setiap malam atau sembur penyembur nyamuk yang ada bahan kimia tu lagi dah.  Lepas ni boleh tidur dengan tenang tanpa gangguan nyamuk durjana ituwww :D


Harga pasaran RM1049
Tapi sekarang ada promosi, RM999 je.
Bila dah keluar minggu depan, jangan lupa grab satu tau!


ok bye!


Nak menang RM10,000 tak? Join RHB Contest ni!

$
0
0
Pssttttt *bisik*


Nak menang cash RM10,000 tak? Meh join “Where’s Avatar? Spot, Count & Win” Game ni.

Cara nak join game ni pon senang je. Meh nak ajar macam mana nak join.

Kena ada akaun RHB dulu. Kalau sesiapa yang belum ada akaun tu,boleh sign up sekarang.Boleh download RHB Now Mobile Banking App dekat handphone jugak. Google play dengan app store ada apps ni.


Bila dah download, buat transaksi via RHB Now secara online.Apa-apa transaksi pon boleh. Bayar bil ke, bayar hutang member ke, bagi duit dekat mak ayah, online shopping or etc. Bila dah buat transaksi,automatik korang dah layak join  “Where’s Avatar? Spot, Count & Win” Game ni.


Setiap transaksi plus jawapan yang betul untuk Game, dapat lebih banyak entri. Kalau korang buat banyak transaksi lagi banyak ah entri. So peluang lagi cerah ah nak menang.







Ni haa contest nya. Senang je uolsss. Lebih daripada 100 peluang utk menang tau! Yang ada akaun RHB tu,rugi sangat kalau tak join.

Game dia senang je pon. Just kira avatar yang tersembunyi dalam gambar. Avatar yang badan putih,kepala bulat dan pakai spek merah tu. Boleh jawab sambil makan kacang botak jer woh sebab game dia memang senang nak matik. Haha.Lepas tu hantar borang penyertaan yang lengkap. 



Join sekarang dekat http://www.rhbgroup.com/ . Kalau menang RM10,000 boleh lah share hadiah dengan aku sebab aku dah share game yang senang gila ni dekat korang. Bagi half hadiah kemenangan pon aku ok je . Hihi

Apa tunggu lagi tu? Pergi register RHB Now sana. Cepat! Sebab contest ni sampai 29 November je tau! 

More info: RHB Group





CiUM kissing lip balm

$
0
0

Comel nya plastik pos ni :D



Benda dalam plastik pos tadi.

CiUM kissing lipbalm.

CiUM lip balm was developed to help draw couples closer by enhancing their kissing experience. Developed by a Pilot who was in a long distance relationship and thought of creating something to help with chapped lips and make the kissing experience more special and memorable. 

CiUM lipbalm is Asia’s 1st  kissing lip balm.

Datang dengan 2 perisa yang unik.
(Sambal  +  Ais)  &  (S’berry + Meeko)



Memang datang sepasang satu set. Yang ni paling aku excited nak try. Sambal + Ais. Nak tahu gak rasa apa kan? Kot-kot rasa sambal ikan bilis ke hape. Heee.






Yang ni pulak (S’berry + Meeko). Ni best jugak. Kalau rasa nak pakai dua-dua. Bibir atas sapu S’berry, bibir bawah celet Meeko. Pastu kemam (kemam ke orang panggil?) bibir, tercetuslah satu perasa yang unik. Weeeee.


Sama jugak dengan Sambal + Ais ni. Kalau rasa nak pakai dua-dua perisa serentak,bibir atas sapu Sambal,bibir bawah letak Ais pulak.

Kalau yang pjj husband and wife tu boleh lah bagi satu husband simpan. Satu lagi kita simpan. Sebelum jumpa,calit dekat bibir masing-masing. Dah jumpa, buat lah apa yang patut :D

Lip balm ni tak ada warna. So lelaki dan perempuan sesuai sangat pakai. Kalau bibir pecah-pecah dan kering tu pon elok sangat pakai. Lepas pakai, bibir rasa lembap dan mungil je.


 CiUM lip balm ni ada Shea Butter untuk lembapkan dan lembutkan bibir. Mengandungi antioksidan.Jangan risau, memang selamat dan tiada bahan terlarang.Bila sapu je lip balm ni,tak lama lepas tu rasa bibir berangin dan sejuk je. Pastu tetiba rasa bibir mungil feeling-feeling Angelina Jolie. Haha. Pastu kalau terasa dekat lidah pon ok je sebab rasa dia manis! Sedap gak ah rasa dia. Haha.


Aku suka Sambal + Ais ni. Unik gila kot pakai lip balm perisa Sambal+Ais ni. Rare habis. Exotic betul. Menarik betul perisa ni. This CiUM lip balm spicing up our relationship after marriage. Highly recommended untuk mereka yang sudah berkahwin dan halalan toyyiban saja ye. Yang couple belum kahwin tu jangan nak mengada cium sini sana. Hepp.




Sempena Valentine’s Day mereka juga akan intro 2 lagi set baru dengan sensasi hebat iaitu CiUM Jumbo/Ying and CiUM Zac/Kimmy. Sneak preview untuk pakej baru yang perlu PRE-order untuk Valentine’s Day adalah seperti berikut:



Pasangan suami isteri boleh beli pakej dia yang jauh lebih menarik dan “classy” untuk diberi sebagai hadiah. Tujuan CiUM ialah untuk merapatkan hubungan antara suami isteri dan mereka percaya sepasang suami isteri yang bahagia akan menjadi contoh baik kepada anak- anak mereka.


Ada jual dekat semua Air Asia Flights RM 75.00/set.

Tapi kalau beli dekat website dapat harga RM 29.00/set je. Murah!



Kalau berminat dengan CiUM kissing lip balm ni boleh beli dekat www.nomonkey.org

Kawan baik

$
0
0




Masa zaman matrik (foundation) sampai lah aku ada seketul Han, depa ni lah kawan baik susah senang bersama. Ecewah. Time ni diorang datang rumah aku nak tengok seketul Han.


Masa zaman matrik aku dengan diorang ni,macam-macam kenangan ada. Yang paling aku ingat pasal nasi pakapau. Dasar gemok kuat makan dan menternak lemak,asyik ingat benda pasal makan sahaja. Hihihihi. Serious aku tak pernah dengar pon pasal nasi pakapau sebelum ni. First time aku makan nasi pakapau pon dengan depa ni. Asal time pasar malam je, mesti cari nasi pakapau. Korang pernah makan tak nasi pakapau? Selalu makan dengan telur mata kerbau dan daging cincang. Sedap lah jugak. Bila aku nampak menu nasi pakapau dekat mana-mana mesti aku ingat diorang ni.




Aku ni kalau tulis english,aku boleh ah sikit-sikit. Cuma kalau speaking english tu,kadang-kadang macam hampeh lah jugak . Dah lah uni aku ni selalunya memang budak-budak nya power english.Aku tahu in writing selalu nya aku memang tak ada masalah. Bila speaking je berterabur tak tentu hala lah jugak. Haha. Lidah makan belacan begitu lah. Heee.


Ingat lagi time ambil MUET dulu. Yang bab speaking tu, mesti aku practice awal-awal cakap depan diorang ni sebelum masuk dewan. Sebab depa ni semua terror cakap english. Belajar cakap English dengan Hajar seronok kot. Aku ni kadang-kadang suka guna perkataan yang bombastic konon nak markah lebih tapi Hajar cakap guna perkataan simple je. Ayat simple tak apa,janji betul. Lagi senang nak ingat. Aku memang tak berapa suka benda-benda kena buat presentation ni. Kalau aku bercakap depan orang ramai, mesti aku cepat nervous. Diorang ni lah yang selalu jadi pom pom girl bagi semangat.

" Kau boleh. Kau boleh wei cakap depan orang. Tak payah nervous. Tak payah takut. Diorang bukan makan kau pon"

Memang lah tak makan aku kan. Tapi nervous tetap nervous. Haha. Tapi diorang ni bagus ah,seboleh-boleh nak dengar jugak apa yang aku nak cakap sebelum presentation and betulkan grammatical error kalau ada. Nasib baik depa ni tak kedekut ilmu. Sebab ada sesetengah orang kan,kalau dia dah pandai,dia selfish. Tapi diorang tak. Diorang ni kalau boleh nak semua lulus dengan cemerlang sama-sama. Itu lah penting nya ada kawan baik ni. Kalau kita susah, seboleh nya nak tolong kita.


MUET public speaking test ni one of aku punya “Crucial 1st moment” lah. Berkat berhempas pulas practice depan dorang ni, akhirnya aku pon pass with flying colors untuk MUET public speaking test tu. Kalau tak,aku rasa hancur kot MUET aku ni. Sebab dah ada pengalaman, aku memang lebih konfiden dan selesa bila bercakap di khalayak ramai. Ecececeh. Tak lah macam dulu, kalau nak cakap mesti aku tolak dekat orang lain je haha. Bolehlah juga dikatakan aku menguasai satu lagi ah bakat untuk cakap depan orang ramai. Ecececececehhhh.






Diorang ni antara bridesmaid aku time wedding aku jugak haritu. Cuma Nea je tak ada sebab dia sambung master dekat London. Time aku kawen lah kau sibuk nak sambung study dekat London. Menyampah!

Seketul Han ni suka je kalau awek-awek datang tengok dia.Amboi amboi.


Aku sangat susah nak percaya dekat orang. Tapi dengan diorang ni aku senang lah nak share apa-apa sebab hati diorang baik. So far aku kawan dengan diorang ni tak pernah lagi lah ada benda pelik-pelik terjadi di antara kitorang. Sebab tu anything yang private and confidential punya rahsia pon aku ok je cerita dengan diorang ni. So aku tahu dorang support system aku yang paling kuat dan selalu protect aku. Heee. Dengan diorang ni lah tempat luah perasaan,tempat bergosip,tempat mintak idea and macam-macam topik lah boleh bersembang dengan diorang ni. Harap persahabatan ni kekal lah sampai bila-bila.


Ada penting nya jugak ada kawan baik yang selalu ada di sisi kita time susah dan senang. Bukan time senang je dia ada. Ada time susah sekali. Besyukur sangat diorang ni datang dalam hidup aku. Terima kasih korang! Sama juga macam Kotex, salah satu brand yang aku percaya sejak dulu,yang kita perlukan 'protection' bila datang bulan.


Bila aku tengok TVC ni,memang aku terus teringat kawan-kawan baik aku ni. Kalau ada masalah je, mesti ada tangan yang membantu untuk tolong.


Love u girls! :)



Jalan-jalan Johor Bahru : Kacang Pool Haji , Larkin

$
0
0



Ok nak cerita benda tahun lepas lagi. Heee. Jalan-jalan pergi Johor Bahru aka JB.One of the reasons datang JB ni sebab husband aku buat kelas ajar trading forex dekat sini. Dah alang-alang sampai, jalan-jalan cari makan ternak lemak ah. Heee. 

Sampai je JB, terus up gambar dekat instagram ( https://instagram.com/cikepal06/ ), suruh depa suggest makanan sedap dekat JB ni. Dasar kuat ternak lemak, memang benda makan je yang ada dalam pale otak dulu.Uihh macam-macam tempat depa suggest. Baca komen pon dah telan airliur membayangkan makanan. Baru lah rasa berguna ada instagram ni. Haha. Tapi aku dekat sini 2 hari je. Try apa yang sempat je lah. Nanti datang JB next time,try benda lain pulak.




Tidur dekat Thistle Hotel Johor Bharu. Ni view dari atas dalam bilik.

Rate sehari lupa dah berapa time ni.Gambar bilik tah mana tah hilang,tahun lepas punya cerita kannn. Ni pon nasib je ada gambar bila korek-korek folder.


Cantik bangat dong!

Tengok view dari dalam bilik ni macam cantik je swimming pool ni. Jom ah turun tengok.



Cantik swimming pool dia. Time ni aku tengah pregnant. Ada yang kata tak elok lah mandi swimming pool nanti kena infection lah apa lah. Tak tahu lah betul ke tak. Tapi aku memang tak ada mood nak berenang kuak lentang pon time pregnant ni. Suruh husband je lah berenang kalau dia nak, aku boleh teman kan.



Tapi dia pon tak nak berkubang. Nak mandi swimming pool nak ada aku jugak. Kalau sorang-sorang tak nak, tak feeling kata nya. Gedik juga dia ni kadang-kadang. Tolak masuk swimming pool karang baru boleh dia faham apa erti feeling sebenar agak nya. So layan view je lah kejap dekat sini.






Dah habis layan view dekat swimming pool tadi. Pergi Puteri Harbour Waterfront pulak. Tak ada apa sangat dekat sini. Cuma tempat ni boleh santai-santai jalan-jalan dekat tepi waterfront sambil tengok kapal-kapal layar berlabuh. Macam-macam jenis kapal ada. Ada kapal besar,kecik, kapal dari  Mediteranean, Eropah, South Africa, America dan dari seluruh dunia lah kata nyehhh.




Ahhh aku bukan nak tengok kapal sangat. Apa yang penting? MAKAN! Ye! Makan ye! Nak makan pon harus lah yang sedap!

Ramai gila suggest suruh aku try Kacang Pool Haji, Larkin Bomba ni. Kitorang suami isteri pon memang tak pernah try lagi. So moh lah kita try ye. First round order kacang pool,pepes dengan lempeng pisang.

Rasa?

Semua sedap!!! Haha. Time ni pulak aku tengah pregnant. Mak buyung makan beb. Memang selera je lah beb. Tu pon tak tahu ke beb?



Murah je kacang pool ni. Makan dengan roti tebal ni. Satu set harga RM4.00 je uolss. Roti tu tebal tapi lembut. Makan cicah-cicah selet roti dengan kuah kacang pool tu pastu ngapp masuk mulut.Mmmm dap nyerrr. Picit limau,kacau-kacau,makan gitu pon sedap je kacang pool ni.


Aku tengok meja sebelah order tauhu bakar. Depa makan macam sedap je. Aku pon order lah jugak.

Second round. Abc special dan tauhu bakar.

Rasa?

Dua-dua sedap!!! Haha. ABC tu sedap nak matik.

Aku bukan peminat tauhu bakar tau tapi yang ni sedap ah pulak sebab sos tauhu bakar dia tu sedap. Sos dia manis-manis pedas. Dappp.



Ni alamat kalau korang nak cuba-try-test makanan dekat sini pulak.

No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80000 Johor Bahru.

Tempat ni food court. Bagi aku best ah sebab boleh try macam-macam makanan. Majoriti makanan dekat sini semua marvelous! Harga pon murah nak matik! Heee.



On the way nak balik hotel, nampak orang jual kuih. Nampak menggiurkan pulak semua kuih ni lalu aku tapau lagi bawak balik hotel. Udang celup tepung pon ada jual. Macam-macam aku bungkus. Pau sambal,goreng pisang,cekodok pisang,udang celup tepung,tempe goreng, karipap.Oih sedap nya. Heaven betul jadi mak buyung ni. Kenyang baby aku dalam perut makan macam-macam. Kihkih. 


Ni lah perangai kongasam mak-mak mengandung ni. Dia yang pelahap nak makan macam-macam,salah kan baby pulak nak makan. 




ok nanti sambung lagi part 2 ke JB ni. Bye!

Johor Bahru: R&F Tanjung Puteri dan Restoran ZZ Sup Tulang Gearbox Terbaik!

$
0
0
Sambungan entri lepas...


Jofliam dengan student-student kelas trading forex nya.


 Lama jugak lah nak tunggu kelas dia ni habis. Nasib baik dalam bilik hotel ada wifi. Layan running man je lah kerja aku.



Dah habis kelas dia ni,kitorang pergi R&F Tanjung Puteri, JB. Saja nak jalan-jalan tengok apa ada situ. Orang kata tempat tu cantik.



Buggy service


Dari tempat kita parking kereta, kena jalan kaki sikit nak ke stesen buggy. Lepas tu buggy akan hantar kita dekat atas.  Then kena turun tangga yang banyak baru sampai. Tapi tak jauh pun sebenarnya. Saja pihak R&F Tanjung Puteri ni nak bagi kita feeling-feeling pelancong naik buggy. 



Cantik tempat ni. Boleh lah feeling-feeling macam dekat Bali. Hee

Tempat ni sebenarnya tanah bekas tapak kastam dan imigresen lama laluan antara JB ke Singapore. Di bangunkan menjadi sebuah kondominium dan apartment mewah dengan pelbagai kelengkapan 
5 bintang. Ni tempat yang boleh ambil gambar lah. Ada jugak tempat yang asal kau pijak tanah dia je pakgad dah tiup wisel prett prettt. Nak dengar pakgad tiup wisel prett prettt, sila lah cari pasal dengan dia,pijak kawasan yang tak boleh dipijak. Muehehe.






Nampak tak Tambak Johor tu?? Tapi mesti tak berapa nampak sebab distracted dengan gambo jofliam terbang ni. Kahh. Banyak kereta berderet-deret nak masuk Singapore. Dari tempat ni kita dah boleh nampak lah negara jiran. Tempat ni memang betul-betul mengadap Singapura dan yang paling hampir dengan Tambak Johor.

Jofliam ni biasa lah. Ni lah pose dia dekat mana-mana pon.Aku jugekk yang kena jadi camerawoman dia untuk aksi hebat-hebat sebegini.Credit to camerawoman yang talented. Hiks.



Sebenarnya kawasan bawah dekat pantai ni tak besar mana pun,pusing-pusing kat situ jek. Dekat bahagian atas ada rumah contoh dan taman-taman yang menarik. Tapi aku tak ambil gambar pulak.  

Gym dalam air. Style gila. 

Sesiapa yang ada duit berkepuk tu, boleh lah beli kondo dekat sini. View memang tip top cantik.




Dinner makan dekat Restoran ZZ Sup Tulang. Boleh pilih nak makan bersila atau pon duduk dekat kerusi. Kitorang pilih makan bersila je. Order mee rebus Johor dan sup tulang gearbox. Sap supp sapp terus sampai meja. Bagus-bagus. Cepat je makanan sampai. Memang tengah lapar pon ni.





Tapi ni lah menu paling special dekat sini. Mee rebus Johor gear box. Rasa dia memang sedap gila. Bau pon dah sedap.Kuah pon pekat rasa manis masin gitu dan enak nak matik. Hee.Siap bagi straw lagi untuk sedut lubang tulang yang ada sisa daging dan lemak-lemak dekat dalam itewww. Memang ternak lemak ah ni :D

Harga makanan dekat sini semua murah-murah,mampu milik dan paling penting sedap ah. Restoran ZZ Sup Tulang ni agak tersorok sikit tapi tak susah pon nak cari.Tempat ni dekat belakang Masjid Abu Bakar dan Maahad Johor.

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : Jalan Petri 5/1, Johor Bahru (berdekatan dengan JKR Daerah, Yayasan Warisan Negeri Johor dan berhadapan dengan Regency Condominium)

Siapa datang JB, memang wajib makan mee rebus Johor gear box ni. Highly recommended! Nyum nyum :)




LUX Magical Spell

$
0
0


Haritu aku pergi Lux event. Masuk je tempat ni,bau wangi sangat-sangat. 

Rupanya tu bau body wash Lux yang terbaru iaitu LUX Magical Spell. 

Event ni memang nampak ke ungu an :D

First time ni aku pergi event sampai 8 jam. Hehe. 

Event ni jugak nak perkenalkan duta terbaru Lux. Cer teka siapa?




Juliana Evans! Cantik sangat Juliana Evans ni. Muka macam anak patung woh.



Lepastu blogger-blogger yang datang semua akan di make-over kan. Aku ni memang jarang lah mekap beria. Selalu kalau keluar pon make up natural je. So macam excited gak lah nak tengok rupa selepas di make-over kan nanti. Heee.



Before muka pucat tak ada secalit mekap lansung and after make-over.

Aku rasa muka aku lain sangat-sangat. Heee. Tapi aku rasa lebih konfiden lah lepas di make-over kan ni. Aku jarang pakai tudung bagi nampak seluruh muka. Selalunya mesti seboleh-boleh nak tutup pipi jugak. Ehehe. Sebab tak konfiden letteww,rasa macam pipi tembam je.

Bila dah make-over Bold & Beautiful dari Lux ni,memberi inspirasi lah kepada aku untuk merasa 'bold and beautiful' dan lebih yakin untuk melangkah keluar dari zon selesa.

Oh baju kitorang semua daripada Zalora. Memang diorang dah pilih kan siap-siap baju yang kitorang kena pakai time make-over tu.

Lepas semua blogger dah di make-over, tetiba Juliana Evans kata ada surprise. Rupa-rupanya make-over ni adalah contest. Jue akan pilih sorang yang dia rasa sangat yakin dan 'bold and beautiful'. 

Pemenang akan dapat hadiah daripada Lux dan baju apa yang dia tengah pakai tu,dia akan dapat dari atas sampai bawah untuk bawak balik rumah. 

Dan pemenang nya. Ayin. Congrats Ayin! :D




Antara blogger-blogger yang di make-over kan haritu :D

Pose tunjuk ibu jari satu. Heee.



Pose dengan Juliana Evans satu. Heee cantik lah Jue ni. Terasa muka bulat macam bola lah bila bergambar sebelah Jue ni. Haha.




Lepas tu semua orang dapat hamper from Lux.



Waaa best nya! Dapat 4 body wash LUX Magical Spell ni. Suka! Suka! Lepas ni memang tak payah beli body wash dah. Pakai Lux je.



Serious Lux Magical Spell ni wangi gilaaaaa. 

Yang best nya,wangian ni boleh tahan sampai 8 jam tau! Korang patut try Lux Magical Spell ni nanti. Serious wangi tak tipu.

Lux memberikan aku sentuhan konfiden dan kecantikan :)








Hahhhh mai tengok sekali video ni hehehe.




ok bye!

Menternak lemak di Dolly Dim Sum . Teman seketul Han main bola-bola pastu main gelongsor. Tapi seketul Han tak ada perasaan. Mak pak dia yang over.

$
0
0


Woihhh tajuk entry macam haremmmm. Kahkah.



Seketul Han ajak kakak Eleora selfie. Hihihi.

Amboi pandai selfie dah dia tu.





Seketul Han dengan mama Sab yang vogue the vass.

Lembut lah pipi papa ijan ni macam kapas. Han like! Boleh share tak pakai skincare apa? Kihkih.



Nasi goreng Thai dah sampai. Siap ada pinggan untuk kids lagi.

Sedap nya kakak Eleora makan nasi goreng Thai. Nyum nyum.

Nasi goreng Thai ni serious sedap. Sila order kalau datang sini. Hehe.



Tempat kegemaran aku nak makan dim sum. Dekat Dolly Dim Sum, Avenue K. Paling aku suka chee cheong fun prawn, egg custard bun dengan szechuan dumpling. 3 ni paling top favourite. Kalau aku datang sini, confirm 3 menu ni akan aku order. Yang lain topap-topap untuk rasa je ah.



Mama Sab and Papa Ijan first time sampai sini. So depa suruh aku order je apa yang sedap. Emm kemain sedap je ah aku pilih. Dan semua menu yang aku order haritu ada lah mengikut sedap tekak aku. Wahaha best betul.



Sebab depa baru balik rumah orang kahwin,  depa suruh order sikit je ah. Tapi aku dengan husband tak makan lagi. Order lah jugak sesedap rasa. Heee. Yang beancurd ni aku ambil 2 set. Dim sum udang (tak ingat apa nama benda ni) tu ambil 2 set jugak. Egg custard bun wajib 3 set ye. Tu yang paling tinggi tu. Haa tu paling sedap. Bila gigit je,terus meletop dalam mulut inti dia. Sedap gila.




Banyak gila order. Sampai tak muat meja. Dengan pau lagi. Tapi nasib baik semua licin di bedal.



Dolly Dim Sum ni antara restoran favourite aku lah. Selalu gak ah aku makan dekat Dolly Dim Sum ni. Dan ini bukti nya. Haha. Throwback sikit.




Tapi serious egg custard bun ni sedap nak matik! Heee.




Time puasa hari tu pon gigih berbuka nak makan dim sum.

Masa berbuka haritu lagi ah. Macam-macam order. Dekat sini nak makan kena tick dalam kertas berapa kuantiti dim sum yang kita nak. Bila panggil waiter nak hantar kertas menu dekat dia je, waiter tu pon berkata "Are you sure u want to order this? It's too many for 2 people"

"Yes! Sure! Sure! Boleh je habis kan. Malaysia Boleh!"

Waiter tu pon speachless. Dia hantar je lah apa kitorang order. Time buka puasa ni makan berdua je dengan husband. Ni sebenarnya tak muat meja gak. Ada lagi dim sum sebenarnya. Depa hold dulu. Baru hantar lain.Haha. Gila menternak lemak macam bela jin.



Ok habis dah cerita dim sum, berbalik semula ke pangkal jalan.

Avenue K ni shopping mall agak baru jugak lah. Tapi ada Sephora so i loikeee. Hee. Saja jalan-jalan dekat atas, kakak Eleora nak main playgorund dalam tu pulak. Kena bayar RM30 tak silap. Tapi diesbabkan seketul Han seorang bayi lagi. So Han masuk FREE. Yayyy!




Main ball. Papa Han shoot ball.

Aiyoo papa Han ni. Muka je beriya. Masuk bola dalam net tak jugak. 

Seketul Han pasrah je. Apak nya yang terhibur lebih.

Mama Han nak main gak. Hihi. Best jugak baring dalam rimbunan bola-bola ni.

Vroom vroomm jom Han teman mama pergi beli tempe dekat kedai Pak Meon.

Eh eh sini pon ada ball jugak.

Papa Han main gelongsor.



Seketul Han maintain tak ada perasaan. Mak pak dia yang over. Kahkah.



Dah. Balikkk.



Banyak makan dim sum dengan pau, muka pon dah booolat macam pau.



ok dah jom balik. bye!

Kebaikan breastfeeding untuk bayi dan ibu

$
0
0
Masa hari pertama Han lahir, agak kekok jugak lah nak breasfeeding dia. Ye lah first time dapat baby kan? Tapi baby ni sebenarnya lahir-lahir je dah bijak. Pandai je dia cari susu walaupun dia tak berapa nampak dan still ingat dia dalam perut lagi. Comel je tengok dia menyusu.  
Tapi masa baru lahir dia minum susu sikit dan sekejap je sebab time tu perut dia sekecil buah ceri je.
Masa awal-awal menyusu tu aku pelik kenapa susu aku warna kuning. Aku ingatkan susu terus keluar warna putih. Ye lah susu kot? Mesti warna putih lah kan? Tanya nurse


"kenapa susu saya warna kuning eh?"


Pastu nurse cakap

"Awal-awal memang susu warna kuning.Susu ni paling bagus. Nama dia kolostrum."


Oooo kolostrum rupanya. Cuak gak mula-mula. Aku ingat susu aku ni expired ke basi ke. Haha. Rupa-rupanya tu susu paling bagus. Ye lah first time bersalin,mana lah tahu pasal susu kuning ke apa. Muehehe.
Sebenarnya bila lepas deliver je, susu pertama yang keluar,kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Meh aku cerita sikit pasal kolostrum ni.


Kolostrum ni khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya 3x ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui baby pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini sangat rugi sebab baby harus mendapat kolostrum sebanyak mungkin. 


Susu ibu adalah baik untuk bayi kerana: -

1. Membina antibodi semula jadi untuk kanak-kanak

Selalu dengar orang tua-tua cakap kalau baby yang breastfeeding jarang demam. So far baby Han memang tak pernah demam and sakit lagi. Alhamdulillah.

2. Mengurangkan risiko bayi mendapat cirit-birit, jangkitan pernafasan, alahan dan banyak lagi
Kita selalu nampak bayi kecil menangis tak henti-henti sampai berjam-jam. Besar kemungkinan perut baby kembung. Kalau baby menyusu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan cirit-birit. Selain cirit-birit, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit. 

3. Menggalakkan perkembangan otak
Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. 

4. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. 
Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menyusu beberapa hari. 


Breastfeeding ni bukan baik untuk baby je,tapi untuk ibu pon sangat banyak kelebihan.
Antaranya:


1. Mengurangkan peluang mendapat kanser payudara
Mengurangkan kanser payudara dan ovari – Perlu ibu ingat baby tidak akan berjangkit kanser melalui susu ibu. Ibu juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit ini melalui penyusuan. 






2. Burns kalori (sehingga 600 kalori sehari)



Ini confirm part yang paling mak-mak suka! Macam mana nak makan banyak tapi masih lose weight? Tentulah breastfeeding! Tahu tak ibu yang breasfeeding sangat lucky. Bila menyusu baby, badan kita akan burn/bakar lemak yang tersimpan semasa pregnant untuk menghasilkan susu. Badan kita membakar hampir 20 calories untuk menghasilkan 1 ounce susu ibu. Bayangkan kalau baby minum 19-30 ounces sehari, Wuhuuu! Badan dah membakar 380-600 Calories sehari.Gila best! Walhal tak perlu jogging, tak perlu zumba, tak perlu beli alat senaman mahal, tak perlu pergi gym,hanya breastfeed dan tidur bersama anak je.  Best kan? Tapi ibu harus ingat, berat badan bukannya turun sehari dua penyusuan, ianya mengambil masa. Teruskan penyusuan dan ambil makanan berkhasiat! 






3.Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.

Breastfeeding juga membantu mengecutkan rahim kita secara semulajadi. Ia membantu uterus kecut ke saiz normal selepas ianya diregangkan sepanjang mengandung.Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya. Ia melambatkan period ibu (tapi janganlah bergantung kepada BF untuk menjarakkan anak pulak tau).



4. Bonding time 
Bila kita menyusu baby, mesti lah kita peluk dia kan? Time ni lah memberi peluang ibu having time dgn babynya sendiri dan bermesra dgn baby with all her senses. Asas komunikasi kepada baby adalah bermula dari penyusuan. Skin to skin contact – akan membebaskan hormon prolaktin dan oksitosin secara semulajadi. Oksitosin yang dirembeskan membuatkan kedua-dua nya tenang. Hormon ini memang hebat, ianya akan membuatkan ibu berasa sayang terhadap anak yang dikandung walaupun apa yang berlaku di sekitarnya.





5. BERSIH dan MUDAH.
Kalau pergi travel pon best.Senang! Tak payah bangun malam bancuh susu, tak payah siapkan bakul untuk pergi travel, tak payah siapkan air panas. Tak payah mencuci botol atau membancuh formula.Tak payah risau expired date susu. Cuma perlu bawa ibu (diri sendiri) kemana-mana sahaja. Mudah bukan? Hehe

Breastfeeding (BF) is such a wonderful experience. Aku yakin semua ibu mengimpikan untuk menyusukan baby sepenuhnya tanpa campur susu formula sehingga 2 tahun tapi tak semua yang bernasib baik kan? Semakin lama kita menyusu semakin banyak ilmu kita pelajari tentang penyusuan. Banyak sangat kebaikan breastfeeding ni untuk ibu sendiri dan si bayi. Don't stop breastfeeding ok.Sentiasa berfikiran positif.Dont't give up! Kipidap! Dongibap! Hehehe.

Untuk semua bakal ibu dan ibu yang sedang menyusu. Jom kita ramai-ramai menyokong breastfeeding 100% untuk 6 bulan pertama dan insyaAllah seterusnya hingga 2 tahun.






Resepi Daging Goreng Berlada / Daging balado

$
0
0





Dah lama pulak rasa tak update entry resepi semenjak ada baby dan busy melayari alam berumah tangga ni. Kihkih. Kali ni nak share macam mana nak buat daging balado.Nak buat Daging Goreng Berlada / Daging balado ni senang gila je uolsss. Gila pon tak senang macam ni. Semua resepi dalam blog aku ni memang berkonsepkan user friendly and easy to digest belaka. So dont worry be happy. Gituwww. Hehe.

 Orang melayu sebut Daging Goreng Berlada. Tapi dekat Indonesia panggil Daging Balado. Sama je pon sebenarnya. 


  Meh sini nak ajar cara-cara nak buat Daging Goreng Berlada / Daging balado yang senang nak meninggal ni! Amboi!


Harus lah ada daging. Dah nama resepi pon daging balado. Tak kan guna ketam pulekk.
Daging boleh rebus empuk dan hiris nipis.
serbuk kunyit dan garam (untuk gaul dengan daging)
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*4 biji cili merah 
*4 biji cili padi merah 
*1 inci halia 
1 biji limau nipis (di ambil jus nya sahaja)
sedikit belacan bakar (aku guna dalam 2 inci)
garam dan gula

Bahan yang ada bintang * tu. Tumbuk kasar ye.

Kalau daging biasa, aku selalu rebus sampai empuk dan hiris nipis-nipis. Lepastu baru gaul dengan serbuk kunyit dan garam pastu goreng.Sebab nanti nak makan lembut je dan tak liat daging nya. Tapi ni aku guna daging berkualiti tinggi sikit dan dia dah memang potong nipis masa aku beli.So aku terus goreng je. Mula-mula gaul daging dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

Pastu goreng garing. Daging ni best. Goreng garing pon still lembut je bila gigit.




Masuk bahan-bahan tanda * tadi. Masuk cili merah,cili api,bawang merah,bawang putih,halia dan belacan bakar dalam lesung batu. Tumbuk kasar cenggini. Nak blend pon boleh tapi aku tak suka blend sebab rasa dia kurang umphh. Tumbuk kasar gini lagi sedap. Baru berasa. 


Bahan-bahan tumbuk tadi tumis dalam kuali.

Tumis sampai pecah minyak. Lepas tu masuk kan jus limau nipis. Perasa kan dengan garam dan gula. Kali ni cili api aku pedas nak matik. So lebih kan gula sikit kalau terlampau pedas. Masuk gula dan garam pandai-pandai adjust.

Pastu masuk kan daging.

Kacau rata.


Siap! Senang je kan mak jemah?

Husband aku kalau dapat ni,suka ratah macam tu je. Dia punya ratah,alih-alih habis sepinggan. Pffttt terpaksa masak lagi.


Makan dengan nasi panas-panas. Mak mertua lalu dekat belakang pon tak perasan. Kahhh. Dah lalu pon dekat belakang kan,mana nak perasan? Muahaha.


Ok selamat mencuba Daging Goreng Berlada / Daging balado yang senang sangat-sangat ni.


ok bye!





Philea Resort & Spa Melaka dan konvo UTeM adik

$
0
0
Haritu pergi Melaka kejap sebab nak pergi konvo adik. Tengok hotel Philea Resort & Spa ni macam style je. So terus decide nak duduk situ. Ambil 2 bilik. Satu untuk family kecil ku dan satu lagi untuk family aku. Bila check in, bilik aku siap dah kemas tapi bilik family aku tak siap kemas lagi. So tunggu lah kejap dekat lobby.


Dari rumah bertolak tak makan sebab nak makan dekat Melaka. Tersampai awal pulak. Call family kata dorang lagi sejam sampai baru nak bertolak and suruh makan dulu. Husband malas nak makan dekat luar sebab jerebu so mencekik dekat hotel je lah.


Sekarang ni tekak aku asyik nak makan nasi je. Diet ke laut dah ler. Nanti lah bila-bila free sambung balik diet. Sekarang ni nak bebas kan diri makan apa saja yang diingini. Lek luu ternak lemak luuu. Hee. Sampai-sampai nasi ni sebenarnya bergunung macam gunung everest. Tapi aku tertolak pinggan sikit,terus senget gunung nya lalu roboh.



Ni aku order nasi goreng thai seafood with sambal. Dalam menu tulis ada sambal. Tapi celah bedah mana sambal nya? Yang sampai nya acar pulak. Aku tak berapa suka sangat acar. So mencekik je lah apa yang ada dekat pinggan selain acar. Rasa ok lah not bad. Rasa macam nasi goreng. hehe. Harga boleh tahan lah mencekik. Lebih kurang rm30 satu pinggan ni. Dah makan dekat hotel,memang harga mencekik ler.



Seketul Han termasuk frame pulak.

Husband aku order burger. Nak diet kata nya tak nak makan nasi. Diet amende tak makan nasi tapi makan burger? Suka hati lah bang. Janji perut mu kenyang.



Aku tak rasa lak burger ni. Husband aku kata biasa je. Harga lebih kurang RM30 gak ah.



Lepas tu pencuci mulut makan ais krim. Ni Kapiti Ice Cream. Aku ni memang hantu aiskrim. Bagi aku aiskrim ni sedap jugak lah. Satu cawan 2 scoop cenggini RM10.




Dah habis makan,lepak-lepak jap. Family aku pon sampai. Diorang duduk bilik bawah. Bilik bawah ada 2 katil. Aku duduk atas sebab king bed. Katil dan bantal dia empuk gila woh. Husband aku ni memang obses dengan bantal empuk. Siap selongkar habis sarung bantal ni nak tengok tag dari mana. Siap nak beli bantal dekat lobby lagi nak bawak balek rumah.


Dekat rumah aku tu tah berapa kali lah tukar bantal yang paling selesa di kepala dia. Sebab dia pelik kenapa kalau beli bantal dekat mana-mana tak seempuk bantal hotel. Aku ok je memana bantal pon. Tak ada bantal pon aku boleh tidur. Takdehal.





Seketul Han jugak yang sempoi. Mana-mana tempat pon dia boleh tidur. Ni ikut perangai mama dia ni. Tak banyak cikadak. Kihkih. Ada bantal empuk ke tak ada bantal ke ada dia kisah? Janji dia boleh sedap membuta. Harap Han dah besar nanti tak ikut perangai pelik-pelik papa ternak bantal dekat rumah.





Aku memang suka konsep bilik  kayu-kayan ni sebab tu rumah aku pon berkonsepkan kayu.



Bilik air dia boleh tahan besar jugak lah.


Ni dekat bahagian luar dekat balcony. Seketul Han muka baru bangun tidur.

Lepas tu jalan-jalan tengok swimming pool dia. Whoaaa cantik nya!


Terus bukak seluar seketul Han ni. Nak main air. Han ni memang suka sangat main air. Kalau time mandi nak bukak baju dia je kemain terkekeh-kekeh suka sangat. Mandi tu ada lah satu kegembiraan lah buat dia.

Kaki celup-celup sikit dalam air pon dah terhibur.




Lepas tu apak nya pulak yang lebih-lebih terhibur. Caittt.




Dinner makan dekat Umbai dengan family. Suka pilih and tengok haiwan-haiwan untuk dimakan ni. Semua fresh-fresh.



Dekat sini konsep makan dengan nasi lemak bungkus tu. Sedap jugak.




Seketul Han pelik je tengok papa dia. "Sewel ke apa papa aku ni?" Getus hati kecil Han.

Area-area situ banyak pulak jual tudung saji pesen macam ni. Style jugak. Terbeli jugak lah satu tudung saji. Tapi bukan yang atas kepala laki aku tu lah. Aku beli yang bentuk paling rare. Cer teka yang mana? :D



Pastu beli kudap-kudap ni jugak dekat kedai yang sama. Boleh campur apa-apa je. 3 benda RM10. Nak makan dekat rumah sebenarnya.Suruh adik-adik aku pilih. Depa pilih kacang tumbuk dengan sagun kelapa. Aku tambah lah pisang salai. Last-last semua ni aku yang bedal. Dah depa pergi tinggal kan dalam kereta aku. Masing-masing terlupa pulak nak ambil. Memang selamat lah aku bawak balik.



Esok pagi nya pergi breakfast. Ibu dengan ayah aku sempat lagi pergi jogging tu. Balik jogging, depa terus pergi sarapan.

Dalam banyak-banyak makanan dalam tu, roti canai je aku sempat snap gambar. Roti canai ni dia masak live dekat situ gak. So macam tertarik lah nak makan. Serve dengan kari ayam dengan dalca. Tapi kari ayam dengan dalca dia kurang umphhh lah. Topap sambal nasi lemak baru sedap.

Philea Resort & Spa Melaka ni hotel 5 star tak silap aku. Tapi buffet dia tak meriah sangat ah compare dengan hotel 5 star yang aku pernah pergi sebelum ni. Kecewa sikit ah dengan makanan dia.Pilihan tak banyak. Makanan buffet time breakfast bagi aku rasa dia biasa-biasa je lah.




Nak check out dah. Pergi konvo adik pulak.

Overall bagi aku tempat ni cantik sangat. Rasa dekat je dengan alam semula jadi. Konsep "back to nature" dan bila dengar deruan air terjun memang syok. Kagum dengan konsep binaan rumah dekat sini yang menggunakan kayu balak atau bahasa omputeh nya 'pine log' dari Siberia, Rusia. Struktur binaan dia tak guna paku pon, main pasak je. Pergh power.





Setiap tangga dekat sini pulak diperbuat daripada kayu daripada rail keretapi KTM. Hebat ni. Banyak betul spesis kayu-kayan yang terlibat.

Ada yang kata tempat ni scary,berhantu dan banyak nyamuk. Tapi masa aku duduk sini,Alhamdulillah aman-aman je. Tak ada pulak rasa scary and hantu pon tak jumpa. Tapi tak hingin pon lah nak jumpa hantu. Gila ke apa? Haha. Malam-malam pon tidur nyenyak je. Tak ada pulak nyamuk. Masa aku datang sini ok je lah,tiada sebarang hantu dijumpai dan tidak digigit nyamuk.

Cuma wifi dalam bilik je lembap nak matik. Stress mak enon.

Ambil 2 bilik. Atas dengan bawah. Bayar dalam RM1000++ campur tax. So satu bilik dalam RM500++ ah kot campur tax. Tengok hari jugak. Public holiday lagi mahal.





Dah check out hotel, pergi konvo adik pulak dekat UTeM. Memang dekat gila Philea Resort & Spa ni dengan UTeM. Sebelah-sebelah je. Naik kereta, 2 minit sampai. Sepanjang jalan nak masuk UTeM memang berlambak ah orang jual bunga. Tapi aku beli bunga dekat dalam je.


Ni nak tunggu adik aku keluar. Yang boleh masuk dalam dewan,parents je. Baby memang tak boleh ah bawak masuk.Event start pukul 2pm. Tapi pukul 5pm dia baru keluar dewan. Bapak lama sampai 3 jam tercongok dekat luar tu. Macam-macam makanan aku bedal. Char kuey teow,nugget,hotdog,ayam uncle bob semua ah.



Atok keluar dewan terus cari seketul Han nak cium. Alololo.



Nekma pon nak dukung seketul Han jugak. Han tengok pelik je apasal makcik dia pakai topi ada rambu-ramba secoet ni.



Ramai betul bersesak nak tangkap gambar dekat sini.

Terus naik atas cari dinding. Puas hati tak ada yang photobomb. Hee. Ni apa pasal lah semua senyum simpul sepesen je ni?

Btw, Congrats adik dah konvo. Semoga makin melimpah ruah rezeki lagi lepas ni. Ingat matlamat hidup. Kerja elok-elok. Jangan gatal-gatal. Haha. Dah ada duit gaji, bagi duit bulan-bulan jugak dekat ayah ibu yang doakan kita berjaya. Ingat kesusahan ibu ayah yang bekerja keras nak tengok kita berjaya,time ni lah nak balas jasa diorang. Tahun depan jangan lupa bagi seketul Han duit raya pulak. Yayyy! Hihihi.


Adik dekat UTeM dah selamat konvo,lepas ni tunggu adik dekat UKM pulak konvo.






"Congrats mak ngah. Nanti Han sembur airlio Han dekat mak ngah sebagai hadiah"- Han,penyembur airlio berjaya.



Pastu tunggu seketul Han pulak konvo. Yayyy! *tetiba dah kenapa engko*



ok bye!





Viewing all 408 articles
Browse latest View live