Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

(REVIEW MOVIE) : Penanggal

$
0
0
Haritu aku tengok screening Filem Penanggal ni.

Meh usha sinopsis Penanggal ni dulu:

Penanggal merupakan sebuah filem tentang cinta,kematian dan kengerian di sebalik ilmu hitam. Filem ini berkisar seorang wanita naif bernama Murni yang diperturunkan ilmu 'penanggal' tanpa kerelaan hatinya.

Ke mana sahaja Murni pergi pasti akan ada kematian sama ada peristiwa itu berlaku di bawah atau tanpa kawalannya. Murni ditakdirkan melalui kehidupan yang penuh cabaran dan kesunyian akibat ilmu penanggal yang diwarisinya. Murni juga terpaksa berdepan dengan penduduk kampung yang semakin marah dengan kejadian demi kejadian di kampung mereka.

Murni diselamatkan oleh seorang peniaga Arab bernama Sted Yusof sewaktu Murni dipukul teruk oleh penduduk kampung. Murni mulai jatuh cinta dengan Syed Yusof apabila Syed Yusof datang mencarinya atas alasan untuk memastikan seorang wanita yang lemah benar-benar selamat. Murni cuba menarik perhatian Syed Yusof dengan menggunakan apa sahaja cara yang diketahuinya. Dalam masa yang sama, keinginan Murni untuk melakukan pembunuhan demi pembunuhan semakin membuak-buak tanpa mampu dikawalnya. Sementara penduduk kampung pula bersepakat untuk mencari penanggal yang semakin berkuasa di kampung mereka. Apakah Syed Yusof berjaya menyelamatkan Murni? Dapatkah Murni merasai cinta yang didambakannya?

Hantu penanggal dah hilang cari mangsa untuk dimakan

Review aku:

@ Pelakon-pelakon dalam cerita ni memang mantap lah. Semuanya berlakon best-best. Watak utama filem ni adalah Ummi Nazeera,Fasha Sandha, Azri Iskandar dan Zul Ariffin. Semuanya memang dah terror berlakon dan tak ada lah isu pelakon kayu ke hape :D

@ Filem ni ada usaha untuk menonjolkan cerita/kepercayaan tempatan. Zaman sekarang ni aku tak sure lah ada lagi hantu penanggal ni ke tidak. Tapi bila tengok cerita ni, baru tahu asal usul penanggal dan apa penanggal ni buat untuk kekal hidup. Sekali imbas memang tak tahu lah dia penanggal sebab memang macam manusia biasa je. Kalau tengok leher baru tahu dia penanggal. Cuba tengok kawan-kawan or bf/gf korang ada tak garisan dekat leher? kot-kot penanggal terlepas. kihkih


@ Bijik-bijik dekat muka Murni (Ummi Nazeera) dalam cerita ni memang nampak real gila. Siapa Make Up Artist filem ni memang tabik ah. Rasa kalau picit bijik-bijik tu mesti macam keluar nanah. Memang nampak real gila lah.


@ Cerita ni arahan Ellie Suriaty. Dah Ellie Suriaty buat cerita,confirm-confirm lah gempak kan?




Serammmm


Hantu penanggal tengah cari mangsa untuk dimakan. Sebab tu berkeliaran bertebaran


Nampak tak biji-biji dekat muka tu? Tapi kalau tengok cerita ni nampak real gila bijik tu, macam memang dia dilahirkan dengan muka berbijik sebegitu huhu


Cerita ni best. 28 November 2013 cerita ni keluar. Siapa yang rasa nak tengok,boleh lah serbu pawagan yang bedekatan anda ok. Nak serbu pawagam yang berjauhan anda pon takdehal. Mak ok je nok. 


ok bye! 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408