Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Solution selepas rambut gugur anak main air liur .

$
0
0



Masa Han 3 bulan.

Masa Han dalam 3 bulan ni, dia dah start main air liur. Pernah dengar orang-orang tua kata kalau baby dah main air liur, nanti rambut mak nya gugur. Eh yeke? Apa kena mengena? 🙈

Tapi macam kebetulan pulak sebab bila Han start main air liur, rambut aku pon macam daun musim luruh gugur nya. Tak sanggup nak sapu lantai setiap masa time tu. Huhu.

Aku ada terbaca pasal rambut gugur tu rambut yang tumbuh time pregnant selama 9 bulan. So sampai tempoh baby 3 bulan ke atas, rambut yang tumbuh tu akan gugur balik. Sebab hormon semua dok pakat back to normal.Selari dengan baby main air liur time lingkungan umur 3 bulan tu.Lega sebab benda ni normal dikalangan ibu yang dah melahirkan anak. Tu sebab kot orang-orang dulu kaitkan 'kalau baby main air liur, rambut ibu nya gugur'. Macam logik jugak lah bila fikir balik. Haha.


Lepas aku melalui fasa rambut-gugur-sebab-anak-main-air-liur tu. Rambut pon tumbuh balik.Terus aku pulun jaga rambut balik elok-elok. Bila pakai tudung ni, memang lah tak kan ada orang yang tengok rambut kita kan? Tapi suami confirm akan tengok. So kena lah set balik bagi rambut cun. Hee 😆.

Meh nak share shampoo apa yang aku pakai. Sharing is caring 💙

Aku sangat recommend pakai shampoo Botanist ni. Beli dua-dua sekali pleaseee. 
Botanical Shampoo and Botanical Treatment (conditioner).
Disebab kan aku cik epal, kena lah pilih bau yang ada kena mengena dengan epal. Kehkeh.
Ni favourite aku! Bau apple & berry dan green apple & rose.



Aku suka rasa lembut bila apply shampoo ni dekat rambut. Bau dia serious sedap. Tahan lama lak tu bau dia.Dah habis shampoo, guna botanical treatment pulak. Yang ni dia macam conditioner. Memang rambut jadi lembut gila. Bangun pagi pon rasa rambut sihat dan bersinar.







Aku beli memang sebab bau dia jugak.Bau sweet and fruity shampoo ni akan membuatkan kau makin lama dalam bilik air. Serious! Haha. Dah habis mandi memang selalu buat perangai libas-libas manja rambut dekat husband. Haha. Nasib baik dia pon kata bau sedap! Ni antara shampoo yang terbaik yang aku pernah guna. Rambut akan bau wangi, berkilat dan lembut. Love this shampoo! Works with many different hair types too.



Bila rambut bau best, kita pon rasa best.




Kalau ada yang nak info. Botanist’s products ni diperbuat daripada 90% air dan ramuan tumbuhan semulajadi. Vegetable extract terpilih akan bagi keanjalan semula jadi rambut dan segarkan kulit kepala. Bahan-bahan yang ada dalam produk ni semua memang lembut untuk rambut, kulit kepala dan air. Silicone-free jugak. Sesuai sangat untuk sesiapa yang risau dengan kulit kering, gatal, kelemumur dan bau. Bau shampoo ni tak payah cakap ah. Memang tiptop. Macam bau perfume dah.


Boleh beli dekat Sephora. RM78.00 each. Memang sangat gentle to the scalp and hair. Try lah. Sure you'll love it!
Kalau nak tengok range apa ada lagi, boleh tengok website ni : Botanist Official








Viewing all articles
Browse latest Browse all 408