Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Kyoto, Japan : Oh My Han (Part 1)

$
0
0


Ni kali ke 4 kitorang ke Jepun. Tak bosan-bosan lagi aku dengan Jepun. Dah balik ni pon, still ada rasa nak pergi Jepun lagi kalau free nanti. Ni bukan kerja/sponsored trip. Memang saja nak holiday. Semua guna duit sendiri. Tak boleh dok diam dekat rumah macam ni ah. Asyik nak berjalan je. 😝.Nak ke Jepun kali ni perbelanjaan semua atas aku. So memang aku ingat semua yang aku bayar.

Dulu masa Han bawah 2 tahun kitorang nak fly ke mana-mana memang heaven! Sebab tiket Han free. Kos tiket untuk aku dengan husband je.

Now Han dah 2 tahun. So tiket flight punya perbelanjaan dah jadi untuk 3 orang. Nak ke Jepun kali ni aku naik Air Asia. Kos tiket aku bayar RM4200. So tiket sorang dalam RM1400 return.

Dah sampai Kansai International Airport.

"Hye Pakcik! Apa Khabar? Jepun sihat?"

Tah pakcik mana dia pi tegur tu.

Muka gembira pakcik Jepun senyum dekat dia balik 😆

Sampai Kansai International Airport, terus aku cari pocket wifi.

Nak sewa pocket wifi kena bagi passport. Tapi passport nanti dia bagi balik dekat kita lah. Nak passport untuk isi form je. Aku ambil untuk 7 hari (unlimited). Harga 6000Yen (RM233) untuk 7 hari.

Simcard ambil jugak satu untuk handphone aku. Hehe.
Simcard harga 5,500 Yen (RM213).
Mahal gila simcard ni bagi aku. Baik ambil pocket wifi.
Tapi ni saja aku buat backup. Sebab unlimited.

Suruh dia tolong masuk kan dan register simcard dalam phone siap-siap.



Pastu naik train ke Kyoto. Beli tiket train dari airport nak ke Kyoto, harga 4700 Yen (RM 182) untuk 3 orang campur Han.Nak sampai tempat penginapan naik taxi.



Dah sampai Kyoto. Ni lah tempat penginapan kitorang.
Memang ambil tempat penginapan ala-ala Jepun.
Baru boleh feeling Jepun lebih sikit. Hehe.

Gambar tepaksa collage kan sebab banyak 😆

Dah rasa macam duduk rumah Doraemon dengan Nobita 😆

Laman rumah dia.

Best ada mesin basuh. Siap dia bagi sabun dan softener. Hari-hari kitorang basuh baju.
Hair dryer pon semua siap dia bagi. Bagus dia punya cermin ni. Memang dah siap ada plug. Nak guna hairdyer sambil bersiap pon senang, terus cucuk plug dekat cermin. Tak payah menggagau nak cari plug dekat tempat lain.

Gambar atas: Kitchen
Gambar bawah: Komik-komik jepun.

Boleh lah baca komik kalau faham ye. Aku selak satu hape pon aku tak faham. So aku letak balik. 😆

Toilet dan tempat mandi asing. So aku suka!
Toilet paling best sebab ada bidet.


Toilet dah lah bersih, canggih pulak tu. Tak kisah lah public toilet atau toilet dekat rumah.Toilet dekat Jepun ni kebanyakan nya toilet elektronik. Kadang-kadang boleh jumpa sampai 20 button dalam satu tandas. Wow banyak sangat button tu. Haha. Macam-macam function ah ada. Ada bidet,tempat kawal suhu air, pewangi udara, heated seats,seat sensor,auto clean, massage cleaning and etc. Fungsi noisemaker pon ada tau. Tujuan dia untuk meningkatkan tahap privasi korang semasa menggunakan toilet supaya tidak kedengaran bunyi-bunyi aneh plup plup yang tidak sepatutnya. Hahaha.


Gambar atas: Laluan nak ke toilet
Gambar bawah: Laluan nak naik tangga untuk ke bilik

Dia punya tangga kecik je kelebaran dia. Jenuh jugak lah nak bawak naik luggage bawak naik atas.

Ni bilik ke dua.
Tidur ala-ala Doraemon dan Nobita 😆

Ni bilik utama. 
Sama jugak.
Tidur ala-ala Doraemon dan Nobita 😆

Rumah ni memang selesa gila ah.

Dah prepare siap payung. So kalau hujan tak payah beli payung, pakai je payung rumah ni.

Rumah ni suami aku yang pilih tapi aku yang bayar. Ingatkan dia pilih dia nak bayar. Hampeh betul suruh aku yang bayar. Hahaha. Tapi takpe, bercuti pon sama-sama kan. Sama-sama lah keluar duit.
Duduk rumah ni,aku bayar RM3227 untuk 3 hari 2 malam. Sebab kitorang banyak berpindah rumah. Ni rumah first kitorang. Dekat Jepun kali ni sampai 4x kitorang pindah-randah sebab kali ni lama bercuti.

Dah sampai tempat penginapan, letak barang. Terus cari dinner. Lapar gila. Time ni dah pukul 10pm. Kedai banyak gila dah tutup. Tapi ada jumpa satu kedai Halal ni bukak sampai pukul 12am. So dapat lah jugak makan makanan halal.

Makanan ala-ala arab.

Ni hape tah nama nya. Tapi biasa je.

Yang ni lazat!
Pizza dengan kuah roti naan tu sedap gila!
Roti naan pon besar gila. Memang kenyang ah makan.

Dah dinner, balik rumah, tidur.


Pagi-pagi tu buat breakfast.

Makan breakfast dulu sebelum keluar. 

Yeahhh! Dah ready nak explore Jepun.

Kenapakah laki aku dah macam hero tamil? Hahaha.







Siapa yang follow instagram aku (@cikepal06) maybe dah tengok lah kot video ni. Boleh pulak tak ada iron rumah ni. Mintak iron dekat host, dia boleh buat dekk je. Terpaksa lah pinjam iron jiran sebelah. Walaupon bersembang macam ayam dengan itik. Nasib baik lah dia percaya dan bagi pinjam iron. Berjalan dengan penuh bergaya lah dengan baju licin hasil pinjam iron jiran. Haha.


Nanti sambung part 2 pulak. Bye!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 408