Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Wedding adik

$
0
0




Selfie sebaik sahaja adik aku selamat menjadi isteri orang. Ni time nikah.


Kahwin dah adik aku ni. Aku kahwin haritu masa umur aku 23 tahun. Adik aku ni kahwin umur 24. Lebih kurang lah pulak timing nya. 


Sama dengan wedding aku haritu, nikah dan resepsi sekali jalan. Buat sehari je. Senang. Dua-dua majlis nikah dan resepsi settle sekali harung. Jimat pon jimat. (◕‿◕✿) 

Sementara menunggu pengantin siap untuk resepsi. Saja duduk kejap dekat pelamin. Han kemain suka duduk dekat pelamin ni. Apa tah yang terhibur sangat tu.



Dah lah pakai baju putih. Dia jumpa sepupu-sepapat dia, ke hulu ke hilir main. Habis berpeluh masam. Dengan comot nya. Nasib baik bawak baju spare.

A video posted by Cik Epal🍎 (@cikepal06) on

Boleh play tak video ni? Saja cuba-try-test. 




Duduk dalam bilik khas ni jap sementara tunggu pengantin. Terus tukar kan baju Han. Habis berlemuih peluh comot sini sana anak aku. Umur baru setahun sebaya dengan jagung camtu lah. Ligat boleh tahan. Takpe lah baru setahun hidup kannn, kita bagi lah dia peluang explore sini sana.



Ok sekarang ni memang dia tak nak dekat orang. Dulu-dulu kalau ada wedding sedara ke apa bahagia je aku. Ada orang dukung dia. Boleh aku makan dengan tenang. Sekarang ni memang payah lah dia nak dekat orang. Akak ipar aku dukung pon dia tak nak. Kemain meronta suruh aku ambil dia balik. Ayoyo ayo ma ayo pa. Ini macam susah lah mama nak menikmati kambing golek doplohnam round ni Han. Baru nak masuk kambing seketul dalam mulut dah tercekik.

Maklong aku dukung dia, terus nangis. Dengan maklong aku sekali muka macam nak nangis. Hahaha bertabah lah maklong.



Asyik nak berkepit je.

Pastu kuat makan. Bagi kerepek bawang seketul, pastu mintak lagi. Ish ish ish ikut perangai siapa lah kuat makan ni.

Ok pengantin dah sampai. Di iringi oleh abang-abang silat.

Ingatkan Abam Bocey tadi.


Han penat sangat lah tu, kemain lentok sedap tidur.

Welcome to family Wan. Selamat pengantin baru adik. Depan mertua nanti jangan kentut bersepah, jangan baring terkangkang, jangan korek hidung buang, jangan menari pelik-pelik, menguap tutup mulut. Jangan buat benda-benda aneh ok depan mertua awal-awal ni. Dah lama-lama sikit tak pe. Wahaha.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar. Untuk adik dan Wan. Enjoy honeymoon hidup berdua ni dulu. Dah ada anak nanti lain feeling dia. Tidur pon dah tak cukup hokay. Hehe. Time hidup berdua ni lah enjoy puas-puas. Tahniah! Selamat pengantin baru.Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin.




Pengantin lama. 

Dulu kini dan selamanya kentut bersepah. Dia bukan aku. Aku kalau nak kentut mintak izin dulu hokay. Punya lah solehah nak kentut pon mintak izin suami. Kalau dia, memang tak bagi salam ok. Terus bagi sedas dua dengan muka selamba tapir nya. Orang selalu kentut kuat mesti tak bau kan? Yang kentut jenis slow kepit tak ada bunyi tu selalu nya bau busuk kan? Tapi kentut slow ke kuat ke sama je kepam bau nya kalau datang dari dia. Tak faham aku. Spesis aneh apa entah ni . Haha. *pitam mak jemah*


K bye!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408