Kalau korang rasa nak tengok wayang minggu ni, tapi tak tahu nak tengok cerita apa. Aku suggest dua cerita ni. Both korang kena tengok! Best! 👍👍👍
Sinopsis Kingsman The Golden Circle (2017):
Eggsy kena serang dan berjaya larikan diri. Tapi Charlie (orang yang direject jadi Kingsman) dapat hack sistem Kingsman. Habis lah semua tapak Kingsman kena bom dekat London. Eggsy terselamat sebab time tu tengah dating dengan bakal family mertua. Hehe. Dia dengan Merlin je selamat. Yang lain semua mati. Then diorang berdua dapat tahu ada lagi satu company agent yang macam Kingsman iaitu Statesman. Dan diorang pergi lah Statesman. Pastu pergi lah tengok sendiri. Tak kan semua benda aku nak cerita! Haha.
Review Filem Kingsman The Golden Circle (2017):
- Antara cerita yang aku paling tunggu nak tengok! Cerita Kingsman : The Golden Circle (2017) ni sambungan daripada Kingsman: The Secret Service. Yang Kingsman sebelum ni gempak gila kot. Mesti ah yang 2017 punya ni aku nak tengok. Rasa macam cepat je masa berlalu. Dah keluar dah Kingsman 2. Tapi kalau korang tak pernah tengok yang sebelum ni punya, still korang boleh paham je jalan cerita dia.
- Cerita ni rate 18+. Tak ada lah adegan aneh-aneh nau dalam cerita ni. Cuma aku rasa penggunaan words f**k tu terlampau banyak dalam ni. Sebab tu kot rate 18+.
-Cinematography menarik. Aksi berlawan pon style! Kingsman pon handsome. (Aku memang suka lelaki jenis muka gitu, sebab tu aku suka laki aku. Eh! Haha)
-Mesin pengisar dalam cerita ni memang legend! Haha 😂
-Banyak scene yang kelakar jugak. Korang memang akan terhibur lah tengok cerita ni.
-Kalau nak compare Kingsman sebelum ni dengan yang baru ni. Aku suka yang first tu lagi. Yang ni boleh lagi nak layan tapi yang first lagi sedap ah.
Overall, masih menghiburkan!
Rating: 8/10
Sinopsis Bisik Pada Langit
Cerita pasal keluarga Rosli. Ada sorang anak perempuan dia, Hajar belajar dekat luar negara. Dekat Australia sana, anak dia accident pulak. Lalu koma. Ayah dia ni pulak terlampau sayang kan Hajar ni. Nak tak nak, memang dia nak pergi jugak Australia lawat anak dia. Tapi duit tak cukup. Niat dia nak ke Australia lawat Hajar tu secara tak lansung menimbulkan pergaduhan dengan ahli keluarga yang lain.
Review Filem Sinopsis Pada Langit:
- Plot cerita yang senang faham. Cinematography was amazing!! Memang cantik. First moment je dah dapat tangkap minat aku untuk tidak miss satu part pon.
-Kalau tengok cerita ni kita memang boleh relate. Sebab sesuai dengan kehidupan kita rakyat marhaen. Tak macam cerita tipikal melayu yang celik-celik mata dah kaya. Ataupon kau CEO syarikat, lepas tu anak kau mewarisi empayar perniagaan. Bisnes semua juta-juta. Tak main ah bisnes cikai. Bapak kau setiap masa main golf pastu kena heart attack. Anak tunggal kaya raya pastu playboy.Pastu cinta 2 darjat. Laki kaya perempuan miskin. Tak pon perempuan kaya laki miskin. Atau pon kena paksa kawen sebab nak ubah perangai jadi baik. Tak pon ada watak antagonis yang jahat gila babun nak hancurkan hubungan.
Percayalah. Semua benda tipikal dalam drama melayu ni tak ada dalam filem Bisik Pada Langit. Semua nya kena dengan kehidupan kita rakyat biasa.
- Jalil Hamid punya lakonan memang superb! Serious kalau dia tak menang award Pelakon Terbaik pasni, tak tahu ah nak cakap apa. Watak dia memang macam bapak-bapak yang kita pernah tengok dalam real life. Tapi nasib baik ayah aku tak macam tu. Haha. Selamat sikit ah hidup aku 😂.
-Watak Beto Kusyairy dalam ni pure gila. Serious kau boleh masuk syurga Dee oi. Bagus budak nya. Penyabar dan redha setiap masa.
- Banyak pengajaran yang berguna dalam cerita ni. Sila lah jadi anak yang baik.Kalau family kita susah, tolong. Jangan menyusahkan lagi family yang dah sedia susah. Bertimbang rasa sama. Untuk parents pulak, nak membesarkan anak-anak please jangan pilih bulu. Bagi lah kasih sayang sama rata. Anak-anak pon ada perasaan. Tak kira laki atau perempuan.
- Jalan cerita simple. Skrip memang padu. Ayat senang faham sebab dialog diorang sama macam percakapan kita seharian. Emosi dalam cerita ni memang kena sangat dengan jiwa masyarakat. Aku yakin memang ada yang akan rasa benda ni dalam adik-beradik kalau korang ada ayah jenis sebijik macam Jalil Hamid dalam cerita ni.
-Semua babak dalam cerita ni sangat natural. Memang boleh menyentuh hati. Semua pelakon yang ada dalam filem ni pon semua berjaya angkat karakter masing-masing dengan jayanya. Jalan cerita simple tapi kesan dia memang padu beb!
-Khabir Bhatia punya buah tangan kali ni memang tidak mengecewakan.
-Serious aku ni susah gila nak menangis. Tapi filem ni berjaya ah buat kan aku mentis air mata. Kena nganjing dengan husband dekat sebelah pon lantak lah. Janji perasaan sedih tu berjaya dilepas kan. Hahaha. So korang, stand by tisu siap-siap nak tengok cerita ni.
Siapa tak tengok lagi, aku memang highly recommended korang tengok cerita ni! Sebab dah lama kita tak dihidangkan dengan cerita bermoral macam ni dekat panggung. Untuk cerita melayu, aku rasa cerita ni memang best!
Rating: 8.5/10
Ada yang dah tengok 2 cerita yang aku review ni? Best tak bagi korang? 😄