Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all 408 articles
Browse latest View live
โ†ง

Kalau tak buat smoothie pagi-pagi . . .

$
0
0
Aku memang suka blend buah buat smoothie untuk breakfast.
Tapi kadang-kadang bila terlampau busy, memang tak sempat jugak nak kupas buah atau blend buah.
Pulak-pulak tu kalau lama sangat tak guna buah, buah pon busuk begitu je dalam peti ais. Huhu.


Nak senang, memang selalu beli Marigold Peel Fresh. Selalu je ada dalam peti ais rumah aku. Kalau tak beli buah, mesti beli Marigold Peel Fresh. Dari kecik dulu, parents memang selalu beli dekat supermarket. Sampai ke besar aku dah kahwin ni pon aku still akan beli buat stok dalam peti ais.





Banyak-banyak perasa,aku suka perasa EPAL๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ. Slurrpppp gulp gulp sedap weh. Dah nama pon Cik Epal. Harus lah air jus epal tu yang aku nampak dulu daripada air lain. Muehehe.Tapi perasa lain aku suka jugak macam oren ke mangga ke. Perisa Power Veggies and Fruit pon aku suka! Mula-mula takut nak minum, tapi bila dah try, asyik nak beli flavour tu je.ย ๐Ÿ˜‹

Haa yang ni. Powerveggies and fruits. Mula-mula aku takut nak beli sebab nampak mengerikan. Hahaha. Saja haritu beli, bukak botol je warna purple pulak air dia. Try minum sikit. Eh sedap pulak! No sugar added pulak tu. Terus rasa lebih sihat dari biasa. Ehehe. Tak ada lah rasa macam sayur pon. Memang rasa macam buah walaupun banyak juga sayur dalam ni. Sekarang ni flavour ni antara favourite aku lah. Bila aku minum, aku suka bagi Han minum jugak. Han pon dah suka minum Powerveggies & Fruit ni ๐Ÿ˜‹


Haritu aku dijemput pi event Marigold.ย 
Orang lain beratur nak jumpa Lisa Surihani. Aku dapat fast pass. Datang-datang je terus dapat jumpa Lisa.Yayyy!
Friendly lah Lisa Surihani ni. I loikeeee~

Kemain sembang macam kawan lama.

Senyummmm.
Ada photobooth yang terus keluar gambar tu dekat depan sebenarnya.

Senyum nampak gigi sikit.

Nak main game 'Balance the Scale' pulak.

Banyak-banyak kotak dekat sini kena pilih kotak mana yang sama berat dengan "kebaikan buah-buahan harian" tu.

Aku pilih kotak yang paling berat sekali.


Last-last. Eh betul!
Terror gak aku ni. First try kot.Haha.

Next game.Stacking Game. Kena susun berapa banyak kotak yang boleh dalam masa 30 saat.

Haa jangan jatuh. Jangan jatuh please. Sila beri kerjasama kotak-kotak uii.

Dapat lah letak 11 kotak.ย 
Ni jatuh selepas 30 saat ye.
So aku masih terror. Haha.



Kalau korang nak tahu MARIGOLD PEEL FRESH ni mengandungi 35% atau lebih jus buah-buahan tau.ย ๐Ÿน๐Ÿ˜‹MARIGOLD PEEL FRESH ni sangat segar dan kena biarkan dia dalam peti ais setiap masa untuk kekalkan kesegaran buah-buahan tu. Kena simpan dalam peti ais selalu ye,jangan letak dekat luar lama-lama nanti rosak, sebab fresh kan. Lagipon minum sejuk-sejuk lah baru sedap kan?ย 


Tahu tak, kita disyorkan makan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari? Dan dengan MARIGOLD PEEL FRESH, ia boleh membantu kita memenuhinya.


Kalau nak tahu MARIGOLD PEEL FRESH ni dah di pasteur untuk kekal kan kesegaran. Sebab tu lah expired date dia lebih pendek berbanding dengan fruit drinks. Untuk pilihan yang sihat memang bagus lah pilih MARIGOLD PEEL FRESH ni! ๐Ÿ˜‹


Dari kecil sampai besar memang aku membesar dengan air ni. Siapa dari kecik memang dah minum Marigold Peel Fresh? Kita geng! ๐Ÿ™‹๐Ÿป๐Ÿ˜„


โ†ง

REVIEW MOVIE : Bad Genius and Annabelle Creation 2017

$
0
0

Selalu aku review banyak movie, tapi kali ni aku nak review dua movie ni je lah. Sebab 2 movie ni cerita yang paling tak sabar aku nak tengok untuk minggu ni.


Sinopsis Filem BAD GENIUSย 

Cerita pasal Lynn yang genius nak meninggal. Every exam mesti cemerlang dan akan dapat 4 flat punya. Mula-mula dia hanya tolong Grace (kawan perempuan dia yang sengal-sengal ubi dan tak bijak) untuk tiru dia punya jawapan dalam exam. Grace ni pulak pergi bagi tahu Pat (boyfriend Grace) yang lately Grace punya markah exam tinggi sebab copy jawapan Lynn.


Pat ni anak orang kaya, tapi dia sama jugak dengan Grace. Sengal-sengal ubi dan tak bijak. Dia offer dekat Lynn untuk bagi dia tiru jugak jawapan Lynn time exam. Tapi sebab dia kayo, dia nak bayar 3000baht untuk satu subjek. Dan dia ada 5 orang kawan lagi yang sanggup bayar Lynn untuk copy jawapan Lynn time exam. 3000baht tu baru satu subjek. Kalau satu sem ada 11-13 subjek, darab lah semua tu dengan 3000 baht untuk sorang. Kalau 6 orang, tak ke senang-senang je kayo? Mula-mula Grace berfikir-fikir jugak nak accept. Tapi sebab dia pon bukan orang senang, so dia accept je lah job tu.


Mula-mula Lynn accept job untuk Pat dengan kawan-kawan je. Lama-lama makin ramai pulak nak join.Ye lah. Siapa yang tak nak cemerlang dalam exam kan? Tapi kena bayar dia lah kan. Mana tak kayo si Lynn ni. Sampai lah muncul lagi sorang budak genius nama Bank. Bank ni benci penipuan. Ada orang offer nak bayar untuk copy jawapan dia pon dia tak accept. Sebab dia rasa benda tu tak jujur.


Ok kalau nak tahu apa jadi lagi? Tengok lah cerita ni. Lemak ah aku nak cerita sampai habis.Haha.


Review aku:

-Perghh perghhh perghh cerita ni memang sangat mendebarkan. Lagi-lagi part nak meniru tu. Dia punya editing tu akan membuatkan kita bertambah suspen.

-Jalan cerita simple dan mudah faham. Every scene mesti korang nak tahu apa akan jadi dan tak nak tinggal satu scene pon.

-Storyline simple pasal copy jawapan time exam je. Tapi cara dia nak bagi orang copy dia tu kreatif. Ye lah tak nak bagi kantoi, mesti lah kena kreatif kan? Hehe.

-Kalau korang jenis pernah meniru dalam exam, mesti teringat-teringat zaman study dulu kalau kot-kot pernah bawak toyol atau tiru jawapan member sebelah. Haha.

-Dia punya cara meniru tu style jugak lah.

-Tapi ada line yang aku setuju jugak dalam cerita ni Lynn cakap "Kita tak menipu, tapi kehidupan yang menipu kita".
Betul lah tu, belajar tinggi-tinggi sampai 5-6 tahun end up bila kerja makan gaji, gaji 4 angka je bulan-bulan. Itu kalau ye dapat kerja. Kalau lepas study, menganggur? Lagi parah. Orang kaya makin kaya. Kita rakyat marhaen ni je mengkayakan orang kaya. Kita nya tak kaya-kaya.

-Bila part dalam exam, mesti berdebar je tengok sebab nak tahu berjaya ke tidekkkk dia nak habiskan misi dia.

-Pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. Ada orang memang dah dilahirkan kaya, ada orang dilahirkan bijak. Tapi kalau kita bijak, kita pon boleh jadi kaya dengan kebijakan kita. Haaa gituww.

- Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Ye dok?

- Kalau aku genius macam Lynn dan Bank ni,memang aku pertimbangkan jugak lah job macam ni. Muahaha. Gila kauu. Satu exam je dah dapat jadi millionaire. Ko tak payah kerja makan gaji dah. Confirm habis sekolah, berjalan dengan penuh bergaya keluar pagar sekolah. Haha.


-Cerita ni ada plot twist sikit


Rating: 8.5/10

Cerita ni memang best tapi idokler sampai aku nak bagi 10/10. Yang pernah dapat 10/10, cerita yang pernah aku review dekat ENTRI NI so far bagi aku.




Sinopsis Annabelle Creation

Cerita pasal macam mana anak patung Annabelle ni diciptakan dan jadi tempat tinggal iblis jahat. Cerita pasal keluarga Mullis, pembuat anak patung, sedih sebab anak dia mati accident. 12 tahun lepas anak dia mati, keluarga Mullins jadikan rumah dia rumah anak yatim piatu. Rumah ni memang cantik. Mula-mula anak yatim tu semua suka rumah ni. Tapi sebnarnya rumah ni ada rahsia yang mengerikan.

Ada 6 budak yatim piatu, tapi 2 je watak utama. Linda (Lulu Wilson) dan Janice (Talitha Bateman), budak ni kaki dia cacat. Janice ni dah rasa pelik dah masa mula-mula masuk rumah ni. Tapi dia ni pulak pergi langgar rules dalam rumah tu. Rumah tu ada satu bilik yang tak boleh orang masuk. Tapi Janice ni pergi jugak masuk bilik terlarang tu dan jumpa almari yang dalam dia ada anak patung Annabelle. Lepas je dia jumpa Annabelle tu, macam-macam lah benda pelik yang jadi. Jahat Annabelle ni, dia buat satu rumah takut dengan kewujudan dia sampai ada yang mati.

Siapa sebenarnya roh yang masuk dalam anak patung Annabelle tu? Depa ni semua dapat tak larikan diri dari Annabelle yang mengerikan itu? Haaa itu korang kena lah tengok di pawagam berhampiran dan berjauhan anda. Kehkeh.


Review aku:

-Aku memang peminat cerita seram. Cerita sebelum-sebelum ni memang aku ikut. Annabelle Creation ni memang salah satu cerita yang aku tertunggu-tunggu nak tengok.

-Awal-awal jalan cerita slow nak meninggal. Menguap aku. Han tidur, husband aku dekat sebelah pon lagi baik punyaa siap tidur masa awal cerita. Aku tak tidur, sebab memang tak nak miss jalan cerita. Tapi awal-awal cerita memang slow dan boleh bikin menguap lah.

-Valak pon ada buat kemunculan sikit dalam cerita ni. Walaupon ada lah dalam patplohlima saat je dia keluar. Sempat jugak ko nak interframe ye Valak! Haha.

-Scene terkejut memang banyak jugak lah. Nothing new lah kan? Hehe. Tapi part terkejut dia agak memenatkan jugak lah nak tengok. Sebab banyak jugak scene terkejut. Haha. ๐Ÿ˜†

-Tapi scene kelakar pon banyak jugak. Budak Linda tu tak buat lawak pon sebenarnya, tapi cara dia handle masalah tu kelakar. Satu panggung gelak dok tengok gelagat dia yang comel ituww.

-Pelakon semua best dan tak kayu.

-Kalau tak pernah tengok Annabelle sebelum ni, jangan risau. Korang still boleh paham jalan cerita. Part last baru dia tunjuk macam mana Annabelle ni boleh wujud. Cerita ni lebih kepada macam macam bermulanya cerita Annabelle.

- Untuk tahap keseraman aku rasa biasa-biasa je. Conjuring lagi seram dan masih tak boleh beat conjuring bagi aku.

-Lepas keluar panggung, mesti lagu "You are my sunshine my only sunshine you make me happy...." akan terngiang-ngiang dalam kepala otak korang. Haha


Rating: 6.5/10



====

Ada yang dah layan Bad Genius atau Annabelle Creation ni? Bagi korang best tak? ๐Ÿ˜„



โ†ง
โ†ง

Travel : Kiyomizu Dera , Kyoto, Japan . Oh My Han (Part 2)

$
0
0



Kali ni kita nak ke Kiyomizu Dera. Dulu dah sampai sini dah masa honeymoon. Aku ada cerita dekat ENTRI HONEYMOON JEPUN NI.ย Time tu aku pregnant, Han masih dalam perut. Ni Han dah keluar daripada perut aku, kita datang lagi. Kali ni bawak Han pulak. Heee. ย ๐Ÿ˜


Ada 3 cara nak ke Kiyomizu-Dera:

1) Ambil bas No 100 ( 20 min, 230 yen). Turun di Gojo Zaka @ Kiyomizu Michi bus stop. Dari situ untuk sampai ke Kiyomizudera lebih kurang 10 minit.

2) Dari Kyoto Station. Naik subway Keihan Railway Line, turun di Kiyomizu Gojo Station. Dari station tu berjalan kaki lebih kurang 20 minit.

3) Naik teksi. Cakap je Kiyomizu-Dera dekat driver teksi tu, nanti sampai lah anda ke destinasi.

Operation Hours : 6:00 to 18:00 (until 18:30 on weekends /public holiday).ย 

Kiyomizudera Temple ni hari-hari bukak.


Kemain melambai pakcik ni ๐Ÿ˜† .


Harga tiket nak masuk Kiyomizu Dera:

Adult: 400Yen
Child: 200Yen

Tapi budak-budak baya Han masuk free je.




Ye pakcik. Tiket 2 ye.

Pakcik tu usha lagi. Haha.
Mesti dia pelik. Budak ni dengan tiket pon nak bergambo.ย 
Kehkeh.

Punya lah dengan tenang je aku tolak stroller Han.............

Tiba-tiba ada makhluk aneh datang menerpa jerit-jerit buat kejutan macam orang gila.
Eleehhhh ingat aku terkejut ke?
Aku terperanjat je lah sikit.
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Lalu sini tak rasa apa pon.
Tapi nampak macam kubur.

The view.
Ni kalau time autumn/spring mesti view cantik gila!
Tapi aku datang sini time summer, nampak kehijauan je lah.
Kalau pergi sini around pertengahan bulan November sampai penghujung bulan November memang cantik. Dari sini kita boleh lihat sebahagian kawasan bandar Kyoto sebab Kiyomizu Dera terletak di kawasan tanah tinggi.ย 


Nama Kiyomizudera ni diambil dari air terjun yang mengalir di tebing bukit. 'Kiyomizu' bermaksud air yang murni atau suci dan 'Dera' maksudnya kuil. Bangunan utama dekat sini dibuat daripada kayu dengan sebuah beranda luas dan disokong dengan tiang tiang kayu di sisi sebuah bukit. Bahagian bawah pulak terbentang view pokok hijau yang rimbun.



Aku dapat bayangkan kalau autumn/spring mesti cantik sangat. ๐Ÿ˜ย 




Seiring dan sejalan sangat ni ๐Ÿ˜‚

Nampak pintu gerbang ni. Tengok dari jauh nampak macam cantik. Nak masuk kena bayar pulak. Lagi pon aku ada stroller. Malas lah nak naik.

Tetiba nampak ramai beratur.
Apahal panjang sangat beratur ni.

Rupanya ada Air Terjun Otowa dekat bawah dewan utama Kiyomizudera ni. Pengunjung boleh guna cawan dengan stick panjang yang disediakan untuk minum air dekat situ. Air dekat sini ada tiga saliran dan setiap saliran konon-konon nya memberi manfaat yang berbeza iaitu panjang umur, kejayaan di sekolah dan bernasib baik dalam kehidupan cinta. Sesiapa yang minum ketiga-tiga saliran dianggap tamak.

Amboi amboi ๐Ÿ˜

Masing-masing nak minum air ni.

Ni lah air yang depa dok minum tu.
Kitorang tak try pon.
Sebab husband aku tak nak, dia kata kot air sembahyang depa ke apa ke tah tu. Dia malas lah nak cuba ๐Ÿ˜‚

Biasa lah kalau ada anak kecik ni. Kadang-kadang kena tolak stroller kosong, kadang-kadang anak nak dok atas bahu.
Kita layan kan jerr. ๐Ÿ˜†



Muka Han tak puas hati, papa Han asyik dok tiru style dia je. Pakai pampers tak nak pulak tiru. ๐Ÿ˜‚



Time ni cuaca panas nak meninggal.
Nampak ada jual KAKIGORI.
Order lah satu.
Masuk benda sejuk dalam mulut time panas ni memang layan ahh.

Aku ambil menu, aku tunjuk je apa aku nak.Dekat sini kau tak payah beriya sangat speaking. Memang macam ayam serama dan itik pulang petang je bersembang.


Travel Jepun kali ni, aku jadi banker. Makan minum pon semua aku bayar.

Dah. Jom makan.




"Papa.. Nak sikit" - Han

"Ammm"

"Hmm sedap jugak ni"- Han


Ni lah KAKIGORI.
Macam ais kepal lah kalau dekat Malaysia ni.
Yang hijau tu perisa matcha. Sedap.ย 
Makan sejuk-sejuk time cuaca panas ni memang sedap lah.
Yang pink tu pon sedap. Rasa macam ABC. Ehehe. Tapi perisa strawberry.
Yang air teh tu free. Teh tanpa gula tu.
Rasa macam teh lah. Tak kan teh rasa air sirap lak kan. ๐Ÿ˜


Kiyomizu-Dera - 2017


Dekat bahagian belakang dewan utama Kiyomizudera, ada temple bernama Jishu Shrine yang didedikasikan kepada dewa cinta dan jodoh di sini. Depan temple ni ada dua buah batu setinggi 18 meter. Menurut kepercayaan diorang, sekiranya sesiapa berjaya menemui jalan dari satu batu ke batu yang lain dengan mata tertutup dikatakan akan membawa tuah dalam mencari cinta.

Wahh gituwww ๐Ÿ˜†.


Han suka pulak bergambo dekat tangga ni ๐Ÿ˜†

Tapi masa aku pergi ni banyak jugak tempat yang renovate.


Kiyomizudera ni salah satu temple yang famous dekat Jepun. Tempat ni termasuk dalam salah senarai UNESCO World Heritage Sites tau. Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage Site pada tahun 1994. Terkenal sebab dibina dengan menggunakan kayu bertingkat di atas lereng bukit setinggi 13 meter tanpa menggunakan paku.ย 


Kyoto ni memang banyak warisan budaya dan peninggalan sejarah.Temple ni memang paling famous dekat Kyoto. Kiyomizu-Dera memang dah jadi landmark ikonik untuk kota Kyoto. Tempat temple ni pon strategik, dekat dalam lingkungan pusat kota Kyoto. Pelancong kalau datang Kyoto, mesti akan datang sini.

Posing sikit Han.

"Boleh lah tak kalau tak nak mengaku diorang ni makpak Han?"

"Ishh makin aneh ni"


"Gerak lu guys, pape roger"


Tidur kepenatan.ย 
Sambil pegang tiket tak tahan ๐Ÿ˜‚


Style topi pakcik ni. Macam tudung saji.

Tips perjalanan naik ke Kiyomizu-Dera untuk parents with stroller atau pelawat on wheel chair / golongan kurang upaya, korang kena lalu laluan ni. Cari signboard wheelchair ni. Jangan pi naik tangga pulak. Memang susah lah nak mengangkut stroller. Lalu je laluan ni senang.

Kali ke empat aku ke Jepun. ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต
Ni kali ke tiga ke Kyoto.
Tapi masih tidak membosankan ๐Ÿ˜Š


Perjalanan nak naik/turun ke Kiyomizu-Dera ni memang tak bosan. Lagi-lagi untuk kaki shopping. Sebab banyak kedai cenderahati sepanjang jalan naik/turun, ada macam-macam barang cenderahati unik buatan Jepun. Kalau tak suka shopping pon, boleh cuci mata.

Harga dekat sini fix. Tak boleh tawar menawar ye.Hehe.

Croquette sweet potato dekat sini sedap gila! Dah beli 2 ketul. Beli lagi 2 ketul. Dapp dapp ๐Ÿ˜‹

ย Handsome-handsome ni nak ke mana? Nak menuju hati mama Han ke?

Ok pergi straight, dont belok-belok ๐Ÿ˜


โค๏ธBe happy my babyโค๏ธ



Eh Han.... Papa buat apa atas pokok tu? Suruh dia turun Han ๐Ÿ˜‚



Kitorang sepanjang dekat Kyoto ni naik teksi je kemana-mana. Dulu masa honeymoon kitorang naik train/bas. Tapi sebab dah ada Han sekarang and bawak stroller. Option terbaik dan selesa untuk Han memang naik teksi lah.

Rancak bersembang banggg.
Yo yo ooo je tau. Haha. ๐Ÿ˜†

Driver teksi ni peramah gila.
Tapi sepatah haram tak faham pon apa sebenarnya dia sembang.
Kita cakap apa-apa pon, dia balas dalam bahasa Jepun.
Lepas tu orang Jepun ni kadang-kadang memang expect kitorang paham apa dia cakap.
Memang tak faham lah kann.
Buat-buat faham boleh lah ๐Ÿ˜‚

Sebab depa ni tak faham apa yang kita nak cuba sampai kan. Everytime naik teksi aku memang bagi google map dekat depa untuk pergi mana-mana kita nak. Time ni nak balik tempat penginapan.


Rate harga teksi dekat Jepun ni lain-lain tau. Dekat pintu diorang selalu dah ada tulis dah berapa Yen rate harga diorang. Tapi apa yang aku boleh cakap, teksi dekat Jepun ni mahal sikit. Kalau korang backpackers/nak jimat, better naik bas/train. Kitorang ni sebab mengenangkan ada stroller dan Han je. Sebab nak bagi Han selesa. Kalau kitorang berdua je macam honeymoon dulu, memang selamat dah bedal naik bas/train.




Video stroller Han berdikari.
Sempat lagi main kejar-kejar dengan Han di Kyoto. ๐Ÿ˜†
(Instagram:ย @cikepal06ย )


Next entry aku cerita makanan halal yang kitorang makan masa first day berjalan ni pulak.Nak sumbat semua dalam satu entry ni rasa macam berjela cecah lantai lak entry aku kang. Korang pon bukan rajin nak baca panjang-panjang. Eh ke korang rajin? Hehe ๐Ÿค“.
ย ย Untuk makanan halal, next entry lah update. Part 3 pulak nanti.



K bye mak hayam! ๐Ÿ˜





โ†ง

Untuk yang gila dengan emoji

$
0
0

Aku suka emoji! Even every caption aku dekat instagram (@cikepal06) pon mesti akan ada emoji. Heee ๐Ÿ˜. Rasa macam tak lengkap je tulis caption kalau tak letak emoji. Emoji tu buat kan orang tahu ekspresi kita dan menggambarkan perasaan kita juga masa tulis caption tu. Kita rasa gembira, sedih, teruja, marah, menangis, sakit, terkejut semua kita boleh luahkan dengan emoji. Satu lagi sebab aku suka emoji dah tentu-tentu lah sebab emoji tu cute! ๐Ÿ˜†



Punya lah gila emoji sampai gambar pon nak letak emoji. Haha.


Kalau sesiapa yang gila emoji, sekarang dah ada handbag khas emoji tau.ย 


Haritu aku dijemput pergi event Giamax X The Emoji Movie. Rambang mata tengok handbag dekat sini. Semua cute gila! Harga pon affordable pulak tu. ๐Ÿ˜

Datang-datang kena sign. Cuba cari mana sign aku. Haha ๐Ÿ˜†.

Makanan pon nampak cute! ๐Ÿ˜‹
Egg sandwich tu sedap gila. Nak dekat doblas kali lah asyik muka aku je dok menambah egg sandwich tu. Haha.


๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Lepas dah makan, emoji muncul.
Haha cute gila! ๐Ÿ˜†

Nak jugak bergambo dengan emoji cute ni! ๐Ÿ˜†

Dengan social media influencer yang lain. Comel gila diorang ni ๐Ÿ˜„



Host ni kelakar tau. Happy go lucky je orang nya. Dengar dia bercakap, asyik gelak je kitorang. ๐Ÿ˜†

Kitorang bertiga kena catwalk. Tapi kena catwalk sorang-sorang. Segan nya aku nak kena catwalk depan orang ramai ni. Tapi redah je lah. Haha ๐Ÿ˜†


Group photo.

ย Suka dengan konsep handbag party macam ni. Sebab santai tapi meriah.


Setiap social media influencer dapat hadiah sempena memeriahkan majlis. Yayyy! Thanks Giamax!



Aku dapat wrist bag. Comel nya wrist bag ni! Love it! ๐Ÿ˜.
Boleh lah letak kad, coin, duit kertas, lipstick, handphone and etc.



Ni handbag yang aku dapat. Aku suka sling bag compact macam ni!




Bahagian depan handbag ni bila bukak, ada tempat letak barang.

Belakang handbag ada zip.

Ada 2 compartment. Tengah-tengah ada zip boleh letak barang juga.

Bahagian poket ni boleh lah letak lipstick ke handphone ke.

Aku suka dengan design handbag ni sebab banyak ruang untuk letak barang




Handbag niย limited edition dan memang special daripada Giamax. Paling best bila pakai handbag ni, kita boleh luahkan perasaan kita, gembira, teruja, bertenaga dan macam-macam lagi. ย ย 


Suka konsep handbag yang ada gambar emoji macam ni sebab nampak cute!ย 


By the way, syarikat Giamax ni dah agak lama dalam industri pasaran handbag wanita. Sebelum ni lebih fokus kepada golongan berkerjaya dan matang. ย Tapi sekarang bila dah berkerjasama dengan Emoji, Giamax fokus dekat golongan muda macam kita-kita ni pulak. Haha. Sebab tu semua handbag cute gila!! ๐Ÿ˜ ย 

Setiap handbag ada emoji berbeza mengikut kegemaran masing-masing. ย So, korang boleh ekspresikan diri dengan emoji-emoji pilihan korang. ย 

ย Eksklusifnya, handbag Giamax x Emoji Movie ini hanya terdapat 10,000 sahaja di pasaran. Korang kena dapatkan sebab tak banyak dekat pasaran. Kalau dah habis then habislah. Tak ada lagi dah.

So boleh dapatkan handbag ni cepat-cepat dekat Parkson Elite Pavillion, Parkson KLCC, Parkson Alamanda, KL Sogo, Aeon Mid Valley, Aeon Sunway Pyramid, Aeon Shah Alam, whatsBag SACC MALL, The Mines Shopping Center dan IOI City Mall.

Boleh beli online jugak dekat website Miroza Leather.


Siapa gila emoji dekat sini? Angkat tiak! Eh! Angkat tangan? ๐Ÿ™‹





โ†ง

Kereta baru. My Volkswagen Tiguan .

$
0
0
Kereta yang aku drive sekarang 2 pintu. Masa beli rasa ok je sebab hidup berdua time tu. Tapi sekarang bila family selalu datang rumah, kadang-kadang diorang nak naik kereta kita. Tetiba rasa macam selfish lah pulak. Penumpang selalu tertonggeng-tonggeng nak masuk. Aloo ciann. Ehehe.

Sekarang aku dah ada kereta 4 pintu. Yayyyy! Yang penting dah tak selfish. Penumpang nak masuk kereta pon boleh bersenang-lenang. Tidak perlu tertonggeng lagi. Haha! Kereta ni sangat mesra keluarga.ย 

Bila bercakap pasal kereta, setiap orang mesti ada aspek-aspek yang kita rasa penting untuk kita nilaikan sebuah kereta tu. Contohnya, ada yang pandang design dulu baru decide nak beli, ada yang nak tengok performance engine dulu, ada yang nak tengok harga dulu sebab nak sesuaikan dengan budget and etc.



Bagi aku, semua tu penting. Tapi aku suka jugak tengok improvements kereta berbanding model yang lama. Contohnya macam Tiguan Volkswagen ni. Meh sini aku cerita apa yang best pasal kereta ni.


Volkswagen Tiguan ni menggabungkan enjin TSI pegecas turbo bersesaran 1.4L dengan kotak gear jenis basah direct shift (DSG) 6-speed untuk bagi kuasa impresif iaitu 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500 rpm.

Pecutan memang sangat mengagumkan. Dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 8.9 saat dengan catatan penggunaan bahan api sekitar 6.71/100km*. Tahap penggunaan api yang luar biasa ini membolehkan Tiguan baru ni menerima persijilan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Wow patut lah best je bila drive. Smooth je.

Ada 8 inci touchscreen display. Boleh tengok rear view camera, complete car menu dan infotainment system.



Dapat kereta aku terus pi Penang. Dasar kuat berjalan. Hehe. Lagi pon saja jalan jauh sikit. Nak tengok sedap ke tak bila drive kereta ni.

Saja jalan-jalan nak pergi Penang. Search je tempat kita nak pergi tu. Pastu click dan tekan start.


Memang dia bawak jalan yang benar. Bagus! Bagus!
Tak payah guna waze dekat handphone dah.



Yang part ni memang wow gila! Jakun jap aku. Haha. Masa on the way pi Penang, tetiba hujan. Tapi hujan renyai je. Baru je air-air hujan tu menitik tersentuh kereta, terus viper ni bergerak.ย 

Wow wow. Memang automatic viper bergerak rupanya bila hujan. Canggih ah. Tak payah usik handle viper dekat stereng tu pon dah auto viper jalan kan kerja dia sendiri!


Kalau masuk tempat gelap atau drive time malam. Lampu depan pon automatic terbukak sendiri. Memang semuanya auto.

Sampai dah Penang. Ni nanti aku share detail next entry.

Suka drive kereta ni sebab ada rear view camera. Kalau nak reverse/nak parking sangat memudahkan kerja aku. Tengok je display screen ni haa. Tak payah keluarkan kepala tinggi-tinggi persis zirafah nak tengok cermin kereta lagi dah. Confirm tak kan tersondol kereta orang dah bila ada camera ni. Hehe.


Dan bila ada ancaman dari tepi, kiri,kanan, depan, atau belakang. Kereta ni akan bunyi "tet tet tet tet". Memang kita akan alert kalau ada orang himpit kereta. So tak ada lah kita tersagatkan/calarkan kereta orang.

Stereng best. Leather multi-function steering.Kalau tengah drive, nak ubah channel radio, or tukar volume. Picit-picit je haa time drive.

Donโ€™t worry sebabnya dari aspek keselamatan, dia ada total 6 airbags. Dan ada juga Electronic Stability Control (ESC), Brake Assist (BA),Multi-collision Brake,Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta hill-hold control ni menambahkan lagi ah confident aku bila drive kereta ni.

Display screen ni pon best. Nampak tak ada gambar tayar kereta tu?ย 


Sangat memudahkan kalau nak parking. So kita tahu tayar kita tu lurus ke tak.





Bukak je cermin ni, lampu dekat atas tu automatic terus menyala.Keluar jalan-jalan time malam, senang nak tenyeh lipstick. Hehe.ย 

3-zone climatronic air cond.

Button lampu dalam kereta.




Fungsi baru yang diketengahkan dalam Tiguan baru. Boleh masuk kereta tanpa kunci KESSY. Nak start engine pon just tekan button bulat tu. Senang kan?


Nampak tak Auto hold function tu. Button tu memang life changing! Haha. Paham-paham je lah dekat Malaysia ni traffic jam boleh tahan. Kalau berhenti dekat traffic light,boleh tekan je auto hold function ni. Terus kaki boleh relaks. Kereta pon ilek-ilek je tak bergerak. Cool kan?


Berguna jugak 'mini kabinet' dekat tengah ni. Striped sliding cover ni aku suka sebab dia luas dan boleh isi macam-macam benda.

Kalau beli air tu kan ada macam-macam jenis size cup/botol kan? Storage ni best sebab bila kita letak je cup/botol dia akan genggam ikut size cup/botol tu sendiri. So kalau cup besar ke kecil, memang muat je semua.ย 

Kalau kereta yang memang dah fix bentuk cup tu, kadang-kadang rasa stress bila nak letak cup tapi tak muat. Stress sebab kena pegang je. Huhu. Tapi dengan Tiguan baru ni jangan risau ye. Beli lah apa-apa jenis minuman pon, confirm muat. Heee.



Tempat ni pon boleh simpan macam-macam benda. Touch n Go ke, botol susu ke, kunci rumah ke. Senang nak cari nanti.


Tiguan baru ni memang sesuai untuk family yang ada anak kecil juga sebab ada ciri child safety. Ada anti-pinch powder windows and ISOFIX anchorage point for child seats.

Seat leather. Kalau anak tertumpah susu ke apa. Senang je lap. Boleh letak botol air jugak dekat compartment tengah tu.

Penumpang belakang boleh jugak guna meja lipat dan boleh buat 4 sudut berbeza. Dah macam duduk dalam flight pulak rasa. Ada meja lipat dekat depan seat. Tapi untuk penumpang belakang lah. Boleh feeling-feeling macam dalam flight. Cuma tak ada pramugara handsome yang serve makanan je lah. Kehkeh.


Ada lampu ambien yang menyala dekat garis pintu dan kemasan sisi untuk ruang kabin yang lebih cerah.

Aircond untuk pemandu belakang. Orang belakang boleh adjust sendiri aircond dia.

Dengan dimensi yang lebih panjang, lebar dan rendah kalau nak compare dengan model lepas, Tiguan baru ni mempunyai reka bentuk yang dinamik. Nampak sporty sikit bagi aku sebab tu aku suka!





Tiguan baru ni juga datang dengan pintu boot belakang elektrik.


Boot kereta pon besar haa.


Nak tutup boot pon tak payah hempas kuat-kuat macam tengah gaduh laki bini.
Tekan je button ni dekat boot kereta, automatic boot ni tertutup sendiri. Whoaa canggih. Hee.


Besar boot kereta ni. Nak sumbat groceries,strolller atau benda-benda lain tu memang takdehal lah. Nak tidur dalam ni pon muat. Ehehehe.


Warranty

Tiguan baru ni didatangkan dengan jaminan 5 tahun manufacturer's warranty dan 5 tahun road assistance.

Warna

Ada 5 warna yang boleh dipilih.
Putih (Pure White)
Hitam (Deep Black)
Biru (Atlantic Blue)
Perak (Tungsten Silver
Kelabu (Indium Grey)


Menarik tak Volkswagen Tiguan baru ni?

Haa tunggu apa lagi. Cer cuba-try-test drive. Pasti jatuh cinta. Nak maklumat lanjut, boleh tengok laman web https://www.volkswagen.com.my/tiguan



โ†ง
โ†ง

Travel: Makanan halal di Kyoto, Japan (part 3)

$
0
0
Sementara aku tengah mood rajin nak habiskan entry Japan ni, baik aku update dulu. Sambungan entry Kyoto, Japan (Part 2)

Kali ni aku nak cerita pasal makanan halal yang aku makan masa first day dekat Kyoto.
Personally bagi aku, nak kata senang tu tak lah senang sangat nak cari makanan halal dekat Kyoto ni. Tapi nak kata susah pon tak jugak. Mata kau memang kena bukak luas-luas lah untuk cari makanan halal. Kalau tak jumpa, google je tempat makanan halal yang berdekatan. Selalunya akan keluar.



1) Poqan, Kiyomizu Dera

Masa on the way nak naik/turun ke Kiyomizu Dera yang aku cerita dekat ENTRI NI. Aku jumpa satu stall jual makanan halal.

Poqan kot eh nama dia?

It's purely halal.

Satu stick harga 450 Yen.

Sedap lah jugak benda ni.

Ada macam-macam pilihan.

Makan panas-panas memang layan.

Tapi aku rasa kalau makan dengan cili sos lagi sedap. Haha.
So kalau korang datang Jepun ni, tapi tekak kau jenis tekak melayu totok. Kau bawak lah cili sos kecik-kecik paket tu siap-siap. Agak-agak rasa tak boleh nak telan apa-apa makanan dekat Jepun ni, boleh lah cili sos tu jadi penyelamat. Hehe.

Tapi aku ok je makan ni tanpa sos. Sebab dia dah ada rasa. Sedap je lah bagi aku. Lagi-lagi kalau tengah lapar. Memang licin je makan.

Han ni tolak batu dengan kayu je aku rasa.ย 
Yang lain semua benda aku suap dekat dia, semua dia bedal je tanpa banyak cikadak. Haha.ย 
Bagus nakkk! Senang kerja mak kau ni. ๐Ÿ˜†

2) Ramen halal, Gion

Yang tadi kitorang buat alas perut untuk breakfast. Untuk lunch kitorang makan ramen halal dekat Gion. Nama kedai aku tak pasti apa sebab tulis bahasa jepun. Paham pulak aku bahasa jepun tu kan?? Memang sepatah haremm lah aku tak faham. Tapi cop halal memang terpampang dekat atas kepala laki aku tu. Haa nampak tak cop halal iteww?


Tapi kalau pergi Gion, korang google je halal food Gion. Nanti akan keluar restoran ni. Sebelah restoran ramen ni, ada restoran daging wagyu beef. Halal jugak.


Nampak sedap ke tidekkk?
Ramen ada 2 jenis.
Yang kiri tu jenis kering.
Yang kanan ada telur tu jenis sup.

So pilih je lah kau nak nak makan ramen jenis basah ke kering.

Husband aku order ramen. Dia kata sedap.
Aku pi order teriyaki chicken with rice.
Perghh masin nak meninggal. Aku syak dia tertumpah garam selori lah masa serve aku ni.
Tapi tak sure lah kalau memang rasa dia memang masin macam tu.

Untuk lebih selamat, kalau korang datang sini, order ramen dia je lah.

Dekat restoran ramen halal ni, ada prayer room.

Boleh lah solat dulu sebelum meneruskan perjalanan.


Han memang suka tengok dekat-dekat orang solat.
Nasib baik Han tak kacau papa dia solat.ย 






Lepas makan ramen halal ni, tetiba hujan renyai-renyai pulak.

Nasib baik aku dah sediakan payung siap-siap sebelum hujan.

Han dah expert dah nak beli air dekat vending machine Jepun ni.

Suruh dia pilih air apa dia nak.ย 
Pandai dah pilih.

"Yes!"

"Huh? Air?"

"Minum lah, apa lagi"

3) Taiyaki


Malam-malam tu dok berjalan around Kyoto, nampak ada Taiyaki ni. Ambil perisa custard.ย 
Sebeban custard dia bagi haa. Tak kedekut punya. Kita makan pon puas hati.

Husband aku ni tak menyabo. Panas-panas baru masak tu dia terus masuk mulut. Memang menggelupur lah dia lepas tu.

Tapi sedap gila Taiyaki custard ni.

Terhibur sebab tengok husband aku menggelupur makan Taiyaki panas-panas tak menyabo. Hehe.





Video from instagram aku (@cikepal06)ย .ย 
Video aku edit sendiri.ย 
Boleh lah tengok orang Jepun cakap melayu. Hehe.



Bersambung....



Ok nanti sambung lagi Kyoto, Japan Part 4 pulak.ย 
Bye Mak Jemah!


โ†ง

Best nya Costa Victoria Cruise ni! Ada makanan HALAL siap

$
0
0


Nak naik kapal cruise memang dah lama ada dalam bucket list aku. Dari zaman aku kecik-kecik dulu selalu berangan, nanti dah besar, dah ada duit sendiri, nak jalan-jalan pusing satu dunia. Dan nak naik cruise jugak! Heee. ๐Ÿ˜

Nak plan untuk next trip siap-siap ni! ย Heee.

Aku memang tak boleh betul lah tengok Costa Cruise ni. Serious terus rasa membuak-buak nak naik kapal cruise dengan kadar segera. ๐Ÿ˜†

Costa Cruise ni sangat cantik! ๐Ÿ˜

Tak percaya? Meh nak tunjuk.
Mari kita sama-sama plan naik Costa Cruise ni next trip. Hee.


Ni lah kapal nya. Besar.



Salah satu restoran yang ada dalam kapal cruise ni.

Cantik plating restoran ni ๐Ÿ˜


Kemain besar haa pizza dia. Confirm besar dari muka kau ! Hahaha.


Lobster nampak menyelerakan ๐Ÿ˜

Costa Victoria ni sedang dalam proses untuk dapat Halal certification. Untuk muslim, jangan risau. Memang ada makanan Halal dalam cruise ni.

Bilik.

Ada pertunjukan theatre.

Wow meriah ni!



Memang tak kan bosan punya. Sebab banyak aktiviti dalam cruise ni.



Ni pulak carnival of Venice.


No wonder lah Costa Cruise ni pernah menang 'Best Cruise Line for Entertainment' by Travel Weekly Asia 2016. Memang nampak best aktiviti yang ada dalam kapal cruise ni.

Ada aktiviti untuk kids jugak.

Boleh lah anak-anak main dengan rakan sebaya beliau ๐Ÿ˜†

Aktiviti untuk kids pon banyak.

Yang masih nak menjaga kesihatan di mana pon anda berada. Haaa boleh pergi gym ni.

Swimming pool pon cantik gila! ๐Ÿ˜


Atrium Deck.

View dia ya Allah. Cantik nyaa ๐Ÿ˜

Bila naik cruise macam ni, memang percutian kita pon akan rasa relax dan trendy. Tak payah fly ke Italy untuk nak rasa pengalaman budaya orang Italy. Naik je Costa Victoria cruise ni, kita pon dah boleh feeling-feeling dekat Italy. Heee.


Kalau ada yang berminat, boleh tengok details dekat SINIย ๐Ÿ˜



โ†ง

Resepi Sweet Corn Mushroom Crabstick Egg Drop Soup yang mudah dan sedap! (Step by step)

$
0
0
Resepi ni memang resepi aku. Sebab aku buat guna bahan-bahan yang ada dekat dapur aku sahaja. Aku nak habiskan stok groceries je, bila tengok-tengok bahan yang ada. Eh eh aku rasa aku boleh buatย Sweet Corn Mushroom Crabstick Egg Drop Soup ni.ย 


Eh eh. Asal nama panjang sangat ni?


Suka hati aku lah kan nak bagi nama panjang sepanjang nambelas kilometer pon. Dah resepi aku. Kehkeh ๐Ÿ˜„.


Kebanyakan resepi dalam blog aku ni, memang boleh kata kebanyakan nya aku olah sendiri sampai aku dapat rasa yang aku nak, then baru aku share dekat blog. Contohnya resepiย Ayam Pandan Thai ni. Memang aku share resepi dengan bahan apa yang ada dekat dapur aku je time tu. Cuma aku kena beli daun pandan je lah.ย 



Ni antara resepi yang aku share guna apa-apa bahan yang aku ada dekat dapur aku je. Bila orang kata dia jumpa resepi dekat google, tapi sebijik sejibon macam resepi aku. Serious aku kenal dan tahu tu memang resepi aku. Tapi aku takdehal pon. Dah memang aku nak share pon. Kalau korang jadi buat apa-apa resepi yang aku share dalam blog aku ni, aku tumpang gembira je resepi yang aku share orang buat menjadik. Heee ๐Ÿ˜


Resepi Sweet Corn Mushroom Crabstick Egg Drop Soup ala Cik Epal Gonjeng.

Bahan-bahan nya adalah:


4 cawan air
2 kiub ayam (Aku guna yang 'no added MSG')
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2/3 cawan sweet corn
8 ketul crabstick (potong 2)
Cendawan tiram/ Oyster Mushroom (carik kan)
Daun Sup
3 sudu besar tepung jagungย + 4 sudu besar air
2 biji telur
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Drizzle 1 sudu kecil minyak bijan

*garam dan gula tu pandai-pandai adjust*


Aku memang suka guna kiub ayam 'no added MSG' ni. Kalau aku jumpa, memang aku borong banyak-banyak. Senang aku nak masak ๐Ÿ˜‚




Telur kacau guna garfu.

Aku memang sukat air 4 cawan guna measurement cup macam ni. Kalau korang tak ada, suka hati korang lah nak guna cawan apa-apa yang ada dekat rumah tu. Tapi end taste korang kena pandai adjust.





Halia dan bawang putih tumbuk dulu.

Mula-mula masuk 4 cawan air. Then masuk kan haliaย + bawang putih yang kita tumbuk tadi.

Kemudian, masuk kan kiub ayam, sweet corn,cendawan yang kita carik kan, dan crabstick.

Kacauuu.

Pastu masuk daun sup dan lada sulah.


Kacauuu.

Tepung jagungย + Air.
ย Godak-godak kan dulu dalam mangkuk kecil.ย 
Dia dah sebati cenggitu, haa boleh terus curahkan saja dalam sup tadi.

Ni untuk kasi sup kita pekat dan likat. Nyummy nalerekek ๐Ÿ˜

Pastu ambil telur tadi. Masuk kan macam ni. Angkat tinggi-tinggi telur tu sambil senduk kau pon kacau membulat satu arah.

Dah habis semua telur masuk dalam ni.
Adjust garam dan gula.
Kacau bagi sebati.
Last sekali jangan lupa drizzle dengan minyak bijan sikit.


Pastu kacau sampai pengsan.

Dah bangun dari pengsan, kita boleh dah makan 'Sweet Corn Mushroom Crabstick Egg Drop Soup ala Cik Epal Gonjeng' yang kita masak tadi.

Sedap dimakan begitu sahaja.
Atau cicah dengan roti.


Aku dah 3x buat benda ni guna resepi aku ni. Mak mertua dengan ipar duai aku datang rumah aku pon, aku buat benda ni jugak. Depa makan cicah dengan roti. Ternyata licinnn sehingga titisan sup yang terakhir.


Kalau ada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba mak hayam! ๐Ÿ˜‹


K bye! Gerak lu pape roger. ๐Ÿ˜Ž

โ†ง

REVIEW FILEM : Kingsman dan Bisik Pada Langit

$
0
0
Kalau korang rasa nak tengok wayang minggu ni, tapi tak tahu nak tengok cerita apa. Aku suggest dua cerita ni. Both korang kena tengok! Best! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘



Sinopsis Kingsman The Golden Circle (2017):

Eggsy kena serang dan berjaya larikan diri. Tapi Charlie (orang yang direject jadi Kingsman) dapat hack sistem Kingsman. Habis lah semua tapak Kingsman kena bom dekat London. Eggsy terselamat sebab time tu tengah dating dengan bakal family mertua. Hehe. Dia dengan Merlin je selamat. Yang lain semua mati. Then diorang berdua dapat tahu ada lagi satu company agent yang macam Kingsman iaitu Statesman. Dan diorang pergi lah Statesman. Pastu pergi lah tengok sendiri. Tak kan semua benda aku nak cerita! Haha.


Review Filem Kingsman The Golden Circle (2017):

- Antara cerita yang aku paling tunggu nak tengok! Cerita Kingsman : The Golden Circle (2017) ni ย sambungan daripada Kingsman: The Secret Service. Yang Kingsman sebelum ni gempak gila kot. Mesti ah yang 2017 punya ni aku nak tengok. Rasa macam cepat je masa berlalu. Dah keluar dah Kingsman 2. Tapi kalau korang tak pernah tengok yang sebelum ni punya, still korang boleh paham je jalan cerita dia.ย 

- Cerita ni rate 18+. Tak ada lah adegan aneh-aneh nau dalam cerita ni. Cuma aku rasa penggunaan words f**k tu terlampau banyak dalam ni. Sebab tu kot rate 18+.

-Cinematography menarik. Aksi berlawan pon style! Kingsman pon handsome. (Aku memang suka lelaki jenis muka gitu, sebab tu aku suka laki aku. Eh! Haha)

-Mesin pengisar dalam cerita ni memang legend! Haha ย ๐Ÿ˜‚

-Banyak scene yang kelakar jugak. Korang memang akan terhibur lah tengok cerita ni.

-Kalau nak compare Kingsman sebelum ni dengan yang baru ni. Aku suka yang first tu lagi. Yang ni boleh lagi nak layan tapi yang first lagi sedap ah.

Overall, masih menghiburkan!

Rating: 8/10







Sinopsis Bisik Pada Langit

Cerita pasal keluarga Rosli. Ada sorang anak perempuan dia, Hajar belajar dekat luar negara. Dekat Australia sana, anak dia accident pulak. Lalu koma. Ayah dia ni pulak terlampau sayang kan Hajar ni. Nak tak nak, memang dia nak pergi jugak Australia lawat anak dia. Tapi duit tak cukup. Niat dia nak ke Australia lawat Hajar tu secara tak lansung menimbulkan pergaduhan dengan ahli keluarga yang lain.


Review Filem Sinopsis Pada Langit:

- Plot cerita yang senang faham. Cinematography was amazing!! Memang cantik. First moment je dah dapat tangkap minat aku untuk tidak miss satu part pon.

-Kalau tengok cerita ni kita memang boleh relate. Sebab sesuai dengan kehidupan kita rakyat marhaen. Tak macam cerita tipikal melayu yang celik-celik mata dah kaya. Ataupon kau CEO syarikat, lepas tu anak kau mewarisi empayar perniagaan. Bisnes semua juta-juta. Tak main ah bisnes cikai. Bapak kau setiap masa main golf pastu kena heart attack. Anak tunggal kaya raya pastu playboy.Pastu cinta 2 darjat. Laki kaya perempuan miskin. Tak pon perempuan kaya laki miskin. Atau pon kena paksa kawen sebab nak ubah perangai jadi baik. Tak pon ada watak antagonis yang jahat gila babun nak hancurkan hubungan.

Percayalah. Semua benda tipikal dalam drama melayu ni tak ada dalam filem Bisik Pada Langit. Semua nya kena dengan kehidupan kita rakyat biasa.

- Jalil Hamid punya lakonan memang superb! Serious kalau dia tak menang award Pelakon Terbaik pasni, tak tahu ah nak cakap apa. Watak dia memang macam bapak-bapak yang kita pernah tengok dalam real life. Tapi nasib baik ayah aku tak macam tu. Haha. Selamat sikit ah hidup aku ๐Ÿ˜‚.

-Watak Beto Kusyairy dalam ni pure gila. Serious kau boleh masuk syurga Dee oi. Bagus budak nya. Penyabar dan redha setiap masa.

- Banyak pengajaran yang berguna dalam cerita ni. Sila lah jadi anak yang baik.Kalau family kita susah, tolong. Jangan menyusahkan lagi family yang dah sedia susah. Bertimbang rasa sama. Untuk parents pulak, nak membesarkan anak-anak please jangan pilih bulu. Bagi lah kasih sayang sama rata. Anak-anak pon ada perasaan. Tak kira laki atau perempuan.

- Jalan cerita simple. Skrip memang padu. Ayat senang faham sebab dialog diorang sama macam percakapan kita seharian. Emosi dalam cerita ni memang kena sangat dengan jiwa masyarakat. Aku yakin memang ada yang akan rasa benda ni dalam adik-beradik kalau korang ada ayah jenis sebijik macam Jalil Hamid dalam cerita ni.

-Semua babak dalam cerita ni sangat natural. Memang boleh menyentuh hati. Semua pelakon yang ada dalam filem ni pon semua berjaya angkat karakter masing-masing dengan jayanya. Jalan cerita simple tapi kesan dia memang padu beb!

-Khabir Bhatia punya buah tangan kali ni memang tidak mengecewakan.


-Serious aku ni susah gila nak menangis. Tapi filem ni berjaya ah buat kan aku mentis air mata. Kena nganjing dengan husband dekat sebelah pon lantak lah. Janji perasaan sedih tu berjaya dilepas kan. Hahaha. So korang, stand by tisu siap-siap nak tengok cerita ni.


Siapa tak tengok lagi, aku memang highly recommended korang tengok cerita ni! Sebab dah lama kita tak dihidangkan dengan cerita bermoral macam ni dekat panggung. Untuk cerita melayu, aku rasa cerita ni memang best!ย 

Rating: 8.5/10



Ada yang dah tengok 2 cerita yang aku review ni? Best tak bagi korang? ๐Ÿ˜„


โ†ง
โ†ง

Cik Epal dalam SIS TV9 - Deko makanan comel untuk Han #dapurcikepal

$
0
0
Kalau siapa follow instagram aku (@cikepal06) mungkin dah pernah tengok lah gambar-gambar ni. Ada lagi dekat instagram aku, tapi aku malas nak letak banyak-banyak. ๐Ÿ˜†


Dari Han kecil lagi, aku memang dah ada niat nak deko makanan dia comel-comel bila dia dah boleh makan nanti. Masa Han umur 6 bulan, aku selalu bagi bubur nasi dengan puree buah je. Bila dia start 2 tahun best lah. Sebab aku boleh bagi macam-macam makanan dekat dia. Dapat pulak Han memang jenis kuat makan (ikut ayah dia lettewww๐Ÿ˜) .


ย Ok-lah-kuat-makan-ikut-mak-dia-k-bye.


Dah Han suka makan, lagi naik syekhh lah aku nak deko makanan dia setiap pagi. Haha



Egg Mayo Sandwich.
Yang hijau tu bukan petai.ย 
Tu edamame.
Sejenis kacang.

Pancake with chocolate and strawberries.

Ni nasi dengan sup.

Haaa yang ni favourite Han.
Pasta.
Apa-apa jenis pasta pon Han suka makan.


"Wow! Bear Bear"
Sekarang ni Han dah boleh cakap sikit-sikit. Kalau dia nampak aku buat pasta bentuk bear macam ni. First word yang keluar dari mulut dia adalah..

"WOW"

Haha.

Tapi masalah nya dia memang suka cakap "WOW".

Kalau dia nampak aku tengah bersiap nak pakai tudung dalam rumah pon.

Bila dia nampak, dia cakap

"WOW"

Sebab dia tahu dia boleh keluar.Ye lah kalau aku keluar, mesti lah bawak dia kemana-mana.

Papa Han suka menari aneh-aneh depan dia pon, dia nampak, dia cakap

"Apa ni papa? Buruk lah menari aneh macam Mr Bean"

Ok tipu.ย 

Han mana boleh cakap sampai tahap macam tu lagi.ย 

Tapi macam biasa, Han akan cakap.

"WOW"

Hahahaha budak WOW dia ni ๐Ÿ˜‚ย 

Dah pandai nak makan sendiri.

Pasta kegemaran Han ๐Ÿ˜‹


Ni aku buat nasi dengan sup ayam.



Video Han makan sambil layan lagu shark doo doo ๐Ÿ˜†

Nak hulur sandwich ni dekat Han . Husband nampak.

"Yunk. Kenapa muka dia jerawat lubang-lubang?"

Aku senyap je.

Dia tengok lagi.

"Eh spongebob lah".

2x pandang baru dia nampak #spongebob .I need to upgrade my skill lah macam ni. Haha. Adakah memang tak nampak macam spongebob? ๐Ÿ˜‚


Semenjak dari kes spongebob itu, aku terus letak nama karakter aku buat dekat pinggan, macam ni. Aku letak POOH siap-siap. Supaya tiada lagi soalan aneh dari papa Han.

Han apa dia kisah.ย 
Aku buat bear ke, rabbit ke, panda ke, cipan ke, tenuk ke.
ย Janji dia dapat makan.



Haritu wartawan SIS TV9 nak interview aku pasal deko makanan comel untuk Han ni. Ni kira first time lah dalam sejarah hidup aku ada wartawan nak interview dekat rumah untuk benda-benda macam ni untuk masuk tv. Sebelum ni, pernah lah jugak wartawan datang rumah, tapi tu untuk dekorasi rumah macam dalam entri ni Majalah GLAM Deko, Majalah Jelita dan Majalah Wanita.



Tapi untuk deko makanan Han, ni kira first time lah kena interview. Masuk tv lak tu. Nervous aku.ย 


















Wartawan suruh aku buat 2-3 dish je. Tapi aku bantai buat sampai 5 dish. Hihi.


Aku deko makanan ni memang sebab aku suka. Ni kira hobi baru aku lah.Kalau Han tak suka pon aku tak kisah, janji aku suka! Hahaha. Penting untuk diri sendiri happy dulu. Baru kita boleh jadikan hobi tu sebagai rutin harian. ๐Ÿ˜


Benda ni macam terapi lah untuk aku. Sama macam deko rumah, satu kepuasan tau bila dapat deko rumah kita macam apa yang kita imagine. Untuk deko makanan Han ni pulak, aku rasa satu kepuasan jugak bila aku dapat buat benda yang aku imagine dalam kepala aku guna semua makanan real yang boleh dimakan.


By the way, thanks SIS TV9 sudi interview Cik Epal gonjeng. Haha.


K bye!




โ†ง

Siapa yang ada keinginan naik cruise, aku memang sangat recommend Costa Cruise

$
0
0

Best nya naik cruises! Aku memang dah lama teringin percutian yang santai naik cruises macam ni. Lepas ni kalau ada masa free memang aku nak naik Costa Cruises. Meh aku nak cerita kenapa aku nak sangat naik Costa Cruises.





Maybe ada soalan-soalan ni yang mungkin ada dalam benak fikiran korang. Meh sini aku jawabkan siap-siap. Aku dah study dah pasal Costa Cruises ni. So ini semua info yang aku tahu.





Apa benda Costa Cruises ni?

Costa Cruises adalah syarikat pelayaran terkemuka di Eropah,ย headquartered in Genoa (Italy). ย Ia adalah syarikat pelayaran antarabangsa yang pertama untuk mengendalikan kapal cruise di Asia Pasifik sejak tahun 2006. Sepanjang 11 tahun yang lalu, Costa Cruises memegang prinsip berorientasikan pelanggan dan memberi tumpuan kepada inovasi untuk membawa penumpang Asia pelayaran yang paling kreatif dan berkualiti tinggi dengan rasa 'Italy at Sea'.



Apa nama kapal ni?

Costa Victoria


Bila masa paling terdekat untuk kami berlayar naik cruise ni?

November 2017 โ€“ December 2018

Pergi mana je?

Costa Victoria selalunya berlepas dari Singapore atau Penang. Ini mungkin kelebihan untuk rakyat Malaysia kerana kita tidak perlu terbang ke Singapore atau Penang untuk join cruise holiday ni.


3-night: Singapore, Melaka, Penang
4-night: Singapore, Phuket, Penang
5-night (A): Singapore, Phuket, Langkawi, Penang
5-night (B): Singapore, Phuket, Penang, Melaka




Boleh bagi 5 sebab kenapa kena pilih Costa Victoria?

1) Costa Victoria ni pioneer untuk Asia Pacificโ€™s cruise industry
2) Authentic Italian flavour: terkenal dengan signature โ€˜Italy at Seaโ€™.So as Malaysian, kita tak payah terbang ke Italy untuk experience Italian culture. Naik je Costa Victoria ni, kita dah dapat authentic Italian feelings, cost-effective!
3) Sangat sesuai untuk family vacation: Kids bawah 13 tahun PERCUMA tau!ย Budak bawah umur 13 tahun boleh enjoy FREE cruise fare! Sangat sesuai untuk mana-mana keluarga dengan tight budgets.
4) Cool itineraries & destinasi menarik
5) Muslim-friendly cruise ! Ada makanan Halal on board! (ni paling penting!)


Cruising holiday memang sangat santai, trendy dan sangat sesuai untuk orang yang care for life balance. Tak payah fly sampai Italy untuk nak dapat pengalaman Italian culture. Naik je Costa Victoria ni, korang dah dapat rasa โ€˜travelling around the Italyโ€™.

Banyak fun activities!

Yang penting, ada makanan HALAL!ย 
Tak perlu dah nak bawak roti dengan serunding atau sambal ikan bilis dah. ๐Ÿ˜†


Bilik cantik.

Indoor swimming pool pon merecikkk ๐Ÿ˜











Onboard Facilities semua gempak nak meninggal! ๐Ÿ˜†



Kalau sesiapa yang tengah mencari percutian yang santai naik cruise macam ni, aku memang highly recommended Costa Victoria ni.

Book now and get a FREE luggage.


Boleh contact local travel agents for more details:

Best Experience Tours - (603-62015177)
Chan Chee Kheong & Brothers Travel -(605-2541244)
Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd- (603-92002929)
Jebsen Travel & Tours Services Sdn Bhd- (603-2148 5583)
Reliance Shipping & Travel Agencies - (603-7726 4488)
TLC Travel & Tours Sdn Bhd-(607-2362667)
AF Travel Sdn Bhd- (607-3008081)


Nak tahu lebih lagi pasal Costa Cruises ni, boleh tengok link ni
Homepage: www.costaasia.com
Itineraries: www.costaasia.com/itineraries/
Facebook page:ย https://www.facebook.com/CostaCruisesAsia/

โ†ง

Hot & Roll sedap ! Siapa suka makan, kita geng!

$
0
0
My favourite!! Heee ๐Ÿ˜‹



Saja nak berhenti jap dekat Petronas area Bukit Jelutong ni.

Memang betul-betul sebelah tol.

Ni alamat dia. Nak isi minyak.




Masuk kedai Mesra Petronas ni, nampak Hot & Roll! Eh tak kan nak tengok je.Mesti lah kena beli. ๐Ÿ˜†

Aku memang dari zaman bujang sampai sekarang ada Han ni, suka gila kott makan Hot & Roll. Pantang nampak, mesti nak beli punya. Ada 2 selection. Savoury and sweet. Savoury aku suka, sweet pon aku suka je.Semua perisa aku dah try dah. Semua sedap je bagi aku. Hee.

Order lah, apa lagi.

Dulu aku suka pizza beef tu. Tapi sekarang ni paling aku suka paratha chicken & cheese ni.

Sedap! Aku suka! Kalau pergi mana-mana Hot & Roll, mesti aku akan order Paratha Chicken & Cheese ni.

Serious sedap gila! Haha.

Tapi bukan aku je yang suka ......

Seketul Han pon suka jugak! Haha.
Pantang nampak aku makan, mesti nak mintak jugak.

Beli satu lagi.

Crispy Crunchy Peanut. Yang ni pon aku suka. Krapp krupp krapp je bila makan. Ni kena makan panas-panas baru sedap. Memang crunchy.

Sekarang ada menu baru, Cheezy Jumbo. Memang aku tak melepaskan peluang lah untuk order satu. Hee.

Memang besar hot dog dia.

Yang best nya, cheese dia sedap sangat. Sebeban dia bagi haaaa lepas aku suruh tambah. I loikeeee. Hee ๐Ÿ˜‹

Besar pulak tu.Memang sesuai lah dengan nama. Besar lagi Cheezy Jumbo ni dari kepala Han. Haha. Tapi memang sedap! ๐Ÿ‘


A post shared by Cik Epal ๐ŸŽ (@cikepal06) on


Saborrr je lah aku dengan Han ni. Habis time ni dia buat sepah ๐Ÿ˜‚


By the way, apa yang aku suka pasal Hot & Roll ni sebab tunggu kejap je untuk dia masak. Sedap makan panas-panas. Yang penting HALAL. Sesuai untuk kids, teens & working adults. Kalau yang bekerja, tak sempat breakfast dekat rumah tu, boleh lah singgah Petronas yang ada stall Hot & Roll macam ni. Sedap pon sedap. Memang memudahkan kerja bila ada Hot & Roll ni. Perut pon kenyang makan benda sedap. Memang sesuai untuk sesiapa je, pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Heee.


Kalau nak tahu Hot & Roll mana yang ada dekat dengan korang boleh tengok dekatย https://www.facebook.com/hotandrollmalaysia/๐Ÿ‘



Hehe comel video ni. Kalau time sekolah dulu ada Hot & Roll. Serious aku tak kisah makan Hot & Roll hari-heri time rehat. ๐Ÿ˜„




Korang suka tak Hot & Roll ni? Korang suka makan perisa apa? ๐Ÿ˜‹

โ†ง

REVIEW: Tropika Baby Herbal Cream . Serious best krim ni!

$
0
0

Aku nak share cerita macam mana aku boleh tahu pasal produk TROPIKA ni. Mula nya aku memang tak pernah dengar pasal produk ni. Sampai lah satu masa aku balik kampung. Jumpa lah dengan semua sedara aku. Time balik kampung tu pulak Han tengah batuk. Aku baik dengan sorang sepupu aku ni. Dia anak 2 dah. Lepas dia mandikan anak ke 2 dia, dia sapu satu cream dalam botol kuning ni.Aku nampak packaging dia macam comel je sebab ada gambar teddy bear. Hehe. Aku pon ambil and tengok-tengok cream tu. Sepupu aku ni tahu Han tengah batuk. Sambil dia massage anak dia dengan cream ni, dia cakap dekat aku "try sapu cream ni dekat Han. Cream ni bagus".



Aku try sapu cream ni dekat Han. Dalam 2 hari, memang batuk Han hilang terus. Alhamdulillah, lega aku.Memang serious magic krim ni. Aku cerita dekat sepupu aku. Bagus betul krim ni. Dia ada lebih 2 botol. Dia memang saja beli lebih buat stok sebab krim ni serasi dengan anak-anak dia.Dia nak bagi aku satu. Aku ambil satu cuma aku beli lah dekat dia.




Han pegangย Tropika Baby Herbal Cream ni pon terhibur ๐Ÿ˜‚


Sebab sepupu aku ni lah aku kenal produk TROPIKA. Untuk parents dekat luar sana, aku rasa korang kena ada TROPIKA Baby Herbal Cream ni atleast satu dekat rumah.

Kalau anak demam, selsema atau batuk, memang kita cepat risau kan? Tapi bila ada krim magik ni, serious akan melegakan hati korang dengan cepat.

Dari Han baby lagi, aku dah sapu krim ni kalau Han tak boleh tidur malam, kembung perut atau selsema.





CARA NAK GUNA TROPIKA BABY HERBAL CREAM

Dari Han masih bayi lagi,setiap kali lepas mandi, aku memang sapu cream ni dekat perut dan tapak kaki Han. Time malam pulak, sapu dekat dada dan dan belakang badan dia. Memang selesa Han tidur malam-malam.


BAHAN-BAHAN

Bahan yang digunakan dalam Tropika Baby Herbal Cream ni adalah minyak kelapa dara, halia dan minyak kayu putih. Simple je bahan-bahan dia. Memang tak ada bahan kimia terlarang yang aneh-aneh di dalam ni. Paraben pon tak ada. Jangan risau, krim ni memang selamat digunakan.ย 


KEBAIKAN Tropika Baby Herbal Cream :ย 

- Melegakan batuk
- Melegakan selsema
- Melegakan hidung tersumbat
- Melegakan kahakย 
- Melegakan kembung perut
- Melegakan nafas berbunyi






Krim ni putih macam lotion je. Sangat ringan. Bau best! Tak melekit dan tak berminyak. Bila sapu dekat baby memang cepat meresap. Rasa pon berangin best je. Baby pon selesa.

Krim ni tak panas. Sesuai sapu dekat anak seawal sehari lepas dilahirkan. Sapu je lepas mandi. Memang wangi! Memang rasa nak cium anak kita selalu sebab bau memang best dan wangi. Heee.๐Ÿ˜


Yang ni pulak:
-Baby Hair & Baby Oilย 
(Sesuai untuk kulit dan rambut)
-Natural Bubble Washย 
(Ada minyak kelapa dara dalam ni. Untuk melembapkan kulit dan rambut jugak.)

Bau wangi. Bau Lavender. Lepas guna 2 benda ni, memang perasan kulit Han makin lembut. Suka! ๐Ÿ˜Š

Han pon suka produk TROPIKA! Packaging ada teddy bear tu comel! ๐Ÿ˜†

Kalau pergi travel pon, memang aku tak lupa bawak TROPIKA sama. Ye lah, bila travel tempat orang ni, kadang-kadang cuaca tak menentu. Takut juga Han demam ke selsema ke apa kan. So memang aku prepare siap-siapย Tropika Baby Herbal Cream tu. Bawak sekali bila fly.ย 



Kepada ibu-ibu mahupun bakal ibu, aku memang sangat recommend kan krim ni sebagai salah satu item dalam list barang baby korang. Serious krim ni korang wajib ada. Harga pon murah gila. Berkesan pulak tu. Serious tak tipu. Sebab aku memang guna krim ni dari Han baru lahir lagi. Kalau Han batuk atau selsema, terus aku sapu krim ni. Cepat je Han baik. Serious best!!!

Kalau korang rasa nak beli,boleh tengok dekat website ni :ย http://tropikabeauty.com.my/baby-product-2/



โ†ง
โ†ง

My skincare routine

$
0
0



Aku punya skincare routine simple je. Tak payah nak beli produk yang terlalu mahal untuk kulit cantik. Aku pernah try guna macam-macam skincare yang paling mahal dan yang murah.Tapi mesti akan u turn balik ke Cetaphil. Tak tahu lah kenapa, aku rasa kulit aku lebih sihat bila guna Cetaphil dan produk ni tak buat kan kulit aku jadi gatal/panas/merah ke apa.ย 

Kalau kau pergi klink pakar kulit pon, dia memang tak kasi pakai apa-apa produk dekat pasaran yang berlambak bagai cendawan tumbuh tu, melainkan Cetaphil. Tak percaya, try pergi klinik pakar kulit. Memang diorang akan suggest Cetaphil. Cetaphil memang trusted by dermatologists, their hypoallergenic, terbukti secara klinikal membantu kita mencapai kulit yang lebih sihat.ย 


Aku punya skincare routine serious simple nak meninggal. Haha.


Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni je yang aku pakai selalunya. Ni botol aku yang ke doplohnam kot? Haha memang aku pengguna tegar Cetaphil.


Best tau pakai Cetaphil cleanser ni. Sebenarnya bukan boleh guna dekat muka jer. Badan boleh, tangan boleh, muka boleh, semua la kiranya boleh. Tapi aku guna untuk muka je. Hehe.

Kalau korang nak tahu, pencuci muka yang bagus adalah yang tak berbuih banyak. Tak ada buih lagi bagus. Tips ini aku dapat dari pakar kulit. Sebab dulu memang aku pernah jumpa pakar kulit .Pakar kulit memang tahu benda ni. Cetaphil memang sesuai lah sebab dia memang tak ada buih pon. Bila guna, kulit rasa selesa je.

Yang bestnya pasal cleanser ni, sebab memang lembut bila usap dekat muka. Lagi-lagi usap dekat pipi, terasa kelembutannya. Hihi.Cetaphil ni sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kira lah kulit normal? sensitif? berminyak? berjerawat? Semua boleh. Cetaphil ni tak ada bau. Memang fragrance free. Tak sumbatkan liang pori dekat muka.


Fakta menarik:

โ€ข It doesnโ€™t lather, giving you a soothing cleanse.ย 
โ€ข Boleh digunakan with or without water.
โ€ข Bagi kebanyakan perempuan, bila nak remove make up , selalu guna make up remover dan kena double cleanse dengan facial cleanser kan? Cetaphil Gentle Skin Cleanser is the ideal cleanser for this use.





Cetaphil Moisturizing Cream


Cetaphil Moisturizing Cream ni adalah satu produk yang berfungsi untuk melembapkan permukaan kulit kita. Boleh pakai dekat muka dan badan. Ianya memberi penghidratan yang tahan lama pada kulit kita dan jadikan kulit kita lembut dan lembap. Siapa yang ada masalah kulit kering atau terlampau kering, boleh guna moisturizer ni. Tapi kulit normal dan sensitif pon boleh je guna. Sebab dalam ni ada bahan semulajadi iaitu sweet almond oil, a natural emollient.

Tekstur moisturizer ni macam lotion, warna putih. Tak bau apa pon sebab fragrance free. Bila apply dekat muka, memang cepat gila meresap dan terus rasa muka lembap dan lembut.

Aku pakai moisturizer ni dekat muka. Kadang-kadang sapu jugak dekat siku, lutut dan tumit kaki supaya tak kering. Again, it works like magic! Bahagian siku, lutut dan tumit kaki memang rasa makin halus dan tak kasar.ย 

Kalau untuk muka pulak, memang magic nya lagi lembut sebab produk ni hypoallergenicย (sama dengan cleanser Cetaphil), jadi tak menimbulkan blackheads. Kulit pon dah tak kusam dan jadi lebih sihat. Bila apply make up, hasil nya lebih cantik dan halus di wajah ๐Ÿ˜


ย Fakta menarik:

โ€ข Wangian dalam produk penjagaan kulit boleh menyebabkan skin irritation terutamanya untuk kulit yang sensitif. Pilihย moisturiser/ cleanserย yangย fragrance free.
โ€ขย We must moisturise, moisturise, moisturise daily!ย ย Terutama badan kita yang selalu diabaikan.
ย Air-cond and hot showers boleh mengeringkan kulit

Cetaphil UVA/UVB Defense.

Aku pakai ni macam pakai sunblock. Ada SPF 50. Duduk Malaysia ni, kelau keluar rumah memang kena pakai. Baru kulit muka kita konfiden je nak hadap cahaya matahari.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser and Cetaphil Moisturising Cream boleh dapat dekat semua pharmacies and independent pharmacies nationwide. ย 

Cleanser - Available in 125ml, 250ml, 500ml and 1000ml.
Moisturizer - Available in 50g, 100g and 453g

Bila guna Cetaphil ni, kulit muka aku memang lebih lembap,sihat, halus dan lembut. Syok gila!

Akhir kata dari saya Cik Epal gonjeng,

ย "Sayangi lah kulit anda"๐Ÿ˜„

K bye!


More info:




โ†ง

Cetaphil Baby Review

$
0
0
Sama ada korang ada lah new mom atau ibu yang dah berpengelaman, aku tahu betapa susahnya nak pilih produk mandian yang sesuai untuk anak kita. Banyak baby brands dekat luar sana yang claims produk dia lah yang terbaik untuk kulit bayi. Penting untuk kita buat keputusan yang tepat, especially when it comes to your babyโ€™s delicate skin.


Aku memang sangat selective dengan aku punya skincare products, lagi-lagi untuk kulit Han. Lagi kena jaga lebih. Personally, aku memang pengguna Cetaphil dah bertahun dah. Bila Cetaphil keluar range Cetaphil baby, memang aku percaya brand ni bagus untuk Han guna jugak.


Kenapa kena pilih Cetaphil Baby Skincare Products?


โ™ฅ ย Dermatologist Tested & Pediatrician Recommended.ย 
Cetaphil Baby telah diuji oleh ahli dermatologi dan disyorkan oleh pakar pediatrik. Jenama Cetaphil juga mempunyai barisan dermatologi yang kuat selama lebih dari 40 tahun.


โ™ฅ Colorant Free.ย 
Produk Cetaphil Baby tidak mengandungi sebarang pewarna atau warna tambahan.


โ™ฅ Mineral Oil Free.ย 
Cetaphil Baby tidak ada mineral oil. Mineral oil adalah minyak tanpa warna dan tidak berbau yang dibuat daripada petroleum

โ™ฅ Hypoallergenic.ย 
Cetaphil Baby diuji menjadi hypoallergenic, bermakna ia berpotensi rendah untuk menyebabkan reaksi allergic pada kulit


โ™ฅ Paraben Free.ย 
Cetaphil Baby tidak ada paraben. Paraben adalah bahan pengawet sintetik yang terdapat di banyak produk penjagaan kulit untuk bayi dan orang dewasa


Cetaphil baby ni memang sesuai untuk bayi dengan kulit yang normal dan sihat. Setiap produk Cetaphil memang tak ada paraben, tak ada mineral oil dan pewarna.ย 



Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash adalah pH balanced soap-free formula yang mengandungi moisturiser with aloe vera. Aku suka sebab dia ada moisturiser. Ye lah dengan cuaca panas dekat Malaysia ni, memang bagus ada moisturiser siap-siap dalam sabun mandi. Bau sabun ni wangi dan segar! Macam bau baby baru lahir. Wangi sangat! Aku suka! Lepas je mandi, mesti kulit Han rasa lembut dan smooth je.

Cetaphilยฎ Baby Daily Lotion ni pulak ada Shea Butter and Sunflower seed oil untuk melembapkan dan melindungi kulit bayi. Lotion ini sesuai guna time siang sebab ia ringan,lembut dan cepat je serap dalam kulit. Tak melekit and bau pon nice.Kulit bayi pon rasa licin,lembap and hydrated. It's good!


Baby and toddler skin is delicate. Kalau salah guna produk boleh menyebabkan kulit bayi gatal,merah-merah,irritation, kering dan naik ruam. Aku memang sangat recommend Cetaphil baby products ni untuk ibu-ibu yang ada bayi dan anak kecil. It works well on Han and buat kulit Han lebih lembut dan smooth je.


Sebagai ibu, kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita kan? Termasuk lah produk yang kita guna dekat diorang setiap hari. Dengan brand yang boleh dipercayai macam Cetaphil ni, memang aku tak risau lansung nak guna produk ni dekat Han.


More info, boleh tengok dekat https://www.cetaphil.com.my/baby/

โ†ง

Resepi Puding Roti Sos Kastard mudah dan sedap !

$
0
0

Sebelum ni aku pernah share resepi puding roti. Tapi aku suka lagi guna resepi versi ini. Sebab yang ni lagi mudah dan sedap dari yang aku share sebelum ni. Nak buat memang senang sangat! Ikut cara aku lah. Pejam mata pon boleh buat. Gituwww. Punya lah senang kannn. Tapi jangan betul-betul pejam mata time buat, mampuih terbalik periuk kang ๐Ÿ˜†




Resepi puding roti sos kastard:

Bahan-Bahan - Puding Roti

๐Ÿ’™13 keping roti (1 bungkus roti)
๐Ÿ’™1 kotak kecil kismis
๐Ÿ’™*3 cawan fresh milk
๐Ÿ’™*4 sudu besar gula
๐Ÿ’™*2 sudu besar mentega
๐Ÿ’™*2 biji telur
๐Ÿ’™*1 sudu teh esen vanila


Cara aku buat puding roti ni memang simple gila. Ambil apa-apa besen, tuang je semua bahan yang aku tanda * tu. Besen warna apa tak kisah. Biru ke hijau pucuk pisang ke, kelabu asap ke. Ada aku kesah? Suka hati ko lah besen ko ๐Ÿ˜




Kacau semua bahan tu guna whisk.

Koyak kan roti dan masuk kan semua dalam besen tadi.ย 
Koyak kan saja macam koyak surat cinta ex boyfriend kau. Koyak roti ni ko tak payah gigih sangat nak ukur guna pembaris kasi semua sama size. Rasa roti tu sama je nanti. ๐Ÿ˜†



Rendam jap roti tadi. Biar dia meresap jap.

Tabur kismis atas dia.

Panaskan dulu oven 200C dalam setengah jam.

Bakar puding roti ni dengan suhu 200C selama 50 minit sampai masak.
Api atas bawah ye.


Sos Kastard:

๐Ÿ’›1 tin susu cair
๐Ÿ’›3/4 cawan air
๐Ÿ’›2 sudu besar tepung kastard
๐Ÿ’›2 sudu besar gula

Buat sos kastard ni lagi senang. Semua bahan tu masuk dalam periuk pastu sentiasa kacau.ย 
Api kecik je tau. Kacau sampai pekat.ย 




Dah siap!

Memang mampat dan gebu. ย ๐Ÿ˜†

Potong pon cantik je haa.

Jirus dengan sos kastard pastu makan.
Puding roti ni bila makan dengan sos kastard tu pergh sangat padu rasa dia. Kira lepas makan je kau akan terasa bijak. Kau terus boleh masuk clever girl yang mana soalan belum habis baca lagi ko dah jawab B. Haha hebat gila kan? Udah clever gila-gila memang rupa itu ler ๐Ÿ˜‚


Senang je nak buat kan?
Boleh makan panas/sejuk ikut selera.
Sos kastard letak dalam peti sejuk pon perghh nikmat je bila makan.


Selamat mencuba resepi Puding Roti Sos Kastard yang senang gila nak meninggal ni! ๐Ÿ˜‹






โ†ง

Roti Canai Ayam Cheese Gemas Road sedap gila!

$
0
0
Kalau korang minat makan roti canai, aku nak recommend kedai roti canai dekat Penang ni yang bagi aku lagi sedap dari roti canai Transfer Road yang aku pernah cerita dekat ENTRI NI dulu.


Roti Canai Transfer Road atau Gemas Road?
Kalau tanya pendapat aku mana lagi sedap,aku memang prefer Gemas Road ni lagi sebab kuah dia sedap and ada rasa.ย 

Now siap ada cheese lagi uolsss.
Semua benda nak ada cheese sekarang ni kan?
Nasib baik teh o tu tak ada cheese. Hehe.

Harga roti canai Gemas Road Sabar Menanti.ย 
Tagline dah tulis siap-siap 'sabar menanti'.
Satu je kekurangan makan sini. Servis dia agak lambat sikit.ย 

Tempat ni agak kecik dan sempit. Pastu ramai orang lak tu. Kalau nak makan sini, bila dah makan tu cepat-cepat lah bagi settle untuk orang lain makan jugak. Kalau tak kisah, boleh kongsi table dengan orang lain. Tapi table pon tak berapa banyak sebab jumlah orang yang datang lebih daripada table yang disediakan ๐Ÿ˜…

Owner mamak. Presentation memang agak messy. Tapi memang dah sedia maklum pon kalau mamak punya presentation memang selalu dia campak-campak je. ๐Ÿ˜†

Roti canai kuah banjir. Memang banjir habis sampai tak nampak dah roti canai bawah tu. Hehe. Kari sedap dan pekat. Rasa kari memang tak mengecewakan. Ada hint rasa-rasa pedas sikit tapi tak lah pedas sangat.




Yang ni roti canai special. Harga rm7 satu.ย 

Yang special ni kuah banjir, ada ayam seketul, telur mata,bawang dan cheese. Ayam memang dimasak dengan perfect.Senang je tarik ayam guna garfu. Lembut gila ayam nya. Roti canai pon sedap. Flaky sikit dekat luar tapi dalam roti canai memang lembut and fluffy. Gaul pulak dengan bawang rangup manis ni. Makan panas-panas dengan cheese. Perghhh memang sedap gila! ๐Ÿ˜‹



Seronok makan roti canai cheese.
Dah habis makan terus balik. Memang tak ada nak lepak borak lama-lama. Sebab kesian dekat orang lain nak duduk jugak. Tempat ni memang sentiasa full dengan orang.


Korang kena ambil roti canai yang special tu, baru lah rasa lain sikit dari tempat lain. Kari dia power. Roti canai pon sedap. Cuma korang memang kena sabar menanti sikit ah. Sebab servis agak lambat. Overall, untuk rasa aku bagi 8/10.



Alamat:
Roti Canai Gemas Road
51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Malaysia
Operation hours: 7 am - ย 10 pm (Closed on Monday)


Ada sesiapa pernah try Roti Canai Ayam Cheese ni? ๐Ÿ˜‹

โ†ง
โ†ง

REVIEW: St Ives Coconut / Apricot Oil Scrub

$
0
0
Aku memang guna scrub St Ives ni dari zaman belajar dekat boarding school dulu. Terpengaruh sebab tengok banyak budak asrama pakai. Sebab scrub St Ives ni mampu milik kan? So student memang boleh beli punya. Dah ah murah, bagus pulak tu.

Now, St Ives keluar scrub version baru pulak. Yang cream dulu punya aku suka, version baru oil ni pon aku suka!

St Ives Apricot OIL Scrub and St Ives Coconut OIL Scrub.

THE FIRST EVER FACE OIL SCRUB GLOBALLY!

St Ives punya produk memang kita semua sedia maklum dibuat dengan ramuan menyegarkan dan 100% NATURAL.





ST IVES APRICOT OIL SCRUB

Drum roll please. Oil meet scrub. Scrub meet oil.ย 

Oil scrub ni diperbuat dengan 100% natural exfoliantsand pure grapeseed oil untuk tinggalkan kulit lebih lembut dan licin!ย Dirumuskan dengan ekstrak aprikot, formula ni akan menyegarkan kulit.ย Apricots dikenali memang kaya antioxidants dengan Vitamin C dan E .


โ€ข Made with 100% natural exfoliants, walnut shell powder and 100% pure grapeseed oil
โ€ข Guna apricot yang sedap dari sun-drenched California and North Africa
โ€ข Dermatologist tested. Paraben free. Non-Comedogenic (tak menyebabkan blocked pores)
โ€ข Smooth it on and scrub up to 3-4 times a week


ST IVES COCONUT OIL SCRUB.

This oil scrub is made with pure grapeseed oil and 100% natural coconut shell powder, to nourish and exfoliate in onestep. Itโ€™s not complicated! The coconut shell powder makes an excellent exfoliator and partners perfectly with pure grapeseed oil to nourish with a flourish.

Made with 100% natural exfoliants, coconut shell powder and 100% pure grapeseed oil.



Cara nak guna:

1-Mula-mula goncang dulu botol ni.



2-Picit sikit oil ni dekat tangan yang KERING. (Boleh start dengan small amount,tapi boleh je picit banyak sikit kalau korang suka)

3- Gosok dan massage gently dekat kulit yang KERING.


4- Then ambil air baru sambung massage in circles untuk stimulate kulit kita. Time ni oil jadi milky white. Jangan lupa sental semua bahagian hidung dan seluruh muka.

5- Boleh bilas dengan air dan lap guna towel yang kering.




Ni tekstur oil scrub ni. Bila scrub dekat muka, terus terasa muka licin dan lembut. Bau pon wangi! Suka! ๐Ÿ˜

Yang penting, nak guna oil scrub ni, awal-awal tu, tangan dan muka kena KERING tau.




Nak bawak travel pon senang.

Suka packaging oil scrub macam ni. Sebab senang je terus picit.ย 

Senang nak bawak mana-mana.


Yang best pasalย St Ives Coconut / Apricot Oil Scrub ni:


- Made with 100% natural exfoliants
-Gentle yet effective exfoliation
- Suitable for all skin type
-Paraben Free
- Dermatologist tested
-Non-comedogenic


Aku suka oil scrub ni sebab dia bagi exfoliation tanpa rasa kasar dan kering. Bila bilas, kulit rasa bersih, lembut dan glowing! Semua jenis kulit pon sesuai pakai. Jangan risau, produk ni tak ada bahan kimia yang bahaya. 100% natural. Nak tahu lebih pasal produk ni, boleh tengok dekatย 

โ†ง

Jalan Penang : Mee sotong sedap , Chew Jetty dan Nasi Lemak Liverpool

$
0
0
Dalam banyak-banyak negeri dalam Malaysia, boleh kata Penang ni antara negeri yang selalu aku pergi untuk berjalan. Tengok ah dekat sidebar blog aku dekat bahagian Malaysia tepi ni. Memang Penang yang paling banyak pon aku cerita dalam blog ni. ๐Ÿ˜…

Kalau aku pergi Penang, port yang wajib singgah. Memang mee sotong ni lah. ย Sebab selalu aku pergi dengan suami je tak pon dengan family mertua. Kali ni bawak family aku makan sini pulak. Diorang first time makan. Tapi diorang memang ok je makan mana-mana yang aku dengan suami suggest.



Selalunya makan mee goreng sotong ini, memang beregukan dengan coconut shake.Tapi aku memang dah selalu minum coconut shake tu, kali ni aku ambil ABC pulak. Coconut shake order satu je bagi diorang rasa. Sebab masing-masing pon nak cendol dengan ABC jugak.


Mee sotong sini warna merah-merah sikit. Tapi bila gaul dengan sambal sotong tu memang sedap ah. Perah limau sikit. Masam manis masin pedas semua cukup rasa. Memang kena lah dengan tekak. Sedap gila ๐Ÿ˜‹

Mee Sotong Hameed Pata dekat Padang Kota Lama ni serious sedap. Kalau korang tak pernah makan, sila lah cuba-try-test. Mahu termimpi-mimpi asyik nak datang Penang sebab nak pekena mee sotong ni. ๐Ÿ˜

Ni first time pergi Chew Jetty. Saja nak pi sebab banyak benda dekat Penang ni yang dah pi. Yang ni je tak pi lagi. Ada banyak jetty dekat sini rupanya. Kiri kanan adalah rumah orang. Bila jalan sekitar jetty ni memang nampak banyak je locals memang duduk sini. Dah lama pulak tu ada rumah dekat sini.



Jetty ni crowded sikit. Sebab ada banyak kedai dan restoran. Yang jual aiskrim pon banyak. Ye lah Malaysia ni kan panas. Kalau ada yang datang tengahari buta tu, memang akan beli lah aiskrim dekat situ.




Sepanjang kita berjalan banyak souvenir orang jual kiri kanan. Belakang kedai-kedai ni pon ada rumah orang.Bila dah habis berjalan melepasi kedai-kedai souvenir ni semua, baru korang nampak view laut dekat hujung tu.

Dah sampai terus posing. Haha.

Kalau duduk area atas jetty ni, memang rasa nyaman lah.

Rasa macam pelancong dah. Hehe. Kalau petang-petang nak spend time dekat sini boleh lah. Ada lah jugak rasa angin berangin dari laut tu. ๐Ÿ˜†

Tengok bot lalu.

Kemain Han ๐Ÿ˜„

Papa Han macam biasa, tak habis-habis buat live ig dia. Aku kalau ig stories tu aku layan gak ah. Buat live aku malas. Tapi suami aku ni memang semua tempat dia pi dia nak buat live. Suka hati lah bang, janji bahagia ๐Ÿ˜…

Ibu dan ayah ku ๐Ÿ˜˜

Bila aku up gambar ni dekat ig aku (@cikepal06) ada pulak yang komen, "boleh pulak menantu posing depan in law macam tu hihi".

Apa laki aku ni kisah. Depan sesiapa pon kalau dia nak posing aneh, dia posing je ๐Ÿ˜†

Heritage clan jetties at Weld Quay.

Ni jetty lain pulak. Sebelah Chew Jetty. Jalan atas papan tanpa pagar ni menarik. Tapi kalau ada anak kecik kena jaga-jaga sikit. Kang ada pulak yang terjun. ๐Ÿ˜…






Han dengan 'car'ย ๐Ÿš—ย berpisah tiadaย 

Time ni dia ok lagi. Lepas dia pi tengok lubang dekat papan tu, dia letak kereta dia dalam lubang tu. Pastu jatuh dalam laut kereta nya. Meraung dia kereta dia hilang masuk laut ๐Ÿ˜‚


Kalau korang jenis yang suka menikmati view laut, korang memang akan suka lah pergi jetty-jetty ni. Menarik gak lah bila tahu cara hidup penduduk nelayan Pulau Pinang yang tinggal dekat sini.Memang ada rumah atas jeti dan diorang betul-betul duduk situ dah berzaman dah. Menarik pulak bila kita tengok secara live sambil berjalan atas jetty dengan cara orang-orang lama dulu.

Dah balik dari jetty, kitorang pergi makan nasi lemak liverpool.

Memang interior dalam kedai ni penuh dengan poster dan barang-barang Liverpool. Owner kedai nasi lemak ni memang peminat Liverpool katanya. Sebab tu nama kedai nasi lemak Liverpool.

Yang menarik nya dekat sini. Lauk nak makan nasi lemak memang banyak pilihan.

Pilih je nak lauk apa. Self service.Cedok sendiri je lauk apa kita nak.

Aku kalau makan nasi lemak memang suka kacang dengan sambal lebih. Dah self service, aku ambil lah sambal dan kacang banyak sikit. Hee. Tapi aku tak gemar makan ikan bilis kalau makan nasi lemak. So ikan bilis memang aku tak ambil lansung ah.

Overall, nasi lemak Liverpool ni aku katageorikan sebagai kategori 'boleh ah makan'. Dia tak ah kategori sedap gila macam mee sotong tu. Tapi still boleh ah makan. Yang best sebab lauk untuk kita makan dengan nasi lemak tu banyak.ย 


Aku akhiri entri kali ni dengan satu lagi posing aneh papa Han ๐Ÿ˜†


Nanti sambung lagi part 2 kalau rajin.
Ok bye!

โ†ง

HOW TO SHOP FOR A BETTER DEAL

$
0
0


Aku suka shopping. Tapi kalau aku shopping, aku memang suka shop for the best deal. Kadang-kadang, aku suka buat research dulu dan bandingkan harga online dan harga di retail shop.Aku akan pastikan aku dapat deal yang paling best.

Kalau beli handbag/kasut pulak,memang aku akan pastikan design tu aku suka, harga terbaik dan berbaloi untuk aku beli.



Macam beli insurans atau sertai takaful jugak. Aku akan pastikan insurans/takaful tu aku suka dan berbaloi kalau aku beli.Sekarang pengguna dah ada banyak cara untuk beli insurans/sertai takaful motor. Kalau korang nak tahu atau dah tahu, 1 Julai tahun ini caj premium insurans/sumbangan takaful akan ditentukan oleh faktor risiko. Liberalisasi ni mewujudkan persaingan yang sengit di kalangan syarikat insurans serta operator Takaful. Hasilnya, pengguna dapat menikmati harga yang lebih kompetitif dan pengenalan produk dan pakej yang lebih inovatif.Sebab tu pengguna kena start shopping untuk dapat coverage yang sesuai dengan keperluan dan budget.


Baru-baru ni, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) memperkenalkan online platform kepada orang awam untuk memudahkan kita shopping untuk insurans/takaful motor.


Disebabkan peraturan yang berbeza-beza dalam pengiraan premium/sumbangan Takaful, harga insurans/takaful motor dijangka berbeza di kalangan syarikat insurans serta operator Takaful. Pengguna boleh membuat perbandingan bijak sebelum membeli produk yang sesuai dengan harga yang tepat sebelum tamat tempoh polisi/sijil Takaful yang sedia ada.
PIAM dan MTA membuat usaha ini lebih mudah dengan pengenalan โ€˜motor selectorโ€™ mereka. Pengguna boleh meminta quotation kebakaran dan kecurian pihak ketiga, komprehensif dan pihak ketiga daripada mana-mana 21 syarikat insurans atau 5 operator Takaful yang disenaraikan.




Jangan lupa start shopping around untuk dapat tawaran paling baik untuk insurans/Takaful motor. ย 


Jangan main daftar je pelan tanpa memahami sepenuhnya apa yang diperlukan. Dalam website Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) ni ada menyediakan pengguna dengan maklumat penting mengenai perlindungan insurans/Takaful motor yang ada dan menghubungkan kita secara langsung dengan syarikat insurans/Takaful. ย 

Pengguna boleh bandingkan harga berbeza dari syarikat insurans/Takaful dan meminta quotation harga. So menyenangkan aku dalam proses belanja dengan menghapuskan keperluan untuk mengakses setiap penanggung insurans individu atau operator Takaful untuk quotation. Sangat relevant sekarang dengan liberalisasi berperingkat insurans/Takaful motor yang sedang dijalankan.

Memang sangat membantu aku untuk pilih insurans/Takaful motor yang terbaik.


Mulakan shopping dengan membuat perbandingan bijak di di Motor Product Selector secara online di:ย 










โ†ง
Viewing all 408 articles
Browse latest View live