Dulu masa tengah study bila bulan Ramadhan je, kalau tak berbuka dekat uni, mesti aku akan balik rumah berbuka puasa dengan family aku. Ni dah kahwin. Memang akan gilir-gilir lah balik buka puasa rumah mak mertua dengan rumah family aku. Sekarang dah ada family baru pulak iaitu family mertua.So kena adil dan saksama. Dua-dua rumah wajib balik untuk buka puasa sama-sama. Bukak puasa ramai-ramai dengan family ah lagi syok. Hee.
Ikan keli salai masak lemak cili api. Kegemaran ni. Suka sebab sedap! Aku memang hantu ikan keli.
Butter prawn tu pon sedap nya! Mak aku masak. Sambal tempoyak goreng memang wajib ada lah time bulan-bulan puasa ni. Ni memang favourite aku dari dulu sambal tempoyak goreng ni. Mak aku paham sangat dah. Kalau aku balik rumah dia, mesti dia buat punya sambal tempoyak goreng ni.Pembuka selera sangat tu. Murtabak dengan kuih tu selalu beli je dekat param.
Err. Param? Tahu tak param tu apa? Aku ingat lagi tahun lepas aku update dekat instagram aku (@cikepal06) , ada satu hari tu aku tak sempat masak. Lalu aku update lah menu berbuka puasa aku tu semua di bawakan khas dari param. Pastu ada yang tanya param tu apa?
Param tu adalah sejenis Pasar Ramadhan. Mula-mula aku rasa macam annoying dan menyampah gak dengar orang sebut param param ni. Rasa macam 'ko dah kenapa nak shortform sangat sampai jadi param,tak boleh ke sebut pasar ramadhan?'
Tapi lama-lama aku pulak terjebak dok mengikut sebut param. T_T"
Param pon param lahhhhhhh.
Tu lah orang tua-tua kata jangan benci sangat nanti saiyanggg. *tak tahu ada kena mengena ke tak*
Air macam biasa. Aku suka gila F&N SEASONS Tea ni. Makan lah apa-apa lauk pon, mesti aku pair kan dengan F&N SEASONS Tea ni. Sedap air ni. Aku suka. Memang hilang kan dahaga sangat sebab ada rasa lemon tu. Nak-nak time bulan puasa ni. Memang tekak kering je rasa. Bila buka puasa minum Ice Lemon Tea ni mesti rasa nyaman je anak tekak.
Botol susu Han tu pon sibuk nak enter frame jugekk. Dah lah tak puasa budak kecik tu. Nak jugak duduk sama-sama dengan orang berpuasa.
Hari ke dua bukak puasa dekat rumah family aku. Mak dengan ayah aku request suruh aku masak lagi satu lauk pulak. Lalu aku masak lah Ayam Masak Bali ni. Resepi Ayam Masak Bali ni ada aku update dekat ENTRI NI kalau nak cuba. Fuhh sold out lauk ni. Beregukan pulak dengan mak aku punyak sambal tempoyak goreng ni.Ada campur petai pulak kali ni. Memang licin ah.
Air? Wajib lah hidang F&N Seasons Ice Lemon Tea ni haaa! Aku je sebenarnya yang paling suka minum air ni bila makan apa-apa lauk pon. Tapi bila family aku tengok aku suka minum air ni, dah diorang pon terjebak sekali suka minum Ice Lemon Tea ni. Haha bagus-bagus. Aku memang suka hasut orang suka apa yang aku suka.Kehkeh.
Haritu mak mertua dengan ipar duai aku datang rumah. Kakak ipar aku rajin nak masak kan nasi ayam. Dap nyerrr nasi ayam.
Yang F&N SEASONS Tea ni aku selalu beli yang Ice Lemon Tea ni. Sekali haritu aku pergi kedai nak beli air ni,dah ada macam-macam perasa lain jugak rupanya. Ada lah nampak Ice Peach Tea dengan Ice Apple Tea. Tapi perasa yang lain tak pernah try lagi. Selalu ambil yang Ice Lemon Tea ni lah. Korang suka tak minum air ni?
Kalau korang suka F&N SEASONS Tea ni macam aku, nanti datang lah Bazaar Ramadhan TTDI, 28th June ni dalam pukul 4.30PM-6.30PM. Sebab nanti aku akan bagi F&N Seasons Ice Lemon Tea, F&N Seasons Ice Peach Tea & F&N Seasons Ice Apple Tea ni FREE dekat korang. Jumpa di sana :)