Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Bercanda di Pulau Redang, Kuala Terengganu

$
0
0
Ni tahun lepas punya cerita. Masa baru-baru je kahwin.Tak tahu lah kalau ada harga-harga yang berubah. Kalau nak pergi Pulau Redang ni ada 2 cara. Satu dari Jeti Syahbandar dan satu lagi dari Merang. Kitorang pergi haritu dari Jeti Syahbandar.

Feri paling awal pukul 9 pagi.Kalau terlepas feri pukul 9 pagi tu maknanya kena la tunggu feri lain pulak lepas tu. So kalau nak pergi, sila tepati masa. Rugi ah kalau terlepas feri. Penat nak tunggu.

Tiket feri dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang:

Adult: RM55 (one way)
Child: RM30 (one way)

RM100 nett per adult return
RM50 nett per child return
(3 years-12 years)

Kitorang beli tiket pergi balik terus. Senang. Perjalanan dalam 1 jam 45 minit. Lebih kurang 2 jam lah. Memang buat tahi mata je lah dalam feri. Membuta je lah kerja nya.



Yayyyy! Sampai dah Pulau Redang. Kau mampu terapung di Pulau Redang? kehkeh.



Kitorang tidur dekat Berjaya Redang Beach Resort. Masa awal-awal kahwin dulu, rajin benau husband aku ni angkut penny board dia kehulu-kehilir. Sekarang ni tah mana-mana lah dia letak dia punya penny board ni. 





View dari Berjaya Redang Beach Resort. Cantik!



Sampai-sampai je letak barang dekat hotel, terus berjalan pergi Laguna Beach naik bot.

Sampai je Laguna Beach, terus beraksi dia ni :D



Hati tengah berbunga-bunga honeymoon. Seluar pon kena kasi ada bunga ah. hee. Inai dekat jari pon tak hilang lagi time ni.



Waaa cantik nya pantai! Tercekik air mata!



Pantai dekat Laguna Beach ni memang cantik lah. Next time kalau pergi Pulau Redang lagi, memang ingat nak duduk resort dekat Laguna ni pulak.



Dekat Laguna Beach pon nak buat hal. Tetiba husband aku ada 3 orang. Kau hado? :D



Awal-awal sampai ni. Jalan-jalan dekat Laguna Beach ni je. Esok pagi nya, kitorang pergi snorkeling pulak.


Ada yang tanya aku ambil pakej apa dekat instagram (@cikepal06) aku hari tu. Nahhh. Ni antara pakej untuk snorkeling dari Berjaya Redang Beach Resort, tempat kitorang menginap haritu. Kitorang ambil pakej 4 stops SNORKELING + LONG BEACH tu. RM110/adult.  Snorkeling dari pukul 8.30 pagi sampai 12.30 tengahari. Ok lah memang nak snorkeling pagi-pagi, tak ada lah panas sangat. Kalau start tengahari, memang panas ler jugak.




Antara pulau yang diorang cover. Tapi 4 pulau je.





Pagi-pagi dah snorkeling. Sejuk. Brrrrr.



Acah-acah berenang. Padahal tak pandai berenang pon tu. Cuba tak ada life jacket. Hilang terus laki den :D



Dia ni jugak yang steady.



Husband aku cakap, aku dah macam nyamuk pakai baju belang-belang. Ok lah tu, kang hilang senang cari. kihkih.



Janji rock!

Jom cari ikan Nemo. Blup blup blup.


Air dekat pulau-pulau ni semua jernih gila.  

Crystal clear!

SUBHANALLAH cantik sangat :')

Husband aku ni tetiba mabuk laut pulak dah. Dah sampai pulau ke tiga, nak pergi last stop, tetiba dia mabuk laut. Aku terkekeh-kekeh gelak kan dia dok pening kepala lah apa lah. Tak macho betul.

Sekali sampai je last stop, aku yang muntah. Dia pulak steady je sambung snorkeling. Tu lah dok gelak kan orang lagi. Padan muka aku. Last-last aku yang pening kepala. Habis berterabur muntah, terus aku tak ada mood nak snorkeling dah. 


Ikan-ikan cantik dan banyak dekat sini. Tapi tak ada camera yang waterproof. So tak ada lah gambar dalam air. Tapi Pulau Redang ni highly recommended lah kalau nak pergi snorkeling. Pulau semua memang cantik. Air pon jernih je.




Dah habis snorkeling, petang tu pergi sewa motor pulak nak jalan-jalan cari makan. RM25 satu jam.





Helmet mana helmet?


Rempit punya rempit. Sekali termasuk kawasan ni. Penceroboh akan didakwa katanya.



Tapi laki bini ni tak makan saman. Lagi kau tak bagi, lagi lah kitorang nak ceroboh. Nak tengok apa ada dekat dalam.







Rupanya ada pulau private. Cantik pulau ni pasir putih je. Tapi time ni tak bawak kamera sebab tak terfikir pulak nak menceroboh. Haha.  Bawak phone je. Ni je lah gambar yang ada.



Pastu pi tengok baby penyu. Kebetulan ada pakcik sorang ni pi tangkap. Kitorang pon pi lah tengok. Alahai comel cenonet je sekor-sekor dok berenang dalam baldi.




Tengok penyu pon terhibur. kihkih.




Haaa nak lari mana tu?


Rasa nak bela sekor sebab comel. Tapi tak boleh ah kan, penyu kan spesis hampir pupus.


K. Nanti sambung lagi lah next entry. Ok bye! :D


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408