Aku suka gila scrub from St Ives ni. Sebelum ni memang selalu dengar orang bagi positive feedback pasal produk ni. Aku rasa produk ni ada masa zaman aku sekolah menengah lagi. Memang legend ah.Ada tengok akak-akak senior pakai time sekolah asrama dulu.Tapi bila aku dah pakai memang best! Lepas pakai mesti kulit smooth gila. I loikeeee~
Sekarang ni St.Ives dah ada packaging baru. Dulu lain sikit packaging nya. Tapi jangan risau, bahan-bahan dalam scrub ni semua masih sama. 100% natural.
Yang ni my favourite! Kalau kulit tak bermasalah/sensitif pakai yang blemish control ni memang elok. Tekstur dia lebih kasar sikit tapi lepas pakai, muka rasa smooth je.
Aku suka pakai yang 'Blemish Control' ni sebab rasa lebih memuaskan sebab biji dia besar sikit. Hehe. Sedap je lah menyental kulit mati dekat muka ni ♡〜٩(^▿^)۶〜♡
Ok yang ni untuk blackhead. Boleh pakai dekat hidung or apa-apa part yang korang rasa bermasalah.
Aku suka gila bau dia! Bau macam matcha ice cream! Rasa macam nak makan! Ehehe. ✿♥‿♥✿
Ok kalau kulit muka korang jenis ada jerawat dan sensitif aku recommend pakai jenis "Fresh Skin" ni sebab tekstur dia lagi creamy dan lembut.
So kalau kulit sensitif pakai yang "Fresh Skin" ni tapi awas! Jangan pergi skrub area jerawat pulak. Menangis tak berlagu karang. Tapi kalau ada jerawat,jangan ganas sangat ye. Takut kulit korang luka pulak nanti. Tenyeh pelan-pelan je ok. Hee.
BOLEH KE SCRUB HARI-HARI?
Tak payah pakai hari-hari ye. Karang pakai hari-hari kulit jadi kering sangat lah pulak. Dah satu masalah lain pulak datang. Dalam 2-3 kali seminggu tu pon dah alright dah.
MACAM MANA NAK GUNA?
Lepas je korang cuci muka guna cleanser, lepastu apply lah scrub ni. Sapu je dekat satu muka. Aku suka tenyeh dekat area hidung sebab hidung kan senang tumbuh blackhead/whitehead kan? Tapi korang boleh je fokus dekat tempat yang bermasalah lain. Senang-senang scrub je satu muka.Dah tenyeh-tenyeh scrub tu, tunggu lah beberapa minit. Tapi jangan lama sangat. Lepastu bilas dan basuh muka dengan air. Siap!
Lepas tu serious kulit muka rasa licin dan lembut je macam punggung bayi. Haha.
Ada banyak sebab kenapa aku suka St. Ives ni:
1. Harga mampu milik. Dalam RM20 macam tu
2. Bau wangi sangat! Bau aprikot tu memang sangat menenangkan. Yang green tea tu pon bau sedap gila macam bau green tea ice cream. Hee
3. Biji-biji halus dalam scrub tu tak menyakitkan kulit
4.Bagus untuk kulit berminyak. Krim biji-biji scrub tu tak meninggalkan rasa krim dekat muka.Siapa yang muka berminyak memang sesuai.
5.Muka bebas minyak dan kotoran. Kulit boleh bernafas tanpa ada halangan dan membuatkan kulit bersih dan segar.
6.Tahan lama walaupun 2-3 kali seminggu pakai sebab produk ni dalam tiub yang besar.
7. Dia datang dengan tube packaging so aku suka sebab lebih menjaga kebersihan. Picit je dah keluar. Tak payah korek-korek macam packaging produk lain. Huhu.
8. Dapat kecutkan jerawat.
9. Dia remove habis kulit mati dekat muka kita ni.Lepastu kulit kita pon dapat tukar sel kulit yang baru.
10. Lepas scrub muka rasa licin dan bersih gila!
Aku suka St. Ives ni sebab murah dan bagus. Tak payah nak beli produk yang terlalu mahal untuk kulit cantik. Yang baling best sebab produk ni 100% natural and paraben free! Produk ni tak ada animal testing lagi! Aku sangat takut pakai benda-benda yang banyak bahan kimia untuk tepek dekat muka. Biar lah kesan lambat tapi bahan yang kita guna semua natural. Penting tau untuk kulit kita pakai produk semula jadi ni. Kulit kusam pon boleh jadi sihat.
By the way,sekarang Churpchurp ada buat contest. Boleh menang sepasang tiket ke Bali. Meh lah join contest ni! Post paling kreatif akan bawak balik hadiah-hadiah menarik dari St Ives.
Hadiah-hadiah untuk GoNaturalWithStIves contest:
•1st Prize: A pair of tickets for 3D2N to Bali Holiday (Flight & Accommodation provided)
•2nd Prize: A pair of tickets for 2D1N Staycation in a Malaysia resort (Accommodation)
•3 x Consolation Prizes: Spa Vouchers.
Cara nak menang pon simple je:
1. Post gambar DIY natural beauty remedy korang dekat Instagram (make sure profile ‘Public’)
2. Share kenapa natural beauty remedy buat korang happy dekat caption. (Contoh: sebab murah, rahsia keluarga, etc.)
3. Setiap penyertaan kena ada produk scrub St. Ives .
4. MESTI letak hashtag ni. #Stylemy #GoNaturalWithStIves and #ChurpMYWIN
5. Boleh hantar berapa banyak penyertaan yang korang suka.
Tips: Pastikan penyertaan anda kreatif dan jangan lupa untuk hashtag!
Contest ni dari 1 September (Khamis) sampai 30 September 2016 (Jumaat), dan contest tamat pada jam 12.00PM. Jom join. Hadiah best-best ni. Be creative! Good luck! (◕‿◕✿)