Semenjak ada instagram (instagram.com/cikepal06) ni. Selalu update gambar Lilo ni dekat instagram je lah. Dulu aku tak minat sangat dengan kucing. Tapi semenjak si Lilo Tonggek ni hadir ke dalam hidup aku (ecehh) , aku jadi suka pulak dengan kucing. Nama kucing aku ni Lilo. Tapi aku panggil dia Lilo Tonggek sebab bila dia berjalan, muntot dia tertonggek tonggek :D
Comel nyaaaaa Lilo Tonggek! (Tak malu. puji kucing sendiri comel). Time ni Lilo kecik lagi. Tapi tak ingat umur dia berapa bulan time ni. Suka tengok mata dia sebab mata dia bulat. Tak kan lah mata bentuk segi tiga pulak kan. Tak pasal-pasal dituduh iluminati karang.
Nangis A.Galak kalau tengok misai dia ni.
Pastu pantang nampak camera,kemain dia posing tau. Amboi amboi amboi
Pernah dulu dia tidur sebelah telepon rumah. Lepastu aku saja nak jadi pembuli,aku pon call lah telepon rumah. Bila telepon bunyik je,terkejut dia lalu melatah "opocot mak kau" dan menggelupur lari entah kemana-mana cari port tidur baru. Semenjak dari kejadian itu, memang dia dah tak pernah tidur sebelah telepon dah. Dah serik kekdahnya. muehehe.
Lilo Tonggek yang dulu bukan lah yang sekarang.
Selongkar-selongkar plastik orang,pastu merajuk orang tak beli barang untuk dia. hehh
Sebenarnya nak bagi tahu,nanti aku dijemput membuat penampilan khas ke FANCY FEAST Cat Carnival.
Aku punya sesi pada 19 Oktober 2013 (Sabtu) dekat AEON AU2 Setiawangsa. Siapa-siapa yang pencinta kucing tu,meh lah datang event ni sebab banyak aktiviti menarik yang ada dekat sana nanti.Chef Anis pon ada pada 20 Oktober. Ada pertunjukan daripada Kelab Kucing Malaysia cat's pada 20 Oktober,PAWS cat adoption pada 19 & 20 Oktober,pertandingan mewarna pada 20 Oktober untuk kanak-kanak dan yang paling best ada promosi khas untuk produk Fancy Feast!
Aku tengah berkira-kira nak bawak ke tidak si Lilo Tonggek ni datang event ni. Lilo ni bukan betul. Dia kadang-kadang behave,kadang-kadang tidak. Buat nya keluar kan dia dari sangkar, terus dia pergi berlari satu mall karang cari pakwe. Dah satu hal. Tetiba aku transform jadi Watson Nyambek mengejar dia karang. Tapi sesiapa yang free dan minat kucing,boleh ler datang memeriahkan majlis.
ok bye!