Memang nak sangat tengok cerita Train to Busan ni. Tak sangka lak cerita ni (18+). Dah satu hal tak boleh bawak Han. Tapi saja-saja tanya dekat indulge ni, dia bagi pulak bawak baby. So yayyy! Dapat jugak tengok cerita Train to Busan ni bawak Han.
Sinopsis Train to Busan
Cerita ni mengisahkan tentang satu virus yang melanda rakyat Korea Selatan. Seok-woo (hero cerita ni) jenis workaholic. Dia ni dah bercerai dengan isteri dia. Dia kerja sebagai manager amanah saham. Dia ni busy sangat dengan kerja sampai lupa birthday anak dia. Masa birthday Soo-An (anak hero),dia bagi hadiah tapi Soo-An ni macam kecewa lah dengan hadiah ayah dia ni bagi pastu dia request nak jumpa dengan mak dia dekat Busan.
Mula-mula ayah dia ni berat jugak nak pergi. Tapi Soo-An ni kata, takpe kalau ayah busy dia boleh pergi sorang. Ayah dia ni risau lah jugak kan dia pergi sorang, dah lah kecik lagi budak ni. So ayah dia tunaikan lah permintaan anak dia ni untuk teman jumpa dengan mak budak ni dekat Busan.
Masa perjalanan depa ni naik train ada macam rusuhan sikit lah antara zombie dengan manusia. Tiba-tiba je ada sorang perempuan pelik muncul entah dari mana naik train yang sama. Perempuan ni punya peha lak macam kena gigit.
Tak lama lepas tu train pon gerak. Perempuan pelik tu pon tetiba tukar jadi zombie. Apa lagi terkejut lah semua orang dalam train tu. Start perempuan ni jadi zombie, berjangkit lah dekat semua penumpang dalam train tu. Habis semua di gigit nya. Hantu betul.
Keadaan jadi tak selamat bila stesen yang diorang patut berhenti tu pon tak boleh nak turun sebab penuh dengan zombie dekat luar. Dah lah dalam train zombie bersepah. Dekat luar train pon berkerumun zombie nya. Ko ghaser? Apa lah nak buat ni? Di luah mati bapak di telan mati mak ni. *tetiba keluar peribahasa*
Ada beberapa penumpang yang terselamat berkumpul dalam satu gerabak. Tapi gerabak lain tu penuh gila dengan zombie. Zombie-zombie nya jenis lari laju gila nokharom pulak tu.Pastu laju je mulut tu nak gigit orang.Choyy terkejut hokay. Haha.
Seok-Woo (hero cerita ni) terpisah pulak dengan anak dia dekat gerabak yang berbeza. Bayangkan dia dekat hujung gerabak sini, anak dia pulak dekat hujung gerabak nun di sana. Tapi dekat tengah-tengah gerabak banyak gila zombie.
Macam mana lah eh si Seok-Woo ni nak selamatkan anak dia? Haaa korang kena tengok cerita ni. Serious mendebarkan.
Review aku:
-Memang sangat puas hati tengok cerita ni. Cerita ni tak kan buat kau mengantuk. Kau mesti macam ternanti-nanti je apa akan jadi lepas ni, apa scene lepas ni. Senang cerita, korang tak kan bosan ah.
- Ada jugak selit elemen kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan, dan percintaan. Very straightforward dan tak meleret-leret.
- Setiap scene mendebarkan. Kalau rasa kita dekat tempat tu mesti panik gila tak tahu nak buat apa. Dan cerita ni menyebabkan aku takut pulak nak naik train dekat Korea lepas ni. Haha. Punya lah real scene-scene dia tu.
-Ada sorang orang tua dalam cerita ni yang akan buat korang menyampah dengan dia. Selfish gila. Rasa nak cepuk-cepuk je dia.Orang dah tolong dia, dia boleh pulak tolak orang tu bagi kena gigit segerombolan zombie. Choyy. Sila meninggal.
Ni lah muka orang tua annoying tu. Kongasam dia ni. Tapi kira watak dia menjadi ah sampai orang menyampah dengan dia ni. Pandai gak ah dia berlakon dan menghayati watak. Kehkeh.
-Movie ni walaupun cemas dan mendebarkan di setiap saat, tapi hujung-hujung scene tu sedih gila. Memang sangat menusuk kalbu lah saat-saat 10 minit terakhir tu.
- Banyak sangat pengajaran dan emosi yang terselit dalam cerita ni. Lagi-lagi part anak dengan ayah. Part suami dengan isteri. Part kakak dengan adik, part couple, part member-member.
-Cerita ni tak cliche. Best jugak bagi aku. Dari awal sampai akhir confirm tak kan menguap.
Aku bagi 4.2/5 bintang untuk Train to Busan. Serious best dan mendebarkan cerita ni. Sedih pulak tu.
Sepanjang movie Han tidur so tenang betul nak layan movie. Haha. Habis cerita Train to Busan ni je terus Han bangun tersengih-sengih. Dia tak tahu mama dengan papa dia berdebar melayan cerita segerombolan zombie tadi.
(◡﹏◡✿)
Yang dah tengok Train to Busan, bagi korang cerita ni best tak? Berapa bintang nak bagi? (◠△◠✿)