Sekarang ni zaman dah makin maju. Photobooth pon makin canggih. Dulu kalau jumpa photobooth,ambil gambar dengan prop bagai tapi tangkap gambar guna phone/camera sendiri je lah. Sedihhhh. Sekarang ni tak payah susah-susah tangkap gambar dengan phone/camera sendiri, snap semua pakai mesin je, tunggu kejap tak sampai seminit, gambar dah terus siap print. Awesome!
Masa wedding aku 1 jun 2014 (tahu tahun lepas punya cerita. Lambat nau nak update sampai tunggu tahun ni baru rajin nak pegang laptop. Busy melayari bahtera rumahtangga hokayy.hihi) Aku guna khidmat photobooth daripada PICCABOOTH. Masa first time aku nampak mesin photobooth ni pon aku dah rasa mesin ni awesome gila! Yuna tidak lah datang time wedding aku itu hari, ni nak tunjuk macam mana bentuk mesin ni. Comel kan? :D
Kalau nak guna servis PICCABOOTH ni, guestbook dorang tak sediakan. Kena sediakan sendiri. Nasib baik lah ada kawan aku yang tak dapat datang wedding,dah hadiahkan siap-siap guestbook. Tak payah aku beli dah. Mula-mula ingat macam tak cukup 2 buku ni. Tapi tanya PICCABOOTH, dorang kata 2 buku pon ok dah. So ok lah selamat tak payah beli guestbook. Selamat duit aku. kehkeh
First page aku bukak je guestbook, terpampang muka dorang yang handle PICCABOOTH ni :)
Bagus gak ada guestbook and photobooth macam ni, sebab kadang-kadang ada kawan or sedara mara yang datang tak sempat nak jumpa kita (pengantin), so bila selak-selak guestbook, kita cam lah muka memasing yang datang. Kalau setakat tanda tangan je memang tak perasan lah kan siapa yang datang,tapi ni dah siap gambar muka memasing, tahu lah siapa yang datang. Dorang pon seronok gak ah dapat bawak balek strip ada muka sendiri. hihi.
Btw, thanks sangat sesiapa yang datang wedding aku haritu. Ni antara muka-muka yang aku sempat snap dari guestbook aku. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak larat nak upload semua. heee.
TERIMA KASIH SUDI DATANG MAJLIS KAWEN KITA :')
Oh ye. Korang boleh customize korang punya strip tau. Ni aku edit guna phone je whatsapp dekat PICCABOOTH bagi tahu design macam mana yang aku nak. Pastu suruh dorang kemaskan sikit ah sebab ni sketch kasar saja nak tunjuk idea strip yang aku nak macam mana. Boleh pilih warna apa korang nak and nak backdrop macam mana semua. Kalau nak PICCABOOTH designkan strip korang pon boleh je :)
Pastu PICCABOOTH hantar strip ni dekat aku. Ok cantekkk. Terus ON strip ni. Aku memang nak background putih, backdrop photobooth warna silver. Kalau nak ikut warna tema wedding korang pon bolehh. Sebab wedding aku banyak dimonopoli dengan warna putih (deco and pelamin),so untuk strip nak warna putih gak ah. Baru nampak suci murni sesuci lebaran gitu.
Jadi lah begini strip aku. Suka! Suka! heee. Tetamu semua dah ramai balek time ni,ok meh bagi pengantin pulak guna mesin PICCABOOTH ni. Unlimited prints pulak. Haaa guna lah banyak mana pon. Macam-macam gaya ada, kejap jadi david arumugem,kejap jadi ahli sihir,kejap jadi pirate of the carribean. Lantak janji happy! :D
Ok simpan semua buat kenangan tunjuk dekat anak cucu cicit piut. awww!
Makin canggih-canggih lah photobooth zaman sekarang ni. Zaman anak or cucu aku kawen esok entah macam mana lah rupa photobooth zaman itu.
Ok tengok kamera, 1..2..3.. KLIK! Buat 3 pose. Nanti mesin ajaib ini akan muntahkan strip gambar anda. hehe. Sorang satu bawak balek satu strip, satu lagi strip tampal dekat guestbook pengantin. Photobooth ni memang membawa keseronokan lah untuk tetamu yang datang. Lagi-lagi yang gila bergambar,suka selfie dan dak-dak instagram tu. Memang confirm akan singgah punya photobooth ni. Krew yang jaga photobooth ni pon memang sporting habis. Sporting je melayan kerenah memasing walau dah nambelas kali ulang-alik asyik muka kau je yang nak bergambar. Tapi dorang ok je layan. haha
Antara prop-prop yang disediakan.
Kalau ada sesiapa nak guna khidmat PICCABOOTH ni, ni details:
Harga: RM2399
ALL IN
Unlimited picture prints
Selection of backdrops
Customize strip
Cover satu Malaysia. Event dekat utara, selatan, Sabah, Sarawak jangan risau semua dorang pergi. Event dekat Singapore and Brunie pon dorang pergi jugak tau.
Tapi...tapi...tapi... untuk pembaca blog aku, korang boleh dapat discount. Yayyyy! hihi. Kalau korang contact PICCABOOTH, mention "saya follower cik epal". Boleh dapat discount 10%! Boleh contact dorang di:
Whatsapp/msg: 013-3110690
Facebook- Piccabooth
Instagram - @piccaboothofficial
(dulu @piccabooth tapi dah kena hack pulak)
Tapi kalau nak cepat, terus whatsapp je ok. Mention "saya follower cik epal" nanti dapat diskaun 10%!! Bakal-bakal pengantin tu, boleh lah contact PICCABOOTH dengan segara untuk book tarikh :)
ok bye!