Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Resepi nasi ayam madu mudah dan sedap

$
0
0


Hye! Hari ni nak share resepi nasi ayam madu berdetak lebih kencang seperti genderang yang mahu perang. Ehehehe. Amboi amboi amboi sangat nama menu kau Jahhh  😂



Masa up gambar ni dekat ig aku (@cikepal06). Ada pulak yang mintak resepi. So aku share sini.

Ni masak nasi ayam madu cara aku lah eh. Lain orang kan lain cara. Tapi senang je cara aku buat nasi ayam ni.😄

Untuk rebusan ayam:

1 inci halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub ayam (aku guna yang no added MSG)
Garam sikit

Haa aku suka guna kiub ayam yang ni. Dekat bahagian kiri bawah tu dia ada tulis "No added MSG"

Untuk rebus ayam. Letak air. Masuk bahan-bahan untuk rebusan ayam tadi. 

Rebus ayam dengan 1 kiub ayam sampai empuk. Air rebusan ayam ni lah nak guna untuk banyak benda nanti. So air lebih pon takpe.

TIPS:
Ayam jangan rebus lama nau. Sebab kalau rebus lama sangat nanti isi ayam senang nak hancur bila goreng. Rebus sampai empuk saja.


Ni lah RAHSIA NASI AYAM SEDAP. Lemak dan kulit ayam jangan buang. Basuh bersih-bersih. Ni nak guna untuk masak nasi.

Untuk NASI AYAM:

2 cawan beras (Untuk 2 orang makan)
Basuh bersih-bersih dan tos kan.
Kalau isi rumah korang ramai, buat lah lebih hehe.

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Panaskan kuali. Letak 2 sudu besar majerin. Then letak bahan tumbuk tadi.

Tumis bahan tumbuk sampai keperangan, then masuk kan lemak dan kulit ayam tadi. Tumis sekali sampai lah lemak-lemak tu semua cair.


Masuk kan beras yang kita basuh tadi. Kacau rata. Wangi bau time ni.

Bila ayam dah empuk,keluarkan ayam.
Sup rebusan ayam ni berguna untuk semua benda pasni.

Masuk kan beras tadi dalam rice cooker. Keluarkan kulit ayam, yang lain-lain bahan kita tumis tu biar je dalam rice cooker.

Tambah 1 kiub ayam. Then masuk kan sup rebusan ayam tadi. Sukatan air sama macam kita nak masak nasi biasa tu. Air jangan banyak sangat, takut nasi lembik. Kalau sup rebusan ayam tadi tak cukup, pandai-pandai lah adjust tambah air biasa ke apa.

Sos cili nasi ayam:

*6 biji lada merah
*2 ulas bawang putih
*3/4 cawan air rebusan ayam (200 ml)
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar cili sos
2 sudu gula
1 kecil garam

Yang tanda (*) tu blend.


Blend lada merah, bawang putih dan air rebusan ayam.

Yang blend tadi kita masak. Then letak jus limau nipis,cili sos, gula dan garam secukup rasa.


Bahan perap ayam:

Ayam dalam 5-6 ketul
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (aku guna kicap ABC)
1 sudu kecil minyak bijan/4 titik minyak bijan

Aku tak letak garam sebab dah ada sos tiram. Tapi kalau korang nak letak garam, letak sikit je.Ayam kita rebus tadi, perap jap. Then goreng ayam macam biasa.

Goreng ayam tu sambil ketuk-ketuk sikit kuali. Biar jiran kau dengar bagitahu dia kau tengah rajin masak. Hahaha.  😂 😂 😂





Untuk kicap nasi ayam. Aku guna je balance bahan perap ayam tadi and tambah air rebusan ayam. Nak tumis tambah kicap dengan sos tiram pon boleh. 


Untuk sup aku guna sup rebusan ayam tadi je. Tabur bawang goreng dengan hirisan daun sup. Settle!



Dah siap! Nasi ayam madu berdetak lebih kencang seperti genderang yang mahu perang.Dari air tangan seorang wanita yang disangka lembut menghayun buaian menggoncang kuali mencipta nasi ayam. Hahaha.


Ok. Selamat mencuba bagi yang nak cuba 😋



Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.