Haritu aku pergi fashion show untuk koleksi Ariani Lebaran. Buat dekat The St. Regis Kuala Lumpur. Majlis nya grand sangat. Makanan pon lazat! Haha. Dasar menternak lemak. Ingat makan je. Oh fashion show ni masa sebelum puasa haritu. Sekarang ni baru aku ada masa nak update. Busy benau bila dah ada baby ni. Banyak benda tertunggak T_T"
Yang penting, tahun ni semua ada size. Dari yang badan kecil halus, sampai yang badan comel-comel tu. Semua boleh shopping baju raya dekat Ariani.
Ootd untuk Ariani Lebaran 2016. Tak tahu nak pakai baju apa. Pakai je lah apa yang hado.
Masuk je fashion show ni terus rasa waa cantik nya pentas runaway ni. Nampak kerlasss sangat.
Suara Dato' Siti Nurhaliza ni memang power lah. Dengar dia nyanyi live, memang merdu je.
Ok fashion show dah start.
Simple tapi cantik.
Koleksi ni lebih glam.
Cantik-cantik tau koleksi Ariani untuk raya tahun ni!
Tanda kasih dan sayang Ariani untuk semua wanita. Dari sekecil-kecil saiz sehingga secomel-comelnya diorang produce untuk #arianilovers sempena Glam Lebaran by Ariani RTW 2016 ni tau. Suka tak?
So don't worry be happy. Semua ada size.
Ni masa press conference. Ikon Ariani tahun ni semua nya yang meletup. Ada Ayda Jebat,Bella Dally dengan Dato' Siti Nurhaliza.Datin Farah Haryani Muhamad Philip ni yang tengah bercakap tu. Aku suka Datin Farah ni, nampak elegan dan ayu je sentiasa. Bila aku tengok dia mesti ada rasa nak jadi macam dia. Inspirasi sangat!
Overall, koleksi Ariani Lebaran 2016 ni banyak gila cantik-cantik. Rambang mata tengok. Meh sini aku tunjuk koleksi GLAM LEBARAN BY ARIANI RTW yang cantik di mata aku.
Baju kurung moden ni nak pakai raya memang sesuai sangat lah. Simple tapi cantik. Ada beads tapi tak over. Suka!
Yang ni pon simple but nice. Less is more konsep nya.
Ni pon cun! Dekat bahagian perut pon tak ketat melekap. So boleh makan banyak tanpa rasa bersalah time raya ni. Heee.
Corak baju kurung moden ni cantik sangat! Unik, simple tapi still nampak elegan. I loikeee.
Detailing dekat bahagian tangan baju ni cantik. Warna and corak bunga-bunga ni pon sweet.
Nak nampak macam perempuan melayu terakhir tak? Hehe Boleh try baju kurung pesak gantung macam ni. Cantik kan? Fresia Kurung Pesak Gantung ini Koleksi Premium tau. Ada dekat Butik Ariani RTW sahaja. Tak jual online. Sebab limited.
Banyak-banyak design baju kurung moden yang ada. Aku paling suka yang ni! Cantik kan??? Sweet sangatttttt warna dia! Cutting pon cantik.
Yang Ayda Jebat pakai ni. Cantik kan? Aku suka!
Sesiapa yang suka kaftan, banyak juga Ariani produce kaftan tahun ni.Koleksi kaftan tahun ni pon nampak sangat selesa dan cantik.
Dress pon ada! Kalau ada dapat jemputan pergi open house ala konsep elegan, haaa boleh lah pakai Freeca Dress yang sangat cantik ni. Mesti ramai terpaku! Ehehe
Yang suka pakai jubah pon don't worry. Koleksi jubah pon banyak sangat pilihan yang cantik-cantik.
Siapa tema raya tahun ni warna hijau? Haaa boleh beli ni.
Pastel hues. So nice!
Yang penting, tahun ni semua ada size. Dari yang badan kecil halus, sampai yang badan comel-comel tu. Semua boleh shopping baju raya dekat Ariani.
Ni yang aku dapat dalam goodie bag masa Fashion Show Ariani Lebaran itu hari.
Dapat 2 square scarves. Nasib baik dapat corak lain-lain. Ehehe.
Jarang aku nak pakai tudung bawal. Last aku pakai tudung bawal pon masa zaman study dekat uni dulu. Bila dah sarung tudung bawal Ariani ni terasa suka lah pulak. Heee. Design simple je tapi nampak mewah. Material kain pon best.Thanks Ariani!
Square scarves macam aku pakai ni pon korang boleh dapat kan dekat Ariani jugak. Banyakkk sangat corak cantik-cantik.Jangan lupa dapatkan koleksi GLAM LEBARAN BY ARIANI RTW dekat Butik Ariani, Jakel Mall Kuala Lumpur dan di Wisma Jakel Shah Alam tau! :)
Dah beli baju raya ke? Raya tahun ni tema korang warna apa?