Keluarga seketul Han. kihkih
First time bawak seketul Han ni naik kapal terbang. Cuak jugak takut dia melalak dalam kapal terbang tu. Dah satu hal. Tapi sebelum naik kapal terbang,dekat airport pon dah kena tahan sebab tak bawak surat beranak Han. Tak plan pon sebenarnya. Ni semua plan last minit. Lepas berjalan dekat Hard Rock dalam ENTRI NI. Husband aku ni ah nak berjalan lagi bawak family dia. Sebagai isteri yang baik, sopan-santun lagi solehah, aku ikut je lah tanpa banyak bunyik. Kehkeh. Aku pon memang kaki jalan tak boleh duduk diam. Memang suka lah bila ajak berjalan-jalan ni.
Sebab terlupa nak bawak surat beranak Han, terpaksa lah pergi report polis. Dekat bawah airport tu ada balai polis, mengadu lah nasib di sana. Dah lah lagi sejam nak bertolak. Nasib baik sempat settle semua.
Sebab first time bawak baby,baru aku tahu rupanya pramugari akan bagi satu lagi belt baby untuk kita attach dekat belt kita. Ni naik ekonomi lah. Kalau naik business class bawak baby,tak tahu lah macam mana. Belum pernah try :D
Nasib baik sepanjang perjalanan, seketul Han sangat behave. Sebab dia tidur dengan nyenyak nya.
Kemain sedap dia tidur. Bagus-bagus. Senang kerja aku. hihi.
Time ni dah mendarat, tengah tunggu turn nak keluar kapal terbang. Bangun-bangun tidur celik mata je terus nak main dengan papa dia. Kalau tak tidur,ajak main,mintak susu, tu je lah kerja dia.
Naik kapal terbang ni dari Penang, nak ke Langkawi. Memang kejap gila ah sampai. Pilot baru announce selamat datang,tiba-tiba dah announce nak mendarat. Baru je nak kentut dalam flight,angin pon belum sempat merayap, tiba-tiba eh eh sampai dah?
Cepat bebenau.
Sampai-sampai je Langkawi, pergi pekena Laksa Ikan Sekoq, dekat tepi airport.
Sebab aku baru deliver baby,aku kena berpantang makan laksa dan minum air kelapa selama setahun. Lepas beranak ni, baru aku tahu laksa dengan air kelapa tak boleh sentuh selama setahun. Tu pon ibu aku dengan mak mertua aku tegur. Kalau tak, terbabas jugak aku bedal. Katanya sebab takut urat bersalin terkejut, ye lah perempuan lepas bersalin ni kan banyak urat putus. Muehehe.Aku makan kuey teow sup je lah. Boleh lah.Sedap gak.
Mari ramai-ramai pergi ke hotel.
Dalam kereta, husband aku tak habis-habis gebang dekat kaum keluarga nya bahawa hotel yang dia pilih kali ni sangat cantik dan english style. Nak tengok gak ah kan tahap mana english style nya. Kadang-kadang dia tu propa je lebih.
Tapi bila sampai je hotel ni. Rasa macam dekat oversea. Memang cantik gila!
Nama hotel ni La Pari-Pari Fat Cupid. Husband aku bayar RM1200++ sehari untuk 3 bilik. Satu bilik tu dalam RM400 la lebih kurang campur tax semua. Tapi aku pergi ni time hari raya aka public holiday. Kalau hari biasa,maybe lagi murah.
Pastu semua konsep putih. Memang rasa tenang sangat.
Cafe&Restaurant.
Halaman dia. Cantik kan? Simple but nice.
Nak mandi swimming pool, boleh terus gedebush dalam ni.
Luar bilik hotel.
Dalam bilik. Cantik kan? kan?
Bilik air.
Pfttttt. Tak kan lah tak tahu ni bilik air ye dak?
Sampai-sampai je dalam bilik hotel, seketul Han kemain sedap landing atas katil.
Eh penat lah nak taip. Nanti sambung lagi entry trip ke Langkawi ni. Kang tulis panjang-panjang bukan korang nak baca pon.Hihi. Ok bye! :D