First time ni aku satu family raya dekat KL. Dulu zaman bujang, asal first raya je mesti dekat Johor. Sebelum raya lagi dah balik Johor selalunya. Start tahun ni family aku nak buat kelainan pulak kata nya. First day raya, beraya dekat KL. Second day raya baru balik Johor. Tanpa banyak cekadak, aku pon ikut aje lah. Muehehe.
My small family. Rasa macam cepat je masa berlalu. Kejap je dah ada Han. Pastu kejap je Han dah besar. Pastu kejap je Han ada adik. Eh!
Budak banyak akal. Makin lama makin boleh tahan perangai nya. Sabor je lah mak jemah. Kadang-kadang penat jugak nak melayan. Ada jugak lah time dia tengah melalak tak tahu pasai apa, memang urut dada ok nak layan kasi dia senyap.Memang tak lah aku nak menambah anak lagi buat masa ni.Tunggu Han besar sikit baru boleh fikir nak tambah lagi sorang umat. Haha. Ni di awal pagi raya, first time Han pakai baju melayu. Tahun lepas baju melayu tak muat lagi. Tahun ni baru muat. Songkok time ni masih elok di kepala. Dua minit nambelas saat selepas itu songkok terbang dia pi baling T_T"
Belum salam raya lagi, dia dah sibuk dengan tabung dia. Tengok lah rambut Abu Bakar Elah dia tu, malam raya laki aku pergi potong rambut Han sendiri. Malas nak hantar kedai kata nya. Jadi lah rambut camtu. Senget-benget bapak kau potong.
Dah ada baju raya, songkok raya, mesti lah ada rambut raya jugak kan? Ehehe. Bertabahlah di pagi raya nakkk.
Sesi salam raya. Dimulakan dengan menantu pertama. Panjang dan lama jugak laki aku ni mintak maaf. Semua salah-salah dia, dia pi sebut.Lupa nak betul kan mentol lah, lambat ambil buah mangga lah dan lain-lain kesalahan semua dia sebut. Memang lama ah kan. Haha.
Dah salam raya, hulur duit raya pulak.
Emm kemain senyum ye ayah aku dapat duit raya. Kehkeh. Pastu salam mak mertua pulak. Sama gak. Lama jugak laki aku ni pi mintak maaf. Haha.
Ok turn aku pulak. Banyak jugak dosa sebenarnya dengan parents aku ni. Tapi bila salam raya je mesti nak tergelak. Adehh.
Pastu aku boleh lupa pulak mana duit raya nak bagi parents. Selalu aku tanda. Kang tertukar dengan yang bagi adik-adik pulak. Tak boleh tertukar ni,sedap adik-adik aku berjoli kang. Cek dulu.
Dah confirm, baru boleh hulur dekat parents aku. Tergelak ayah aku sebab aku pi cek isi sampul depan dia. Sorry tahun depan saya akan perbaiki kesilapan teknikal ini. Akan ditulis siap-siap dekat sampul nama masing-masing. Kehkeh.
Tahun-tahun lepas selalu dah prepare siap-siap duit raya. Tahun ni pagi raya baru nak siapkan. Duit nak bagi budak-budak kecik pon lupa nak tukar awal-awal. Nasib baik ayah aku ada tukar duit lebih. Haa memang kelam-kabut lah kan buat benda-benda last minit ni.
Laga pipi dengan omak den pulak.
Aduhh dengan dia ni pon banyak dosa gak ni. Hakhak. Sampai je turn aku nak salam husband, parents dengan adik-adik aku dah "haaa haaaa yang ni habis, banyak dosa ni. Dari mana nak mula mintak maaf tu" pastu terkekeh gelak memasing.
Eh eh sorryyy. I isteri solehah hokayy. Haha. Penyudah nya aku cakap "selamat hari raya maaf zahir batin" je bila salam husband. Kecewa je diorang mendengarnya sebab tidak detail ye mintak maaf sebegitu. Haha. Tak boleh sebut salah depan diorang ni, nanti sampai tahun depan kena perli. Mintak maaf betul-betul mesti lah kena berdua-duaan dalam bilik baru feeling. Nangis-nangis pon tak ada orang lain nampak.Hikhik.
Han kutip duit raya.
"Eh makngah mana duit raya Han?"
Semua orang dia mintak duit.Tepuk dahi laki aku. Haha.
Nasib baik makngah dan makcu Han baik, dapat lah Han duit raya :D
Seketul Han muka gembira dapat duit raya.
Han dah tak nak pakai songkok.
Habis songkok terbang tah ke mana dia pi baling. Haha.
Dah habis sesi salam raya pon still dok hulur-hulur tangan dekat orang suruh bagi dia duit raya. Hahaha aduh siapa lah yang ajor ni.
Takpe Han, jom kita beraya rumah orang. Budak-budak baya Han ni memang senang nak dapat duit raya. Don't worry. Haha.
Rumah pertama pergi rumah Pak Anjang dekat Ampang. Adik beradik ayah aku ni ramai. Segala Pak ada tau. Pak Long, Pak Ngah, Pak Uda, Pak Uteh, Pak Wi dan lain-lain. Dah habis Pak, Pak Anjang dengan Pak Endek pon ada. Haha ghasak.
Kek kukus Johor kot tak silap Mak anjang aku cakap benda ni. Sedap gak.
Dari jauh dah nampak air bandung ni. Nampak sedap je. Dah lah tengah haus. Warna dia pon mengancam kalbu pulak.
Berkali-kali aku menambah air bandung ni. Aku cakap dekat Mak Anjang sedap ah air ni.
Pastu Mak Anjang cakap senang je nak buat air ni. Beli tin saji ni je pastu tambah air. Just tambah air dan ais je. Satu tin ni boleh dapat 2 jug tau. Kebetulan menantu dia kot kerja dengan Saji ni, so berlambak ler tin saji ni dekat rumah beliau. Aku pon dapat lah jugak 4 tin air ni. Haha best best. Both perisa bandung dengan coklat sedap.
Ok siap bungkus bawak balik. Terima kasih Mak Anjang :D
Bff atok.
Suka nau bergurau letak jari dia dalam mulut atok. Pastu gembira. Pelik-pelik je anak aku ni. Tapi tak pe lah nakk. Janji Han diam dan tak buat sepah rumah orang ye.
Hmmm baru je cakap jangan buat sepah rumah orang. Habis dah dia nak pi ambil balang kuih nak campak. Kuih raya apa tah dia buat baling T_T'
Pastu nak makan semua makanan orang besar je. Adui tak padan dengan kecik tau. Dah ada anak kecik ni memang mengutip benda yang dia campak je lah. Hei Jofliam , muka tu jangan stress benar ye banggg. Terpancar disitu muka tak puas hati. Kahh. Bertabah lah saiyangg melayan kerenah anak mu yang tercinta di hari raya yang mulia ini. Haha.
Keluarga Pak Anjang dan Mak anjang. Riang ria di hari raya betul semua ye :D
Pastu konvoi sekali dengan Pak Anjang pergi rumah keluarga Pak Ngah pulak.
Sampai rumah keluarga Pak Ngah ni tetiba ibu aku ada dua cucu.
Haa ada lah benda jahat bermain di fikiran anak aku tu.
Habis kaki anak orang dia tarik. Ni mesti ikut perangai bapak dia ni.
Rumah Pak Ngah ni ada air bandung jugak. Tapi ni air bandung soda. Signature Pak Ngah aku lah. Sedap jugak bandung soda gembira ni. Hehe.
Rumah ni yang special nya ada satay goreng.
First time aku makan satay goreng. Sedap.
Dah habis raya rumah Pak Ngah, pergi rumah Mak Uteh pulak.
Mak Uteh ni dah ramai cucu so banyak lah toys dalam rumah ni. Mula-mula Han naik benda ni pastu rasa tak best macam tak boleh bergerak laju agak nya.
Last-last dia pi tolak je tah kemana-mana.
Bagus jugak ada benda ni. Tenang sikit aku nak makan.
Dapat lah 2 kali aku menambah soto Kak Wani ke Kak Suri tah yang buat ni. Sedap! Begedil pon sedap. Sebab banyak daging dari kentang. Hee
Rumah Mak Uteh ni rumah last lah kitorang beraya.
Beraya rumah sedara ke 3 je dah flat. Sambung raya esok pulekkk.
Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini yang mengenali diriku di dunia nyata dan kenal melalui blog ni je. Mintak maaf ye kalau ada entri yang terkasar bahasa dan terkecik kan hati sesiapa. Kadang-kadang menaip ni sesedap rasa je. Tu kadang-kadang terbabas jugak tu.So harap diampunkan lah kalau ada yang terover tu. Heeeee.
Selamat Hari raya! :)