Di zaman 2017 ni semua benda nak viral. Silap sikit pon kau boleh dicerca segenap ummah. Macam-macam jenis orang lah ada dekat media sosial ni. Pulak-pulak tak dapat kawal diri, memang akan jadi target lah untuk orang bahan.
Tapi yelah, kita hidup dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang. Bukan satu latar belakang je kan? Jadi memang wajar lah setiap isu yang viral tu ada yang berfikiran positif dan negatif. Tak kiralah dekat media sosial atau luar media sosial.
Bagi aku tak payah lah ketawakan lebih-lebih atau kutuk bagai nak rak sangat dekat orang yang buat silap ni. Ambil iktibar je lah dengan kesilapan dia tu. Semua orang buat silap kottt. Kita bukan sempurna. Nasihat lah elok-elok. Lagi bagus kau doakan dia supaya berubah. Kau kutuk-kutuk maki dengan bahasa kesat ingat dia nak berubah ke? Sorry naik lori ah. Lagi buat dia rebel ada lah. Pulak-pulak budak remaja baru nak up,memang cenderung nak buat benda yang dia rasa betul. Walaupun benda tu menjengkelkan orang. Pemikiran time remaja dengan dewasa ni lain.Sebab kita semua lalui proses matang yang berbeza. Nak berubah tu ambil masa.
Entah-entah yang beriya mengutuk tu lagi banyak buat benda aneh. Cuma orang tak reveal benda aneh yang dia buat dan tak viral kan je. Tu rasa dia selamat dan sedap nak membahan orang.
Lagi banyak kita buat salah,lagi banyak kita belajar dan improve diri sebenarnya. Kadang-kadang orang yang kita sibuk kutuk tu, kalau dia improve diri dia, boleh jadi akan datang hidup dia lagi berjaya dan bagus dari kita-kita yang sibuk mengata dia ni. Ye lah, orang berjaya ni bukan orang yang MENKRITIK tapi orang yang DIKRITIK. Daripada kita ambil masa ketawakan/bash orang dekat media sosial, elok lah kita ambil masa perbaiki diri dan improve diri masing-masing. Lagi ada faedah.
Kita memang tak boleh KAWAL orang nak mengata pasal kita walaupun kita tak buat dosa pon dengan dia, tapi kita boleh KAWAL benda yang kita nak share. Kadang-kadang orang bukan benci sangat pon tapi orang meluat dan menyampah je. Kalau kita tak mampu nak hadap kutukan dan berhati tisu, jangan share apa-apa yang mengundang kutukan.
Untuk semua pengguna media sosial.
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada orang lain.
Ada manusia yang susah sangat nak sebarkan kasih sayang.
Kalau tak mampu sebarkan kasih sayang jangan sebar benci.