Seperti dijanjikan dalam ENTRI LEPAS. Nak share tempat makan best dan sedap dekat JB pulak. Yang aku pergi ni antara tempat famous dan sedap lah jugak bagi tekak aku.
4 tempat makanan sedap dekat JB/Johor Bahru:
1- Sup Tulang ZZ
Mee rebus terbaik yang aku pernah makan so far. Serious sedap gila!
Restoran ni agak terperuk sikit. Tapi ok lah tak ada lah susah sangat nak cari.
Boleh pilih nak makan atas kerusi atau bersila dekat pondok.
Konsep dia memang ala-ala kampung.
Yang aku suka dekat sini sebab service pantas. Paling sedap MEE REBUS TULANG.
Kalau korang datang JB, memang kena rasa MEE REBUS TULANG ni. Serious thorbaikkk.
Kuah Mee Rebus Tulang ni rasa dia unik dan sangat sedap. Kuah pekat memang terasa lah manis-manis tulang daging yang dimasak sekali tu. Daging dekat tulang tu pon lembut. Pendek kata memang sedap ah. Panjang pulak tak kata apa-apa. Heee.
Yang suka makan gear box tu, dia siap bagi straw lagi haa nak hirup tulang tu. Sedut lah segala jus yang ada dalam tulang tu kalau nak.
Harga sepinggan MEE REBUS TULANG ni dalam RM9 camtu. Harga murah dan reasonable. Paling best sebab rasa dia sedap nak meninggal. Haha. Servis pon laju. So i loikeee.
Aku pernah try masa datang JB first time dulu, ada cerita dekat ENTRI INI. Kali ni datang pon, pergi jugak sebab MEE REBUS TULANG dia sedap gila. Hee.
Kalau datang Johor Bahru, memang tempat ni MUST TRY! Tapi personal opinian, better datang petang. Sebab tempat ni banyak pokok,macam hutan sikit dan ala-ala kampung. Kalau datang malam, takut banyak nyamuk. Lagi-lagi kalau ada anak kecik. Kesian pulak anak kena gigit nyamuk nanti. So better datang petang.
Restoran Sup Tulang ZZ
Alamat: Jalan Petri 5/1,
Kampung Bahru,
80100 Johor Bahru
(dekat dengan Regency Condo dan bangunan JKR)
Opening hours :
Monday to Sunday
07:00am to 11:00pm
2- KACANG POOL HAJI
Satu set RM4.00. Ni husband aku yang nak makan. Sebab aku pernah try dulu dekat ENTRI NI. So aku nak cuba makanan lain pulak bila sampai sini.
Lontong darat. Ni pon sedap. Aku memang suka makan lontong darat ni kalau balik kampung time raya. Kampung aku dekat Johor jugak. Ada yang panggil lontong darat, ada yang panggil lontong kering.
Popia basah marvellous.
Tempat ni food court. So banyak lah gerai yang jual macam-macam jenis makanan. Dulu aku pernah try pepes, ABC special, tauhu bakar and etc. Semua pon sedap. Dah lah harga murah. Aku pernah share dekat ENTRI NI . (Klik kalau nak baca)
Alamat:
Kacang Pool Haji,
Medan Selera Bomba Larkin,
Jalan Tun Abdul Razak,
80000 Johor Bahru
3- PISANG GORENG MAWAR
Ok ni first time aku try. Tu pon sebab ada yang suggest dekat instagram aku (@cikepal06). Suruh try pisang goreng mawar.
Dekat sini macam-macam jugak jual. Ada lempeng, roti jala, spaghetti, bubur sumsum and etc.
Nasi ambang, nasi lemak dan lain-lain.
Konsep dekat sini bayar dulu baru makan.
So kena beratur bayar dulu lah baru pisang sampai atas meja.
Abe-abe tengah bungkus kicap.
Port pisang goreng famous. Ingatkan pisang goreng Mawar tu sebab nama owner Mawar. Rupanya Mawar tu stands for 'Majlis Wanita Johor'. Jadik lah Mawar.
Harga pisang RM1 untuk 3 ketul. Makan dengan kicap cair. Pisang dia aku suka. Sebab aku memang suka pisang jenis lembik tapi luar dia rangup camni. Pisang manis, tepung rangup.
Ada try karipap sardin. Besar.
Tapi not recommend.
Bawang je lebih. Sardin nya secoet jahh.
Memang sardin je lah muka aku makan karipap ni. Haha.
Tapi pisang goreng dia aku suka. Alang-alang dah ada dekat JB, harus lah cari 'port' pisang goreng Mawar yang famous ni. Dekat dengan Hotel Thistle dan betul-betul menghadap Pantai Lido.
Alamat :
Pisang Goreng Mawar
888, Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bahru,
(landmark dia Thistle Hotel dan Johor Clock Tower)
Opening hours:
11.00 am - 7.30 pm.
Sabtu tutup. Hari lain bukak.
4- MAJID MURTABAK CHEESE NO 1
Tempat ni pon ala-ala food court jugak.
Sementara tunggu murtabak cheese sampai, order lah pisang goreng dengan keropok lekor.
3 ketul RM1. Kalau dekat JB ni, order pisang goreng dekat mana-mana pon memang dorang akan bagi sambal kicap. Keropok lekor yang ni dah siap letak sambal terus.
Ni harga murtabak cheese.
Dia bagi murtabak cheese tu je.
Kuah dengan sos timun tu kena ambil sendiri dekat station lain.
Kuah tu cair beno. Rasa pon kureng.Aku kurang gemar kuah cair camtu.
Sos cili pon kurengg. Sebab guna sos cili yang murah tu.
Tapi murtabak cheese sedap! 😋
Bagi pendapat aku, makan macam ni je pon dah sedap.
Tak payah ah cicah sos timun dengan kari cair iteww.
Roti lembut. Isi banyak. Cheese pon sebeban engkoo.
Berbaloi kalau nak try lagi-lagi kalau kau cheese lover.
Cheese dia melimpah ruah hingga ke ladang gandum sangat. Ehehe.
Alamat:
Majid Murtabak Cheese No 1,
Jalan Kurniawan,
Kampung Kurnia,
80250 Johor Bahru
Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
12 tengahari – 6 petang
Nahhh. Video bukti keanjalan cheese 🧀 🧀 🧀. Ehehe.
Ni lah 4 tempat makan sedap yang aku nak share dengan korang.
PATUT CUBA kalau korang datang JB.
Ada tak tempat yang aku share ni yang korang pernah makan? 😋