Quantcast
Channel: Cik Epal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 408

Hari Raya Pertama 2015. Team raya rumah mak mertua

$
0
0
Tahun lepas raya berdua. Tahun ni raya bertiga pulak dengan baby. Tahun depan raya ber enam. Biar kembar tiga terus keluar. Amboi dia tu. Kau mampu?


My small family

Tak senonoh betul lah dia tu pergi paksa seketul Han ni senyum.Hepp. Raya pertama ni jadi team purple!

Tahun ni raya belah suami. Dekat Taiping,Perak.



Anak buah-buahan ku yang comel lote.

"ok semua buat peace dekat mak teh"

Pelbagai versi 'peace'. Tapi ada seorang anak buah-buahan yang tak dengar arahan. Hepp.

Balek rumah mertua ni, tetiba dapat gelaran mak teh. Dah depa semua panggil suami aku pak teh. Haruslah aku dipanggil mak teh. Tetiba rasa macam kertu dah taraf makcik-makcik bila dapat gelaran 'mak teh' ni. Tak gojez betul rasa. Kahhh. Tanya dekat suami kenapa depa panggil pakteh. Dah lah dia anak bongsu lelaki. Dia jawab.

"I yang paksa depa panggil pak teh. Sebab I kan putih" Sambil halakan dua jari ke kiri kanan dengan ucapan qu puteh qu puteh baru lah putehhh.

Bapak annoying.Ni bukan puteh. Ni letihhh. Memang letihhhh haku nak melayan. 



Team biru-team kelabu-team purple.

Semua tak sama tema warna. Janji raya!


Dah habis sesi salam bermaaf-maafan,selfie,wefie,theyfie bagai, pergi beraya rumah sanak-saudara pulak. Dari Taiping, pergi Sayong,pastu beraya Kuala Kangsar pulak.



Datang beraya, sama pulak tema warna sebijik sejibon dengan tuan rumah. Confused dah mana satu tuan rumah ni.


Dah sampai ke Kuala Kangsar ni, harus lah solat dekat Masjid Ubudiah ni. Cantik sangat masjid ni. Tengok masjid ni macam familiar sangat. Rupa-rupanya masjid ni yang selalu ada dekat azan tv1 tu.

Ooo patut lah macam biasa nampak. Cantik!



Setlle dah beraya untuk first raya ni. Seketul Han pon dah letih sangat. Lentok baik punyaa dekat bahu papa dia. Ehehe.

Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca blog ini yang mengenali diriku,suami dan family di dunia nyata atau kenal melalui blog ni je. Mintak maaf ye kalau ada entri yang terkasar bahasa dan terkecik kan hati sesiapa. Kadang-kadang menaip ni sesedap rasa je. Tu kadang-kadang terbabas jugak tu.So harap diampunkan lah kalau ada yang terover tu.

Segala salah dan silap harap dimaafkan dari hujung shawl hingga hujung kaki. Mintak maaf zahir dan batin. Salam kosong-kosong, jom makan sotong!


Nanti sambung lagi cerita raya ke dua, ke tiga, ke empat, ke lima sampai ke nambelas hari raya pulak.


Selamat Hari Raya!


ok bye!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 408