Resepi ni memang resepi aku. Sebab aku buat guna bahan-bahan yang ada dekat dapur aku sahaja. Aku nak habiskan stok groceries je, bila tengok-tengok bahan yang ada. Eh eh aku rasa aku boleh buat Sweet Corn Mushroom Crabstick Egg Drop Soup ni.
Eh eh. Asal nama panjang sangat ni?
Suka hati aku lah kan nak bagi nama panjang sepanjang nambelas kilometer pon. Dah resepi aku. Kehkeh 😄.
Kebanyakan resepi dalam blog aku ni, memang boleh kata kebanyakan nya aku olah sendiri sampai aku dapat rasa yang aku nak, then baru aku share dekat blog. Contohnya resepi Ayam Pandan Thai ni. Memang aku share resepi dengan bahan apa yang ada dekat dapur aku je time tu. Cuma aku kena beli daun pandan je lah.
Ni antara resepi yang aku share guna apa-apa bahan yang aku ada dekat dapur aku je. Bila orang kata dia jumpa resepi dekat google, tapi sebijik sejibon macam resepi aku. Serious aku kenal dan tahu tu memang resepi aku. Tapi aku takdehal pon. Dah memang aku nak share pon. Kalau korang jadi buat apa-apa resepi yang aku share dalam blog aku ni, aku tumpang gembira je resepi yang aku share orang buat menjadik. Heee 😁
Resepi Sweet Corn Mushroom Crabstick Egg Drop Soup ala Cik Epal Gonjeng.
Bahan-bahan nya adalah:
4 cawan air
2 kiub ayam (Aku guna yang 'no added MSG')
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2/3 cawan sweet corn
8 ketul crabstick (potong 2)
Cendawan tiram/ Oyster Mushroom (carik kan)
Daun Sup
3 sudu besar tepung jagung + 4 sudu besar air
2 biji telur
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Drizzle 1 sudu kecil minyak bijan
*garam dan gula tu pandai-pandai adjust*
Aku memang suka guna kiub ayam 'no added MSG' ni. Kalau aku jumpa, memang aku borong banyak-banyak. Senang aku nak masak 😂
Telur kacau guna garfu.
Aku memang sukat air 4 cawan guna measurement cup macam ni. Kalau korang tak ada, suka hati korang lah nak guna cawan apa-apa yang ada dekat rumah tu. Tapi end taste korang kena pandai adjust.
Halia dan bawang putih tumbuk dulu.
Mula-mula masuk 4 cawan air. Then masuk kan halia + bawang putih yang kita tumbuk tadi.
Kemudian, masuk kan kiub ayam, sweet corn,cendawan yang kita carik kan, dan crabstick.
Kacauuu.
Pastu masuk daun sup dan lada sulah.
Kacauuu.
Tepung jagung + Air.
Godak-godak kan dulu dalam mangkuk kecil.
Dia dah sebati cenggitu, haa boleh terus curahkan saja dalam sup tadi.
Ni untuk kasi sup kita pekat dan likat. Nyummy nalerekek 😝
Pastu ambil telur tadi. Masuk kan macam ni. Angkat tinggi-tinggi telur tu sambil senduk kau pon kacau membulat satu arah.
Dah habis semua telur masuk dalam ni.
Adjust garam dan gula.
Kacau bagi sebati.
Last sekali jangan lupa drizzle dengan minyak bijan sikit.
Pastu kacau sampai pengsan.
Dah bangun dari pengsan, kita boleh dah makan 'Sweet Corn Mushroom Crabstick Egg Drop Soup ala Cik Epal Gonjeng' yang kita masak tadi.
Sedap dimakan begitu sahaja.
Atau cicah dengan roti.
Aku dah 3x buat benda ni guna resepi aku ni. Mak mertua dengan ipar duai aku datang rumah aku pon, aku buat benda ni jugak. Depa makan cicah dengan roti. Ternyata licinnn sehingga titisan sup yang terakhir.
Kalau ada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba mak hayam! 😋
K bye! Gerak lu pape roger. 😎