Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Raya ke dua 2015. Team power rangers hitam

$
0
0

Dia ni pakai songkok pon nak kena ajar. Tak faham aku kenapa pakai songkok nak tunjuk jambul. Motif? Dasar Jo Jambul!



Tak pernah-pernah aku pakai warna hitam time hari raya. Tahun ni sebab suami aku dah awal-awal beli baju melayu hitam,terpaksa lah pakai hitam. Hitam pon hitam lah janji hati tak hitam. Eh?



Kesian seketul Han tak ada baju raya tahun ni. Terpaksa lah pakai baju Batman. Bertabah lah nakkkk. Siapa suruh kecik.




Patut tetiba lepas makan rasa sunyi sepi.Masuk-masuk bilik jumpa makhluk terdampar atas karpet. Tertidur punya kes lah ni.

 Lepas makan terus berdengkur. Gemok la ko nanti bang. Lepas makan tidur. Lepas makan tidur. Haaa padan muka.

Dah semua orang bangun dari tidur, sambung beraya balik. Ni beraya rumah sepupu sepapat dia pulak dekat Kamunting. Tetiba sepupu nya keluarkan koleksi shades dia. Haaa kepochi lah dia tu nak tengok satu-satu.



Ni dok try spek atas kepala ni, nak cilok seketul dua lettewww.

Berjaya jugak lah dia membawa pulang seketul spek.

Tahniah diucapkan!

Ni lah spek nya. Ok lah tu. Aku pon boleh tumpang pakai sekali. Hihi. Thanks Wady.




Lepas dah habis beraya, apa lagi. Kasi letop kampung lah. Dari malam raya sampai raya ke lima tanpa jemu suami aku dok beli mercun-mercun gini. 'Assorted cakes' tu jangan buat makan pulak. Meletop mulut ko nanti terus meninggal. Ciskek!

Aku paling tak suka main bunga api yang kotak 'HAPPY BOOM' tu. Alaa bunga api yang warna merah tu. Baru nak main bunga api sambil feeling nyanyi lagu "selamat hari raya,hari untuk kita bersuka ria" dengan riang nya, belum sampai part "mintak mak kuih sepotong,saya mahu makan dengan perut kosong", dah habis sebatang dalam masa patbelas saat. Hampeh punya bunga api!


Ok lah. Nanti sambung cerita raya ke tiga pulak. Bye mak hayam!






Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Trending Articles


Pokemon para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.