Ni cerita time hari raya.Tapi hari raya ke berapa tah tak ingat pula.Hari raya ke nambelas kot. Kesayangan ajak dating pula dekat The Curve. Moh lah kita. Dah lama tak dating-dating ni heee.
Aku makan chicken wing je hokayy. Diet kekdahnya. Diet sangatttttt. Padahal aku lah yang bengong pergi order Nasi Goreng USA sendu tadi tu.
p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)
Lepas parking wajib kena snap gambar tiang. Biasalah kadang-kadang nyanyuk kereta ada dekat mana.
Best pergi The Curve time-time raya ni adalah sebab senang nak cari parking. Lagi pon aku ni fail sikit bab parking. Dok reverse straight reverse straight nak kasi kereta masuk kotak tapi tak masuk-masuk. Asyik lah senget manjang. Stress aku. Bila tak banyak kereta ni senang sikit nak bajet kereta masuk dalam kotak. kihkih. Kalau ada kereta sebelah,mahu tergores pintu kereta sebelah. Memang tergores lah hati driver kereta sebelah kalau dapat tahu aku menggoreskan kereta nya secara percuma.
Ni lah kesayangan kita. Si cantik manis Sonia. Panggil Nea je. Dulu mula-mula kenal dia ni aku ingat dia tipu nama sebab nama dia macam watak-watak pelakon hindustan. Sekali dia tunjuk ic sebab tak puas hati aku ingat dia menipu, rupa-rupa nya betul engkoooo nama dia Sonia. Kelasss sangat nama ala-ala Kareena Kapoor dalam cerita Ra One. :D
Ni kesayangan jugak. Si Fatin comel lote suara merdu bak Christina Aguilera. Depa ni roomate aku dulu time cfs. Yang lain semua dekat kampung time ni,depa dua orang ni je available. Dating bertiga pon ok lah.Nama je satu uni,tapi nak terserempak dengan depa ni punya lah payah. Ye lah uni kalau sekangkang kera tak apa lah jugak kan senang nak terserempak. Depa ni lah nak karok dekat Red Box,aku pon ok je lah. Memandangkan tak ramai orang kan time tu,tak payah nak booking-booking. Masuk je terus dan boleh karok dengan riang gembira di hari raya.
Eh eh pitching lari tu.Kejar balek...Kejar balek...
Menyampah tau dengan si Fatin ni. Aku beriya feeling feeling nyanyi, dia selamba tapir je camwhore tanpa rasa bersalah. Cuba ler fokus dengar suara aku yang lemak merdu ni.
Nea lagu nak jerit-jerit jahhhh. Mementang suara macam Black.Semua lagu nyanyi nak note tinggi. hahaha :D
Aku dah lama tak masuk red box ni so agak blur sikit lah cara nak membayar dalam ni kan. Rupanya bayar ikut menu yang kita ambil. Tapi ikut time gak,ada time yang ada buffet.Time kitorang masuk ni kena pilih menu. Tapi menu paling murah dalam nambelas ke lapanbelas hengget tah. so kita kena lah ambil menu yang paling murah kan. Orang gila je yang akan pilih menu yang paling mahal. Spagheti olio dengan Nasi Goreng Usa paling murah dalam tu, so kita order lah itu. Spagheti olio ok lah jugak rasa nya kalau makan dengan sos.
Tapi Nasi Goreng USA?? Sendu sangatttt. Sekatat nasi goreng sejuk dengan dua batang hotdog dah jadi nasi goreng USA?? Choyyy sangat! Menangis orang USA tengok. Dah lah nambelas hengget plus plus! Stress!
Dah habis karok,jalan-jalan cari pasal pula. Best sebab tak ramai orang so tak segan nak amek gambo di mana-mana celah pon. hahaha
Selepas membelek-belek barang dekat Daiso. Last-last tak jadi membeli.Bergambar je lebih.
Disebabkan rasa macam lapar lagi,pergi lah menternak lemak dekat IKEA pulak.
Ni budak yang nak makan meatball ni.Riang gembira sangat dapat meatball.
Budak ramai peminat memang camni. Manjang dengan fon layan peminat kuikui :D
Aku makan chicken wing je hokayy. Diet kekdahnya. Diet sangatttttt. Padahal aku lah yang bengong pergi order Nasi Goreng USA sendu tadi tu.
Sebenarya tujuan dating kali ni adalah sebab kitorang nak jumpa dengan Nea ni sebelum dia berangkat ke London sambung master. Nyampah tau nak sambung master jauh-jauh.Nak sambung belajar dekat tempat sejuk-sejuk je. Apa dekat Malaysia ni tak boleh sambung master ke? choyyyy sangat!
Time dok sembang-sembang bertiga rasa macam sedih pulak kan dia ni nak fly dah.Pastu saja macam emo rasa nak nangis. Biasalah perempuan ni kan drama sikit. Lalu Nea berkata "korang ni jangan lah sedih-sedih,kang aku pon ikut sedih. Whatsapp ada fb ada instagram ada.Macam ler tak boleh contact". Memang ler boleh contact kan,tapi feel tu adalah lain sangat. Dah lah wedding aku next year nanti si Nea ni tak boleh datang sebab dia dekat London. sobsss sobss di hari bersejarah aku pulak dia ni tak dapat datang.sobsss *menitis air mata dan air hidung membasahi misai*
Apa-apa pon take care Nea sayang.Jaga diri baik-baik dekat sana. Aku,Fatin,Hajar dan Naza sentiasa merindui kau. Kalau balek dari London tu bawak lah ole-ole sama ye untuk kitorang. :p
Bye Nea. Gonna miss you! :')
ok bye!
p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)