Aku suka emoji! Even every caption aku dekat instagram (@cikepal06) pon mesti akan ada emoji. Heee 😁. Rasa macam tak lengkap je tulis caption kalau tak letak emoji. Emoji tu buat kan orang tahu ekspresi kita dan menggambarkan perasaan kita juga masa tulis caption tu. Kita rasa gembira, sedih, teruja, marah, menangis, sakit, terkejut semua kita boleh luahkan dengan emoji. Satu lagi sebab aku suka emoji dah tentu-tentu lah sebab emoji tu cute! 😆
Punya lah gila emoji sampai gambar pon nak letak emoji. Haha.
Kalau sesiapa yang gila emoji, sekarang dah ada handbag khas emoji tau.
Haritu aku dijemput pergi event Giamax X The Emoji Movie. Rambang mata tengok handbag dekat sini. Semua cute gila! Harga pon affordable pulak tu. 😍
Datang-datang kena sign. Cuba cari mana sign aku. Haha 😆.
Makanan pon nampak cute! 😋
Egg sandwich tu sedap gila. Nak dekat doblas kali lah asyik muka aku je dok menambah egg sandwich tu. Haha.
😋😋😋
Lepas dah makan, emoji muncul.
Haha cute gila! 😆
Nak jugak bergambo dengan emoji cute ni! 😆
Dengan social media influencer yang lain. Comel gila diorang ni 😄
Host ni kelakar tau. Happy go lucky je orang nya. Dengar dia bercakap, asyik gelak je kitorang. 😆
Kitorang bertiga kena catwalk. Tapi kena catwalk sorang-sorang. Segan nya aku nak kena catwalk depan orang ramai ni. Tapi redah je lah. Haha 😆
Group photo.
Suka dengan konsep handbag party macam ni. Sebab santai tapi meriah.
Setiap social media influencer dapat hadiah sempena memeriahkan majlis. Yayyy! Thanks Giamax!
Aku dapat wrist bag. Comel nya wrist bag ni! Love it! 😍.
Boleh lah letak kad, coin, duit kertas, lipstick, handphone and etc.
Ni handbag yang aku dapat. Aku suka sling bag compact macam ni!
Bahagian depan handbag ni bila bukak, ada tempat letak barang.
Belakang handbag ada zip.
Ada 2 compartment. Tengah-tengah ada zip boleh letak barang juga.
Bahagian poket ni boleh lah letak lipstick ke handphone ke.
Aku suka dengan design handbag ni sebab banyak ruang untuk letak barang
Handbag ni limited edition dan memang special daripada Giamax. Paling best bila pakai handbag ni, kita boleh luahkan perasaan kita, gembira, teruja, bertenaga dan macam-macam lagi.
Suka konsep handbag yang ada gambar emoji macam ni sebab nampak cute!
By the way, syarikat Giamax ni dah agak lama dalam industri pasaran handbag wanita. Sebelum ni lebih fokus kepada golongan berkerjaya dan matang. Tapi sekarang bila dah berkerjasama dengan Emoji, Giamax fokus dekat golongan muda macam kita-kita ni pulak. Haha. Sebab tu semua handbag cute gila!! 😍
Setiap handbag ada emoji berbeza mengikut kegemaran masing-masing. So, korang boleh ekspresikan diri dengan emoji-emoji pilihan korang.
Eksklusifnya, handbag Giamax x Emoji Movie ini hanya terdapat 10,000 sahaja di pasaran. Korang kena dapatkan sebab tak banyak dekat pasaran. Kalau dah habis then habislah. Tak ada lagi dah.
So boleh dapatkan handbag ni cepat-cepat dekat Parkson Elite Pavillion, Parkson KLCC, Parkson Alamanda, KL Sogo, Aeon Mid Valley, Aeon Sunway Pyramid, Aeon Shah Alam, whatsBag SACC MALL, The Mines Shopping Center dan IOI City Mall.
Boleh beli online jugak dekat website Miroza Leather.
Siapa gila emoji dekat sini? Angkat tiak! Eh! Angkat tangan? 🙋