Sambungan Kyoto, Japan ( Part 1) .
Kali ni kita nak ke Kiyomizu Dera. Dulu dah sampai sini dah masa honeymoon. Aku ada cerita dekat ENTRI HONEYMOON JEPUN NI. Time tu aku pregnant, Han masih dalam perut. Ni Han dah keluar daripada perut aku, kita datang lagi. Kali ni bawak Han pulak. Heee. 😁
Ada 3 cara nak ke Kiyomizu-Dera:
1) Ambil bas No 100 ( 20 min, 230 yen). Turun di Gojo Zaka @ Kiyomizu Michi bus stop. Dari situ untuk sampai ke Kiyomizudera lebih kurang 10 minit.
2) Dari Kyoto Station. Naik subway Keihan Railway Line, turun di Kiyomizu Gojo Station. Dari station tu berjalan kaki lebih kurang 20 minit.
3) Naik teksi. Cakap je Kiyomizu-Dera dekat driver teksi tu, nanti sampai lah anda ke destinasi.
Operation Hours : 6:00 to 18:00 (until 18:30 on weekends /public holiday).
Kiyomizudera Temple ni hari-hari bukak.
Kemain melambai pakcik ni 😆 .
Harga tiket nak masuk Kiyomizu Dera:
Adult: 400Yen
Child: 200Yen
Tapi budak-budak baya Han masuk free je.
Ye pakcik. Tiket 2 ye.
Pakcik tu usha lagi. Haha.
Mesti dia pelik. Budak ni dengan tiket pon nak bergambo.
Kehkeh.
Punya lah dengan tenang je aku tolak stroller Han.............
Tiba-tiba ada makhluk aneh datang menerpa jerit-jerit buat kejutan macam orang gila.
Eleehhhh ingat aku terkejut ke?
Aku terperanjat je lah sikit.
😂😂😂
Lalu sini tak rasa apa pon.
Tapi nampak macam kubur.
The view.
Ni kalau time autumn/spring mesti view cantik gila!
Tapi aku datang sini time summer, nampak kehijauan je lah.
Kalau pergi sini around pertengahan bulan November sampai penghujung bulan November memang cantik. Dari sini kita boleh lihat sebahagian kawasan bandar Kyoto sebab Kiyomizu Dera terletak di kawasan tanah tinggi.
Nama Kiyomizudera ni diambil dari air terjun yang mengalir di tebing bukit. 'Kiyomizu' bermaksud air yang murni atau suci dan 'Dera' maksudnya kuil. Bangunan utama dekat sini dibuat daripada kayu dengan sebuah beranda luas dan disokong dengan tiang tiang kayu di sisi sebuah bukit. Bahagian bawah pulak terbentang view pokok hijau yang rimbun.
Aku dapat bayangkan kalau autumn/spring mesti cantik sangat. 😍
Seiring dan sejalan sangat ni 😂
Nampak pintu gerbang ni. Tengok dari jauh nampak macam cantik. Nak masuk kena bayar pulak. Lagi pon aku ada stroller. Malas lah nak naik.
Tetiba nampak ramai beratur.
Apahal panjang sangat beratur ni.
Rupanya ada Air Terjun Otowa dekat bawah dewan utama Kiyomizudera ni. Pengunjung boleh guna cawan dengan stick panjang yang disediakan untuk minum air dekat situ. Air dekat sini ada tiga saliran dan setiap saliran konon-konon nya memberi manfaat yang berbeza iaitu panjang umur, kejayaan di sekolah dan bernasib baik dalam kehidupan cinta. Sesiapa yang minum ketiga-tiga saliran dianggap tamak.
Amboi amboi 😁
Masing-masing nak minum air ni.
Ni lah air yang depa dok minum tu.
Kitorang tak try pon.
Sebab husband aku tak nak, dia kata kot air sembahyang depa ke apa ke tah tu. Dia malas lah nak cuba 😂
Biasa lah kalau ada anak kecik ni. Kadang-kadang kena tolak stroller kosong, kadang-kadang anak nak dok atas bahu.
Kita layan kan jerr. 😆
Muka Han tak puas hati, papa Han asyik dok tiru style dia je. Pakai pampers tak nak pulak tiru. 😂
Time ni cuaca panas nak meninggal.
Nampak ada jual KAKIGORI.
Order lah satu.
Masuk benda sejuk dalam mulut time panas ni memang layan ahh.
Aku ambil menu, aku tunjuk je apa aku nak.Dekat sini kau tak payah beriya sangat speaking. Memang macam ayam serama dan itik pulang petang je bersembang.
Travel Jepun kali ni, aku jadi banker. Makan minum pon semua aku bayar.
Dah. Jom makan.
"Papa.. Nak sikit" - Han
"Ammm"
"Hmm sedap jugak ni"- Han
Ni lah KAKIGORI.
Macam ais kepal lah kalau dekat Malaysia ni.
Yang hijau tu perisa matcha. Sedap.
Makan sejuk-sejuk time cuaca panas ni memang sedap lah.
Yang pink tu pon sedap. Rasa macam ABC. Ehehe. Tapi perisa strawberry.
Yang air teh tu free. Teh tanpa gula tu.
Rasa macam teh lah. Tak kan teh rasa air sirap lak kan. 😝
Kiyomizu-Dera - 2017
Dekat bahagian belakang dewan utama Kiyomizudera, ada temple bernama Jishu Shrine yang didedikasikan kepada dewa cinta dan jodoh di sini. Depan temple ni ada dua buah batu setinggi 18 meter. Menurut kepercayaan diorang, sekiranya sesiapa berjaya menemui jalan dari satu batu ke batu yang lain dengan mata tertutup dikatakan akan membawa tuah dalam mencari cinta.
Wahh gituwww 😆.
Han suka pulak bergambo dekat tangga ni 😆
Tapi masa aku pergi ni banyak jugak tempat yang renovate.
Kiyomizudera ni salah satu temple yang famous dekat Jepun. Tempat ni termasuk dalam salah senarai UNESCO World Heritage Sites tau. Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage Site pada tahun 1994. Terkenal sebab dibina dengan menggunakan kayu bertingkat di atas lereng bukit setinggi 13 meter tanpa menggunakan paku.
Kyoto ni memang banyak warisan budaya dan peninggalan sejarah.Temple ni memang paling famous dekat Kyoto. Kiyomizu-Dera memang dah jadi landmark ikonik untuk kota Kyoto. Tempat temple ni pon strategik, dekat dalam lingkungan pusat kota Kyoto. Pelancong kalau datang Kyoto, mesti akan datang sini.
Posing sikit Han.
"Boleh lah tak kalau tak nak mengaku diorang ni makpak Han?"
"Ishh makin aneh ni"
"Gerak lu guys, pape roger"
Tidur kepenatan.
Sambil pegang tiket tak tahan 😂
Style topi pakcik ni. Macam tudung saji.
Tips perjalanan naik ke Kiyomizu-Dera untuk parents with stroller atau pelawat on wheel chair / golongan kurang upaya, korang kena lalu laluan ni. Cari signboard wheelchair ni. Jangan pi naik tangga pulak. Memang susah lah nak mengangkut stroller. Lalu je laluan ni senang.
Kali ke empat aku ke Jepun. 🇯🇵
Ni kali ke tiga ke Kyoto.
Tapi masih tidak membosankan 😊
Perjalanan nak naik/turun ke Kiyomizu-Dera ni memang tak bosan. Lagi-lagi untuk kaki shopping. Sebab banyak kedai cenderahati sepanjang jalan naik/turun, ada macam-macam barang cenderahati unik buatan Jepun. Kalau tak suka shopping pon, boleh cuci mata.
Harga dekat sini fix. Tak boleh tawar menawar ye.Hehe.
Croquette sweet potato dekat sini sedap gila! Dah beli 2 ketul. Beli lagi 2 ketul. Dapp dapp 😋
Handsome-handsome ni nak ke mana? Nak menuju hati mama Han ke?
Ok pergi straight, dont belok-belok 😝
❤️Be happy my baby❤️
Eh Han.... Papa buat apa atas pokok tu? Suruh dia turun Han 😂
Kitorang sepanjang dekat Kyoto ni naik teksi je kemana-mana. Dulu masa honeymoon kitorang naik train/bas. Tapi sebab dah ada Han sekarang and bawak stroller. Option terbaik dan selesa untuk Han memang naik teksi lah.
Rancak bersembang banggg.
Yo yo ooo je tau. Haha. 😆
Driver teksi ni peramah gila.
Tapi sepatah haram tak faham pon apa sebenarnya dia sembang.
Kita cakap apa-apa pon, dia balas dalam bahasa Jepun.
Lepas tu orang Jepun ni kadang-kadang memang expect kitorang paham apa dia cakap.
Memang tak faham lah kann.
Buat-buat faham boleh lah 😂
Sebab depa ni tak faham apa yang kita nak cuba sampai kan. Everytime naik teksi aku memang bagi google map dekat depa untuk pergi mana-mana kita nak. Time ni nak balik tempat penginapan.
Rate harga teksi dekat Jepun ni lain-lain tau. Dekat pintu diorang selalu dah ada tulis dah berapa Yen rate harga diorang. Tapi apa yang aku boleh cakap, teksi dekat Jepun ni mahal sikit. Kalau korang backpackers/nak jimat, better naik bas/train. Kitorang ni sebab mengenangkan ada stroller dan Han je. Sebab nak bagi Han selesa. Kalau kitorang berdua je macam honeymoon dulu, memang selamat dah bedal naik bas/train.
Video stroller Han berdikari.
Sempat lagi main kejar-kejar dengan Han di Kyoto. 😆
(Instagram: @cikepal06 )
Next entry aku cerita makanan halal yang kitorang makan masa first day berjalan ni pulak.Nak sumbat semua dalam satu entry ni rasa macam berjela cecah lantai lak entry aku kang. Korang pon bukan rajin nak baca panjang-panjang. Eh ke korang rajin? Hehe 🤓.
Untuk makanan halal, next entry lah update. Part 3 pulak nanti.
K bye mak hayam! 😁