Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Maxis 4G Bloggers Blaze 2013

$
0
0
Ahad lepas aku pergi Maxis 4G Bloggers Blaze dekat The Curve. Ala-ala Amazing Race katanya. First time datang event kena bangun awal pagi. Pukul 8.30 pagi dah kena ada dekat The Curve. Aku tepat-tepat je sampai pukul 8.30 pagi. Datang-datang register terus tengok nama,aku punya team adalah Team Puma. Satu team ada 4 orang. Tak boleh pilih teammate, memang organiser dah tetapkan semuanya. Bagus gak kan tak boleh pilih teammate,dapat lah kenal dengan blogger lain :)


Bila semua orang dah sampai and dah sarapan,ada briefing sikit. Ada 10 team. Tapi 2 team je yang akan menang. Agak-agak ada peluang tak team aku ni dapat top 2? Jeng jeng jeng :D

Maxis 4G Bloggers Blaze ni bukan nak cari siapa yang paling cepat sampai ke garisan penamat tapi nak cari team mana yang boleh habiskan semua task dengan perfect dan cepat.MC dah warning, jangan bawak kereta laju-laju sebab siapa sampai dulu masa final task pon belum tentu boleh menang kalau task tak buat betul-betul.MC warning lagi jangan bawak kunci kereta balik rumah ok! 


Iye pak! Bisa diatur!




Semua kumpulan dapat Samsung Galaxy S3 untuk digunakan sepanjang race. First task kena scan QR code dekat belon-belon. Setiap team akan dapat satu location.

Masalahnya bukan satu je belon yang ada. Berlambak hokayy. Setiap orang dalam team bergilir-gilir dapat 20saat je untuk scan code dekat belon. 



Haa camni lah rupa benda yang kitorang kena scan tu. Kalau salah,dekat phone akan keluar

 'Think you got the right one? HOW ABOUT NO :)
Try another'. 

Aku try scan asyik fail je. Memanjang keluar ayat tu. Nyampah betul! haha. Ada lah dalam seploh belon aku try. Semuanya hampa.



Joshua team leader aku. Nasib baik dia dapat cari belon yang betul. Terus dapat clue untuk next location. Kena pergi Mad Monkeyz! Aku tahu Mad Monkeyz ni tempat wall climbing. Waaa ni mesti kena wall climbing ni pasni. Tak kan lah nak main ting-ting pulak kan dalam Mad Monkeyz tu.



Dah dapat clue. Pilih nak naik kereta apa. Tapi kereta sama je semua :D


Dah sampai Mad Monkeyz! Ni team mate aku juga. Chanel nama dia. Aku first time ni pergi wall climbing. Baru aku tahu kalau nak wall climbing, kena pakai kasut yang saiznya lagi kecik dari kasut yang kita selalu pakai. So kaki kita akan bengok mencengkam cenggitu lah bila pakai kasut kecik. Sakit kaki wohhh. Time ni tengah tunggu turn nak memanjat. Tengok team lain ada yang jatuh gedebuk dan jerit-jerit time wall climbing ni,jadi cuak pulak.



Dah sampai turn team kitorang ,jadi lah monyet gila sekejap dalam ni. ehehe. Dah kata pon Mad Monkeyz khenn . Bila dah lepas wall climbing tu rasa cambest lah pulak panjat-panjat dinding ni. Tapi sebab kitorang semua memanjat,tak ada pulak yang tangkap gambar kitorang tengah panjat dinding ni huhu. Ada jugak ler part yang aku bergoyang-goyang nak terjatuh tapi nasib baik tak jatuh  dan yang best nya sebab aku lepas cabaran ni dengan sekelip mata sahaja. *flipshawl* :p



Dah selesai wall climbing,next clue kena pergi Sunway Lagoon main Go-Kart! Weehuuu semua task dalam race ni semua yang aku tak pernah try lagi so agak teruja lah main semua benda ni. Datang-datang tempat Go Kart ni dapat snow cap. Tak tahu lah kenapa bagi snow cap,tak nak bagi kepala busuk kot pakai helmet haha. Tapi merasalah jadi Alex Yoong kejap bila main Go-Kart ni :D



Dah selesai task Go-Kart. Pergi beli makanan jap sebab dapat kupon rm80. So kitorang decide beli Burger King je lah dalam Sunway Lagoon tu. Tak guna kang rugi,voucher valid hari tu je.Sementara tunggu Joshua beratur beli Burger King,kitorang tangkap ler gambo dulu. Team mate aku semua comel-comel dan berdarah cina tau. haha


Pastu scan clue terakhir dapat ni

'It's time to get dirty and messy at The Curve, Mutiara Damansara'

Halohhh apa pulak kena buat ni? Meredah lumpur pulak kah? Dok dirty,messy bagai. 





Tak boleh nak besar lagi lah kan tembikai depa suruh makan? :D

Last task rupanya kena makan tembikai laju-laju dan tangan tak boleh pegang tembikai!


Nak muntah rasanya makan tembikai laju-laju ni. Dah lah aku makan terus telan. Dah habis task,ada yang kata toksah telan,dah gigit buang je dekat bawah. Caitt penat je ler aku dok makan and telan tembikai ni. Sumpah dalam masa seminggu ni aku tak nak makan tembikai. Tengok pon tak lalu.Choyyy sangat tembikai ni tau!



Dah habis dah semua cabaran. Sekarang nak umum top 2 team pulak. Kitorang tak rasa pon team kitorang menang sebab kitorang punya lah menikmati makan tembikai. Kitorang boleh ilek-ilek je makan tembikai dengan sopan-santun. Harapan nak menang tu agak tipis ler kot.  Orang lain makan,laju gila habis. Yang hentak kepala dekat tembikai pon ada.Macam-macam style ada woh :D


Tempat ke dua. Team Leopard yang menang. Tahniah uolss! :D

Yang menang Grand Prize, Team Stallion! Setiap orang dalam team ni dapat Samsung Galaxy Note 3 dan Maxis LTE Wifi! Waaa best gila. Beribu-ribu tahniah buat korang! :D



Selalu kita dengar pasal 3G je,sekarang kasi up sikit. Dah ada 4G ! Tak main ah 3G ni dah. ehehe. Berpeluang lah merasai kelajuan MAXIS 4G LTE masa dalam race ni. Memang superb punya laju! Nak donwload/upload file,video streaming,sharing photos and videos on social network semuanya pantas! Thanks Maxis for this race :)



Walaupun team kitorang tak menang,yang penting semua task, happy je kitorang buat. Yang penting kita enjoy!! *angkat satu tiak tinggi-tinggi macam Nora Danish*



ok bye!



*sponsored post*


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408