Kereta yang aku drive sekarang 2 pintu. Masa beli rasa ok je sebab hidup berdua time tu. Tapi sekarang bila family selalu datang rumah, kadang-kadang diorang nak naik kereta kita. Tetiba rasa macam selfish lah pulak. Penumpang selalu tertonggeng-tonggeng nak masuk. Aloo ciann. Ehehe.
Sekarang aku dah ada kereta 4 pintu. Yayyyy! Yang penting dah tak selfish. Penumpang nak masuk kereta pon boleh bersenang-lenang. Tidak perlu tertonggeng lagi. Haha! Kereta ni sangat mesra keluarga.
Bila bercakap pasal kereta, setiap orang mesti ada aspek-aspek yang kita rasa penting untuk kita nilaikan sebuah kereta tu. Contohnya, ada yang pandang design dulu baru decide nak beli, ada yang nak tengok performance engine dulu, ada yang nak tengok harga dulu sebab nak sesuaikan dengan budget and etc.
Bagi aku, semua tu penting. Tapi aku suka jugak tengok improvements kereta berbanding model yang lama. Contohnya macam Tiguan Volkswagen ni. Meh sini aku cerita apa yang best pasal kereta ni.
Volkswagen Tiguan ni menggabungkan enjin TSI pegecas turbo bersesaran 1.4L dengan kotak gear jenis basah direct shift (DSG) 6-speed untuk bagi kuasa impresif iaitu 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500 rpm.
Pecutan memang sangat mengagumkan. Dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 8.9 saat dengan catatan penggunaan bahan api sekitar 6.71/100km*. Tahap penggunaan api yang luar biasa ini membolehkan Tiguan baru ni menerima persijilan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Wow patut lah best je bila drive. Smooth je.
Ada 8 inci touchscreen display. Boleh tengok rear view camera, complete car menu dan infotainment system.
Dapat kereta aku terus pi Penang. Dasar kuat berjalan. Hehe. Lagi pon saja jalan jauh sikit. Nak tengok sedap ke tak bila drive kereta ni.
Saja jalan-jalan nak pergi Penang. Search je tempat kita nak pergi tu. Pastu click dan tekan start.
Memang dia bawak jalan yang benar. Bagus! Bagus!
Tak payah guna waze dekat handphone dah.
Yang part ni memang wow gila! Jakun jap aku. Haha. Masa on the way pi Penang, tetiba hujan. Tapi hujan renyai je. Baru je air-air hujan tu menitik tersentuh kereta, terus viper ni bergerak.
Wow wow. Memang automatic viper bergerak rupanya bila hujan. Canggih ah. Tak payah usik handle viper dekat stereng tu pon dah auto viper jalan kan kerja dia sendiri!
Kalau masuk tempat gelap atau drive time malam. Lampu depan pon automatic terbukak sendiri. Memang semuanya auto.
Sampai dah Penang. Ni nanti aku share detail next entry.
Suka drive kereta ni sebab ada rear view camera. Kalau nak reverse/nak parking sangat memudahkan kerja aku. Tengok je display screen ni haa. Tak payah keluarkan kepala tinggi-tinggi persis zirafah nak tengok cermin kereta lagi dah. Confirm tak kan tersondol kereta orang dah bila ada camera ni. Hehe.
Dan bila ada ancaman dari tepi, kiri,kanan, depan, atau belakang. Kereta ni akan bunyi "tet tet tet tet". Memang kita akan alert kalau ada orang himpit kereta. So tak ada lah kita tersagatkan/calarkan kereta orang.
Stereng best. Leather multi-function steering.Kalau tengah drive, nak ubah channel radio, or tukar volume. Picit-picit je haa time drive.
Don’t worry sebabnya dari aspek keselamatan, dia ada total 6 airbags. Dan ada juga Electronic Stability Control (ESC), Brake Assist (BA),Multi-collision Brake,Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta hill-hold control ni menambahkan lagi ah confident aku bila drive kereta ni.
Display screen ni pon best. Nampak tak ada gambar tayar kereta tu?
Sangat memudahkan kalau nak parking. So kita tahu tayar kita tu lurus ke tak.
Bukak je cermin ni, lampu dekat atas tu automatic terus menyala.Keluar jalan-jalan time malam, senang nak tenyeh lipstick. Hehe.
3-zone climatronic air cond.
Button lampu dalam kereta.
Fungsi baru yang diketengahkan dalam Tiguan baru. Boleh masuk kereta tanpa kunci KESSY. Nak start engine pon just tekan button bulat tu. Senang kan?
Nampak tak Auto hold function tu. Button tu memang life changing! Haha. Paham-paham je lah dekat Malaysia ni traffic jam boleh tahan. Kalau berhenti dekat traffic light,boleh tekan je auto hold function ni. Terus kaki boleh relaks. Kereta pon ilek-ilek je tak bergerak. Cool kan?
Berguna jugak 'mini kabinet' dekat tengah ni. Striped sliding cover ni aku suka sebab dia luas dan boleh isi macam-macam benda.
Kalau beli air tu kan ada macam-macam jenis size cup/botol kan? Storage ni best sebab bila kita letak je cup/botol dia akan genggam ikut size cup/botol tu sendiri. So kalau cup besar ke kecil, memang muat je semua.
Kalau kereta yang memang dah fix bentuk cup tu, kadang-kadang rasa stress bila nak letak cup tapi tak muat. Stress sebab kena pegang je. Huhu. Tapi dengan Tiguan baru ni jangan risau ye. Beli lah apa-apa jenis minuman pon, confirm muat. Heee.
Tempat ni pon boleh simpan macam-macam benda. Touch n Go ke, botol susu ke, kunci rumah ke. Senang nak cari nanti.
Tiguan baru ni memang sesuai untuk family yang ada anak kecil juga sebab ada ciri child safety. Ada anti-pinch powder windows and ISOFIX anchorage point for child seats.
Seat leather. Kalau anak tertumpah susu ke apa. Senang je lap. Boleh letak botol air jugak dekat compartment tengah tu.
Penumpang belakang boleh jugak guna meja lipat dan boleh buat 4 sudut berbeza. Dah macam duduk dalam flight pulak rasa. Ada meja lipat dekat depan seat. Tapi untuk penumpang belakang lah. Boleh feeling-feeling macam dalam flight. Cuma tak ada pramugara handsome yang serve makanan je lah. Kehkeh.
Ada lampu ambien yang menyala dekat garis pintu dan kemasan sisi untuk ruang kabin yang lebih cerah.
Aircond untuk pemandu belakang. Orang belakang boleh adjust sendiri aircond dia.
Dengan dimensi yang lebih panjang, lebar dan rendah kalau nak compare dengan model lepas, Tiguan baru ni mempunyai reka bentuk yang dinamik. Nampak sporty sikit bagi aku sebab tu aku suka!
Tiguan baru ni juga datang dengan pintu boot belakang elektrik.
Boot kereta pon besar haa.
Nak tutup boot pon tak payah hempas kuat-kuat macam tengah gaduh laki bini.
Tekan je button ni dekat boot kereta, automatic boot ni tertutup sendiri. Whoaa canggih. Hee.
Besar boot kereta ni. Nak sumbat groceries,strolller atau benda-benda lain tu memang takdehal lah. Nak tidur dalam ni pon muat. Ehehehe.
Warranty
Tiguan baru ni didatangkan dengan jaminan 5 tahun manufacturer's warranty dan 5 tahun road assistance.
Warna
Ada 5 warna yang boleh dipilih.
Putih (Pure White)
Hitam (Deep Black)
Biru (Atlantic Blue)
Perak (Tungsten Silver
Kelabu (Indium Grey)
Menarik tak Volkswagen Tiguan baru ni?
Haa tunggu apa lagi. Cer cuba-try-test drive. Pasti jatuh cinta. Nak maklumat lanjut, boleh tengok laman web https://www.volkswagen.com.my/tiguan