Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Cik Epal tercalon untuk Anugerah APO? APO ni?

$
0
0
Anugerah APO? APO ni? APO ni sebenarnya singkatan untuk Anugerah Pilihan Online yang dianjurkan bersama oleh mStar Online dan SuriaFM. 


Tak sangka pulak tercalon untuk pencalonan awal ni.  Ada 18 blogger yang tercalon. Semua otai dan hebat gak ah. Ramai-ramai yang tercalon, aku je blogger yang agak sendu disitu. Haha. 

Tapi kalau ada yang sudi nak undi. Meh aku nak tunjuk cara dia. Senang je. Yang penting FREE. Haha. Sebab undi online guna account facebook/twitter je.

Mula-mula pergi web ( http://apo.mstar.com.my/calon-apo.aspx ) ni. Pergi kategori NO 15-Blog Pilihan Online dan tekan LOG MASUK UNTUK CALON. Pastu login guna account facebook/twitter korang.


Then kena isi form simple camni. Alahh tanya umur,negara,negeri and tick-tick je lah apa yang kau suka. Pastu tekan 'HANTAR'



Lepastu pergi kategori NO 15 iaitu Blog Pilihan Online. Kalau malas nak taip panjang-panjang,tulis je 'Cik' nanti keluar lah terus nama Cik Epal dan link blog tu.Pastu tekan.

Ok lepastu HANTAR PENCALONAN. Siap dah! Boleh sambung makan pisang goreng cheese! Haha. Aku tengah makan pisang goreng cheese sebenarnya ni. Sedap lah pulak. Tengah menaip pon mampu menternak lemak. Kau mampu? Haha



Dah nak habis hari untuk undi dah ni sebenarnya. Esok ke lusa entah dah tutup vote.Tapi ni untuk bagi masuk TOP 5 je. Kalau dapat masuk TOP 5 aku suruh korang vote lagi ok! Haha. Kalau krik krik senyap sunyi sepi je tu. Tak layak masuk TOP 5 lettewww. Haha.



Ok bye!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408