Hujung-hujung tahun ni memang wajibulghunnah akan dihujani dengan jemputan-jemputan perkahwinan lah kan? Semalam pergi Wani's reception dekat Marina Putrajaya. Fisrt time pergi Marina Putrajaya,nasib baik tak sesat. Sebab incik tunang (incik tunang? kombang tokak eden bila tulis mende ni. Geli pulak rasanya haha) yang drive,konpom lah tak sesat. Kalau aku yang drive,memang wajib sesat ah :D
Sampai-sampai je hall,terus nampak Wani and Hazim tersenyum simpul. Eh buat apa dekat sini ni Wani? Meh lah masuk dalam :p
Jomm cepat masuk dalammm.Hape ni pengantin buat dekat luar ni. Kalau tak masuk, haku piat telinga kang. Pening arrr dia ni :p
Sorry Wani. Kanak-kanak riang memang perangai camni
Dah masuk dalam, dah kenyang semua. Lepastu Wani pon lalu dengan suami. Cantik nya baju Wani. Macam princess :D
Selamat pengantin baru Wani! :)
Terserempak pulak dengan akak Shea dan akak Lyna. Moh ler bergambar sekali dengan pengantin. Sebelum nak balik,Wani pesan suruh singgah dulu photo booth amek gambar.
Lalu kitorang pon singgah lah photo booth. Prop yang aku ambil harus lah bertema kan WAK DOYOK. Baru lah hipster dan sejajar dengan arus pemodenan dunia semasa.
Mimpi ngeri kalau WAK DOYOK tengok ni.
Dah alang-alang sampai Putrajaya ni,nikmati lah permandangan yang ada di sini dahulu. Si SS ni kemain ramah pulak dengan orang sailing dekat sini. "Ni kalau bot terbalik ni macam mana ni?" Amende soalan lah dia tanya dekat budak-budak ni. Soalan tak membina lansung. Kalau bot terbalik,baju basah lah bro.Tapi aku pon tak ingat apa budak-budak ni jawab. Almaklumlah nyayuk sikit. Tapi budak-budak dekat sini peramah lah. I loikeee~
Feeling-feeling berlatar belakang kan pemandangan dekat Australia sangatttt ehehe
By the way untuk Encik Hazim dan Puan Shazwani Hamid. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.Amin. Happy for u guys. Congrats! Enjoy your time together, and bring on the cute babies! :D
ok tu je. bye nyah!
p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)