Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Masalah jerebu dan nyamuk? Guna lah Sharp Air Purifier

$
0
0

Sekarang ni kan musim jerebu, elok sangat lah ada Air Purifier dekat rumah.




Excited sangat dapat produk ni sebab dapat menjadi antara pengguna pertama yang guna. Produk ni ada dekat pasaran minggu depan.






Dalam kotak ada kertas macam mana nak pasang Air Purifier ni. Tapi bila bukak benda ni, jangan lupa buang plastik dalam ni tau. Nanti kipas nya tak berfungsi pulak kalau tak bukak plastik. Lepastu kena pasang sticker. Ada 2 sticker dalam kotak ni. Tapi pasang satu je lah. Lagi satu simpan untuk guna next time.



Ni lah dia produk ajaib itu, Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier. Ia adalah 3-in-1 kerana ia mempunyai tiga fungsi – Plasmaculster, Air Purifying, dan Mosquito Catcher.


 Air Purifier ni lain sikit dari yang biasa sebab ia bukan untuk Plasmacluster dan penapis udara kotor je tapi nak perangkap nyamuk pon boleh. Sesuai digunakan sekarang sebab kita tengah teruk diserang jerebu ni,udara pon dah tercemar dan beberapa tahun ni terdedah dengan demam denggi.



Mode yang kita boleh pilih.

Time malam boleh pilih sleep mode. Memang tak kan ganggu tidur punya, tak dengar bunyi lansung tapi benda ni still berfungsi lah.

Nampak tak lubang-lubang ni? Haa dekat lubang ni lah nyamuk akan terperangkap nanti. Dalam ni ada sticker. Bila nyamuk masuk je dalam lubang ni, memang dia tak kan boleh keluar balik sebab confirm akan melekat dalam tu. Padan muka kau nyamuk! Kerja nak gigit orang je. Rasakan! Gam dalam tu kuat woh. Function untuk Mosquito Catcher ni baru tau! SHARP cipta function ni sebab kes denggi kan teruk beberapa tahun ni dekat Malaysia.


Kalau ikut research, nyamuk prefer ruang yang sempit. UV light ni pon antara faktor nak menarik nyamuk untuk masuk dalam lubang ni. Aliran udara yang kuat akan menyedut nyamuk untuk masuk dalam ni lalu melekat dekat glue sheet dekat dalam tu. 


Lagi-lagi benda ni warna hitam. Nyamuk kan memang suka benda-benda hitam ni. Sebab tu kalau balik kampung time raya ke apa,kita tak digalak kan pakai baju warna hitam time tidur. Kau pakai baju hitam time tidur,memang mengundang ah kena gigit nyamuk.



Kalau tekan Haze mode,akan keluar lampu macam ni. Bunyi yang keluar pon tenang je. Aku suka haze mode ni, sebab sekarang ni memang tengah jerebu teruk gila kan? Memang setiap masa aku pasang Haze mode je. Risau dekat baby. Nak dia hirup udara yang segar je. Tak nak dia bernafas dalam jerebu. Huhu.





Aku suka gila Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier ni! Ada warranty 3 tahun tau. Boleh protect family daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. Boleh tangkap nyamuk dan dalam masa yang sama satu family akan hirup udara segar je.  Tak payah susah-susah pasang ubat nyamuk setiap malam atau sembur penyembur nyamuk yang ada bahan kimia tu lagi dah.  Lepas ni boleh tidur dengan tenang tanpa gangguan nyamuk durjana ituwww :D


Harga pasaran RM1049
Tapi sekarang ada promosi, RM999 je.
Bila dah keluar minggu depan, jangan lupa grab satu tau!


ok bye!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 408