Kenapa lah aku tak perasan yang husband aku guna taktik yang lebih kurang sama yang aku guna masa surprise birthday dia haritu. Surprise birthday husband dulu aku pernah update dekat ENTRI NI. Taktik nya sebab guna manager blog aku. Haha.
Tapi aku perasan jugak dia makin aneh lately. Kuat berangan dan kerap cari gaduh dengan aku. Tapi aku malas nak layan. Sebab aku suka kan keamanan. Hihi. 😇
Last time dia cari gaduh, tetiba dia cakap.
"U jangan kacau I, I nak dok sensorang"
Lerrr. Amende lah dia ni.
Aku biar je lah dia bersendirian. Lantak lah sana. 😅
Pastu tetiba dia kata.
"Haritu I memang ada plan nak buat surprise birthday U. Ada contact Nina (manager aku). Tapi last minit semua benda plan tak jadi. Tu stress tu. Semua cancel. Kita buka puasa sama je lah nanti"
Ek eleh. Pasal benda tu rupanya. Aku memang ok je. Sebab serious aku tak mengharapkan apa-apa pon. Sebab aku tak nak susahkan dia. Lagi pon birthday aku tahun ni jatuh bulan puasa pulak. Nak buat aktiviti pape pon susah. Dia selalu tanya nak hadiah apa pon aku tak ada jawapan. Sebab tak rasa nak hadiah apa-apa tahun ni.
13 Jun 2017
13 Jun aku dapat whatsapp ni dari manager blog aku. Ada Mandarin Oriental campaign katanya. Dan dia pon cakap husband aku kata tak jadi buat surprise. Ohh memang betul lah husband ada contact Nina ni nak surprise kan aku. Tapi dah cancel katanya. So Nina pon proposed campaign.
Payout macam ok. Tapi masalahnya tak boleh bawak plus 1. Aku ni kalau pergi event memang selalu husband teman. Dia memang sangat supportive lah kalau aku ada job untuk blogging ni. Bila Nina whatsapp, terus bagi tahu husband aku ada event esok tapi tak boleh bawak plus 1. Sebab husband aku ni dia memang tak bagi aku drive sorang. Padahal aku boleh je drive. Dia risau kalau apa-apa jadi time aku keluar sorang katanya. Kalau berteman dia ok.So dia suruh tanya Nina boleh tak pergi sekali.
Nina kata dia boleh ambil pulak. Aku pon ok je lah.
Mandarin Oriental confirm. So tunggu esok je lah.
14 Jun 2017
Bangun pagi je husband dah wish birthday siap-siap. Tapi dia cakap dia nak keluar dengan Han jap. Dah aku pon ada event buka puasa. So dia akan berbuka berdua dengan Han. Nanti jumpa time malam lepas aku habis event kata nya. So aku ok je. Tapi dia dah pesan suruh aku pakai baju warna grey pergi event nanti.Dia siap pilih lagi baju apa aku patut pakai pergi event ni.Aku ok je sebab dia memang suka pakai baju sama warna dengan aku pon bila keluar. Aku tak ada lah syak apa-apa pon.
Petang Nina datang ambil aku.Dalam kereta banyak lah aku tanya brief and directions apa aku nak buat bila sampai Mandarin Oriental nanti. Dia pon explain lah aku kena review buffet ramadhan and yada yada yada. Tapi dia kata client mintak 1 additional video post. Client mintak tutup mata and nanti dekat lobby diorang nak buat surprise birthday.
Time ni aku pelik jugak. Tanya Nina.
"Eh macam mana client tahu hari ni birthday I?"
Nina cakap. "Sebab masa propose campaign ni, client memang nak U. Tapi I tak boleh confirmkan sebab Jo ada text I kata nak buat surprise untuk U. So I hold. I bagi tahu client 14 Jun ni U punya birthday. Tapi bila Jo kata dia cancel semua plan, i terus propose u for this campaign and diorang terus sign.Diorang pon happy nak buat surprise party untuk U. Cuma nanti U kena tutup mata and I bawak U dekat lobby hotel. Nanti manager hotel and staffs akan sambut U"
Aku pon ok je lah. Dah nak dekat sampai tu, Nina tutup kan mata aku guna kain. Dia lah pimpin tangan aku ke 'lobby hotel' konon nya.
*Click play for video*
Siapa follow instagram aku (@cikepal06) , maybe dah tengok lah kot video-video ni.
Nina prank aku rupanya. Dah ah dia parking tepi jalan suruh aku berjalan. Sebab manager hotel nak tunggu dekat lobby katanya. Mata pulak gelap tak nampak. Serious Nina memang boleh menang award pelakon wanita terbaik anugerah skrin! Sardin je muka dia menipu aku. Rupanya dia memang komplot dengan husband cakap pasal event buffet ramadhan tu. Wakenabeb! Haha. Aku memang tertipu gila dengan dia. Aku memang betul-betul percaya kena pergi hotel untuk review buffet ramadhan. Haha.
Kalau tak ada dia, aku rasa mesti plan husband aku ni tunggang langgang. 😂
Serious rasa macam nak menikah lagi sekali pulak dengan husband aku, bila tengok husband aku kacak berbaju melayu macam ni. Haha 😂
Patut lah dia suruh aku pakai baju grey pi event. Dia keluar dengan Han dia beli baju melayu dia dengan Han rupanya.
*Click play for video*
🍎FIRST SURPRISE🍎
Rupa nya ni lah 'manager hotel' nya. Hahahampeh betul. Bila sampai je, aku pelik. Apahal manager hotel ni kiss aku? Nak meninggal ke hape? Haha.
Time dia kiss ni aku dah bau macam suami aku ni. Bila bukak mata, aku agak dah memang dia. Bau dia aku kenal sangat😂
Terkejut tengok muka husband depan mata. Ingatkan nak jumpa dia after event.Terus dia cakap happy birthday and bagi bunga. 😆
Masa nampak helikopter pon rasa macam berdebar. First time ni nak naik. Excited ada, suka ada, nervous takut termuntah pon ada. Sebab aku tengah pening kepala sikit time ni sebenarnya.
Nak naik helikopter kena pakai headphone ni. Headphone ke apa tah nama benda ni.
Dan berlepas .....
Time ni lalu atas Bukit Tabur. View dari dalam helikopter ni SubhanAllah memang amazing. Cantik sangat! 😍
Han tunjuk KLCC 😄
*Click play for video*
Dah turun dari helikopter.
So happy!
Han bagi cannn mama dengan papa pegang tangan. Selalu salah sorang kena dukung dia kalau dia tak nak berjalan 😆.
Umpan botol air je dah terhibur. Bagus nakkkk. Senang kerja mama papa. Teruskan perangai sebegini ye nakkk. 😆
🍎SECOND SURPRISE🍎
Jalan punya jalan. Nampak kereta dah tampal sticker happy birthday. Ni surprise ke 2 lah ni. Terkejut jugak time ni sebenarnya 😂.
*Click play for video*
Dah rasa macam Kak Mah pulak bila ada orang escort. Hahaha.
Padahal rakyat marhaen je aku 😂
Dalam kereta, husband dok tanya-tanya suruh teka nak pergi mana. Aku cakap pergi buka puasa lah kot sebab dah nak berbuka dah. Ke nak pergi bazar ramadhan? Boleh beli air jagung susu. Haha tak habis-habis dengan jagung susu aku ni 🌽
*Click play for video*
🍎THIRD SURPRISE🍎
Ya Allah terkejut gila nampak family aku time ni. Terkejut kali ke 3! Haha. Time nak pergi berbuka ni aku ingat aku dengan husband dan Han je. Tak sangka pulak ada family aku. Rupanya husband aku dah komplot siap-siap dengan semua family aku time aku buka puasa rumah parents last week. Rasa macam hari raya pon ada sebab diorang siap bersampin semua. Hihihi.
Serious tak perasan bila diorang ni berkomplot. Rupanya husband aku plan dengan diorang masa aku tengah mandi.Padan lah aku tak perasan.Haha 😂
Deco cun! 😍
Kek ni comel can cantik sangat! Rare dan unik gila! Sayang nak makan. Pandai pulak husband aku ni pilih kek cun. Mula-mula pelik gak macam mana nak potong kek ni. Haha. Rupanya kena ambil je seketul-seketul. Comel gila. Luar dia coated dengan chocolate. Sedap kek ni! Sebab dia tak manis sangat.
Dah habis makan, solat Maghrib dekat sini. Lepas tu husband ajak aku balik.
*Click play for video*
🍎FOURTH SURPRISE🍎
Dah balik berbuka puasa dengan family. Aku ingat settle dah.
Muka menyengih penuh muslihat tu. Haha.
Tapi dia dok tanya-tanya aku.
"Rasa-rasa ada lagi tak surprise?"
"Rasa-rasa ada lagi tak surprise?"
"Rasa-rasa ada lagi tak surprise?"
Mula-mula aku ingat habis dah. Tapi lain maciammm dia ni. Sampai 3 kali tanya. Macam ada lagi je ni. Haha.
Dia sambung candle light pulak. Adu du du duh. Terkejut kali ke 4! Ya Allah dia ni. Pastu tanya dia, ni last kan? Ke ada lagi? 😂
Ok ni video FULL.
Thanks for your awesome video Syahid Rushdan . U punya hasil kerja memang gempak 👍
Dear my husband Jofliam.Terima kasih banyak-banyak sebab buat semua ni.Serious tak sangka dan memang tak ada harap apa-apa pon in the first place.Tapi serious rasa special sangat masa birthday kali ni.Terkejut gila. Pandai pulak u ni buat surprise. Ingatkan u noob! Hahaha.
Tapi serious tak expect that kind of celebration and I memang surprised gila!
I know it’s not easy to prepare and I’m so grateful for your kindness. I was so speechless. I will never forget this. Now I know that I’m an important person in your life. Thank you and I want you to know that you are so important to me too. Thanks for making my birthday special!!
Apahal aku tetiba cakap omputeh ni. Terharu sangat sebenarnya *lap air mata guna hujung shawl* 😢😢😢.
Love you too sayang 😘😘😘
p/s: Birthday aku 14 June. Ada June babies dekat sini? Kita geng! Heee.
Siapa yang lahir bulan June mesti awesome. Hahahaha k bye!