Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

First thing first : Kursus Kahwin

$
0
0
Ibu aku dah bising-bising dah bila nak pergi kursus kahwin. Nanti nak print borang online lah apa lah banyak kerja kena siap lah bla bla bla. Sebagai anak yang solehah,bertanggungjawab dan mendengar kata, aku pon pergi lah ke kursus kawen ini. Sebab aku tahu kursus kawen ni mesti bosan sebab tu dok tangguh-tangguh tu. Dah ah dua hari nak mengadap penceramah je kan? Harus lah bosan.



Tapi member-member aku banyak yang suggest kalau nak pergi kursus kawen,pergi dekat TTDI. Ustaz dan Ustazah dekat situ lawak gila katanya. Tanpa survey banyak tempat, memang aku ke TTDI lah. Tapi ustaz dan ustazah dekat sini memang THORbaik! (pengaruh cerita THOR, semua perkataan nak letak THOR. THORuk betul. THORajang kang baru ada akal)





Sebelum nak datang kursus kahwin ni, si SS ni sibuk pulak nak cari songkok lah buku nota lah pen lah. Firasat aku mengatakan mesti dorang akan sediakan note dan pen lah kan? Tak kan ler pergi kursus kawen tak bagi pen dan note. Eh dia tak nakk. Nak beli jugak. Suka hati lah.Pastu nak cari songkok lagi. Aku rasa pakai kemeja pon ok dah. Dah dia kata "eh nanti dekat sana,mesti semua lelaki pakai songkok. Tak percaya,nanti cuba tengok"



Pastu komplen songkok tak ada size lah besar lah apa lah. Aku selamba je jawab "tak pe ler,biar je lah songkok tu besar,kepala u kan makin lama makin besar"


krik krik krik krik



Firasat aku adalah benar sebenar-benarnya. Sampai-sampai isi borang pastu dapat file. 


Dah siap dah semua satu buku.Pen,kertas semua ada. Aku dah kata tak payah beli pen dengan buku nota tadi. Kang masing-masing bukan rajin nak menyalin pon. Belum kawen pon dah banyak miss communication.Macam mano nih?




Tudiaaaa! Memang semua budak-budak lelaki pakai songkok kan???





Kalau nak pergi kursus kahwin ni eloknya pergi dengan pasangan,biar dua-dua dengar dan belajar benda sama. Ustaz dekat situ pon suggest pergi dengan pasangan. "Nanti kang sorang tahu sorang lagi bengong tak tahu mende". Ni ustaz tu ler cakap haha. Ustaz dekat situ semua lawak dan sempoi tahu. Kalau sekali pon kau tak gelak masa dengar tu,memang urat gelak kau putus lah agaknya. Kemain seronok aku dengar ceramah ustaz-ustaz dekat situ. Pastu semua ustaz layan melodi dengan galaksi yang tak menahan tu. "nak jadi pendakwah hebat kita kena bercampur dengan macam-macam golongan dan kena ambil tahu pasal isu semasa" katanya. Penceramah dekat situ bukan calang-calang,ada yang pernah keluar tv,ada yang dah lama bekerja dekat mahkamah and etc.


Yang best nya,ustaz dekat situ akan suruh kau dengar je. Nak tidur pon dia bagi. Kalau tak selesa tidur atas kerusi,nak baring tidur atas lantai pon dia kasi. Hahaha memang sempoi. Pastu semua jenis tak kisah kalau kau tak salin note ke apa,sebab semua benda yang dorang cakap semua dah ada dalam buku 'memasuki gerbang perkahwinan' dalam file tu. Aku memang suka lah bab tak payah menyalin nota ni. Silap tak bawak popcorn je masa datang kursus kahwin ni. Pergi kursus kahwin ni macam tengok Maharaja Lawak Mega je aku rasa. Sebab semua ustaz banyak cerita benda kelakar . Ustaz bab Stress tu paling aku suka,cerita pasal anak jiran dia selalu bikin dia stress sampai dia rasa nak humban budak tu dalam longkang sebab budak tu suka kacau dia dan buat bising. Dia stress lalu pindah rumah.Kelakar gila. Terbahak-bahak aku gelak :D



Buku nota yang dibeli di kedai mamak.

Dari hari pertama sampai hari ke dua kursus kawhin. Ni je lah note yang berjaya aku tulis semasa mendengar kursus kahwin ini haha.

Aku tengok budak sebelah aku banyak gila note dia tulis. Aku dah pelik-pelik dah. Apasal banyak benda sangat dia catat sedangkan ustaz kata tak payah catat note apa-apa pon. Ada lah intai-intai sikit note dia. Sekali rupanya dia tulis list

Hantaran (13 balas 11)
Dewan
Make up 
Baju kahwin
Candy buffet
Photographer


Pastu siap lukis design-design baju kahwin yang dia nak pakai lah pe lah. Aku ingatkan catat note lah. Rupanya tak sabar dah nak kawen. Sabor je lah mak jemah.




Aku pakai baju hitam masa pergi kursus kahwin ni. Si SS tu sibuk je nak pakai baju hitam jugak. Sehati sejiwa lah sangattt. Tapi sebenarnya aku dengan dia dalam sehari tak pernah nya TAK GADUH. Memang hari-hari akan gaduh punya. Tak kisah lah gaduh pasal apa. Memang hari-hari confirm akan berhentam. Aku tak tahu lah ini dugaan berdarah manis atau pun memang dua-dua perangai kepala batu.


Balek je dari kurus kahwin ni kitorang singgah lah jap butik member dekat Shah Alam. Masuk-masuk pintu tekan loceng kedai. Terus depa tanya.

"eh korang dari mana? sorang berjubah sorang bersongkok"

"kursus kahwin" Aku menjawab dengan tenang

"laaa pergi kursus kahwin ke? Ingatkan pergi kursus jenazah"


choyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!



ok bye!







p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 408