Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Kenapa aku suka Jepun & Tokyo

$
0
0
Kenangan honeymoon dekat Jepun sebelum wujudnya seketul Han. Ehehehe.



Jepun memang sangat best dan highly recommended untuk korang yang la ni tak tahu nak bercuti dekat mana. Jepun banyak sangat tempat menarik. Tambah-tambah lagi sistem pengangkutannya yang canggih, sebuah negara yang bersih dan orang-orang Jepun sangat hormat sesama mereka dan berbudi bahasa.

Tokyo tempat pelancongan yang sangat cantik untuk dilawati.Kalau korang tak faham boleh jer pergi dekat counter pertanyaan nak tanya apa-apa. Dekat kaunter pertanyaan tu memang diorang boleh cakap english.One good thing about rakyat Jepun diorang ni very helpful dan sangat-sangat sopan santun.

Kota Tokyo pon sangat cantik. Bersih rasa macam boleh guling-guling jer dekat atas jalan raya. Memang tak jumpa langsung peminta sedekah dekat sini. Semua rakyat diorang bekerja.


Banyak-banyak benda aku paling teruja adalah toilet di Tokyo.BERSIH sangat.

Aku cukup sensitif bab kebersihan tandas. Tapi bila dekat Jepun aku gembira. Sedangkan jalan raya pon bersih gila siap boleh guling-guling. Tandas dia pon bersih gila.Nak tidur dalam tandas pon selesa agaknya. Haha.

Toilet dah lah bersih, canggih pulak tu. Toilet dia toilet elektronik. Kadang-kadang boleh jumpa sampai 20 button dalam satu tandas tu. Wow banyak sangat button tu. Haha. Macam-macam function ah ada. Ada bidet,tempat kawal suhu air, pewangi udara, heated seats,seat sensor,auto clean, massage cleaning and etc. Fungsi noisemaker pon ada tau. Tujuan dia untuk meningkatkan tahap privasi korang semasa menggunakan toilet supaya tidak kedengaran bunyi-bunyi aneh plup plup yang tidak sepatutnya. Hahaha.

Tokyo Camii, Tōkyō-jāmii (東京ジャーミイ?) also known as Tokyo Mosque.


Dekat Tokyo ni ada surau tau. Even dekat airport Jepun pon ada bilik besar yang lengkap dengan tempat berwuduk untuk pelancong Islam. Some supermarket besar dekat Tokyo macam AEON, Shinjuku Takashiyama shopping mall memang ada tempat solat dan tempat ambil wudhu’ siap.Aku rasa negara bukan Islam yang begitu baik hati dan mesra untuk menerima agama Islam adalah negara Jepun. Dekat Tokyo aku sempat pergi ke Masjid Tokyo atau nama lainnya ialah Tokyo Camii. See! Dekat Tokyo pon ada masjid tau. 

Dekat Tokyo ni orang-orang dia sangat beradab dan mematuhi peraturan. Tak ada lah macam dekat sini kebanyakan nya jenis main redah je tak tengok orang belakang. Haha. Orang Jepun memang terkenal dengan adab dan kesopanan yang tinggi. Ini memang kita wajib ikut. Semuanya on time tepat pada masa. Keretapi dekat Tokyo ni pon kebanyakan nya memang on time lah. Masa aku dekat Tokyo,tak ada satu pon train yang delay tau. Semua tepat-tepat masa sampai. Power!

Contoh macam beratur. Setiap tempat mesti beratur. Tak ada adegan potong memotng atau tolak antara satu sama lain.

Kalau dekat trafic light pon memang ikut rules. Lampu merah berhenti,hijau baru jalan.Tak ada lah nampak yang curi-curi nak melintas jalan walaupun tak ada kereta. Respect!



Kalau naik escalator pon diorang sangat menjaga etika.Memang diorang akan beratur satu side. Tak kan ada yang dok tengah-tengah halang laluan orang belakang nak jalan cepat. Diorang sangat disiplin.


Yang best pasal Tokyo ni kalau korang berjalan, memang jarang gila jumpa tong sampah. Negara diorang bersih tapi jarang jumpa tong sampah. Pelik jugak dekat mana lah diorang ni buang sampah. Maybe diorang akan simpan sampah diorang. Dekat rumah baru buang kot. Tapi serious korang tak kan jumpa sisa makanan berterabur atau sampah sarap berlonggok atas jalan.Sikap menjaga kebersihan tahap melampau ni memang aku tabik spring dekat Jepun. Harap dekat Malaysia pon boleh jaga kebersihan sebab ianya dituntut oleh Islam. Semua agama suruh jaga kebersihan kan. Ni benda asas yang diajar dari kita kecik lagi. Sivik, moral. 

Dekat Tokyo ni orang nya sangat disiplin. Kalau lepas makan tu memang semua akan bersihkan meja dan angkat tray letak dekat tempat yang disediakan. Korang kalau makan dekat sana,jangan lupa bersihkan meja tau lepas makan.

Kalau nak pergi mana-mana memang rasa selamat. Nak jalan malam-malam pon tak ada rasa takut. Rasa selamat je. Tak ada lah rasa nak check beg all the time macam dekat sini. Jalan malam-malam pon syok je sebab rasa selamat dimana-mana.

Transportation pon sangat senang. Korang boleh pergi mana-mana tempat hanya guna train dengan bas je. Tak payah naik teksi pon tak apa. Save bajet!







Dekat Tokyo ni banyak vending machines. Korang boleh jumpa macam-macam bentuk dan air yang ada dekat vending machines tu. Mungkin rakyat Jepun ni rakyat yang sentiasa haus. Haha. Tapi paham lah jugak sebab diorang kan selalu jalan kaki kan. Vending machines yang jual aiskrim pon ada tau! Vending machines yang jual benda-benda aneh pon banyak! Haha. Tapi memang bersepah ah vending machines di mana-mana. Sediakan coin je.


Overall, Tokyo memang thorrrbaikkkk dari ladang! Haha. Diorg sangat disiplin,negara bersih, nak cari tong sampah sangat susah tapi bersih,and really good environment. Safety satu hal. Tak ada susah-susah nak simpan duit bagai nak rak. People dont care pon kita pakai macam mana. Hehe. Malaysia should follow lah mana yang baik :)

Baru-baru ni aku share travel experience dekat Matta Fair pasal tips & Tokyo. Apa yang aku dapat simpulkan, Tokyo memang one of my favourite city!

Us & Tokyo.

Kalau korang tengah pening-pening nak pilih nak ke mana untuk travel. Aku sangat-sangat recommend korang pergi ke Tokyo. Serious Tokyo best!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 408