Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Lelaki tak suka perempuan pakai make up? YE KE?

$
0
0
Ada tengok video lelaki-lelaki yang cakap tak suka perempuan pakai make up. Suka yang natural tak pakai make up kata nya. Bila tunjuk gambar perempuan naked face tak ada make up lansung, dann dann lah suruh tepek bedak sikit lah, pakai lipstick sikit lah. Poooodahhh. Tang tu lah nak betulkan statement cakap suka perempuan make up nipis.Aik? Tadi cakap tak suka perempuan pakai make up. Insan keliru betul lah depa ni. Tak payah lah cover-cover. Cakap je lah kau nak perempuan cantik sebenarnya kan? Ehehe.


Natural beauty konon. Dah kalau perempuan tu "natural" je, bukan "natural beauty" di mata kau macam mana? Lelaki ni cakap je tak suka perempuan pakai make up. Tapi bila keluar, perempuan cun yang pakai make up tu lah yang ditoleh nya. Cakap je lah nak yang putih glowing mulus gebu gebas tanpa make up. Tak payah cakap nak natural beauty sangat lah. Cakap je lah nak yang BEAUTY. 😏


Kalau lelaki cakap, "tak suka perempuan mekap." Macam tipu je.Ehehe. Tapi kalau lelaki cakap "tak suka perempuan mekap tebal." Itu aku percaya. Maksud diorang ni sebenarnya nak yang natural tu yang make up tak heavy. Tak ada lah make up tebal gila sampai kalau tampar muka tu jerebu satu kampung. Haha.



Ada jugak suami yang tak bagi isteri make up. Maybe sebab wife dia kalau make up lagi nampak huduh dari muka natural sebab wife tak pandai make up. Atau pon maybe dia malas nak habis kan duit beli kan isteri dia barang make up. Atau pon malas nak tunggu wife bersiap mekap lama sangat. Atau pon dia memang jenis tak suka lansung tengok perempuan pakai make up,memang jenis suka naked face. Tapi kalau suami jenis camni bagus ah, tak payah membazir nak beli mekap. Cuma jangan bila keluar, si suami ni kepala berpusing toleh perempuan yang make up cun sampai mata tak berkelip sudah. Cakap biar serupa bikin lah kan. Hehe. Atau pon yang tak suka perempuan pakai make up tu mungkin jenis lelaki yang dari kategori sedar diri tak berapa handsome/stylo. Daripada tak ada terus, kang membujang lak sampai ke tua. So dia pon suka perempuan sejenis macam dia. Yang simple. Tak melawa.



Retis-retis ni kalau tak make up muka pucat je pon tapi still ada yang cantik jugak ah bagi aku bila natural tak pakai make up lansung.Tapi ada juga yang memerlukan make up untuk nampak cun. Yang pasti, semua nya pon bila dah pakai make up lagi lah nampak jelita wow meletop gitchuwww.


Lelaki selalu kata tak suka perempuan mekap tebal, tapi kalau ada dua perempuan, sorang mekap cun  (yang macam gambar 'after' retis-retis dekat atas ni) dan sorang tak mekap (yang macam gambar 'before'), yang mekap tu jugak depa puji lawa dan menarik.Lelaki ni selalu nya lain di mulut lain pulak di hatinya sebab tak nak kena soal banyak-banyak dengan perempuan. Nak sedap kan hati perempuan.



Yang lelaki tak tahu, it takes MAKEUP to look NATURAL .


Make up ni ada 2 jenis. Make up nipis atau tebal. Tak ramai perempuan yang lawa tanpa make up. Selalunya lelaki akan tertarik tengok perempuan lawa. Tak kisah lah dia mekap nipis ke tebal. Bila dah kenal hati budi dan dah jatuh sayang, muka tak make up pon dia cakap lawa. Sebab hati dah sayang kan. Kalau perangai baik, semua nampak cantik je kot.Kalau dah suka, perempuan tu dia tak mekap pun kita rasa cantik. Cuma kalau dia mekap masa keluar tu lebih kemas la.


Perempuan ni naluri dia memang sukakan kecantikan dan sentiasa nak nampak cantik.
Terserlah lah pada tuan badan dan make up tebal ke nipis ke atau naked face. Bukan semua perempuan dilahirkan dengan kecantikkan yang semula jadi. Kalau dah memang jenis natural beauty tu memang untung lahhh. Tak calit pape pon lawa. Aku kalau keluar pon calit-calit jugak lah muka ni. Paling basic pon pakai bedak dengan lipstick. Kalau ada event, baru makeup lebih sikit. Pada pendapat aku, elok lah biar nampak kemas sikit muka tu. Tak lah berubah sangat pon dari muka asal cuma nak nampak fresh dan kemas tak sememeh je muka tu. Cukuplah sekadar menaikkan seri wajah dan nampak lebih menarik.


Bagi aku, penting sebenarnya pandai jaga penampilan diri ni. Pandai make up kira bagus gak. Kena pendai serasikan dengan keadaan jugak lah. Kalau setakat pergi pasar kejap je pon tak payah make up pon tak apa. Kalau ada event or job interview ke apa, calit lah sikit muka tu.Tapi tak payah over. Jangan makeup macam opera cina pulak. Tampar pipi berdebu kata kau. Hahaha. Simple dah la. Yang penting sedap mata memandang. Tebal sangat pon tak lawa.


Tapi realitinya ada jugak perempuan yang ikut condemn orang pakai make up ni. Bagi aku, kalau nak makeup, make up je ah. Kalau tak nak make up sudah. Semua tu terpulang. Janji happy tak kacau hidup orang sudah.


Kebanyakan perempuan make up ni diorang buat bukan untuk lelaki pon. Sebab diorang nak rasa yakin dan ada self-confidence jer.  So tak ada masalah pon nak grooming diri tapi make sure kita  happy dengan diri kita. Yang penting, jaga solat, jaga diri, jaga kebersihan, jaga pemakanan dan kemas. Cantik itu akan datang sendirinya bila kita jaga benda-benda penting ni. Be yourself! Setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. 😘


Apa pendapat korang? Korang rasa betul ke lelaki tak suka perempuan pakai make up? 🤔









Viewing all articles
Browse latest Browse all 408