Pipi tembam-tembam nak ke mana? :D
Hari minggu keluar tanpa arah tuju. Pastu rasa macam dah lama tak pergi Pavilion. Pergi ler kejap. Sambil sambil tu boleh usha barang hantaran sekali. Pejam celik pejam celik nak tahun depan dah ni. Satu preparation kawen pon aku tak buat lagi. Tukang mekap tak cari lagi,baju wedding tak buat lagi. Ngaaa tak pe ler,lek lek dulu. Malam masih muda,hari masih banyak lagi.
Pavilion ni kan banyak butik-butik jenama yang kelass kelass kan? Aku ni dah lah tak pernah pakai barang-barang berjenama from head to toe. Nama nya nak masuk butik-butik jenama ni memang tak pernah lah sebelum ni. Bila lalu je area-area butik berjenama ni rasa macam takut pulak nak masuk butik masing-masing. Sebab butik masing-masing ada pintu besar-besar, macam tak boleh nak sesuka hati je main redah. Ni nak ketuk pintu bagi salam ke caner sebelum nak masuk ni?
Tapi apasal lah barang-barang dekat butik-butik berjenama ni tak ada price tag. Malas tahu tak nak tanya semua harga setiap ketul handbag and kasut ni berapa. Last-last usha-usha jahh,keluar masuk keluar masuk butik dan berlalu pergi. Sekali masuk butik Prada, hat yang ni belakang kasut ada harga.Harga sepasang kasut rm2899. Ok try lah sarung,apa ke best sangat kasut berharga dua riban ni.Sekali pakai, keras nya! Mahu melecet bila pakai lama-lama ni. Acah-acah test kasut pastu tunjuk kat tunang sambil bertanya "cantik tak kasut ni?"
"ish tak payah lah. Macam sakai terlepas je" jawab incik Shaheizy Sam dengan selamba tapir nya
hoiii Prada kot ni. Harga 2 ribu ni.
"dah dah tak payah membazir..duit lebih buat travel lepas kawen lagi bagus"
Last-last tak beli hape pon. Keluar Prada tu nampak kedai teh. Cambest je kedai teh ni.Jom cuba-try-test. Lagi pon nak minum petang je. Buat alas-alas perut sikit boleh ah.
Dak-dak instagram dekat reflection teko memang camni. Tangkap gambar dulu before makan/minum. weh #domorelah weh :D
List teh dekat sini punya lah panjang berjela. Tak tahu mana satu yang sedap. Last-last tunjuk je lah dekat waiter tu teh yang nama nya macam extravaganza sikit.Harap-harap ler sedap. Bila sampai teh,ok lah sedap lah jugak. Rasa macam teh lah. :D
Haaa yang ni serious sedap! Tapi nama benda ni aku lupa pulak apa.Benda yang terpacak yang warna merah coklat tu aku ingatkan hiasan. Tapi bila gigit,sedapppp rasa strawberry. Laaa boleh makan rupanya.
Maiii secawan
Last-last hantaran tak beli. Beli teh untuk buat minum-minum... boleh?? Akak teh kemain tau posing :D
Misi mencari barang hantaran kali ni adalah gagal. sekian terima kasut
======================
Oh ye. Kepada rakyat Malaysia yang terutamanya peminat Shaheizy Sam,korang boleh turut serta dalam proses penghasilan lagu terbaru Shaheizy Sam tau. Kemain Shaheizy Sam sekarang,nak jadi penyanyi pulak. Boleh tahan gak ah suara Shaheizy Sam ni.
Hantar kan lirik lagu/nyanyian korang dengan hashtag #NescafeOnSam . Nak info lebih lanjut boleh layari www.onsam.com.my ni. Hantar penyertaan dengan hashtag #NescafeOnSam dekat laman sosial korang banyak-banyak,mana tahu idea korang tu akan menjadi salah satu inspirasi bagi Shaheizy Sam. Goodluck!
Yang penting, dari jauh Shaheizy Sam dah lambai-lambai aku. "eh epal hijauu.(suka nau Sam ni panggil aku epal hijau) Jom jom tangkap gambar,saya nak tunjuk gambar awak dekat mak saya"
Pastu Shaheizy Sam whatsapp gambar ni dekat aku. Sam kata "nanti letak gambar kita ni dalam blog awak tau". Ye lahh yelahhh dah letak dah gambar kita ni.
Oh please Shaheizy Sam,jangan buat aku dalam dilema untuk memilih antara 2 orang "sam" ni. muahahaha k bye.
More info: http://www.youtube.com/nescafemalaysia/
[This is a paid advertorial by Nestle]