Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Pengalaman cabut gigi geraham dan tips kurangkan sakit lepas cabut gigi

$
0
0

Punya lah berzaman tak sakit gigi. Time aku pregnant kan Han dulu tetiba rasa gigi geraham berdenyut. Bila main gigi dengan lidah rasa macam berlubang. Tengok cermin, memang betul berlubang. Maybe lah sebab hormon berubah time pregnant tu meybebakan aku sakit gigi tetiba. Tapi aku tak nak ambil risiko cabut gigi masa pregnant . Aku jumpa dentist, dia sarankan aku tampal. So ok lah aku pon tampal. Tak sakit pon tampal gigi. Kejap je siap. Time tampal ada rasa ngilu sikit je. Pastu terus rasa lega. Dah tak ada denyut-denyut dah. Doktor kata tampal ni tahan 2-3 bulan. Kalau pandai jaga, boleh tahan bertahun. So aku pon tak kisahlah, lepas dah bersalin nanti boleh lah cabut. Janji time tu aku tak rasa sakit berdenyut.


Nak dekat 2 tahun jugak lah gigi yang aku tampal tu bertahan. Lama-lama benda yang ditampal tu terhakis dan aku pon mula rasa berdenyut balik. So malas nak panjang cerita, kita pergi cabut je lah. Tengah tak pregnant ni terus cabut je lah senang.

Sakit dan pedih woo rasa berdenyut-denyut dekat bahagian berlubang tu.


Yang husband aku ni pulak tak habis-habis. "Ni lepas yunk cabut gigi ni mesti demam. Sakit gila cabut gigi. Lagi sakit dari sakit nak beranak"

Amboihhh macam dia pernah beranak. Yo yo ooo je tau. Aku rilek je. Sebab dah pernah beranak kan. So tak ada lah cuak sangat nak cabut gigi ni. Nak beranak lagi cuak kottt. Lagi pon aku malas nak fikir pasal kesakitan. So aku watlek watpis je. Heee. Masuk je jumpa dentist aku cerita sikit kisah gigi aku yang mana sepatutnya aku nak cabut gigi time pregnant tapi tak jadi tu. Yang tampal tu pon dah terhakis.

"Doktor buat lah apa yang doktor nak buat. Nak cabut banyak mana pon tak kisah. Janji rasa berdenyut-denyut saya ni hilang"

Gituww. Dengan penuh konfiden nya aku cakap tu. Tapi sebenarnya ada lah rasa takut sikit tapi buat-buat cool je. Kehkeh. Doktor pon suggest aku cabut je gigi geraham yang berlubang tu. Tapi dekat belakang gigi tu ada gigi bongsu kecik cenonet lagi. Dia cakap yang gigi bongsu tu dia tak cabut. Kalau gigi bongsu tu bermasalah baru dia cabut. So aku ok je. Janji berdenyut ni hilang.


Doktor pon letak bius. 2 kali dia inject guna jarum halus dekat gusi. Tak sakit sangat, rasa macam semut api gigit je. Eh? Dah macam tok mudim describe rasa sakit dekat budak nak bersunat pulak aku explain ni. Hehe. Pastu dia biar jap dalam 2-3 minit. Pastu terus rasa kebas. Bibir pon sebelah kebas. Rasa persis mulut Donald Duck tapi version ada sebelah je. Hehe. Dia suruh aku rilek. So aku pon rilek je. Aku tanya, sakit tak nak cabut gigi? Sebab dah berzaman aku tak cabut gigi so aku lupa dah perasaan time cabut gigi tu rasa apa. Hehe.

"Tak sakit. Rasa macam gigi bergoyang je" kata Doktor.

Oh ok. Masa doktor nak start cabut je. Memang rasa lah gigi aku bergoyang. Dengan kepala aku sekali ikut bergoyang. Haha. Godek punya godek, pappp dia cabut. Uihh kejap je rupanya. Dan yang paling best, tak rasa pape. Yayy tak sakit!


Pastu dia bagi kapas suruh aku gigit. Bukan kapas lah, dia macam jaring net tu. Aku pon gigit lah tanpa banyak soal. Doktor kata, lagi 2-3 jam baru aku akan rasa sakit sebab bius hilang. Tapi lepas sejam je, makan ubat tahan sakit yang dia akan bagi. Nanti boleh kurang kan rasa sakit.


Lepas sejam je aku terus makan ubat tahan sakit. Doktor suruh makan aiskrim aku pon terus makan aiskrim lepas cabut gigi. Balik rumah ada lah 2-3 kapas aku tukar, pastu tidur. Yang husband aku pulak "Uihh ni nanti masa tidur mesti sakit, confirm tak boleh tidur punya. Dulu masa I cabut gigi memang tak boleh tidur. Terus demam"


Aku pon bersedia jugak lah untuk demam. Sebab husband aku yo yo ooo je kan cakap sakit lah demam lah tak boleh tidur lah hape lah. Tapi Alhamdulillah aku bangun tidur je, tak rasa sakit pon.  Yayy!! Husband aku pon pelik je asal aku cabut gigi tak sakit macam dia. Dengan nada cemburu dia bertanya " Yunk, serious lah tak sakit? Time tidur tak sakit? Bangun tidur pon tak sakit? Ingatkan yunk demam pagi ni. Kenapa tak sakit pulak ni?"


Kihkih. Jeles lettewww. Aku pon lagi suka je lah aku tak demam dan tak sakit. Ngeri betul pengalaman husband aku dulu masa cabut gigi. Sampai demam. Nasib baik aku punya pengalaman ok je.


Kalau ada yang macam aku. Jenis berzaman dah tak cabut gigi, tetiba gigi berlubang kena cabut. Boleh buat tips ni lepas cabut gigi.




Tips yang aku amalkan lepas cabut gigi:



💙1- Gigit kapas kuat-kuat sampai darah berhenti.

Normally, lepas cabut gigi, doctor akan bagi kapas. Bukan kapas pun sebenarnya, dia macam kain macam net (jaring) tu. Tujuan nya untuk bagi darah berhenti mengalir. So, gigit kapas tu dengan kuat and gusi pon akan rasa lega dan tak sakit. Rajin-rajin tukar kapas so that tak terlalu banyak air liur berdarah yang terkumpul dalam mulut.


💙2- Jangan berkumur selepas cabut gigi.

Kalau boleh jangan berkumur lansung. Kalau tertelan air liur berdarah tu pon sebenarnya tak ada masalah. Telan je. Jangan berkumur sebab nanti darah start mengalir balik. Just kena rajin tukar kapas je.

💙3- Jangan ambil minuman/makanan panas dan keras.

Jangan ambil benda panas atau keras selama sehari lepas cabut gigi. Minum air panas boleh buat kan darah mengalir lagi banyak dan susah nak stop. Makanan keras pulak sebab takut masuk lubang bekas cabut gigi tu. So benda panas dan keras sila elak kan.


💙4- Jangan usik atau sentuh kawasan bekas cabut gigi dengan lidah/jari.

Walaupun rasa pelik sebab gigi dah tak ada tapi jangan gatal-gatal pergi main gusi tu dengan lidah. Dengan jari lagi lah jangan usik. Usik guna jari kang takut masuk bakteria. Main gusi dengan lidah pulak boleh membuatkan gusi kita start berdarah lagi.Elok-elok darah dah berhenti, gatal main gusi dengan lidah, dahhh berdarah balik. Tak pasal-pasal. So jangan buat ok.

💙5- Makan aiskrim atau minum minuman sejuk 

Lepas cabut gigi je, doktor suruh makan aiskrim. Terus aku beli aiskrim dan makan time tu jugak . Makan aiskrim ni sebenarnya untuk bagi pendarahan cepat berhenti.

💙6- Makan ubat tahan sakit doktor bagi

 Jangan lupa makan ubat tahan sakit doktor bagi tu. Sebab bila bius habis, doktor kata memang akan rasa sakit. So makan dulu ubat tahan sakit sebelum bius habis. Lepas sejam cabut gigi je, aku terus makan ubat. Alhamdulillah aku tak rasa sakit after bius habis pon.


💙7- Kurangkan buat kerja berat.

Selalunya benda pertama yang kita nak buat lepas cabut gigi mesti lah tidur kan? Aku cabut gigi ni malam, so lepas cabut gigi, memang tidur lah. Better tidur, rehat cukup-cukup. So tak ada lah rasa sakit.




Aku rasa ni je lah benda yang aku buat lepas cabut gigi. Alhamdulillah aku tak rasa sakit pon lepas cabut gigi. Aku rasa husband aku tak buat benda-benda ni kot masa cabut gigi dulu, sebab tu bila dia cabut gigi dia terus demam. Haha.

Oh ye, sebelum cabut gigi, better korang makan kenyang-kenyang ok. Sebab lepas dah cabut gigi nanti, mulut akan rasa kebas, darah pon still keluar dan susah nak makan. Elok cabut gigi malam, boleh terus tidur je bila balik rumah.


Korang pon mesti ada pengalaman cabut gigi kan? Sakit tak? Heee 😁





Viewing all articles
Browse latest Browse all 408