Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Cantik Cara Citra

$
0
0





Jadi perempuan ni memang banyak benda kena jaga. Kita orang perempuan ni selalu ambil berat pasal penjagaan muka kan? Badan pulak macam mana? Tak jaga sekali ke? Bagi aku kulit muka dan kulit badan, both penting and dua-dua kita kena jaga elok-elok. Kulit yang licin dan sihat memang sangat penting bagi aku. Kita kena lah jaga kulit kita elok-elok supaya kulit sentiasa gorgeous hokayyy. Ingat baju je kana pakai vogue vogue, kulit pon kena vogue hokeh! Kena lah vogue sebab tak nak jadi vogeh. Muehehe.


Aku memang suka jaga kulit sebab tak nak kulit kering. Tak kisah lah pakai baju apa/style apa, yang paling penting kulit kena sihat.  Kulit lembut dan cantik memang jadi idaman setiap wanita kan? Wanita yang busy memang tak sempat ah nak pergi spa nak buat rawatan badan tu semua. Dengan cuaca pon tak menentu sekarang. Kita memang perlukan something yang boleh protect kulit dengan senang, cepat dan berkesan.



Aku nak share lotion yang aku tengah pakai sekarang. It's Citra!

Semua wangi sangat! 

Aku memang sangat familiar dengan lotion Citra ni sebab pakcik aku kerja dekat Indonesia. Kalau balik kampung jumpa dia, mesti dia bagi dekat aku satu family lotion ni. Sebab dia kata lotion ni famous dekat Indonesia sana. Aku suka lotion Citra ni sebab wangi sangat! Serious!

Setiap jenis ni ada fungsi dan keistimewaan masing-masing.

Citra Pearly White UV
Kulit lembut bercahaya seperti mutiara

Lotion ni ada serbuk mutiara yang akan membuat kan kulit kita nampak lebih putih secantik mutiara. Wow kerlass sangat kulit kau nanti mak enon bila pakai lotion ni, terus bercahaya bak kilau mutiara ni.Hee. Bau tak payah cakap lah. Memang wangi sangat! Bila apply je dekat badan terus rasa relax je. Oh ye, lotion ni ada UV untuk perlindungan dari sinar matahari. Me likey! (✿ ♥‿♥)

Golden Glow
Kulit Sehat bercahaya alami

Tahu tak selama bertahun-tahun, kunyit telah menjadi rahsia kecantikan para putri keraton Jawa sebagai lulur untuk menjadikan kulit mereka bercahaya kuning langsat alami?
 Citra Golden Glow ni ada kunyit jawa yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk membuatkan kulit kita glowing. Lotion ni pon wangi. Lepas apply, kulit terus rasa lembap dan glowing. Tak percaya, cuba try! Boleh korang satu geng dengan putri keraton Jawa. Yayy! ( ˘ ³˘)♥

Natural White UV
Kulit lebih lembut, lebih cerah alami.

Haaa dah lah kulit makin lembut,makin cerah pulak tu. Mesti semua perempuan suka ni. Hehe. Dalam Citra Natural White UV ni ada sengkuang Indonesia. Jangan tak tahu, sengkuang Indonesia ni memang kaya dengan Whitening Vitamin. Ada UVA&UVB Protection untuk melindungi kulit dari sinar matahari dan jadikan kulit cerah semulajadi. So tak ada lah nampak putih pelik tu. Pakai lotion ni nampak kulit cerah natural lah.  (◕◡◕✿)


Tiga-tiga lotion ni memang wangi sangat-sangat. Korang dah tak payah pakai perfume dah. Aku memang pecinta lotion. Macam-macam lotion aku pernah try. Bila apply je mana-mana lotion Citra ni mesti suami tegur. "Wangi nya sayang. Pakai perfume apa ni?" . Dia ingat aku pakai perfume. Kehkeh. Padahal pakai lotion Citra ni je pon. So dekat rumah hari-hari lepas mandi memang aku apply lotion Citra ni. Fave aku Natural UV White tu. Suka sangat bau lotion ni. Dah ah bau best, pastu kulit pon moist je. Lembut je kulit dan tak melekit. Aku suka! Fikiran pon tenang bila bau lotion ni. Orang lain yang bau pon jadi tenang. Heee. (◡‿◡✿) 


Ni aku nak bagi satu tips. Kalau nak sapu lotion dekat badan better selepas mandi sebab masa tu kulit masih lembap. So lotion akan 'seal' kelembapan kulit. Tapi sebelum tidur pon aku memang suka lumur losyen sampai wangi satu badan. Kena lah sentiasa wangi bila dengan suami. Hee.


Aku sangat recommend untuk korang cuba Citra lotion ni. Memang best dan bau wangi gila. Melembapkan kulit pulak tu. Lotion ni pon murah je. Boleh dapat dekat kedai atau farmasi yang dekat atau pon yang jauh dengan korang. Ehehe.  (˶◕‿◕˶✿)

Boleh dapat dekat list ini: 

MYDIN Malaysia, Giant Malaysia, Guardian Malaysia, Haniffa Store, LuLu Hypermarket, UM Stores, Tesco Malaysia, AEON BIG Malaysia

More info: https://www.facebook.com/malaysiacitra atau search #CantikCaraCitra di laman Facebook.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 408