Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Hotel Jen Puteri Harbour Review

$
0
0

Reason yang sama jugak datang JB/Johor Bahru kali ni. Sebab teman husband aku buat kelas forex.Sambil tu jalan-jalan cari makan. First time datang masa Han masih dalam perut. Dulu duduk dekat Hotel Thistle. Ada aku cerita dekat ENTRI INI.


Kali ni nak try tidur dekat Hotel Jen Puteri Harbour pulak.

Ni lah budak yang suka menendang-nendang masa duduk dalam perut aku itewww. 


Ambil Club Room. 
Harga haritu bayar RM1100++ untuk 2 malam. 
So 1 malam harga dalam RM550++.
 Ikut bilik jugak. Kalau bilik ada themed tu ada yang lagi murah.


Katil sangat nice and cozy.

Bathrobe dengan iron semua lengkap.

Toilet pon besar.

Bath tub ada.

Shower pon ada.

Dapat kertas dengan pensel, memang laju je menconteng Han ni.

Tah nak bawak lari mana tah tu.

Tv pon ada 2. 
Satu tv dekat ruang tamu.


Satu tv dalam bilik. 

Kot lah laki nak tengok bola, bini nak tengok cerekarama. 
Confirm tak berebut remote. Ehehe.

Ipad FREE untuk Han. Ipad ni hotel yang provide.

Heater, tea, coffee tu semua ada.





Breakfast dia banyak choice. Buffet style.

Nak sandwich?

Ada makanan untuk kids jugak dekat hujung.

Muka baru bangun tidur terus pergi breakfast cenggini lah ghopenyer 😄

Smoothies of the day setiap hari berubah. Tapi setiap hari pon sedap. Mula-mula tengok dari jauh ingatkan puding, rupanya smoothies. Tapi smoothies ni sedap gila. Sampai 3 cawan bedal slurpp slurpp 😋

Yang ni memang dia dah tuang siap-siap dalam bekas.

Jus pon hari-hari lain.

Yang ni kau tuang lah banyak mana kau nak dekat cawan kau.



Jangan terpedaya ye bila tengok nasi doplohnam butir je atas pinggan. Baru first round ye. Hehe. Kena lah try semua sikit-sikit. Dah buffet makanan nya pon ada macam-macam jenis. 

Tapi tetiba tersesat salted egg custard bun seketul dekat situ. Yang tu pon sedappp 😋 



Round 2.

Nasi dagang dan rendang. Rendang tu sedap weh!
Dim sum cheese tu pon sedap. Sebab tu terus ambil 4 ketul. Haha 😋

Oat and fruits. Oat ni pon sedap sebab sejuk. Nyaman je masuk tekak. 
And boleh ambil sendiri nak banyak mana. 


Memang lah khenn. Dah kata pon buffet khenn 😂

Laki aku punya pinggan berterabur. 😂


Hari ke dua breakfast dah tukar strawberry. Yang smoothies strawberry ni laku keras betul.Ni pon sedap! Sampai-sampai je tinggal 3 cawan. Apa lagi. Datang aku, memang licinkan terus lah. Haha. Angkut semua letak dekat meja sendiri. 😄

Terus togok jus weight loss tu. Konon-konon insaf selepas puas menternak lemak 😅

Banyak lagi makanan yang ada untuk breakfast ni tapi aku tak berapa rajin nak tangkap gambar semua makanan yang ada. Tapi kalau datang sini,memang banyak ah pilihan nak makan.

Seketul Han dah tukar uniform nak mandi manda 🏊🏻😄

Kitorang anak beranak je yang ada nak bermandi-manda masa ni.

Dah boleh terjun ke ni?

Whoaaaa cantik gila view dia kan? 
Feeling dekat oversea sangat 😆

View kolam renang dia memang cenggini haa 👍👍👍.

Kanak-kanak gembira.


Nak mandi swimming pool tak berapa rajin. Duduk yo lah kek tepi tu ontok-ontok tengok Han dan papa Han beronok-ronok (seronok versi 2 orang) 😁




Dah puas berendam. Jadi tukang lap.
 Habis lah basah kerusi orang ni nakkk 😅

Yang Han pon "seminit je lagi mama" 
"seminit je"

Tak sedar tu dah kecut badan nya.


Hello Kitty Town memang betul-betul sebelah hotel ni. Seminit jalan kaki dah sampai. Kalau berlari, doblas saat je dah sampai. Haha.

Suruh papa Han ni tangkap kan gambo kadang-kadang helok, kadang-kadang hampeh.
Apalah guna nya hello kitty kalau tak nampak riben dan telinga tiga segi nya 😅

Helo kitty dah jadik hello ketot 😂

Lepas ni cerita makanan sedap dekat JB pulak.
Bersambung.......




Viewing all articles
Browse latest Browse all 408