Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live

Lone Pine Hotel, Batu Ferringhi Penang

$
0
0

Sambung balik cerita jalan Penang dekat ENTRI NI.


Sebab kali ni jalan bawak family, mula-mula rasa macam nak tidur Hard Rock. Tapi Hard Rock aku dah pernah tidur dah dulu. Pernah cerita pasal Hard Rock Penang dekat SINI.  Kali ni nak try hotel lain pulak. Area Batu Ferringhi ni banyak je hotel best-best. Ye lah Penang ni macam kawasan tumpuan pelancong jugak kan. Rambang mata tengok hotel area ni. Memang banyak hotel pilihan. Dari hotel cap ayam sampai hotel cap kuda unicorn semua ada. Hahaha.


Sebab ni trip main redah je. Tak booking online. Walk in je lah. Banyak jugak keluar masuk lobby hotel tanya harga bilik. Ada 2-3 hotel jugak kitorang dok tanya harga.Last-last decide nak tidur dekat Lone Pine Hotel Penang. Sebab bawak family, nak duduk sekali lah sebilik. So ambil bilik Grand Premier Suite. RM 1600/night. Ada 2-bedroom suite dalam ni.


Living area dia besar gila and cantik!


Masuk-masuk je terus tangkap gambar ke buat ig stories tah ibu aku ni 😂


Toilet dalam suite ni ada 3.
Yang ni toilet dekat living area.


View mengadap laut. Han tengah tengok laut dengan maksu dia.




Setiap bilik ada satu toilet.



Ayah terus cop bilik tidur.


Ni master bedroom. Luas.


Toilet pon luas.





Kiri kanan toilet siap ada cermin khas untuk lelaki dan perempuan.
Sebelah untuk letak barang isteri, sebelah untuk letak barang suami. Tak lah bergaduh masing-masing nak guna cermin 😂



Ni laluan nak masuk suite. Memang khas untuk kita je.

Untuk Grand Premier Suite ni harga RM 1600 satu malam. Sebab aku walk in, harga RM 1600++ ah bayar. Kalau online maybe murah sikit kot. Tapi seribu lebih jugak lah kalau online pon untuk bilik suite ni.Bilik biasa pon ada je. Tapi ni dah alang-alang bawak family, ambil Grand Premier Suite terus lah. Selesa sikit diorang nak tidur. Lagi pon malam-malam before tidur kitorang suka main terup ramai-ramai.Hee. So senang kalau semua duduk dalam satu tempat.

Oh ye, untuk Grand Premier Suite ni breakfast included. 


Breakfast ada banyak jugak pilihan.

Ni kawasan Han. Dia memang suka betul makan yogurt 😄

Salad.

Ni ada macam-macam makanan untuk breakfast. Macam hashbrown, baked beans, roti telur, saute mushroom semua tu.

Kalau tak dapat breakfast, nak makan sini, kena bayar RM68 (Adult) and RM34 (Children).
Sebab bilik aku include breakfast, memang kena turun lah makan breakfast. Jangan sia-siakan breakfast free itu 😆



Buah-buahan. Ni Han suka lah ni. Mesti buah dia cari dulu.

Ni lah atok dan nenek zaman sekarang. Before makan pon kena instagram dulu 😆

Dekat tepi-tepi tu banyak stall yang buat roti canai, scramble egg and etc. Ada orang lah yang tolong masak kan. Kau tunjuk-tunjuk je lah apa yang kau nak, nanti dia masak. Actually pilihan makanan dia banyak jugak lah.

Haa dah cakap dah.
Han cari buah dulu. Kiri kanan ada makanan.
Pisang dengan betik sekali jalan makan 😆



Ada Penang Famous Street Food. Ni aku tak sempat nak try haritu. Perut dah full.


Haa yang ni aku ada try.

Dim Sum!

Yang bulat gebu gebas, salted egg dim sum tu sedap jugak 😋

Muka gembira dapat yogurt



Alahai teruja nau dapat yogurt seketul 😂





Makan yogurt pulun guna sudu besar. Padahal bekas yogurt tu kecik je pon.
Suka hati lah nakkk. Janji bahagia.


Tak teringat pulak nak mandi swimming pool time ni.




Tapi swimming pool dia cantik 😍


Lone Pine ni hotel 5 bintang kalau tak salah aku. Nak duduk bilik suite ni better bawak family lah lagi best. Overall, ok lah. Makanan breakfast memang banyak. Swimming pool cantik. Bilik selesa. Staff pon nice. 😊


Nanti sambung lagi cerita Penang. K bye!





Cara paling senang elak kena gigit nyamuk di mana-mana

$
0
0
Aku tak ada pengalaman kena demam denggi. Tapi husband aku ada. Dia pernah kena denggi masa kitorang study dekat uni dulu. Time tu nak cuti sem. Sebelum cuti, dia pi lah mandi-manda dekat Ulu Yam dengan kawan-kawan dia. Ramai-ramai pergi Ulu Yam naik motor. Pastu dia terus gerak balik rumah dia. Balik rumah, terus demam. Badan lemah gila.Bila cek, rupanya kena demam denggi. Kena tahan dekat hospital dalam seminggu lebih macam tu. Nasib baik time tu cuti sem.


Time dia kena denggi ni aku tengah tak bercinta dengan dia. Ye lah aku kan selalu on off dengan dia dulu. Haha. Lepas dia get back balik dengan aku, dia cerita ah dia kena denggi lah apa lah. Aku dengor je lah cerita dia. Nak simpati pon benda dah lepas. Cuma dia cakap memang rasa macam nak mati ah. Dengan badan lemah.Lagi sakit daripada kena keracunan makanan dia kata. Dan dia ingat dia memang boleh mati time tu.Memang terlantar je and tu sakit paling sakit yang dia pernah sakit. Haa camtu lah cerita dia.


Denggi ni kita memang sedia maklum lah bahaya. Ni lagu satu virus zika ni. Dua-dua kes sebab nyamuk. Buat hal betul ah nyamuk ni kann. Bahaya sakit-sakit macam ni sebab boleh bawak maut. Lebih baik kita mencegah dari mengubati.

Cara nak cegah beli lah mosquito repellent patch ni siap-siap. Brand Tiger Balm.Aku nampak ni dekat farmasi, terus grab.

Satu kotak, ada 10 keping.

Cara nak guna senang je. Koyak benda alah ni.



Dalam tu ada sticker bulat camni.

Pastu bukak pembalut sticker tu.

Lekat dekat baju anak. 

Untuk patch ni memang kena lekat dekat baju tau. Jangan lekat dekat kulit.Lepas lekat, jangan lupa basuh tangan.

Patch ni untuk untuk babies / toddlers. 
Ada Lemon Eucalyptus Oil. Kandungan natural. 
DEET Free. Non-Toxic.  Baby pon sesuai guna.

Kalau tanya aku apa bau patch ni, patch ni macam bau serai bagi aku. Ada jugak bau-bau macam minyak angin. Bau ni nyamuk and serangga tak suka. Sebab tu bila kita lekat patch ni dekat anak kita. Nyamuk tak berani dekat. Sebab nyamuk tak suka bau-bau macam ni.




Mosquitto Repellent Spray ni for older kids & adults.

Mosquitto Repellent Spray ni pon sama. For older kids & adults.

Kalau kita ada aktiviti yang kena masuk hutan atau nak pergi tempat-tempat macam Ulu Yam/Janda Baik yang kita tahu banyak nyamuk tu. Korang boleh spray benda ni siap-siap before nak buat apa-apa aktiviti.

Cara nak guna. Mula-mula goncang botol dulu.


Pastu spray.


Spray dekat baju. Confirm nyamuk tak datang dekat dah.
Yang jenis spray ni boleh spray dekat baju/kulit.
Sesuai untuk orang dewasa.

Yang patch ni je tak boleh kena kulit. Memang kena lekat dekat baju anak. Untuk budak-budak macam Han atau baby pakai Mosquitto Repellent Patch ni je. Senang ada benda ni. Budak-budak nak main dan buat outdoor activities pon kita tak susah hati. Nak guna pon senang. Yang penting selamat, natural dan tak ada bahan kimia yang bahaya.




Note: 
Patch - for babies / toddlers
Aerosol / Spray– for older kids & adults


 Kalau korang balik kampung rumah banyak nyamuk ke. Tak payah pakai kelambu dah. Korang beli je patch ni bawak balik kampung. Time tidur, confirm anak tak kena gigit nyamuk dah.Anak pon tidur dengan tenang. Tak ada naik bintik-bintik merah kena gigit nyamuk lagi dah.

Lagi-lagi sekarang musim hujan kan? Banyak je nyamuk dekat luar tu. Kalau nak buat aktiviti luar pon boleh bawak semua ni siap-siap.Hati pon lega nyamuk dan serangga dah tak berani dekat.

Boleh cari dekat pharmacy macam Guardian dengan Watsons tu. 



Jalan Penang : Naik beca , ais kepal aiskrim special dan Kapitan

$
0
0
"Eh eh tak boleh gerak pulak buai ni mama"

Anak aku ni memang suka tengok kucing.

Tengok tu. Teruja nau nampak kucing. Bila nampak kucing kena berhenti tangkap gambar. Mesti tangan dia tengah tunjuk kucing 😆

Amende lah kau ni dekkk. Dah jengket atas kerusi pon tak sampai ke? Sedih.
Tengok hakak, sap sap soi terus tangan sampai masuk lobang tu. 😆


Time aku pi Penang ni cuaca panas betul, nampak ada orang jual aiskrim kelapa ni.
Apa lagi? Bedalll.

Dia siap bagi Hershey's Syrup tu suruh picit je banyak mana atas aiskrim. Sambil makan aiskrim sambil main apa tah nama mainan ni eh? Dah lama tak main. Ni dah ada family sekali best ah main ramai-ramai. Yang best nya dekat sini.Kita mintak aiskrim kelapa, lepastu air kelapa dia bagi free.

Dah habis makan aiskrim kelapa, pastu nampak beca.

Rasa macam dah lama tak naik beca. Bawak lah diorang ni sekali naik seround. Aku tak ingat harga berapa. RM15 kot satu beca. Tah lupa. Naik 3 beca.



Kemain melambai-lambai macam Miss World 😆

Aku naik dengan adik aku. Parents aku satu beca. Han dengan husband satu beca. Dekat beca husband aku dapat microphone. Tah hape-hape lah suami aku merepek nyanyi-nyayi dengan microphone dekat beca tu 😆

Dah habis naik beca, jalan punya jalan jumpa ais kepal special.

Kenapa special? Sebab dalam ais kepal ni ada aiskrim Tutti Frutti. 😋

Dan juga kacang!

Dah macam makan ABC dah rasa. Ais kepal camni sedap sikit lah nak makan dari yang biasa tu.Yang ais kepal saja tu seksa nau nak menghabiskan nya. Yang ni ada aiskrim and kacang, senang sikit lah nak habis. Dia pon dah bagi mangkuk siap.  Pakai sudu je tadah dengan mangkuk. Sopan santun berbudi bahasa sikit lah nampak gaya makan nya. Tak payah nyonyot macam cencurut pon takpe. 😄

Han bermesra dengan nekma.

Aku rasa yang ni baru lah. Dulu-dulu zaman aku honeymoon tahun 2015 dengan husband dekat ENTRI NI. Tak nampak pulak susu soya asli dan segar ni.

Masing-masing dah lapar. Apa lagi. Ayuh menuju Kapitan.

Ibu aku nak makan nasi campur. Ni je lauk yang tinggal. Yang lain dah habis.

Husband order chicken milani.
Kentang tu memang ada situ ye. Bukan dia tersilap bubuh ke apa.
Sebab upload gambar ni dekat ig aku (@cikepal06) ada yang ingat kentang tu macam salah parking je, cam tetiba sesat dekat situ 😅.Hehe tapi menu ni memang ada kentang 3-4 ketul di situ ye kalau order 

Aku suka naan cheese dengan ayam tandoori dekat sini. So order ni lah.
Ayam tandoori dekat sini serious sedap. Isi lembut gila.

Ayah makan nasi briyani Kapitan. Adik aku tiru menu aku 😄


Mintak papa punya sikit.

Sekeping roti naan untuk seketul Han. 😄

Dah habis makan, balik hotel. Rehat.
Macam biasa kalau dah balik hotel, main terup lah.

Esok nya breakfast roti canai cheese ayam seketul yang sedap ni.


Entri Penang kali ni:


Selebihnya ada dekat sidebar blog aku tepi ni bahagian 'Malaysia' untuk trip-trip lepas kalau nak baca. K bye! 😄

Tips hilangkan parut / stretch marks guna Bio oil

$
0
0



Dulu time study banyak jerawat. Lagi-lagi kalau datang bulan, ada lah 2-3 ketul jerawat lagi akan bertandang dekat muka ni. Heyy jerawat! Kau datang dah lah tak diundang, bila pergi tinggal kan parut pulak. Eeeeee keji betul lah perangai jerawat ni. Nak lempang tak boleh. Kang kalau lempang pon yang sakit nya pipi sendiri. Choyyy! Apa pon tak boleh! Haha.


Masa study dulu aku rajin jugak pergi pharmacy. Bila pergi pharmacy tanya pharmacist dekat sana produk apa yang boleh hilangkan parut jerawat. Dia suggest Bio Oil. Tapi dia kata kena rajin pakai dan ambil masa sikit. Hari-hari aku tenyeh lah Bio Oil ni dekat parut jerawat. Berkat kerajinan aku menenyeh (menenyeh?) Bio Oil di muka dan berkat kesabaran yang tinggi, muka aku pon tak naik jerawat dah sampai sekarang.


Ni nak cerita pasal pregnant pulak. Aku yakin semua perempuan yang mengandung dalam dunia ni semua tak nak ada stretch marks kan? Aku pon memang tak nak ah ada stretch marks ni. Tengok gambar perut pompuan dekat google yang ada stretch marks pon aku rasa ngeri dan takuttt sangat kalau jadi camtu. Huhu. Memang lah orang tak nampak kan. Tapi pasangan kita sure nampak. 


Stretch mark ni memang sinonim dengan ibu mengandung.Bukan ibu mengandung je, kalau badan berisi pon, perut akan ada stretch mark kesan dari rekahan kulit. Punca stretch mark ni terjadi bila kulit tiba tiba mengembang secara mendadak. Biasanya stretch mark keluar dalam 5 – 6 bulan mengandung. Ramai orang ingat stretch mark ni benda normal untuk ibu mengandung. Tak boleh nak elak. Salah salah. Tanggapan itu salah. Stretch mark dapat dielakkan kalau kita atasi dari awal! 





"Bio Oil ni lah yang papa selalu sapu dekat perut mama tau masa Han dalam perut lagi"
Ehehe.

Bila masuk je second trimester, tiap-tiap hari tanpa jemu aku sapu Bio Oil dekat perut, peha and etc. Sambil tengok tv pon sapu je. Kadang-kadang before tidur, husband pulak yang sapu kan. Dia memang suka lah sapu Bio Oil dekat perut aku sambil-sambil tu dia bersembang pulak dengan baby dalam perut. Hehe.


Alhamdulillah, aku tak ada stretch marks lansung! Yayy! Kulit perut pon smooth dan licin je. Lepas bersalin pon aku still pakai Bio Oil ni. Aku memang rajin sapu. 




TIPS untuk perempuan pregnant kalau tetiba ada yang terbaca entri ni. Kalau pregnant, sila lah sapu apa-apa bahan yang boleh lembutkan kulit dekat perut. Tujuan nya bila kulit meregang akibat perubahan bentuk badan, tak lah kulit tu pecah atau merekah. Boleh guna Bio Oil je untuk sapu dan bagi kulit lembut. Masa pregnant dulu aku selalu sapu 2x sehari.





Bio Oil ni sangat sesuai untuk korang yang nak hilangkan:

🌸 Parut
🌸 Stretch Marks
🌸 Kulit tak sekata
🌸 Ageing skin
🌸 Kulit kering






Bio Oil ni dah terbukti secara klinikal. Memang selamat nak guna. Ada vitamin A & E. Dirumus secara unik daripada 7 bahan – ekstrak tumbuhan seperti Kalendula, Lavender, Rosemary dan bahan unggul PurCellin Oil™.Penyerapan pon cepat dan pantas. Sesuai sangat untuk kulit kering dan sensitif. Tak ada bahan pengawet. Bau pon sedap. Bila apply, kulit pon rasa halus, lembut dan tak ada kesan melekit.


Aku suka sapu dekat tumit kaki jugak. Alaa kadang-kadang tumit kaki kan kasar. Bila gesel dengan selimut pon boleh rasa melekat-lekat kan? Siapa pernah mengalaminya? Angkat tangan please.  Ok tak apa, turun kan tangan balik. Tahu mesti ramai je pernah rasa. Hehe. Tapi bila sapu Bio Oil ni tumit kaki pon lembut je.


Aku selalu bawak Bio Oil yang 60 ml untuk travel. Kadang-kadang aku buat jadi make up remover jugak. Kulit lagi lembut lepas cuci dengan cleanser. 


Kalau korang ada masalah parut jerawat tu, aku memang sangat recommend pakai Bio Oil untuk hilangkan. Sapu dua kali sehari selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Mungkin kalau nak hilangkan kesan parut tu ambil masa sikit tapi yang pasti memang menjadik cuma kena sabar lah sabariah. Hehe.

Yang pregnant, laaagiiiiii lah aku recommend sapu Bio Oil ni bila masuk second trimester. Sapu je hari-hari rajin kan diri. Aku memang tak ada stretch marks lansung bila guna Bio Oil ni.  Lepas mandi, sapu je Bio Oil dekat bahagian-bahagian yang perlu. Memang berkesan sangat. 


Bio-Oil ni ada 3 size:

60ml (RM34.95)  - Convenient and travel friendly pack
125ml (RM58.25) -Value pack
200ml (RM79.45) - Pregnancy skincare and daily usage



Mulai Oktober 2017, Bio-Oil dah ada packaging baru. Boleh cari dekat farmasi tapi formulasi tetap sama.

Pilih lah yang mana sesuai dengan korang. Boleh beli dekat mana-mana farmasi macam Guardian, Watsons, Caring dan sebagainya. Makin dewasa ni makin banyak pulak benda yang kena bagi perhatian kan. Hehe.Barang baik harus lah kena share dengan semua orang.Yang berminat nak cuba Bio Oil, selamat mencuba :) 



Ada yang pernah try Bio Oil?




Nak hamper Cetaphil tak?

$
0
0
Sekarang ni memang banyak skincare yang ada dekat pasaran. Sebagai pengguna, kita mestilah kena buat pilihan yang bijak. Kulit kita ni kena lah jaga elok-elok. Kena lah pilih produk yang selamat.



Aku memang dah bertahun guna Cetaphil ni. Dulu aku memang banyak gila jerawat dekat muka. Tapi bila pakai Cetaphil, Alhamdulillah makin lama makin elok kulit. Tapi ambil masa. Korang kena sabar sikit lah.Bukan hari ni pakai, esok terus hilang jerawat. Sekarang muka aku dah tak berjerawat teruk macam dulu tapi still aku teruskan je pakai Cetaphil.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Kalau korang baru nak try Cetaphil cleanser ni jangan terkejut pulak dia tak berbuih. Cleaser ni memang tak berbuih tapi dia membersihkan kulit. Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni adalah No.1 Dermatological Skin Care Brand dalam Malaysia tau! Bukan untuk muka je, guna dekat badan pon boleh. Tapi aku tak pernah try lagi dekat badan sebab sayang. Guna dekat muka je. Hehe.


Yang aku suka sebab dia tak buat kulit aku gatal. Boleh guna dengan air atau tanpa air. Cleaser ni tak akan menyumbat liang pori muka. Tak ada bau. Bagus guna cleaser yang fragrance free ni tau sebab fragrance boleh buat kulit gatal. Sebab tu pakar kulit selalu recommend produk ni kalau korang ada masalah kulit.


Yang aku perasan bila guna cleanser ni, kulit aku rasa segar. Muka pon dah tak kusam.

CETAPHIL MOISTURIZING CREAM

Yang ni memang berbaloi beli sebab tahan lama gila. Aku calit sikit je dekat tangan, terus apply je satu muka. Best sebab dia senang meresap. Suka sebab muka rasa lembap je. Kulit pon rasa lembut dan sihat. Dalam cream ni ada sweet almond oil, emolien semula jadi. Fragrance free, tak berminyak, hypoallergenic /non-skin irritating. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Wangian dalam produk skincare boleh menyebabkan kerengsangan kulit, lagi-lagi kalau kulit sensitif. Korang kalau nak cari moisturizer kena cari yang fragrance free macam Cetaphil ni tau.






Cetaphil UVA/UVB Defense


Ni adalah sunscreen/sunblock. Fungsi nya untuk melindungi kulit dari pancaran matahari.Kalau duduk rumah dan tak terdedah matahari sangat pon, seelok nya pakai je. Untuk protect kulit kita kekal cantik dan tak berkedut sebelum usia. Duduk Malaysia ni kan panas, memang kena pakai lah kalau keluar berjalan. Kalau tak nak muka ada pigmentation/jeragat kena lah pakai sunscreen macam ni.Kebanyakan punca utama jeragat sebab tak pakai sunscreen. Boleh juga elak kulit sunburn/terbakar. Kalau tak nak kena skin cancer, kena selalu amalkan pakai sunscreen.





Produk Cetaphil ni memang dah lama established.Trusted by dermatologists dan terbukti membantu kita mencapai kulit yang lebih sihat. Dah lama ada dekat pasaran dari tahun 1947 lagi tau. Sekarang ni Cetaphil tengah sambut anniversary yang ke-70 di seluruh dunia.

Cetaphil dengan murah hati nya nak bagi 70 hamper giveaway untuk 70 orang yang bertuah. Korang nak tak hamper Cetaphil bernilai RM270? Just komen dekat entri ni.

"Ceritakan kisah kulit anda dan bagaimana Cetaphil boleh membantu?"

 Cerita tulen paling menarik berpeluang memenangi hamper Cetaphil dengan semua produk yang korang perlukan! Waa best gila! Komen lah. Mana tahu ada rezeki menang. Produk Cetaphil ni memang bagus tau. Kalau dapat, memang best!


Gigi cantik putih berseri

$
0
0

Kecik-kecik dulu kan pernah nyanyi lagu.

"Bangun pagi..Gosok gigi..Cuci muka.." Pastu hape tah aku tak ingat. Haha. Korang ingat tak lirik seterusnya?

Time kita kecik lagi dah diterapkan dalam minda yang bila bangun pagi je kena gosok gigi.So bila bangun pagi je, mesti gosok gigi. Hehe. Takut gigi rongak and tak cantik.


Pastu orang kita ni kadang-kadang nak beli something sebut nama brand sebab dah biasa dengan brand tu dari kecik. Contoh kalau nak beli mee segera mesti kita sebut 'nak beli maggi lah'. Padahal Maggi tu nama brand. Macam ubat gigi jugak,dari zaman nenek kita sampai ke mak kita kalau nak keluar, ubat gigi habis mesti sebut "Colgate dah habis.Nanti keluar jangan lupa beli colgate". Tak kisah lah end up beli jenama apa tapi still akan sebut Colgate. Betul tak? Tapi memang selalunya akan beli Colgate lah.


Untuk apa-apa produk yang akan beli dalam rumah, memang aku akan cari produk yang paling bagus untuk family aku. Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Colgate Naturals ni sebab bila pakai rasa gusi dan gigi sihat. Nafas pon bau segar.




Suka dia!


Dia pon nak tayang gigi. 




Colgate Naturals - Gum Comfort

Kalau korang nak gusi yang lebih sihat dan menenangkan boleh try varian ni.







Colgate Naturals - Pure Fresh. Bernafas segar dengan rasa zesty lemon!
Lemon memang kita tahu kan sangat menyegarkan. Try varian lemon ni untuk nafas segar yang lebih lama.









Colgate Naturals – Real White. 
Memberi manfaat pemutihan dengan rasa asin yang menyegarkan



Kalau tanya mana favourite aku, dah tentulah aku paling suka yang Naturals Real White ni. Siapa je yang tak nak gigi putih kan? Payah kalau perempuan gigi kuning ni, nak pakai lipstick/lipgloss rasa tak kena, senyum nampak gigi segan, selfie nampak gigi takut kena kecam dengan netizen gigi kuning macam cheese 😅. 

Bila gigi kita putih pakai je lah lipstick warna apa pon mesti nampak cantik je.

Yang unik pasal Colgate Naturals Real White ni sebab ada seaweed salt dengan Crystalline Salts dalam ni. Bila picit ubat gigi ni, memang nampak lah warna biru kristal. Memang nampak berkilat kristal! Garam kristal ni memang terkenal untuk tanggalkan kotoran. Bila gosok gigi memang rasa gigi bersih sangat!

 Aku dah pakai dah ubat gigi ni. Ada lah rasa masin sikit. Rasa garam kristal tu. Lepas pakai rasa segar je nafas dan bau mulut. Memang rasa nak 'hahhh''hahhhh' je tala mulut dekat semua orang time berborak. muahaha.




Colgate Naturals ni datang dengan 3 varian yang sangat menarik:

Colgate Naturals- Gum Comfort
-Tea Tree Oil and Aloe Vera

Colage Naturals Real White (My fav!)
-Seaweed and Crystalline Salts

Colgate Naturals - Pure Fresh
-Lemon & Aloe Vera




Pilih je mana yang korang berkenan. Beli tiga-tiga terus pon takpe. Boleh beli dekat semua pasaraya seluruh negara.



Best tilam Goodnite ni! Kalah tilam hotel

$
0
0


Tiba-tiba rasa nak tukar tilam. Tilam yang sedap dan best sikit.Penting tau untuk dapat tilam yang sesuai, baru kita boleh tidur dengan baik. Sebab tidur yang berkualiti boleh buat badan sihat. Kalau tidur tak cukup memang boleh jadi stress and badan pon lesu je.


Dah kahwin ni kena ada persetujuan bersama.Tak boleh buat keputusan sorang-sorang. Hehe. Aku berkenan dengan tilam Goodnite Forever Love. Try baring macam sedap je. Husband pon setuju je kalau ambil tilam Goodnite. So dapat lah merasa tilam Goodnite pulak. Yayy. 


Han pon kemain gembira dapat tilam baru. Posing mengalahkan model tilam. 😝



Kalau baring, kalah tilam hotel. Rasa nak baring setiap masa je atas tilam ni. Untuk tidur yang lebih enak, semestinya tidur atas tilam yang paling best, yang boleh membuatkan kita tidur berjam-jam sampaikan alarm jam berbunyi namplohlapan kali pon tak dengar. Muehehe.


Lengkap dengan bahan terbaik dan ciri-ciri yang paling canggih, memang sedap lah tidur uiii.

Suka nya dia ada tilam Goodnite. Hee.


 Goodnite ni memang pakar buat tilam dari dulu lagi. So don't worry be happy. Pasti nya berbaloi-baloi kalau korang beli tilam Goodnite ni.

Best lah tilam ni. Aku suka. Memang berbaloi lah kalau korang nak beli. Tilam spec hotel 5 bintang. Memang tidur nyenyak lah sebab betul-betul selesa. Tak ada sakit-sakit badan. Real back care. Memang support tulang belakang. 



StatFree® Anti-Static Fabric and G-Latex™ Premium Natural Latex on top.





High Density Bio-Foam. Memang tumpat dan tinggi tilam nya.




Tilam Forever Love Series ni memang direka untuk memastikan pengalaman tidur yang mewah dan bagi kita keselesaan.


Baring pon siap tersengih. 
Memang selesa dan rasa mewah bila baring dekat tilam ni.


Harga untuk Goodnite Forever Love:

Queen size (5’) -RM4399
King Size (6’)- RM5199

Aku punya tilam Queen size. Tapi memang berbaloi beli. Seriously, tak rugi pun melabur dekat tilam ni. So, keluar lah bajet lebih sikit untuk beli tilam yang selesa terutama nya kepada yang tengah merancang untuk berumahtangga. 


Bila dah kahwin dan ada family ni aku fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi kalau kita ada bajet lebih. For me, tak rugi kita invest sikit duit beli tilam yang sedap. Bila tidur sedap maksudnya kita dapat quality sleep. So nak bangun subuh pon senang. Tilam yang berkualiti ni memang bukan keperluan asas tapi kalau ada kemampuan memang wajar lah pertimbangkan sebab kualiti tidur antara aspek penting untuk mengekalkan tubuh dan jiwa yang sihat. Kita pon lebih aktif dan produktif kalau cukup tidur. Kan? 😁


Bila sakit gastrik datang

$
0
0

Dulu zaman study dekat uni aku selalu jugak kena gastrik. Sakit woo bila gastrik datang. Nak buat apa-apa pon tak boleh. Perut pedih je. Nak rukuk time solat pon sakit. Punca aku kena gastrik dulu sebab makan tak on time. Makan pon main bedal je bila nak. Selalu skip breakfast. Lepastu time study pon stress.Makan pedas memang favourite lah. Tapi kalau ada gastrik tak elok sebenarnya makan benda pedas, masam, berempah, ada cuka atau buah-buahan yang berangin.


Pesakit gastrik ni memang kena selalu jaga makan dan kena makan ikut waktu. Dulu gastrik aku teruk. Now dah ok sikit.Cuma aku tak boleh lewat makan. Breakfast tu memang wajib ambil. Kalau aku lambat makan breakfast pon, kepala dah start pening mula lah meloya dan rasa nak muntah. Perut pon pedih. Kena selalu baca Al-Quran supaya hati tenang dan elakkan fikir bukan-bukan. Kadang-kadang bila datang gastrik tu, pernah lah gak rasa macam nak mati je. Serious. Tu sebab jangan bagi diri stress.Kena selalu buat benda yang happy kan diri sendiri.


Ni antara cara aku atasi masalah gastrik:


1- Kurangkan makan makanan pedas dan berempah.

Ini susah jugak aku nak buat sebab aku memang suka makan pedas. Kalau time study dulu memang selalu makan nasi campur lah bila habis kelas. Lauk yang aku pilih mesti benda-benda yang bersambal. Boleh kata setiap hari lah makan sambal. Lauk yang bersup atau gulai aku tak minat sangat. Tapi bila dah rasa betapa sakitnya gastik tu,aku kurangkan jugak lah makan pedas. Nak makan boleh, tapi kena beringat lah.




2- Elakkan makan lambat dan elakkan perut kosong terlalu lama.

Pesakit gastik ni cepat rasa pedih perut bila time lapar. Orang ada gastrik ni tak boleh makan lambat. Dulu time study memang aku dah stand by roti and biskut dalam bilik.Bangun pagi dah siap mandi semua memang WAJIB makan and isi perut dulu. Kalau tak, memang sakit perut lah lepastu kalau skip breakfast. Elakkan perut kita kosong terlalu lama.




3- Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa.

Yang aku perasan aku tak boleh makan terlampau banyak dalam satu masa. Kalau tak, perut rasa kembung dan sebu je. Mula lah rasa tak selesa. Seeloknya makan banyak kali tetapi dalam kuantiti yang sikit, bukan makan sekali tapi kuantiti banyak. Kalau lapar gila pon, aku akan pastikan kuantiti makanan yang aku ambil tu cukup dan tak berlebihan.




4- Minum air masak 3 liter sehari

Aku memang ada stand by botol air siap-siap. Dulu time study, pergi kelas pon aku rajin bawak botol air. Aku memang tak suka minum air gas. So selamat lah dekat situ. Rajin jugak lah aku minum air masak 3 liter dalam sehari. So minum air kena cukup. Sebab bila badan kita cukup air, badan akan dapat berfungsi dengan lebih baik.




5- Amalkan NuvaPineA

Selain amalkan tips-tips dekat atas, aku ambil 2 capsules NuvaPineA, 2 kali sehari sebelum makan. Ni ubat tradisional. Kalau nak ambil, consult dengan pharmacist/doktor dulu.

 NuvaPineA ni memang terbukti secara klinikal dapat menyembuhkan perut yang ada masalah gastrik, acid reflux, GERD, H.pylori infection dan ulser perut.


NuvaPineA ni memang selamat, berkesan dan terbukti boleh rawat masalah gastrik tanpa kesan sampingan selain makan ubat klinik.

Boleh ambil 2 capsule 30 minit sebelum makan. Ahli pharmacist menasihatkan makan dose yang betul untuk masalah aku. Kalau tak, results tak nampak lah kalau under dose. Pembelajaran baru untuk aku. Right dose, right results. Ok ON!




Sekarang ni masalah gastik aku better dah dari dulu sebab aku makan dengan betul dan makan ikut time sekarang. Tapi gastik ni boleh datang balik kalau aku skip meal. Sebab tu aku makan lebih teratur sekarang. Dah ada NuvaPineA ni lagi melegakan lah masalah gastrik aku.


Jangan kita pandang remeh je isu gastrik ni. Kalau kita biar je tanpa rawatan khusus, kita boleh diserang gastrik yang lebih kronik macam ulser peptik dan kanser perut. So, kita kena berjaga - jaga supaya tak ada pendarahan kronik didalam perut.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook NuvaPineA yang dikendalikan oleh ahli-ahli farmasi yang berpengalaman.



Project baru dengan suami

$
0
0
Wuhuuuu. Lama pulak rasa tak bersiaran dekat blog ni. Lately busy sikit. (Cehh macam lah ada orang kesah kau busy ke tak kann?) Ehehe. Dulu masa zaman bujang memang banyak masa. Nak update blog nambelas entry sehari pon takdehal. Sekarang dah kahwin ada anak dan suami ni, memang berbeza lah kehidupan berbanding dulu. Memang lebih utamakan diorang dulu dari benda lain.



Ringan macam kapas katanyehhh 😏. Kihkih

Kalau siapa follow aku dekat instagram (@cikepal06) mesti tahu punya aku spesis menternak lemak. Tak ada beza pon sebenarnya dari dulu pon. Memang jenis kuat makan. Haha.Tapi dah kahwin and dah beranak ni aku boleh kata agak susah nak maintain berat badan. Nak naik badan tu senang. Nak turun berat badan tu ya ampunnn punya lah payah.


Aku dan husband pon ada masa badan naik bagai dipam-pam jugak ni. Bahagia agaknya. Kehkeh. Tapi bila badan naik, mula lah risau. Sebab kalau boleh memang kitorang nak ada badan slim dan sihat sampai ke tua. InsyaAllah.



Sampai lah kitorang rasa nak ada produk kurus. Kitorang berdua jadi tikus makmal lah nak try sample. Ambil masa bertahun dengan team kitorang nak kaji hasil dan mutu produk bagi betul-betul berkesan! Banyak sample yang kitorang tolak, sampai lah kitorang setuju nak keluarkan produk atas nama Fair Fit FF.






Yang best nya sebab Fair Fit ni rasa sedap!


Ada jugak testimoni kitorang yang turun sampai 20kg! Sebab tu memang kitorang yakin Fair Fit ni memang berkesan kalau korang ada masalah berat badan. Pasal testimoni ni aku akan cerita next entry.


Kitorang tengah cari agen sekarang. Sebelum pengambilan agen ni ditutup, kalau korang rasa berminat nak jadi agen produk , boleh whatsapp details nama penuh dan location ke 011-27087214.


Yang berminat nak try produk dan ada azam nak kurus tu, boleh lah follow instagram dan facebook page Fair Fit. Lepas ni kitorang launch!





Mederma : Tips hilangkan parut ‘Stretch Mark’ mengandung selepas bersalin

$
0
0

Tahu apa itu Stretch Marks? Stretch Marks tu dalam bahasa melayu nya adalah kesan regangan kulit. Dulu masa zaman anak dara memang tak ambil port pasal stretch marks ni. Aku tahu pon bila dah pregnant. Sebab benda ni selalunya ibu mengandung yang dapat. Bila perut kita makin besar, kulit pon makin meregang.


Analogi nya macam sebiji belon. Belon mula-mula kan elok je bergetah macam kulit perut kita before pregnant. Tapi bila tiup belon sampai besar,pastu kita lepas kan angin belon tu, berkedut-kedut lah balik kulit belon itu sebab kesan regangan tadi. Macam tu lah analogi belon dengan perut perempuan mengandung ni.



Camni haa....

Stretch Marks di perut. Tengok macam gambar ni, boleh jadi gatal jugak dekat bahagian perut tu.
Eh! tapi ni bukan perut aku tau. Ni gambar ihsan pakcik google :D

Sebenarnya boleh je nak dapat kulit cantik dan bersih tanpa kesan stretch marks time pregnant. Tapi ikut nasib badan atau keturunan lah. Kalau perut mak kita bersih je tak ada stretch marks time mengandung, mungkin kita sebagai anak perempuan beliau, bila mengandung pon boleh dapat kulit bersih tak ada stretch marks. Tapi tu lah. Part ni memang ikut nasib badan.


Kita boleh atasi stretch marks ni dengan cara lembapkan kulit sekitar perut, peha, punggung dan sekawasan dengannya. Cara nya? Sapulah krim pelembap, losyen atau apa-apa je minyak yang boleh melembapkan kulit. Seelok-eloknya,kena start rajin sapu seawal mungkin bila dah tahu awak tu mengandung. 

Produk yang bagus yang aku boleh suggest untuk korang yang nak atasi masalah stretch mark ni.

MEDERMA
STRETCH MARKS THERAPHY
CREAM


Mederma Stretch Marks Therapy ni ada 3 tindakan pemulihan yang berfungsi sama-sama untuk meningkatkan kelembutan, melicinkan tekstur dan mengekalkan kelembapan kulit, serta melicinkan tanda-tanda regangan.

Ni bahan utama dia:

CEPALIN- Terbukti secara klinikal untuk mengurangkan kemerahan dan membantu melembutkan parut.

HYALURONIC ACID- Untuk mengekalkan kelembapan kulit

CENTELLA ASIATICA- Untuk mengencangkan dan mengembalikan keanjalan kulit supaya kelihatan lembut dan licin.


Bau dia wangi. Aku suka sangat bau dia. Tak melekit lak tu.

Sapu sampai cream tu serap sepenuh nya dekat kulit.



Bila dan siapa patut guna?

Mederma Stretch Marks Therapy sesuai diguna untuk regangan baru dan mengurangkan regangan daripada terjadi. Selamat digunakan mulai trimester kedua dan semasa menyusu.




Cara nak guna?

Sapu Mederma Stretch Marks Therapy 2 kali sehari pagi dan malam, massage sampai semua cream tu serap sepenuhnya.


Macam ni. Ambil cream, sapu dekat perut.




Massage Mederma® Stretch Mark Cream dengan small circular motions sampai ia diserap oleh kulit.


For best results, pakai 2 kali sehari pagi dan malam. Sapu setiap hari ye.Bila apply, massage slow-slow dalam gerakan bulat.Dermatologists recommend massage gently sebab ia membantu jadikan kulit lebih lentur dan improve how they look.



Pengguna Mederma Stretch Marks Cream akan nampak kesan lepas 4 minggu guna secara kerap. Untuk kesan yang terbaik, gunalah Mederma Stretch Marks Cream selama 12 minggu. Yang paling penting, produk ni bebas dari paraben :)


Yang tengah mengandung atau lepas bersalin tengah baca entry ni, boleh cepat-cepat beli Mederma Stretch Marks Therapy ni dekat Caring Pharmacy,Guardian atau Watsons.Tak lah seram nanti tengok parut dekat perut sendiri.







Facial dengan produk Swissline

$
0
0
Rasa macam dah lama gila tak buat facial. Last buat facial masa belum kahwin lagi rasanya. Ni tetiba rasa nak manjakan diri buat facial. Teringin nak try produk Swissline. Cari spa mana yang ada guna produk ni, jumpa Cala Rossa Spa & Beauty. So apa lagi. Moh ler kita ke sini.



Mula-mula cek kulit muka. Aku memang dah lama jugak tak cek kulit ni.




Scan dekat dahi, dekat pipi, seluruh muka semua.

Then dengar explanation dia.




Mati-mati aku ingat selama ni kulit muka aku berminyak! Sebab bila bangun pagi selalunya kulit mesti berminyak, sebab tu aku ingat kulit aku jenis oily.  Rupanya aku kulit KERING. Actually, kita semua kena tahu tau kulit kita jenis apa. Senang nak cari skincare yang sesuai dengan kulit. Lepas ni aku dah aware lah yang kulit aku kering rupanya. Bagus jugak buat skin test ni. Kalau tak, sampai mereput lah aku ingat kulit aku jenis oily. Ehehe.


Untuk keanjalan, kulit aku masih anjal. "The skin is young and elastic". Sebab aku pon muda lagi kan, mesti lah kulit masih anjal.Tapi time muda-muda ni lah nak kena start jaga kulit kan?

Pastu, dia check pH kulit kita pulak.

pH kulit aku normal je so ok lah.

Bagus machine ni. Terus dapat result on the spot. Kita tahu lah apa yang kita kena penting kan untuk skincare regim kita.


Sebelum masuk nak buat facial, minum teh dulu.



Berdasarkan result test kulit aku tadi, aku nak try "MAINTENANCE TREATMENT FACIAL". Harga RM220.

Ni dalam bilik facial. Facial semua pakai produk Swissline.

Masuk-masuk je dia suruh tukar baju. Yang best nya, selain facial, siap dapat back massage lagi. Sedap je badan kena urut.



Staff dekat sini sangat friendly and helpful. Apa-apa benda kau rasa nak tanya pasal kulit, tanya je.

Nak produk Swissline ni!



Kalau korang nak facial dengan produk Swissline, boleh cari Cala Rossa Spa and Beauty ni dekat KL. Recommended!


Ni produk Swiss Line yang aku dapat.  Aku banyak dengar good review pasal produk Swissline ni. Sebab tu sangat tak sabar nak cuba!


Swissline Force Vitale Serum. RM598

Aqua Vitale Serum 24. RM598

Yang best pasal serum anti-aging ni sebab boleh menyegarkan, menghidratkan dan memberi tenaga kepada kulit dengan pelbagai 24 nutrien. Antioksidan yang berfungsi selama 24 jam untuk bagi penghidratan dekat kulit. Kalau yang jenis kulit kering macam aku memang sesuai sangat pakai serum ni. Serum ni sangat unique! Bila pakai je kulit serta-merta lebih segar, lebih lembut dan basah dengan kelembapan. Serious best tak tipu! Terbaik serum ni.


Cara nak pakai Swissline serum ni senang je. Dah cuci muka dengan cleanser,pastu pakai toner, then ambil two pumps serum letak dekat tapak tangan. Ambil hujung jari korang,rata kan serum dekat seluruh muka dan leher. Boleh guna setiap hari.





Swissline Cell SHock White -RM558

Swissline Cell SHock White -RM558

Bertindak sebagai sunblock. Ada SPF 50. Ada 2 jenis, satu warna putih, satu lagi invisble. Aku ambil yang invisible. Jangan lupa goncang dulu sebelum guna. Sapu nipis dekat muka dan leher. Elak kan kawasan mata ok!

Yang best pasal sunblock Swissline ni sebab ia invisible, sangat ringan untuk kita mix dengan moisturizer.  Cahaya matahari yang tembus kulit boleh jadi kan kulit gelap, kusam, timbul bintik hitam dan yang teruk lagi boleh jadi kanser. Kena rajin pakai sunblock tau! Swissline sunblock ni boleh melindungi kulit dari kesan buruk cahaya matahari. Water-resistant formula. Mineral oil and alcohol free.





LUXE-LIFT RICH CREAM - RM708

Yang ni paling aku tak sabar nak guna! Harga produk Swissline ni memang mahal sikit tapi serious berbaloi kalau beli.


Moisturizer ni dalam bentuk jar. Tapi jangan risau, dia ada bagi stick untuk kita scoop. So bersih lah dari kita celup guna jari je.


Bau dia best sangat! Sangat menenangkan. Dewy cream ni sangat sesuai untuk kulit yang ada tendency kering/dehydration. Moisturizer ni membantu untuk lift kulit, pulihkan dan kurangkan lines and wrinkles dan jadikan kulit selembut sutera.Uihh best nya!


Dengan kepekatan tinggi kolagen laut tulen, emas koloid dan fibroin (protein dari sutera), memang sangat membantu untuk mengelakkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas dan melindungi kolagen semula jadi kulit.

Cara nak guna: Massage dalam circular movements dekat muka, dan turun ke leher. Bolah pakai setiap pagi dan malam lepas skincare regime kita yang biasa. Dah pakai cleanser, toner, serum then boleh pakai moisturizer ni.


Kulit aku pon makin lembap dan licin lepas pakai produk Swissline ni. Kalau korang nak tahu lebih pasal produk Swissline, boleh tengok website ni https://www.swissline-cosmetics.com/en/

Review movie: Skyscraper , Mamma Mia, Brother of the year , Ocean's 8

$
0
0

Lama nya tak review movie! Ok straighforward je lah terus. Malas nak merepek. Hehe.



SKYSCRAPER

Cerita pasal seorang ayah yang nak selamatkan family dari bangunan skyscraper yang terbakar. Tengok cerita ni sebab The Rock berlakon.Ada suspen dan gayat-gayat sikit. Power gila tak mati-mati mamat ni. Haha. Kalau kita kat tempat kejadian tu, confirm mati dah tu. Sebab The Rock dekat situ, benda impossible pon jadi possible. Jalan cerita biasa je. Predictable. Action fight tak padu sangat. Ada lah yang tak logik nya. Part dia lompat tu memang sumpah ah tak make sense. Haha.

Cerita ni bagi aku boleh ah layan tapi tak ada lah terlalu best sangat.

Rate: 7/10


Mamma Mia 2

Tak tengok yang 1st punya. Terus tengok yang ni.
Awal-awal jalan cerita slow sikit.Menguap jugak aku masa awal cerita. Towards the end, baru lah best sikit. Cerita musical. So banyak nyanyi dan joget-joget dalam cerita ni. Kalau korang tak into musical, mesti korang akan cakap cerita ni tak best. Haha.

Bagi aku, lagu dalam cerita ni kurang menyengat dan tak buat kita teringat-ingat.Jalan cerita ringan je. Cuma dia best pasal kekeluargaan.

Rate: 6/10


BROTHER OF THE YEAR

Cerita Thailand, pasal 2 beradik yang tak sebulu dari kecik. Kerja asyik nak gaduh je sampai ke besar. Tengok trailer memang gempak. Kira kalau korang tengok trailer cerita ni mesti akan rasa "macam best je cerita ni. Kena tengok ni".


Aku expect cerita nya kelakar. Tapi part kelakar tu sikit je. Dah last-last sedih pulak. Pelakon memang handsome dan cantik. Aku kenal Nickhun je sebab memang aku peminat tegar Running Man. Awal-awal episod RM dulu memang si Nickhun ni rajin datang. Hero lagi sorang macam Mark Adam je aku tengok. Tapi versi semenggah dan helok sikit lah. Haha.


Pelakon semua ok. Cuma storyline dia tak best sangat. Sebab aku expect abang dia tu annoying gila lah. Tapi annoying abang dia tu tahap biasa-biasa je. Kalau lebihkan part annoying dan kelakar tu aku rasa mesti lagi best.

Nak layan santai-santai boleh je. Tapi jangan lah berharap cerita ni best gila-gila. Pelakon dia yang handsome dan cantik je antara penguat orang nak tengok cerita ni. Plot dia main sumbat je. Tapi kalau korang jenis hati tisu, maybe boleh nangis lah kot tengok cerita ni. Hehe.

Rate: 6/10

OCEAN'S 8


Cerita pasal Debbie Ocean adik Danny Ocean yang lahir dari keluarga pencuri. Masuk penjara sebab mencuri. Bila keluar penjara je, dia plan lagi nak mencuri dan terus cari team. Memang tak serik-serik pompuan ni. Haha. Memang jiwa mencuri tu sangat mencebal dalam diri 😄


Cerita ni keluar lama dah. Tapi ada jugak panggung yang still tayang. Lain sikit lah kali ni sebab semua perempuan kan.Aku memang suka tengok cerita ala-ala macam ni. Pelakon semua best. Storyline dia memang straightforward je. Ada lah plot twist sikit. Maybe aku expect more. Bagi aku, ok ok je lah cerita ni


Not bad. Not great. Gituwww.

Rate: 7/10


Ada antara cerita yang aku sebut ni korang dah tengok? Best ke tak bagi korang?

Maintenance kereta

$
0
0

Perempuan ni selalu rajin nak jaga muka dan badan. Rajin nak cantik kan diri buat facial, make up, daily skincare rituals, exercise dan macam-macam lah. Tapi bila sampai part nak jaga kereta. Kadang-kadang kita abaikan je. Kannn? Hehe.

Masa beli kereta kemain excited nak drive. Hari-hari kalau boleh nak drive.Pergi servis kereta pon kalau teringat atau jika kereta ada problem. Bila kereta rosak, haaa time tu lah kita baru nak ambil tahu sikit hal kereta ni. Kalau tak, selalu ambil lewa je. Yang tahu bila isi minyak, kereta jalannn. Hehe. Sebenarnya penting tau untuk kita pastikan kereta sentiasa diservis di pusat/bengkel perkhidmatan yang sah/dipercayai. Sama macam kita jaga diri kita, bila kita nak buat facial mesti buat dengan beautician yang dipercayai.


Kalau pandai guna kereta kena lah pandai jaga. Orang perempuan ni kena juga belajar basic car maintenance. Untuk cek minyak hitam, brek berfungsi dengan betul, tayar jika ada udara yang mencukupi and belajar untuk menukar tayar and etc. Semua kena ambil tahu. Sebab kalau jadi apa-apa,kita pon akan tahu macam mana nak settlekan dan tidak perlu lah selalu bergantung dengan orang lain.


Sekarang ni Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor dah dilaksanakan, kena lah drive extra cermat kalau nak nikmati lebih manfaat.

Jika kereta yang dijaga dengan baik, risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Oleh itu, anda boleh maintain NCD justeru menikmati penjimatan premium insurans jangka panjang. Best kan?  

Jadi, ‘Play Your Role’ sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab:

• Letakkan dalam calendar time untuk servis kereta so that u tak lupa.
• Ikut nasihat mekanik, kalau tiba time nak tukar tayar atau minyak enjin, tukar jer. Jangan nak jimat dan abaikan keselamatan anda.
• Guna parts yang tulen. Banyak yang sanggup guna parts recycle atau tayar celup/botak, JANGAN SEKALI!

Tahu tak?

Berdasarkan kajian oleh National Highway Traffic Safety Administration pada rahun 2005 – 2007, 44,000 kemalangan berlaku disebabkan kegagalan kenderaan berfungsi dengan baik seperti tayar,brek,roda stereng, suspense, transmit, enjin dan masalah lain berkaitan kenderaan.

Kenderaan yang tidak diselenggara secara teratur mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan boleh mengakibatkan kemalangan. Selenggaralah kenderaan secara berjadual untuk mengurangkan risiko kemalangan.  

Nak tahu bagaimana untuk enjoy lebih manfaat for motor insurance untuk kereta anda? Boleh baca blog post aku tahun lepas on how to shop for a better deal.  


More info boleh tengok link ni, 



Dugaan sebelum pergi umrah

$
0
0
Fuhhh boleh tahan bersawang jugak blog aku ni. Di tahun 2019 ni semoga makin rajin lah nak update blog.Aku baru je balik dari umrah. Bila balik umrah ni aku ada semangat baru sikit. Sebelum ni kalau aku pergi travel mana-mana, bila dah balik mesti rasa macam malas je nak update blog. Bila balik umrah ni rasa macam rajin pulak nak membebel dekat blog balik. 😆


Aku tengah pregnant anak ke 2 sekarang. Siapa yang follow aku dekat instagram (@cikepal06) mungkin tahu lah perkembangan aku yang makin kembang ni 😅.Pregnant kali ke 2 ni agak berbeza kalau nak compare dengan aku pregnant kan Han dulu. Masa pregnant kan Han, aku tak ada alahan, aku tak muntah-muntah dan aku agak rajin jugak lah. Masak memang rajin.Asal papa Han ajak jalan mana-mana pon aku ON je. Rajin bersiap, rajin nak make up bila keluar.


Tapi pregnant kali ke 2 ni memang berbeza sangat. First trimester aku asyik muntah je. Pagi muntah, malam muntah. Tengok gambar makanan pon boleh muntah. Tapi muntah-muntah pon kena makan jugak, kalau tak nanti lapar. Bila lapar rasa nak muntah lagi. Sampai dah tak ada benda lah nak muntah kadang-kadang tu. Pastu ada alahan bau. Tak boleh bau tumis, tak boleh bau benda busuk, tak boleh bau aroma makanan. Contoh kalau masuk KFC, terbau aroma ayam goreng tu,Ya Allah serious boleh buat muntah.Memang tutup hidung je kalau masuk mana-mana restoran. Pastu aku jadi malas gila. Rasa nak tidur je. Dah masak pon tak boleh. Pastu malas nak keluar rumah. Malas nak bersiap. Makeup lagi ah malas.Semua benda ah malas.


Papa Han memang berdikari habis lah cari makanan dekat luar sepanjang aku pregnant kali ni. Dah mintak maaf awal-awal dekat dia, memang aku tak boleh nak masak kali ni.Dia pon ok je, keluar dengan Han cari makan. Pastu tapau makanan aku bawak balik. Tapi ada jugak kadang-kadang dia suruh aku keluar jugak hirup udara segar. Nanti dia ajak lah pergi Penang ke, balik Taiping ke, pergi rumah ibu aku ke.Ada jugak dia memberi cadangan negara-negara untuk travel nak bawak aku jalan,tapi semua tempat aku malas nak pergi. Sebab memang rasa tak ada mood nak berjalan.Rasa nak duduk rumah je.


Sampai lah satu masa, suami aku warded. Yang jadi kemusykilan nya, dia sakit, tapi doktor tak dapat detect dia sakit apa. Dia rasa macam nak mati,sesak nafas,lidah cramp susah nak bercakap, belakang tengkuk rasa berat,dada rasa ketat, jantung laju,kepala rasa macam kena ikat dengan getah kuat-kuat. Dah buat scope,MRI,ct scan semua benda lah dah buat tapi still doktor tak dapat sah kan dia sakit apa. Last doktor bagi choice suruh ambil air tulang belakang. Ok yang ni aku tak approve. Sebab dia muda lagi, aku tak nak bila dia buat, penyakit lain pulak yang datang.

Yang paling dahsyat nya jantung dia tengah laju gila ni, tapi doctor cek sebelah menyebelah dia, doctor boleh kata normal je tak ada masalah.Masuk hospital 6 hari. Keluar hospital pon doktor tak bagi apa-apa ubat sebab tak boleh detect sakit apa.

Bila ibu ayah aku datang melawat, mak mertua aku datang melawat. Ok macam biasa lah. Orang-orang tua mesti akan suruh berubat kampung juga. Suami aku pulak dia susah nak percaya benda-benda ni. Kalau ikut aku, aku percaya je benda-benda yang diluar jangkauan sains ni. Dah doktor pon tak boleh detect dia sakit apa. Tak ke pelik. Pergi Darussyifa, ustaz tu just cakap gaya macam ada gangguan. Dia bagi air bacaan surah suruh suami aku minum bila balik nanti.


Balik rumah dia minum air ustaz bagi tu. Dalam seminggu minum but still dia rasa sakit yang sama.Time ni dia tetiba cakap dengan aku dia nak pergi umrah sebab dia tak tahan dengan sakit dia ni. Mungkin dengan cara dia sakit ni Allah panggil dia untuk datang. Aku mula-mula 50-50 jugak nak pergi. Sebab aku tengah alahan asyik nak muntah je pastu memang rasa tak ready lansung lah nak pergi.Then, dia pernah cakap dengan aku nak tunggu Han besar dulu baru pergi umrah. Tapi bila aku fikir-fikir balik selama aku bawak Han travel,memang Han agak behave. Dia tak banyak buat hal sangat. So aku rasa kalau pergi umrah, mesti dia ok punya.



Dia tanya dekat ig storie dia travel agent mana yg ok kalau nak buat umrah. Macam-macam agency lah  yang orang suggest. Last-last kitorang pilih je lah yang paling ramai orang suggest. Dah malas nak fikir dah.Esok nya terus pergi ofis travel agent dan pilih pakej. Dia nak bawak mak dia sebab dia nak mak dia doa depan Kaabah supaya dia sihat balik macam biasa sebab doa mak ni kan makbul. Aku pon nak bawak parents aku jugak sebab tu memang impian aku dari kecik lagi, kalau aku nak pergi umrah, aku nak bawak ibu ayah aku sekali.


Semua plan last minit, aku ada 2 minggu lagi untuk aku pergi umrah.Settle bab pilih pakej umrah semua, masing-masing kena vaksin kecuali aku. Sebab aku pregnant, aku dikecualikan untuk vaksin. Dan doktor aku pon memang tak benarkan aku vaksin. Cuma doktor bagi aku vitamin untuk aku makan, sebelum pergi kena makan dan sepanjang dekat sana pon kena makan hari-hari. 


Vaksin untuk Han.Ni lah nama vaksin nya.Rasa macam nak meninggal nak menyebut nya 😂

Han ni asal cucuk je mesti nangis 😂

Tetiba aku demam panas sangat-sangat.Badan memang lemah gila. Call ibu aku cakap aku demam panas. Ibu aku risau dah, dia suruh pergi hospital terus. Dia kata kalau pregnant bahaya demam panas. Baik cepat-cepat pergi hospital.


Pergi hospital, doctor kata aku ada influenza. Pastu memang demam panas,pening kepala,batuk semua.Kena warded. Dalam 5 hari jugak lah dalam hospital ni. Sepanjang dekat hospital, aku dah cakap dengan husband tak payah lawat aku pon tak apa sebab influenza ni boleh berjangkit.Aku ok je hari-hari duduk hospital sorang-sorang. Yang penting, dia dengan Han tak berjangkit.

Tapi husband aku ni degil, dia kata dia dengan Han dah cucuk vaksin umrah tu mesti antibody kuat punya dan tak kan demam. Masalahnya dia cucuk vaksin tu untuk ke umrah, bukan cucuk vaskin infleunza sekali pon. Yang dia dengan Han pon hari-hari lah datang lawat aku,kadang-kadang tidur hospital. Masuk bilik aku pakai mask.Tapi kadang-kadang depa pi tanggal jugak mask.

Lepas je aku keluar hospital, Han pulak masuk hospital.

Ya Allah, aku tak kisah kalau aku sakit. Tapi aku tak boleh betul kalau Han sakit. Sayu je hati bila tengok dia masuk hospital sebab berjangkit dengan aku.

9 hari sebelum pergi umrah,Han pon kena warded sebab influenza jugak. Time ni husband aku berjangkit jugak. Dia pon demam. Cuma dia dah tak larat nak warded sebab dia baru keluar hospital kan. So dia mintak ubat je dengan doktor. Dalam 4 hari jugak Han dalam hospital.Pastu nasib baik boleh keluar.

Sebab kitorang satu family tak ada insurance dan masuk hospital private. Time ni bil suami, aku dengan Han nak cecah berbelas ribu. Duit berbelas ribu ringgit habis macam tu je bayar bil hospital. Time tu rasa macam mungkin tu dugaan Allah nak bagi.


Kitorang sebenarnya kena pergi kursus umrah. Kalau pergi dekat ofis agency,free je tapi ramai orang lah time kursus. Sebab aku punya tarikh nak ke umrah ni pon memang hujung tahun dan tengah musim cuti.Memang penuh orang. Agency suggest, boleh jugak kalau nak kursus umrah private tak campur orang, tapi kena bayar rm300 untuk ustaz datang rumah. Aku satu family pon macam tak berapa sihat sangat,nak keluar rumah pon kena pakai mask. So kitorang ambil je lah kursus umrah private tu.

Ni memang betul-betul last minit. 2 hari sebelum nak pergi umrah, mutawwif datang buat kursus umrah dekat rumah.

Time ni ajak lah sekali ibu, ayah dan mak mertua aku dengar. Tapi best jugak kursus one to one macam ni. Senang kita nak tanya apa-apa.


Ni lah dugaan-dugaan aku dan family sebelum aku pergi umrah. Masing-masing semua masuk hospital sebelum nak pergi. Mungkin Allah panggil kita untuk jadi tetamu DIA dengan macam-macam cara yang berlainan.Next entry aku cerita pengalaman aku masa buat umrah pulak ye.

ok bye! 😊

Pengalaman minum air gula time mengandung

$
0
0

Sebelum aku pergi umrah, aku check up dengan doktor. Dia tanya parents aku ada yang ada kencing manis ke? Aku tahu ayah aku ada satu penyakit ni, tapi aku lupa sakit apa. Aku pon pergi cakap "ada" dekat doktor. Terus doktor cakap "Ok disebabkan ayah awak ada kencing manis, lepas awak balik umrah nanti saya nak awak minum air gula".


Time tu aku rilek-rilek je. Pastu balik rumah search lah pasal air gula ni.Baru aku sedar yang air gula ni bukan benda yang menyeronok kan😂. Gulp. Kena minum air gula ke? Alaaa. Masa pregnant kan Han tak kena pon. Kenapa kali ni kena pulak ni? Pastu husband aku pon cakap "eh yunk betul ke ayah ada kencing manis. Rasa macam tak ada". Aku pon was-was jugak. Terus contact ayah aku tanya dia ada kencing manis tak. Rupanya dia tak ada, dia cakap dia ada DARAH TINGGI je.

Alaaaaa aku confused kecing manis dengan darah tingggi tu. Tak pasal-pasal lepas balik umrah kena minum air gula. Uwaaaaa 😫. Pastu aku pon malas nak fikir, aku prepare lah persiapan aku ke umrah.


======

Lepas balik umrah,semalam aku check up. Doktor suruh aku puasa sebelum datang.Appoinment 8am. Sebelum sampai memang aku tak ada makan apa-apa pon lah. Minum pon tak. Tapi pregnant kali ni,aku senang pening kepala kalau aku lapar. Sampai je dekat hospital, perut aku rasa lapar. Tetiba pening kepala. Terus cari toilet dan muntah morning sickness. Phewww.


Bila jumpa nurse tanya dia,boleh ke buat glucose test ni lagi sebab sampai-sampai hospital tadi dah muntah? Nurse kata ok je, janji jangan makan.


Mula-mula cek berat.Dah cek berat, cek urine pulak. Then kena ambil darah sebelum minum air gula.




Pagi-pagi dah kena hadap benda ni.

Nurse ambik darah.

Nasib baik ambil darah just a dot macam ni je. Ingatkan mula-mula dia nak cucuk dekat tangan dan ambil banyak 😅

Emm.......Tiba lah masa nya untuk minum air gula. Nurse cakap jangan muntah. Kalau muntah, kena minum lagi sekali.

Huh? Apa? Kena minum lagi sekali? 

Ok set dekat brain siap-siap.

"Jangan muntah, jangan muntah,jangan muntah,sesungguhnya air ini sesedap air fresh orange juice yang diminum tepi pantai sambil layan view dan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa."

Dengan lafaz bismillah, terus minum seteguk dan berharap tak muntah.

Habis je satu cawan ni, terus cakap dalam hati.Ok tahan-tahan. Jangan muntah.Aku boleh. Aku boleh. Malaysia Boleh! 😂

Dan akhirnya selesai cabaran minum air gula ni.Alhamdulillah tak muntah.

Rasa dia?

Tak sedap.

Pastu nurse letak air suam dalam gelas yang sama suruh aku minum. Nak bagi aku lega sikit katanya. Ni je last air yang aku boleh minum. Then dia suruh tunggu dekat luar selama 2 jam untuk depa test. Tapi selama 2 jam tu jangan makan dan jangan minum.Pastu depa cek blood pressure.


Melanguk lah aku tunggu dekat luar sampai 2 jam. Tapi between 2 jam tu ada doktor panggil nak buat ultrasound.

Sebelum nak cek, doktor kata. "Harap baby bagi kerja sama untuk kita check dia ye?"

Tanya balik "Kenapa doktor? Kerja sama macam mana?"

"Kadang-kadang ada baby yang dia menyorok. So kita tak boleh nak detect dia secara details"

Oooo. Tapi nasib baby aku ok je.Senang je cek dia. Dia bagi kerja sama.Time ni cek otak baby, buah pinggang, perut, tulang dan macam-macam lagi lah secara details.

Nama benda alah ni Antenatal Scan Anomaly. Scan jenis ni memang detail untuk kita tengok kalau anak kita ada cacat ke, mulut sumbing ke, boleh detect awal dan bagi persiapan dekat kita.Takut nanti lepas bersalin,kalau ada kecacatan dekat baby,takut kita kemurungan. At least bila kita buat scan ni, kita dah bersedia dengan apa-apa yang jadi dekat baby kita.


Nampak tulang baby. Size kepala semua memang details.

Semalam aku buat check up ni. Kandungan 21weeks 4 days.Sepanjang aku pregnant ni pon aku agak kurang bertenaga sikit banding dengan pregnant Han dulu. Maybe sebab aku selalu muntah dan pening kepala membuatkan aku sentiasa nak tidur dekat rumah.Tapi doktor memang saran kan untuk aku keluar rumah jugak. Jangan layan kan sangat perasaan tu dan aku tak boleh stress.Alhamdulillah doktor kata baby perfect dan sihat. Tak ada apa-apa kecacatan. Aku agak risau sebenarnya sebab masa awal-awal pregnant aku bleeding. Syukur sangat baby sihat.


Nasib baik bila balik dari umrah ni, aku ada mood jugak lah nak berjalan keluar masuk mall. Buat benda yang aku suka iaitu tengok wayang😂.Ada lah rasa happy sikit banding dengan awal-awal aku pregnant tu.Kalau tak, memang melepek je dekat rumah.


Dah consult dengan doktor,doktor explain aku kurang vitamin D. So dia ada suggest beberapa ubat untuk aku makan. Then dia suruh tunggu luar nak ambil keputusan darah. Kalau ok, aku boleh balik terus. Kalau tak ok, kena jumpa doktor balik dan dia kata dia nak bagi "homework". Tanya jugak homework apa. Tapi dia tak nak bagi tahu selagi aku tak cek result darah.


So keluar lah bilik doktor, cek darah dengan nurse. Kena cucuk lagi, tapi just a dot macam tadi. Dapat result 5.8. Nurse kata result ok. Kalau lebih 7.8 baru diabetes. Yahoooo yabedabedu. Boleh balik dengan aman tanpa jumpa doktor untuk dengar "homework" yang dia nak bagi 😂

Walaupun aku tak ada diabetes, still doktor saran kan jangan enjoy sangat makan gula dan benda manis. Nak rasa-rasa boleh lah. Tapi jangan selalu.Banyak kan makan makanan khasiat dan elak kan fast food/junk food. Apa yang kita makan tu yang akan membentuk baby kita. Baik lah doktor! 😄


Ada sesiapa dekat sini kena minum air gula time mengandung? Macam mana pengalaman korang? Muntah tak? 😄



Tips nak jadi orang yang sentiasa positif dalam hidup

$
0
0
Kalau ada masa free, rajin jugak aku melayan soalan orang dekat instagram (@cikepal06) tu. Aku tertarik nak elaborate pasal soalan ni "Tips dari cik epal untuk sentiasa kekal positif dalam kehidupan"



Dulu zaman baru aku buat blog, time tu aku umur 17-18 tahun, biasa lah zaman nak up.Aku senang stress kalau aku dapat negative comment dan selalu fikir "apa eh yang orang cakap pasal aku?". Time tu selalu bertekak jugak lah dengan "anonymous". Dia marah aku,aku marah dia balik. Hahaha.Tapi bila dah makin besar dah masuk 20 an, aku dah malas nak ambil tahu apa yang orang fikir buruk pasal aku. Aku move forward je dan enjoy je life aku. Malas nak stress, malas nak serabutkan kepala hotak yang tak berjambul ni 😂


Dulu minda aku tak strong. Sekarang tak ada lah strong sangat pon. Tapi sekarang dah boleh handle lah kalau ada benda-benda negative nak datang dekat ni. Orang nak cakap apa lantakkk. Aku dah immune dengan kata-kata orang. Janji aku suka apa aku buat. Aku happy dengan life aku anak beranak. Aku yang corak kan life aku sendiri. 


Aku aware jugak bila kita display life kita dekat public,memang akan mengundang persepsi orang (baik negative/positif) . Dia datang sekali pakej. Ada orang suka dan boleh jadi ramai je tak kan suka aku.Orang akan sentiasa judge. Buat benda baik orang judge. Benda jahat laagiiiiiiii lah akan dikecam netizen.Nak tak nak, social media is part of my job.I want my social media to be a positive reflection of life. (tetiba cakap omputeh kau dah kenapa?)


Ok kita terus kan dengan topik kita.


TIPS NAK JADI ORANG YANG SENTIASA POSITIF DALAM HIDUP


BILA KITA ADA MASALAH, INGAT LAH SEMUA ITU DARI ALLAH

Tak ada manusia yang tak diuji. Kau kaya, kau miskin, kau sihat, kau sakit, semua orang akan diuji. Kalau kau tengok sosial media orang yang sentiasa happy dan hidup macam tak ada masalah, percaya lah semua orang ada masalah masing-masing. Cuma orang tak tunjuk/cerita je masalah dia.Macam aku pon jenis tak suka nak cerita masalah dekat public. Ada masalah, settle sendiri. 

Setiap masalah confirm ada jalan penyelesaian. Kita kena usaha je nak selesaikan masalah kita. Selebihnya biar Allah yang urus. DIA tahu apa yang terbaik untuk setiap Hamba-NYA.Bersangka baik dengan Allah. Allah uji tanda DIA sayang.Hidup setiap orang ni unik dan ujian yang Allah bagi tu sesuai dengan kemampuan seseorang. 



KURANGKAN BERGOSIP DAN BACA BENDA NEGATIVE

Benda gosip-gosip ni aku rasa orang perempuan yang suka buat. Tapi lelaki zaman sekarang tak kurang jugak hebat nya kalau membawang. Kadang-kadang mulut lelaki lagi hansuang dari mulut perempuan tau. Haha. Bergosip memang best. Lagi-lagi subjek yang digosipkan tu pulak orang yang kita meluat. Bertambah lah best. Pulak tu jumpa geng-geng sekepala untuk bergosip, bertambah-tambah lah seronok bergosip. Bergosip ni gosip pasal orang memang best lah kan? Cuba lah orang yang bergosip pasal kita? Kau rasa best tak? Rasa apa? Rasa oren? Kehkeh.

Tapi suka bergosip dan suka baca benda negative ni lama-lama hati dan minda kau jadi tak sihat. Kau akan pandang semua orang dengan perasaan menyampah, meluat dan semua benda yang negative lah.Padahal orang-orang tu tak kacau hidup kau pon.

Sebab utama manusia terlampau susah nak fikir positif maybe sebab penyakit yang kita tak nampak dengan mata kasar kita. Benda tu tinggal dalam hati, sebab tu dinamakan PENYAKIT HATI. Sedar atau tak,dia dah bersarang dalam hati. Sebab tu susah nak terima nasihat, susah nak buat baik apa tah lagi nak fikir positif.



ADA MISI DAN VISI HIDUP 

Bila kita ada benda kita nak buat, kita tak ada masa nak fikir hal remeh-temeh. Buat je benda-benda yang kita suka.Kena ada misi dan visi yang besar dalam hidup. Kau usaha je sampai capai target kau. Nak dapat apa yang kita nak dan capai target tu memang akan banyak pancaroba nya. Tapi tak apa. Fokus je dengan target kau dan apa yang kau nak.

Kalau tak suka dengan kerja kau sekarang, anggap je lah pekerjaan itu sebagai satu ibadah.Kalau kerja tu terlampau stress,doa lah banyak-banyak supaya Allah ringan kan beban dan beransur dengan rasa bahagia.


BERSEDEKAH. RAJIN KAN DIRI UNTUK MEMBERI

Sedekah ni walaupon kita sedekah sikit, kalau kau ikhlas nak sedekah. Kau akan terasa magic nya.Kadang-kadang kita takut nak sedekah sebab kita takut duit kita habis.Aku faham tu. Sebab kadang-kadang bukan kita nak kedekut, tapi kita lebih fikir pasal kebajikan diri sendiri. Nanti susah tak ada orang tolong, diri sendiri jugak nak tolong. Betul tak?

Kalau bab duit ni,first thing first aku suka memberi ke parents aku dulu. Just selalu suruh diorang doakan aku sentiasa murah rezeki dan hidup aku dipermudahkan. Banyak cara kita nak memberi yang boleh buat orang happy. Sedekah dekat orang miskin, belanja kawan/family makan, beli hadiah untuk kawan/family.Kalau kau buat orang happy, hati kau pon akan happy.

Memberi ni bukan dari segi keluarkan duit je. Kalau kita cakap benda baik, buat benda baik,tulis benda baik pon satu 'bentuk' memberi jugak. Walaupon kita tak keluar duit,tapi kita still MEMBERI kebaikan dekat orang lain.

 “What you give, you get back”.

Lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan terima. Banyak beri positif, dapat banyak positif. So, lepas ni boleh try latih diri supaya suka memberi positif dekat orang lain. InsyaAllah hidup kita hari-hari akan sentiasa penuh dengan benda positif.



===========

Kita tak boleh kawal semua benda dalam hidup kita. Kita tak boleh kawal perasaan orang terhadap kita.Biarkan je apa orang nak kata. Buat tak tahu je atau meraikan saja apa-apa orang cakap pasal kita.Afterall itu cuma pendapat orang.Bila kita ambil sikap proaktif,hati kita lebih tenang dan lebih ada power untuk handle perasaan sendiri.Orang lain boleh buat kita marah,tapi terpulang dekat kita nak rasa marah atau tidak.Yang penting redha Allah, bukan redha manusia. Manusia memang suka judge dan berat sebelah dekat golongan yang tak sama macam dia.

Contoh: 
Orang tak berduit cakap orang kaya sombong.
Orang kaya pulak mengata orang miskin ni malas.

Ni contoh je. Kau dalam keadaan apa pon, orang still mengata kan? So?

Benda yang kita boleh kawal hanya lah sikap kita.Tu lah benda yang kita kena fokus.Bersihkan hati kita hari-hari. Bila solat, banyak kan berdoa “Ya Allah,jadikan hatiku bersih”, buat solat taubat, baca Al-Quran, selawat keatas Nabi Muhammad SAW and etc.Benda-benda dalaman ni lagi akan membuatkan hati tenang. Sebab, hati yang bersih akan melahirkan minda yang bersih. Minda yang bersih akan memudahkan kita untuk sentiasa berfikiran positif.

Trust me,bila hati kita bersih, kita bebas dari penyakit hati. Kita senang nak bersangka baik dengan orang,tak merungut, tak ada dengki dengan orang lain. Hidup pon makin bahagia. InsyaAllah, nanti akan banyak benda best yang datang dalam hidup tanpa dipinta.

Apa-apa pon, hati yang tenang adalah hati yang ingat Allah.

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (13:28)


Bersih kan hati dan sentiasa berfikiran positif ok nok! bye! 😊





Menternak lemak di MyKori Dessert Cafe

$
0
0
Dah lama aku tak buat segmen menternak lemak dalam blog ni. Kini segmen menternak lemak sudah kembali! Hoyehh! Ehehe.


Aku balik rumah parents sebab nak bagi jubah dekat adik-adik aku. Souvenir baru balik umrah haritu. Pastu adik-adik aku ni memang pantang nampak muka aku, memang asyik suruh aku belanja makan.Haha. Tapi aku memang suka belanja orang makan. So bab-bab belanja makan ni memang takdehal.Syarat aku senang je. Kalau nak aku belanja, make sure semua kena makan habis. Jangan membazir. Nak order banyak tak kisah, janji makan kena licin. Jangan membazir, jangan jadi kawan syaitonirrojim 😆


Depa ni memang sedia maklum lah aku akan marah kalau makan tak habis. Ni adik-adik aku lah yang ajak ni

Adik: ayong (along), belanja kakigori

Aku: kaki mende? tak nak ah makan kaki

Adik: Bukan kaki. kakigori.Macam shave ice. Sedap yongg.Ayong tak pernah dengar ke? Ayong kan main instagram,mesti ada nampak orang makan

Aku: Instagram (@cikepal06) memang lah main.Tapi kadang-kadang tak ada masa nak stalk orang. Lepas upload gambar pon terus buat kerja lain.Banyak lagi benda nak buat.

Adik: Ingat ayong pernah makan. Ayong kan suka makan.

Aku: Tak pernah dengar lah.Ada gambar?

Depa pon scroll lah gambar-gambar yang depa pernah pi makan MyKori sebelum ni. Sebab depa memang selalu pi makan benda alah ni.Aku tak pernah dengar mykori ni dan memang tak pernah pergi sebelum ni.

Aku: oohh benda ni. Pernah makan time pi Jepun dulu.

Adik: Jom yong. Lepas lunch dekat rumah ibu kita pergi.

Aku: Onzzzz.


Ni lah depa order. Sebab aku tak pernah makan sini, so adik-adik aku yang tolong order. Aku tak kisah depa nak order apa, janji makan kasi habis.Cuma aku add-on Mont Fuji Kakigori tu sebab aku nampak macam sedap je.



Adik aku beriya-iya cakap Honeydew Kakigori tu sedap gila (yang warna hijau bulat-bulat tu).Bila aku makan, aku rasa biasa je.Taste adik aku ni memang aku tak boleh percaya sangat. Haha.

Last-last yang aku order tu jugak yang paling sedap. Mont Fuji Kakigori. Yang bergunung ada warna grey dekat atas tu. Kalau korang datang sini, memang aku suggest ambil yang Mont Fuji Kakigori. Sedap. Rasa dia tak manis sangat. Pastu korek-korek bawah dia ada buah strawberry, mango.Bila shave ice gabung dengan buah-buahan bawah gunung tu,sedap dia secukup rasa lah bagi aku.

Tapi semua benda ni kalau kau makan time cuaca panas-panas memang layan lah. Dekat menu dia ada macam-macam kakigori. Bentuk tembikai lah apa lah.Tapi aku pergi ni outlet Setia Alam, banyak gila menu yang tak ada. Geremmm je.So order je lah apa yang ada.

Budak Han macam biasa. Dia memang suka benda-benda macam ni 😆

Nasib baik depa makan licin habis. Senang hati kalau aku nak belanja lagi lepas ni. Bagus-bagus. 👍 

Ni total yang aku bayar untuk semua menu di atas. Korang ni bukan boleh aku review apa-apa. Semua benda nak tahu harga. 😂

Tapi tak pe. Korang pon boleh budget kan. Yang paling aku nak recommend Mont Fuji Kakigori. Yang lain ok-ok lah kalau nak makan. Semua shave ice dia lebih kurang sama je pon.Flavour je lain.

2 ketul budak bergumbira. 😆

By the way, kalau korang ada azam untuk kurus pada tahun 2019 ni. Lagi-lagi jenis suka menternak lemak tu, boleh lah try consume FairFit. Sebelum aku pregnant, memang hari-hari aku tak tinggal ambil FairFit ni. Banyak gila testimoni yang cakap diorang dah turun berat, baju lama boleh pakai balik, dah makin kurus, kulit makin cantik. Nak tengok semua testimoni tu boleh tengok dekat  instagram (@fairfithq) . Gambar customer before after pon banyak.

Kalau berminat nak beli, boleh beli dekat website https://fairfithq.com . Kalau nak COD, cari je agent-agent yang ada dalam website tu.Pastikan nama dan num phone agent tu ada dalam website ok!

Lelaki dan perempuan semua boleh guna. 
Even kau kecelaruan identiti pon masih boleh ambil Fairfit. Takdehal semua itu. Hehe. 👍

K bye!

Umrah Part 1 : The Madina Oberoi , Madinah

$
0
0
Kalau pergi umrah ni ada 2 je selalunya. Turun dekat Makkah dulu atau Madinah dulu. Aku pergi ni turun Madinah dulu. So pakai baju biasa je. Kalau korang turun Makkah dulu,lelaki kena pakai ihram siap-siap sebab nanti tak perlu menyusahkan diri nak tukar atas flight. Jangan niat tanpa pakai ihram, nanti kena dam. Lelaki tak boleh pakai pakaian jahit masa ihram. 


Tapi disebabkan aku turun ke Madinah dulu, memang rilek-rilek je lah suami aku pakai baju berjahit macam biasa. 😊





Masa dalam flight. Teruja pulak tengok awan warna purple 😍

Sampai je airport dekat Madinah, tetiba Han lapar. Ada lah nampak McD dekat airport tu, so beli je lah situ.

Aku sampai hotel malam. Dalam pukul 10pm macam tu. Memang tak expect boleh makan lagi lah sebab tu beli McD siap-siap dekat airport. Dapat happy meal kotak angry bird lagi. Hee.

Last-last mutawwif cakap, boleh lagi dinner dekat hotel, hotel punya dinner tutup dalam pukul 11pm ke 12 tah. So kitorang pon terus lah dinner.

Bila tengok je buffet dia, rasa macam uihhh nampak sedap je semua.

Hotel ni setiap hari serve kambing.



Dessert dalam hotel ni memang terbaik!


Dessert arab berlambak.

Ni Kunafa. Antara dessert arab yang famous. Husband aku memang suka gila makan kunafa ni,

Baked pasta dia sedap 😋


Udang dia gemok-gemok.


Masa first day aku dekat sini, aku tak reti nak makan keropok ni. Pastu tengok macam biasa je. Alaaaa keropok je pon kann.Apa yang special sangat pon. Getus hati kecil ku.


Sekali tengok ada sorang budak arab ni ambil banyak keropok dekat pinggan dia, pastu dia letak sambal kicap dan sambal merah tu sikit. Aku perhati je dia makan. Haha.

Dia cicah makan dengan kicap pastu dip sambal sikit. Krup krap krup krap dia makan. Pastu dia tambah lagi sepinggan keropok penuh. Sungguh curious aku melihat nya. Sedap sangat ke keropok ni.Lalu aku pon try jugak. Ya Allah sedap gila keropok ni bila cicah sambal kicap tu. First time aku makan keropok cicah sambal kicap. Maybe sambal kicap tu sedap. So setiap kali lunch/dinner, memang aku tak melepaskan peluang memenuhkan pinggan aku dengan keropok dan sambal kicap ini 😋

Kalau husband aku, dia suka kunafa. Kunafa dekat Malaysia pon banyak.So aku tak heran sangat kunafa tu. Hehe.

Dekat sini aku suka Om Ali. First time makan dan first time tahu kewujudan Om Ali. Sedap gila makan panas-panas.Ni pon benda baru lah yang aku try dekat sini. Hari-hari memang ada serve Om Ali. dekat hotel ni Memang hari-hari aku makan .Aku tak reti nak describe rasa dia. Kalau ayah aku makan, dia cakap macam rasa puding roti. Tapi aku makan, aku rasa macam makan nestum. Haha.Tak kisah lah. Janji sedap 😋

Om Ali ni sejenis dessert. 


Dessert dia banyak sangat pilihan. Pastu semua memang terbaik bosskur! 😋

Hari-hari kau nak makan nasi kambing, makan lah. Tak ada orang nak marah. 😆

Buah-buahan segar.

Lauk dia pon banyak.
Pasta pon ada.

Salad pon menarik perhatian.


Mula-mula tengok nampak ada budak arab makan pizza. Aku pon beriya lah cari pizza. Apesal lah tak jumpa.Round punya round tak jumpa. Pastu tanya husband, pizza dekat mana? kenapa nampak ada orang ambil pizza?

"biar I cari lah. Yunk ni bab-bab cari memang fail kadang-kadang"


Amboi sesedap rasa je cakap aku fail. Haa pi carikkk! Last-last dia pon tak jumpa. Kecik beso kecik beso je aku tengok husband aku time tu.Rupanya pizza dekat sini. Asal letak, je habis. Asal letak je habis. 😂


Sebab dia bakar panas-panas dekat sini. Sekali dia keluar, orang terus ambil 4-5 slice.

Tanya orang kerja situ ada pizza ke. Dia cakap ada,tapi dah nak dekat pukul 11pm ni, so dia tak bake pizza baru lagi. Pastu dia kata tak apa, dia suruh tunggu jap, dia bake baru. 

Pastu dia hantar dekat meja.Aku nak 1 slice je sebenarnya. Dia bagi 2 slice. Ini dinamakan rezeki. Rezeki jangan ditolak. Hehe.


Pastu tambah sikit coleslaw. Layan je makan pizza panas-panas bila baru sampai hotel ni.Tapi pizza ni aku tak suka sangat sebab masam.

Pizza cheese ni sedap!
Nampak simple je. Tapi makan satu slice memang tak cukup! Haha.
Pizza cheese ni yang paling laku sekali. Bila letak je, terus habis. Yang atas tadi tak laku sangat sebab masam kot orang tak berapa nak suka. Yang pizza cheese ni memang WIN! 😋




Han teruja tengok strawberry ada cream dekat tengah
"Wow mama. Strawberry ada cream"
Pastu dia celet cream tu, dia rasa.

"emmm creammmm"

😂😂

Dah habis dinner, nak masuk bilik pulak.


Han ni macam biasa, masuk je bilik hotel, dia mesti cek makanan dulu. Haha.

"Mama..Wow! ada banana"


"Yayy. Banana"



"Han punya banana"

"Wow! Mama.Ada cookies"

Anak aku ni kalau jumpa benda apa-apa yang dia suka, memang dia suka sebut WOW 😂


"Han punyaaa"

Memang semua benda Han punya. Haha.
Tapi tu bukan cookies. Macaron tak silap aku.

Tak habis lagi keterujaan dia jumpa banana. Macam kan dekat Malaysia aku tak pernah bagi dia makan pisang gaya nya. Hahaha.

Suka hati lah nakkk. Janji happy.
Senang hidup mak kau ni.
Bagi pisang je dah teruja.
Haha.


Aku punya bilik sekali dengan mak mertua aku. Ni bilik kitorang.

Ada 3 katil



Toilet.
Kebesaran ok lah. Ada bath tub juga.

Sabun, syampu dan seangkatan dengan nya.

Ni bilik ibu ayah aku pulak.Ada 2 katil

Kitorang ambil connecting room. So senang lah. Nak pergi masjid ke apa ketuk je pintu. Pergi masjid sama-sama.


Sebab aku rajin jugak layan ig storie.Ramai sangat DM dekat instagram aku (@cikepal06) tanya hotel apa aku stay dekat Madinah. Sorry memang tak boleh nak reply sorang-sorang since DM aku terlampau banyak bercampur dengan kiriman doa time tu. 


Nama hotel The Oberoi Madina. Dekat hotel ni, breakfast, lunch dan dinner semua sedap. Memang dah tak rasa nak beli makanan luar dah. Bagi aku yang sedap, Om Ali (ni first time dengar and makan tapi rasa dia sedap), rice pudding, chicken biryani,pizza cheese dia pon lazat. Banyak lagi lah yang sedap 😋

Yang best nya, keluar pintu lif hotel je memang gate Masjid Nabawi. Kalau bawak parents/orang tua sesuai sangat-sangat sebab memang hotel depan-depan Masjid Nabawi.Tak kan berjalan jauh.

Hotel ni ada kelebihan untuk perempuan sikit sebab memang dekat dengan pintu Raudah. Aku memang sangat-sangat recommend lah hotel ni kalau korang nak stay dekat Madinah. Makan sedap, nak pergi masjid sangat dekat.Memang puas hati duduk sini ❤️👍🏻


Sebab aku dah bayar sekali pakej.So aku tak sure harga satu malam dekat sini berapa.Cuma ada lah saja cek dekat booking.com. Time aku pergi ni public holiday. Cek rate, harga sebilik RM1500 satu malam. Sebab aku ambil 2 bilik connecting room. Maybe RM3000 satu malam. Aku duduk sini 5 hari 4 malam.Makan memang fullboard. Breakfast, lunch, dinner memang lengkap setiap hari.Pastu sedap-sedap lak tu makanan dia. Kena lah dengan tekak kita orang Malaysia ni. 


Next entry aku cerita pengalaman aku dekat Madinah pulak. Ni pon dah banyak gambar. Kang aku sumbat semua cerita dalam satu entry, korang pon bukan rajin nak baca panjang-panjang. Kehkeh. K bye!


Kenapa aku pilih Jofliam jadi business partner FairFit ?

$
0
0

Sebelum aku buat bisnes FairFit ada 4 orang approach aku untuk jadi kan aku business partner.

1st- Pengilang
2nd- Pengilang jugak
3rd- Founder produk yang dah ada brand
4th- Blogger

Persamaan ke empat-empat orang ni,diorang semua nak aku yang ke depan. Tapi time diorang approach aku ni between 2016-2017. Time tu aku memang tengah gila travel dan aku tak ada masa nak fikir pasal bisnes. Memang time tu aku tak ada rasa nak berbisnes sebab aku tengok orang bisnes ni macam tak ada life je. Hahaha.


So aku takut tak boleh nak enjoy life aku.Aku takut jugak bila aku setuju jadi business partner antara salah sorang ni time tu,aku takut tak boleh fokus. Sebab prinsip aku, kalau aku nak buat satu benda, aku nak buat betul-betul.Tak nak main-main.


Until one day,aku rasa badan aku makin naik, lengan makin besar, muka makin lebar. Mana tak nya, kalau pi travel,kerja menternak lemak je. Dengan laki aku sekali badan naik.Hee 😁 Dulu masa zaman bujang, memang banyak lah masa nak bersenam semua. Lepas dah ada Han,masa aku agak tunggang langgang jugak mula-mula sebab time tu belum pandai lagi manage time. Blog aku ni lagi lah. Memang bersawang habis. Nak update blog pon tak ada masa dan malas pon ye jugak. Haha.


Aku rasa aku nak keluarkan produk yang boleh bantu orang turun kan berat badan sebab aku pon nak guna sekali. Dah dapat sample, banyak benda aku tak puas hati awal nya. Dari segi rasa,kesan. Aku ni cerewet sikit bab-bab ni.Kalau boleh, nak jual benda yang memang berkesan. Banyak sample aku reject.Sampai lah aku dapat rasa (flavour) dan kesan yang paling best.Baru aku proceed production. Mula-mula aku buat 1000pcs je FairFit. Sebab aku tak tahu penerimaan orang macam mana. Produk FairFit ni pulak dah ada setahun dengan aku sebelum aku jual sebab aku nak cari testimoni orang lain jugak yang try. Aku pon try.Nak make sure FairFit ni betul-betul berkesan untuk lose weight.


Pada mulanya, memang aku nak gerak sorang jual FairFit ni. Tapi bila fikir-fikir balik aku rasa aku tak mampu nak buat sorang semua benda. Aku tanya husband aku, nak join aku tak jual FairFit. Aku jadi kan dia business partner dan aku bagi percent dekat dia. Modal tak payah fikir dah. Aku dah keluar duit aku 100% dari segi modal.So dia tak payah share duit modal dah dengan aku.Dia terus onzzz je.


Berbalik kepada tajuk utama entry aku. Kenapa aku pilih Jofliam jadi business partner aku? Ni kelebihan yang aku nampak ada pada dia.

-Dia berani
-Dia confident
-Dia kalis kecaman
-Dia tak kisah orang nak cakap apa pasal dia
-Dia positif
-Dia tak cepat give up
-Dia bukan jenis sembang
-Dia ada visi hidup yang sama dengan aku
-Dia ada banyak idea yang orang biasa tak boleh terfikir
-Dia jenis kalau nak buat something, dia akan buat sampai jadi

Yang paling penting, kelebihan yang aku nampak dari dia yang aku tak ada ialah:

DIA TAK TAHU MALU!
Hahaha. 😂 

Aku ni agak pemalu sikit lah. Sebab tu aku malas nak ke depan. Aku suruh dia je ke depan. Video dia ke depan. Bercakap pon dia ke depan.Aku buat benda-benda lain yang melibatkan teknikal. Dan aku nak tarik pembeli lelaki juga. Sebab bila aku ke depan, aku tahu lelaki susah nak beli produk aku.Kalau suami aku ke depan, lelaki dan perempuan boleh beli.So far, aku sangat gembira je dia jadi business partner aku. Sebab aku rasa aku dengan dia saling melengkapi. Dia ada kelebihan bercakap, aku ada kelebihan menulis. Untuk buat business online, dua kriteria ni agak penting untuk buat sales bagi aku.

My husband,my business partner,my bff 😘


Kalau kitorang argue dengan apa-apa pendapat tentang bisnes pon, last-last akan dapat kata sepakat.Kalau korang ada rasa nak buat bisnes dan nak ada business partner, aku galak kan ambil orang yang ada kelebihan yang kau tak ada. Kalau business partner kau sama je dengan kau atau tak ada apa-apa kelebihan lansung, baik kau buat sorang je. Sebab nanti confirm last-last akan ada konflik,bermasam muka, bergaduh dan last-last bisnes lingkup.


Masalah ni akan jadi bila masing-masing dah nampak duit banyak. Manusia ni berbeza ye kalau ada duit dengan tak ada duit. Bila tak ada duit perangai lain, dah ada duit lain pulak perangai nya. Sebab tu kalau korang perasan orang yang ada business partner ni last-last akan bergaduh. Sebab benda-benda macam ni lah.Aku dengan suami aku ni so far Alhamdulillah sebab duit tak pernah bergaduh. Masing-masing pandai urus kewangan. Duit sikit ke banyak ke memang bersyukur je dengan apa yang ada. Dah kitorang pon memang hidup start dari bawah. So dah biasa dengan kehidupan rakyat marhaen. Hidup sederhana je.


Dengan suami aku pon aku dah cakap, sebanyak mana profit yang kita boleh buat nanti, jangan lupa diri,jangan lupa Allah yang bagi kita rezeki. Aku tak nak hubungan aku rosak dengan dia sebab duit. Sebab banyak kes bila laki bini sama-sama bisnes, boleh jadi kes cerai-berai.So aku tak nak semua tu. Kalau dengan bisnes, boleh rapatkan hubungan aku suami isteri, aku terus kan. Kalau bisnes menjarak kan hubungan aku dengan suami,aku memang tak nak buat.



Banyak plan aku untuk FairFit ni grow bigger yang aku tak buat lagi.Sebab aku tahu ramai lagi yang tak tahu pasal FairFit.So far,aku hanya guna instagram aku (@cikepal06) dengan suami aku (@jofliam) je untuk menjual.Sebelum aku start Fairfit, aku target aku akan dapat RM1 juta dalam masa 3 tahun. Tapi Alhamdulillah, dalam masa setahun, aku dah hit aku punya RM1 juta pertama untuk FairFit. Aku tak bazir kan duit aku ke arah yang tak perlu. Selagi boleh zero cost marketing dan diterima, selagi tu aku zero cost. Maximum kan profit 100%.


Lepas ni target aku untuk RM1 juta saving pulak. Mudah-mudahan di permudahkan.Kalau korang dekat sini ada niat untuk kurus dan asyik terbantut,aku sangat-sangat recommend guna FairFit. Bila korang dah try, korang boleh alami lah sendiri keberkesanan nya. Bahan-bahan dalam tu memang semua sangat awesome untuk lose weight. Dalam masa yang sama boleh buat kulit korang cantik dan cerahkan kulit juga.Jangan risau, tak ada kesan heart beat laju atau cirit-birit. Yang beli,ramai yang repeat order sebab sedap dan berkesan!



Boleh beli dekat https://fairfithq.com 
Nak tengok banyakkk real customer testimoni boleh follow instagram https://www.instagram.com/fairfithq/


Kalau ada yang nak menyondol suami orang ...

$
0
0

Aku memang tak boleh betul lah dengan spesis suka menyondol suami orang ni.Kalau baca kes-kes dekat sosial media yang  perempuan menyondol suami orang dan lakinya disondol, rasa macam menyirap je baca walaupon tu bukan laki aku. Hahaha


Semalam suami aku buat Q&A dekat instagram dia. Ada pulak yang tanya soalan "Nak kawin lagi 1 x?"





Tekan play kalau nak dengar.

Nasib baik helok jawapan suami aku ni ye.
Kalau dia jawab
"boleh jugak"

Memang aku terus transform jadi Hulk Hogan! Hahaha

The thing is, aku memang tak pernah mintak dia letak aset/liabiliti dia atas nama aku. Dia yang sendiri willing to letak nama aku. Sebab dia pernah kata kalau ditakdirkan umur dia tak panjang,dia tak nak aku terkontang-kanting dengan Han. At least aku boleh survive.Itu good side dia yang aku nampak selepas aku berkahwin dengan dia. Masa bercinta dulu dia macam hareyy jugak. Bukan sikit. Hareyyy banyak perangai dia ni dulu.Haha.

Tapi tu dulu lah masa zaman nak up time bercinta. Sekarang aku nampak dia banyak berubah.Bila dah kahwin ni, baru aku nampak dia lebih bertanggungjawab dan banyak fikir pasal aku dengan Han.Banyak plan untuk masa depan.


=====
So far tak ada lagi lah yang nak menyondol laki aku. Tapi lepas ni kalau tetiba ada, memang aku tak bagi can dekat kau ye. Aku dapat pompuan merenyam ni aku tumbuk je muka kau sampai kemek.Tumbuk sampai berterabur gigi pon aku boleh buat. Ni aku tak sembang eh. Kalau aku kata aku boleh buat,memang aku MAMPU buat.


Sebab apa aku kata aku MAMPU buat?

Sebab aku memang pernah buat. Haha. Tapi bukan tumbuk perempuan lah. Aku pernah terajang budak laki je masa sekolah menengah dulu.

Cerita nya begini.

Masa UPSR dulu aku dapat 4A 1B, so aku dapat tawaran pergi boarding school. Memang sekolah asrama penuh lah. Time sekolah, time prep semua memang kita akan jumpa orang yang sama dalam kelas lah kan.

Ada sorang budak laki ni aku namakan dia Fattah Amin (bukan nama sebenar). Si Fattah Amin ni aku tak tahu lah apa masalah dia. Sangat jaki betul dengan aku. Asal lalu je depan meja aku, si Fattah Amin ni.

"Oii gemok"
"gemok buat apa tu? buat homework ke?"
"Susah jadi perempuan kalau gemok ni"

Kali pertama dia cakap cam tu, aku macam sabar je.

Pastu hari lain, dia cakap lagi 
"gemok,gemok,gemok"
"gemok macam doraemon"

Kali ke dua aku sabar jugak.Aku senyap je.Aku tak lawan. Aku tak buat apa.Aku buat bodo je.

Tapi bila kali ke tiga dia cakap aku gemok lagi. Haa yang ni aku tak boleh sabar dah.Aku pergi dekat dia.

Aku: Kau pehal cakap aku gemok? Aku gemok menyusahkan hidup kau ke?
Fattah Amin: Dah bila aku lalu sini,nampak kau je gemok.Sakit lah mata aku
Aku:Yang kau lalu depan aku pehal? Lalu lah tempat lain kalau dah sakit mata sangat
Fattah Amin:Bising lah perempuan gemok ni
Aku: Kau cakap aku lagi sekali gemok, aku sepak kau!
Fattah Amin: Gemok! Gemok! Gemok! Wekkk Gemok!

Uihhh si Fattah Amin ni memang bikin panas beb. Aku memang tak bagi can punya. Aku pergi dekat -dekat dia. Hiyakkk terus aku terajang dia betul-betul dekat spot dia tengah-tengah tu.Biar penyek telur kau.Kalau pecah lagi bagus.Biar padan muka kau. Ingat aku tak berani nak terajang dia.


Pastu guess what?

Dia menangis.

Hahaha. Aku ingat gangster sangat mulut macam harey, rupanya cewek ngembeng.

Si Fattah Amin ni memang macam hareyy tau, lepas je kejadian tu, dia pergi mengadu ke cikgu disiplin kata aku terajang dia. Dia cakap aku ganas.

Pedulik hape aku dia nak cakap kat cikgu disiplin pon sebab siapa suruh dia kacau aku kan.Pastu aku pon kena masuk bilik warden cikgu disiplin.

Cikgu disiplin: Kenapa awak tendang dia? Awak ni kan perempuan.
Aku: Sebab dia cakap saya gemok.Saya gemok ada menyusahkan hidup dia ke? Bukan sekali,tiga kali dia cakap saya gemok.Padahal saya sikit pon tak kacau dia.
Cikgu Disiplin: Kenapa awak kacau dia? (ni dia tanya Fattah Amin)
Fattah Amin: ........ (senyap)

Tahu pulak senyap si Fattah Amin ni, tadi beriya-iya ejek aku gemok.

Cikgu disiplin: Awak tendang dia, dia mengadu dekat saya dia senak.

Hahaha time ni rasa macam nak gelak. Tapi aku control lagi lah buat muka tak bersalah.Sebab memang aku rasa aku tak salah.

Cikgu disiplin: Saya tak nak dengar lagi ada kes-kes macam ni dari awak berdua. Awak Fattah Amin (bukan nama sebenar) jangan kacau dia lagi. Masing-masing boleh mintak maaf antara satu sama lain.

Fattah Amin: Aku mintak maaf, aku tak kacau kau dah.

Aku: Ok aku pon mintak maaf. Tapi kalau kau kacau aku lagi,siap!

Cikgu disiplin: Dah, jangan gaduh lagi. Kalau saya dengar lagi kes ni. Saya tak teragak-agak nak bagi surat dekat parents awak berdua.

Ok lepas tu kitorang pon bersurai. Selepas kes aku terajang si Fattah Amin tu, memang dia tak kacau aku dah dan dia memang dah tak sebut lansung perkataan gemok tu depan aku.Pastu kawan aku cerita .

Kawan: weh kau nak tahu tak rupanya Fattah Amin tu suka dekat kau
Aku: gila apa suka dekat aku?
Kawan: Iye, Fazura (bukan nama sebenar) cerita dekat aku. Dia kacau-kacau kau tu sebab dia nak perhatian kau.
Aku: Eeeee jijik nya.


Hahaha rupanya si Fattah Amin tu suka dekat aku. Hampeh betul.Tak sangka orang gemok pon ada orang suka.Wakakaka.

Tapi aku buat biasa je jumpa dia. Memang tak pernah rasa nak minat dia ke apa.Dah lah menyakitkan hati. Cuma bila teringat pasal dia ni,search nama dia dekat facebook,aku jumpa.Tengok dia dah kahwin anak sorang dah. Fuhh lega betul aku bila aku tahu dia ada anak. Alhamdulillah dia tak mandul hasil sepakan aku. Risau jugak aku kan buat nya pasal history aku sepak dia tu dia mandul, mampuih aku 😂😂😂


Ni masa hari pertama aku belajar boxing. Makin hari makin aku lagi banyak ilmu pasal boxing ni.Aku nak belajar ni untuk pertahankan diri je. Penting jugak kan kita orang perempuan ni tahu protect diri kita.Coach aku ni ajar tips&trick semua benda dan dia pon memang selalu pergi Thailand ,wakil Malaysia masuk tournament untuk boxer. Memang power dia ni.Even kalau ada lelaki badan sebesar 100kg depan aku pon, dia dah ajar trick untuk bagi aku tunduk kan lawan.

Itu lelaki 100kg eh. Ni kalau ada pompuan-pompuan yang mencuba untuk menyondol suami aku, memang mampuih aku kerja kan. Jangan cari pasal dengan aku.Masuk penjara pon masuk penjara lah. Janji puas hati. Hahaha.


Memang kemek muka kau aku kerjakan nanti. Serious kalau aku cakap aku boleh buat,memang aku MAMPU buat.Aku bukan jenis sembang.Siapa suruh kacau suami orang kan. Memang mendapat lah.

Jadi perempuan ni biar lah bermaruah. Orang punya jangan lah kacau.Lelaki bujang berlambak lagi dekat luar sana. Pi cari laki bujang sana,nescaya hidup kau pon aman damai tenteram tidak diganggu oleh isteri laki orang ituwwww 😂



Viewing all 408 articles
Browse latest View live