Sambungan entri lepas.
Masih jalan-jalan cari pasal di Ipoh bersama.......
kawan baik dan kawan bertekak saya. Heee.
Dekat hotel dalam entri lepas. Ni main baling-baling bantal syok gak. Silap baling, kesian kepala orang bawah jadi mangsa kes jenayah.
Ni dekat area plan B tu. Tempat ni tempat lama. Nampak macam old skool sikit lah tapi style :D
Jofliam dan aksi terbang nya.
Ais Kepal. Rasa dia macam minum sarsi,sirap dengan ais je. Berjanggut lah nak nyonyot kasi habis. Kebas tangan woh makan benda ni. Tapi nyonyot punya nyonyot,dekat tengah-tengah tetiba ada surprise!
Waa terkezut sangat. Rupanya ada asam boi seketul nyorok dalam tu.
Aku pergi ni tahun lepas,pregnant pon belum time ni. Baru je kahwin. Time tu harga RM3. Tapi tak tahu lah kalau sekarang ni dah naik include GST ke hape. Hihi. Tapi rasa nya still sama je kot harga dia.
Dia ni tak suka sangat ais kepal ni. Aku pon tak ada lah gemar mana pon.Aku beli ais kepal ni pon saja nak buat bergambar. Hahaha. Agak-agak aku dah penat nak nyonyot, aku pass lah kasi dia suruh habis kan.
Ni bukan dragon ball tau. Ni ais kepal jerrrrr.
Effect selepas makan ais kepal.
Ni lah tempat jual ais kepal tu. Bits and Bobs nama dia. Suka deko kedai ni. Klasik sangat. Main campak je periuk belanga situ tapi nampak canik jugak.
Lepas tu jalan-jalan area situ. Area situ banyak cafe hipster. Ni aku try burger hape benda tah. Tapi burger ni rasa biasa je. Sedap lagi burger ramly tepi jalan tu.
Tapi mango cheesecake dia sedap. Sedap gilaaaaa! Ni serious sedap tak tipu. Tak manis sangat tapi terasa lah kesedapan nya.
Pastu try order green tea cheese cake pulak. Ni pon sedap gila jugak!
Kalau datang cafe ni,korang order cheese cake dia ni je lah. Confirm tak mengecewakan.
Ni lah cafe dia. Cantik kan? Nama cafe aku lupa. Maklum lah pergi nya tahun lepas,baru hari ni terhegeh nak update.
Tetiba si jofliam
"wow yunk, kusyen cafe sama lah dengan tudung"
Erm K.
Confused abang posmen nak hantar surat camni.
Lompat si katak lompat hey hey.
Kalau sesiapa yang acah-acah cinta sejati nak lock mangga dekat sini pon bolehhhh. Kau ingat dekat Korea dengan Paris je ada? Ipoh mali talak sombong pon ada :D
Sebelum nak balik, beli lagi ais kepal. Kali ni ambil perisa sarsi laici.
Banggg mana lagi best? Ais kepal ke cikepal?
Salah jawab, tidur luar ini malam
ok bye!