Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Misi menjalani kehidupan sihat bersama. ecehh

$
0
0
Yuhuuuuu! Selalu dok update gambar dekat instagram ( http://instagram.com/cikepal06 ) je. Blog selalu diabaikan. Asal tengok laptop je mesti jadi blur. Akhirnya gambar-gambar dekat instagram juga jadi modal update blog. kehkeh


Sekarang ni aku membusykan diri dekat gym hokay. Macam tak percaya tapi silalah percaya. :D




Dah gigih bersenam,rugi kalau tak jaga makan. Lately aku makan makanan sihat je. Kalau makan dekat luar,memang akan order plain water. Dah memang tak ambil air bergula. Aku tak buat diet atkins ye.Aku ambil dada ayam sebab tu sumber protein. Asal aku update gambar makanan sihat yang ada ayam dekat instagram ( http://instagram.com/cikepal06 ), mula lah ada yang komen "ni diet atkins ni", "ni diet atkins phase 4 ni". Adehhh aku pulak jadi stress baca. haha. For your info, i never believe with atkins diet,balance diet is the best! Sebab aku nak jadikan ni lifestyle,so bila makan makanan seimbang, memang hari-hari  lah kita boleh hadap makanan tu sampai tua. But sesiapa yang amalkan diet atkins,jangan lahar aku pulak ye. Kalau itu yang korang rasa terbaik untuk diri korang,korang teruskan je. Just teruskan dengan apa yang korang percaya lah ok. :)


Kalau pergi mamak, 2 benda ni je lah yang akan aku order. Sebiji pisang dengan ayam tandoori (breast part). Ada argument jugak pasal pisang ni dekat instagram aku. Tapi selama aku jaga makan ni aku ambil je pisang. Aku rasa tak ada masalah pon dengan pisang, Aku makan pon sebijik je bukan aku makan setandan pisang. Beyonce pon diet makan pisang hokayyy ehehe




Dulu kalau pergi restoran, selalu pelik sangat dengan orang yang order salad. Punya lah banyak menu-menu yang lazat dalam restoran,tapi ko dah kenapa pilih salad? Kenyang ke? Tak ada deria rasa ke hape?


Tapi sekarang ni kena balik dekat aku.  Ok je lah makan salad. Rasa badan ringan. Nak buat kerja pape pon tak ada lah rasa malas dan berat je badan. Sekarang ni salad dah jadi salah satu favourite food aku pulak. Tu lah dok mengata orang lagi,sekarang ni manjang jadi kambing meragut rumput. kehkeh.




"Dear boys, If your body don't look like Captain America, don't expect us to look like Victoria's Secret Angels."


Gituwww. Nak sesama sihat dan fit,mari lah sesama workout. Kenapa Captain America? Sebab aku suka Chris Evans.



Hye bang Evan. Sado-sado nak kemana?



Tapi nak badan cantik pon, tidak lah aku mahu sampai dia berbadan gini. Kalau badan dia begini,pitam bangun pitam bangun nambelas kali lah aku. Sedar-sedar je confirm dekat hospital. Seram hokayyy badan gini. Dah semua benda nak berketul,ketiak mamat ni pon aku dah tak tahu celah mana dah letaknya.  Pa citaaaa?




Dan hasil nya. Workout + eat clean.


Hazabedah punya gemok memasing dulu. Wahahaha. Tapi aku lagi hazab lah kegemukan nya. Tips dan menu diet dah pernah aku update before ni. Rajin-rajin lah selak entri-entri belakang kalau ada yang nak tahu tu. muehehe. Nak lose weight paling penting bagi aku adalah KONSISTEN. Kalau KONSISTEN,insyaAllah ada lah nampak hasil nya. Harap lepas ni boleh lah aku menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia hendak nya. weee. 



Sekarang ni aku tak berapa rajin pulak nak update blog. Tapi dekat instagram rajin sikit ah. Hehe. Instagram aku ( http://instagram.com/cikepal06 )


ok bye!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 408