Weeehuuu. Sambung balik cerita pasal wedding yang tertunggak. Baju wedding aku time resepsi haritu aku buat dengan ABIM HASSAN. Baju nikah dah sah-sah aku pakai baju warna putih. Untuk resepsi tak nak lah putih jugak,nak lah berwarna pulak. Mula-mula bincang dengan tunang (now husband) time tu nak pakai warna apa. Dia nak warna emerald green. Emm aku pulak nak warna pastel yang soft kalau boleh. Sebab aku jarang pakai baju pastel, so time wedding ni lah nak pakai pastel. Dia pon malas nak bertekak, redha je lah dengan keputusan aku. kehkeh. Tak kisah pon nak pakai baju sewa kalau ada, tapi warna baby blue yang aku nak tu memang payah nak dapat yang dah siap. So ABIM HASSAN pon buat lah yang baru untuk aku.
Time last fitting
Ni time last fitting. Dalam 3 kali jugak lah aku pergi butik dia untuk fitting baju resepsi ni. Aku request nak design yang simple and sweet je, tak nak sarat sangat. Yang penting nak design yang nampak slim. Ahak! Sebab wedding aku pon memang simple je,so baju pon kalau boleh nak simple and nice lah. Aku serahkan bulat-bulat je lah design apa yang ABIM HASSAN ni nak buat. Tak kisah sangat pon design macam mana janji aku ada baju nak pakai time wedding. Dah dia nak sponsor pon cukup bagus lah,tak nak lah banyak cikadak sangat. haha.Time fitting ni memang dah plan nak pakai crown atas kepala aku ni time wedding nanti. Tapi bila time wedding,punya lah gelabah terus lupa aku nak pakai crown yang comel ni. pfttt
Time wedding
Detail baju. Aku suka perincian-perincian yang terdapat di bahagian pinggang dan lengan aku ni. Waa perincian kauuuu. Mana lah aku belajar ayat ni.
Time aku naik tangga nak pergi pelamin ni, terdengar ada yang jerit "Elsa Frozen Elsa Frozen!" tah siapa lah yang memekik tu haha. Tapi aku memang tak ada terfikir pasal frozen pon masa aku pilih warna ni. Tapi ramai lak cakap macam baju frozen. Sebab warna biru kot. And time tu pulak memang tengah hot cerita frozen tu tapi aku pon tak pernah tengok kartun tu. kehkeh.
"Elsa GONJENG"
Mula-mula husband aku ni tak suka sebenarnya warna baby blue ni. Sebab dia sibuk nak warna emerald green. Dah ni wedding belah aku, suka hati aku lah kan nak pilih warna apa. haha. Aku cakap, kalau nak warna emerald green tu buat lah dekat belah dia pulak. Eh taknak pulakk. Belah dia nak buat warna teh ais. Apa tah nama warna tu tapi macam warna teh ais tu lah. haha. Time wedding aku haritu, ada orang nak sponsor live update dekat instagram pulak, aku accept je lah. Rezeki jangan ditolak. Kalau bayar, aku memang tak koser lah nak buat live update. haha.
Then lepas habis je wedding, husband aku tengok semua gambar-gambar live update dekat instagram aku, dahhhhhh husband aku lak yang yo yo ooo terkinja-kinja suka pulak dengan warna baby blue ni. Terus memuji aku pandai pilih warna tema baju. Choyyyy. Dan dann lah kan terus suka warna ni. Pastu siap cakap "Cantik lah warna ni! Jom kita sanding sekali lagi esok pakai baju ni".
Ko dah kenapa bang? Malas layan.
Never laugh at your wife's choices, You are one of them.
*gelak tutup mulut* kihkihkih.
Kalau sesiapa yang nak buat baju dengan ABIM HASSAN, ni detail:
Whatsapp/sms: 016-441 2589
Instagram: @abimhassan89
Alamat butik:
29-3-1, Jalan Teknologi 3/6E,
Taman Sains Selangor 1,
Seksyen 3, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Untuk baju AKAD NIKAH complete set lelaki dan perempuan harga asal RM2500. Mention "saya follower cik epal". Nanti dapat sampin, veil and shawl (Free of Charge) dan harga hanya RM1800 je!
Booking sewa/baju baru SANDING lelaki dan perempuan complete set. Harga asal RM3500. Mention "saya follower cik epal" time contact Abim Hassan. Dapat harga RM2500 sahaja! Wuhuu diskaun sampai RM1000 tuuuu.
Untuk sesiapa yang bakal berkahwin tu, boleh lah cepat-cepat book Abim Hassan ni. Boleh tengok dekat instagram dia. Baju yang dia buat semua lawa-lawa tau! Any design yang korang nak, cakap je, dia boleh buat sebab dia ada magic hands. hehehe.
ok bye! :)