Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live
ā†§

Budak-budak ... Biasa lah banyak tanya. Otak berkembang lettew. Hihi

$
0
0

Bila dah ada Han ni aku selalu risau Han cukup makan ke tak, makanan aku bagi dekat dia cukup nutrisi ke tak, makanan tu sihat ke tak, sesuai dengan dia ke tak dan macam-macam lah lagi. Banyak beno fikir nya. Haha.Ā 




Haaa Han makan apa tu? Jangan makan pelik-pelik eh.

Kanak-kanak yang sedang membesar ni, perasaan ingin tahu diorang memang menebal setebal kamus dewan bahasa. Hehe. Budak-budak biasa lah suka explore benda baru. Kalau dah boleh cakap tu, macam-macam benda dia nak tanya. Kadang-kadang soalan yang dia tanya tu sampai kita tak boleh terfikir pon benda tu akan jadi soalan. Ibu aku pernah cerita dulu aku masa kecik-kecik, aku banyak sangat tanya. Sampai ke besar pon banyak tanya. Perasaan ingin tahu tu sangat lah menebal dalam diri sampai sekarang. Haha.

Yang ibu aku pernah cerita benda yang aku tanya time kecik dulu.

"Ibu. Macam mana kita ada dekat bumi ni?"

"Ibu, kenapa oren ada yang masam tapi ada jugak yang manis?"

"Ibu, macam mana kereta kita boleh bergerak?"

"Ibu, masa ibu mengandung dulu macam mana orang boleh duduk dalam perut ibu tu?"

"Ibu, macam mana awan boleh nangis (hujan) ?"

Soalan ni nampak simple tapi jenuh jugak rasa nya ibu aku nak explain. Haha. Tapi macam-macam lah benda yang tak tercapai dek akal yang aku selalu tanya ibu aku. Ni yang aku ingat lah dia cerita,banyak lagi benda yang aku pernah tanya sebenarnya.

Tapi perasaan ingin tahu anak tu benda yang normal. Nanti Han dah boleh bercakap nanti tak tahu lah soalan apa yang dia akan tanya aku nanti. So aku bersiap sedia je lah. HeeĀ įƒš(ā•¹ā—”ā•¹įƒš)




Kalau korang ada anak-anak yang sedang membesar boleh try produk baru daripada Scott's ni. Sekarang ni dah ada Scottā€™sĀ® DHA Gummies yang baru. Ada perisa oren dan strawberi yang sangat lazat. Kids memang perlukan DHA dan Omega -3 untuk pembentukan otak dan mata. Tapi benda ni kurang dalam diet pemakanan kita. Sebab tu kita kena bagi makanan tambahan untuk anak kita untuk dapat DHA yang cukup.Ā 


DHA ni membantu menyokong fungsi dan pembangunan otak yang normal. Otak yang berfungsi dengan baik dapat membantu menyokong kebolehan kognitif seperti pembelajaran,perhatian, ingatan dan penyelesaian masalah. So gummies ni menyenangkan lah kerja ibu-ibu dekat luar sana,lagi-lagi yang busy tu, boleh terus bagi je Scottā€™sĀ® DHA Gummies ni.



Serious sedap Scottā€™sĀ® DHA Gummies. Dua-dua perisa oren dengan strawberi ni sedap. Mesti anak-anak akan suka punya. Dah lah bentuk pon comel. Semua bentuk hidupan laut. Ada bentuk ketam, ikan dengan sotong. Cute! Hehe.


Tapi Scottā€™sĀ® DHA Gummies ni sesuai untuk kids yang berumur 4 tahun ke atas saja ye.




Scottā€™sĀ® DHA Gummies ni korang boleh dapat dekat semua kedai runcit utama dekat seluruh negara. Dekat pharmacy macam Guardian dengan Watson tu pon memang ada jual.




Sempena dengan pelancaran Scottā€™sĀ® DHA Gummies, Scott's ada lancarkan kempen Scott's ā€˜Bright Little Explorers'. For kids, ada aktiviti 'Discovery Hunt' dan ā€˜Sleep with the Sharksā€™. Boleh tengok macam-macam aktiviti jerung dan makhluk laut lain. Ada feeding sessions, educational tours dan pengalaman unik 'ā€˜Sleep with the Sharksā€™. Wow best ni. Hehe.
.
Ye lah budak-budak ni kan banyak benda dia suka explore kan? So aktiviti macam ni bagus lah nak meransang otak dan membantu memupuk rasa ingin tahu anak-anak kita.





Boleh join 'Sleep with the Sharksā€™ contest dekat Facebook Scott's . Bagus kalau join sebab menggalakkan rasa ingin tahu, sukakan cabaran dan penerokaan dalam diri kanak-kanak.Cara dia senang sangat, macam ni:

1- Suruh anak anda lengkapkan ayat iniā€œIf I could sleep next to a shark, I will ask Mr. Sharkā€¦..ā€ (tidak melebihi 25 patah perkataan) then guide anak anda untuk lukis a very simple happy shark di atas kertas.

2- Tangkap gambar lukisan anak anda dan pos dekat ruangan komen

3- 10 jawapan paling kreatif akan menang sepasang tiket untuk experience Ā 'Sleep with the Sharks' dan anda ibu-ibu akan menikmati baucar membeli-belah AEON RM100!Ā 

Contest start 19 September ā€“ 7 October 2016.

Terms and conditions boleh tengok dekat SINI ye.


Boleh join contest dekat FACEBOOK INI . Good Luck!





ā†§

Untuk yang selalu lenguh badan

$
0
0

Korang pernah sengal bahu, lenguh badan atau sakit sendi tak? Rasa macam semua orang pernah kot rasa macam tu,lagi-lagi yang jenis penat bekerja. Kadang-kadang aktiviti seharian kita macam duduk lama-lama depan laptop, buat kerja rumah, posisi tidur yang salah tu semua pon boleh menyebabkan rasa sakit dan sengal badan.




Senang guna koyok ni. Tampal je dekat leher. Settle!



Kalau korang ada rasa sengal leher atau badan memang bagus guna AMMELTZ Yoko Yoko Heat Patch for Neck & Shoulder Pain ni.Ā 

Cara nak guna pon senang gila. Gila pon tak senang macam ni. Ehehe.

Pastikan kulit dekat bahagian yang tak selesa tu kering dan bersih tau. Jangan lah pulak ada luka ke apa. Sakit lain pulak jadi nya kan. Elok-elok nak sembuh penyakit, pergi cari penyakit pulak kan.



Kulit dah kering dan bersih, boleh bukak pek dengan tangan. Tanggalkan lapisan filem lutsinar yang ada dekat koyok haba ni perlahan-lahan.


Pastu lekat lah bahagian berpelekat tu dekat kulit yang bahagian nya rasa sakit tu.




Bila dah tempek dekat leher tu, terus rasa ada haba panas. Tapi jangan risau, tak ada lah rasa panas macam terbakar pon. Panas manja-manja je. Panas suam-suam je rasa dia. Yang best nya sebab tak ada bau lansung. So rasa nyaman je.


Dah habis guna, tanggalkan koyok haba dengan perlahan-lahan. Paling penting! Jangan guna koyok ni lebih daripada 8 jam dalam sehari tau!


Aku pon dah cuba, hasil dia memang marvelous lah. Hilang semua rasa penat dan sengal badan ni. Benda ni nipis je. Boleh lah standby letak dalam handbag kalau keluar berjalan pon. Kot-kot lah emergency tetiba terkehel ke tersengal badan ke apa. Tempek je benda ni.Memang rasa selesa gila dan sangat melegakan.Ā 

AMMELTZ Yoko Yoko Heat Patch ni koyok haba yang menjana panas sehingga 40Ā°C. Terapi haba semulajadi ni akan bertahan selama 8 jam dan membantu melegakan sakit leher dan bahu.



Tengok lah suami aku tu. Gembira sangat tu sengal-sengal badan dah hilang. Haha.


AMMELTZ Yoko Yoko Heat Patch for Neck & Shoulder Pain ni gunanya untuk kurangkan sakit-sakit or sengal-sengal badan, terutamanya kalau korang sakit-sakit belakang.Ni untuk kegunaan luaran je tau.Cuma yang bestnyaĀ AMMELTZ Yoko Yoko Heat PatchĀ ni tak payah nak menyusahkan diri. Tak payah nak gosok, urut-urut,atau mengotorkan tangan lagi dah. Tempek je dekat bahagian tak selesa. Settle!


Kalau nak berjalan jauh, boleh tempek je koyok ni, boleh elak dari rasa mual dan muntah. Lenguh-lenguh badan pon boleh hilang.Standby siap-siap dalam kereta senang. Ā Kot lah tengah bawak kereta karang tercramp ke apa senang. Kadang-kadang bila drive kereta,tetiba cramp. Senang je. Bukak dan tempek je dekat tempat cramp. Kejap je hilang rasa cramp tu. Design pon nipis, tidak berbau dan senang nak letak dalam poket dan beg. Boleh guna dekat mana-mana dan bila-bila masa.



AMMELTZ Yoko Yoko Heat Patch for Neck & Shoulder Pain ni bagus sebab:
-Memperbaiki pengedaran darah
-Mengurangkan simptom-simptom keletihan otot,ketegangan otot,neuralgia dan sakit otot.
-Membantu pulih dari keletihan
-Kesan pemanasan berkekalan sepanjang 8 jam.



ā€œAMMELTZ Yoko Yoko Heat Patch for Neck & Shoulder Painā€ ni ada jual dekat Watson, Guardian, Caring, Aeon Wellness dan juga farmasi yang berhampiran dengan korang.Ā 

Selain dari produk dekat atas ni, ada juga produk Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch untuk sesiapa yang bermasalah senggugut teruk atau menstrual pain ni. Kalau tengah datang bulan, ada sengugut teruk boleh try pakai ni. Produk ni harga RM11.50 (sekotak ada 2 keping).Ā 
Ingredients: Iron Powder, Water, Activated Carbon, vermiculite, salt, super absorbent polymer





Good news! Korang nak AMMELTZ YOKO YOKO ni tak? Nak buat give-away ni. Just jawab je soalan ni.

1- Apakah suhu selamat ā€œAMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Neck and Shoulder Painā€ dan berapa lama ia bertahan?

2- Bagaimanakah ā€œAMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Neck and Shoulder Painā€ boleh membantu ketika sakit badan?

3- Share kenapa korang nak cuba ā€œAMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Neck and Shoulder Painā€ ni.


Tiga soalan ni lagi untuk AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain:

1- Apakah suhu selamat AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain dan berapa lama ia bertahan?

2- Bagaimanakah AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain boleh membantu ketika sakit senggugut?

3- Share kenapa korang nak cuba AMMELTZ YOKO YOKO Heat Patch for Menstrual Pain ni.


Senang je semua soalan ni. Dah ada jawapan dalam entri aku ni. Korang just jawab je tiga soalan ni dekat ruangan komen ok. Jangan lupa tinggalkan nama dan emel korang yang aktif. Senang nak contact nanti kalau menang. Good luck!


ā†§
ā†§

Cerita raya haji dan homemade Shell Out

$
0
0
Boleh lagi kan cerita pasal hari raya haji? Hape? Tak boleh? Ada aku kesah tertinggal train to Busan? Lantak lah, nak cerita jugak. Haha. Ni lah ootd raya haji. Kalau kena promote baju, memang kena suruh husband lah tangkap kan gambo. Tapi dia ni tengok mood jugak. Ada masa rajin lah nak tangkap kan gambo. Setakat 2-3 gambar ok lah. Kalau aku dapat blog job yang kena promote baju sampai doploh helai dalam satu entri,memang tak rajin jugak dia nak melayan. Boleh naik hantu dia.Pastu membebel bagaikan tiada hari esok. Stress mak enon. Haha.Ā 


Kadang-kadang kalau dapat blog job kena bergambar dengan produk atau kena promote baju yang banyak dalam satu masa , terpaksa panggil adik aku datang rumah suruh tangkap kan gambo. Tapi kena bagi upah baru nak datang. Nothing is free in this world hokayyy. Haha ciskek betul.Ā 


Tapi nak buat macam mana. Bergambo bukan suka-suka. Ada payment. Memang part of my job gituwww even nampak macam jobless. Haha. Walaupun tak nampak macam job sebab tak kena masuk ofis 9-5, but i love my job. Teehee.
Ā \(ā—•ā€æā—•āœæ)/


Tahun ni raya haji dekat Perak. Bertolak dari KL ke Perak masa pagi raya. Malas nak balik before raya sebab malas nak redah jammed.After subuh terus keluar rumah. Punya lah pecut ingat sempat nak solat raya. Tapi bila sampai Perak je, solat raya pon dah habis. Tak sempat nak pergi tahun ni. Huhu.

Ā So, pergi tengok lembu kena sembelih pulak.


Lembu-lembu yang bakal dikorban kan.


Han.. Itu lah lembu.

A video posted by Cik Epal šŸŽ (@cikepal06) on

Video tengok lembu kena sembelih.Ā 


Ingat lagi tahun lepas time raya haji. Tetiba suami aku tegur bila aku ralit tengok lembu kena sembelih.

JO: Yangg. Ustaz cakap, masa sembelih tak boleh pakai selipar
CE: Eh ye ke? Kenapa pulak? Ramai je yang pakai selipar.
JO: Kena lah pakai pisau nanti lembu tak mati. Pakai selipar tak lut.

(Tļ¼æT)Ā 
(Tļ¼æT)Ā 
(Tļ¼æT)

Pftttt. Ringan je tangan aku nak sembelih dia pulak. Kongasam betul pekena kan aku yang sesuci lebaran ni. Tu tahun lepas.

Masa tengok lembu kena sembelih tahun ni, hari tu pon tetiba dia. "Yangg ustaz cakap, masa sembelih tak boleh pakai baju"

Tak boleh pakai baju pulak dahhhhhhh. Udah-udah lah bang. Tak kelakar. Nak membongak yo kojo eh (tetiba cakap nogoghi). Memang tak lah aku terkena lagi untuk tahun ni. Aku dah jadi perempuan bijaksana. Haha.



Habis tengok lembu kena sembelih, terus pergi beraya rumah sanak-saudara. Gambo raya rumah sedara tak ada sebab busy makan sambil-sambil mengejar Han. Aku harap esok aku kurus.




Dah habis beraya, saja lalu kedai popia basah ni. Eh bukak pulak time-time raya haji ni. Apa lagi, terus tapau lah. Sedap popia basah dekat sini. Aku suka. Kuah sambal dia jenis manis-manis pedas macam tu. Sedap. I loikeee~

Mengunyah je kerja Han ni. Ikut perangai siapa lah ni. Hmmmmm.


Han bersama opah dan sepupu-sepapat nya. Banyak dah cucu mak mertua aku ni. Mak aku baru sorang je cucu iaitu Han. Ok pasni tambah lagi. Haha.

Dah habis beraya dari pagi sampai ke petang, malam tu akak ipar aku kata nak buat shell out pulak. Dah ramai-ramai ada dekat rumah ni, boleh lah buat. Best makan ramai-ramai berjemaah ni kan. Feeling dia lain sikit.




Seafood direbus


Bau sedap. Ada bau macam-macam jenis rempah.Akak ipar dengan mak mertua aku ni memang masak sedap. Punya lah terror masak sampai ada kedai makan dekat Taiping tu.

Nyum nyum



Preparation.Ā 
Mula-mula letak kertas mahjong atas meja. Siap tampal sallotape hokay di setiap celah bedah penjuru meja. Tak nak bagi gerak dan nak nampak kemas punya pasal. Begitu gigih akak ipar aku ni. Haha. Pastu letak lah jagung dan salad. Boleh pilih nak makan dengan pasta or nasi.



Suruh husband ambil 'shell out' dekat dapur.


Tapi dia tak berani tuang takut berkecah. Cehh. Pastu abang ipar aku tuang semua atas meja.

Benda wajib sebelum makan di zaman sekarang.

Tangkap gambar makanan dulu ye baru baca bismillah. Ish ish ish budak zaman sekarang ni. Macam-macam hal.Nampak macam takde life je. *saja kutuk perangai generasi sendiri dan diri sendiri* Kehkeh.


Teruk nau ni siap selfie dengan makanan.Haa spesis ni memang confirm takde life! Hahaha.



Serious sedap gila!

*airlio menitik jatuh ke keyboard*


Rasa sejibik sejibon macam dekat Shell Out. Warna dan rasa memang sama ah. Pandai betul akak ipar aku ni tiru rasa dia. Hee. Syabas! Sekalung tahniah diucapkan. Muehehe.


Habis.Ā 
Tinggal cengkerang dengan kulit udang je lah dan dedaunan salad.


Akak ipar saya memang terbaik! Akak ipar saya kalau masak apa-apa pon confirm sedap gila! *saja aje bodek* Hahaha.


Ok tapi serious memang sedap gila nak meninggal akak ipar aku buat shell out ni. Pasni balek raya/balek kampung sila lah buat lagi. Perut saya sedia berkhidmat untuk menghabiskan nya. Heee.


Ni lah cerita raya haji saya. Raya haji korang apa macam?Ā (ā— ā–³ā— āœæ)



ā†§

Review Grand Lexis Port Dickson dan makan sedap D'terapung

$
0
0

Haritu lepasĀ wedding adikĀ aku, satu family pergi bercuti dekat Grand Lexis Port Dickson. First time aku sampai sini.Tapi yang best nya dekat Grand Lexis ni, semua bilik memang ada private swimming pool. Tak payah share dengan orang lain. Memang privacy habis lah. Boleh pakai baju apa-apa je nak bila berenang. Tak ada guard nak prit prit tiup wisel kalau kau tak pakai baju swimming. Orang honeymoon confirm suka ah. Kalau nak short vacation dengan family pon sesuai.


Bilik dia pon ada macam-macam jenis. Harga pon berlainan untuk setiap bilik. Ni 3 jenis bilik yang ada:


Tower Block (area bangunan sama dengan tempat check in)
-Sky Pool Villa
-Sky Pool Grand Villa

Landscaped Garden (area macam rumah teres)
-Deluxe Suite
-Premier Suite (2 bedrooms)
-Garden Pool Vila
-Grand Garden Pool Villa

Water Villas (atas laut)
-Deluxe Pool Villa
-Executive Pool Villa
-Premium Pool Villa
-Grand Pool Villa


Ā Ni rate yang masa aku pergi baru-baru ni. Kalau nak bilik dalam bangunan sekali tempat check in (Tower Block), harga RM650. Ni harga paling murah tak silap aku. Family aku dudukĀ Water Villas-Premium Pool Villa, harga RM700. Aku duduk Water villas Grand Pool Villa, harga RM850. Agak mahal jugak bilik-bilik dekat sini.Pastikan percutian korang berbaloi-baloi lah dengan bawak family ramai-ramai. Jangan risau semua bilik ada private pool.Dekat sini check in pukul 4 pm, check out pukul 12pm. Pandai-pandai korang lah nak adjust masa. Selalu hotel check in pukul 12pm kan? Kenapakah dekat sini check in pukul 4pm?? Kedeks sangat masa nya tu. Haha.



Aku lambat sikit sampai. Family aku dah check in dulu.Masuk bilik family aku jap. Family aku ambil bilik ni, Water Villas (Premium Pool Villa). Harga RM700. Bilik dia memang ada 2 king beds. Sesuai kalau nak bawak family ramai-ramai.

Macam ni lah private pool dalam Water Villas-(Premium Pool Villa) ni. View tertutup sikit.


Kitchen dia ada microwave. Kalau bawak maggi atau nak panas kan instant food senang lah. Kopi, teh, pinggan mangkuk tu semua ada.



Washroom dia pon besar. Ada seperate shower room dan toilet.


Beriya Han tengok air laut sebab nak tengok 'fish'.


Dekat Water Villas ni ada see through glass panel. Boleh tengok air laut dekat bawah bilik. Tapi jangan lah membayangkan air laut jernih warna biru. Paham-paham je lah air laut Port Dickson berwarna apa. Ehehe


Bersungguh-sungguh tu nak tengok 'fish'. Tak ada 'fish' pon tapi Han still kagum tengok laut bawah glass ni.



Dah lepak bilik family, pastu check in bilik kitorang pulak.


Ni bilik kitorang. Ambil Water villas (Grand Pool Villa). Ada 2 king beds jugak. Sama macam bilik family tadi.

Ā Dalam dia lebih kurang sama je dengan Premium Pool Villa yang family aku duduk tadi. Ada jugak basic pantry kitchen.

Washroom pon sama je.

Yang beza dia cuma view. Bilik ni atas laut dan menghadap laut. Water villas (Grand Pool Villa) ni harga dia RM850. Beza dia sebab boleh tengok view laut. Yang Premium Pool Villa tadi bahagian pool dia tertutup. Yang ni terbuka.

Tapi view dia kurang lawa bagi aku. Kalau air laut jernih memang best lah. Tapi bilik ni sesuai untuk orang yang tak suka rasa terperuk. Duduk bilik ni rasa bebas dan minda lapang.

Shower room dengan toilet memang asing. Sambil mandi boleh tengok view laut jugak.

Begini lah view nya dari tingkap shower room.

Toiletries.Ā 
Sabun, syampu, ubat gigi dan sebagainya.

Sampai bilik aku pon still Han nak tengok 'fish'.

Gigih tau tunjuk 'fish' dekat aku. Batang hidung fish pon tak nampak.Yang ada air gerak-gerak je pon. Haha.




Kudap-kudap jangan dilupakan time bercuti ni. Eh eh baru perasan Twisties dah tukar packaging baru.

Dah ada private pool dalam bilik hotel ni memang asyik berendam je lah anak-beranak ni karang.


Ok baru cakap. Dah gedebush Han masuk kolam.

Kedalaman swimming pool ada lah 4 kaki. Ok lah paras perut air nya.

Lama jugak berendam dalam ni.

Oh ye, kalau korang jenis tak kisah pasal view. Janji korang nak ada private pool dalam bilik, aku suggest ambil bilik dekat Tower Block pon dah ok. Harga bilik tu RM650. Murah sikit dari Water Villas ni.


Kalau ikutkan memang pricey lah harga-harga bilik dekat sini. Dia menang dekat private pool dalam bilik tu lah. Nak bawak family ramai-ramai ok lah kalau bercuti dekat sini. Baru rasa berbaloi sikit.


Dah habis berendam, keluar jalan-jalan cari pasal jap. Tengok aktiviti apa yang boleh buat dalam Grand Lexis ni.


Best pulak pakai seluar besar gedobosh macam ni. Rasa selesa yang amat pulak. Ehehe.Ā 

Masa check in bilik, kitorang naik buggy sebab malas nak usung luggage berat. Dah petang-petang tu saja nak jalan kaki area sini nak tengok apa yang ada. Kang pakai buggy laju beno bawak nya. Tak dapat menikmati permandangan. Ecehh. Ni area depan water villa. Jalan dekat sini macam lalu dekat kampung yang tenang pulak.



Han.. Ini lah tempurung kepala. Eh kelapa.

Tapi Han muka tak ada perasaan. Lebih seronok tengok 'fish' walaupun batang hidung fish sekor pon tak nampak. Imaginasi terlebih anak aku ni.




Yang belakang aku tu bilik 'Landscaped Garden'. Cantik jugak bilik area garden tu. Ada 2 tingkat. Swimming pool dalam bilik bawah tertutup. Dekat atas terbuka. Pilih nak yang mana. Dekat Grand Lexis ni nak yang bukak ke tutup ke semua hado.



Jalan punya jalan dah sampai entrance. Macam-macam aktiviti jugak yang boleh buat dekat sini.


Muka gembira nampak kereta. Terus pusing-pusing stereng acah-acah drive kereta. Tapi malang nya kereta ni bukan remote control punya. Kena tekan paddle jalan sendiri. Disebabkan Han kecil lagi, tak boleh lah naik.

Terus buat muka kesian.



Nak masuk dalam ni ingatkan free. Tapi kena bayar.

Bayar RM10. Main lah setengah jam kau dalam tu. Tapi kitorang tak main pon.

Nak wrestling ala-ala sumo??

RM20.00 nett. Beradu kekuatan lah kau di situ. Yang ni pon kitorang tak main.

Meh sini Han bawak nekma main satu game.


Last-last kitorang pilih main Giant Snake & Ladder. Sebab nak main game yang satu family boleh main. So game ni lah yang sangat sesuai nak main seisi keluarga time petang-petang ni.

Haa tudiaa snake & ladder versi gergasi kata koo. Yang ni aku tak ingat lah ayah aku bayar berapa. RM20 tak silap kalau nak main game ni.

Time nekma jalan je, suruh Han baling dadu.

Dua orang dekat sebelah tu asyik mengharapkan aku dapat ular je suruh mengundur balik. Caittt kongasam. Haha. Nasib baik merasa jugak naik tangga walaupun tak menang. Kehkeh.


Dia ni nak baling dadu pon over.

Berkat Han baling kan dadu kepada nekma.....

Akhirnya nekma orang pertama yang menang dan menjadi juara! Tahniah diucapkan. Heee.


Tetiba masing-masing dapat naik tangga. Kemain bergembira tiga-tiga duduk port serentak. Jaga-jaga, lagi 2 step ada ular sedang menunggu tu. Haaa jangan seronok sangat.

Last-last aku yang dapat ular tu. Kahkah.

Husband menunggu kedatangan aku dengan penuh dramatis.

Dah duduk sama satu port pulak. Sebab sebelum ni beriya aku gelak kan dia kena baham ular. Sekali aku pon kena. Choyyy.

Sebab Han cemburu orang lain boleh main. Tak ajak dia pulak. Terus dia bawak lari dadu.

Tak sedar dadu lagi besar daripada dia. Ada hati sibuk nak main jugak tu. Haha. Ā  Ā 

Dari petang sampai ke senja baru habis game. Sebab Han asyik curi dadu, game banyak tergendala. Haha. Semenjak dapat kaki ni. Tah kemana-mana lah dia berlari tu.

Balik hotel naik buggy. Dah malas nak jalan kaki. Hehe.Ā 


Buggy ni free of charge je. Ā Nak pergi mana-mana sekitar Grand Lexis ni boleh call je buggy suruh ambil korang dari bilik. Service buggy dia aku suka,pantas je sampai bila call. Bawak buggy pon laju. Tak sampai 1 minit patplohnam saat dah sampai dah kau dekat bilik.

View luar bilik di kala senja.

Ok malam tu kitorang satu family nak pergi makan dekat D'terapung. Tapi masa kitorang pergi ni hari Isnin, kedai ni tutup lah pulak. Huuuu.Ā 

So makan lah dekat kedai depan-depan D'Terapung ni.

Pilih seafood.

Besar nya sotong.

Ikan pon fresh.

Mula-mula order satu jug air orange, satu jug air apple. Pastu nampak waiter dia bawak satu air putih ni dekat meja makan sebelah. Pastu masing-masing pandang sama sendiri. Eh eh macam sedap je air putih tu. Nampak menggiurkan sangat tu.Hehe. Pastu tanya waiter tu, tu air apa putih-putih tu. Air durian belanda katanya. Cancel lah air apple, tukar air durian belanda. Sedap weh air dia. Cukup rasa. Tak manis sangat. Tahu dua-dua jug ambil air durian belanda je senang. Tapi air oren dia sedap gak.

Ok lauk sudah tiba. Pepahat masak sweet sour ke sambal eh. Lupa pulak.


Ikan masak sweet sour.

Kailan ikan masin.


Order udang butter prawn. Tapi nampak macam udang nestum pulak.

Pastu tambah sotong goreng tepung. Sotong dia sedap. Tapi pencicah sotong tu kurengg sikit. Sebab aku lebih prefer cicah dengan sos thai tu kot.

Ikan steam limau. Nyum nyum.

Food semua ok. Sedap jugak rasa dia.

Licin ah semua lauk ni. Lapar kan masing-masing dok berendam dekat private pool je kerja. Time makan memang selamat ah. Nasib baik sedap. Harga semua ni dalam RM200++. Maybe sebab ambil 2 ikan dan udang, sotong pon besar.

Ni alamat:
D'Terapung
Medan Ikan Bakar Port Dickson,
Jalan Pantai No.5 Medan Ikan Bakar,
Port Dickson.

D'Terapung ni macam famous jugak.Tapi ni aku makan dekat depan D'Terapung lah sebab dia tutup. Alamat still sama je. Dekat jugak lah kedai ni dari Grand Lexis tu. Dalam lapan minit cenggitu. Kalau bawak family ramai-ramai bercuti dekat Grand Lexis, Port Dickson boleh try makan sini.


Nanti sambung lagi part 2 jalan-jalan Port Dickson ni. K Bye!Ā (ā—”ā€æā—”āœæ)

ā†§

Nasi lemak kukus depan kubur dan memanah panahan asmara di Grand Lexis Port Dickson (part 2)

$
0
0
Haaaaa Han meninjau lain macam je swimming pool tu. Nak terjun lagi lettew.Ā 
Sambungan ENTRI GRAND LEXIS sebelum ni.


Second day, kitorang satu family breakfast dekat luar. Sama tempat aku makan ikan bakar dekat ENTRI NI. Alamat dia sama je. Dekat area situ jugak. Cuma kedai ni dekat sebelah ikan bakar tu. "Nasi Lemak Kukus Depan Kubur" nama kedai ni. Agak seram jugak nama kedai ni beb. Haha. Depan kedai tak nampak kubur pon. Kubur halimunan barangkali. Heee. Tapi nasib baik nasi lemak dia sedap. Roti canai dia pon garing sedap.

Pastu self service pulak. Memang meriah lah aku ambil accessories nya. Sambal dan kacang mesti mahu lebih ye. Ikan bilis aku kurang suka so tak ambil. Hee.

Parents aku suka sambal petai dia. Pastu mempengaruhi aku lak tu suruh ambil banyak sikit sambal petai. Sedap kata nya.

Ok add-on sambal petai pulak. Ambil satu pinggan penuh. Sedap mengunyah, tinggal suku je nampak.Enak jugak sambal petai dekat sini.

Roti tampal. Roti canai dekat sini pon garing. Sedap ah. Total makan satu family dalam RM15++. Murah gila. Dah ah sedap. Memang baerbaloi-baloi ah.


Pastu balik Grand Lexis balik. Diorang terus gi memanah. Tapi Han berry pulak. Terpaksa aku balik hotel jap membersihkan dia dan mandi kan dia balik kasi wangi. Diorang gi lah memanah dulu. Banyak aktiviti yang kita boleh buat dekat Grand Lexis ni. Memanah ni salah satu aktiviti lah kita boleh main beramai-ramai dengan family.




Sebab aku datang lambat sikit membersihkan Han. Sampai-sampai tengok depa ni tengah syok memanah. Dah 2 game pulak tu. Amboi-amboi syok beno main tak tunggu aku.

Gaya macam hebat sangat lah tu. Kuikui.




Ok dah tiba giliran aku. Tapi aku main sorang-sorang je. Depa semua dah habis arrow. Mula-mula kena pakai sarung tangan tiga jari. Entah apa nama saintifik sarung tangan ni tah. (nama saintifik pon bolehhh. Hakk) Tapi sarung tangan khas untuk memanah lah. Tak reti aku nak pakai. Aku pon nak suruh orang yang jaga tempat ni ah pakai kan.Ā 

Baru 2-3 langkah nak pergi dekat orang tu nak suruh pakai kan. Sekali dia ni tahan aku sambil berkata "ish itu pon tak reti pakai, meh i pakai kan"

Elehhhhhh cemburu lettewww. Kahkah. Orang yang jaga ni pulak lelaki.Ā 

Tah pape. Itu pon nak cemburu. Dulu masa zaman bercinta dia ni memang bukan spesis cemburu lansung ah. Dah kahwin ni baru aku nampak lah bibit-bibit kecemburuan dia. Tapi aku suka jerrr bila dia ada sifat sebegitu. Kahhhh.


Oit ni nak memanah ke nak berpanahan asmara ni?



Ok syok memanah sorang-sorang.Mesti seronok diorang menyaksikan aksi memanah aku yang terlampau hebat sangat-sangat ni. Kehkeh. *tangan ke dada mata ke atas mulut herot sikit*



Acah-acah Katniss Everdeen. Ā 


First time aku memanah ni. Nampak macam cool dan senang je memanah ni kan? Hazab jugak weh sebenarnya. Sakit tangan aku. Tangan kita kena lurus dan pegun. Tak boleh bergerak goyang-goyang sebab nanti akan bagi kesan bila kita nak lepaskan arrow. Sebab tu arrow nya senget-benget tah kemana-mana. Kejap ke hulu kejap ke hilir kejap masuk dalam pasir. Sebab tangan senget lah! Hehe. Tengok orang buat macam senang. Tapi mula-mula memang susah. Lama-lama baru rasa best walaupun tangan lenguh sikit.



Wow hebat sangat ni sampai boleh shoot yang kuning tengah ni. Walaupun satu arrow je yang kena dekat kuning tengah tu tetap lah kena kecoh satu kampung ye. Haha. Ok lah kan. Janji hado yang kena. Yang lain-lain panahan asmara semua jatuh kambus ke dalam pasir. Kuikui.


Saat terakhir bersama private pool. Ecehh.

Gembira seketul Han bercuti dengan atok. Bff atok ni. Tapi nak balik dah. Bye-bye atok.

Bye-bye Grand Lexis Port Dickson. See you when i see you (Ė¶ā—•ā€æā—•Ė¶āœæ)



ā†§
ā†§

Menternak lemak di Pretz Nā€™ Beanz Bangsar

$
0
0
Dah lama rasanya tak buat segmen menternak lemak dekat blog aku ni. Kali ni segmen menternak lemak kembali lagi. Hoyehhh į•™( ā€¢Ģ€ ļøæā€¢Ģ )į•—. Ehehe.

Siapa dekat sini suka Pretzel? Aku suka pretzel! Best makan dekatĀ Pretz Nā€™ Beanz ni sebab menu dia banyak gila. Bukan ada pretzel je. Macam-macam ada.Semua sedap-sedap pulak tu.



Pretzel Tower- Regular (RM35)

Sebab terlalu suka pretzel, terus order Pretzel Tower. Hee. Ada 12 mini plain pretzels. Datang dengan 9 dipping sauce.Pretzel dia quite cute. Hehe. Suka pretzel dia. Lembut je. Kalau makan panas-panas lagi sedap. Pretzel dekat sini memang freshly bake so memang sedap dan lembut ah.

Ada 9 Dipping Sauce yang korang boleh try.
Untuk savoury aku suka tomato salsa and satay sauce.
Yang sweet aku suka nutella and caramel :)

Tu semua list dipping sauce. Macam-macam rasa ada. Kalau ambil mini tower, boleh pilih 4 dipping sauce. Pilih je mana yang berkenan di hati (ā— ā€æā— āœæ)



Pizza Tom Yam ni paling tak sabar nak try. Bila dalam menu nampak pizza tomyam, rasa macam kena order Ā ni. Unik gila kot pizza perisa tomyam. Dah lah aku memang hantu tomyam. Wajib cuba ni.

Tom Yam Seafood Pizza. Ada 2 size.
7" - RM16.50
10" -RM24.50

Sedap pizza ni. Memang rasa tomyam! Hehe. Ada rasa masam-masam tomyam, pedas dan masin nya pon cukup rasa. I loikeeee~

Teriyaki Chicken Pizza
7" - RM15.50
10" -RM26.50

Aku memang suka teriyaki sebab ada rasa manis-manis sikit.Ni ayam teriyaki pulak. Lagi lah kegemaran. Hehe.Ā 

Aku try pizza yang baru je haritu. Tom Yam Seafood, Teriyaki Chicken dengan Smoked Salmon. Pizza yang baru ni semua sedap!!

Ada banyak pizza dia yang korang boleh pilih. Tapi yang baru tu semua memang sedap rasa dia. Sila cubaĀ ā˜…~(ā—”ā€æā—•āœæ)

Dah try pizza. Try spaghetti pulak. Wow sungguh menternak lemak. Haha.

Duck Confit Spaghetti- RM18.50

Haaa yang ni pon sedap. Rasa light.Cukup rasa, cukup masin. Itik pon rasa moist je, memang dimasak dengan sempurna. Epal Danish bagi 4 bintang. *feeling Nora Danish*. Ehehe.

Spicy Corned Beef Spaghetti- RM21.50

Yang ni pon aku recommend. Rasa pedas-pedas sedap. Cukup rasa. Kalau korang suka makan spaghetti yang ada rasa pedas sikit, order ni. Serious tak menyesal.

Spaghetti dia pon banyak pilihan. Tapi kalau korang terpinga-pinga nak pilih apa. Aku memang recommend lah untuk try Duck Confit Spaghetti dan Spicy Corned Beef Spaghetti.


Air aku order Green Tea With Topping Cream. Apa-apa yang ada kena mengena dengan green tea memang aku suka. Air ni pon sedap. Ada setengah green tea pahit, yang ni aku suka sebab rasa manis dia seimbang. Cukup lemak berkrim disukai ramai. Hehe.

Aku suka makan dekatĀ Pretz Nā€™ Beanz ni sebab suasana dia selesa dan bersih. Nak lepak dengan member dan family pon sesuai. Menu makanan pon banyak. Semua sedap pulak tu. Yang aku pergi ni dekatĀ Pretz Nā€™ Beanz Bangsar. Semua makanan disediakan oleh Halal Certified Central Kitchen .

Diorang ada buat catering service jugak kot-kot kalau korang nak buat birthday party atau gathering. Ada provide House of Taste catering service with these cuisines- Nyonya cuisine, Kampung taste, Chinese, Barbecue, Western, International of specially customized theme. Macam-macam jenis masakan ada. Korang tinggal pilih je.


18 October 2016 ni, hari Selasa, (one day only), pukul 12pm - 3pm ada Breast Cancer Awareness Campaign with BCWA (Breast Cancer Welfare Association) organization. Please join and have an examination for free.Ā 

Ada promosi:

-Buy 1 Pretzel Pizza & *Free 1 Pretzel Pizza in 7" on 18 October.Ā 
-Wear Pink and get *10% off on ala carte food items from 7th to 21st Oct.Ā 
*Terms and conditions apply.Ā 


Ni alamat cafe yang dekat Bangsar. Aku waze je.

PRETZ n' BEANZ Cafe Bangsar
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
03-22019026

Facebook:Ā Pretz Nā€™ Beanz
Instagram:Ā Pretz Nā€™ Beanz


ā†§

Cik Epal dalam Majalah Harmoni

$
0
0
Haritu Aini from Majalah Harmoni nak interview untuk ruangan dunia maya. Aku pon ON saja lah.

Cover Ayda Jebat.

Gemar melancong kata nyaaaa. Kihkih.Ā 


Sebenarnya memang jenis tak boleh duduk diam. Ada je aktiviti dan tempat yang aku dengan husband nak pergi.Impian kitorang memang nak travel around the world sama-sama.Bak kata pepatah 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'. Memang betul tu.Seronok bila kita tengok budaya dan tempat orang ni. Banyak benda yang kita boleh belajar. Semakin jauh kita menjelajah, semakin dalam dan luas pemikiran kita.

Honeymoon pergi UK haritu pon aku tak habis tulis lagi. Ayoyo ayo ma ayo pa. Nak tulis entri travel ni memang kena take time ah aku rasa. Nak pilih gambar lagi. Nak bagi info lagi. Kang letak gambar dengan caption secoet je bila buat entry travel rasa macam tak puas pulak.

Sebab sekarang tak cukup masa. Dengan dah ada anak and suami ni. Memang kena settle kan hal anak dulu dari apa-apa pon. Untuk travel post, aku mesti nak bagi info yang berguna lah jugak kan. At least membantu lah kalau ada sesiapa tengah buat research nak pergi travel tu. Sebab tu travel post tak boleh nak tulis cincai je. Mesti nak perfect. (At least perfect lah bagi aku. Kalau korang rasa tak perfect pon ada aku kisah? Haha.)

Tapi lepas ni nak pulun entry travel kasi habis. Entry honeymoon tu nak kasi settle dulu. Lantak lah. Basi pon basi lah. Haha.

Ada 6 soalan yang dia tuju dekat aku. Ada soalan yang aku jawab panjang gila. Biasalah suka membebel memang camni. Haha. Salah satu soalan Aini ni.


Semua tahu cik epal memang salah seorang blogger yang terkenal dan aktif sampai sekarang so ceritakan sikit keistimewaan menjadi blogger glamour

"Saya rasa saya tak terkenal mana pon. Ramai lagi blogger yang terkenal dari saya. Saya rasa saya biasa-biasa je. Orang yang baca blog saya je yang mungkin pernah dengar nama 'Cik Epal'. Kalau tak, tak kenal pon. Hehe.

Masa mula-mula buat blog memang tak expect pon ada orang nak baca sebab blog saya berkisar tentang hidup saya sahaja.Intention masa awal buat blog tu tak ada apa pon. Just suka-suka nak abadikan perjalanan hidup saya supaya suatu hari nanti boleh dijadikan kenangan. Tapi tak sangka dengan social media ni boleh ubah kehidupan saya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Saya rasa saya tetap sama seperti dulu, seorang penulis blog yang hanya menulis tentang apa sahaja."Ā 

====

Tu lah jawapan aku. Sebab serious aku tak pernah rasa aku blogger yang terkenal. Sebab aku rasa aku blogger gonjeng. Kehkeh.

Aku pon tak tahu dari mana yang baca blog aku ni. Maybe tersesat tetiba termasuk sini. Aku just tulis je apa yang aku rasa nak tulis. Kalau aku rasa malas nak tulis memang bersawang lah blog ni. Tapi sekarang ni ada rajin sikit. Sikit je lah tapi. Heee. Ni pon sebab baru boleh handle life sikit. Kalau dulu zaman bujang memang rilek ah nak buat 3 entry sehari pon takdehal. Ngadap lah laptop doplohsatu jam pon. Kalau boleh makan laptop tu pi kunyah laptop sekali. Tapi tu dulu lah zaman banyak masa terluang dan tak berapa ada masa depan. Haha. Ni dah ada family,memang kena pandai bahagikan masa jugak lah. Kalau tak, tunggang langgang rumah aku. Suami ke mana. Anak ke mana. Aku pon pitam.



Btw, thank you Aini.Ā Thank you Harmoni magazine for the feature :)

ā†§

My pokok kelapak . Muehehe

$
0
0
Budak banyak perangai.

Umur baru setahun sama dengan jagung tapi kadangkala memberi kegembiraan dan tidak lupa juga kepada tekanan. Time dia baik perangai helok tu rasa macam alololo kuci kuci kuci, nak tambah anak lagi sorang lah,ramai satu team bola pon takde hal lah. Tapi time dia tengah banyak songeh berperangai aneh ngamuk jerit itu tak nak ini tak nak, terus aku lupa kan lah saja hasrat nak menambah anak buat masa sekarang. Urut dada jugak melayan budak kecik ni. Padahal kecik je lagi tapi boleh bikin kepala pusing.


A video posted by Cik Epal šŸŽ (@cikepal06) on
Semalam tengok wayang cerita Inferno. Ok lah. Boleh layan lah cerita ni. Tak ada lah best gila and tak ada lah tak best lansung. Not bad lah. Mula-mula agak confused dan tak faham tengok cerita ni. Dah nak habis tu baru paham semua benda. Sebab keliru mana satu orang baik mana satu jahat. Last-last yang macam innocent tu lah yang paling hampeh. Podeje betul.




My pokok kelapak.

Kuat makan dan kuat minum. Pantang nampak straw. Semua dihirup nya.


Kalau bawak Han keluar, semua benda dia suka tunjuk. Nampak pokok tunjuk, nampak replika lembu besar-besar dia tunjuk, nampak bangunan tunjuk, nampak banner aiskrim dia tunjuk. Semua benda yang dia nampak lah dia tunjuk. Kadang-kadang kita ni gigih lah bawak dia pergi tempat yang dia tunjuk tu nak bagi dia gembira. Nanti dah sampai tempat yang dia tunjuk tu, dia pi tunjuk benda lain pulak. Haha sabor je lah. Insan keliru betul aku. Atau pon dia saja-saja je kot nak bagitahu aku apa yang dia nampak yang dia rasa menarik. Kalau dekat rumah dia selalu tunjuk benda yang ke arah makanan lah. Bangun pagi-pagi terus tunjuk peti ais. Suruh ambil kan strawberry dia nak makan.Ā 




Kadang-kadang menggembirakan, kadang-kadang stress layan ini budak.Ā 




Itu lah kehidupan.Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Ā *tetibahhh*

'Pokok kelapak' nak terbang ke mana tewww?



Kadang-kadang pukul 4-5 pagi Han pergi tepuk-tepuk pipi aku or husband laju-laju. Sakit tahu? Suruh bangun main dengan dia. Perghh pagi-pagi buta dah ajak main. Miong kepala aku. Tak pon bagi remote suruh bukak kan tv nak tengok Mother Goose Club. Hari-hari pasang benda tu, sampai aku dah naik hafal dah semua lagu. Kenapakah hidup aku kini di kontrol oleh budak kecik?? Oh tidak.

ā†§

Tips beli tilam . Lagi-lagi kalau ada masalah sakit belakang

$
0
0

Sejujurnya dari kecik lagi aku memang tak pernah kisah pon pasal jenis tilam. Janji tidur beralas. Tu pon dah sedap je aku membuta. Tidur atas toto pon bedal buat tahi mata. Tapi bila tidur toto ni memang sakit belakang selalunya. Leher pon rasa lenguh je.Huhu. Ā Hampir semua keadaan tidur aku pernah rasa. Contoh nya tidur atas toto, tidur tak ada tilam, tidur atas sofa, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu,tidur tilam asrama, tidur tilam kejung, tidur bertilamkan lengan. Semua tempat pon boleh tidur lah konsep nya.Kehkeh. Ā Rata-rata dekat rumah sekarang ni semua orang tidur gunakan tilam. Kalau nak tahu, kita menghabiskan kira-kira 1/3 daripada kehidupan kita dengan tidur.Sebab 1/3 dari kehidupan seharian korang, korang mesti spend atas tilam. Betul tak?



Tahu tak sebenarnya tilam ni memainkan peranan penting pada kesihatan tulang belakang? Tilam akan support belakang kita bila kita baring. Sejujurnya, sebelum ni aku tak ambil port sangat pasal benda ni. Hee. Dulu tak kisah sangat pasal tilam. Asal boleh tidur sudah.Tapi kena ambil kira juga ye bab tilam ni. Rupa-rupanya, sokongan yang teruk akan menyebabkan otot cramp,lenguh badan, sakit leher dan belakang. Huuuu...padanlah selalu sakit belakang bila bangun tidur. (ā•„_ā•„)



Tips untuk beli tilam

Kebanyakan orang yang beli tilam ni akan tekan-tekan tilam untuk rasa tilam tu keras ke lembut kan? Dulu-dulu datang kedai tilam pon memang aku suka picit-picit je. Hehe. Atau pun just duduk-duduk kejap dekat atas tilam. Korang pernah buat tak?
Sebenarnya salah cara tu.

Ingat ye. Bila nak beli tilam baru, pastikan kita cuba dengan betul. Baring pada tilam dengan kedudukan normal masa tidur. Kita sangat disyorkan untuk cuba baring atas tilam tersebut selama 15-20 minit. Kalau lepas tu rasa tak selesa, maknanya tilam tu tak cukup supportive untuk kita dan kena ulang cara ni dekat tilam-tilam lain pulak. Jangan malu-malu kucing untuk baring, sebab tilam tu lah yang akan kita guna untuk 10 tahun akan datang.

Selama ni kalau beli tilam, serious aku just duduk-duduk je atas tilam tu, tak tergamaklah nak landing atas tu. Bukan apa, segan dekat orang kedai tu. Haha. Tapi, janganlah pulak landing lama nau bagaikan tiada hari esok, sampai tetidur berdengkur kroh kroh buat air liur basi pulak dekat atas tilam tu. Paling haru, tak jadi beli. Mahu menyirap promoter tilam tu nanti dan dia hanya mampu keji kau di dalam hati je lah. Kehkeh.


Tilam ni penting tau. Kalau tak betul-betul pilih, sakit badan bila bangun pagi. Nanti mood pon lari. So buat lah pilihan dengan bijak.


Baru-baru ini, kitorang husband and wife tukar set tilam.


By the way, ni lah tilam baru kitorang. Tadaaa!



The best so far. Penat-penat badan. Landing. Perghh sedap nya tak terkata.Ā 





Hasil bacaan aku dan dah tanya promoter tilam ,tilam paling elok untuk tulang belakang mestilah mempunyai sokongan spring yang kukuh. Itu yang paling penting supaya tulang belakang kita ada support yang cukup. Lepas itu kalau nak comfort barulah kita tengok apa lapisan kusyen yang kita nak seperti latex, memory foam, mini pocket spring dan sebagainya. Depends pada kita la mana yang selesa. Aku dengan husband decided untuk ambil tilamĀ Dreamland Chiro Superior 1. Ā Sebab tilam ini menggunakan system spring Miracoil ā€“ World Most Advanced Spring System. Ā Kelebihan Miracoil ni ialah ia mempunyai sokongan tambahan di bahagian tengah tilam, also kawasan tulang belakang kita la.


Selain dari Miracoil, modelĀ Dreamland Chiro Superior 1Ā juga mempunyai lapisan kusyen yang diperbuat daripada mini pocket spring. Ā Mini pocket spring in bukan sahaja selesa tetapi dapat mengurangkan gangguan tidur yang disebabkan daripada pergerakkan pasangan semasa tidur.

Feature tambahan pada model in ialah kain tilam mempunyai treatment anti bed bugs, anti nyamuk dan anti dustmite.

Serious selesa sangat tulang belakang bila tidur. Bangun pagi pon best sangat-sangat dan masalah sakit belakang pon dah takde.


Kalau baring, kalah tilam hotel. Rasa nak baring setiap masa je atas tilam ni. Untuk tidur yang lebih enak, semestinya tidur atas tilam yang paling best, yang boleh membuatkan kita tidur berjam-jam sampaikan alarm jam berbunyi namplohlapan kali pon tak dengar. Muehehe.


Best tidur atas tilam ni. Selesa gila. Pastu dah tak ada rasa sakit belakang dah. Time muda-muda ni lah nak jaga tulang belakang kan.









Ni harga dia. Ikut size. Tapi seriously, tak rugi pun melabur dekat tilam ni. Huhu. So, keluar lah bajet lebih sikit untuk beli tilam yang selesa terutama nya kepada yang tengah merancang untuk berumahtangga.Ā 



Bila dah kahwin dan ada family ni aku fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi kalau kita ada bajet lebih. For me, tak rugi kita invest sikit duit beli tilam yang sedap. Bila tidur sedap maksudnya kita dapat quality sleep. So nak bangun subuh pon senang. Tilam yang berkualiti ni memang bukan keperluan asas tapi kalau ada kemampuan memang wajar lah pertimbangkan sebab kualiti tidur antara aspek penting untuk mengekalkan tubuh dan jiwa yang sihat. Kita pon lebih aktif dan produktif kalau cukup tidur.




Best lah tilam ni. Aku suka. Memang berbaloi lah kalau korang nak beli. Tilam spec hotel 5 bintang. memang tidur nyenyak lah sebab betul-betul selesa. Tak ada sakit-sakit badan. Real back care. Memang support tulang belakang. Tilam ni tak melendut dan tak tenggelam. Anak dok meloncat bagai nak rak pon tak ada effect.Pastu depa delivery tilam sampai dalam rumah, terus letak dekat katil bilik. Dreamland ni memang pakar buat tilam dari dulu lagi. So don't worry be happy. Pasti nya berbaloi-baloi kalau korang beli tilam Dreamland Chiro Series ni.


Kadang-kadang kita tak cukup masa nak rehatkan diri dengan aktiviti lain sebab hidup kita ni banyak aktiviti dan macam-macam benda kena buat, hanya tidur je lah satu-satunya istirehat yang kita ada. So agak penting jugak lah untuk pastikan kita memiliki tilam yang selesa.


Sekarang ni tak payah tidur hotel mahal semata-mata nak dapatkan tidur yang selesa dan berkualiti. Tidur dekat rumah pon dah puas hati dan gembira (āœæ ā™„ā€æā™„)


Kalau korang berkenan dengan tilam ni boleh tengok dekatĀ lawan web DreamlandĀ ataupun dekatĀ FacebookĀ . Boleh tengok video Dreamland Ā dekatĀ YouTubeĀ jugak :)

ā†§
ā†§

Jungle Gym Atria Indoor Playground

$
0
0
Haritu saja nak bawak Han main indoor playgorund. Pergi main dekat Jungle Gym, Atria. First time pergi Atria ni. Bayar sekali je boleh lah main sampai lebam dalam tu sepanjang hari. Ni harga dia.


Jungle Gym Atria Entry Fees

Toddlers (below 2 yrs) :
Week Day- RM25
Weekend / Public Holiday / School Holiday- RM48

Kids (above 2 yrs):Ā 
Week Day- RM35
Weekend / Public Holiday / School Holiday -RM58

Guardian:
RM5 (redeem a bottle of water)

Bawaklah socks sendiri for both parents and kids sebab socks adalah wajib dipakai.Ā Kalau tak ada socks kena beli dekat situ. Aku memang dah bawak siap-siap socks dari rumah kalau nak pergi tempat-tempat gini. Han memang pakai socks. Aku memang suka pergi week day. Tak suka pergi weekends/public holiday ni confirm ramai dan sesak. Han baru setahun lebih. So haritu bayar RM25+RM5 (aku) +RM5 (husband). Pastu boleh ah redeem air mineral/kopi/tea dalam tu. Sebab masing-masing ajet-ajet jaga kesihatan. Both pastinya ambil air mineral. Tapi tak mineral sangat lah. Air drinking water tu je haa.


Selalu jalan nak pegang tangan. Ni dah masuk Jungle Gym ni terus menyombong. Amboi. Yang pasti perut jalan dulu.

Nampak anak-anak kuda ni. Han terus nak naik. Dapat lah jugak pusing 2-3 round.

Pastu nak main ball dalam kolam ni.

Jom Han. Kita main slide pulak.Ā 




Seronok gila slide ni. Laju.

Nak naik lagi.




Video naik slide yang menyeronok kan. Haha.


Kalau baling bola dekat lubang tu dapat points. Mak nya yang excited main baling-baling bola. Hiks.

Papa Han acah-acah jampi bola. Nanti bola tu terapung. Sah-sah lah ada angin dalam tu. Lagi nak ajet-ajet buat magic Ā šŸ˜‘


Sebab kecik cenonet tak sampai nak baling bola ....

Emm apa nak buat ni....

Masuk kan lah bola dalam ni.Ā 

Ni lah permainan Han. Ambil bola masuk kan dalam benda alah ni.

Ini dekat port main bola keranjang pulak.
Agak berminat dengan bola Han ni. Pergi mana-mana mesti cari bola.Ā 



Nak berdiri tak pandai pusing sendiri. Dia duduk atas benda ni. Aku yang tolong pusing kan.Ā šŸ˜†

Trampoline versi toddlers. Dia macam gel air dekat situ. Tapi Han tak berminat. Letak je atas ni dia turun.Ā 

Pastu lari laju-laju pergi dekat kolam bola ni.Punya lah macam-macam attraction dalam ni, benda ni jugak yang dia suka main. Habis semua bola dalam kolam tu dia pi baling bawak keluar. Dah satu hal kitorang laki bini kena kutip masuk kan balik. Tu kalau rajin ah masuk kan balik bola-bola yang Han pi baling. Kalau malas, biarkan je. Kahh. šŸ˜‚


Kalau bawak main indoor playgorund ni, mesti basuh tangan Han. Parents pon basuh tangan jugak. Takut lah kena apa-apa kan. Kalau korang nak bawak anak masuk any indoor playgorund jangan lupa basuh tangan diorang ok sebelum dan selepas main. šŸ˜Š



ā†§

Lelaki tak suka perempuan pakai make up? YE KE?

$
0
0
Ada tengok video lelaki-lelaki yang cakap tak suka perempuan pakai make up. Suka yang natural tak pakai make up kata nya. Bila tunjuk gambar perempuan naked face tak ada make up lansung, dann dann lah suruh tepek bedak sikit lah, pakai lipstick sikit lah. Poooodahhh. Tang tu lah nak betulkan statement cakap suka perempuan make up nipis.Aik? Tadi cakap tak suka perempuan pakai make up. Insan keliru betul lah depa ni. Tak payah lah cover-cover. Cakap je lah kau nak perempuan cantik sebenarnya kan? Ehehe.


Natural beauty konon. Dah kalau perempuan tu "natural" je, bukan "natural beauty" di mata kau macam mana? Lelaki ni cakap je tak suka perempuan pakai make up. Tapi bila keluar, perempuan cun yang pakai make up tu lah yang ditoleh nya. Cakap je lah nak yang putih glowing mulus gebu gebasĀ tanpa make up. Tak payah cakap nak natural beauty sangat lah. Cakap je lah nak yang BEAUTY. šŸ˜


Kalau lelaki cakap, "tak suka perempuan mekap." Macam tipu je.Ehehe. Tapi kalau lelaki cakap "tak suka perempuan mekap tebal." Itu aku percaya. Maksud diorang ni sebenarnya nak yang natural tu yang make up tak heavy. Tak ada lah make up tebal gila sampai kalau tampar muka tu jerebu satu kampung. Haha.



Ada jugak suami yang tak bagi isteri make up. Maybe sebab wife dia kalau make up lagi nampak huduh dari muka natural sebab wife tak pandai make up. Atau pon maybe dia malas nak habis kan duit beli kan isteri dia barang make up. Atau pon malas nak tunggu wife bersiap mekap lama sangat. Atau pon dia memang jenis tak suka lansung tengok perempuan pakai make up,memang jenis suka naked face. Tapi kalau suami jenis camni bagus ah, tak payah membazir nak beli mekap. Cuma jangan bila keluar, si suami ni kepala berpusing toleh perempuan yang make up cun sampai mata tak berkelip sudah. Cakap biar serupa bikin lah kan. Hehe. Atau pon yang tak suka perempuan pakai make up tu mungkin jenis lelaki yang dari kategori sedar diri tak berapa handsome/stylo. Daripada tak ada terus, kang membujang lak sampai ke tua. So dia pon suka perempuan sejenis macam dia. Yang simple. Tak melawa.



Retis-retis ni kalau tak make up muka pucat je pon tapi still ada yang cantik jugak ah bagi aku bila natural tak pakai make up lansung.Tapi ada juga yang memerlukan make up untuk nampak cun. Yang pasti, semua nya pon bila dah pakai make up lagi lah nampak jelita wow meletop gitchuwww.


Lelaki selalu kata tak suka perempuan mekap tebal, tapi kalau ada dua perempuan, sorang mekap cun Ā (yang macam gambar 'after' retis-retis dekat atas ni) dan sorang tak mekap (yang macam gambar 'before'), yang mekap tu jugak depa puji lawa dan menarik.Lelaki ni selalu nya lain di mulut lain pulak di hatinya sebab tak nak kena soal banyak-banyak dengan perempuan. Nak sedap kan hati perempuan.



Yang lelaki tak tahu,Ā it takes MAKEUP to look NATURALĀ .


Make up ni ada 2 jenis. Make up nipis atau tebal. Tak ramai perempuan yang lawa tanpa make up. Selalunya lelaki akan tertarik tengok perempuan lawa. Tak kisah lah dia mekap nipis ke tebal. Bila dah kenal hati budi dan dah jatuh sayang, muka tak make up pon dia cakap lawa. Sebab hati dah sayang kan. Kalau perangai baik, semua nampak cantik je kot.Kalau dah suka, perempuan tu dia tak mekap pun kita rasa cantik. Cuma kalau dia mekap masa keluar tu lebih kemas la.


Perempuan ni naluri dia memang sukakan kecantikan dan sentiasa nak nampak cantik.
Terserlah lah pada tuan badan dan make up tebal ke nipis ke atau naked face. Bukan semua perempuan dilahirkan dengan kecantikkan yang semula jadi. Kalau dah memang jenis natural beauty tu memang untung lahhh. Tak calit pape pon lawa. Aku kalau keluar pon calit-calit jugak lah muka ni. Paling basic pon pakai bedak dengan lipstick. Kalau ada event, baru makeup lebih sikit. Pada pendapat aku, elok lah biar nampak kemas sikit muka tu. Tak lah berubah sangat pon dari muka asal cuma nak nampak fresh dan kemas tak sememeh je muka tu. Cukuplah sekadar menaikkan seri wajah dan nampak lebih menarik.


Bagi aku, penting sebenarnya pandai jaga penampilan diri ni. Pandai make up kira bagus gak. Kena pendai serasikan dengan keadaan jugak lah. Kalau setakat pergi pasar kejap je pon tak payah make up pon tak apa. Kalau ada event or job interview ke apa, calit lah sikit muka tu.Tapi tak payah over. Jangan makeup macam opera cina pulak. Tampar pipi berdebu kata kau. Hahaha. Simple dah la. Yang penting sedap mata memandang. Tebal sangat pon tak lawa.


Tapi realitinya ada jugak perempuan yang ikut condemn orang pakai make up ni. Bagi aku, kalau nak makeup, make up je ah. Kalau tak nak make up sudah. Semua tu terpulang. Janji happy tak kacau hidup orang sudah.


Kebanyakan perempuan make up ni diorang buat bukan untuk lelaki pon. Sebab diorang nak rasa yakin dan ada self-confidence jer. Ā So tak ada masalah pon nak grooming diri tapi make sure kita Ā happy dengan diri kita. Yang penting, jaga solat, jaga diri, jaga kebersihan, jaga pemakanan dan kemas. Cantik itu akan datang sendirinya bila kita jaga benda-benda penting ni. Be yourself! Setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. šŸ˜˜


Apa pendapat korang? Korang rasa betul ke lelaki tak suka perempuan pakai make up?Ā šŸ¤”








ā†§

Cantik Cara Citra

$
0
0





Jadi perempuan ni memang banyak benda kena jaga. Kita orang perempuan ni selalu ambil berat pasal penjagaan muka kan? Badan pulak macam mana? Tak jaga sekali ke? Bagi aku kulit muka dan kulit badan, both penting and dua-dua kita kena jaga elok-elok. Kulit yang licin dan sihat memang sangat penting bagi aku. Kita kena lah jaga kulit kita elok-elok supaya kulit sentiasa gorgeous hokayyy. Ingat baju je kana pakai vogue vogue, kulit pon kena vogue hokeh! Kena lah vogue sebab tak nak jadi vogeh. Muehehe.


Aku memang suka jaga kulit sebab tak nak kulit kering. Tak kisah lah pakai baju apa/style apa, yang paling penting kulit kena sihat. Ā Kulit lembut dan cantik memang jadi idaman setiap wanita kan? Wanita yang busy memang tak sempat ah nak pergi spa nak buat rawatan badan tu semua. Dengan cuaca pon tak menentu sekarang. Kita memang perlukan something yang boleh protect kulit dengan senang, cepat dan berkesan.



Aku nak share lotion yang aku tengah pakai sekarang. It's Citra!

Semua wangi sangat!Ā 

Aku memang sangat familiar dengan lotion Citra ni sebab pakcik aku kerja dekat Indonesia. Kalau balik kampung jumpa dia, mesti dia bagi dekat aku satu family lotion ni. Sebab dia kata lotion ni famous dekat Indonesia sana. Aku suka lotion Citra ni sebab wangi sangat! Serious!

Setiap jenis ni ada fungsi dan keistimewaan masing-masing.

Citra Pearly White UV
Kulit lembut bercahaya seperti mutiara

Lotion ni ada serbuk mutiara yang akan membuat kan kulit kita nampak lebih putih secantik mutiara. Wow kerlass sangat kulit kau nanti mak enon bila pakai lotion ni, terus bercahaya bak kilau mutiara ni.Hee. Bau tak payah cakap lah. Memang wangi sangat! Bila apply je dekat badan terus rasa relax je. Oh ye, lotion ni ada UV untuk perlindungan dari sinar matahari. Me likey! (āœæ ā™„ā€æā™„)

Golden Glow
Kulit Sehat bercahaya alami

Tahu tak selama bertahun-tahun, kunyit telah menjadi rahsia kecantikan para putri keraton Jawa sebagai lulur untuk menjadikan kulit mereka bercahaya kuning langsat alami?
Ā Citra Golden Glow ni ada kunyit jawa yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk membuatkan kulit kita glowing. Lotion ni pon wangi. Lepas apply, kulit terus rasa lembap dan glowing. Tak percaya, cuba try! Boleh korang satu geng dengan putri keraton Jawa. Yayy! ( Ė˜ Ā³Ė˜)ā™„

Natural White UV
Kulit lebih lembut, lebih cerah alami.

Haaa dah lah kulit makin lembut,makin cerah pulak tu. Mesti semua perempuan suka ni. Hehe. Dalam Citra Natural White UV ni ada sengkuang Indonesia. Jangan tak tahu, sengkuang Indonesia ni memang kaya dengan Whitening Vitamin. Ada UVA&UVB Protection untuk melindungi kulit dari sinar matahari dan jadikan kulit cerah semulajadi. So tak ada lah nampak putih pelik tu. Pakai lotion ni nampak kulit cerah natural lah. Ā (ā—•ā—”ā—•āœæ)


Tiga-tiga lotion ni memang wangi sangat-sangat. Korang dah tak payah pakai perfume dah. Aku memang pecinta lotion. Macam-macam lotion aku pernah try. Bila apply je mana-mana lotion Citra ni mesti suami tegur. "Wangi nya sayang. Pakai perfume apa ni?" . Dia ingat aku pakai perfume. Kehkeh. Padahal pakai lotion Citra ni je pon. So dekat rumah hari-hari lepas mandi memang aku apply lotion Citra ni. Fave aku Natural UV White tu. Suka sangat bau lotion ni. Dah ah bau best, pastu kulit pon moist je. Lembut je kulit dan tak melekit. Aku suka! Fikiran pon tenang bila bau lotion ni. Orang lain yang bau pon jadi tenang. Heee. (ā—”ā€æā—”āœæ)Ā 


Ni aku nak bagi satu tips. Kalau nak sapu lotion dekat badan better selepas mandi sebab masa tu kulit masih lembap. So lotion akan 'seal' kelembapan kulit. Tapi sebelum tidur pon aku memang suka lumur losyen sampai wangi satu badan. Kena lah sentiasa wangi bila dengan suami. Hee.


Aku sangat recommend untuk korang cuba Citra lotion ni. Memang best dan bau wangi gila. Melembapkan kulit pulak tu. Lotion ni pon murah je. Boleh dapat dekat kedai atau farmasi yang dekat atau pon yang jauh dengan korang. Ehehe. Ā (Ė¶ā—•ā€æā—•Ė¶āœæ)

Boleh dapat dekat list ini:Ā 

MYDIN Malaysia, Giant Malaysia, Guardian Malaysia, Haniffa Store, LuLu Hypermarket, UM Stores, Tesco Malaysia, AEON BIG Malaysia

More info: https://www.facebook.com/malaysiacitra atau search #CantikCaraCitra di laman Facebook.




ā†§

Terjebak pulak tengok Suri Hati Mr Pilot ni . Emosi tengok si Warda yang banyak berahsia . Hehh

$
0
0
Jarang aku nak ikut cerita melayu dari first episod sampai habis ni. Selalu nya kalau tengok pon mesti sekerat je. Maybe marketing cerita ni dari awal yang membuatkan aku nak tengok first episod sampai lah melekat ke hujung-hujung episod ni.



Sebab nak tengok Neelofa pon ye gak. Ye lah dia kan macam dah lama tak berlakon so nampak macam ekslusif gitu. Pastu nampak macam ada kimia je dengan si Fattah tu. Hero dan heroin pon sedap mata memandang. Yang pegang watak-watak lain pon rupa not bad. Lagu-lagu pon sedap.Boleh lah nak tengok rilek-rilek santai-santai sebelum tidur. Suri Hati Mr Pilot ni drama melayu yang aku ikut setelah sekian lama lah tak follow drama melayu.








Masa awal-awal episod tu ada ah nampak scene-scene yang pelik dan nampak macam tak real sikit. Lagi-lagi yang scene asyik terserempak dekat airport tu. Balik-balik terserempak. Ā Asyik terserempak je. Pastu terserempak lagi. Dah kenapa asyik nak terserempak je? Dah nampak macam tak real pulek. Hee. Pastu kawan si Warda tu asyik lah sakit perut. Setiap masa sakit perut nak berry. Apa hal tah. Suruh dia makan pil chi ket tek on sana.


Lagi satu scene yang tak boleh blah.Ada ke orang tahan pilot dekat airport mintak tolong tangkap kan gambar? Tak kisah lah kau nak bergambo dalam airport tu tapi dalam banyak-banyak orang lalu-lalang, pilot yang kau suruh tangkapkan gambar kau? Pastu mintak permission nak tangkap gambar pilot dengan "partner" dia pulak. Haha macam kelako. Tak logik pon ye. Tak tahu lah scene ni dalam novel macam mana. Tapi kalau tak ada scene ni pon tak pe kot. Sebab nampak macam pelik pulak. Muehehe.


Tapi episod lepas-lepas tu, rasa macam geram pulak dengan si Warda. Gigih angkut kotak barang-barang kenangan dengan ex bf dari rumah parents bawak ke rumah dia. Dah lah selamba tenuk je simpan kotak kenangan bersama ex boyfriend dalam laci. Suami jumpa memang hangin lah dia kan. Kau dah kenapa terkenang-kenang lagi ex bf. Ā Bila dah kantoi dengan laki, tahu pulak marah.



Warda si sengal-sengal ubi.


Kenapa lah semua benda kau suka berahsia Warda oiii. Ada satu scene tu pergi masuk rumah lelaki sorang-sorang. Eee kau ni dah kenapa Warda? Bijak lah sikit. Laki model tu dah ah saiko and suka dekat dia. Mengada-ngada betul jumpa sorang-sorang masuk rumah dia pulak. Memang cari nahas namanya.Pastu suka sangat jumpa lelaki lain tak bawak teman. Selama ni ex bf dia si Muslim tu text punya lah tak layan tapi bila Muslim ajak jumpa dia boleh pergi jumpa berdua-dua an? Gila ah.Dah lah jumpa laki lain tanpa izin suami pastu nak expect suami kau faham niat kau? Memang tak lah kan.Pastu semua benda dia buat dia berahsia dan tak nak explain.Kan dah banyak salah faham.



Dah lah salah faham, pastu masing-masing tak nak explain benda betul. Laki nya pulak accident, nak jadi cacat pulak,sah-sah kepala otak tak berapa betul cakap benda bukan-bukan tak fikir banyak kali. Yang si Warda ni pulak pergi lari bawak diri pi oversea sampai 4 tahun. Gila kentang lenyek betul. Merajuk sampai bertahun-tahun. Eeeee bengong betul lah Warda ni. Aku pulak rasa terbengong-bengong tengok dia ni. Haha.


Episod semalam,kaki Ejaz sihat walafiat dah pulak. Ā Tapi kali ni Ejaz tu pulak yang aku rasa bengong. Warda ni dah balik Malaysia dah. Tapi Ejaz ni selalu pulak keluar dating dengan Khairina tu. Yang Khairina ni pulak feeling-feeling suka dekat Ejaz . Ejaz ni pulak tak cerita yang dia still suami orang and tak cakap dia anggap pompuan tu kawan je. Tu kang si Warda tu nampak kang mula lah salah faham lagi tu. Hehhh.




Dalam cerita ni semua kerjaya hebat tak nak kalah. Pilot lah, engineer lah, doktor lah tapi semua perangai macam kanak-kanak ribena je bercinta. Ni menunjukkan tak kisah lah kau kerja high profile sekali pon, tapi bila bercinta tak mustahil kau akan buat benda bodoh like cemburu buta, layan ex boyfriend, cepat percaya cakap orang, cepat buat andaian sendiri tanpa tanya benda betul. Betul lah kata orang cinta itu buta. Hujung-hujung episod ni, jadi stress lak tengok cerita ni sebab masing-masing tak nak explain. Tu lah penting nya komunikasi dalam perhubungan suami isteri ni. Dah jadi suami isteri ni mana boleh semua benda nak rahsia-rahsia. Kena banyak cakap dan berbincang. Tak puas hati je kena cakap. Tak boleh pendam-pendam. Ni dok lari membawa diri, sampai bila-bila masalah tak selesai. *Stress mak enon* Haha.


Tapi kalau mereka ni semua tak ada perangai suka berahsia dan tak nak explain benda betul, cepat pulak cerita ni habis ye tak? Kena lah sengal-sengal ubi berperangai kanak-kanak ribena dalam percintaan, baru lah DRAMA katanyehhh. Kihkih. Kalau tak, tak jadi lah drama kalau semua nya smooth je. Ye dok?


Tak pasal-pasal aku jadi pengulas cerita ni. Kahkah. Bagi aku yang tak baca novel cerita ni dan tak tahu lansung apa sinopsis cerita ni, aku judge dengan apa yang aku tengok dekat tv tu je lah. Yang aku suka sebab cerita ni cepat dan tak meleret. Satu episod tu macam dia dah cover la semua benda yang kalau dekat drama lain mungkin makan berminggu-minggu episod. Nak follow pon rasa best ah sebab cepat je dia cerita semua benda.


Neelofa pulak cantik dalam cerita ni. Make up pon natural je. Suka pulak tengok semua ootd dia dalam cerita ni. Baju dia pakai semua lawo.Neelofa pon jarang berlakon lately so nak tengok lah cerita dia berlakon.Layan jugak lah cerita ni. Minggu ni nak habis dah. Korang tengok ke Suri Hati Mr Pilot ni? Emosi tak tengok Warda yang banyak berahsia sampai banyak salah faham tercetus ni? Ehehe.




ā†§
ā†§

Celmonze Facelift . Muka bulat jadi tirus . Hee

$
0
0
Semenjak ada Han ni memang terumbang-ambing lah waktu tidur aku. Malam-malam confirm terjaga punya kalau Han nangis nak susu. Kulit pon dah kusam sebab kurang tidur. Eye bag tak payah cakap lah. Dah macam panda. Kalau depan panda jantan ada awek dia dan aku, mesti dia pon keliru mana satu awek dia sebab mata aku dengan panda pon dah tak ada beza. Eye bag teruk nau. Heee. Dengar-dengar bila buat Signature Facelift Massage ni ada ICA (Ironing Crinkle Away) yang bantu untuk kurangkan eye bags! So yayyy! Suka!


So baru-baru ni aku telah pergi ke Celmonze The Signature (CTS) dekat Empire Shopping Gallery. Nak cuba buat facelift. Tapi ni simple je. Yang penting tak ada jarum dan pisau yang terlibat. Memang perfect lah untuk aku cuba.


Sampai-sampai je Celmonze ni, diorang bagi air teh bunga.

Eh eh sedap nya. Nak secawan lagi boleh?

Diorang pon bagi lagi secawan. Ehehe.

Aku datang sini buat The Signature Facial + Signature Facelift Massage .Mula-mula diorang akan cek condition kulit kita. Nak tengok lah apa masalah semua kan.Ā 

Kulit aku ni kering dan sensitif sikit. Pastu muka aku ada redness dekat bahagian pipi.Kadang-kadang rasa panas je dekat bahagian pipi tu. Sebab tu aku excited jugak pergi sini nak tengok perbezaan.Ā 

Lepas dah cek masalah kulit,pastu masuk bilik ni tukar baju semua. Buat lah facial + facelift.


Perghhh best gila beb. Lepas facial ni muka rasa smooth, redness dah berkurangan dan sangat refreshing! Facelift massage ni, baru sekali buat, muka dah tegang. Ni kalau lapan kali buat ni mesti orang keliru mana satu aku dengan Vanessa Hudgens. Hahaha. Mata sembab pon dah kurang!



Mesti korang tertanya-tanya kan amende yang aku buat ni. Meh sini aku explain apa aku buat haritu:

Aku buat The Signature Facial + Signature Facelift Massage .

The Signature Facial ni berkesan untuk muka yang ada 4 masalah kulit utama iaitu jerawat,jeragat,sensitif,kendur. 4 masalah ni boleh settle lah kalau korang buat facial dekat sini. Lepastu buat Signature Facelift Massage pulak. Gabung facial dan facelift ni memang cantik meletop lah kulit muka kau nanti.


Signature Facial ni guna Celmonze Paris skin care produk. Mula-mula diorang akan pakaikan first mask untuk membersihkan dan mencerahkan kulit dan mask kedua pulak akan meningkatkan penghidratan lebih 3 kali ganda lebih daripada mask biasa. Pastu last sekali diorang akan urut bahu guna avocado oil. Time urut bahu ni memang sedap gila. Rasa hilang semua lenguh-lenguh dekat badan aku ni. Seronok!Ā āœæā™„ā€æā™„āœæ



Siapa yang akan dapat manfaat terbaik daripada Signature Facelift Massage ni?

Aku yang tanya aku yang jawab. Hehe.

1) Sesuai untuk sesiapa yang mempunyai diet yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak aktif yang akan menyebabkan premature aging, sagging dan banyak masalah kulit yang lain.
2) Sesiapa yang ada masalah sagging, garis-garis halus dan mempunyai kulit kusam akibat penuaan.

Macam mana Signature Facelift Massage berfungsi?


Buat Signature Facelift ni sama dengan bersenam. Orang bersenam untuk bina otot supaya tak kendur. NI untuk orang yang tak da masa untuk bersenam boleh la try Signature Facelfit Massage untuk beautician ā€œmembuat senaman mukaā€ agar muka sentiasa lift up!





Apakah Keistimewaan Signature Facelift Massage?

Berbanding dengan banyak kaedah lain yang terdapat di pasaran, ia mempunyai kesan yang lebih tahan lama dan memberikan anda satu ekspresi wajah semula jadi, dan membuatkan kita lebih nampak muda.


Signature Facelift MassageĀ ni aku suka sebab ia bagi nutrien dekat kulit dan membantu menyelesaikan banyak masalah kulit degil.Boleh kurangkanĀ kedut dan garis-garis expression lines. Lagi-lagi perempuan busy dan mak-mak ni. Mesti ada eye bags kan bawah mata? Boleh kurangkan under eye-bags and puffiness jugak. Pastu dia kasi tones and firms facial muscles. Kulit pon lebih anjal dan boleh memperbaiki warna kulit. Selalu orang kata kalau muka berjerawat ni sebab darah kotor. Kalau korang ada masalah jerawat, memang elok buat Facelift Massage ni sebab akan menggalakkan darah yang lebih baik dan peredaran limfa. Ā Toksin dalam badan semua boleh depa hapuskan. Mata pon lebih cerah dan peka.



Best kan? Banyak sangat benefit untuk kulit muka kita bila buatĀ The Signature Facial + Signature Facelift MassageĀ ni. Honestly masa aku try haritu, kulit aku rasa macam smooth sikit. Lembut je. Memang rasa nak buat lagi. Korang tak teringin ke nak buat? Hee :)

Aku try haritu dekat Celmonze Empire Shopping Gallery Subang. Tapi outlets dia ada banyak. Boleh tengok yang berhampiran dengan korang dekat web CELMONZE ni.



Good news! Thanks to the lovely team at Celmonze The Signature, sebab nak bagi my blog readers and followers a special treat! So kalau korang nak enjoy facial treatment yang sama macam aku buat ni (Signature Facial + Signature Facelift Massage), bernilai RM488 for FREE, bolehlah register dekat SINIĀ .

Cepat! Ni valid sampai 31 November saja ye. Only for first trial & T&C Apply!

ā†§

Beli property untuk invest

$
0
0
Dulu before kahwin selalu berangan nak duduk rumah yang ada view best. Pastu berangan nak deco rumah cantik-cantik. Tapi semua ni memerlukan duit.

Dari zaman study sampai sekarang, aku memang kuat gila saving. Apa-apa income yang aku dapat,mula-mula akan bagi duit dekat parents. Pastu selalu suruh parents doakan aku makin murah rezeki. Benda first memang akan bagi parents,selebih nya aku buat saving. Cuma kalau ada certain bulan yang income aku lebat terlebih, baru aku akan reward diri aku dengan something. Pergi travel ke,beli handbag baru ke,beli baju baru ke. Rasa satu kepuasan bila kita dapat beli apa-apa guna duit sendiri ni.

Dulu selalu berangan sama-sama dengan tunang (now husband) nak duduk rumah cenggitu lah cenggini lah. Masing-masing impian tak nak kalah. Tak salah pon berangan kan? Sebab berangan adalah percuma. Hehe. Kitorang berdua pon datang dari family sederhana.Family tak lah kaya sampai 7 keturunan tak habis makan. Tak lah susah sangat sampai makan nasi dan garam hari-hari. Both pon dari family biasa-biasa je. Nak apa-apa semua usaha sendiri. Beli sendiri. Memang dari zaman study berdikari. So memang kena ada saving.


Bila dah kahwin, aku selalu fikir lebih pasal masa depan dan kewangan. Bila dah start plan nak ada anak,nak ada family, kena fikir pasal kewangan dengan lebih serius. Suka atau tak, "money makes money". So aku kena banyak menyimpan duit dulu untuk buat duit.



Kita kena paham, kita beli property bukan untuk kita stay sebab dah sah-sah kita tinggal dekat rumah kan tapi kita beli property untuk kita invest. Finally, kitorang jumpa property yang kitorang suka gila dan sesuai dengan budget kitorang. Masa mula-mula pindah rumah ni rasa happy gila. Dah terbayang dah nak deco rumah style apa semua. Deco rumah kitorang pon sebijik macam apa yang kitorang idamkan dari dulu. Jenis santai-santai je.


Cakap pasal property ni, korang pernah dengar iProperty.com? The iProperty Group ni focused dekat pembangunan dan operasi portal hartanah terkemuka dan menyampaikan set yang paling komprehensif berkaitan perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek . The Group memiliki portal yang merupakan peneraju pasaran di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Wilayah Hong Kong dan portal terkemuka di Singapura. Wow dahsyat depa ni.

Sekarang ni iProperty.com ada buat iProperty.com Peopleā€™s Choice Awards! Malaysiaā€™s most prestigious real estate awards!! Kerlasss sangat. Ingat bidang retis je ke boleh dapat award? Bidang property pon boleh lah. Hehe

13 award categories, 13 winners. Hereā€™s the list;

1.Developer Of The Year
2.Best Emerging Developer
3.Best International Developer
4.Best Township Development
5.Best Mixed Development
6.Best Waterfront Development
7.Best Residential Landed Development
8.Best Residential High-Rise Development
9.Best Luxury High-Rise Development
10.Best Northern Development
11.Best Southern Development
12.Best Green Development
13.Best Value Development


Jom vote untuk Malaysiaā€™s best property developers and developments! Sebab berpeluang menang hadiah worth over RM 20, 000!! Wuuu best tuuuu.Ā (/ā—•ćƒ®ā—•)/Ā 


Meh nak ajar cara-cara nak vote! Senang sangat!

Ā How to voteĀ 
Step 2 - Go to 'Vote Now' tab

Step 3 - Login with either your FB / iProperty account
Aku sign in guna acc baru

Nanti dia hantar link dekat emel.

Pastu tekan 'Activate Now' dari link dalam email kita.Ā 
Then, activation dah berjaya, tekan 'Log in Now' tu.



Ā Step 4 ā€“ Start voting!
Ada 3 page. Vote semua category.

Then tekan 'submit'

Done! Senang je kan?

Hadiah yang menanti korang kalau korang rajin vote:

2 Day 1 Night Stay at KL Hilton,
Sharp 32ā€™ TV, 10 ( 5 x 5L of Dulux Pentalite Paint cans),Ā 
11ā€™ Macbook Air,Ā 
Khind Noodle Cooker,
Khind Jug Kettle, Ā 
Khind Bread Toaster and more!

Hadiah gempak kan? kan? (āœæ ā™„ā€æā™„)


Ā Winners of the consumer voting campaign will be announced via iProperty.com main social channels ā€“ FB / Google+, Twitter& Instagram no later than Nov 28th, 2016. So, cepat ikut social page iProperty.com, kalau tak, tak tahu menang nanti!

Voting ends on November 11th, 11.59pm 2016.

I just voted. Jom kita vote ramai-ramai. Hadiah dah lah semua best-best! Benda nak buat senang je pon. Vote je dah ada chance menang hadiah. Cepat tau!

Vote dekat sini: iProperty Awards Vote Now




ā†§

Menternak lemak di Amber Chinese Muslim Restaurant

$
0
0

Tetiba rasa nak belanja parents makan. Ayah aku tu dah kenal sangat lah. Tak minat sangat makan western. Nak makan kena ada lauk-lauk dan nasi. Pastu si Jofliam memberi idea makan dekatĀ Amber Chinese Muslim Restaurant. Halal ye. So apa lagi. Serbuuu lah.


Datang-datang tengok menu. Semua nampak lazat ni. Kena tulis dekat kertas code makanan dan minuman pastu bagi kertas dekat waiter. Aku pon apa lagi. Main tulis je pelbagai code sesedap rasa. Dah siap, bagi waiter kertas tu pastu waiter tu cakap. "Is it too much?"

Banyak sangat ke? Pastu cancel lah sikit yang mana patut ni. Ni lah menu-menu yang berjaya di ternak lemak. Ehehe.



Nampak sedap tak?

Teruk nau ni bangg selfie dengan makanan. Kah Kah Kah.


Ok ni aku review jujur ye. Yang mana sedap aku cakap sedap. Yang tak sedap aku cakap "so-so" je lah. Tapi ni bagi tekak dan deria rasa aku lah ye. Heee.

Lamb tu rasa kambing.
Duck tu rasa itik.

Oii apa kah review makanan begini?


Shang Hai Marinated Duck - RM23.32

Ni aku suka. Rasa lah kemanisan itik tu. Boleh lah feeling-feeling di Shang Hai bila makan itik ni. Daging itik pon lembut dan moist je. I loikeee~ šŸ‘šŸ‘šŸ‘

Roasted Lamb Chops - RM50.88

Ni ada 2 size. Tapi ambil yang size kecil. Size kecil pon boleh makan 4 orang. Kalau ambil size besar, satu geng bas rombongan Cik Kiah kot boleh makan. Ehehe. Salah satu roasted lamb yang sedap yang aku pernah try. Lamb ni crunchy tapi dalam masa yang sama isi nya lembut je. Tak liat lah. Lamb tu ada rasa masin sikit, pedas sikit dan ada bau wangi rempah cina. Bila tarik je daging kambing tu,memang senang je dia terpisah dengan tulang tu. Perghh. Memang di masak dengan sempurna lah.Yang ni korang boleh try.
Ā šŸ‘šŸ‘šŸ‘

Penuh mulut dengan makanan. šŸ˜†

Spicy & Sour Shredded Potato - RM10.60
Roasted Squid- RM2.33 secucuk. So ambil 3 cucuk ni dalam RM7.

Shredded potato tu ibu aku yang order. Aku pon pelik asal dia order kentang tu. Pastu ibu aku cakap. Nak rasa sebab kentang dia potong panjang-panjang. Laaa kentang potong dadu ke potong panjang ke lain ke rasa dia? Haha. Last-last ibu aku lak yang menyesal order sebab rasa plain sangat. Kentang ni korang tak payah order pon takpe. Seksa nak menghabis kan nya.

Roasted squid ni macam sotong versi kebab. Walaupun rempah dekat sotong tu macam kuat sikit tapi aku suka gak sotong ni. RM2.33/stick. Boleh di cuba.

Braised Fish in Brown Sauce RM41.23

Aku order ni sebab dalam gambar nampak begitu menggiurkan. Dah sampai ikan ni depan mata nampak macam sedap gak kan? Ikan dia besar tapi rasa kuah dia aku rasa biasa-biasa je lah. Tak sedap sangat bagi tekak aku. Not recommended.



Sizzling Tofu - RM16.96

Ok yang ni memang syurgaaaa! Paling banyak-banyak menu yang aku order, ni paling sedap bagi aku. Maybe sebab aku suka benda yang masam manis. Sos tofu ni manis macam sos thai. Tapi sedap gilaaaa! Kalau korang datang sini. Yang ni memang wajib order! šŸ‘šŸ‘šŸ‘


Peach Tea- RM5.30
Pineapple Juice - RM.5.30
Orange Juice - RM5.30
Mineral water - RM1.59

Air semua sedap!

Han pon nak makan jugak.



Sotong berempah tadi. šŸ‘šŸ‘šŸ‘

Fried Sliced Beef- RM41.23

Tengah-tengah dok sedap makan. Menu ni pulak sampai.Tengok dalam buku menu nampak kuah dia macam pekat. Tapi bila sampai kuah cair dan rasa pon cannot go. Ni pon aku tak recommend untuk korang order. Rasa biasa je.

Bff atok. Sambil tunggu satu lagi menu kitorang order, bergurau senda lah Han dan atok nya.


Toothpick Lamb - RM33.92

OK ni sedap gak. Rasa rempah-rempah dia tu memang diadun dengan sempurna lah. Nak menyucuk satu-satu tu sebab lambat sikit kot sampai menu ni.Ehehe. Kitorang habis dah makan semua lauk, baru toothpick lamb ni sampai. So ni bungkus bawak balik suruh parents aku makan depan tv. Ehehe. Tapi yang ni boleh order. Sedap! šŸ‘šŸ‘šŸ‘


Total kitorang makan ni semua RM246.86 (include GST). Makan 4 orang. Sesuai makan ramai-ramai kalau datang sini. Memang aku akan datang sini lagi untuk orderĀ Roasted Lamb Chops andĀ Sizzling Tofu!! Tofu tu sedap gila lah. Aku suka. Tertelan-telan ailio mengenangkan kesedapan nya. Heee. Kalau datang lagi, yang 2 tu wajib order, yang lain-lain tu nak try menu lain pulak. Sebab menu dia boleh tahan ramai gak. Haha.


Ni alamat restaurant:
Unit 1-14, Level 1, Nexus Club House,
No 7, Jalan Kerinchi, 59200, Kuala Lumpur.


Dalam bangunan Nexus, Bangsar South. Level 1. Konon lepas makan nak tengok wayang. Tapi hampa.Ā Nexus ni tak ada apa sangat pon. Banyak tempat makan je.Ā Memang semua kedai pon kedai makan dekat sini. So kalau korang datang sini, memang sediakan perut kosong untuk makan je lah. Hee.

Ok tu je nak cerita. Bye!Ā šŸ˜„
ā†§

Bawak Han main kucing dekat Purradise Cat Cafe

$
0
0

Ā Jeans nak patch. Handbag nak patch. Si gila patch šŸ˜…



Ā Ni cerita weekends lepas. Lepas makan, nampak Cat Cafe ni. Tu tengok jap apa ada. Tengok dari luar tingkap lutsinar nampak macam ada kucing-kucing berkeliaran. Alright gak ni nak bawak Han masuk dalam. Dia suka tengok kucing.

Aku masuk haritu bayar RM15/pax. Masuk dengan husband, so RM30 lah. Han masuk FREE je. Tapi dapat air FREE sorang satu.


Air boleh pilih nak air apa yang ada dekat menu ni. Free je. Aku dengan husband both ambil smoothies.

Boleh order makanan jugak dekat sini. Dah nama pon Cat Cafe kann. Tapi kitorang baru lepas makan, dapat air free pon ok je. Tak larat dah nak makan. Tujuan datang memang nak main dengan kucing je.

Pastu dia bagi penyepit ni. Nombor order smoothies sebenarnya šŸ˜„

"Hye Han" kata kucing.

Han terkejut kucing boleh bercakap šŸ˜‚

"Amende lah budak kecik sebelah aku ni. Aku kecik lagi daripada dia pon takut ke"šŸ˜¼

Han ni nak main dengan kucing tapi malu-malu kucing.

"Ajet-ajet sombong jap"šŸ˜¼

Dok tunjuk-tunjuk je lah. Nak pegang takut. Han kalau tunjuk kucing selalu dia sebut "KAT""KAT". 'Cat' jadi 'KAT'šŸ˜…

A video posted by Cik Epal šŸŽ (@cikepal06) on


Video Han main dengan kucing šŸ˜ø


Umur baru setahun sama dengan jagung, mama maafkan lagi lah Han sebut 'cat' jadi Ā 'KAT'šŸ˜‚

"Mama cepat tangkap gambar Han sebelah kucing ni"


"Banyak nya 'KAT' dekat sini mama"šŸ˜‚




Ok smoothies dah sampai. Han tengok aku minum, laju je dia nak ambil smoothies papa dia.

Baik-baik pegang tu nakkk. Tumpah pulak karang.

Dah.. Rasa sikit je. Han ni bukan boleh bagi peluang. Kita bagi dia sedut sikit je nak bagi rasa, kalau boleh dia nak perabihkan semua satu nafas šŸ˜“




Suka kucing dekat kaki aku tu. Comel. Teringat kucing aku Tompok yang aku bela dulu masa zaman bujang.Ā 



Kucing sekor ni dari awal aku datang sampai nak balik dia suka nau duduk dalam kotak. Tak keluar-keluar dia dari kotak tu.


"Kenapa kucing ni pandang Han"

"Dia nak makan Han ke? Adakah Han persis ikan sardin?"


"Dia nak dekat pulak. Oh NO! Han bukan ikan sardin! Nak lari"


Mama Han pulak tengah sibuk memburu kucing. Tengok dekat atas tu ada kucing. Kucing tu comel. Bulu dia gebu. Tapi asyik lah duduk atas tu. Panggil-panggil dia suruh turun pon dia buat tak reti. Hampagas punya kucing šŸ˜¾



Feeding timeeee.Ā 
Time nak makan, pandai pulak kucing dalam kotak tu keluar. šŸ˜…

Come to mama.


Mula-mula nak suruh kucing ni makan dekat tangan aku. Tapi macam lapar benau je depa ni. Takut pulak dia baham tangan aku sekali. Terus campak je lah dekat bawah makanan dia tu. Haha.

Nak cuit kepala sikit je dia toleh nak gigit tangan aku pulak. Oii lapar benau ni šŸ˜‚


Ok uolsss anak-anak kucing semua. Nahhh mummy kucing bagi makanan lagi dekat uolsss. *macam mak hayam lah pulak* Haha.

Kucing ni comel. Bulu gebus gebas uolss. Mak hayam loikeee. Eh. I loikeee~ šŸ˜


Ā Ingat dekat Korea je ada Cat Cafe? Dekat Malaysia pon ada lah. Ehehe. Tapi nak warning siap-siap. Area sini payah sikit nak cari parking. Sebab sentiasa ramai orang. Nah alamat kalau korang nak datang sini.

Purradise Cat Cafe
24A (First Floor),
Jalan Tun Mohd Fuad 2,
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

OPENING HOURS

Monday: Closed
Tuesday ā€“ Friday: 2pm ā€“ 10pmĀ 
Weekends & Public Holidays: 11am ā€“ 11pm


K. Bye. Miaowww šŸ˜ø šŸ˜ø šŸ˜øĀ 
ā†§
ā†§

Review cerita seram Ouija 2: Origin of Evil (2016)

$
0
0

Walaupun aku banyak terperanjat tengok cerita ni. Tapi Han kemain lena tidur di pangkuan aku. Boleh lah layan cerita ni dengan tenang bila dia tidur. šŸ˜†


Nak review sikit cerita Ouija 2 ni. Don't worry. Aku review movie jarang bagi spoiler. Ehehe šŸ˜


SinopsisĀ Ouija 2: Origin of Evil (2016)


Cerita "Ouija 2" 2016 ni sebenarnya kesinambungan Ouija (2014). Kalau korang tengok cerita Ouija (2014) tu lebih kurang je dengan cerita ni. Tapi beza dia cerita Ouija first tu diorang panggil roh Debbie sebab nak tahu punca kenapa dia mati. Ouija 2 ni pulak cerita pasal family yang tinggal dekat rumah yang sama dengan Debbie.



"Ouija: Origin of Evil (2016)" ni cerita pasal seorang ibu tunggal (Alice) yang besarkan 2 orang anak perempuan, Lina dan Doris. Ayah budak-budak ni dah mati, so nak tak nak mak dia kena do something lah untuk buat duit. Mak dia ni pulak scammer yang kreatif lah. Niat nak ringankan beban tapi dengan cara menipu. Tapi suka pulak aku tengok cara mak dia ni menipu. Memang kreatif. Hehe. Cerita pasal 3 beranak ni selalu lah jadi bualan, sebab katanya terror panggil roh orang yang dah mati untuk jumpa dengan keluarga yang masih hidup untuk lepaskan rindu.

Start suspen bila mak dia ni beli Ouija bawak masuk rumah. Beli untuk buat prop baru sebenarnya.


Papan Ouija ni papan kayu yang ada angka, huruf dan simbol. Menurut kepercayaan masyarakat, Ouija ni selalu digunakan untuk berkomunikasi dengan roh orang yang dah mati. Macam board spirit tu.

Nak main Ouija ni ada 3 syarat. Syarat dia tak boleh main sorang-sorang, tak boleh main dekat kawasan perkuburan dan bila dah habis main mesti kena ucap 'good bye'.


Lepas mak dia beli papan Ouija tu, mak dia rasa papan Ouija tu tak real. So dia buat something untuk scam customer dia lah. Tapi sebenarnya dia dah start main sorang dah & tak ucap 'good bye'. Pastu dia biar je Ouija tu atas meja. So memang mak dia ni dah langgar syarat lah.


Ā Tiba-tiba anak bongsu dia (Doris) nampak Ouija tu, dia pon try main. Doris ni pulak nak sangat berhubung dengan ayah dia. So, Doris ni try lah berhubung dengan ayah dia yang dah mati. Doris ni pon dah kira langgar syarat jugak sebab main sorang-sorang.



Tapi diorang tak sedar yang diorang ni dah panggil roh jahat yang ada dekat papan Ouija yang diorang main tu. Doris ni pulak dalam diam-diam ada bakat terpendam untuk berhubung dengan dunia lain dan berkawan pulak dengan salah satu "penghuni" dalam rumah diorang. Mak dia si Alice ni pulak sedar yang Doris ni ada bakat untuk gantikan diri dia. So mak dia ni memanfaatkan lah Doris untuk buat duit.


Tapi time ni main Ouija dengan paderi. Paderi ni dah dapat tahu dah kenapa Doris jadi camtu. Saje je nak test.


Tapi lepas Ouija tu ada dalam rumah, memang banyak lah benda aneh yang jadi. Yang pasti anak bongsu dia (Doris) tu selalu lah buat benda pelik macam ada "benda" yang control dia.



So korang rasa apa akan jadi dengan family ni? Diorang mati ke selamat? Siapa dan apa di sebalik Ouija ni?



Haaa kena lah pi tengok.



===========================

Review aku:


- Cerita ni seram dia ok-ok lah bagi aku. Cuma banyak part terkejut. Ada satu scene tu aku terkejut sampai tercampak lah popcorn aku. Tumpah separuh popcorn aku dekat bawah. Hangin je laki aku dekat sebelah. Haha.




- Yang part Doris nganga punya besar tu macam kelakar pon ada. Kalau pakai tudung bawal pin bawah dagu pastu nganga besar macam tu, confirm pin tertanggal terbang tah kemana. Haha. šŸ˜‚

- Hantu Ouija ni ada lah keluar sekali-sekala.Macam orang minyak pon ada. Hantu orang minyak tu tak seram tapi muka Doris tu lah yang macam haremmm. Kongasam betul. Terkejut banyak tengok Doris tu je sebenarnya šŸ’

- Start seram bila mak dia dah beli Ouija tu. Bagi aku cerita dia tak slow dan tak bosan. Ok lah jugak layan cerita ni.





Kesimpulan nya, Ouija ni tak seram mana pon cuma tu ahh mengejutkan.Bab nk bagi heart attack tu memang banyak. Haha. Nak tutup pintu pon sound effect macam kena bom. Watdehek betul. Tapi bagi aku best je cerita ni. Tak ada lah rugi sangat tengok. Sebab aku pernah tengok cerita hantu yang lagi tak best, bosan gila dan tak berbaloi lansung. Bagi aku Ouija 2 ni masih dalam kategori boleh dilayan.


Bagi aku storyline dia best jugak. Storyline aku boleh bagi 7/10.

Rate seram: 5/10
Rate terperanjat: 8.9/10Ā šŸ˜‚

























































From Doris, with love šŸ˜


Sesiapa yang tak tengok lagi cerita ni, boleh lah tengok. Muehehe. Bye!


ā†§

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers dan Sos Mushroom Blackpepper (Step by step)

$
0
0
Dekat rumah aku ni dah lama tak beli beras. Akan ada beras kalau family mak mertua/family aku datang rumah. Sebab time tu baru masak lauk-pauk nak makan dengan nasi. Ni husband aku ni ah tak nak makan nasi. Dia bising badan dah naik pastu salahkan aku masak lauk macam-macam pastu dia TERmakan. Aik? Salah kan aku pulak badan dia naik. Kongasam betul. Sekarang ni hari-hari dia nak makan ayam. Hari-hari kalau aku masak ayam pon dia tak kisah. Lagi dia suka. So mereput lah aku di rumah hari-hari makan protein. Haha. Tapi tak pe, aku ok je. Sebab nanti kalau keluar jalan-jalan boleh menternak lemak macam-macam. Hee šŸ˜



Harini nak share resepi Ayam Panggang Kenny Rogers yang lazat macam makan dekat kedai Ā šŸ˜‹

Nak makan macam tu je pon boleh tapi ni saja gedik nak makan dengan sos mushroom blackpepper. Ok meh cekidaut resepi.





AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


1 ekor ayam - bersihkan dan tak payah potong kecik-kecik

Bahan - bahan untuk perap ayam:

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos lada hitamĀ 
1 sudu besar lada hitam kasarĀ 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr (aku guna yang 'no added MSG')
2 sudu besar gulaĀ 
2 sudu besar mixed herbs
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk blend bahan perap.
Sedikit butter.Ā 

Campak je semua bahan dekat atas ni (kecuali butter) dalam blender dan blend dengan sedikit air.Ā 

Kiub ayam Knorr tu aku guna yang 'No Added MSG'. Nampak tak gambar seketul ayam warna putih Ā janggut merah seciput dan sedikit pesanan di bawah ayam tersebut? Kalau pergi mana-mana supermarket,dekat bahagian kiub ayam tu korang boleh cek. Ada yang ada MSG, ada yang tak ada. Of course lah aku akan ambil yang 'No Added MSG' ni.


Cara-cara nak buat Ayam Panggang ala Kenny Rogers aku explain dekat bawah beserta dengan gambar:

2 sudu besar mixed herbs

1 sudu besar lada hitam kasarĀ 

Sedia untuk di blend kan.

Bahan-bahan untuk perap ayam yang aku tulis dekat atas tu masuk je semua (kecuali butter) dalam blender dan blend dengan sedikit air.Ā 

Lumurkan bahan-bahan tadi dekat keseluruhan badan ayam yang dibersihkan di luar dan di dalam. Dalam ayam tu pon masuk kan bahan perap jugak tau!



Lumur lah atas bawah kiri kanan keseluruhan body ayam ni seperti mandikan bayi anda. *Dah jadi mak-mak ni,ingat bayi jerr.Saja nak menyerlahkan sifat keibuan šŸ˜. Lah sangattt. Kihkih*

Bahan perap yang blend tadi, aku tinggal kan half untuk nak sapu lagi lepas bakar ayam tiga puluh minit pertama nanti.
Perap ayam selama 1 jam 30 minit.Nak perap lama lagi pon boleh. Letak ayam yang diperap dalam peti ais. Bahagian bawah tau. Jangan pi letak atas pulak.

Sementara nak tunggu ayam lepak dalam peti ais dan di perap dengan jayanya. Kita buat-buat busy buat sos mushroom blackpepper pulak.


SOS MUSHROOM BLACKPEPPER

*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 cawan fresh milk
*2 kiub ayam knorr (aku guna yang no added MSG)
*1 sudu sos tiram
*1 sudu besar serbuk lada hitam
(Yang tanda * ni semua blend)

2 sudu butter (untuk tumis)
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air panas)
2 cawan air
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos lada hitam
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Garam dan gula ni pandai-pandai adjust ikut situasi sos. Ini mungkin kerana sos kita berbeda.Hee šŸ˜

1 tin cendawan butang (dihiris halus)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih



1/2 cawan fresh milk

Lalu blend lah semua bahan yang aku tulis kena blend tadi.

Pastu ambil 2 sudu besar tepung gandum.

Bancuh dengan sedikit air panas.

Bancuh ala-ala begini.Ni nak letak dalam sos nanti.

Ok dah boleh start buat sos. 2 sudu butter untuk tumis. Api jangan kuat sangat. Hangus pulak butter kang. Api ala-ala je.

Bila butter dah cair, masuk kan bahan yang di blend tadi.

Pastu masuk kan bancuhan tepung gandum kita tadi.

2 cawan air. Pastu masuk kan lah semua bahan yang aku explain dekat atas tadi. Kicap, sos lada hitam and etc.


Last sekali masuk kan cendawan butang yang dihiris tu.

Kacau je lah sampai pekat. Time ni nak bukak api besar sikit pon boleh. Tapi kena selalu kacau.

Sampai lah jadi pekat macam ni. Tutup api. Done.

Ok sos mushroom blackpepper siap! Now nak uruskan ayam balik.


Dah perap ayam 1 jam 30 minit. Tibalah masa untuk ayam kita bersauna dan berehat pula di dalam oven ye. Letak butter dulu sebelum nak bakar/panggang ayam ni. Aku cotet je butter atas ayam tu begitu. (Cotet apa kah? Janji korang paham sudah lah ye. Haha)

Panaskan oven dulu selama 20 minit. Suhu 180C, api atas bawah ye. Bila oven dah panas. Bakar selama 1 jam 30 minit. Tapi bakar 30 minit dulu.


Ayam yang di bakar selepas 30 minit.

Mula-mula aku bakar ayam 30 minit dulu. Kan tadi ada tinggalkan sikit bahan perapan tu kan? Haa time ni lah nak guna balik.

First 30 minit keluarkan ayam. Pastu letak bahan perap yang aku tinggalkan half tadi.Ā 

Pastu sapu ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dekat bawah tu. Buat macam ni sebab tak nak bagi ayam terlampau kering. Pastu bakar balik ayam dalam oven selama 1 jam.

Ni lah hasil nya. Selepas dah masuk oven 2 kali selama 1 jam 30 minit.



Ni letak sikit minyak dan campuran rempah yang menitis dekat bawah ayam tu. Nampak effect glowing sikit ayam tu šŸ˜

Nak ratah makan begini saja pon sedap dah.Ā 



Tapi kalau nak gedik-gedik, boleh lah makan bersama sos mushroom blackpepper tadi. Haha. šŸ˜†


Nyum-nyum. Ā šŸ— šŸ—šŸ—

Coleslaw tu pon homemade. Resepi coleslaw tu nanti aku bagi dekat next entry.


Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers dan Sos Mushroom Blackpepper ni.Ā 

ok bye! šŸ‘‹




ā†§

Resepi Coleslaw ala KFC yang senang dan sedap ! (Step by step)

$
0
0
Aku suka gila makan coleslaw KFC. Kalau beli snack plate tu pon memang selalu tukar mash potato ke coleslaw. So ada 2 lah coleslaw dalam snack plate aku. Kadang-kadang pergi KFC semata-mata order coleslaw je. Makan ratah begitu je pon aku dah happy. Aku memang senang dibela. Sumbat je makanan dah gembira. Haha.


Disebabkan terlampau suka dengan coleslaw KFC, aku buat sendiri je lah dekat rumah. Makan lah banyak mana pon kalau nak. Hee.




Rasa dah sebijik macam coleslaw KFC! Aku telah bepuas hati lantas mahu share dengan korang betapa senang nya nak buat coleslaw ala KFC ni! Sharing is caring katanyehhh.





BAHAN-BAHAN COLESLAW ALA KFC :

1/4 bahagian sayur kobis
1 batang lobak merah
1 sudu besar jus lemon
5 sudu besar mayonis
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar gula putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam


CARA-CARA NAK BUAT COLESLAW ALA KFC :

Ambil kobis. Potong 4.
Pastu ambil 1/4 kobis tu.
Potong dan buang bahagian keras yang aku tunjuk tu.

Hiris kobis start dengan bahagian bucu dia ni. Hiris lah senipis yang boleh. Pisau kasi tajam eh.

Hiris lah sampai habis kobis tu. Pastu melintang kan kobis tu. Potong kecik-kecik.

Sampai jadi begini.

Carrot tu aku potong dadu kecik-kecik macam ni untuk lebih feeling persis coleslaw KFC. Tapi suka hati korang lah nak potong carrot tu macam mana. Nak potong bentuk dadu ke, bentuk kereta ke, bentuk kipas siling ke. Ok je. Tak ada siapa yang marah. Hehe.

1/4 cawan susu. Aku guna measurement cup. Aku guna fresh milk atau dalam bahasa ibunda nya susu segar.

Tuang susu segar ke dalam mangkuk yang ada carrot segar dan kobis segar tadi.

Campak 5 sudu besar mayonis. Pastu kacau.

Tuang 1 sudu besar jus lemon

Campak 1 sudu besar gula putih

Campak garam sikit.

Serbuk lada hitam sikit.

Pastu kacau lah macam kacau dodol. Haha.

Ok dah kacau bagi sebati semua. Rasa sikit. Kalau ada rasa yang tak puas hati, pepandai lah adjust garam gula semua tu. Aku puas hati je dengan rasa coleslaw ni. Hehe.

Masuk kan dalam tuppaware.

Masuk lah dalam apa-apa bekas yang ada penutup.

Pastu bagi coleslaw tu lepak dalam peti sejuk. Sejuk kan lah lama sikit. At least 3 jam. Makan coleslaw sejuk-sejuk baru lah nyaman beb masuk tekak. Aku buat coleslaw ni malam, esok nya baru makan. So dalam semalaman jugak lah biar dia lepak dalam peti ais. Bila makan esok nya lagi sedap sebab sayur tu nanti berair dan sebati dan rasa dia lebih 'smooth'. Sebab dah perap semalaman kan.


Tapi kalau korang jenis tak menyabo nak makan time-time tu jugak, suka hati korang lah.Nak makan, makannn. Tak ada siapa nak marah pon. Hee.


Rupa bila dah keluarkan dari peti sejuk. Nampak tak coleslaw basah-basah tu? šŸ˜‹šŸ˜‹šŸ˜‹

Jadi dah lah tu. Nak ratah begitu saja pon sedap. Tekstur dia crunchy krup krap krup krap bila kunyah.Ā 

Ā 
Ni makan dengan ayam panggang Kenny Rogers lagi ah sedap. Hehe. Nahh resepi ayam panggang Kenny RogersĀ  (klik link) kalau nak buat jugak.


Amaciam? Senang gila kan nak buat coleslaw ala KFC ni? Kalau buat potluck ke, buat BBQ ke hape, boleh lah offer diri buat coleslaw dan try resepi coleslaw ni.

Selamat mencuba ! šŸ˜‹šŸ˜‹šŸ˜‹


Siapa lah yang cipta perkataan coleslaw ni eh? Macam kreatif gak ah kobis carrot bermayonis tu boleh jadi COLESLAW! Canggih sangat. Pastu semua orang sebut coleslaw lak tu. Wow! So Amazing! Mesti yang cipta nama coleslaw ni kepala hotak dia berjambul sebab terlampau kreatif! Hahaha. Dah, merepek.Ā 
K bye.šŸ‘‹


ā†§
Viewing all 408 articles
Browse latest View live