Hye! Harini nak review lagi satu produk best daripada Clinique! Kenapa nak review? Sebab produk ni best gila! Banyak kajian skin physiology menunjukkan bahawa kulit Asia ni lebih cenderung kepada dehidrasi dan irritation disebabkan oleh kenipisan stratum corneum (layman terms skin thickness,boleh membawa kepada sensitiviti) dan kekurangan Filagrin, yang merupakan protein semulajadi pada kulit yang memberi kilauan dan kulit yang berseri. Tapi sekarang tak payah risau dah. Sebab Clinique begitu concern dengan orang kulit Asia ni lalu telah mengeluarkan produk yang sesuai dengan semua jenis kulit orang Asia ni. Yayyyy! Nak tahu apa produk baru daripada Clinique ituuu?
Clinique’s NEW Even Better Essence Lotion!!
Clinique’s NEW Even Better Essence Lotion ni mengandungi NMF complex. NMF complex ini membantu kulit mengekalkan penghidratan optimum , menjadikan kulit plumpy dan lembut. Ada juga mengandungi Citrullus Vulgaris (Watermelon) Extract, Pyrus Malus Fruit (Apple) Extract, Lens Esculenta (Lentil) Extract and Sodium PCA, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Trehalose and Hyaluronic Acid.
Aku suka essence lotion ni dan memang aku sangat recommend lah untuk gegirl-gegirl yang muda remaja seperti aku. ecehh. Yang tak berapa nak gegirl pon bolehhh nak pakai,tak ada masalah. Memang kulit rasa lembut dan lembap je. Yang penting tak berkilat dan tak berminyak kulit muka. Ye lah kadang-kadang minyak dekat muka tu sampai boleh buat goreng ikan lah kekdahnya. Tapi essence lotion ni sangat ringan. Tekstur nya menyerap dengan mudah dan tanpa meninggalkan kesan berminyak dekat muka. Lepas apply dekat muka,kulit rasa smooth je. Suka mak nok! :D
Clinique’s NEW Even Better Essence Lotion ni ada 2 jenis botol. Ada yang untuk skin type 1,2 dan lagi satu untuk skin type 3,4. Aku guna yang untuk skin type 1,2. Skin Type 1 & 2 mempunyai luxuriously milky texture and includes special hydrators for drier skins including Olive Squalane, Barley Extract, Wheat Germ Extract and Jojoba Esters untuk membantu menjaga kulit terhidrat dan lembut.
Personally untuk skin care aku suka squeezable bottle macam ni. Bukan dalam bekas lah yang pasti. Sebab bila produk nak apply dekat muka ni ada dalam bekas,rasa macam tak berapa bersih pulak nak korek cream guna jari pastu apply dekat muka. Kalau guna scoop nak mengorek pon rasa macam menyusahkan. Kalau botol macam ni kan senang. Tuang je dekat tangan,tak payah nak korek-korek dalam bekas. Kannn? Lagi satu point lah kenapa aku suka essence lotion ni.
Tuang-tuang dekat tangan. Pastu boleh apply dekat muka.
Muka aku ni tak tahu lah masalah apa. Tapi dekat pipi aku ni macam ada bintik-bintik merah gatal macam tu ah dulu. Gatal ke ruam ke tak tahu lah. Tapi bila dah start guna Clinique’s Even Better Essence Lotion ni bintik-bintik merah dekat pipi tu dah hilang! Yayyy! Kulit muka pon makin lembut. Suka! Aku guna dalam 4-5 minggu macam tu dah nampak hasil :)
Guna Clinique’s Even Better Essence Lotion ni dah jadi benda penting lah dalam skin care regimen aku. Guna 2 kali sehari selepas cuci muka. Cara guna nya pon senang je mak enon. Tuangkan beberapa titik dekat tangan dan perlahan-lahan tepuk dekat seluruh kulit muka dan leher. Elakkan kawasan mata ok!
Allergy Tested. 100% Fragrance Free.
Kalau nak beli Clinique’s Even Better Essence Lotion ni boleh dapatkan di semua kaunter Clinique dekat seluruh negara. Harga adalah RM125!
More info here: CLINIQUE ESSENCE LOTION