Aku dengan suami memang sangat menitik beratkan benda-benda yang melibatkan pasal kesihatan. Misi kitorang menjalankan healthy lifestyle ni sebab nak sihat dan hidup dengan happy sampai ke Jannah. ecehhh. Nanti dah tua,kitorang tak nak dapat penyakit pelik-pelik, time muda-muda ni lah kena jaga kesihatan baik-baik. Bila badan sihat,insyaAllah kita lebih happy dengan diri sendiri dan pasangan pon happy dengan kita. Baru lah bahagia! Ahak! :D
Nak grow old together katanya,kena lah dua-dua jaga badan bersama-sama supaya boleh hidup bahagia dan sihat sampai ke tua.InsyaAllah. heee.
Aku tak aim nak kurus pon. Aku aim nak slim and fit je. hehe. Ada beza hokayy kurus dengan slim.Say no to 'kurus',say yes to 'slim'. Ahak! Dah workout penat-penat,rugi kalau tak jaga makan. Selalu aku akan eat clean lah and masak benda-benda yang clean macam dada ayam,salmon,minum air kosong and etc.
Kalau korang yang nak start workout and diet tu,meh nak bagi 6 kata-kata semangat:
#1 – Fokus sebelum mula
Kalau kita betul-betul nak lose weight, kena betul-betul FOKUS. Jangan sebab nak kahwin,nak raya,nak konvo, ada event je time tu baru fokus nak kurus. Nak kurus sebab event tu bagus tu bagus sebab benda tu akan force kita untuk dapat ideal weight. Tapi masalahnya, semangat macam tu mesti tak kekal lama. Dah habis raya, badan naik balik sebab melantak macam bela jin. Lepas tu nak kawin pulak berjaya turunkan berat 5-6kg, lepas kawin naik bagai dipam-pam pulak. Haa, memang kalau jenis semangat yo yo ni, berat badan pon akan jadi yo yo jugak. So stay FOCUS!
#2 – Kejayaan Perlukan Masa
Nak lose weight memang kena ambil masa. Bukan harini workout, minggu depan terus kurus. Bukan hari ni diet, esok terus slim. Jangan sesekali crash diet. Sebenarnya bila kita crash diet,cepat sangat turun berat ni, senang jugaklah untuk kita gemuk balik. Just enjoy workout dan makan makanan sihat. InsyaAllah akan nampak hasil nya. Biar lambat tapi selamat dan maintain.
#3 – Jangan Putus Asa
Apa-apa benda yang kita nak buat pon,memang kita tak boleh mudah putus asa. Bukan untuk lose weight je. Kalau kita berniaga pon sama ada kecil atau besar mesti ada masalah dan cabaran tersendiri. Penat macam mana sekali pon, jangan cepat give up!
#4 – Buat untuk Diri Sendiri
Kaji dan buat research jugak pasal diet and workout yang sesuai dengan diri sendiri. Yang penting kalau nak kurus dengan sihat ni buat sebab diri sendiri. Bukan sebab boyfriend/suami yang suruh. Kalau buat sebab orang,nanti kita cepat give up dan tak bertahan lama. So, buat untuk diri sendiri ok.
#5 – Yakin dan sentiasa fikir kau BOLEH
Aku yakin semua orang gemuk mesti ada niat nak kurus tapi tak confident diri sendiri boleh buat ke tak. Kata-kata macam "gemok is awesome" semua tu untuk sedapkan hati sendiri je. Tak payah tipu. Sebab aku pernah gemuk jugak. Aku faham perasaan orang-orang gemuk ni. Ehehehe. Sebenarnya apa-apa benda yang kita nak buat pon,kita kena yakin dengan diri kita yang kita BOLEH buat.
Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila kita yakin, Allah akan permudahkan urusan kita.
#6 – Sayang Diri Sendiri
Yang penting,sayang diri sendiri . Jaga diri kita baik-baik,makan benda sihat.Bila badan sihat,minda pon sihat. Kena sentiasa positif,baru kita rasa happy dengan diri dan badan kita. Kita ada satu badan ni je untuk kita guna sampai tua. So jaga kesihatan diri elok-elok :)
Zaman dua-dua gemok gedempol persis badan air dan berjaya slim bersama. Heee. Kalau partner korang gemok,bagi dia semangat nak kurus. Bukan nya kutuk partner korang gemok and cari partner lain. Paham???!!!!! *ok tetiba garang ni dah kenapa. Kuikui*
Kitorang pilih untuk stay & being fit together. Baru lah ' BERJAYA BERSAMA'
BERJAYA BERSAMA ni ada banyak makna yang berbeza untuk semua orang sama ada dari segi kewangan,emosi, fizikal dan lain-lain.
Sekarang ni Great Eastern Takaful ada buat contest BERJAYA BERSAMA. Ada dua contest nie. Korang pon boleh join mana mana yang korang suka.
Ni detail contests:-
1-My Berjaya Bersama Story contest di Facebook
Konsep: 3 Pemenang akan dapat RM5k setiap orang
Tempoh: Bermula dari 18 Julai
Just bagi tahu,apa maksud BERJAYA BERSAMA bagi korang? Share dan hantar cerita korang.
2-Berjaya Bersama Challenge di Microsite
Kriteria:-
- Ambil gambar korang cuba cabaran terpilih yang disenaraikan di Berjaya Bersama Challenge microsite dan hantar gambar dalam microsite.
- Great Eastern Takaful akan menderma RM1.00 kepada MERCY Malaysia untuk setiap 1 penyertaan.
- Pihak penganjur akan memilih pemenang berdasarkan penyertaan yang paling kreatif.
- Pemenang setiap minggu akan dapat baucar bernilai RM100
Ni cerita BERJAYA BERSAMA aku. So apa maksud BERJAYA BERSAMA bagi korang pulak? Aku rasa dua-dua contest pun membawa makna yang positif jadi jangan lupa join ye. (✿◠‿◠)