Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Debit Mastercard - Untuk si kaki shopping

$
0
0

Siapa kaki shopping dekat sini?? 


Aku ni tak ada lah kaki shopping sangat.Tak ada lah hari-hari nak keluar duit untuk shopping. Tapi bila sekali dah shopping tu baru shopping betul-betul.  Tapi memang tak boleh lah buat hari-hari,botak kepala. Better utamakan keperluan dulu baru kehendak. Tapi manusia ni yang kehendak tu selalu melebih-lebih membelinya. Yang keperluan tu lah yang selalu nya asyik tangguh je bila nak beli. Ye dak?


Tapi Mastercard Worldwide dah lancarkan New Debit Card Promotion!!  Pemegang MasterCard Debit and Prepaid Card berpeluang untuk menang RM10,000 Shopping Spree! whoaaaaa! 10k Shopping Free? Memang terbuntang lah biji mata shopaholic di luar sana hehe :D


Kalau time nak shopping,aku suka lagi pakai debit card daripada pakai cash. Malas ok nak mencari atm dalam mall,pastu malas jugak nak letak duit berkepuk dalam purse bagai. Kembung purse nanti sampai tak boleh nak tutup. So alternatif yang paling mudah ialah bayar secara elektronik dengan MasterCard.



Guna debit card ni lebih selamat bagi aku sebab dana yang disimpan di dalam akaun bank adalah selamat.Pastikan password kad kita tak bagi tahu orang lah kan. Time nak keluarkan duit dekat atm pon,rapatkan lah diri seboleh mungkin dekat mesin atm supaya password kad kita tidak dapat diketahui oleh orang lain yang berada di tepi, belakang atau tengah.




Sesiapa yang layak boleh je buka akaun untuk kad debit ni dan pengguna boleh akses maklumat akaun dan wang bila-bila masa dan di mana sahaja (kalau ada internet lah.hehe). Secara tidak langsung membantu menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik di kalangan pengguna dan perbelanjaan boleh dikesan.Jangan risau, MasterCard Worldwide’s Debit card  ni diterima secara meluas di Malaysia dan di berjuta-juta lokasi di seluruh dunia termasuk restoran , hotel dan online retailers.




Untuk maklumat lanjut , pemegang kad digalakkan untuk log in ke https://www.signup-mastercard.com/my/chancetowin/ . Ada peluang menang 10k shopping free jugak tau! Tak nak ke? :D


Register Now!












Viewing all articles
Browse latest Browse all 408